Mar 15, 2016

6 Teori Konspirasi Yang Terbukti Benar

Dari penculikan makhluk asing hinggalah insiden kehilangan pesawat MH370, pelbagai teori ditimbulkan ‘penyiasat’ amatur juga penganalisis profesional di ruang maya.

All seeing eyes

Namun, tidak kesemua teori konspirasi yang sering dikemukakan itu akan memuaskan semua pihak dan kadangkala ia kedengaran agak ‘gila’.

Walau bagaimanapun, di dalam hal yang dikatakan kononnya paling gila sekalipun, kadang-kadang ia merupakan sebuah kebenaran yang tidak dapat disangkal.

Berikut kami kongsikan enam teori konspirasi yang sebelum ini mungkin dianggap cerita rekaan, namun hakikatnya adalah perkara yang benar-benar berlaku.

Konspirasi penculikan rakyat Jepun

Boynton-North-Korea

Isu penculikan oleh agensi perisikan Korea Utara terhadap penduduk Jepun ketika era 1970-an dan 1980-an sehingga kini menjadi hambatan kepada hubungan kedua-dua negara tersebut.

Antara tahun 1977 dan 1983, dikatakan seramai 880 warga negara matahari terbit dilaporkan hilang, terutamanya penduduk yang menetap di kawasan timur di kepulauan tersebut.

Pyongyang pada ketika itu telah dituduh oleh Tokyo sebagai dalang penculikan, namun perkara tersebut dianggap sebagai fitnah oleh rejim Korea Utara.

Sehinggalah pada tahun 2002, negara yang diterajui oleh Kim Jong-il membuat pengakuan dengan mengatakan mereka telah menculik 13 rakyat Jepun untuk dilatih sebagai perisik.

Pyongyang mengakui penculikan tersebut dan hanya membenarkan lima daripada mereka pulang pada 2002, sementara bakinya dikatakan meninggal dunia.

Bagaimanapun, Tokyo meminta Pyongyang menjelaskan nasib 17 warganya yang diculik rejim itu dan bukannya berjumlah 13, seperti yang diberitahu Korea Utara.

Pada waktu tersebut, hubungan kedua-dua negara itu berada dalam keadaan tegang berikutan masalah pertindihan sempadan dan isu ujian peluru berpandu Korea Utara.

Konspirasi National prohibition of alcohol

National prohibition of alcohol

Konspirasi Amerika Syarikat guna racun sewaktu larangan minuman keras.

Pada 17 Januari 1920, Amerika Syarikat (AS) telah melaksanakan pindaan ke-18 di dalam perlembagaan mereka, iaitu larangan penggunaan arak yang juga digelar kempen National prohibition of alcohol.

Undang-undang tersebut dilaksanakan bagi menyekat penjualan, pembuatan dan mengimport bahan-bahan yang berbentuk ‘alcoholoc beverage‘.

Ini kerana pada waktu tersebut, peningkatan kadar jenayah telah melonjak secara mendadak akibat daripada memimun minumam keras, selain menjaga kesihatan penduduk di Amerika Syarikat.

Namun, tahukah anda menerusi laporan yang dikeluarkan agensi Slate.com, pada tahun 1920 hingga 1933, dikatakan seramai 700 rakyatnya telah disahkan mati akibat meminum minuman keras.

Pada waktu tersebut, kerajaan AS dilihat cuba mempengaruhi rakyatnya dengan mengaitkan isu kematian disebabkan meminum arak.

Namun apa sebenarnya yang berlaku adalah saintis di AS telah menggunakan sejenis bahan kimia yang mengakibatkan peminum merasa sakit perut selepas minum.

National prohibition of alcohol [2]

Terdapat sebuah kes di mana seorang lelaki telah mati secara mengejut dengan hanya meneguk arak yang dipercayai telah ditambah dengan bahan kimia tersebut.

Pendedahan mengenai isu ini juga disahkan oleh majalah TIME pada keluaran 2015, yang menemubual pegawai kerajaan, Seymour M. Lowma, sewaktu dia masih menjawat jawatan penolong setiausaha kempen tersebut.

“Langkah yang lebih baik seharusnya dilakukan, bukan seperti ini,” katanya.

Undang-undang larangan tersebut walau bagaimanapun dihenti dan dimansuhkan pada 5 Disember 1933.

Konspirasi Amerika Syarikat merekrut saintis NAZI

Rekrut saintis NAZI

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Jerman dan Jepun menyaksikan kekalahan mereka manakala Rusia dan Amerika Syarikat (AS) muncul sebagai kuasa besar dunia.

Pada ketika itu, negara-negara yang muncul sebagai ‘pemenang’ berlumba-lumba untuk merampas teknologi dan saintis terlatih di loji penyelidikan roket di Peenemünde, Jerman.

AS merupakan negara paling beruntung apabila berjaya mengambil sebahagian besar pakar saintis Jerman; antaranya adalah kumpulan penyelidikan yang diketuai saintis Von Braun.

Selepas disoal siasat oleh bahagian perisikan tentera AS, kerja-kerja penggumpulan data telah dilakukan secara sulit rentetan tentera AS bimbang jika pihak Soviet mengetahui mereka mempunyai Von Braun.

Pada 20 Jun 1945, Kumpulan Von Braun telah berjaya dibawa keluar daripada Jerman untuk ke AS.

Saintis German, Von Braun

Maka bermula dari detik tersebut, menandakan bahawa Von Braun terlibat secara rasmi dengan teknologi perlumbaan angkasa lepas milik AS yang dinamakan operasi Paperclip.

Dalam operasi Paperclip, antara yang paling mudah untuk dilihat adalah pembinaan roket Apollo yang digunakan oleh Neil Amstrong dalam misi ke bulan pada tahun 1969.

Roket Apollo yang dibina jurutera dan saintis AS telah diselia sepenuhnya oleh seorang saintis, Von Braun, di mana reka bentuk Apollo saling tidak tumpah seperti bentuk roket V2 ciptaan beliau semasa Perang Dunia Kedua.

Konspirasi Mind Control (MK-Ultra) CIA

MK-Ultra

Idea mengenai pihak perisikan AS menjalankan projek MK-Ultra bukan merupakan konspirasi dan rahsia lagi.

Projek MK-Ultra adalah kod nama bagi program minda separa sedar yang dimulakan seawal 1950-an di mana sejumlah rakyat AS telah diambil sebagai subjek kepada program tersebut.

Projek itu juga telah diasaskan dengan bantuan kepakaran saintis Nazi yang diambil daripada Operasi Paperclip.

Ini merupakan salah satu dari elemen penting dalam teori konspirasi dunia atau dari sisi lain salah satu dari elemen New World Order.

MK-Ultra [2]

MK-Ultra mempunyai beberapa program sampingan, yang berjumlah 149 semuanya. Program ini merangkumi kajian biologi, dadah, aktiviti seksual, teknologi, fizik, psikologi dan perfileman.

Bukannya satu kebetulan apabila filem yang dikeluarkan pada era 1950-an telah ‘diolah’ untuk mempengaruhi penonton akan bahaya serangan komunis dan memutar belitkan kewujudan makhluk asing.

Jika anda perasan, dunia perfileman Hollywood adalah contoh terbaik sebagai satu alat berkesan bagi projek MK-Ultra.

Konspirasi operasi False Flag

Konspirasi operasi False Flag

Sebelum itu, mari kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan nama operasi ‘membawa bendera salah’ ini.

False Flag bermaksud operasi rahsia yang dijalankan sama ada daripada pemerintah, pertubuhan, mahupun sesebuah negara bagi membuat helah kepada orang awam kononnya ‘operasi’ itu seolah-olah dilakukan pihak lain.

Atau dalam kata lainnya dengan memfitnah pihak lain (musuh) sama ada dalam bentuk kemusnahan, keganasan, pembunuhan dan sebagainya.

Tujuan utama operasi ini adalah demi meraih ‘pandangan’ masyarakat supaya menyokong sebarang bentuk tindak balas oleh pemerintah yang ingin menyerang kembali pihak musuh. (Baca: False Flag, Kaedah Menghalalkan Keganasan, Perang dan Penipuan!)

Dalam sejarah, operasi False Flag ini pernah dilakukan oleh pihak Nazi yang dipanggil Operasi Himmler di mana serangan palsu ke atas tempat mereka sendiri kemudian mereka menyalahkan Poland.

Dengan tujuan fitnah itu, ia dapat memberikan mereka alasan untuk menyerang Poland.

Konspirasi operasi False Flag [2]

Bagi yang mempercayai tragedi 11 September 2001 adalah operasi False Flag, anda sememangnya merupakan golongan manusia yang menggunakan akal fikiran.

Susulan selepas serangan itu, AS menceroboh Afghanistan dengan alasan konon mahu memerangi keganasan.

Dunia, termasuk negara-negara Islam hanya mampu melihat sahaja pengeboman ekstrem AS ke atas bumi Afghanistan.

Kejadian pengeboman di bangunan-bangunan awam dan masjid-masjid juga adalah sebahagian daripada agenda operasi False Flag.

Ini adalah untuk menimbulkan rasa syak-wasangka di kalangan majoiti umat Islam di seluruh dunia agar memastikan Islam tidak dapat bersatu sebagai satu kumpulan yang besar.

Konspirasi “Anda Sedang Diperhatikan”

Anda Sedang Diperhatikan

Mungkin teori konspirasi ini paling dianggap karut dan tidak masuk akal.

Cuba anda bayangkan, pihak perisik di Pentagon sedang memantau segala aktiviti harian anda. Ditambah pula dengan imej “all seeing eyes” yang ada pada wang kertas 1 dolar AS, seakan-akan menguatkan lagi teori konspirasi ini.

Jika anda merasakan hal itu adalah benar, maka anda mungkin dianggap sebagai manusia paranoid. Adalah mustahil pihak perisik ingin mengintip jutaan manusia di dunia ini dengan hanya menggunakan skrin monitor.

Namun, pada 2013, seorang bekas bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS, Edward Snowden memberitahu bahawa perkara ‘mengintip’ seseorang itu adalah begitu mudah.

Ini kerana kebanyakan kita yang begitu teruja dengan kewujudan laman serta media sosial seperti Facebook, Twitter, e-mel dan sebagainya, tanpa disedari terdedah kepada perisikan oleh pihak AS.

Snowden pada 2013 pernah didakwa membocorkan rahsia negara selepas beliau membuat pendedahan bagaimana NSA telah membina sistem komputer yang mampu mengintip sesiapa sahaja yang menggunakan Internet, Facebook, e-mel dan pelbagai lagi.

Menjadikan isu ini lebih besar adalah bagaimana pemilik Google, Facebook dan Microsoft menjalin kerjasama sulit dengan NSA untuk membolehkan semua akaun media sosial pengguna di seluruh dunia diintip.

Edward Snowden

Pendedahan ini sudah tentu memberikan kesan besar kepada ketiga-tiga syarikat terbesar dunia itu sekali gus menjejaskan kepercayaan orang ramai dalam melindungi rahsia peribadi pemilik akaunnya.

AS sememangnya dikenali dengan kecekapan melakukan intipan yang diperlukan untuk menjamin kedudukan mereka sebagai ‘polis dunia’ selain mengekalkan dominasi sebagai negara paling berpengaruh.

Kita boleh melihat bagaimana AS begitu berpengaruh selepas meraih kemenangan bergaya pada Perang Dunia Kedua menggunakan segala medium untuk melakukan risikan terhadap musuh sebenar mahupun musuh yang dicipta mereka.

BACA INI JUGA: Siapa Dalang Di Sebalik Tunjuk Perasaan Di Seluruh Dunia Islam?

Sumber: Yahoo.sg/Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Mereka akan kalah pada pengakhirannya nanti... janji Allah itu benar... Allahuakbar.

Konspirasi keenam tu sangat menakutkan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon