Friday, March 01, 2019

5 Tablet Dan Telefon Game Yang Mengalami Kegagalan

5 Tablet Dan Telefon Game Yang Mengalami Kegagalan

Bagi kaki game pasti teringinkan tablet atau smartphone terbaik untuk bermain game berkumpulan bersama rakan-rakan untuk mengisi masa terluang, apatah lagi bagi mereka yang sanggup bersengkang mata sehingga ke pagi.

Bagaimanapun, tahukah anda ada beberapa produk terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat terkenal menemui kegagalan apabila tidak mendapat sambutan selain terpaksa ditamatkan dalam tempoh yang agak cepat.

Kami senaraikan lima telefon dan tablet ‘gaming’ yang dianggap gagal.

1. NOKIA N-GAGE

NOKIA N-GAGE

Sebut saja 'gaming phone' ketika awal tahun 2000, pastinya model N-Gage bermain di fikiran anda. Tampil dengan konsep seakan 'gamepad', rekaan model ini menampakkan fungsi permainan yang sangat realistik ketika itu.

Butang kekuncinya hampir meliputi keseluruhan skrin dan ‘earpiece’ terpaksa diletakkan pada sisi tepi.

Disebabkan itu pengguna terpaksa menjawab panggilan dengan cara boleh dikatakan luar daripada kebiasaan.

Mula dilancarkan pada Oktober 2003, telefon pintar ini kemudian dilancarkan sekali lagi pada tahun 2004 sebelum generasi kedua N-Gage iaitu N-Gage QD memasuki pasaran.

Terdapat beberapa faktor telefon ini menemui kegagalan dan antaranya adalah kekurangan dari segi keupayaannya untuk melakukan dua tugas serentak atau ‘multitasking’.

Pengguna terpaksa mengeluarkan bateri terlebih dahulu sebelum memasukkan kad permainan yang disediakan khusus untuk model ini.

Ini bermakna anda perlu mematikan telefon, kemudian keluarkan bateri dan masukkan slot kad permainan sebelum menghidupkan kembali telefon.

Bayangkan jika anda terpaksa berbuat demikian pada tahun 2017!

Disebabkan inilah, N-Gage QD dikeluarkan sebagai menutup kekurangan yang ada pada N-Gage klasik ini.

Sejak itu tiada lagi model Nokia yang memfokuskan pada aspek permainan sebaliknya lebih menumpukan pada fungsi kamera dan muzik.

2. XPERIA PLAY

XPERIA PLAY

Sony Playstation sememangnya dambaan semua ‘kaki gamers’ di luar sana. Pelbagai pilihan jenis permainan dengan penggunaan grafik yang tinggi menjadikan ia pilihan utama sehingga kini.

Namun, setiap hala tuju itu tidak semestinya berjaya dan penghasilan telefon pintar pertama dibawah jenama Play antara kegagalan Sony ketika itu.

Mula dilancarkan pada March 2011, Xperia Play antara variasi telefon pintar dibawah siri Xperia yang agak popular sekitar tahun terbabit.

Bagi aspek rekaan, telefon ini menampilkan ciri ‘sliding’ yang mana pengguna hanya perlu menolak skrin ke atas bagi membuka bahagian kawalan pad.

Dua bulatan pada kiri dan kanan tidak tumpah sama seperti ‘joystick’ pada Playstation. Boleh dikatakan sesiapa yang menggunakan peranti ini pasti nampak ‘cool’ habis.

Kelemahan pada peranti ini terletak pada dua faktor iaitu kurangnya optimasi kawalan pad dan juga sistem operasi digunakan.

Kawalan pad yang bahagian bawah mungkin tampak seperti Playstation, tetapi tidak banyak permainan yang menyokong kawalan ini.

Kemunculan telefon pintar yang memfokuskan kawalan sentuh, penggunaan kawalan fizikal dianggap sia-sia.

Permainan Angry Bird dan Fruit Ninja yang sedang popular ketika itu menyebabkan pengguna lebih selesa menggunakan kawalan sentuh sepenuhnya.

Selain itu sistem operasi Android ketika itu masih ‘hijau’ dan terkenal dengan masalah lengah masa atau ‘lagging' menjadikan ia masih belum layak memasuki pasaran.

Akhirnya, pengguna beralih kepada konsol permainan yang lebih lancar dan mempunyai grafik berdefinasi tinggi. 'Sayonara' Xperia Play!

3. LG OPTIMUS 2X

LG OPTIMUS 2X

LG Optimus 2X dinobat sebagai telefon pertama yang mempunya cip pemprosesan dua teras apabila dilancarkan pada tahun Disember 2010.

Selain itu, ia juga menjadi peranti pertama yang menggunakan Nvidia Tegra 2 yang dihasilkan Nvidia.

Jika anda kaki 'gamers’, anda pasti kenal kerana syarikat inilah yang mempelopori industri grafik kad sehingga sekarang.

Bagi aspek pemasaran pula, telefon ini dicanang sebagai gajet yang bakal memberi pengalaman ‘gaming’ yang hebat.

‘Telefon yang hebat memerlukan cip pemprosesan hebat,’ kata jurucakap Nvidia.

Biarpun pada ketika itu spesifikasinya boleh dikatakan hebat tetapi ia tetap dianggap gagal kerana kelemahan strategi pemasaran daripada LG.

Sehingga kini LG masih berdepan dengan masalah sama dan buktinya tidak banyak model telefon pintar LG dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

4. SAMSUNG GALAXY R

SAMSUNG GALAXY R

Mungkin ada yang tidak sedar terhadap kewujudan telefon pintar ini kerana tempoh pasarannya tidak terlalu lama.

Malah, telefon ini hanya boleh didapati menerusi pihak ketiga kerana ia tidak dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia.

Disebalik kesukaran itu, Galaxy R masih menjadi rebutan pengguna khususnya kaki 'gamers’ kerana cip pemprosesan yang digunakan telefon ini.

Menggunakan Nvidia Tegra 2 sebagai cip pemprosesan, Galaxy R dilabel sebagai telefon khusus untuk permainan video.

Bagaimanapun, selepas menggunakan peranti ini, ramai mendakwa ia hanya sebagai ‘marketing’ semata-mata.

Selain itu, masalah pada 'hardware' juga menyebabkan pengeluaran telefon ini terpaksa dihentikan.

Terdapat pengguna yang mendakwa Galaxy R mereka secara tiba-tiba tidak dapat dihidupkan biarpun beberapa kali cuba dilakukan. Masalah itu lebih teruk apabila ia mula dipasarkan di India.

Samsung akhirnya menyerah kalah dan terpaksa menghentikan pasaran terbabit secara global selepas dilancarkan pada September 2011.

5. SHIELD TABLET

SHIELD TABLET

Selain telefon pintar, tablet juga antara produk yang cuba memfokuskan aspek permainan video sebagai asas jualan mereka. Shield Tablet adalah keluaran Nvidia yang dihasilkan pada tahun 2014.

Berbanding Shield Portable yang lebih menyerupai konsol permainan, tablet ini tampak lebih profesional dan kompak.

Skrin sebesar 8 inci juga membolehkan pengalaman bermain lebih menyeluruh berbanding telefon pintar dan konsol permaianan.

Tablet ini dijana oleh sistem operasi Android dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Nvidia Tegra K1.

Nvidia menyatakan cip digunakan ini lebih berkuasa berbanding Xbox 360 dan juga PS3. Kenyataan dikeluarkan itu kemudian memakan diri apabila beberapa masalah muncul pada tablet ini.

Malah, Nvidia terpaksa memanggil kesemua tablet yang dijual antara Julai 2014 sehingga Julai 2015 akibat masalah panas yang terlampau.

Pada November 2015, tablet ini diberi penjenamaan semula dengan nama Shield Tablet K1 namun harganya jatuh menjunam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: rojakdaily

Kisah 3 Lelaki Yang Diuji Dan Kufur Nikmat

Kisah 3 Lelaki Yang Diuji Dan Kufur Nikmat

Hidup ini adalah satu ujian, yang boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada insan yang diuji dengan kesusahan, keperitan, penderitaan dan kesakitan. Ada pula insan yang diuji dengan kesenangan, kemewahan, keseronokan dan kebahagiaan.

Kufur nikmat

Antara dua bentuk ujian ini, setiap insan pasti akan menghadapinya kerana ujian adalah pelengkap kepada kehidupan.

Saat diuji dengan kesusahan, kebiasaannya ia akan membawa manusia untuk semakin hampir dengan Sang Pencipta.

Rukuk dan sujud penuh keinsafan. Merasai kekerdilan, kehinaan dan kelemahan hakikat diri.

Lalu, merayu dan mengadu agar dilepaskan dari segala kesusahan yang sedang dihadapi.

Tatkala diuji dengan kesenangan, kadangkala inilah detik berbahaya bagi sebahagian insan.

Kesenangan dan kemewahan yang dikecapi, gagal membentuknya menjadi hamba yang semakin taat dan bersyukur bahkan, semakin lalai dan alpa kepada Pencipta. Sombong dan bongkak sesama manusia.

Kisah tiga peribadi yang diabadikan di dalam al-Quran adalah salah satu contoh yang perlu sentiasa kita jadikan iktibar.

Firaun, Haman dan Qarun. Apa sikap mereka terhadap ALLAH Azza wa Jalla? Bagaimana mereka berinteraksi sesama manusia lain? Lalu bagaimana pula kesudahan hidup mereka?

Mukmin sejati

Rasulullah SAW juga sering kali mengingatkan kita tentang dua sifat yang perlu menjadi dua sayap seorang mukmin. Sabar di atas ujian dan syukur dengan kurniaan.

Dua sayap ini menjamin seorang mukmin mampu terbang menempuhi alam kehidupan dengan seimbang.

Di dalam sebuah hadis, baginda pernah menceritakan perihal tiga orang lelaki dari kalangan Bani Israil yang diuji.

Dua orang gagal dengan ujian ini akibat sombong dan alpa. Hanya seorang yang berjaya dek kerana rasa syukur dan sedar hakikat diri.

Dari Abu Hurairah RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya terdapat tiga orang dari Bani Israil, iaitu: seorang menderita sakit kusta, seorang berkepala botak, dan seorang lagi buta. ALLAH ingin menguji mereka bertiga, maka diutuskan seorang malaikat kepada mereka."

Pertama, malaikat itu pergi kepada si penderita sakit kusta dan bertanya kepadanya, "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" Dia menjawab, "Rupa yang elok, kulit yang indah, dan apa yang telah menjijikkan orang ramai ini hilang dari tubuhku."

Maka diusapnya kulit pesakit kusta itu dan hilanglah penyakit yang dideritainya, serta diberi rupa yang elok dan kulit yang indah.

Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, "Kekayaan apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya, "Unta atau lembu."

Maka diberikan kepadanya seekor unta yang bunting dan didoakan, "Semoga ALLAH melimpahkan berkat-Nya kepadamu dengan unta ini."

Kemudian Malaikat itu pergi kepada orang yang berkepala botak dan bertanya kepadanya, "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" Dia menjawab, "Rambut yang indah, dan hilang dari kepalaku apa yang telah menjijikkan orang ramai."

Apabila Malaikat itu mengusap kepala orang yang botak itu, maka hilanglah penyakitnya serta tumbuhlah rambut yang indah.

Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, "Kekayaan apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya, "Lembu atau unta." Maka diberikan dia seekor lembu bunting dan didoakan, "Semoga ALLAH melimpahkan berkat-Nya kepadamu dengan lembu ini."

Seterusnya Malaikat tadi pergi kepada si buta dan bertanya kepadanya, "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" Dia menjawab, "Semoga ALLAH berkenan mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat."

Maka diusapnya wajah orang buta itu, dan ketika itu dikembalikan oleh ALLAH penglihatannya.

Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, "Kekayaan apa yang paling kamu sukai?" Jawabnya, "Kambing." Maka diberikan seekor kambing bunting kepadanya.

Perintah ALLAH

Waktu berlalu, maka berkembang biaklah unta, lembu dan kambing tersebut, sehinggalah lelaki pertama tadi mempunyai unta yang memenuhi sebuah lembah.

Lelaki kedua pula mempunyai selembah lembu dan lelaki ketiga juga mempunyai selembah kambing.

Dengan perintah ALLAH datanglah Malaikat itu lagi kepada orang yang sebelumnya menderita sakit kusta dengan menyerupai dirinya dulu dan berkata, "Aku ini seorang miskin, telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku, sehingga aku tidak akan dapat meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan ALLAH, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi ALLAH yang telah memberi kamu rupa yang elok, kulit yang indah, dan kekayaan ini, aku meminta kepada kamu seekor unta saja untuk bekal melanjutkan perjalananku."

Tetapi lelaki pertama itu menjawab, "Hak-hak (tanggunganku) banyak."

Malaikat yang menyerupai orang pesakit kusta itu pun berkata kepadanya, "Sepertinya aku mengenal kamu. Bukankah kamu ini yang dulu menderita sakit kusta, orang ramai jijik kepada kamu, lagi pula orang melarat, lalu ALLAH memberi kamu kekayaan?"

Dia malah menjawab, "Sesungguhnya, harta kekayaan ini aku warisi turun-temurun dari nenek moyangku yang mulia lagi terhormat."

Maka Malaikat itu berkata kepadanya, "Jika kamu berkata dusta, nescaya ALLAH akan mengembalikan kamu kepada keadaan kamu dahulu."

Setelah malaikat meninggalkannya, maka dengan serta merta ALLAH mengembalikan semula penyakitnya dulu dan segala kekayaannya lenyap.

Kemudian malaikat tersebut pergi pula kepada orang yang sebelumnya botak dengan menyerupai dirinya dulu dan berkata kepadanya seperti yang dikatakan kepada orang yang pertama.

Namun dia ditolak juga sebagaimana telah ditolak oleh orang pertama itu.

Maka berkatalah Malaikat kepadanya, "Jika kamu berkata dusta, nescaya ALLAH akan mengembalikan kamu kepada keadaan seperti dahulu."

Bila Malaikat itu beredar, demikianlah juga ALLAH mengembalikan keadaan orang itu seperti dulu berkepala botak dan miskin.

Akhirnya, Malaikat tadi pergi pula kepada orang yang sebelumnya buta dengan menyerupai dirinya dulu, dan berkata kepadanya, "Aku adalah seorang miskin, kehabisan bekal dalam perjalanan dan telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku ini, sehingga aku tidak akan dapat lagi meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan ALLAH, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi ALLAH yang telah mengembalikan penglihatan kamu, aku meminta seekor kambing saja untuk bekal melanjutkan perjalananku."

Orang itu menjawab, "Sungguh, dahulu aku buta, lalu ALLAH mengembalikan penglihatanku. Maka, ambillah apa yang kamu suka dan tinggalkan apa yang kamu tidak suka. Demi ALLAH, sekarang ini aku tidak akan menyusahkan kamu dengan memintamu mengembalikan sesuatu yang telah kamu ambil kerana ALLAH."

Malaikat yang menyerupainya pun berkata, "Peganglah kekayaan kamu, kerana sesungguhnya kalian ini hanyalah diuji oleh ALLAH. ALLAH telah reda kepada kamu, dan murka kepada kedua temanmu." (Riwayat al-Bukhari (3464), Muslim (2964).

UJIAN

Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kita semua tahu semua yang dimiliki hari ini adalah milik dan kurniaan ALLAH.

Kita tahu cuma kadang-kadang kita tidak sedar lalu membawa kepada kelalaian.

Kesedaran inilah yang membezakan manusia yang tahu untuk bersyukur dan yang lena dibuai kenikmatan dunia, lalu dia mengkufurinya.

Semoga kita dikurniakan jiwa yang tahu dan sedar agar menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian


Wednesday, February 27, 2019

Pemburu Hantu Berjaya Rakam 'Entiti Misteri' Keluar Dari Kubur

Pemburu Hantu Berjaya Rakam 'Entiti Misteri' Keluar Dari Kubur

Seorang pemburu hantu mendakwa berjaya merakamkan bukti kehidupan selepas kematian dalam satu rakaman yang ditangkap menggunakan peralatan pakar itu yang menunjukkan beberapa kejadian kegiatan paranormal termasuk dua makhluk keluar dari kubur yang mengandungi mayat dua wanita.

Roh dari kubur

Klip itu dirakam oleh Mark Davies, 47, yang telah menjadi pemburu hantu sejak beberapa tahun lalu dan dia berharap rakaman yang diambil di Falmouth Cemetery dekat Cornwall itu akan menarik minat penyiasat paranormal yang lebih berpengalaman, lapor Cornwall Live.

Mark sebelum ini bercakap tentang pertemuannya dengan makhluk misteri, yang digambarkannya sebagai "alien" atau "setan".

Mark berkata, "Ia gila. Terdapat beberapa perkara yang berlaku dan saya telah menyuntingnya untuk menumpukan bahagian kepala di kubur tersebut.

"Di sebelah kiri kubur ada juga makhluk yang keluar dan anda dapat melihat makhluk itu bergerak.

"Makhluk yang jelas kelihatan itu berjalan selama dua saat kemudian hilang dalam kabus putih.

"Saya menjemput mana-mana pakar untuk merungkai bukti ini kerana ia adalah bukti tentang kehidupan selepas kematian.

Roh dari kubur
Roh dari kubur.

"Anda dapat melihat wajah yang keluar dari kubur dan sesuatu telah berlaku. Bebola kapas atau sesuatu yang terapung di atas kubur, ia adalah gila."

Pemburu itu juga enggan mempedulikan mereka yang ragu-ragu dengannya dan hanya mahu menumpukan perhatian terhadap pekerjaannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

SBDJ Siri 23: Roh Bayi Cari Ibu

SBDJ Siri 23: Roh Bayi Cari Ibu

Datuk menggigit bibir. Sepasang matanya berpaut pada wajah Norlin yang kelihatan cemas itu. Dari wajah Norlin, mata datuk beralih ke wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.

Siri SBDJ 15

"Mahu halau siapa? Tidak ada seorang pun yang masuk ke sini?", ulang datuk dengan nada suara yang cukup lembut.

"Ada. Dia selalu ganggu saya, kalau diusir diaaaa..." dan Norlin terus menghentak-hentakkan kaki ke lantai sambil meronta-ronta.

Ibunya terus memeluk dengan erat dan kemas. Datuk terdiam, tidak tahu apa yang harus di buatnya.

Suara bising di bilik atas membangunkan Pak Ayub Naim dan isterinya yang tidur di bilik bawah.

Mereka naik ke bilik Norlin. Waktu Pak Ayub dan isterinya sampai, Norbaya sedang menyapu peluh yang tumbuh di dahi Norlin.

Isteri Pak Ayub Naim terus bertanya:

"Apa yang dah jadi Norlin?"

"Saya takut makcik," suara Norlin terketar-ketar.

Kemudian Norbaya memberitahu isteri Pak Ayub Naim bahawa kakaknya seperti melihat sesuatu di luar bilik mahu mengacaunya.

Norbaya terus membaca ayat-ayat suci, tiba-tiba dia mendapati Norlin jatuh pengsan.

"Badannya terus jadi panas makcik," ujar Norbaya.

Isteri Pak Ayub Naim resah dan berkata pada suaminya:

"Apa yang harus kita buat?" Pak Ayub Naim terdiam.

Dia berjalan berpusing-pusing di hadapan Tok Kaya Sendi Diraja lalu berhenti di hadapan datuk.

"Norlin diganggu oleh sesuatu. Setahu aku, penjaga rumah tua ni tidak akan membuat kacau, apa lagi terhadap keluarga Tok Kaya," tutur Pak Ayub Naim.

Mukanya merenung muka datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja.

Pak Ayub terus menyambung:

"Kalau pun dia menampakkan dirinya, itu sebagai tanda salam perkenalan."

Isteri Pak Ayub Naim secara tiba-tiba berdiri. Matanya mula merah merenung ke wajah Norlin.

"Sama ada salam perkenalan atau tidak, dia tetap syaitan. Saya tahu setiap kali Norlin cuti dia jadi korban," nada suara isteri Pak Ayub Naim cukup keras. Semua yang ada dalam bilik itu berpandangan sesama sendiri.

"Kita harus mengatasi masalah ini. Saya tak mahu anak saya jadi korban,” kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

"Siapa orangnya boleh menolong kita?", sahut Pak Ayub Naim.

Pertanyaan Pak Ayub Naim tidak mendapat jawapan. Datuk terus bercakap sesuatu dengan Tok Kaya Sendi Diraja.

Kemudian Tok Kaya Sendi Diraja pula membisikkan sesuatu ke telinga Pak Ayub Naim.

"Baik," tiba-tiba suara Pak Ayub Naim meninggi lalu keluar dari bilik.

Sepuluh minit kemudian Pak Ayub Naim masuk ke bilik dengan membawa air dalam mangkuk putih.

"Berikan padanya," ujar Tok Kaya Sendi Diraja.

Pak Ayub Naim meletakkan mangkuk putih berisi air di hadapan datuk.

Datuk memasukkan separuh jari hantunya kedalam mangkuk putih.

"Ambil air ini dan sapukan ke mukanya," beritahu datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

Perintah datuk segera dilakukan. Bila jari jemari isteri Tok Kaya Sendi Diraja menyapu air ke muka Norlin, saya lihat Norlin lemah dan terus terlena.

Norlin pun diletakkan ke atas katil dengan di temani oleh ibunya.

Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan Pak Ayub Naim keluar dari situ dan terus menuju ke bilik saya dan datuk menginap. Mereka berbincang panjang.

Datuk dengan rasa rendah hati ingin membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh keluarga Tok Kaya Sendi Diraja.

"Saya sekadar mencuba. Sama ada jadi atau tidak terletak pada kuasa Allah. Kalau Allah memberkati, kita akan berjaya,” ujar datuk.

"Saya faham,” sahut Tok Kaya Sendi Diraja.

"Mencuba apa salahnya,” celah Pak Ayub Naim pula. Akhirnya mereka pun berpisah.

Esoknya Norlin terus jatuh sakit. Tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk. Datuk tidak melakukan sesuatu pada sebelah paginya bagi mengubati sakit Norlin.

Menurut datuk, Norlin demam kerana lemah semangat. Pada sebelah petangnya, baru datuk memulakan tugasnya.

ltupun sesudah membuat beberapa persiapan rapi di biliknya. Datuk meminta izin pada Tok Kaya Sendi Diraja untuk masuk ke bilik Norlin.

"Silakan, emaknya ada di dalam,” kata Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja.

”Jangan tegur apa yang saya lakukan,” dengan tenang datuk mengingatkan kepada saya dan Tok Kaya

Sendi Diraja.

Dengan tenang datuk melangkah. Berdiri betul-betul di tengah pintu bilik. Dia memusingkan badannya dari kiri ke kanan.

Dia mengeluarkan kain hitam dari pinggang lalu melemparkan ke ruang tengah rumah.

Lepas itu, datuk pun mempersilakan Tok Kaya Sendi Diraja dan saya menghampiri Norlin.

Tiba-tiba wajah Norlin berubah menjadi takut dan cemas. Dia merasakan Datuk mahu mengganggunya.

Namun begitu dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan, datuk memegang urat nadi di tangan kanan Norlin.

Mulut datuk terus terkumat-kamit. Matanya sekejap terpejam, sekejap terbuka. Datuk memerhatikan wajah Norlin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Datuk mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali. Saya terdengar bunyi jam tua di tengah ruang berbunyi lima kali.

Angin petang terasa masuk dengan deras kedalam bilik. Ada bunyi suara burung gagak liar di pucuk kekabu.

Meskipun diluar cuaca cukup panas dan cerah, tetapi diruang itu tetap kelihatan muram, malah ada beberapa bahagian rumah itu bagaikan tidak kena sinar matahari.

Sedang saya dan Tok Kaya Sendi Diraja serta isterinya melihat datuk menjalankan tugasnya dengan tekun.

Terdengar bunyi bingkai gambar terhempas di lantai. Kaca dari bingkai gambar itu bagaikan bergerak sendiri menuju ke arah tiang seri rumah.

Bila Tok Kaya Sendi Diraja mahu merapatinya, datuk segera menahan.

"Jangan.”

"Kenapa?"

"Barangkali dia mahu menguji kita."

"Apa yang patut kita lakukan?"

"Tidak ada apa yang yang perlu kita lakukan,” datuk memberi penjelasan pada Tok Kaya Sendi di Diraja.

Dan Tok Kaya Sendi Diraja pun anggukkan kepalanya dua tiga kali.

Waktu isteri Tok Kaya Sendi Diraja membetulkan duduknya kerana lenguh lama duduk bertempuh, pintu bilik berbunyi dengan kuatnya macam dihempas oleh tangan manusia.

Gegarannya menjatuhkan botol-botol kecil yang terletak di atas meja hias Norlin.

Bulu roma saya mula tegak. Datuk masih lagi tenang. Mata Norlin tidak seliar tadi. Kedua dua biji matanya merenung lelangit rumah.

Norlin tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia seolah-olah berada di dunia lain.

Datuk memberi isyarat kepada Tok Kaya Sendi Diraja supaya mendekatinya.

"Bagaimana?" soal Tok Kaya Sendi Diraja pada Datuk.

Datuk pun mendekatkan mulutnya ke telinga Tok Kaya Sendi Diraja lalu berbisik:

"Memang ada yang mengacaunya."

"Siapa? Penunggu rumah ini, dia tu rajakah, puterikah atau apa?"

Nampak benar tidak sabarnya Tok Kaya Sendi Diraja bila berhadapan dengan masalah yang rumit itu.

Datuk mula resah. Memang pantang benar bagi dirinya bila dia menjalankan tugas, diganggu dengan beberapa soalan atau pertanyaan.

Perbuatan begitu boleh mengganggu tumpuan fikiran pada kerja yang dilakukan.

"Saya tak dapat mengatakan siapa orangnya. Ada baiknya Tok Kaya tengok sendiri."

"Tengok sendiri? Apa saya seorang sajakah?"

"Tidak. Bersama dengan orang yang ada di sini."

Mendengar jawapan dari datuk itu, Tok Kaya Sendi Diraja merenung muka isterinya. Mereka nampak cemas dan gusar sekali.

Norlin masih terkapar di atas katil. Matanya tidak lagi tertumpu pada lelangit rumah.

Datuk memberi isyarat supaya saya menghampirinya.

"Ada apa tok?"

"Kau duduk dekat aku,” suaranya cukup tegas.

Saya angguk kepala dengan lemah. Ekor datuk merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.

"Usah bimbang. Tok Kaya dan yang lain-lain harus mandi dengan air bunga tujuh jenis,” beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah yang selamba.

Datuk lalu minta mangkuk putih berisi air bersama dengan bunga kemboja, bunga raya dan bunga tanjung.

Tidak sampai sepuluh minit, semua barang yang dikehendaki oleh datuk tersedia di hadapannya.

Tiga kuntum bunga yang berlainan jenis itu datuk taburkan ke atas air dalam mangkuk putih.

Jam tua di tengah ruang rumah berbunyi lagi sebanyak enam kali. Cuaca di luar tidak secerah tadi. Keadaan dalam rumah bertambah suram.

Kami terdengar bunyi deru angin menguasai perut rumah. Bunyinya cukup kuat.

Datuk menyuruh kami menghadapi keadaan itu dengan tenang dan datuk pun memperkemaskan silanya.

Datuk memejamkan matanya sambil menarik nafas dengan tenang. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Nafasnya kian kencang. Wajah datuk berkerut.

Kemudian datuk meraba telinga kirinya tiga kali berturut-turut. Wajahnya kelihatan beransur tenang dan tarikan nafasnya bertambah aman.

Datuk pun membuka matanya dengan perlahan-lahan dan merenung ke kiri dan ke kanan. Wajah saya dan wajah Tok Kaya Sendi Diraja direnung dengan tajam oleh datuk.

"'Begini Tok Kaya. Penunggu ini sedia menemui kita,” kata datuk.

"Bila?", soal saya tidak sabar.

"Malam ini, kira-kira pukul sembilan,” jawapan datuk itu ternyata menimbulkan kebimbangan di hati Tok Kaya Sendi Diraja, lalu dia mengemukakan pertanyaan.

"Dimana?"

"Di ruang rumah ini," jawab datuk dengan nada suara yang agak keras.

Bagaikan ada sesuatu kuasa ghaib, Norlin yang terlentang di atas katil bangun dengan tiba-tiba. Dia nampak sihat dan melangkah dengan tenang di hadapan datuk.

"Penunggu rumah sudah membebaskannya. Bawalah dia ke bilik mandi,” datuk memberitahu isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

Arahan datuk itu segera dipatuhi. Kemudian, datuk mengajak saya turun dari bilik Norlin.

"Saya dan cucu mahu memetik bunga tujuh jenis, jadi Tok Kaya tak payahlah ikut,” beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.

"Silakan."

"Tapi jangan lupa. Lepas sembahyang Isyak datang jumpa saya ambil air bunga."

"Mesti,” datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja pun ketawa.

Dengan pertolongan Pak Ayub Naim, saya dan datuk terus pergi ke Kampung Keramat Pulai, ke satu kawasan di kaki gunung.

Menurut Pak Ayub Naim, semua jenis bunga yang tumbuh di kawasan itu boleh dipetik.

"Tak payah minta kebenaran dari tuannya?" tanya datuk penuh keraguan.

Pak Ayub Naim tersenyum.

"Tanah ini, tanah Tok Kaya sendiri, ambillah."

"Senang hati saya. Kita nak buat ubat mesti dapat izin, kalau dah Tok Kaya punya senanglah kita berunding,” datuk mengakhiri cakapnya dengan ketawa kecil.

Kawasan di kaki gunung itu memang lapang. Di gunung paling hujung ada tempat orang memecah batu.

Banyak anak muda Keramat Pulai yang bekerja dengan syarikat pemecah batu disitu.

Arah ke selatan terdapat kawasan kolam lombong tinggal dengan air yang membiru.

Terdapat beberapa orang kampung dari Keramat Pulai memancing di kolam lombong tinggal itu.

Satu perkara yang menarik, semua jenis bunga terdapat di kawasan tanah lapang tersebut. Sesekali bila angin datang saya dapat menghidu baru yang cukup wangi.

Datuk pun sudah dapat mengumpulkan tujuh jenis bunga. Semuanya datuk masukkan ke dalam bekas khas. Ketika itu, kaki langit sudah bertukar warna.

Puncak gunung yang tadi kelihatan hijau dengan tumbuh-tumbuhan bertukar menjadi hitam sekata.

"Siapa yang tanam pokok-pokok bunga di sini?", soal datuk pada Pak Ayub Naim.

Lelaki tua yang sudah beruban itu kerutkan dahi luasnya sebentar.

"Arwah ayah Tok Kaya, masa hayatnya dia selalu jalan di sini setiap malam jumaat, waktu bulan penuh."

"Buat apa dia ke sini?"

"Itu saya kurang periksa pula."

Mendengar jawapan itu, datuk tidak lagi mengajukan sebarang pertanyaan. Tetapi cakap Pak Ayub Naim itu menimbulkan beberapa persoalan dalam diri saya.

Apakah arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja mempunyai hubungan sulit dengan makhluk asing?

Apakah pokok-pokok bunga yang di tanam di kawasan kaki gunung itu mempunyai tujuan yang tertentu?

Cukup sukar untuk saya memberi jawapan pada pertanyaan yang timbul dalam diri saya itu.

Kami pun meninggalkan kawasan kaki gunung itu. Waktu saya dan datuk serta Pak Ayub Naim melintasi jambatan yang merintangi sebuah anak sungai, suara azan terdengar dari surau kecil yang terletak di tepi sungai.

Datuk pun memutuskan untuk menunaikan fardhu Maghrib di surau Keramat Pulai.

Selepas menunaikan fardhu Maghrib, kami meneruskan perjalanan ke rumah Tok Kaya Sendi Diraja.

Kali ini saya tidak mahu naik basikal yang di kayuh oleh datuk. Saya memutuskan mahu naik basikal yang di bawa oleh Pak Ayub Naim.

"Kenapa?"

"Saya mahu bercakap dengan Pak Ayub Naim."

"Hum, terpulanglah. Boleh ke bawa cucu kami Ayub?"

"Boleh, apa salahnya.”

Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak Ayub Naim terus bercerita tentang keistimewaan arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja.

Menurut Pak Ayub Naim, ayah Tok Kaya Sendi Diraja pernah mendapat harta karun di kaki gunung iaitu tempayan tembaga yang sumbing mulutnya.

Tempayan itu tidak di bawa pulang, tetapi ditempatkan di satu kawasan dan dimandikan dengan air bunga-bungaan selepas sembahyang Jumaat.

Sejak bertemu tempayan itu, perniagaannya bertambah maju. Lombong bijih terus dibuka hingga ke Jeram Mengkuang dekat Bidor.

Bila ayah Tok Kaya Sendi Raya meninggal dunia, tempayan tembaga itu terus ghaib entah ke mana.

Lebih kurang pukul sembilan malam, sesudah dimandikan dengan air bunga tujuh jenis, Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya kelihatan tenang dan penuh semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Begitu juga dengan Norbaya, Norlin dan Pak Ayub Naim suami isteri. Semuanya duduk di atas tikar mengkuang panjang dua belas. Norlin mengadu pada datuk yang dirinya terasa pening.

Datuk pun menyuruh dia baring dekat ibunya. Sesuai dengan permintaan datuk, hanya tiga batang liIin sahaja yang di pasang menjadikan suasana agak samar-samar.

Datuk pun duduk lurus-Iurus. Mulut datuk terkumat-kumit. Suasana cukup sunyi, macam berada di tanah perkuburan di waktu petang.

Hanya bunyi tekanan nafas sahaja yang kedengaran. Entah dari mana, tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara lolongan anjing.

Cukup menghairankan, sekitar kawasan itu tidak ada orang yang memelihara anjing.

Udara mendadak sahaja menjadi sejuk. Apabila terdengar suara orang mengeluh dari bilik sebelah. Norlin tiba-tiba bangun lalu memandang wajah ibunya.

"Bersedialah, sebentar lagi dia akan datang,” ujar datuk perlahan-lahan tetapi cukup tegas.

Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Di hadapan, secara perlahan-lahan muncul semacam gumpalan kabus, bergulung-gulung dan kemudian menipis pula secara perlahan-Iahan.

Bila gumpalan kabus itu hilang, muka isteri Tok Kaya Sendi Diraja berubah menjadi pucat begitu juga dengan Norlin.

Ada lembaga berbentuk bayi terapung-apung tanpa seurat benang pun. Matanya yang bercahaya itu memandang wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri. Dari situ beralih pula ke muka Norlin.

"Siapa namamu anak yang baik?”, tanya datuk.

"Saya belum ada nama,” jawab bayi itu.

Tidak terkeluar dari mulut bayi tersebut, tetapi datangnya dari satu arah yang lain dan bergema pula. Datuk terus merenung ke arah bayi itu.

"Apakah kau yang punya rumah ini?”, tanya datuk.

Badan datuk saya lihat mula menggigil bagaikan di goncang oleh sesuatu.

"Kau tinggal menetap di sini?", soal datuk lagi.

"Tidak,” terdengar suara gema yang agak jauh.

"Kenapa kau ganggu Norlin?"

"Saya cuma nak jumpa emak saya, isteri Tok Kaya Sendi Diraja."

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mula mengelabah, kemudian terpekik tertahan-tahan.

Datuk memberi isyarat pada semua yang ada di situ supaya bertenang. Tetapi perubahan wajah jelas kelihatan pada Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.

"Apa pasal kau mahu menemui ibumu?"

"Saya minta di pertanggungjawabkan."

"Maksudmu aku tak faham."

"Kenapa saya dibunuh?"

"Jadi ibumu telah membunuhmu?"

"Ya. Waktu saya tujuh bulan dalam kandungan dengan pertolongan doktor, saya di keluarkan dari rahim secara paksa."

Sebaik sahaja suara itu hilang, diganti pula dengan suara tangisan. Suara itu terdengar sayup-sayup dan amat memilukan.

Datuk meletakkan kedua belah tangannya atas tempurung lutut. Salah satu dari pada api lilin dihadapannya di padamkan.

"Kau mahu membalas dendam datang ke sini?"

"Bukan itu maksud saya."

"Jadi apa tujuanmu yang sebenar?"

"Saya memerlukan nama dan pengakuan dari ibu yang sebenar dan kaum keluarga."

"Baiklah, selain dari aku dan cucuku, ada ayah, emak dan kakak atau adik kau. Mereka sudah mengakui kau sebagai keluarga mereka,” ujar datuk sambil merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja.

Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri serta-merta anggukkan kepala.

Datuk mengigit bibir lalu bertanya:

"Siapakah orang yang selalu muncul di sini, seperti yang pernah ditemui oleh cucuku dan orang lain itu?"

Bayi itu kelihatan berpusing-pusing, lalu berdiri dekat tiang seri. Dia seakan-akan ketawa menghadapi ke arah kami.

Terdengar bunyi angin yang cukup kuat. Semua yang ada di ruang rumah berterbangan. Walaupun begitu api lilin yang ada tidak jadi padam.

"Mereka adalah waris dari keturunan datuk nenekku, merekalah yang memberi jalan kemewahan pada keturunan ayah dan ibuku.

"Dan merekalah yang mendesak aku supaya menemui ibuku yang sebenar."

Terdengar gema suara dari arah kiri datuk.

"Baiklah, mereka sudah tahu sekarang. Mereka akui kau adalah keturunan mereka. Pulanglah jangan ganggu kakakmu Norlin,” datuk terus bersuara.

"Aku mahu bersalam dengan mereka,” minta bayi itu.

"Silakan.”

Keluarga Tok Kaya Sendi Diraja menghulurkan tangan, ternyata mereka tidak bersalaman dengan bayi itu.

Mereka hanya macam terasa angin yang tenang mengenai jari-jemari mereka.

Seperti waktu mula muncul, bayi itu terus berubah menjadi gumpalan yang kabur, kemudian menipis dan akhimya terus

menghilang.

Setelah beberapa detik berlalu, datuk kembali bertafakur dan membaca sesuatu.

Dengan nada suara yang parau dan mengandungi maksud tertentu, datuk bersuara:

“Bangunlah wahai hati nurani yang tidak di kuasai oleh nafsu. Bangun dan temuilah kami."

Suasana bertambah sepi. Tidak ada seorang pun yang sedar tentang isteri Tok Kaya Sendi Diraja yang jatuh pengsan. Datuk meletakkan tangannya ke atas dahi isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

”Saya tak tahu masa bila dia pengsan,” kata Tok Kaya Sendi Diraja.

"Jangan khuatir, kita mencari jalan yang baik,” balas datuk lalu menepuk tikar mengkuang panjang dua belas.

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja bangun. Duduk bersila, wajahnya pucat. Sepasang matanya merenung mata datuk.

"Siapakah yang datang tadi? Hati nurani cik puan yang tidak di kuasai oleh nafsu?", tanya datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dia mengangguk. Wajahnya resah tidak menentu.

"Kau menggugur anakmu waktu berusia tujuh bulan?"

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja angguk kepala.

"Kenapa kau berlaku sekejam itu?"

"Sebelum saya kahwin dengan Tok Kaya Sendi Diraja, saya jadi tukang masaknya. Kemudian terjadi perkara yang tidak baik, saya terus diam dibahagian atas rumah ini.

"Apabila genap tujuh bulan, saya dengan persetujuan Tok Kaya Sendi Diraja menggugurkan bayi ini dengan seorang doktor swasta di Kuala Kangsar."

Satu pengakuan yang jujur dari isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

Dan Tok Kaya mengakui apa yang dikatakan oleh isterinya itu memang benar. Datuk pun merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.

"Awak berdua sudah melakukan dosa,” ujar datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.

Isteri dan suami berpandangan sama sendiri. Sekarang semua peristiwa buruk itu sudah tidak menjadi rahsia lagi buat keluarga diri Tok Kaya Sendi Diraja.

Tok Kaya Sendi Diraja menundukkan mukanya dan dia baru sedar, bahawa kekayaan yang ada tidak dapat menutup perbuatan terkutuknya.

"Lupakan semuanya itu. Yang berdosa tetap berdosa. Hanya Allah yang Maha Besar lagi Penyayang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kamu berdua,” tambah datuk.

Tok Kaya terus menarik tangan datuk pergi ke ruang bawah. Saya mengikutinya dari belakang. Saya tidak tahu apa yang mereka bicarakan.

Selepas bercakap datuk pun mengajak saya ke biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, wajah lelaki yang garang berbadan besar tercegat di dalam bilik. Datuk berhenti di hadapannya. Datuk pun memejamkan mata.

"Aku hanya datang untuk membetulkan mana yang silap,” kata datuk pada lembaga itu yang bergerak ke kanan sambil tersenyum dan terus hilang.

Tamat siri 23/284

BACA: SBDJ Siri 22: Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM


Sony Xperia 1, Smartphone Pertama Guna Skrin OLED 4K

Sony Xperia 1, Smartphone Pertama Guna Skrin OLED 4K

Jika sebelum ini Sony pernah menjadi pengeluar pertama di dunia yang hadir dengan telefon pintar menggunakan skrin 4K menerusi Xperia XZ Premium, kali ini perkara yang hampir sama juga berlaku apabila Sony hadir dengan telefon pintar pertama di dunia menggunakan paparan OLED 4K yang dinamakan Xperia 1.

Sony Xperia 1

Sony Xperia 1 bukan sahaja menawarkan paparan beresolusi ultra berdifinisi tinggi tetapi hadir dengan rekaan skrin nisbah 21:9, menjadikan rekaan telefon pintar ini agak panjang berbanding telefon pintar lain di pasaran.

Menariknya paparan CinemaWide ini, ia membawakan sokongan HDR untuk pengalaman menonton yang lebih imersif yang mampu memainkan kandungan HDR 21:9 di Netflix dan Amazon.

KAMERA

Bukan itu sahaja, Sony Xperia 1 turut menjadi telefon pintar pertama Sony yang dilengkapi tri kamera belakang, walaupun ciri ini sudah lama ada pada peranti keluaran lain, tri kamera belakang ini menempatkan tiga sensor 12MP yang mana sensor utama datang dengan bukaan f/1.6.

Ia juga diperketatkan dengan teknologi Optical SteadyShot (OIS+EIS) dan Dual Pixel autofocus. Dua sensor yang selebihnya pula membolehkan pengguna mengambil gambar jauh sehingga 2x zoom atau gambar bersudut ultra-lebar.

SUNTINGAN VIDEO

Rakaman video pada peranti ini membolehkan pengguna merakam video seperti di dalam filem menerusi mod CinemaPro pada nisbah 21:9.

Sony turut menyertakan CineAlta pada aplikasi Cinema Pro yang mana membolehkan pengguna menyunting video, pengubah warna, dan menguruskan projek video terus pada telefon pintar.

GAME

Bagi permainan mudah alih pula, buat masa ini Fortnite antara permainan yang menyokong ciri penuh pada skrin memanjang ini.

SPEAKER

Untuk bunyi sekeliling yang lebih menyeluruh, ia menyediakan sistem speaker stereo berteknologi Dolby Atmos.

RAM

Peranti ini diperkasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 dan 6GB RAM bersama pilihan storan 64GB atau 128GB – juga boleh diperluaskan dengan kad microSD sehingga 512GB.

BATERI

Sony Xperia 1

Melihat pada bateri, ia cuma dibekalkan dengan kapasiti bersaiz 3,330mAh serta menyokong ciri USB Power Delivery (PD) tetapi tidak diberikan terus dari kotak.

KALIS AIR

Sony Xperia 1 didatangkan dengan kerangka badan kalis air dan debu IP68, panel Corning Gorilla Glass 6, dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi kerangka terpisah dengan butang kuasa.

HARGA

Perant ini akan berada di pasaran sekitar bulan Mac hingga Jun pada harga yang belum didedahkan lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: teknoratz

Maknyah Pukul Wanita Sama Seperti Lelaki Memukul Wanita!

Maknyah Pukul Wanita Sama Seperti Lelaki Memukul Wanita!

Itu penegasan Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, justeru beliau berkata, jika masyarakat melihat seorang maknyah memukul wanita mereka perlu bertindak seperti mana melihat lelaki memukul wanita.

Maknyah pukul wanita

Menurut Dr. Mohd. Asri , dalam Islam jantina bidaah yang dinamakan 'maknyah' atau 'saudarai' tidak dibenarkan berleluasa.

Ini kerana dikhuatiri atas nama jantina palsu tersebut, maka ramai lelaki boleh mengambil kesempatan menzalimi wanita.

"Masyarakat pula tidak akan sensitif apabila melihat maknyah menzalimi wanita seperti sensitifnya mereka apabila mereka melihat lelaki memukul wanita.

"Masyarakat hanya akan kata 'maknyah' pukul perempuan. Padahal hakikatnya lelaki memukul perempuan.

Memperagakan pakaian perempuan dan bergaya seperti perempuan tidak mengubah hakikat mereka itu lelaki!" kata Dr. Mohd. Asri.

Dr. Asri berkata, jika masyarakat tidak menangani kewujudan golongan terkenaan akan banyak banyak hak wanita bahkan hak lelaki yang akan dicerobohi.

"Maka jika melihat maknyah memukul perempuan bertindaklah seperti mana kita melihat lelaki memukul perempuan. Jangan dikelirukan oleh penampilan yang palsu," kata Dr. Mohd. Asri.

Sebelum ini pernah tular di media sosial, video seorang individu yang bekerja sebagai perunding kecantikan mendakwa telah diserang dan ditampar oleh beberapa orang maknyah sehingga berlaku pergelutan di pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Nokia 9 PureView Terbaharu, 6GB RAM, 5 Kamera Belakang ZEISS

Nokia 9 PureView Terbaharu, 6GB RAM, 5 Kamera Belakang ZEISS

Nokia 9 PureView kini diperkenalkan secara rasmi di acara MWC 2019, Barcelona, merupakan telefon pintar mercu yang menawarkan bukan dua, bukan tiga, tetapi lima kamera belakang berteknologi ZEISS.

Nokia 9 PureView

Menurut HMD, Nokia 9 PureView dilengkapi perkakasan kelas atasan seperti paparan skrin pOLED 5.99-inci QHD+, memori 6GB RAM dan 128GB storan. Selain itu, ia turut memuatkan bateri berkapasiti 3,320mAh yang juga menyokong pengecasan tanpa wayar Qi, sokongan kalis air dan debu IP67, Bluetooth 5.0 dan sokongan keselamatan pengimbas cap jari dalam skrin.

Kamera

Nokia 9 PureView membawakan 5 kamera 12MP f/1.8 (keseluruhan 60MP), dua daripadanya menggunakan sensor RGB (warna), dan tiga daripadanya menggunakan sensor monokrom (hitam-putih).

Sementara kamera swafoto pula menawarkan sensor 20MP. Penggambaran peranti ini turut dibantu aplikasi suntingan gambar terbina iaitu Lightroom.

Bagaimanapun, peranti ini tidak dijana cip pemproses terbaharu sebaliknya hanya dikuasakan Qualcomm Snapdragon 845, tetapi sistem operasinya telah diperkasakan dengan antaramuka android asli berasaskan Android 9 Pie.

Nokia 9 Pureview Picture

Ternyata sokongan lima lensa ZEISS beresolusi 12MP (f/1.8) ini dilihat berupaya menjanjikan kualiti penggambaran yang sangat menakjubkan.

Ini jelas dapat dilihat melalui perkongsian koleksi hasil gambar yang telah dikongsikan pengguna.

Harga

Nokia 9 PureView akan dipasarkan tidak lama lagi dengan harga sekitar RM2,845.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, February 26, 2019

Petua Menghilangkan Panas Dalam Badan Secara Semulajadi Apabila Demam

Petua Menghilangkan Panas Dalam Badan Secara Semulajadi Apabila Demam

Apabila demam, panas dalam badan sebenarnya bukan penyakit, tetapi merupakan suatu keadaan di mana berlaku ketidakseimbangan suhu di dalam tubuh namun, jika tidak diatasi maka panas dalam boleh menjadi semakin parah dan dalam beberapa kes, panas dalam juga boleh menjadi petanda datangnya suatu penyakit, terutama yang berkaitan dengan penyakit pada saluran pencernaan dan saluran pernafasan.

Petua Buang Panas Badan
Gambar hiasan.

Oleh itu, anda harus berwaspada jika panas dalam yang anda alami tidak kunjung sembuh atau bertambah parah. Panas dalam boleh menyerang siapa saja, dari bayi hinggalah orang lanjut usia.

Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab terjadinya panas dalam, antara lain kerana tubuh kekurangan cecair, penurunan daya tahan melawan penyakit, pengambilan makanan yang pedas dan banyak mengandungi lemak, kekurangan serat, ketidakstabilan hormon dalam tubuh, faktor cuaca yang panas atau sejuk melampau, tekanan atau akibat proses keradangan.

Gejala yang dialami oleh orang yang mengalami panas dalam antara lain iaitu bibir pecah, bau mulut, tekak kering atau terasa sakit, rasa tidak selesa di perut (loya, kembung), susah membuang air besar dan berlakunya peningkatan suhu badan.

Cara Merawat Panas Dalam Badan Dengan Bahan-Bahan Semulajadi

Untuk merawat panas dalam, anda boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di sekitar kita.

Ketika panas dalam muncul, sebaiknya jangan langsung mengambil ubat-ubatan kimia kerana belum tentu akibat suatu penyakit.

Anda boleh mengatasinya terlebih dahulu dengan cara berikut ini dengan tujuan untuk menyeimbangan nutrisi, cecair, elektrolit dan memperbaiki sistem kekebalan tubuh anda.

Pelbagai cara mengubati panas dalam secara semulajadi seperti berikut:

1. Air kelapa muda

Air kelapa muda mempunyai kandungan elektrolit tinggi yang berkesan untuk menyembuhkan panas dalam.

Selain itu minum air kelapa muda juga dapat mengatasi kekeringan, selain tubuh akan merasa segar dan meneutralkan suhu badan, serta mengimbangi cecair elektrolit.

Cara merawat panas dalam menggunakan air kelapa muda iaitu dengan mengambil air yang terkandung di dalam kelapa yang masih muda, dengan atau tanpa isinya.

Anda boleh mencampurkan madu untuk menambah khasiatnya.

2. Lemon dan madu

Lemon merupakan buah yang mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi. Sebagaimana kita ketahui bahawa vitamin C sangat penting dalam meningkatkan daya tahan tubuh serta untuk mengatasi panas dalam.

Selain itu pengambilan lemon juga dapat memberikan rasa segar di dalam tubuh. Ditambah lagi dengan khasiat madu yang berfungsi untuk mencegah dari serangan penyakit.

Cara merawat panas dalam menggunakan lemon dan madu iaitu sediakan sebiji buah lemon, perah airnya dan masukkan ke dalam 1 gelas air biasa. Tambah 6 sudu madu dan gaul sehingga rata.

Pengambilan secara teratur 2 kali sehari maka panas dalam yang anda hidapi akan segera sembuh.

3. Kacang hijau

Kacang hijau merupakan jenis kekacang yang diketahui mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi. Dengan kandungan serat ini maka ia meredakan panas dalam sekali gus melancarkan pencernaan.

Selain itu, dengan pengambilan kacang hijau juga dapat memperbaiki sistem imuniti dalam tubuh anda.

Cara merawat panas dalam dengan kacang hijau iaitu dengan menyediakan 2 genggam kacang hijau dan masukkan ke dalam 3 gelas air, lalu rebus sehingga airnya tinggal 1 gelas sahaja.

Kemudian tapis untuk diambil airnya dan minumlah secara rutin air rebusan kacang hijau tersebut untuk menyembuhkan panas dalam.

4. Cincau

Cara merawat panas dalam yang seterusnya iaitu dengan Cincau, merupakan bahan yang diperbuat dari tumbuhan yang diproses secara semulajadi dan biasa digunakan sebagai campuran minuman untuk mencipta kesan yang menyegarkan.

Selain menyegar dan menghilangkan dahaga, penggunaan cincau ternyata juga dapat meredakan panas dalam.

Caranya, anda boleh mencampurkan cincau ke dalam minuman seperti biasa, tetapi tidak perlu menggunakan ais.

Sebab, campuran ais boleh mencetuskan keradangan sehingga panas dalam yang anda alami menjadi semakin teruk.

5. Yogurt

Yogurt merupakan susu yang diperam dengan bantuan bakteria baik dan sangat bermanfaat bagi kesihatan khususnya untu menjaga saluran pencernaan dengan menambah bakteria baik atau disebut probiotik supaya dapat melawan bakteria jahat.

Dengan minum yogurt juga berkhasiat untuk merawat panas dalam.

6. Strawberi

Cara merawat panas dalam juga boleh dilakukan dengan mengambil buah Strawberi.

Buah ini mempunyai kandungan nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh antara lain iaitu kalsium, magnesium, zat besi, asid folik, sodium, potasium, beta karoten, vitamin A, B dan C.

Kandungan vitamin C dalam buah Strawberi cukup tinggi dan sangat baik untuk meredakan panas dalam.

7. Minum air secukupnya

Untuk mencegah terjadinya panas dalam, perkara yang boleh anda lakukan antara lain iaitu dengan mengambil banyak air putih (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).

8. Buah-buahan Superfood

Memperbanyakkan pengambilan buah-buahan tinggi kandungan vitamin C selain diatas seperti epal, kurma, anggur, jambu batu dan goji serta sayur-sayuran untuk melancarkan pencernaan.

9. Elak Rokok dan Alkohol

Jauhi rokok dan alkohol, serta elakkan makanan yang boleh mencetuskan terjadinya panas dalam seperti makanan yang terlalu pedas dan banyak mengandungi lemak.

10. Kawal stres

Faktor stres juga boleh mencetuskan terjadinya panas dalam, maka elakkan juga hal-hal yang boleh menimbulkan stres dan urus fikiran anda agar sentiasa tenang dan selesa.

11. Mandi Air Suam

Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.

Jika tak sembuh juga? Makan ubat Paracetamol atau berjumpa doktor.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: herbatiwasir

Gunung Padang Indonesia Piramid Pertama Dan Tertua Di Dunia!

Gunung Padang Indonesia Piramid Pertama Dan Tertua Di Dunia!

Mungkin ramai yang tak tahu terdapat sebuah piramid purba yang tersembunyi di bawah gunung di Indonesia selama berabad-abad. Ia dikenali sebagai Gunung Padang, dan seorang penyelidik mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa ia mungkin piramid tertua yang masih wujud di Bumi.

Gunung Padang piramid tertua

ScienceAlert melaporkan bahawa penyelidikan baru yang dibentangkan di AGU (Kesatuan Geofizik Amerika) 2018 Fall Meeting di Washington, DC mencadangkan bahawa tapak struktur piramid tertua di dunia itu sebenarnya terletak di tapak megalitik Gunung Padang, yang terletak di Wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Selama beberapa tahun, pasukan penyelidik yang meninjau Gunung Padang mendapati bahawa apa yang kelihatan seperti bukit sebenarnya merupakan struktur yang terdiri daripada lapisan dengan beberapa tapak sejak 10,000 tahun atau lebih.

"Kajian kami membuktikan bahawa struktur itu tidak hanya meliputi bahagian atas tetapi juga membungkus sekitar cerun yang meliputi kawasan sekurang-kurangnya seluas 15 hektar. Struktur itu bukan sahaja cetek tetapi berakar pada kedalaman yang lebih tinggi." kata salah seorang penyelidik.

Pasukan penyelidikan tersebut yang diketuai oleh ahli geofizik Danny Hilman Natawidjaja dari Institut Sains Indonesia menggunakan radar penembusan tanah (GPR), tomografi seismik, dan penggalian arkeologi untuk membuat kesimpulan bahawa lapisan asas tersebut telah dibina selama tempoh prasejarah berturut-turut.

Struktur diagram yang dicipta oleh para penyelidik menunjukkan bahawa terdapat empat lapisan yang mungkin dibina di atas satu sama lain.

Pentarikhan radiokarbon awal mencadangkan bahawa lapisan luar Gunung Padang yang pertama mungkin berusia 3,500 tahun, lapisan kedua kira-kira 8,000 tahun dan yang ketiga di antara 9,500 hingga 28,000 tahun.

Lapisan-lapisan dan bentuk yang terhasil membuatkan Natawidjaja beranggapan bahawa ia bukan struktur semulajadi, tetapi sebenarnya piramid buatan manusia kuno.

Beliau juga percaya bahawa piramid yang dicadangkan mungkin mempunyai kepentingan agama tertentu.

"Ia adalah sebuah kuil yang unik. Ia tidak seperti topografi di sekitarnya, yang sangat teruk. Ia kelihatan sangat muda. Bagi kami, ia kelihatan seperti buatan." kata Danny Hilman Natawidjaja.

Walaupun penyelidikan dan penggalian Danny Hilman di tapak tersebut kelihatan seperti boleh dipercayai, namun ia dipenuhi dengan beberapa kontroversi dari ahli arkeologi lain.

Ketua Pusat Arkeologi Bandung, Desril Riva Shanti, telah mengkritik kaedah yang telah digunakan oleh pasukan Danny Hilman Natawidjaja untuk membuat kesimpulan ini.

"Saya belum lagi pergi ke tapak ini tetapi saya boleh menilainya dari gambar. Kaedah penggalian arkeologi tidak seharusnya dilakukan dengan cara itu," kata Desril Riva Shanti.

Beliau berkata adalah lebih baik untuk menjalankan penyelidikan di tapak seperti Gunung Padang pada kadar yang perlahan dan dengan alat yang halus.

Misteri Gunung Padang

Penemuan pertama tapak Gunung Padang dicatatkan oleh seorang petani Belanda pada 1941. Ia telah ditemui buat kali kedua oleh sekumpulan petani tempatan pada tahun 1979 dan telah menjadi perhatian sejak itu.

Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Mohammad Nuh berjanji untuk menyediakan dana tanpa had untuk penyelidikan di Gunung Padang. Dan nampaknya, Danny Hilman Natawidjaja telah memanfaatkan dana itu untuk penyelidikan terkininya.

Buat masa ini, penyelidikan yang dicadangkan oleh pasukan Danny belum dikaji semula. Walaupun teori-teori ini belum terbukti benar, penemuan ini sememangnya menjadikan tapak arkeologi Gunung Padang lebih menarik daripada yang asalnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Kenapa Malaysia Tidak Usir Dr Zakir Naik?

Kenapa Malaysia Tidak Usir Dr Zakir Naik?

Banyak pihak tidak henti-henti menyoal pendirian kerajaan Malaysia berkaitan kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di negara ini dan ketiadaan tindakan pihak berkuasa untuk menghantar beliau kembali ke negara asalnya di India, kononnya ini adalah kewajipan ekstradisi menurut undang-undang antarabangsa.

Kenapa tidak usir Zakir Naik

Kebanyakan pendapat itu adalah kononnya berteraskan dakwaan sesetengah pihak luar, yang diterima bulat-bulat oleh pihak tertentu di Malaysia bahawa Dr Zakir terlibat sama ada dalam kesalahan keganasan terorisme serta jenayah gubahan wang haram, mahupun kekacauan harmoni kemasyarakatan yang melibatkan kutukan terhadap agama selain Islam.

Persoalan yang wajib ditanya oleh rakyat Malaysia yang prihatin adalah: Adakah dakwaan pihak-pihak terbabit yang dilemparkan itu, satu dakwaan yang berasas ataupun cuma tohmahan?

Jawapan sebenar undang-undang:

(a)(i) Pada asasnya, mana-mana negara yang diiktiraf sebagai negara yang sah di sisi antarabangsa, seperti India sememangnya berhak untuk meminta negara lain yang juga diiktiraf secara sah di sisi antarabangsa, seperti Malaysia, untuk menghantar pulang mana-mana individu yang dikehendaki di bawah sistem keadilan jenayah India itu, sekiranya individu itu berada di negara luar itu, seperti Malaysia.

(a)(ii) Kerjasama bagi tujuan pembanterasan jenayah di tahap antarabangsa ini adalah melibatkan kedua-dua negara iaitu India dan Malaysia melalui perjanjian antarabangsa (International Treaty) dan adalah juga tertakluk di bawah seliaan dan kerjasama organisasi Interpol, di bawah mana, mana-mana negara pemohon, India, akan meminta pengeluaran satu "notis merah" (Red Notice) daripada Interpol untuk membolehkan negara luar itu, Malaysia menghalang pergerakan keluar masuk individu itu dari Malaysia sehinggalah permohonan rasmi ekstradisi untuk memohon penghantaran pulang individu itu ke India dapat diproses oleh pihak berkuasa dan mahkamah di Malaysia, juga menurut prosedur dan undang-undang yang sedia.

(a)(iii) Namun, prinsip kerjasama penguatkuasaan jenayah antarabangsa ini adalah tertakluk kepada keperluan untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan tempatan yang mengikat kedua-dua negara itu, iaitu India dan Malaysia.

(a)(iv) Dalam isu Dr Zakir Naik ini, walaupun pihak berkuasa India pernah memohon kepada Interpol untuk pengeluaran "notis merah" terhadap Dr Zakir Naik, yang mana telah dikeluarkan dan didaftar oleh Interpol untuk pengetahuan semua negara terbabit, termasuk Malaysia pada 19 Mei tahun 2017 lalu, namun pada hakikatnya Suruhanjaya untuk Kawalan Fail Interpol (Commission for the Control of Interpol's files) telah dalam persidangan Sesi 102 yang diadakan pada 24 hingga 27 Oktober tahun 2017 lalu, telah membatalkan pengeluaran dan pendaftaran "notis merah yang dipohon oleh India terhadap Dr Zakir Naik.

(a)(v) Justeru, apabila pihak penguatkuasa jenayah antarabangsa seperti Interpol sendiri tidak berpuashati berkaitan prosedur dan sokongan fakta berkaitan permohonan kerjasama pembanterasan jenayah antarabangsa ini, maka sememangnya adalah tidak adil untuk pengkritik secara salah menuding jari terhadap kerajaan berhubung ketiadaan tindakan yang diambil berhubung kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di Malaysia.

(b)(i) Yang keduanya, pada 9 Januari 2018 lalu pula, satu tribunal rayuan untuk Akta Pencegahan Gubahan Wang Haram di India sendiri, yang diketuai Hakim Manmohan Singh telah mengeluarkan perintah untuk menghalang Pejabat Pengarah Pelaksanaan (Enforcement Directorate) di sana dari mengambil alih hak ke atas harta-harta Dr Zakir Naik yang pada awalnya telah dirampas atas siasatan alegasi jenayah gubahan wang haram, atas alasan:

"When the lawyer spoke about “incitement of violence in youth through Naik’s speeches”, Justice Singh said that the ED did not produce any prima facie evidence or statements from “such misguided youths” as to how these speeches pushed them to commit illegal acts."

“Have you recorded anybody’s statement as to how they were influenced by these speeches? Your chargesheet does not even mention how these speeches played any role in a terror attack in Dhaka in 2015,” he said.

“Have you read the speeches which form part of your chargesheet? I have heard many of these speeches and I can tell you that so far I haven’t come across anything objectionable,” the judge told the ED’s lawyer.

"The Tribunal also ordered a “status quo” stopping the ED from taking possession of a Chennai school and a commercial property in Mumbai" dan

"The ED had attached three properties of Naik, however, the judge said the agency cannot now proceed with the physical possession."

(b)(ii) Justeru, bagaimanakah kerajaan Malaysia boleh bertindak terhadap Dr Zakir Naik berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sedangkan pihak berkuasa kehakiman India yang berkenaan sekalipun tidak puas hati dengan tahap bukti yang ditampilkan oleh pihak siasatan India terhadap Dr Zakir Naik itu?

(c) Yang ketiganya, Dr Zakir Naik yang memegang taraf penduduk tetap sejak tujuh tahun lalu, iaitu sebelum kewujudan mana-mana alegasi yang dilemparkan terhadapnya oleh pihak berkuasa India, sememangnya berhak kepada haknya di bawah taraf itu, untuk dilindungi oleh kerajaan Malaysia, selagi Dr Zakir Naik, tidak menyalahi mana-mana syarat taraf kedudukannya dan tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah di negara ini, Malaysia.

(d)(i) Akhir sekali, sekiranya pihak kerajaan India masih meneruskan dengan mana-mana permohonan rasmi untuk tujuan perolehan ekstradisi berhubung Dr Zakir Naik dari kerajaan Malaysia, semestinyalah segala proses dan keperluan wajib dipatuhi oleh kerajaan Malaysia menurut tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa dan juga tempatan, yang akan diputuskan oleh mahkamah Malaysia yang sah, di mana semua pihak, iaitu, kerajaan India sebagai pemohon, kerajaan Malaysia sebagai negara luar terbabit dan Dr Zakir Naik sebagai individu terbabit, akan kesemuanya berhak menampilkan hujah masing-masing di mahkamah kelak, jika ada.

(d)(ii) Sehingga itu, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari kepada kerajaan Malaysia seolah-olah kerajaan wajib menghantar pulang Dr Zakir Naik ke India, sedangkan pihak-pihak pengkritik terbabit gagal untuk mengkaji kedudukan sebenar isu ini di sisi undang-undang dan kedudukan kes ini menurut perkembangan antarabangsa.

***

Penulis adalah HANIFF KHATRI, seorang peguam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini