Friday, June 08, 2018

Diogo Dalot Bek Kanan Terbaik Eropah Sertai Manchester United


Melakukan penampilan sulung bersama Porto pada Februari 2018 lalu, pemain berusia 19 tahun itu telah berjaya memikat Jose Mourinho untuk mengikat kontrak selama lima tahun, Manchester United akhirnya menyempurnakan perpindahan pemain pertahanan, Diogo Dalot, daripada juara Portugal, Porto.

Diogo Dalot Bek Kanan Terbaik Eropah Sertai Manchester United

Dengan Matteo Darmian dijangka meninggalkan Old Trafford, ia memaksa Mourinho mencari persaingan buat bek kanan, Antonio Valencia, dengan membawa masuk pemain B-21 tahun Portugal itu.

"Menyertai Manchester United merupakan satu peluang yang sukar untuk dipercayai buat saya," kata Dalot.

"Saya telah menimba pengalaman serta ilmu daripada Akademi Porto dan saya berterima kasih di atas setiap usaha yang telah mereka lakukan.

"Peluang untuk menyertai kelab gergasi seperti United merupakan sesuatu yang tidak boleh ditolak.

"Saya teruja untuk bekerjasama dengan Mourinho dan mempelajari sesuatu daripada seorang jurulatih yang berjaya.

"Saya juga tidak sabar untuk bermain bersama-sama rakan sepasukan di Old Trafford," katanya.

Dalot melakukan tujuh penampilan dalam semua kejohanan bagi musim 2017-18 ketika Porto muncul juara Liga Primeira buat kali pertama sejak 2012-13 dan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

Dalot turut tampil sebagai pemain bek kiri ketika Porto seri tanpa jaringan berdepan Liverpool pada Mac lalu.

BEK KANAN TERBAIK EROPAH

Jose Mourinho memuji pemain terbaru Manchester United, Diogo Dalot, sebagai bek kanan terbaik Eropah dalam peringkat umurnya dan beliau yakin dia mampu berjaya di Old Trafford.

Walaupun sekadar beraksi dalam enam perlawanan bagi musim 2017-18, pemain berusia 19 tahun itu berjaya mendapatkan tempat dalam skuad United sebagai pemain sokongan kepada Antonio Valencia.

Bagi jangka masa panjang, dia berkemungkinan dilihat sebagai pilihan utama The Red Devils.

"Dalot seorang pemain yang berbakat dan memiliki kualiti untuk menjadi pemain terbaik," kata Mourinho.

"Dia memiliki fizikal, bijak memahami taktikal dan seorang pemain yang memiliki aspek teknikal yang tinggi, digabung dengan mentaliti akademi Porto yang menyediakan pemain untuk menghadapi aksi di peringkat profesional.

"Dalam peringkat umurnya, dia adalah bek kanan terbaik Eropah dan kami percaya Dalot mempunyai masa depan yang cerah bersama United."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: stadiumastro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon