Wednesday, November 08, 2017

Video Paling Lucu Penjaga Gol Tak Sedar Bola Hilang


Penjaga gol kelab liga Jerman, Mainz, Robin Zentner mempamerkan aksi paling lucu dalam sejarah perlawanan Bundesliga ketika menentang pasukan Borussia Monchengladbach pada Sabtu malam (4/11/2017).

Video Paling Lucu Penjaga Gol Tak Sedar Bola Hilang

Gelagat Robin Zentner yang tidak menyedari bola tiada di kakinya ketika cuba membuat tendangan menjadi bahan ketawa netizen.

Keadaan menjadi lebih lucu apabila kejadian itu berlaku, Robin Zentner dengan penuh yakin melakukan tendangan tetapi sebenarnya dia hanya melakukan 'sepakan angin'.

Kesilapan itu ditebus semula apabila Robin Zentner segera mengejar bola yang terlepas dari kakinya bagi menyelamatkan gawang.

Gelagat itu nampaknya telah membuat nama Robin Zentner viral di media sosial.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri Monchengladbach 1 Mainz 1.

BACA INI JUGA: Perlawanan Bola Sepak Terhenti Penjaga Gol Ke Tandas



sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon