Saturday, January 19, 2019

WhatsApp Kini Boleh 'Taip' Mesej Guna Suara

WhatsApp Kini Boleh 'Taip' Mesej Guna Suara

Teknologi arahan suara (voice command) bukanlah satu perkara yang baharu, malah sebilangan dari kita juga sudah terbiasa dengan Siri atau Google Assistant.

WhatsApp Suara

Menerusi fungsi itu, kita boleh mengarahkan peranti melakukan sesuatu seperti membuat carian dan sebagainya hanya dengan menggunakan suara.

Terbaharu, aplikasi sembang WhatsApp menerusi kemaskini 2.19.22 untuk peranti Android turut memperkenalkan fungsi itu.

WhatsApp menambah butang mikrofon pada papan kekunci aplikasi itu membolehkan anda bersuara sahaja sebelum teks ditaip secara automatik.

Secara ringkasnya, anda kini tidak perlu menaip menggunakan jari, sebaliknya hanya perlu bercakap sebelum ia diterjemah dalam bentuk teks oleh aplikasi itu.

Anda juga seharusnya tidak keliru dengan satu lagi mikrofon yang selalu digunakan sebelum ini untuk menghantar pesanan suara (voice note).

Bagaimanapun, fungsi itu masih lagi terhad kerana ia tidak berupaya membaca dan memahami tanda baca selain simbol-simbol biasa seperti koma dan sebagainya.

Menerusi kemas kini 2.19.11 untuk pengguna iOS pula, ia memperkenalkan fungsi 'Reply Privately' yang mana hanya individu tertentu sahaja boleh membaca mesej yang dihantar dalam grup WhatsApp.

Namun, fungsi itu seolah-olah tidak masuk akal kerana ia lebih mudah untuk anda berbalas teks secara peribadi berbanding menggunakan fungsi itu di dalam grup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Januhairy, Sambutan Hari Wanita Mewarnakan Bulu Ketiak

Januhairy, Sambutan Hari Wanita Mewarnakan Bulu Ketiak

Selepas cabaran tidak bercukur bulu ketiak pada November 2018 lalu, wanita seluruh dunia kini meraikan pergerakan 'Januhairy', kononnya ia antara langkah untuk memperkasakan wanita global.

Mewarnakan Bulu Ketiak

Diperkenalkan Laura Jackson, penuntut seni lakonan, ia mula mendapat perhatian ramai di Internet malah, wanita seluruh dunia mula memaparkan diri mereka berbulu ketiak tanpa segan silu menerusi platform media sosial.

Langkah itu katanya untuk membuktikan usaha memperkasakan wanita, yakin dan selesa dengan tubuh masing-masing.

Sama ada Instagram atau Twitter, masing-masing dengan bangga menunjukkan ketiak yang tidak bercukur dengan kreativiti masing-masing.

Malahan ada yang mewarnakan bulu ketiak umpama unicorn termasuk hijau, kuning dan merah.

Pada masa sama, pelbagai reaksi turut diberikan netizen berkaitan gelagat golongan wanita ini, sekali gus menunjukkan tidak semua pihak bersetuju dengan 'Januhairy'.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Ibu Terkejut CCTV Berjaya Rakam Hantu Anak Di Dapur!

Ibu Terkejut CCTV Berjaya Rakam Hantu Anak Di Dapur!

Seorang ibu percaya bahawa kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam kelibat hantu anak lelakinya di ruang dapur selepas satu entiti dikesan oleh alat pengesan kamera tersebut.

CCTV rakam hantu anak

Ibu kepada dua anak, Jennifer Hodge sedang menonton televisyen bersama anak perempuannya, Lauren, 21, ketika dia menerima notifikasi yang dihantar pada telefon bimbitnya.

Apabila mereka membuka gambar tersebut, mereka ternampak figura seorang lelaki berjambang dan kelihatan seperti ahli keluarga mereka, Robbie, yang meninggal dunia pada usia 23 tahun dua tahun sebelumnya akibat terlebih dos dadah.

Pada mulanya, ejen hartanah berusia 57 tahun itu terkejut dengan apa yang dilihatnya, namun berasa tenang kerana mempercayai ia adalah petanda anak lelakinya berada dalam keadaan tenteram.

Jennifer dari Georgia, Amerika Syarikat berkata, "Memang gila. Saya rasa seperti tidak percaya.

"Saya terbaring di katil untuk menonton TV dengan anak perempuan saya dan baru hendak melelapkan mata.

"Telefon berada antara kami berdua dan saya dapat notifikasi yang memberitahu ada orang di dapur.

"Dia (Lauren) berkata 'Ibu, ada orang di dapur. Ibu, itu Robbie!'

"Dan memang ia nampak seperti Robbie, berjambang."

Mereka berdua berlari ke dapur dan melihat tiada kesan orang pecah masuk ke rumah tersebut.

Jennifer berkata, "Sekarang, saya rasa dia nak sampaikan yang dia bahagia di syurga.

"Ia membuatkan saya tenang, tapi saya masih rasa ia sesuatu yang pelik.

"Kamera kami boleh mengesan pergerakan dan bunyi bising, tapi tiada penceroboh ketika kami berlari ke dapur.

"Saya dan Robbie pernah membuat kebajikan sebelum dia meninggal dunia.

"Kami mengubah perniagaan hartanah kepada aktiviti menyelamatkan nyawa dan menghentikan ketagihannya terhadap dadah."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Friday, January 18, 2019

8 Perkara Menarik Tentang Perayaan Ponggal Kaum Hindu

8 Perkara Menarik Tentang Perayaan Ponggal Kaum Hindu

Ramai yang bukan berbangsa India masih kabur mengenai perayaan terbesar agama Hindu, iaitu Ponggal yang telah menjadi amalan kebudayaan turun-temurun dan disambut untuk mengalu-alukan ‘musim menuai’.

Perayaan Ponggal

Di Tamil Nadu, India, perayaan ini disambut oleh semua orang tanpa mengira anutan agama, sama seperti sambutan Tadau Kaamatan di Sabah.

Pendek kata, sambutan ini menghargai usaha keras para petani dan haiwan domestik seperti lembu dan kerbau serta alam semulajadi yang menjadi asas kepada keperluan utama manusia, iaitu makanan.

Sebagai simbolik kepada sambutan ini, ia dimulakan dengan memasak nasi manis berasakan susu, gula perang, kekacang dan minyak sapi serta beberapa manisan lain yang dipersembahkan kepada Dewa Matahari, lembu dan dimakan oleh seluruh ahli keluarga.

Mari kita lihat 8 perkara mengenai sambutan Pesta Ponggal yang mungkin anda tidak tahu.

1. Sambutan Bhogi

Sehari sebelum Ponggal, pada awal pagi, akan dimulakan dengan sambutan Bhogi.

Ia adalah amalan membakar barang lama, lusuh dan menggantikannya dengan baru, simbolik kepada permulaan bulan mulia, ‘Thai’ dengan membuang segala yang negatif di dalam diri.

2. Menghias Kolam

Kolam adalah dekorasi yang wajib ada pada sambutan Ponggal kerana ia juga meraikan serangga-serangga seperti semut sebagai sebahagian daripada eko sistem di mana ‘kolam’ itu sendiri menjadi bahan makanannya.

Lazimnya, kolam titik menggunakan tepung beras dilukis, ia berbeza dengan kolam rangoli yang menggunakan beras berwarna.

3. Ponggal ialah nama sejenis masakan

Ia merupakan nasi manis yang dimasak menggunakan susu, buah pelaga, gula perang, buah gajus, kismis dan minyak sapi.

Pada perayaan ini, nasi yang dimasak akan dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan diberi makan kepada lembu-lembu diikuti ahli keluarga, saudara dan kenalan.

4. Hari Sambutan

Ponggal disambut selama 4 hari, bermula dengan Bhogi, awal pagi sehari sebelum sambutan sebenar.

Hari pertama sambutan adalah Ponggal rumah, hari kedua pula Ponggal untuk haiwan lembu dan hari ketiga, Ponggal lawatan di mana melawat sanak saudara.

5. Sambutan Ponggal Kedua

Pada sambutan Ponggal kedua yang meraikan lembu dan kerbau, lazimnya penternak dan petani akan mewarnakan tanduk lembu, memakaikan kain berwarna, kalung bunga serta memberi makan kepada haiwan itu.

Pemujaan kecil juga dijalankan sebagai tanda berterima kasih kepada haiwan yang turut membantu dalam kerja pertanian seperti membajak selain menawarkan susu yang menjadi salah satu makanan danminuman utama.

6. Ponggalo Ponggal

Ketika memasak nasi Ponggal, susu dimasukkan terlebih dahulu dalam periuk tanah. Hanya selepas susu mendidih dan melimpah keluar, beras dimasukkan untuk memasak nasi tersebut.

Menariknya, semua orang akan menjerit “ponggalo ponggal” ketika susu mendidih keluar. Ia menandakan ‘limpahan kegembiraan, kemuliaan dan kesejahteraan’.

7. Menghias Pintu Rumah

Pintu masuk rumah juga didekorasi dengan batang tebu, daun kunyit dan ‘thoranam’ yang dibuat menggunakan lepah pokok kelapa.

Batang tebu menandakan kemanisan yang berterusan, daun kunyit menandakan kesejahteraan dalam keluarga dan ‘thoranam’ pula tuah yang baik.

Jika anda lihat pintu rumah dengan batang tebu di kedua-dua belah, tandanya mereka menyambut Ponggal.

8. Sambutan Di Malaysia

Di Malaysia, Ponggal bukan sahaja perayaan keagamaan malah sambutan memasak nasi manis ini turut diadakan di banyak tempat sebagai sebahagian daripada festival melibatkan pelbagai kaum.

Pusat pengajian, pejabat, badan bukan kerajaan (NGO) dan banyak pihak menganjurkan sambutan Ponggal untuk disambut oleh semua orang secara bersama.

Kalau ada peluang, semua orang boleh sertai perayaan Ponggal berbentuk festival yang diadakan berdekatan dengan tempat anda dan ketahui lebih lanjut mengenai perayaan ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Mufti Perjelas Maksud 'Al' Pada Nama Sultan Pahang

Mufti Perjelas Maksud 'Al' Pada Nama Sultan Pahang

Penggunaan perkataan 'Al' di hadapan nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah adalah mengikut nahu Arab yang tepat.

Al-Sultan Abdullah

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata Al-Sultan Abdullah telah mempersetujui penggunaan nama itu kerana mengambil kira ketepatan nahu Arab, berbeza daripada kebiasaan orang Melayu yang terus menyebut 'Sultan'.

"Penggunaan 'Al' ini adalah disebabkan nahu Arab seperti mana perkataan 'the' di dalam bahasa Inggeris memandangkan Abdullah adalah kata nama khas.

"Itu yang dipersetujui tuanku (cara penggunaan dan sebutannya) supaya nahu dalam bahasa Arab juga tepat," katanya.

Al-Sultan Abdullah yang dimasyhurkan pada Selasa lalu, merupakan Sultan Pahang keenam selepas mengambil alih takhta pemerintahan daripada Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah ekoran keadaan kesihatan baginda yang gering.

Istiadat pemasyhuran berlangsung di Balairung Seri Istana Abu Bakar di Pekan, tiga hari selepas Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengumumkan pelantikan itu yang dibuat mengikut Perkara 9A Bahagian 1 Undang-undang Tubuh Negeri Pahang.

Abdul Rahman seterusnya memaklumkan nama Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bermaksud ‘Sultan Abdullah Pembela Agama Yang Terpilih Oleh Allah’ adalah pemilihan baginda sendiri.

"Saya hanya diminta untuk mengesahkan adakah maksudnya tepat.

"Saya melihat nama itu merupakan sebahagian daripada nama ayahanda iaitu Shah manakala Ri'ayatuddin adalah nama nenda baginda," katanya.

Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah adalah Sultan Pahang kelima yang menaiki takhta pada 7 Mei 1974 selepas kemangkatan Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Benarkah Dakwaan Minum Darah Nabi Muhammad SAW?

Benarkah Dakwaan Minum Darah Nabi Muhammad SAW?

Tular satu rakaman video bahawa seorang individu mendakwa dia dan beberapa orang lain meminum darah Nabi Muhammad SAW. Adakah dakwaan ini benar? Dan apa hukumnya amalan sebegini?

Darah Nabi

Jawapan:

1. Sukar untuk memastikan kesahihan video ini. Besar kemungkinan rakaman tersebut adalah benar atau juga palsu.

2. Jika benar rakaman video tersebut, maka apakah maksud ayat minum darah Nabi. Adakah ia secara zahir dan hakikat atau sekadar kiasan sahaja. Setelah merenung dalam, nampaknya ia bermaksud secara zahir dan hakikat.

3. Tiada dinyatakan satu hadis menyuruh agar meminum darah Nabi. Mengikut sirah yang berlaku ialah perbuatan seorang sahabat yang meminum darah baginda. Perbuatan itu bukanlah arahan daripada Nabi, maka tidak menjadi keperluan, kewajipan atau sunah untuk meminum darah Nabi.

Maka dalam isu ini, tidak wajar dan seharusnya perkataan sebegini tidak diucapkan.

Ini hanya akan menimbulkan keresahan dan kekeliruan dalam masyarakat Islam serta menimbulkan kelucuan dikalangan masyarakat bukan Muslim. Umat Islam tidak seharusnya percaya kepada cerita pelik sebegini.

Apabila kita meneliti kisah orang soleh dan wali Allah, golongan soleh terdahulu tidak membuat dakwaan sedemikian.

Apa yang berlaku ialah penceritaan orang lain menyaksikan perkara aneh berlaku.

Seorang wali, Tok Kenali contohnya, tidak pernah mendakwa bahawa beliau dapat ke mana sahaja dengan segera, tetapi masyarakat menceritakan keajaiban yang berlaku.

Tok Kenali tidak pernah berkata bahawa hatinya sentiasa berzikir, namun diceritakan bahawa Tok Kenali adalah insan yang banyak zikirnya.

Maka tradisi orang soleh tidak akan mendakwa perkara pelik dengan begitu mudah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Iblis Itu Alim Tetapi Sombong

Iblis Itu Alim Tetapi Sombong

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Iblis awalnya bernama ‘Azazil yang terhormat dan memiliki 4 sayap, merupakan raja di langit dunia dan juga penjaga syurga, amun, hal ini juga membuat ia merasa bongkak.

Iblis Itu Alim

Berkatalah Iblis, “Tidak sekali-kali Allah memberiku tugas ini melainkan kerana aku mempunyai kelebihan di atas para malaikat.”

Dan walaupun iblis sangat sombong, ia juga sebenarnya sangat alim dan berilmu pengetahuan.

Jika engkau bertanya tentang Al-Quran kepada iblis, maka iblis akan dapat menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tahu bila ayat itu turun dari langit.

Jika engkau bertanya tentang ilmu hadis kepada iblis, maka iblis akan dapat menjelaskannya dengan lancar, kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadis tersebut.

Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dapat menceritakannya dengan baik, kerana iblis sudah ada sejak nabi Adam masih berada di dalam syurga.

Iblis ahli Quran.
Iblis ahli hadis.
Iblis ahli riwayat.
Iblis ahli ibadah.
Iblis alim dan pandai dalam segala ilmu.

Tapi, iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat..

“AKU LEBIH BAIK DARI KAMU!”

Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah di hati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan.

Kita juga akan faham bahawa ilmu tidak menjamin seseorang itu menjadi taat dan soleh, serta dikasihi Allah.

Yang aku takut,
Hatiku kian mengeras dan sukar menerima nasihat,
Namun sangat pandai menasihati orang lain.

Yang aku takut,
Aku merasa paling benar,
Sehingga merendahkan yang lain.

Yang aku takut,
Egoku terlalu tinggi,
Hingga merasa paling baik di antara yang lain.

Yang aku takut,
Aku lupa bercermin diri sendiri,
Namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Yang aku takut,
Ilmuku akan membuatku menjadi sombong dengan memandang yang lain lebih rendah ilmunya dariku.

Yang aku takut,
Lidahku makin lincah membicarakan aib orang lain,
Namun lupa dengan aibku yang menggunung.

Yang aku takut,
Aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam perbuatan.

Yang aku takut,
Aku hanya cerdas dalam mengkritik, Namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri.

Yang aku takut,
Aku membenci dosa orang lain,
Namun di saat aku sendiri yang membuat dosa aku tidak pula membencinya.

Semoga Allah SWT sentiasa menyedarkanku sehingga aku lebih rajin menilai kelemahan dan keburukan diriku sendiri daripada menilai keburukan orang lain. Aamiin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, January 15, 2019

Wanita Tiba-tiba Jadi Pekak Dari Mendengar Suara Lelaki!

Wanita Tiba-tiba Jadi Pekak Dari Mendengar Suara Lelaki!

Seorang wanita didiagnos dengan keadaan kesihatan pelik apabila mendakwa menjadi pekak semata-mata kerana tidak dapat mendengar suara lelaki.

Pekak suara lelaki

Pesakit yang hanya dikenali sebagai Chen berkata, dia merasa sakit dan mendengar deringan di telinga sebelum tidur.

Bagaimanapun, apabila bangun tidur keesokan harinya, dia panik ketika menyedari tidak dapat mendengar suara teman lelakinya.

Susulan itu, Chen terus ke Hospital Qianpu di wilayah Xiamen dan ketika melalui proses pemeriksaan, dia dapat pula mendengar suara doktor wanita.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Dr. Lin Xiaoqing berkata, pesakitnya itu dapat mendengar suaranya tetapi apabila ada pesakit lelaki masuk ke bilik sama dia tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan pemuda itu.

Penyakitnya didiagnos sebagai kehilangan pendengaran frekuensi rendah kerana bekerja lewat malam hingga menyebabkan tubuhnya berhadapan tekanan kerana kekurangan tidur dan rehat.

“Keletihan dan tekanan kerja menyumbang kepada situasi itu hingga menyebabkan telingannya kehilangan sensitiviti kepada bunyi dan hanya dapat mengesan bunyi-bunyian yang khusus sahaja,” katanya.

Berikutan itu, Chen perlu menjalani rawatan bagi memastikan simptom yang dialaminya dapat pulih seperti sedia kala.

Pelik kan!

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Pengambilan Pil Kuda Untuk Keseronokan Seks

Pengambilan Pil Kuda Untuk Keseronokan Seks

Dadah adalah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila disalah gunakan.

Pil Kuda

Akibat dari penyalahgunaan tersebut seseorang akan menjadi ketagih dan akan bergantung padanya.

Fenomena Semasa

Dadah jenis pil kuda dikesan menjadi pilihan dikalangan lelaki untuk merangsang daya seksual sebelum mereka tidak dapat membendung ketagihan dan menjadi penagih dadah.

Hasil risikan serta siasatan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap suspek pil kuda mendapati, mereka mula berjinak-jinak untuk membangkitkan daya seksual.

Awalnya, mereka mengambil pil kuda untuk membangkitkan daya seksual namun pengambilan tanpa kawalan serta kebergantungan mereka kepada pil itu berubah kepada ketagihan.

Jadi, daripada untuk 'suka-suka' mereka mula berubah menjadi ketagih dan terjerumus menjadi penagih tegar.

Nafsu Seks

Seks adalah satu kegiatan intimasi yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan kepuasan kehidupan dan bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan zuriat, tetapi juga boleh mempertingkatkan lagi keseimbangan sistem haemostatis atau fisiologi tubuh.

Namun sejak kebelakangan ini terdapat ramai pihak yang menyalahgunakan dadah untuk keseronokan seks.

Seks dan dadah adalah amat berkait rapat. Ini bermakna seseorang yang mempunyai naluri atau keinginan seks yang kuat akan mengambil dadah supaya mereka dapat mencapai tahap yang agak tinggi dalam hubungan seks.

Para remaja masa kini juga turut menjadi mangsa dalam aspek ini. Tambahan pula video-video yang berkaitan yang mudah diperolehi terutamanya melalui gajet-gajet seperti telefon pintar dan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet.

Kesan Dan Akibat

Individu yang dalam pengaruh dadah serta terlibat dalam aktiviti seks akan buat apa sahaja untuk mencapai kepuasan seks.

Lantaran itu terdapat beberapa kesan atau akibat negatif daripada perbuatan yang tidak bermoral itu.

Kesan yang ditanggung oleh individu yang terlibat adalah lama sedangkan nikmatnya hanya sekejap.

Antara kesan negatif adalah pembuangan bayi. Oleh kerana terlalu alpa dan seronok melibatkan diri dalam seks mereka kemungkinan besar tidak akan menggunakan kondom untuk menghalang pasangan mereka daripada melahirkan anak yang akan digelar anak luar nikah.

Anak-anak yang dilahirkan ini akan dibuang begitu sahaja tanpa belas kasihan. Selain itu, akan juga berlaku peningkatan kes jenayah seperti kes rogol.

Individu lelaki yang sudah biasa mendapat keseronokan seks akan menjadi ghairah dan akan ingin sentiasa melakukannya.

Oleh kerana sebab-sebab tertentu mereka kemungkinan besar tidak boleh mendapatkan layanan seks seperti yang sebelumnya.

Sebagai jalan pintas dan hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu seks, mereka tidak akan teragak-agak untuk mencari mangsa dan merogolnya.

Ada juga yang akan merogol anak, kakak, emak atau sesiapa sahaja asalkan mereka dapat menikmati kepuasan.

Penyakit kelamin juga merupakan salah satu kesan negatif yang boleh berlaku, merujuk kepada sebarang penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks yang tidak ‘bersih’ serta sering bertukar pasangan.

Penyakit kelamin ini boleh disebabkan oleh virus, kuman, bakteria dan kulat.

Antara penyakit kelamin adalah sifilis, hepatitis A, hepatitis B, herpes dan jangkitan saluran kencing.

Kaedah Pencegahan Dan Pemulihan

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya adalah lebih elok dan sesuai dengan hasrat kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa para remaja yang dibelai dengan penuh kasih sayang serta dengan ajaran agama yang betul akan membesar menjadi insan yang berguna kepada negara dan masyarakat.

Keluarga adalah merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.

Ibu bapa adalah merupakan idola yang amat penting sepanjang proses pembesaran anak-anak dan mereka harus menunjukan teladan yang baik agar ia akan dicontohi oleh anak-anak yang sedang membesar.

Ibu bapa juga seharusnya memantau kegiatan luar anak-anak mereka terutamanya semasa mereka mencecah usia remaja.

Remaja itu sendiri seharusnya lebih peka pada isu-isu semasa serta mengamalkan pegangan agama yang baik.

Remaja seharusnya pandai memilih rakan supaya mereka tidak terjatuh dalam perangkap yang telah dipasang oleh anasir-anasir yang jahat.

Selain itu, remaja juga sepatutnya melaporkan segala perkara yang tidak elok yang berlaku pada dirinya kepada ibu bapa agar ia dapat diatasi dengan kadar yang segera serta tidak menjadi lebih serius.

Mereka juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang lebih sihat agar dapat mengisi masa lapang dengan penuh berfaedah.

Adalah lebih baik menangani sesuatu isu sebelum terlambat, namun tidak dapat dinafikan bahawa ada perkara yang berlaku di luar kawalan kita.

Rakan sebaya adalah merupakan elemen yang sangat berpengaruh serta penting dalam kehidupan seseorang terutamanya remaja.

Rakan sebaya yang menyedari akan tindakah remaja yang salah boleh melaporkannya pada ibu bapa remaja berkenaan atau pihak-pihak tertentu agar mereka dapat membawa kembali remaja terbabit ke jalan yang betul.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1, 2

SBDJ Siri 13: Penunggu Hutan Hulu Kinta

SBDJ Siri 13: Penunggu Hutan Hulu Kinta

Datuk terus berbisik kepada saya, “tidurlah, esok kau akan tahu apa yang dah terjadi,” saya angguk kepala dan cuba memejamkan mata dengan harapan saya akan terus terlena. Usaha saya itu gagal sama sekali. Banyak perkara yang menakutkan datang dalam kepala saya.

Toyol jadi-jadian

Datuk tahu dengan apa yang saya alami. Dua kali dia menghembus muka saya, kemudian memicit batang leher saya mencari urat tidur. Bila urat tidur itu dipicitnya, mata saya terasa berat sekali. Akhirnya saya terlena.

Bila saya membuka kelopak mata, saya lihat datuk sudah pun selesai sembahyang subuh. Tanpa banyak bicara saya terus ke perigi mengambil air sembahyang.

Bila saya mahu memulakan sembahyang saya lihat datuk menyandarkan badannya ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.

“Aku harap kau akan jadi orang Islam yang teguh dengan rukun yang lima bila kau sudah jadi macam aku,” ujar datuk sebaik saja saya menyelesaikan perintah Allah. Saya tersenyum.

“Sembahyang itu tiang agama, kita pandai bercakap dan tahu hukum agama tidak bererti, kalau kita tidak sembahyang,” tambahnya sambil bangun.

Datuk berdiri di muka pintu melihat matahari pagi yang mula terbit di kaki langit. Bunyi kicau burung mula kedengaran.

Datuk turun ke tanah. Saya mengikutinya dari belakang. Sampai dekat pokok besar datuk berhenti berjalan.

“Kenapa? Datuk tak mahu mandi embun pagi ni?” tanya saya.

“Mandi, tapi aku nak mencari mayat Kidon dulu.”

“Aku agak di kawasan ni, kau cari arah matahari terbit dan aku arah matahari jatuh.”

"Baiklah Tok.”

Saya berjalan menuju ke arah pokok jejawi besar. Lebih kurang dalam dua puluh langkah mahu sampai ke pangkal pokok, saya terserempak dengan mayat Kidon.

Badan saya menggigil saya lihat mayat Kidon tanpa kepala. Seluruh badannya bercalar, macam digaru oleh binatang buas. Datuk pun segera saya panggil.

“Kenapa?” soal datuk.

“Mayat.”

“Mayat,” suara datuk menurun.

Dia pun melangkah menuju ke arah mayat Kidon. Datuk mematahkan anak-anak pokok lalu menutup mayat Kidon.

“Kita mandi embun dulu,” kata datuk dengan senyum.

“Mayat ni macam mana tok?”

“Biarkan di situ dulu, lepas mandi embun baru kita uruskan, baru kita beritahu pada orang kampung.”

“Saya faham tok.”

Pagi itu, kami berjalan di tepi hutan kecil sambil mandi embun. Badan terasa cukup segar.

Bila mandi embun selesai, Datuk terus menemui ketua kampung. Kerana Kidon tidak mempunyai sanak saudara, urusan pengkebumian mayatnya diuruskan oleh persatuan khairat kematian kampung itu.

Ketua kampung memberitahu pada semua penduduk, bahawa kematian Kidon di baham oleh harimau. Perkara yang serupa itu juga dilaporkan kepada pihak polis.

Sejak kematian Kidon, Kampung Hulu Kuang tidak lagi diancam toyol yang mencuri wang penduduk dan barang-barang yang berharga.

Seminggu selepas kematian Kidon, pondoknya terbakar dengan sendiri waktu dinihari. Akhirnya orang-orang kampung tahu juga yang Kidon membela toyol jadi-jadian. Mereka datang mengucapkan tahniah atas kejayaan datuk.

“Saya tidak membunuh Kidon, dia mati dimakan oleh toyol yang diciptanya sendiri, biasanya toyol jadi-jadian boleh mendurhaka pada tuannya, itulah kepala Kidon hilang,” kata datuk pada pada orang-orang kampung yang melawat pondok Kidon yang terbakar itu.

Waktu mengkais-kais di kawasan rumah Kidon yang sudah dimakan api, datuk menemui tengkorak. Datuk yakin tengkorak itu ialah tengkorak Kidon.

Masuk minggu kedua Kidon dikuburkan, orang-orang kampung terdengar bunyi suara lelaki menjerit dari tanah kubur waktu malam. Bila disiasat ternyata suara itu datangnya dari kubur Kidon.

Orang-orang kampung terpaksa membacakan Surah Yassin selama dua minggu di surau, mohon pada Allah supaya suara menjerit itu tidak di dengari oleh orang-orang kampung.

Akhirnya dengan kuasa Allah yang maha besar suara itu tidak kedengaran lagi.

Menurut Imam Masjid kampung tersebut, perkara itu berlaku adalah dengan kuasa Allah yang mahu memperlihatkan kepada manusia di dunia, bahawa sesuatu yang dilakukan tidak mengikut atau terkeluar dari hukum-hukum agama akan mendapat balasan yang setimpal dari perbuatannya itu.

“Orang-orang islam yang baik mendapat rezeki yang halal melalui titik peluhnya sendiri, Islam menyuruh umatnya berusaha dengan cara yang baik, saya harap apa yang terjadi pada diri Kidon akan menjadi pelajaran pada kita semua.”

Imam Kampung Hulu Kuang yang berbadan tegap itu memberitahu pada semua penduduk di satu petang di dewan orang ramai.

Dalam jangkaannya, saya dan datuk akan meninggalkan Hulu Kuang pada petang Khamis kerana pada malam Jumaat datuk akan bermalam di rumah isteri mudanya orang bunian. Jangkaan itu tidak terlaksana.

Waktu saya bersiap-siap pada petang Rabu, seorang lelaki dari Tanjung Rambutan mengajak datuk menembak kijang di Hulu Kinta.

“Saya setuju, tapi macam mana sekarang kan musim dharurat,” datuk bertanya pada orang yang mengajaknya. Orang itu ketawa.

“Sebenarnya, saya memang ada memasang jerat pelanduk, kancil dan lain-lain di hutan Hulu Kinta, kita dikenakan perintah berkurung pada waktu malam saja.”

“Jadi.”

“Kita boleh pergi pada waktu siang.”

“Humm.. begitu.”

“Tentu Setuju.”

Pada pagi Khamis, saya dan datuk menaiki bas dari Chemor ke Tanjung Rambutan. Dari situ berjalan kaki menuju ke batu lapan. Belum pun pukul sepuluh, kami sudah berada di dalam hutan tebal.

Sebelum itu kami melaporkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan dan menyatakan tujuan kami masuk ke dalam hutan.

Kawan baru datuk itu memberikan senapang kampunnya untuk digunakan oleh datuk di samping itu. Dia juga menyuruh datuk membuat beberapa jerat baru.

Sampai di satu kawasan, kawan baru datuk menyuruh saya dan datuk menuju ke arah sebuah anak bukit yang menurutnya di situ ada beberapa jerat yang sedang dipasang. Sedangkan dia menuju ke arah lain.

Berpeluh juga saya berjalan dalam hutan itu. Satu keistimewaan datuk yang tidak terdaya saya melawannya ialah, dia terlalu cepat bergerak dalam hutan.

Dahan-dahan dan pokok-pokok yang dipijaknya tidak berbunyi. Saya terkejut besar bila seekor harimau dengan tiba-tiba muncul dari balik rimbun pokok salak jambi. Matanya tajam merenung saya. Ekornya bergerak-gerak.

“Ah, kamu jangan kacau, aku nak lalu di sini, pergi cari makan tempat lain,” begitulah datuk berdialog dengan harimau.

Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk katakan itu. Dia bergerak perlahan-lahan dan akhirnya menghilangkan diri dalam hutan yang tebal itu.

“Berhenti,” datuk memamaut bahu saya.

“Kenapa tok?”

“Sembunyikan diri balik pokok,” saya pun akur dengan cakap datuk.

Dia meniarap di pangkal pokok besar. Saya juga begitu. Datuk mencangkung, macam kucing mahu menerkam sesuatu.

Mata datuk tajam melihat pada rimbun anak-anak pokok yang bergerak. Seekor kancil muncul di depan kami. Datuk melompat bagaikan kucing, dalam sekelip mata saja dia berjaya menangkap kancil lalu dimasukkan ke dalam guni.

Kawasan yang kami masuk itu sekarang sudah dijadikan pusat latihan dan rumah pasukan polis hutan Hulu Kinta.

Hutan tebal yang kami jelajahi dulu sudah digantikan dengan hutan rumah pangsa yang bertingkat-tingkat.

Datuk dan saya terus berjalan, kalaulah datuk itu adik saya sudah pasti saya menarik tangannya pulang, saya terasa bosan berjalan dalam hutan yang tebal dan lembab, dengan bermacam-macam bunyi burung hutan.

Saya merasakan kesal mengikutnya, kalaulah saya mengikut cakap adik datuk yang menyuruh saya tinggal di rumah tentulah saya tidak mengalami kesengsaraan semacam ini.

Bila saya fikirkan dalam-dalam, ada baiknya menurut datuk berburu dalam hutan. Dapat menambahkan pengalaman saya sendiri.

Kepala dan hati terus melayan perasaan, kaki terus juga melangkah meredah duri dan onak. Saya mula terasa dahaga, tekak terasa cukup kering.

“Saya dahaga tok.”

“Kau memang banyak ragam, tadi gatal sangat nak ikut.”

“Jahanam,” datuk merungut panjang sambil menyambung, “Jalan ke depan lagi kalau-kalau ada paya atau kolam, lepas tu kau minum sampai bengkak perut,” datuk terus menolak saya.

Ramalan datuk tepat, dua puluh langkah melangkah ke depan kami bersua dengan sebuah paya yang airnya cukup jernih. Bila saya mahu minum datuk segera menahan.

“Jangan minum.”

“Saya haus tok.”

“Minum di sini, datuk pun mencetus akar besar yang tergantung dari sepohon pokok rendang.

Bila akar itu dipotong, darinya keluar air yang bersih. Dan air itu terus saya minum. Dahaga saya terus hilang.

Bila saya merenung ke arah paya yang berair jernih, saya lihat air di paya itu bergerak-gerak . Di tengah perut paya itu terdapat seketul batu besar macam bentuk kapal.

Saya terdengar bunyi suara orang ketawa panjang tetapi bentuk manusia memang tidak kelihatan.

“Ada suara tok.”

“Aku tahu, aku mendengarnya kerana itu aku tidak membenarkan kau meminum air paya.”

“Kita balik saja tok.”

“Tak usah, kita tengok apa yang terjadi.”

Datuk dan saya pun segera bersembunyi di dalam rumpun pokok-pokok hutan. Sya lihat seorang perempuan berkulit putih berambut panjang sampai ke pinggang.

Perempuan itu berkemban berenang ke tengah dan ke tepi sambil ketawa. Tiba-tiba perempuan itu hilang. Cuma yang tinggal di tengah paya ialah gelombang air yang beralun-alun memburu tepi paya.

“Siapa tu tok,” saya menyoal.

“Penunggu paya, jangan tunggu lama di sini, susah kita,” datuk dan saya mula mengubah haluan, kami berjalan ke arah selatan.

Datuk mula terasa sesuatu yang ganjil. Dia menyatakan rasa sangsinya terhadap kenalan barunya yang mengajak dia masuk hutan tadi.

Dia mula merasa kesal menerima pelawaan kawannya itu. Lebih aneh lagi kenalan barunya itu tidak pula menjumpai orang-orang di Hulu Kuang sebelum menemuinya.

Masa melaporkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan, anggota polis bertugas di situ tidak menyoalnya, seolah-olah kenalan baru datuk tidak wujud di depan anggota polis itu, meskipun kenalan datuk berdiri di depannya.

“Keganjilannya baru aku sedar sekarang,” rungut datuk.

Saya tersenyum. Tetapi wajah datuk kelihatan muram membayangkan rasa kesal yang amat berat dideritainya.

“Aneh juga kawan kita tu, aku bagaikan terpukau. Apakah dia benar-benar manusia atau jin atau syaitan,” sebaik saja datuk berhenti bercakap, kenalan barunya terpacul di depan kami.

Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datuk. Datuk menyambutnya. Mulut datuk bagaikan terkunci. Tidak terlahir kata-kata.

Kenalan datuk itu menundingkan jarinya ke arah barat daya. Datuk angguk kepala lalu menarik tangan saya ke arah barat daya. Bila datuk dan saya menoleh ke belakang, kenalan datuk itu sudah tiada lagi.

Saya terasa bulu tengkuk saya meremang. Bau harum dan wangi mula menusuk lubang hidung saya dan datuk.

Datuk dan saya tidak berkata walau sepatah pun. Kami terus berjalan hingga sampai ke tebing Sungai Kinta. Di seberang sungai terdapat perkampungan orang asli.

Perkampungan orang asli itu sekarang terkenal dengan nama Kinta Intek, kebanyakkan orang asli di situ sudah memeluk agama Islam.

Matahari sudah mula condong, bunyi deru air Sungai Kinta memekakkan lubang telinga. Datuk dan saya terus membasuh muka.

Tidak jauh dari tempat kami berdiri terdapat sebuah jambatan merintangi sungai tersebut. Di sekitar kawasan jambatan itu sekarang jadi tumpuan orang ramai setiap hari Ahad untuk berkelah.

“Ke mana kita nak pergi tok,” saya menyoal datuk.

“Nampaknya ada orang mahu menguji ilmu aku, tapi biarkanlah, ilmu yang aku tuntut untuk kebaikan. Allah yang tahu hati aku,” datuk bagaikan mengeluh.

Dia turun ke dalam sungai dan mandi. Lepas mandi datuk tukar pakaian.

Memang datuk membawa dua pasang pakaian, satu untuk dipakai waktu berjalan dalam hutan, manakala satu lagi digunakan untuk sembahyang. Datuk terus sembahyang asar di tepi sungai.

Marah juga datuk pada saya kerana tidak membawa pakaian yang bersih untuk sembahyang.

Lama juga datuk duduk berehat di tepi sungai. Dia membaca sesuatu dan mengambil seketul batu. Batu itu dilemparkannya ke dalam sungai.

Saya diam saja. Biarlah datuk melakukan apa saja yang difikirkannya patut. Dalam keadaan yang tidak tentu arah itu, saya tercium bau yang cukup wangi. Saya kira kenalan baru datuk akan menjelma di depan kami. Bau wangi itu hilang, kenalan datuk tidak juga menjelma.

Saya terus melihat langit, matahari kain condong ke barat. Hati saya sudah menggelabah. Datuk masih juga tenang dan damai.

“Kita balik saja,” datuk memberitahu saya. Cepat-cepat saya anggukan kepala.

Saya dan datuk berpusing-pusing dalam hutan Hulu Kinta mencari jalan keluar. Kami tidak dapat menemui jalan yang mana kami lalu tadi dan anehnya ialah sejauh mana kami bergerak, baik arah matahari jatuh atau matahari naik, kami akan sampai juga ke tepi tebing sungai.

Malah, untuk sampai ke jambatan di sebelah hilir sungai kami tidak berdaya. Jambatan itu nampak dekat dan kami boleh melihat orang asli berjalan di atasnya, tapi kami tidak dapat menembusi hutan tebal untuk sampai ke jambatan.

Berkali-kali diusahakan untuk pergi ke situ tetapi kami gagal juga. Pergi balik pergi balik kami tetap berlegar-legar di kawasan tepi sungai itu juga.

Hari mula remang senja. Datuk menggunakan segala kepandaiannya, ternyata kepandaian datuk tidak berguna sama sekali di dalam hutan Hulu Kinta.

Akhirnya datuk memutuskan untuk bermalam saja di tepi tebing sungai tersebut. Waktu saya mahu pergi ke dalam perut sungai, saya terserempak dengan seekor ular, sebesar batang kelapa.

Saya menjerit. Datuk segara menghampiri saya. Datuk juga terkejut melihat ular besar itu. Lama juga datuk menenung mata ular itu.

“Matanya berkedip,” kata datuk dengan penuh semangat.

“Kenapa, mata ular tidak berkedip ke datuk?”

“Biasanya begitulah, kalau berkedip tu, tandanya jin atau bukan ular biasa.”

Saya terdiam mendengar penerangan datuk itu. Lagi sekali, saya dan datuk tercium bau wangi yang amat sangat.

Hari bertambah gelap. Fikiran saya bertambah kacau. Datuk terus mengadap ular besar. Perlahan-lahan ular itu membuka lingkarannya.

Dalam sekelip mata saja, ekornya menjunam ke dalam sungai. Air sungai yang mengalir deras jadi tertahan.

Saya lihat air sungai mula melimpah ke atas terbing. Menenggelamkan batu-batu besar di tengah sungai di bahagian hulu, manakala di bahagian hilir sungai, saya lihat air tidak mengalir.

Saya perhatikan datuk bercakap sesuatu dengan ular tersebut. Setiap kali datuk mengakhiri percakapannya, ular itu menggerakkan kelopak matanya.

Ular itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk cakapkan. Datuk menyuruh saya menutup mata. Saya patut pada cakapnya.

Masa saya menutup mata itu saya terdengar bunyi suara angin yang cukup kuat. Saya juga terdengar bunyi dahan patah dirempuh angin. Bumi yang saya pijak saya rasa bergerak macam berlaku gerak gempa yang cukup dahsyat.

“Buka mata,” ujar datuk.

Saya pun membuka mata. Saya dapati diri saya dan datuk berada di sebuah surau tua. Saya terdengar suara Azan.

Seorang lelaki berjubah hijau, berjanggut separas dada menyuruh saya dan datuk mengambil air sembahyang, orang tua berserban hijau itu menjadi Imam sembahyang Maghrib.

Selepas membaca doa, orang tua berserban hijau itu menghantar saya dan datuk ke perkampungan orang asli. Dia menyerahkan saya pada penghulu orang asli yang dipanggilnya dengan nama tok batin bah aloi.

Dia juga menyuruh penghulu orang asli itu menghantar saya dan datuk ke jalan besar Tanjung Rambutan, Ipoh, pada siang esoknya.

Penghulu orang asli itu memberi pengakuan akan membuat apa yang diperintahnya.

Bila orang tua itu membuka serban dan bersalaman dengan datuk, barulah saya kenal bahawa orang tua itulah yang menjadi kenalan baru datuk itu.

Dia mengucapkan terima kasih pada datuk yang telah membinasakan Kidon. Dia juga mengingatkan datuk supaya jangan datang ke hutan Hulu Kinta tanpa menemuinya terlebih dahulu.

Menurutnya, kawasan hutan Hulu Kinta adalah kawasannya. Dia juga meminta datuk memulangkan kancil yang ditangkap oleh datuk.

“Kalau kamu tidak menangkap binatang peliharaan aku, kamu tidak akan sesat di sini,” katanya dengan senyum.

“Tapi, awak yang mengajak saya ke mari berburu?”

“Saya mahu menguji sejauh mana awak boleh menghargai nyawa makhluk lain,” katanya dengan senyum.

“Saya jadi bingung dengan perbuatan kamu,” tingkah datuk.

"Jangan bingung, selain dari manusia ada makhluk lain diam di bumi ini, kamu harus mengenali mereka, tapi kau terlebih dulu harus mengenali kekuasaan Allah yang menjadikan langit dan bumi,” tambah lelaki serban hijau. Kemudian dia menghilangkan diri.

Sebelum tidur, penghulu orang asli memberitahu saya dan datuk dia telah memeluk agama Islam. Orang yang bertanggung jawab mendorong dia memeluk agama islam ialah lelaki serban hijau itu.

Saya menggigit lidah mendengar cakapnya. Datuk pun menceritakan semua peristiwa yang kami alami pada penghulu orang asli. Dia ketawa.

Menurutnya, ular besar memang selalu ditemui oleh anak buahnya. Anehnya ular itu tidak pernah membinasakan orang.

“Kalau dia lalu di depan rumah kami waktu senja menunjukkan ada perkara yang tidak baik akan berlaku, tiga bulan dulu ia melintas waktu senja di kampung kami, seminggu kemudian anak saya mati lemas,” kata penghulu orang asli.

Saya dan datuk anggukkan kepala.

“Lelaki serban hijau tu siapa tok batin?” tanya saya.

“Haji Lokman,” jawab penghulu orang asli.

Selepas tidak ada pertanyaan yang keluar dari mulut saya atau datuk. Saya dan datuk disuruh tidur di bahagian depan rumah penghulu itu.

Pagi esoknya atas permintaan datuk, penghulu orang asli itu membawa saya dan datuk ke kawasan tempat kami bertemu dengan lelaki serban hijau itu.

Tidak terdapat sebarang kesan atau tanda kawasan itu pernah didiami oleh sesiapa pun.

“Di tempat ni tak ada apa-apa, dulu kami jumpa orang komunis bunuh diri di sini,” tanpa diminta penghulu orang asli menerangkan.

Saya dan datuk dihantar oleh penghulu orang asli hingga ke tepi jalan besar. Datuk dan saya membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja pergi ke Pekan Tanjung Rambutan yang jaraknya kira-kira dua batu saja.

Sedang seronok melangkah, kenalan baru datuk muncul di depan kami dalam masa dua saat, kemudian dia menghilangkan diri.

Sebaik saja saya dan datuk sampai di depan balai polis Tanjung Rambutan, beberapa orang Hulu Kuang bersama adik datuk tersenyum memandang kami, mereka sedang merancang untuk mencari kami di dalam hutan.

Tamat siri 13/284

BACA: SBDJ Siri 12: Toyol Jadi-Jadian
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM