Khamis, Jun 07, 2018

8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Kejohanan Piala Dunia edisi 2018 akan membuka tirainya tidak lama lagi dan sudah tentu tumpuan akan diberikan kepada pemain terkemuka dunia seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Namun begitu, Mirror Sport menyenaraikan beberapa pemain muda yang dijangka akan menyinar pada temasya empat tahun sekali itu.

1. Cristian Pavon
  • Negara: Argentina
  • Kelab: Boca Juniors
  • Umur: 22 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Pemain sayap muda ini adalah satu daripada tiga pemain yang berpangkalan di Rusia dan dimasukkan dalam senarai skuad kebangsaan untuk aksi final di Rusia.

Jorge Sampaoli menaruh harapan tertinggi terhadap pemain lincah, tangkas dan mengubah corak permainan untuk finalis 2014.

2. Rodrigo Bentancur
  • Negara: Uruguay
  • Kelab: Juventus
  • Umur: 20 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Bentancur jarang dinamakan dalam skuad kesebelasan utama Juventus sejak berhijrah dari Boca Juniors tetapi mendapat kepercayaan penuh ketika bertemu Barcelona dan Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara.

Disamakan dengan Nemanja Matic kerana saiz fizikal dan kelincahannya di bahagian tengah tetapi keupayaan teknikalnya berjaya menyerlahkan bakat pemain itu.

3. Kylian Mbappe
  • Negara: Perancis
  • Kelab: Paris Saint-Germain
  • Umur: 19 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Cemerlang semasa kejayaan Monaco pada Ligue 1 bagi musim 2016-2017 sebelum menyertai PSG musim panas lalu.

Menjaringkan 47 gol dalam 88 perlawanan di peringkat kelab sejak dua tahun lalu tetapi masih tercari-cari rentak di peringkat antarabangsa.

4. Timo Werner
  • Negara: Jerman
  • Kelab: RB Leipzig
  • Umur: 22 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Muncul penjaring gol terbanyak dalam Bundesliga apabila dia mengetuai musim pertama RB Leipzig yang menakjubkan dalam liga utama Jerman di mana mereka menamatkan kempen sulung di tempat kedua di belakang Bayern Munich.

5. Hirving Lozano
  • Negara: Mexico
  • Kelab: PSV Eindhoven
  • Umur: 22 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Menjaringkan 19 gol dalam semua perlawanan pada musim pertamanya ketika PSV menjulang trofi Liga Belanda.

Seorang yang lincah ketika di atas padang dan memainkan peranan besar dalam memacu Mexico melepasi peringkat kumpulan buat tujuh kali berturut-turut.

6. Ousmane Dembele
  • Negara: Perancis
  • Kelab: Barcelona
  • Umur: 21 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Pemain Perancis kedua dalam senarai, Dembele dalam proses untuk menyinar kembali selepas jarang diturunkan bersama Barcelona kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Menyertai Barcelona sebagai pengganti Neymar pada Ogos 2017 lalu tetapi bergelut dengan kecederaan paha sehingga terpaksa direhatkan selama empat bulan.

7. Sergej Milinkovic-Savic
  • Negara: Serbia
  • Kelab: Lazio
  • Umur: 23 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Menyertai Lazio dari Genk pada 2015, pemain tengah serba boleh dan mencipta rekod cemerlang pada musim 2017-2018.

Menjaringkan 15 gol ketika skuad kendalian Simone Inzaghi terlepas slot ke pentas Liga Juara-Juara.

8. Trent Alexander-Arnold
  • Negara: England
  • Kelab: Liverpool
  • Umur: 19 tahun
8 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Piala Dunia 2018

Pemain muda Liverpool itu diserapkan dalam skuad utama dan menggantikan posisi Nathaniel Clyne yang mengalami kecederaan panjang.

Melakukan 33 penampilan termasuk 12 dalam aksi Liga Juara-Juara.

132 peminat fanatik dilarang ke Rusia

Sementara itu, Polis Metropolitan Scotland Yard London telah mengarahkan 132 peminat fanatik bola sepak negara itu agar menyerahkan pasport masing-masing, kerana berdepan larangan ke Rusia untuk menonton Piala Dunia 2018, lapor agensi berita Xinhua.

Warga London yang disabitkan dengan kesalahan berkaitan bola sepak tertakluk kepada peraturan tidak dibenarkan ke luar negara untuk menyokong pasukan England.

Jika gagal menyerahkan pasport, mereka bakal berdepan tindakan dan ditahan polis.

Bagi memudahkan urusan penyerahan dan pengumpulan pasport, pegawai polis akan ditempatkan di balai polis seluruh London.

Di samping itu, polis juga akan ditugaskan di Lapangan Terbang Heathrow untuk memantau.

Kira-kira 10,000 peminat England dijangka berlepas ke Rusia bagi menyaksikan Piala Dunia yang dijadual bermula 14 Jun.

Pihak berkuasa Rusia turut memperketatkan kawalan untuk memastikan kejadian tidak diingini berulang membabitkan peminat Rusia dan Inggeris seperti mana yang berlaku di Marseilles pada kejohanan Euro 2016.

BINTANG TERSOHOR TAPI TIDAK BERJAYA MASUK KE PIALA DUNIA 2018

Sementara itu, laman web Sportmails telah menyenaraikan nama-nama pemain hebat yang malangnya tidak akan menyertai Piala Dunia di Rusia pada musim panas ini.
  1. Jan Oblak (Atletico Madrid dan Slovenia)
  2. Antonio Valencia (Manchester United dan Ecuador)
  3. Virgil van Dijk (Liverpool dan Belanda)
  4. Leonardo Bonucci (AC Milan dan Itali)
  5. David Alaba (Bayern Munich dan Austria)
  6. Riyad Mahrez (Leicester dan Algeria)
  7. Marco Verratti (Paris Saint-Germain dan Itali)
  8. Leroy Sane (Manchester City dan Jerman)
  9. Gareth Bale (Real Madrid dan Wales)
  10. Karim Benzema (Real Madrid dan Perancis)
  11. Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal dan Gabon)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar | astroawani

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon