Friday, June 08, 2018

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429

Honor Malaysia secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor 7A, merupakan peranti berspesifikasi asas-pertengahan dengan skrin 5.7-inci bersama resolusi 1440×720 pixel, serta menggunakan nisbah skrin 18:9 dan hadir dengan cip Snapdragon 430.

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429

Untuk rakaman gambar, Honor 7A menggunakan kamera 13-megapixel dibelakang, selain kamera 8-megapixel dihadapan.

Honor juga mengatakan peranti ini hadir dengan sokongan speaker yang lebih kuat berbanding peranti lain pada harganya.

Honor 7A hadir dengan sokongan tiga slot – iaitu dua untuk kad-SIM bersaiz nano, selain satu slot untuk mikro-SD.

Dengannya, kini anda boleh menggunakan dwi-SIM dan mikro-SD pada waktu yang sama – berbeza dengan penggunaan slot hibrid sebelum-sebelum ini.

Walaupun menawarkan spesifikasi asas-pertengahan, pihak Honor masih menyertakan beberapa ciri-ciri menarik bersama dengannya, termasuk sokongan Face Unlock padanya.

Peranti ini juga dioptimasikan untuk rakaman swafoto, termasuk sokongan pencahayaan lembut dihadapan.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah Android 8.0 Oreo dengan antaramuka EMUI 8.0. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Honor 7A akan ditawarkan melalui Shopee bermula 8 Jun ini, pada harga bermula RM479 untuk model 2GB RAM/16GB, sementara berharga RM569 untuk model 3GB RAM/32GB storan.

Permainan Video – Honor Play

Honor 7A Di Malaysia Berharga RM429

Honor turut hadir dengan penawaran mereka tersendiri yang dinamakan Honor Play.

Honor Play hadir dengan cip pemprosesan Kirin 970 – yang turut digunakan pada Huawei P20 dan Honor 10.

Namun, pihak Honor hadir dengan penawaran pengoptimasian khusus dinamakan GPU Turbo – sekaligus memberikan prestasi permainan yang lebih baik kepada para pemain.

Dari segi spesifikasi, Honor Play hadir dengan skrin 6.3-inci dengan paparan 2280×1080 pixel. Ia hadir dengan rekaan bertakuk diatas, serta menggunakan nisbah skrin 19:9.

Honor Play hadir dengan pilihan memori sehingga 6GB RAM, dan bateri berkapasiti 3750mAh. Melengkapkan ia adalah kamera belakang 16MP + 2MP, selain kamera hadapan 16MP. Penawaran kamera turut hadir dengan sokongan kecerdasan buatan untuk pengoptimasian mod rakaman lebih baik kepada pengguna.

Honor Play ini akan dipasarkan bersama Android 8.1 Oreo serta antaramuka EMUI 8.2. Honor mengatakan ia menyokong permainan 4D yang membolehkan peranti mengenal-pasti beberapa bentuk permainan seperti tembakan, letupan dan sebagainya.

Ia turut menggunakan sokongan audio 3D bagi memudahkan pengguna mengetahui arah tembakan dan sebagainya.

Honor Play ditawarkan pada harga bermula 1999 Yuan (sekitar RM1241) – yang mana boleh dikatakan agak kompetitif untuk peranti Kirin 970.

Buat masa ini, ia dilancarkan di China sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: amanz

Apakah Hukum Menelan Air Liur Ketika Puasa?

Apakah Hukum Menelan Air Liur Ketika Puasa?

Soalan: Mengenai air liur diantara bibir dan diluar mulut, adakah jumhur ulama mengatakan batal puasa menelannya?

Apakah yang dimaksudkan dengan air liur diantara bibir? Adakah kedudukannya di celah bibir atau macam mana? Air liur yang diludah akan tertarik balik dan berkeadaan diantara bibir, pasti ianya akan masuk balik.

Harap diperjelaskan macam mana dengan hingus atau kahak? Air liur, kahak, hingus yang diludah biasanya akan masuk ke dalam hidung dalam bentuk renjisan.

Apa yang perlu dibuat?

Apakah Hukum Menelan Air Liur Ketika Puasa?

Jawapan:

Syarak telah menetapkan hukum makan dan minum pada ketika puasa adalah dilarang, maka perbuatan sengaja menelan apa-apa benda luaran juga tidak dibenarkan.

Tetapi tidak perlu dibangkitkan permasalahan-permasalahan seperti air liur atas bibir jika masuk ke dalam balik, renjisan hingus masuk hidung balik, kerana perkara-perkara ini tidak diperincikan oleh syarak.

Kerana:

Apa-apa yang syarak senyap tentangnya, maka ia adalah kemaafan.

Perkara-perkara tersebut jika hendak dijaga, pasti membawa masyaqqah.

Contohnya, jika berkumur ketika puasa, sudah pasti lebihan air kumuran akan tertinggal dalam mulut, akhirnya boleh jadi masuk dalam rongga.

Ini adalah masyaqqah yang dimaafkan.

Menimbulkan persoalan ini akan membawa kepada penyakit was-was.

Wallahu a’lam

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: abuumair

Apple Menang Saman Paten RM2 Bilion Keatas Samsung!

Apple Menang Saman Paten RM2 Bilion Keatas Samsung!

Kes tuntutan paten yang dikenakan oleh Apple Inc. terhadap Samsung Electronic Co. yang berlanjutan sehingga 7 tahun kini berkahir apabila kemenangan berpihak pada Apple.

Apple Menang Saman Paten RM2 Bilion Keatas Samsung!

Kini, Samsung perlu membayar sebanyak USD539 juta (RM2.14 billion) setelah lima hari perbicaraan untuk menentukan penghujung kes ini.

Isu bermula sejak tahun 2011 lagi apabila Samsung didakwa menciplak ciri telefon pintar dan tablet dari Apple Inc.

Menurut tuntutan tersebut, Samsung menciplak reka bentuk telefon pintar Apple yang bercirikan sudut melengkung, rim depan telefon bimbit dan hamparan grid pada home telefon bimbit tersebut.

Pada mulanya, pihak Apple hanya mengemukakan tuntutan sebanyak $2.5 billion tetapi dikurangkan menjadi $1 billion sahaja ketika itu.

Kes berlanjutan sehingga baru-baru ini iaitu atas tuntutan slide-to-unlock yang akhirnya memberi kemenangan kepada Apple yang berjumlah kira-kira $120 juta.

Mungkin selepas ini wujud lagi rantaian kes yang bakal memberi kemenangan yang lebih besar antara dua syarikat ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Diogo Dalot Bek Kanan Terbaik Eropah Sertai Manchester United

Diogo Dalot Bek Kanan Terbaik Eropah Sertai Manchester United

Melakukan penampilan sulung bersama Porto pada Februari 2018 lalu, pemain berusia 19 tahun itu telah berjaya memikat Jose Mourinho untuk mengikat kontrak selama lima tahun, Manchester United akhirnya menyempurnakan perpindahan pemain pertahanan, Diogo Dalot, daripada juara Portugal, Porto.

Diogo Dalot Bek Kanan Terbaik Eropah Sertai Manchester United

Dengan Matteo Darmian dijangka meninggalkan Old Trafford, ia memaksa Mourinho mencari persaingan buat bek kanan, Antonio Valencia, dengan membawa masuk pemain B-21 tahun Portugal itu.

"Menyertai Manchester United merupakan satu peluang yang sukar untuk dipercayai buat saya," kata Dalot.

"Saya telah menimba pengalaman serta ilmu daripada Akademi Porto dan saya berterima kasih di atas setiap usaha yang telah mereka lakukan.

"Peluang untuk menyertai kelab gergasi seperti United merupakan sesuatu yang tidak boleh ditolak.

"Saya teruja untuk bekerjasama dengan Mourinho dan mempelajari sesuatu daripada seorang jurulatih yang berjaya.

"Saya juga tidak sabar untuk bermain bersama-sama rakan sepasukan di Old Trafford," katanya.

Dalot melakukan tujuh penampilan dalam semua kejohanan bagi musim 2017-18 ketika Porto muncul juara Liga Primeira buat kali pertama sejak 2012-13 dan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

Dalot turut tampil sebagai pemain bek kiri ketika Porto seri tanpa jaringan berdepan Liverpool pada Mac lalu.

BEK KANAN TERBAIK EROPAH

Jose Mourinho memuji pemain terbaru Manchester United, Diogo Dalot, sebagai bek kanan terbaik Eropah dalam peringkat umurnya dan beliau yakin dia mampu berjaya di Old Trafford.

Walaupun sekadar beraksi dalam enam perlawanan bagi musim 2017-18, pemain berusia 19 tahun itu berjaya mendapatkan tempat dalam skuad United sebagai pemain sokongan kepada Antonio Valencia.

Bagi jangka masa panjang, dia berkemungkinan dilihat sebagai pilihan utama The Red Devils.

"Dalot seorang pemain yang berbakat dan memiliki kualiti untuk menjadi pemain terbaik," kata Mourinho.

"Dia memiliki fizikal, bijak memahami taktikal dan seorang pemain yang memiliki aspek teknikal yang tinggi, digabung dengan mentaliti akademi Porto yang menyediakan pemain untuk menghadapi aksi di peringkat profesional.

"Dalam peringkat umurnya, dia adalah bek kanan terbaik Eropah dan kami percaya Dalot mempunyai masa depan yang cerah bersama United."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: stadiumastro

7 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi

7 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi

Surah Al-Kahfi (bahasa Arab: الكهف, al-Kahfi, “Gua”) disebut juga Ashabul Kahfi adalah surah ke-18 dalam Al-Qur’an, terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, dinamakan Al-Kahf dan Ashabul Kahf yang bermaksud Penghuni-Penghuni Gua.

7 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi

Kedua nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 sampai dengan 26, mengenai beberapa orang pemuda (The Seven Sleepers) yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya.

Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa cerita dalam surat ini, yang kesemuanya mengandungi pelajaran-pelajaran yang berguna untuk kehidupan manusia.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surah ini.

1. Terhindar dari fitnah Dajjal

Manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumat akan terhindar dari fitnah Dajjal.

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dengan rajin membaca surat ini pada hari jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.”(HR. Abu Bakr bin Mardawaih)

2. Mendapat Cahaya dan Petunjuk dari Allah

Dalam satu hadis dmenyatakan perkara tersebut, “Siapa yang membaca surat Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan siapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad).

Bahawa surah Al-Kahfi mempunyai keutamaan dan manfaat yang salah satunya adalah mendapatkan cahaya dan petunjuk dari Allah SWT.

Sehingga hidupnya terasa mudah, ringan, dan tidak merasa kebimbangan sedikitpun walau ujian yang datang menghampiri.

3. Mendapat Keampunan Dari Allah SWT

Dalam satu riwayat dari Abu Sa’id al-Khudri ra., Dari Ibnu Umar ra., Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat maka akan terpancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampunkan dosanya antara dua jumaat.”

4. Bebas Dari Gangguan Syaitan

Pada malam dan hari Jumaat, kita digalakkan membaca surah Al Kahfi kerana salah satu keutamaannya adalah mengelakkan diri kita dari syaitan.

Dalam beberapa riwayat hadis dinyatakan bahawa dengan membaca surah Al Kahfi, maka dengan itu boleh membuatkan syaitan tidak mampu masuk dan menghampiri untuk menggoda kita.

Kita juga boleh terhindar dari segala kesusahan, sihir, segala bentuk keburukan, alam ghaib dan mahupun sesama manusia.

Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal bahawa satu rumah yang dibacakan surat Al Kahfi dan surat Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam itu.

5. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Ka’bah

Diriwayatkan dari Sahabat Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, “Barangsiapa membaca yang surat Al Kahfi pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Ka’bah).”

6. Dipancarkan Cahaya Di antara Dua Jumaat

Sesiapa yan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua jumaat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa membaca surat Al Kahfi pada hari jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2 dan Al-Baihaqi: 3)

7. Menerangi di Hari Kiamat

Bahawa ganjaran yang disediakan bagi orang yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari).

Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya hingga ke langit.

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273.

Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: almukhlisin

Thursday, June 07, 2018

Rumah Putera Harry dan Meghan Markle Berhantu?

Rumah Putera Harry dan Meghan Markle Berhantu?

Dalam banyak-banyak spekulasi mengenai kediaman pasangan Putera Harry dan Meghan Markle, spekulasi ini mungkin menjadi yang paling liar apabila timbul persoalan adakah rumah sebagai hadiah perkahwinan Ratu kepada pasangan itu berhantu?

Rumah Putera Harry dan Meghan Markle Berhantu?

Ratu Elizabeth dilaporkan memberikan York Cottage di Sandringham Estate sebagai rumah negara kepada Harry dan isterinya, menurut Metro.

Laporan Daily Mail bertajuk, 'York Cottage is ugly, haunted and has been despised by a raft of royals... so has the Queen gifted Harry and Meghan the second home from hell?' pula telah mencetuskan kekeliruan dengan timbul persoalan sama ada pengantin baharu perlu memanggil bomoh sebelum berpindah ke situ.

Tetapi jika dibaca laporan tersebut, ia tidak mendedahkan tentang rumah itu yang 'keras' sebaliknya lebih menunjukkan ia sebuah rumah peringatan.

Tenang, tiada hantu pernah dilihat

Rumah Putera Harry dan Meghan Markle Berhantu?

Rumah di Norfolk yang terletak berhampiran dengan Anmer Hall juga adalah percutian desa Putera William dan Kate Middleton.

Ia dikenali sebagai rumah orang bujang, kerana pada asalnya ia dibina untuk tetamu yang belum berkahwin menginap ketika melawat Sandringham.

Putera Albert Victor, yang dikenali sebagai Putera Eddy, tinggal di situ pada awal tahun 1890-an. Dia terkena selesema semasa perayaan hari jadinya di rumahnya dan meninggal dunia pada usia 28 tahun, sebelum perkahwinannya dengan sepupu jauhnya, Puteri May dari Teck.

Selama bertahun-tahun, bilik tidur Eddy telah dibiarkan dalam keadaan asal.

Air di dalam jag di tepi katilnya sentiasa ditukar dan sabunnya diganti apabila ia mula kelihatan kurang cantik, menurut 'Sandringham Days: The Domestic Life Of The Royal Family In Norfolk, 1862-1952'.

Buku itu menjelaskan bagaimana perkara-perkara asal disimpan atau dipelihara selepas kematian untuk membantu menghormati kenangan ahli keluarga yang tersayang.

Malah kemudian, apabila Puteri May berkahwin dengan adik lelaki Putera Eddy, George, barang-barang Eddy masih disimpan.

Rumah Putera Harry dan Meghan Markle Berhantu?

Bagaimanapun, sepanjang tinggal di sini, tiada penampakan makhluk halus berlaku, ada perasaan bahawa York Cottage adalah sebuah rumah yang dilupakan kerana tidak ada lagi kerabat diraja yang tinggal di situ setelah George sekeluarga meninggalkan rumah ini, menurut artikel.

Kerana York Cottage terbahagi kepada sebuah rumah percutian dan tempat penginapan pekerja, lebih baik pengubahsuaian dilakukan sebelum Harry dan Meghan berpindah masuk ke sini, jika benar Ratu menghadiahkannya kepada mereka.

Pasangan itu kini tinggal di sebuah rumah dengan dua bilik tidur, Nottingham Cottage, di Kensington Palace.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Pada suatu petang yang hening, tanggal 6 Jun 1976 di Sembulan, Sabah, penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat pada pukul 3.50 petang, hasil daripada bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas.

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Mangsa Peristiwa Double Six

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Senarai mangsa Peristiwa Double Six
  1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah).
  2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri).
  3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya).
  4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri).
  5. Darius Binion Pembantu (Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri).
  6. Wahid Peter Andau (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan).
  7. Dr Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah).
  8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit Tengku Razaleigh Hamzah).
  9. Koperal Said Mohammad (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad).
  10. Gandhi J Nathan ( Juruterbang).
  11. Johari Tun Fuad Stephens (Anak kepada Tun Mohd Fuad).

Tun Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya selepas memeluk agama Islam.

Tuan Fuad adalah tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah di dalam Malaysia.

Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun 1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six.

Punca Nahas Masih Misteri

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Punca di sebalik kemalangan itu masih tidak diketahui dan sejurus selepas kemalangan, terdapat dakwaan perbuatan khianat kerana keadaan politik yang tidak menentu pada masa itu.

Kerajaan Australia menghantar empat pasukan penyiasat bagi membantu mencari punca kemalangan.

Terdapat juga spekulasi yang menganggap kegagalan teknikal dan lebihan muatan merupakan faktor utama yang menyebabkan kemalangan.

Namun, punca sebenar bagi kemalangan itu masih belum diketahui sehingga sekarang dan laporan asal mengenai kejadian itu masih diklasifikasikan.

YM Tengku Razaleigh Hamzah Terselamat Dari Nahas

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat.

Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama.

Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Persoalan Daripada Peristiwa Double Six

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Berikut antara persoalan yang berlegar di fikiran kebanyakan yang kekal menjadi persoalan tanpa jawapan.

Rombongan ini sedang menuju ke Kota Kinabalu untuk menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

Sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yang mengatakan kemungkinan Tun Fuad tidak akan bersetuju jumlah tersebut.

Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat-saat akhir Datuk Harris (Ketua Menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu di Kudat.

Sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dalam perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20.

Kenapa beliau memilih untuk melawat kandang lembu di saat akhir?

Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad itu terlebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi dinaiki 11 orang.

Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.

Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.

Adakah logik golongan VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat? Tiadakah bajet untuk menaiki pesawat yang lebih besar?

Kertas Siasatan di Buka Semula?

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menggesa kerajaan supaya membuka fail nahas pesawat Nomad 6 Jun 1976 itu untuk sisatan terperinci dan kajian beterusan punca nahas pesawat tersebut.

Timbulnya gesaan untuk dibuka fail siasatan semula tragedi ini adalah ekoran daripada nastolgia Tengku Razaliegh Hamzah di Sabah dengan menyatakan bahawa beliau keluar dari pesawat itu pada minit akhir dan tindakan itu telah menyelamatkan nyawanya setelah pesawat itu terhempas di Sembulan.
"Biasanya, adalah wajar untuk membuka semula siasatan ke atas kejadian lama jika ada maklumat baru.

"Dalam hal ini, maklumat baru itu adalah versi kejadian itu menerusi Razaleigh yang diletakkan dalam rekod umum buat pertama kalinya."

Apa yang dinyatakan oleh Datuk Yong Teck Lee dalam petikan di atas, dengan jelas pendiriannya berhubung isu itu supaya pihak kerajaan menyiasat semula perkara itu kerana yakin kenyataan Tengku Razaleigh itu merupakan maklumat terbaru yang boleh membantu dalam siasatan.

Datuk Yong Teck Lee begitu berminat dengan peristiwa ini dengan berhujah bahawa pada kebiasaannya ahli pengkaji sejarah dan ahli forensik akan menyiasat semula kemalangan, jenayah dan kejadian lama yang tidak dapat dijelaskan.

Beliau mengambil contoh kes pembunuhan Kennedy, Martin Luther King dan Benazir Bhutto yang menjadi kajian berterusan sehingga menemuai bahan bukti yang memuaskan.

Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman pula telah mempersoal motif sebenar Yong Teck Lee dalam perkara ini kerana selama 30 tahun ahli keluarga yang terlibat dalam nahas double six ini tidak pernah meminta supaya kes ini disiasat semula dan beliau khuatir apa yang dilakukan oleh Yong Teck Lee itu hanya bermotifkan poltik.

Dakwaan terbuka oleh Datuk Yong ini juga mendapat reaksi daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh, yang mengganggap gesaan membuka semula siasatan keatas nahas kapal Nomad itu adalah berniat jahat;

“Ia berniat jahat dan disasarkan untuk memperlekeh dan memfitnah saya. Dengan itu saya mencabar Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan Naib Presiden Parti Keadilan Datuk Dr Jaffrey Kitingan untuk mengulangi kenyataan dan tuduhan mereka lebih khusus dan secara terbuka.”

Datuk Harris juga menyifatkan dakwaan Tengku Razaliegh dikeluarkan dari pesawat malang itu dalam minit akhir adalah tidah benar dan bercanggah dengan fakta.

Dalam soal ini Datuk Harris menjelaskan;

“Tengku Razaliegh tidak pernah dijadual terbang bersama-sama dengan Tuan Fuad Stephen ke Kota Kinabalu. Tengku Razaliegh bersama-sama dengan Tun Rahman Yaakub dijadual terbang ke Kudat...”

Anak kepada salah seorang daripada 11 mangsa nahas udara 6 Jun 1976 iaitu Donald Peter Mojuntin yang merupakan ADUN Moyog, mempersoalkan motif kenyataan Datuk Yong Teck Lee berhubung siasatan semula ke atas Tragedi Double Six.

“Sekiranya ia merupakan satu propaganda poltik, maka dari sudut pandangan keluarganya, ia adalah salah dan tidak wajar.

Bagi keluarga saya, walau apapun yang telah terjadi dan siapa yang bertanggungjawab, biarlah Tuhan yang menghakiminya. Kami tidak boleh terus hidup dalam kehidupan yang penuh dengan kesangsian dan kemarahan.”

Sehingga ke hari ini kertas siasatan ke atas peristiwa yang penuh dengan misteri dan teori konspirasi ini yang terus mencetuskan pelbagai persepsi ini tidak di buka semula.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: dailyrakyat

8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Kejohanan Piala Dunia edisi 2018 akan membuka tirainya tidak lama lagi dan sudah tentu tumpuan akan diberikan kepada pemain terkemuka dunia seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Namun begitu, Mirror Sport menyenaraikan beberapa pemain muda yang dijangka akan menyinar pada temasya empat tahun sekali itu.

1. Cristian Pavon
  • Negara: Argentina
  • Kelab: Boca Juniors
  • Umur: 22 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Pemain sayap muda ini adalah satu daripada tiga pemain yang berpangkalan di Rusia dan dimasukkan dalam senarai skuad kebangsaan untuk aksi final di Rusia.

Jorge Sampaoli menaruh harapan tertinggi terhadap pemain lincah, tangkas dan mengubah corak permainan untuk finalis 2014.

2. Rodrigo Bentancur
  • Negara: Uruguay
  • Kelab: Juventus
  • Umur: 20 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Bentancur jarang dinamakan dalam skuad kesebelasan utama Juventus sejak berhijrah dari Boca Juniors tetapi mendapat kepercayaan penuh ketika bertemu Barcelona dan Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara.

Disamakan dengan Nemanja Matic kerana saiz fizikal dan kelincahannya di bahagian tengah tetapi keupayaan teknikalnya berjaya menyerlahkan bakat pemain itu.

3. Kylian Mbappe
  • Negara: Perancis
  • Kelab: Paris Saint-Germain
  • Umur: 19 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Cemerlang semasa kejayaan Monaco pada Ligue 1 bagi musim 2016-2017 sebelum menyertai PSG musim panas lalu.

Menjaringkan 47 gol dalam 88 perlawanan di peringkat kelab sejak dua tahun lalu tetapi masih tercari-cari rentak di peringkat antarabangsa.

4. Timo Werner
  • Negara: Jerman
  • Kelab: RB Leipzig
  • Umur: 22 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Muncul penjaring gol terbanyak dalam Bundesliga apabila dia mengetuai musim pertama RB Leipzig yang menakjubkan dalam liga utama Jerman di mana mereka menamatkan kempen sulung di tempat kedua di belakang Bayern Munich.

5. Hirving Lozano
  • Negara: Mexico
  • Kelab: PSV Eindhoven
  • Umur: 22 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Menjaringkan 19 gol dalam semua perlawanan pada musim pertamanya ketika PSV menjulang trofi Liga Belanda.

Seorang yang lincah ketika di atas padang dan memainkan peranan besar dalam memacu Mexico melepasi peringkat kumpulan buat tujuh kali berturut-turut.

6. Ousmane Dembele
  • Negara: Perancis
  • Kelab: Barcelona
  • Umur: 21 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Pemain Perancis kedua dalam senarai, Dembele dalam proses untuk menyinar kembali selepas jarang diturunkan bersama Barcelona kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Menyertai Barcelona sebagai pengganti Neymar pada Ogos 2017 lalu tetapi bergelut dengan kecederaan paha sehingga terpaksa direhatkan selama empat bulan.

7. Sergej Milinkovic-Savic
  • Negara: Serbia
  • Kelab: Lazio
  • Umur: 23 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Menyertai Lazio dari Genk pada 2015, pemain tengah serba boleh dan mencipta rekod cemerlang pada musim 2017-2018.

Menjaringkan 15 gol ketika skuad kendalian Simone Inzaghi terlepas slot ke pentas Liga Juara-Juara.

8. Trent Alexander-Arnold
  • Negara: England
  • Kelab: Liverpool
  • Umur: 19 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Pemain muda Liverpool itu diserapkan dalam skuad utama dan menggantikan posisi Nathaniel Clyne yang mengalami kecederaan panjang.

Melakukan 33 penampilan termasuk 12 dalam aksi Liga Juara-Juara.

132 peminat fanatik dilarang ke Rusia

Sementara itu, Polis Metropolitan Scotland Yard London telah mengarahkan 132 peminat fanatik bola sepak negara itu agar menyerahkan pasport masing-masing, kerana berdepan larangan ke Rusia untuk menonton Piala Dunia 2018, lapor agensi berita Xinhua.

Warga London yang disabitkan dengan kesalahan berkaitan bola sepak tertakluk kepada peraturan tidak dibenarkan ke luar negara untuk menyokong pasukan England.

Jika gagal menyerahkan pasport, mereka bakal berdepan tindakan dan ditahan polis.

Bagi memudahkan urusan penyerahan dan pengumpulan pasport, pegawai polis akan ditempatkan di balai polis seluruh London.

Di samping itu, polis juga akan ditugaskan di Lapangan Terbang Heathrow untuk memantau.

Kira-kira 10,000 peminat England dijangka berlepas ke Rusia bagi menyaksikan Piala Dunia yang dijadual bermula 14 Jun.

Pihak berkuasa Rusia turut memperketatkan kawalan untuk memastikan kejadian tidak diingini berulang membabitkan peminat Rusia dan Inggeris seperti mana yang berlaku di Marseilles pada kejohanan Euro 2016.

BINTANG TERSOHOR TAPI TIDAK BERJAYA MASUK KE PIALA DUNIA 2018

Sementara itu, laman web Sportmails telah menyenaraikan nama-nama pemain hebat yang malangnya tidak akan menyertai Piala Dunia di Rusia pada musim panas ini.
  1. Jan Oblak (Atletico Madrid dan Slovenia)
  2. Antonio Valencia (Manchester United dan Ecuador)
  3. Virgil van Dijk (Liverpool dan Belanda)
  4. Leonardo Bonucci (AC Milan dan Itali)
  5. David Alaba (Bayern Munich dan Austria)
  6. Riyad Mahrez (Leicester dan Algeria)
  7. Marco Verratti (Paris Saint-Germain dan Itali)
  8. Leroy Sane (Manchester City dan Jerman)
  9. Gareth Bale (Real Madrid dan Wales)
  10. Karim Benzema (Real Madrid dan Perancis)
  11. Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal dan Gabon)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar | astroawani

Penjaga Gol Pura-pura Cedera Demi Rakan Sepasukan Berbuka Puasa

Penjaga Gol Pura-pura Cedera Demi Rakan Sepasukan Berbuka Puasa

Ketua jurulatih Tunisia mengakui penjaga golnya berpura-pura cedera supaya rakan-rakan sepasukannya boleh berbuka puasa.

Penjaga Gol Pura-pura Cedera Demi Rakan Sepasukan Berbuka Puasa

Dalam dua perlawanan persahabatan bertemu Portugal dan Turki sempena persiapan Piala Dunia, Mouez Hassen berpura-pura cedera ketika aksi pada lewat petang dan menyedari sudah tiba waktu berbuka.

Menurut jurulatih, Nabil Maaloul taktik itu digunakan supaya semua pemainnya boleh berbuka puasa dengan minum sedikit air dan makan snek ketika Hassan menerima rawatan.

"Ini adalah strategi tertentu sahaja.

"Saya berbuat demikian kerana kami mempunyai ramai pemain yang berpuasa.

"Ia tidak berjalan lancar pada kali pertama (bertemu Portugal) kerana Mouez tidak faham apabila saya menyuruhnya berpura-pura jatuh bagi pegawai dan pemain berbuka puasa.

"Saya menyuruh Yassine Meriah, tetapi dia tidak faham.

"Namun pada perlawanan kedua semuanya nampak mudah dan faham," ujarnya kepada BBC.

De Gea Masih 'marah' Dengan PM Sepanyol

Penjaga Gol Pura-pura Cedera Demi Rakan Sepasukan Berbuka Puasa

Sementara itu, David de Gea bertindak 'menyimpan' tangannya dalam kocek seluar ketika rakan-rakan yang lain bertepuk tangan kepada Perdana Menteri Pedro Sanchez.

Tindakan penjaga gol itu jelas kelihatan malah wajahnya juga seperti tidak gembira ketika Sanchez membuat lawatan pasukan Sepanyol untuk ke Piala Dunia.

Ia berikutan De Gea masih bengang dengan kritikan pemimpin sosialis itu yang berkaitan serangan serangan seksual pada 2016.

Namun penjaga gol Manchester United itu tidak mengaku bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Ketika temubual dua tahun lalu, Sanchez memberitahu, "Saya tidak selesa dengan De Gea yang menjadi penjaga gol pasukan kebangsaan."

Namun, De Gea tetap berjabat tangan walaupun tidak melihat wajah Sanchez malah dia memandang dan senyum kepada rakan sepasukannya.

El Espanol menulis, "De Gea tidak tepuk tangan dan melayan Pedro Sanchez selepas dua tahun 'tuduhan' dia terlibat penderaan kana-kanak."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Ramai Tidak Pernah Tahu

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Ramai Tidak Pernah Tahu

Tahun itu adalah tahun 1966, ketika kemuncak perang dingin di antara kuasa-kuasa besar, sebuah pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat membawa empat biji bom termonuklear menghadapi kemalangan selepas berlanggar dengan sebuah kapal terbang pengisi minyak berdekatan sebuah kampung di Timur Laut Sepanyol, bernama Palomares.

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Satu daripada bom tersebut jatuh berdekatan Kampung Palomares yang dihuni 1,200 orang penduduk namun berkeadaan baik.

Sebuah lagi berjaya ditemui oleh seorang nelayan di tepi sungai, juga dalam keadaan sempurna.

Sebuah lagi jatuh di tengah kampung Palomares merembeskan hampir 20kg plutonium ke kawasan sekitarnya, sementara sebuah lagi hilang tidak diketahui dimana.

Inilah tragedi bom nuklear yang jarang diceritakan dalam sejarah, berlaku di Sepanyol.

Sangat bernasib baik

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Bagi warga kampung tersebut, syukurlah tidak ada yang meninggal dunia atau menghidap kanser ekoran kejatuhan bom tersebut di kawasan mereka.

Bagaimanapun, usaha membersihkan kawasan tersebut mengambil masa lebih 3 bulan dengan bantuan 1,600 pakar dari Amerika Syarikat.

Setiap satu bom yang jatuh itu sebenarnya mempunyai kekuatan berkali-kali ganda kekuatan bom yang dijatuhkan di Hiroshima beberapa puluh tahun sebelum itu.

Insiden kejatuhan empat biji bom itu berlaku ekoran letupan yang terhasil semasa kapal terbang B-52 itu sedang mengisi minyak diudara bersambung dengan kapal terbang pengisi minyak KC-135.

Kesemua individu dalam kapal terbang pengisi minyak itu terbunuh dan 3 daripada 7 pengendali B-52 terkorban dalam nahas ini.

Kejatuhan dua biji bom itu ke kawasan orang ramai tidak mengakibatkan sebarang kematian atau kemusnahan harta benda.

Namun, penduduk mula berkumpul di sekeliling bom yang jatuh kerana tidak mengetahui apa yang telah jatuh.

Misi pencarian bom yang hilang

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Pencarian untuk mencari bom nuklear yang hilang itu dilakukan selama 80 hari.

Insiden itu menimbulkan ketegangan antarabangsa, berikutan wujud beberapa negara lain yang seakan-akan berminat mahu menjadi pemilik kepada bom tersebut.

Kerajaan Amerika Syarikat mula menghantar kapal-kapal serta pasukan penyelam, kerana payung terjun bom tersebut ditemui dan dipercayai bom tersebut jatuh ke dalam laut.

Bom tersebut ditemui 780 meter di bawah dasar laut, tersekat di antara jurang bawah lautan.

Kerja-kerja mengangkat bom itu agak sukar sehinggakan bom tersebut jatuh lebih dalam ketika cubaan pertama menaikkannya pada 15 Mac 1966.

Ini menyebabkan proses pencarian dimulakan semula.

Pada 2 April 1966, bom tersebut berjaya ditemui pada kedalaman 880 meter.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, sebuah kapal selam tanpa pemandu digunakan bagi menaikkan bom tersebut namun kapal selam tersebut tersangkut dengan payung terjun bom tersebut.

Nasib baiklah, pihak tentera laut Amerika Syarikat berjaya juga membawa kapal selam tersebut secara perlahan-lahan sebelum penyelam memasang kabel bagi menaikkan bom itu pada kedalaman 30 meter.

Kesan radioaktif masih kekal sehingga berpuluh tahun

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Selepas semua proses permbersihan dilakukan, bagi mengembalikan keyakinan penduduk Palomares dan Sepanyol, pemimpin kerajaan Sepanyol ketika itu iaitu Menteri Luar, Manuel Fraga dan Duta Amerika Syarikat ke Sepanyol, Anigier Biddle Duke mengadakan gimik bermandi manda di pantai Palomares, untuk menunjukkan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

Sejarah itu berjaya disenyapkan selama beberapa tahun sebelum satu kajian pada tahun 90-an menunjukkan kewujudan bahan americium, salah satu sisa plutonium masih tinggi di kawasan jatuhan bom.

Kajian lebih mendalam menunjukkan hampir 50,000 kaki persegi tanah di situ masih lagi tercemar.

Pada tahun 2003, kerajaan Sepanyol mengumumkan mana-mana kawasan yang diisytiharkan masih tercemar dilarang untuk digunakan bagi sebarang aktiviti.

Bagaimanapun, kesannya masih terus wujud di Palomares tanpa ada sebarang usaha membersihkannya dengan lebih sempurna.

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Hanya pada 19 Oktober 2015, kerajaan Sepanyol dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian pembersihan dan pembuangan kesemua tanah yang tercemar dengan bahan radioaktif.

Amerika Syarikat bersetuju untuk menyimpan kesemua tanah yang telah tercemar di Sepanyol ke negara mereka, dengan kawasan Nevada yang menjadi pusat ujian bom nuklear menjadi pilihan kerajaan Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi