Friday, May 04, 2018

Sejarah Bagaimana Bidaah Menghancurkan Umat Islam

Sejarah Bagaimana Bidaah Menghancurkan Umat Islam

Dalam kitab Hadis 40 Imam Nawawi, Nabi SAW memberi amaran tentang bahaya bidaah, amaran yang diberi dalam konteks Nabi suruh 'gigit' Sunnahnya dan Sunnah Khulafa Rashidun dengan gigi geraham, tetapi tahukah anda ‘tragic ending’ sejarah Khulafa Rashidun?

Sejarah Bagaimana Bidaah Menghancurkan Umat Islam

Untuk kenal bahaya bidaah, kita kena tanya apakah yang menjatuhkan kegemilangan Khulafa Rashidun.

Dalam masa 13 tahun sahaja sejak Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah yang pertama, Khulafa Rashidun berjaya menakluk dunia Timur dan Barat.

Seluruh empayar Parsi dan kota-kota besar empayar Rom seperti Mesir dan Palestin jatuh ke tangan Khulafa Rashidun!

Bukan sekadar menguasai darat, Khulafa Rashidun di bawah Saidina Uthman juga berjaya menguasai laut.

Orang Arab memang tak terfikir bahawa mereka akan menewaskan tentera Rom di laut.

Orang Arab selama ini hanya berperang di darat. Tak pernah di laut.

Bagaimana mungkin tewaskan tentera laut Rom yang begitu berpengalaman? Unsangkarable!

Nampaknya tiada kuasa dunia bukan Muslim yang mampu bersaing dengan kewibawaan Khulafa Rashidun yang hanya sekelip mata menjadi Kuasa Dunia Nombor Satu.

Order Baru Dunia adalah di bawah genggaman Khulafa Rashidun.

Tetapi, Khulafa Rashidun berakhir dengan tragis bila Saidina Uthman dipancung kepala dan Saidina Ali ditikam mati.

Yang lebih tragis ialah umat Muslim saling bunuh-membunuh.

Punca kepada perpecahan umat Islam ketika itu bukan kerana cabaran Kristianisasi, liberalisme atau LGBT.

Umat Muslim pada zaman Nabi SAW dan Khulafa Rashidun sudah biasa menewaskan musuh yang jumlahnya dua, tiga, empat kali ganda lebih daripada mujahidin.

Bukan musuh Islam yang menghancurkan Khulafa Rashidun tapi musuh dalaman yang menyebarkan bidaah.

Apakah itu bidaah?

Kebanyakan agamawan melihat isu bidaah dari segi ibadah. Kita pula melihat bidaah dari segi politik kerana hadis Nabi SAW mengaitkan bidaah dengan Sunnah Khulafa Rashidun.

Konsep khulafa di sini jelas mengaitkan bidaah dengan politik.

Pembunuhan Saidina Uthman adalah konspirasi politik yang difitnah mengamalkan kronisme melantik saudara-maranya menjawat jawatan tinggi dalam pemerintahannya.

Khilafah Uthman juga difitnah tidak berlaku adil dalam polisi tanah di Iraq.

Kedua-dua dakwaan ini menguatkan semangat ‘jihad’ membunuh Saidina Uthman yang kononnya khalifah yang menzalimi rakyat.

Akhirnya, golongan ‘mujahidin’ ini menceroboh masuk ke rumah Saidina Uthman dan memancung kepalanya.

Saidina Uthman langsung tidak menyediakan tentera untuk berperang dengan pemberontak-pemberontak Muslimin ini.

Inilah pengorbanan demokrasi yang paling bersejarah.

Saidina Uthman begitu menghormati suara rakyat sehingga mengorbankan nyawa dirinya.

Biar seorang pemimpin mati daripada ribuan rakyat yang menderita akibat perang saudara.

Inilah logik demokrasi Saidina Uthman.

Apakah ada pemimpin Muslim yang berkuasa sanggup menggigit sunnah mengorbankan diri demi maslahat rakyat?

Bidaahnya ialah perang saudara.

Bidaahnya ialah bila pemimpin lebih mengutamakan dirinya atas maslahat rakyat.

Bidaahnya ialah bila rakyat sudah buta kemanusiaan sampai sanggup memancung kepala seorang tua berumur 80-an.

Bila Uthman telah dibunuh, musuh-musuh dalaman beralih kepada strategi menggunakan nama agama untuk membunuh Saidina Ali.

Tokoh-tokoh agamawan mengkafirkan Saidina Ali dengan menuduh beliau tidak melaksanakan hukuman hudud ke atas pembunuh-pembunuh Uthman.

Agamawan ini melaungkan slogan "Tiada Hukum Kecuali Hukum ALLAH".

Akhirnya mereka bertakbir atas pembunuhan Saidina Ali.

Bidaahnya ialah taksub kepada tokoh agamawan mereka sampai mereka menganggap jemaah mereka adalah Islam dan Islam adalah jemaah mereka.

Barang siapa menentang mereka bererti menentang Islam, lalu menjadi kafir.

Liberalisme, Kristianisasi, LGBT adalah jelas cabaran asing.

Tapi cabaran yang lebih besar ialah bidaah politik dalam kalangan pemimpin dan agamawan kerana ancaman ini tersembunyi, kabur dan nampak seolah-olah ‘Islamik’.

Duri dalam selimut jauh lebih bahaya.

Lebih bahaya lagi bila duri dibalut dengan janji syurga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Thursday, May 03, 2018

Apa Sebenarnya Keistimewaan Gelaran Dato'

Apa Sebenarnya Keistimewaan Gelaran Dato'

Di Malaysia, terlalu banyak gelaran seperti Dato', Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk di berikan kepada individu tertentu yang banyak berjasa kepada negara sama ada dalam bidang politik, sukan, hiburan, akademik mahupun ekonomi.

Apa Sebenarnya Keistimewaan Gelaran Dato'
Gambar hiasan.

Dunia hiburan turut tidak terkecuali, semakin ramai selebriti yang diberi pengiktirafan ini termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Datuk Sharifah Aini, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Michelle Yeoh, Datuk Yusof Haslam, Datuk M Daud Kilau, Datuk DJ Dave dan Datuk AC Mizal.

Menariknya, bukan sahaja selebriti di negara kita, malah pengurniaan ini turut diberikan kepada selebriti antarabangsa termasuk Datuk Shah Rukh Khan dan Datuk Rossa,

Tidak kiralah pengurniaan berkenaan dari negeri mana sekali pun, gelaran itu pastinya memberi semangat kepada mereka untuk lebih berjaya lagi.

Berbicara mengenai pengurniaan kepada golongan selebriti, teringat akan kisah seniman terkenal yang terpaksa hidup dalam kesempitan walaupun bergelar Datuk!

Gelaran itu nyata tidak membantu dirinya untuk hidup lebih selesa malah, turut berdepan dengan golongan yang menuntut sumbangan dan bantuan sedangkan mereka sendiri turut mengharapkan belas daripada orang lain ketika terdesak untuk membeli bekalan ubat-ubatan.

Jangankan menghulurkan bantuan, malah ada di kalangan Datuk ini juga turut menerima bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Persoalannya, adakah gelaran itu hanya untuk pengiktirafan dan penghargaan semata-mata? Adakah ianya wajar diterima walaupun boleh menyebabkan diri mereka dimalukan sedemikian rupa?

Berikut merupakan pandangan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, sebagai wakil industri mengenai perkara ini.

Semakin hari, ramai golongan selebriti yang menerima anugerah dan gelaran Datuk. Apa pandangan anda?

Sejujurnya, ia adalah satu perkara yang perlu dibanggakan kerana masih ada yang nampak akan kerja-kerja individu berkenaan walaupun bergelar artis.

Bagi penerima pula, mereka harus bersyukur dengan pengiktirafan itu dan berusaha sebaik mungkin untuk lebih berjaya lagi di masa akan datang.

Adakah gelaran Datuk ini penting bagi golongan selebriti?

Sebenarnya, isu ini agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka, ia adalah pengiktirafan sesebuah kerajaan atau negeri kepada individu yang dirasakan banyak melakukan sesuatu yang istimewa untuk pihak berkenaan.

Namun, ia hanyalah satu penghormatan yang harus dihargai namun, tidak bermakna yang belum dapat penghargaan seumpama ini tidak boleh berjaya. Mereka perlu berusaha dan melakukan sesuatu perkara dengan cara yang lebih kreatif untuk berjaya.

Bagaimana pula dari segi karier? Adakah gelaran ini dapat 'membantu' golongan selebriti?

Ya, mungkin sedikit sebanyak pengiktirafan ini dapat membantu mereka dalam industri contohnya, mungkin pandangan atau saranan mereka dalam hal berkaitan industri atau kerja yang dilakukan akan dipertimbangkan.

Namun, penerima gelaran ini akan lebih dihormati tetapi, tidak bermakna mereka yang belum diberi pengiktirafan itu tidak diendahkan.

Adakah gelaran Datuk ini boleh memberikan keistimewaan kepada seseorang selebriti itu termasuk dalam mendapatkan peluang pekerjaan, tender atau projek dalam industri?

Kerja seseorang selebriti itu bukan dinilai daripada pangkat mereka malah, hal yang berkaitan kerja adalah bergantung kepada tahap profesional seseorang dan keupayaannya melakukan sesuatu.

Sebenarnya, apa-apa gelaran itu tidak membantu sekiranya kita tiada kemahiran.

Malah, penerima gelaran perlu memastikan agar hasil kerjanya tidak 'memalukan' diri sendiri dan gelaran yang diperoleh.

Mereka juga perlu bekerja lebih keras lagi agar setiap perkara yang dilakukan dapat menjaga imej serta nama baik pemberi anugerah itu.

Bagaimana pula dengan seniman yang terpaksa meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan walaupun bergelar Datuk? Adakah mereka tidak seharusnya menerima tawaran berkenaan?

Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan seniman yang bergelar Datuk terpaksa hidup dalam kesempitan.

Kita bersimpati dengan nasib dan kehidupan mereka kerana apabila sudah berusia, mereka tidak mampu untuk bekerja lagi. Hanya mengharapkan bantuan daripada anak-anak, itu pun kalau anak-anak senang.

Kalau susah juga, terpaksalah mereka hidup dalam kesederhanaan.

Namun, apa boleh buat, tiada peruntukan bulanan untuk mereka yang bergelar Datuk namun, sekiranya mereka meminta sumbangan ataupun jatuh sakit, Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia akan datang menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Pun begitu, sesiapapun tiada hak melarang mereka daripada menerima gelaran berkenaan kerana ia adalah hak peribadi.

Malah, pengurniaan itu adalah berdasarkan pengiktirafan dan pencapaian mereka kepada industri dan bidang diceburi. Mereka ada hak untuk terima ataupun tolak.

Namun, boleh katakan bahawa gelaran itu tidak menjamin kepada kehidupan yang lebih baik. Kita tidak boleh lari daripada realiti hidup di mana kehidupan ini tidak boleh harapkan gelaran semata-mata.

Gelaran ini turut mencipta kontroversi apabila ada segelintir pihak yang mempertikaikan penglibatan selebriti dalam pengurniaan. Ada juga yang mempersoalkan adakah gelaran itu diiktiraf ataupun tidak.

Sebenarnya, penghormatan itu bukan hanya dalam bidang industri semata-mata. Ada sebilangan artis yang aktif berkhidmat untuk negeri masing-masing, ada yang membuat kerja-kerja amal secara peribadi dan kerjasama dengan kerabat diraja.

Jadi, kita sendiri tak tahu dan tidak nampak apakah keistimewaan yang mereka lakukan untuk pihak berkenaan.

Usahlah kita pertikai di mana, bagaimana dan siapa yang memberi kerana ia dilihat lebih menjurus kepada masalah hati. Jasa yang mereka lakukan mungkin tidak kita ketahui dan belajarlah untuk terima kejayaan orang lain.

Ada baiknya jika ia dilihat sebagai rezeki masing-masing. Mungkin suatu hari nanti, kita akan menerima gelaran ini atas usaha kita sendiri.

Siapa tahu kan? Tidak kiralah ia diiktiraf mahupun tidak, kita perlu memandangnya dari sudut positif. Setiap kerja yang dilakukan pasti ada imbuhannya dan kita perlu menerimanya atas nama rezeki.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Jasmine, Gadis Yang Menjual Dara Jatuh Cinta Dengan Pembeli!

Jasmine, Gadis Yang Menjual Dara Jatuh Cinta Dengan Pembeli!

Seorang gadis yang menggadai daranya pada harga RM5.4 juta semata-mata kerana mahu melancong dan membuka perniagaan sendiri, mengaku telah jatuh cinta kepada lelaki yang membelinya itu.

Jasmine, Gadis Yang Menjual Dara Jatuh Cinta Dengan Pembeli!

Jasmine, 20, dari Paris, Perancis pada mulanya mahu mengekalkan daranya sehinggalah dia berkahwin namun memutuskan untuk menerima tawaran tersebut kerana ditawarkan wang yang banyak.

Daranya dijual kepada seorang pakar perbankan Wall Street yang sudah berusia tapi bijak dan berjaya dari New York, Amerika Syarikat (AS).

Lelaki itu menewaskan pesaingnya dari Los Angeles, AS dan taikun hartanah dari Munich, Jerman.

Selepas melalui pengalaman seks itu, Jasmine berkata dia tidak menyesal dan kedua-duanya mula berdating serta menjalinkan hubungan romantik.

“Saya gembira kerana telah menjual dara saya dan bertemu dengan pelanggan saya.

"Saya sedikit gementar tapi akhirnya saya sukakan dia.

"Dia seorang yang budiman dan menjaga saya.

“Terlalu awal untuk bercakap mengenai cinta.

"Kami sukakan satu sama lain dan kita lihat sahaja apa yang akan berlaku,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



sumber: mynewshub

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

Menurut kajian terbaharu yang diterbitkan di dalam jurnal akademik Frontiers in Psychology, cara anda menyediakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum menjamu selera memainkan peranan penting terhadap kesihatan mental.

Para penyelidik dari Universiti Otago, New Zealand mendapati bahawa individu yang makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mentah, kurang mengalami masalah kemurungan, akan sentiasa berada dalam mood yang positif, serta mempunyai kepuasan hidup yang lebih besar.

Kajian terbaharu ini menunjukkan kelebihan mengambil buah-buahan dan sayuran ini secara mentah.

10 makanan mentah yang boleh membantu kesihatan mental adalah:

1. Lobak

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

2. Pisang

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

3. Epal

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

4. Sayuran Berdaun Gelap Seperti Bayam

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

5. Limau Gedang (Grapefruit)

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

6. Daun Salad (Lettuce)

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

7. Buah-Buahan Sitrus

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

8. Beri Segar

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

9. Timun

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

10. Buah Kiwi

10 Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesihatan Mental

Kata kuncinya di sini adalah ‘mentah’

Para pengkaji juga mendapati bahawa orang yang lebih suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diproses (dimasak atau dalam tin), menampilkan mood yang positif, namun tidak mengurangkan kemurungan atau memberikan kepuasan hidup.

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana mereka mendapat kesimpulan berkenaan.

Pertama sekali, para penyelidik ini melakukan kaji selidik ke atas 422 orang dewasa yang yang terdiri daripada warga Amerika Syarikat dan New Zealand.

Penyelidik kemudiannya meminta para peserta memberikan maklumat pemakanan mereka yang melibatkan buah dan sayuran mentah, dan juga yang telah diproses.

Para peserta juga diminta untuk mengisi skala yang mengukur positif dan negatif kesihatan mental mereka.

Malah, mereka juga diminta untuk melaporkan gaya hidup serta informasi demografik mereka seperti status sosio-ekonomi, aktiviti sukan, tabiat merokok, indeks jisim badan (BMI) dan penggunaan alkohol kepada penyelidik.

Dengan menggunakan model statistik canggih yang membezakan gaya hidup dan perbezaan demografi antara responden, penyelidik berjaya mengasingkan kesan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran terhadap kesihatan mental.

Menariknya, kajian tersebut mendapati bahawa pengambilan buah dan sayuran yang mentah menyaksikan pengurangan kepada gejala kemurungan, mood yang lebih positif, dan kepuasan hidup.

Manakala, kajian tersebut juga memutuskan bahawa pengambilan buah dan sayuran yang telah diproses hanya menjadikan mood seseorang itu lebih positif.

Bagaimanapun, ini bukan bermaksud pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diproses akan membawa kemudaratan kepada diri, sebaliknya, ianya tidak memperikan impak yang banyak kepada kesihatan mental seperti yang diberikan buah dan sayuran mentah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Undi Adalah Rahsia, Jangan Ragu-ragu Memangkah

Undi Adalah Rahsia, Jangan Ragu-ragu Memangkah

Hari ini saya nak ceritakan sikit pasal isu yang tersebar luas mengenai kebimbangan segelintir pengundi yang mengatakan kononnya parti memerintah boleh tahu kita undi siapa.

Undi Adalah Rahsia

Alasan mereka berkata begitu berdasarkan kepada catatan nombor siri pada kertas undi kita dan kononnya kertas itu akan disemak oleh pihak tertentu untuk mengetahui siapa yang kita undi.

Sebenarnya, sangkaan mereka itu tidak benar sama sekali. Bukan perkara mudah untuk mana-mana parti, terutama parti pemerintah nak buat semakan satu persatu kertas undi semata-mata nak tahu siapa yang kita pangkah.

Memang betul kertas undi ada nombor siri, tetapi nombor itu tidak boleh disamakan dengan siri nombor kita yang ada dalam senarai nama pengundi berdaftar.

Pada hari mengundi, semua kerani mengundi ditempatkan dalam satu bilik khas yang disediakan. Kerusi meja diatur mengikut peraturan ditetapkan SPR dan di meja itu sekurang-kurang ada tiga kerani.

Seorang kerani tugasnya menyemak nombor mykad pengundi. Kemudian kerani itu baca nama dan nombor mykad pengundi yang tersenarai dalam buku senarai pendaftar.

Selepas nama dan nombor mykad kita disahkan betul, kerani kedua akan memeriksa jari kita. Jika jari kita bersih, tidak ada apa-apa kesan atau tanda berbentuk dakwat atau apa-apa warna, dia celupkan jari kita ke dalam botol dakwat.

Kemudian, kita diarahkan pergi ke meja kerani ketiga.

Di sini, selepas kerani ketiga melihat jari kita sudah terpalit dakwat, lalu diberikan kepada kita dua kertas undi. Satu kertas undi untuk Parlimen dan satu lagi kertas undi untuk DUN.

Kerani ini memberikan kepada kita kertas undi kosong. Dia memerhati saja kita berlalu masuk ke ruang yang disediakan SPR untuk kita memangkah calon mana yang kita nak. Kerani ini tidak akan mencatatkan apa-apa lagi selepas itu.

Dan hanya seorang kerani sahaja dibenarkan memegang pen atau pensil, iaitu kerani pertama yang menyemak nama dan nombor mykad kita.

Dua lagi kerani iaitu bahagian mencelup jari kita dalam botol dakwat dan yang memberikan kertas undi tidak dibenarkan sama sekali memegang sebarang objek menyerupai pen atau pensil.

Tugas kita sebagai pengundi selepas menerima dua kertas undi itu ialah memangkah (X).

Di meja yang disediakan tempat kita memangkah itu disediakan pensil yang diikat dengan tali. Maknanya pensil itu tidak boleh dibawa keluar atau dimasukkan dalam poket kita.

Memangkah pula ada sistem dan kaedahnya. Setiap pengundi mesti memangkah calon yang kita nak dalam kotak empat segi yang tercetak pada kertas undi itu.

Kalau kita terlebih pangkah sehingga terkeluar dari kotak itu, undi kita dianggap rosak dan masa membilang undi nanti kertas undi itu akan ditunjukkan kepada ejen parti masing-masing untuk disahkan sebagai rosak (undi rosak).

Dalam bilik khas itu juga SPR menyediakan meja untuk wakil dari setiap parti bertanding melihat dan mengemukakan bantahan kepada Ketua SPR yang bertugas pada saluran itu jika berlaku sebarang pelanggaran protokol mengundi.

Pendek kata, proses mengundi ini sangat ketat dan bersistematik. Itu undang-undang yang disediakan sejak dahulu hingga kini. Tidak kira siapa Perdana Menteri atau Pengerusi SPR, itulah sistem yang dijalankan.

Pada saya, undi tetap rahsia dan cerita yag tular mengatakan undi bukan rahsia adalah cerita yang sengaja disebarkan untuk menakut-nakutkan pengundi sahaja.

Untuk itu, kami juga nak berpesan kepada pengundi, kalau tiba-tiba kertas undi yang anda dapat itu ada tanda-tanda diceroboh, seperti terdapat kesan titik dalam kotak calon-calon yang perlu anda pangkah, anda perlu melaporkan segera kepada Pegawai SPR yang bertugas di saluran itu.

Ini kerana, mana-mana kertas undi yang ada tanda seperti itu akan dianggap tidak sah dan anda boleh minta tukar kertas undi baharu dari Pegawai SPR berkenaan.

Jika anda dapat kertas undi yang benar-benar bersih dari sebarang tanda dari pen atau pensil, baharulah anda boleh memangkah calon yang anda hendak.

Itulah sedikit sebanyak proses mengundi berdasarkan pengalaman sebagai pengundi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiagazette

Wednesday, May 02, 2018

Bongkah Batu Jingshan Diiktiraf Gunung Paling Rendah Di Dunia

Bongkah Batu Jingshan Diiktiraf Gunung Paling Rendah Di Dunia

Gunung Jingshan kelihatan tidak ubah seperti seketul batu besar biasa yang terletak di tengah-tengah padang terbiar dan tidak mempunyai apa-apa daya tarikan untuk tatapan pelancong.

Bongkah Batu Jingshan Diiktiraf Gunung Paling Rendah Di Dunia

Bagaimanapun, keunikan dan tarikan yang terdapat pada Gunung Jingshan tersebut adalah kerana ia merupakan satu-satunya objek seperti gunung yang terdapat di Shouguang.

Puncak gunung

Secara tidak langsung, Gunung Jingshan menjadi simbol popular di Shouguang sehingga berjaya menarik pelancong untuk melawatinya.

Menurut sumber masyarakat tempatan, batu besar itu telah wujud sejak ratusan tahun lalu dan tidak pernah dialihkan.

Walaupun bentuk gunung itu dilihat sekadar menyerupai seketul batu besar, namun dikatakan bahawa bahagian atas batu tersebut merupakan puncak gunung yang telah tenggelam ditelan bumi akibat bencana alam yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu.

“Bahagian atas batu ini merupakan sebahagian kecil puncak gunung yang telah tenggelam di bawah tanah,” ujar Zheng Binhai, kurator muzium Shouguang Bo.

Ditanya tentang saiz sebenar Gunung Jingshan, Binhai bagaimanapun sukar untuk memberikan jawapan kerana tiada pihak yang pernah menjalankan kajian terperinci untuk membongkar kisah tentang batu tersebut.

Bagaimanapun, Binhai memberitahu, terdapat beberapa pihak pernah cuba untuk menggali batu tersebut untuk merungkai misteri batu itu yang dikatakan sebahagian daripada puncak gunung.

Ketika zaman pemerintahan Mao Zedong, ketua parti Komunis itu juga pernah mengarahkan seseorang untuk ditugaskan menggali batu itu bagi membuktikan bahawa ia sebenarnya bukanlah gunung seperti yang digembar-gemburkan tetapi hanyalah seketul batu bersaiz besar.

Usaha tersebut bagaimanapun dihentikan selepas kerja-kerja menggali dilakukan sedalam beberapa meter kerana tidak menemui apa-apa petunjuk yang menggambarkan batu tersebut adalah bahagian puncak gunung.

Pada tahun 1958, terdapat seorang individu juga cuba menggali batu tersebut bagi membuktikan kewujudan gunung yang didakwa tenggelam ditelan bumi, namun gagal.

Tarikan pelancong

Bongkah Batu Jingshan Diiktiraf Gunung Paling Rendah Di Dunia

Menurut laporan China.org, Gunung Jingshan mempunyai ketinggian mencecah 48 meter dan sebahagian besar struktur gunung tersebut berada di dalam perut bumi.

Namun begitu, batu misteri tersebut tetap dianggap sebagai gunung meskipun ia cuma memiliki ketinggia 0.6 meter dengan panjang 1.24 meter dan lebar 0.7 meter.

Lebih menarik, pendaki yang ingin memanjat gunung tersebut cuma memerlukan satu langkah sahaja untuk sampai ke puncak.

Bagi mengiktiraf keunikan Gunung Jingshan sebagai salah satu tarikan pelancongan, pihak berkuasa Shouguang telah menguatkuasakan larangan untuk melakukan sebarang kerja menggali di sekeliling batu tersebut termasuk larangan untuk membina apa jua struktur berdekatan dengannya.

“Tindakan itu demi untuk menjaga bentuk dan keaslian Gunung Jingshan daripada rosak selepas banyak pihak cuba membuktikan kewujudan gunung itu,” kata Binhai.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan gunung terendah di dunia itu telah tular di media sosial dan menarik perhatian ramai pelancong untuk mengunjunginya.

Bongkah batu setinggi 0.6 meter diiktiraf sebagai gunung paling rendah di dunia selepas didakwa ia sebenarnya sebahagian puncak Gunung Jingshan yang tenggelam ditelan bumi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Bahaya Tidur Berbantalkan Lengan, Anda Mungkin Akan Cacat Seumur Hidup!

Bahaya Tidur Berbantalkan Lengan, Anda Mungkin Akan Cacat Seumur Hidup!

Mungkin ada yang pernah berasa begitu letih terutamanya di pejabat sehingga terpaksa tidur berbantalkan lengan yang diletakkan di atas meja? Ramai yang pernah melakukannya, tetapi tidur seperti ini setiap hari untuk jangka masa yang panjang boleh membawa kesan negatif, seperti yang dialami seorang wanita di China.

Tidur berbantal lengan

Zhang, 28, seorang pekerja pejabat di Harbin, China, selalu tidur di meja ketika waktu rehat selama satu jam, yang mana lengan kirinya dijadikan bantal.

Akibatnya jari Zhang sering sakit dan berasa kebas apabila dia terjaga, tetapi dia mengabaikannya sehinggalah kejadian tiga bulan lalu.

Ketika bangun dari tidur, lengan kirinya berasa sangat kebas.

Dia pernah merasai rasa kebas yang sama sebelum ini, tetapi biasanya akan hilang selepas beberapa minit.

Tetapi kali ini rasa kebas itu tidak hilang dan dia mula mengalami masalah dalam melakukan tugas seperti sukar mengambil objek, jadi dia pergi berjumpa doktor.

Walaupun Zhang mengesyaki ada sesuatu tidak kena pada tangannya, dia tidak pernah terfikir apa dialaminya itu memerlukan pembedahan dan langsung tidak menyangka ia ada kaitan dengan amalan tidur di meja setiap hari.

Kini baru dia tahu bahawa merehatkan kepala di atas lengan boleh menyebabkan kerosakan teruk pada saraf radial, yang mengawal pergerakan pergelangan tangan dan jari.

Gejala-gejala yang dialami oleh Zhang biasanya boleh dirawat dengan senaman fizikal khas, tetapi kerana dia sudah lama mengabaikannya dan terus memberikan tekanan pada saraf radialnya, ia menjadi sangat teruk.

Justeru, pembedahan adalah satu-satunya pilihan untuk memulihkan lengan kirinya.

Doktor memberi amaran bahaya penggunkan lengan sebagai bantal ketika tidur atau melelapkan mata seketika.

Ini terutama jika dilakukan untuk jangka waktu yang lama, kerana ia juga akan memberikan tekanan kepada mata, mengehadkan aliran darah ke otak, malah mempengaruhi sistem pencernaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Putus Cinta Kerana Gemuk, Gadis Ini Tunjuk Cara Kurus Tanpa Suplemen!

Putus Cinta Kerana Gemuk, Gadis Ini Tunjuk Cara Kurus Tanpa Suplemen!

Harapkan hubungan kekal sehingga ke jinjang pelamin, rupanya cinta terputus di tengah jalan apabila ditinggalkan kekasih hati dan inilah yang berlaku kepada seorang gadis di Selangor apabila dia ditinggalkan kekasih hatinya gara-gara fizikalnya yang dikatakan ‘gemuk’.

Putus Cinta Kerana Gemuk, Gadis Ini Tunjuk Cara Kurus Tanpa Suplemen!

Namun, perubahan positif pada fizikal yang ditonjolkannya setelah ditinggalkan kekasih telah menarik perhatian ramai netizen di laman sosial.

Raden Zaharatul telah berkongsi kisah pahitnya itu di akaun twitternya, @RadenZaharatul.

Berat badan Raden ketika itu ialah 63 kilogram serta mukanya dipenuhi jerawat sehingga digelar ‘gajah’ dan ‘jalan tar’ oleh teman lelakinya sebelum memutuskan untuk meninggalkannya.

Raden lantas berazam untuk melakukan perubahan pada dirinya.

Dia berkongsi tip dengan melakukan senaman sit up sebanyak 30 kali pada setiap hari serta
perbanyakkan minum air masak.

Raden juga mengaku tidak memakai produk atau melakukan rawatan apa pun pada wajahnya.

Usaha kerasnya ternyata membuahkan hasil apabila dia berjaya menurunkan berat sehingga mencapai 58 kilogram.

Tubuhnya kini kelihatan langsing serta kulit wajahnya menjadi semakin licin.

Di laman twitternya, Raden turut memberi nasihat buat wanita di luar sana, “If bf korang tinggalkan korang, improve diri korang jadi lebih baik. Jangan sedih2 okay”.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Tuesday, May 01, 2018

Kenapa Albert Einstein Menolak Tawaran Sebagai Presiden Israel?

Kenapa Albert Einstein Menolak Tawaran Sebagai Presiden Israel?

Presiden Israel yang pertama dari tahun 1949 hingga 1952, Chaim Weizmann berkata bahawa Albert Einstein adalah "orang Yahudi paling hebat" yang hidup pada ketika itu dan apabila Chaim menghembuskan nafas terakhir pada 9 November 1952, hanya satu pengganti sahaja yang dilihat sebagai orang yang paling sesuai.

Kenapa Albert Einstein Menolak Tawaran Sebagai Presiden Israel?

Sebagai ahli fizik yang memenangi Hadiah Nobel dan pencipta formula yang paling terkenal di dunia, Albert Einstein mempunyai resume yang sangat mengagumkan.

Oleh itu, pada 17 November 1952, kedutaan Israel telah menghantar surat kepada Albert Einstein, secara rasminya menawarkan jawatan presiden Israel kepada beliau.

Dalam surat tersebut memberitahu bahawa jika jawatan itu diterima dan Albert Einstein berpindah ke Israel, beliau tidak perlu risau jawatan tersebut akan mengganggu kerja-kerja sains yang dilakukannya, kerana ia hanyalah jawatan presiden.

"Perdana Menteri memberi jaminan kepada saya bahawa dalam keadaan sedemikian kemudahan dan kebebasan untuk meneruskan kerja saintifik anda akan diberikan oleh kerajaan dan orang-orang yang sedar kepentingan yang besar dari hasil usahamu," tulis Abba Ebban, seorang diplomat Israel.

Dan walaupun Albert Einstein agak berusia pada ketika itu, iaitu 73 tahun, namun beliau masih menjadi pilihan popular.

Salah satu sebabnya adalah, sebagai seorang profesor kelahiran Jerman yang mendapat tempat perlindungan di Amerika ketika Hitler bangkit untuk berkuasa, Albert Einstein telah lama menjadi penasihat untuk penubuhan tempat perlindungan tanpa penganiayaan bagi orang-orang Yahudi.

Selain itu, sifat kepimpinan Einstein dalam menubuhkan Universiti Ibrani Jerusalem menunjukkan bahawa beliau mungkin menjadi calon yang layak dan penyokongnya menganggap kepakaran matematiknya sangat berguna dalam mengembangkan Israel.

"Albert Einstein mungkin mampu menggunakan ilmu matematiknya membantu ekonomi Israel dan memperbaiki segalanya," jelas seorang ahli statistik kepada majalah TIME.

Kenapa Albert Einstein Menolak Tawaran Sebagai Presiden Israel?

Walau bagaimanapun, Albert Einstein telah menolak tawaran ini yang mendesak bahawa lelaki yang namanya sinonim dengan perkataan "genius" adalah tidak layak.

Beliau juga menyebut bahawa usianya yang tua dan kurang berpengalaman sebagai sebab mengapa beliau bukanlah pilihan yang tepat.

"Sepanjang hidup, saya menangani dan menyelesaikan hal-hal yang objektif, oleh itu saya tidak mempunyai kebolehan semulajadi dan pengalaman untuk berurusan dengan orang dengan baik dan melaksanakan fungsi rasmi," tulis Albert Einstein.

Walaupun Albert Einstein sangat tegas dengan keputusannya, beliau berharap ia tidak menjejaskan hubungannya dengan masyarakat Yahudi, hubungan yang mana beliau katakan adalah "ikatan manusia paling kuat" bagi dirinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

6 Jenis Facebook Ads Pengiklan Wajib Tahu

6 Jenis Facebook Ads Pengiklan Wajib Tahu

Jika anda sudah biasa dengan facebook ads anda akan perasan terdapat pelbagai objektif yang facebook sediakan sebelum mulakan iklan. Persoalannya mana satu objektif yang perlu digunakan? Yang mana lagi sesuai untuk anda?

6 Jenis Facebook Ads Pengiklan Wajib Tahu

Di dalam artikel ini kami akan kongsikan 6 jenis Objektif yang sering digunakan dan kesesuaiannya dalam membuat iklan.

1. Brand Awareness

Untuk objektif ini Facebook akan cuba optimizekan untuk mencari orang yang akan meluangkan masa untuk melihat dan membaca sesuatu iklan.

End goal untuk objektif ini adalah supaya orang ingat kepada brand kita.

Facebook akan kenakan charge per impression untuk objektif ini.

Objektif jenis ini sesuai untuk target Cold traffic disebabkan cost per impression adalah lebih rendah berbanding menggunakan objective jenis Post page Engagement (PPE)

2. Engagement

Untuk objektif ini Facebook akan cuba untuk optimize kepada mereka yang suka engage (LIKE, COMMENT & SHARE) di dalam facebook.

Facebook akan kenakan charge per impressions.

Objektif ini sesuai digunakan untuk iklan jenis Hard Sell.

Tidak digalakkan digunakan untuk mempekenalkan jenama anda.

3. Reach

Facebook akan cuba optimize kepada seberapa ramai orang yang akan nampak iklan kita.

Kelebihan lain objektif ini ialah anda boleh adjust berapa ramai orang yang anda hendak nampak iklan anda.

Anda akan dikenakan charge per impression.

Boleh adjust frequency (Frequency Capping).

Biasanya digunakan untuk audience yang dah kenal kita (Warm atau Hot Traffic).

Sesuai digunakan juga untuk localize marketing (contohnya seperti kedai makan di Bangi, anda boleh target mereka yang ada di kawasan Bangi).

4. Traffic

Untuk objektif ini Facebook akan fokus kepada orang yang biasa klik LINK di dalam Facebook.

Contoh link adalah seperti Link ke Instant Article, Link ke website, Link ke Messenger dan link ke Canvas.

Tujuan objektif ini adalah untuk target prospek untuk masuk ke website, messenger atau canvas.

Anda akan dikenakan Charge per impression (default) atau boleh pilih klik pada link yang dipaparkan.

Sesuai digunakan untuk iklan jenis Retargeting.

5. Video

Facebook akan optimize kepada mereka yang suka melihat video di dalam facebook.

Anda akan dikenakan charge per impression (default) atau boleh pilih kepada charge 10 saat video yang dilihat.

Jika video adalah kurang dari 10 saat, maka facebook akan charge 97% masa video dilihat.

6. Conversion

Objektif ini khas untuk mereka yang mempunyai website.

Penggunaan pixel adalah penting kerana anda perlu pasang Pixel tersebut di dalam website.

Yang menariknya objektif ini anda boleh minta facebook untuk optimize kepada mereka yang sudah pernah beli, opt-in di dalam website anda.

Charge yang dikenakan adalah per impression.

Sesuai digunakan untuk iklan jenis retargeting.

Kesimpulan

Diharap dengan perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pencerahan berkaitan dengan Objektif yang ada di dalam Facebook Ads.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: firdausazizi