Friday, August 25, 2017

Panduan Menjual Dengan Mudah di Facebook Tanpa Perlu Pengiklanan FB Ads!


Jika anda menggunakan Facebook untuk mempromosi dan menjual produk atau perkhidmatan, Ebook 'Rahsia Pemasaran Facebook' ini sangat penting untuk anda miliki dan baca sekarang juga!

Menjual di Facebook

Cuba anda jawab pertanyaan ini, berapa ramai penjual di Facebook hari ini yang berjaya membuat jualan, serta bertahan dengan bisnes yang mereka bina?

Pernahkah anda melihat kawan atau pesaing mendapat banyak jualan di Facebook dan hasil keuntungan tersebut mereka selalu post di Wall Facebook mereka?

Sehinggalah pada satu hari, anda sudah tidak tahan dan bertanya kepadanya, berapa bajet mereka belanjakan untuk Facebook Ads sehari.

Dan jawapan yang paling mengejutkan adalah, "Saya tak pernah buat iklan FB Ads, saya cuma guna Facebook macam biasa sahaja!"

Teruja bukan?

Hasil jualan mereka datangnya dari menggunakan Facebook tanpa iklan dan dengan beberapa post sahaja, sudah boleh collect puluhan sales!

Dan pasti ramai yang sudah mencuba cara yang sama tetapi satu sale pun tak melekat. Jadi apa sebenarnya masalahnya? Adakah ia disebabkan faktor produk? Harga? Jantina? Lokasi?

Sebelum kita bongkar rahsianya, mari kita ketahui 5 kesalahan yang orang buat apabila menjual di Facebook.

Ramai orang buat bisnes di Facebook kerana terikut-ikut orang lain.

Orang jual tudung, kita pun mahu jual tudung. Tengok orang jual kereta, kita pun mahu menjual kereta. Ini menyebabkan ramai orang menjual di Facebook tanpa ilmu.

Antara kesalahan yang sering peniaga online lakukan semasa menjual di Facebook adalah:
  • Terlalu menjual – status yang dimuat naik terlalu menjual (hard selling). Orang masuk ke dalam Facebook untuk bersosial, bukan membeli-belah.
  • Gambar tidak menarik – sudah la ambil gambar dari Internet (Google), lepas tu, post di Facebook, gambar jadi pecah-pecah. Sebab, saiz semasa download tidak sama dengan saiz semasa upload ke Facebook.
  • Jual kepada orang yang salah – kesalahan terbesar semasa menjual di Facebook adalah disebabkan menjual kepada orang yang salah. Add rakan-rakan dari sekolah rendah, menengah sehingga ke tempat kerja.
  • Friendlist terlalu sedikit – jika anda mahu menjual secara online (contohnya Facebook), anda perlu ada sekurang-kurang 1,000-2,000 orang friend sebelum menjual. Kalau tidak, anda membuang masa menjual di Facebook.
  • Orang tidak kenal – siapa nak beli dengan orang yang tidak dikenali bukan? Tengok nama, sudah sedap. Tengok profile picture, gambar kucing. Gambar kucing?! Siapa nak beli dengan kucing. Pembeli lebih selesa membeli dengan orang yang betul, bukan kucing.

Adakah itu sahaja masalahnya? Sebenarnya masalah yang sebenar adalah BRANDING atau penjenamaan!

Apa itu branding? Dan kenapa ia begitu penting sekali untuk menjual produk?

Contohnya, jika anda beli susu tepung di pasaraya besar, mungkin dalam rak yang sama, ada jenama A dan jenama B. Masing-masing mempunyai isi kandungan, formula dan khasiat yang lebih kurang sama.

Walaupun harga jenama B lebih murah tetapi anda juga akan memilih jenama A yang lebih mahal. KENAPA? Ia disebabkan anda telah kenal brand jenama A dan anda yakin terhadap jenama tersebut.

Samalah seperti kita menjual di internet atau Facebook. Kita perlu bijak men'jenama'kan diri kita sendiri.

Contohnya, jika anda seorang penjual tudung, anda tidak semestinya seorang perempuan.

Tetapi anda perlu memberitahu rakan-rakan FB anda, bahawa anda seorang pengusaha tudung profesional buktikan kepada prospek, yang anda mempunyai banyak pengetahuan dalam pelbagai jenis tudung, trend terkini, fesyen dan sebagainya. Bukan setakat upload gambar-gambar tudung sahaja.

Jika anda bijak menjenamakan diri di mata rakan-rakan FB anda, lama-kelamaan satu keyakinan dan kepercayaan telah dibina.

Pada waktu itu, anda lebih mudah untuk menjual walaupun harga anda lebih tinggi dari harga pesaing yang lain. Faham?

Tetapi, untuk membina branding juga bukan semudah yang anda sangkakan jika anda tidak tahu tekniknya.

Jadi, bagaimana ebook dibawah ini boleh membantu anda menjual dengan mudah di Facebook?

Potensi income jika anda belajar ilmu yang betul

Kenapa saya kata anda boleh mendapat hasil yang lumayan jika belajar ilmu menjual di Facebook dengan betul?

Kerana, begitu ramai orang masih lagi mencari-cari formula ‘rahsia’, teknik dan strategi untuk membantu mereka membuat jualan di Facebook.

Anda sebenarnya sedang berada ditempat yang betul untuk belajar ilmu menjual di Facebook dengan mudah.

Dengan strategi dan teknik yang betul, anda boleh menjana jualan berkali-kali ganda daripada sebelum ini (jika sebelum ini banyak kali mencuba atau langgar tembok saja).

3 Ebook Rahsia pemasaran Facebook, bagaimana menjual dengan mudah di tanpa pengiklanan (Fb Ads)!

Ebook #1 – Rahsia Pemasaran Facebook - Branding & Marketing Tanpa Kos

Tanpa pengiklanan, anda masih boleh meningkatkan sales walaupun dengan hanya menggunakan Facebook profile anda sahaja.

Dalam ebook ini, akan diterangkan prinsip serta cara menaikkan penjenamaan (branding) anda. Selepas itu, akan bincang pula bagaimana anda boleh menjalankan marketing dengan lebih berkesan.

Di dalam ebook ini, anda akan pelajari:
  • Bagaimana buat orang teruja untuk kenal dengan anda!
  • 5 perkara yang anda WAJID buat sebelum mula penjenamaan di facebook.
  • Bagaimana mahu menaikkan engagement di status Facebook anda.

Ebook #2 - Rahsia Mencari & Add Friend Yang Targeted Di Akaun FB Anda

Friend dalam akaun Facebook merupakan prospek anda oleh itu, anda perlu memastikan mereka adalah prospek yang anda cari.

Dalam ebook ini akan diterangkan step-by-step mencari friend yang targeted dan add mereka dalam akaun Facebook anda.

Di dalam ebook ini, anda akan pelajari:
  • Bagaimana cari friend yang targeted melalui fungsi search.
  • Mencari prospek berdasarkan lokasi, minat, pekerjaan dan lain-lain.
  • Tip add mereka dalam list tertentu (sesuai untuk mereka yang menjual pelbagai jenis barang berlainan).

Ebook #3 – 9 Teknik Guna Facebook Secara PRO

Semua orang adalah pengguna facebook tetapi bukan semua orang adalah pengguna 'profesional'. Jika anda ingin berniaga dalam facebook, anda perlu menjadi seorang pengguna facebook 'Pro' agar dapat bersaing dengan orang lain.

Di dalam ebook ini, anda akan pelajari:
  • Elak PM daripada 'seen' oleh prospek.
  • Mencari prospek yang sedang 'sekodeng' anda.
  • Upload gambar dan video ber'HD'.
  • Download video cara mudah.
  • Cari dan Upload gambar animasi GIF.
  • Convert Facebook profile menjadi Facebook page.
  • Formula menggabungkan (merge) 2 Facebook pages menjadi satu.
  • dan banyak lagi..

3 Kelebihan ebook Rahsia Pemasaran Facebook

Facebook FB ads

1. Cara terpantas untuk jadi lain daripada yang lain (unik)

Anda akan dibantu untuk meningkatkan kredibiliti dan personal branding di Facebook dan dengan cara ini, anda akan dilihat sebagai orang yang unik dan mudah untuk didekati.

Jangan abaikan bahagian ini kerana pelanggan membeli selepas mereka percaya dengan anda.

2. Status Facebook yang dapat meningkatkan engagement

Gunakan sekurang-kurangnya 6-9 jenis posting yang berbeza dan dapat meningkatkan engagement (Like, Share, Comment) dari masa ke semasa.

Engagement ini penting kerana pihak Facebook akan menilai adakah posting itu sangat-sangat bernilai di mata pengguna Facebook yang lain ataupun sekadar sampah.

Jika mahu pelanggan kita melihat posting status kita setiap hari, naikkan engagement di Facebook!

3. Trick yang membantu meningkatkan jualan

Percaya atau tidak, kesemua fungsi Facebook yang akan dikongsikan sangat membantu dalam menambah prospek yang berkualiti.

Kualiti di sini bermaksud bakal pelanggan yang sanggup membeli produk anda dalam niche pasaran yang anda jual.

Jangan add sebarangan orang kerana mereka tidak akan membeli sebaliknya, add mereka yang betul-betul mahu membeli produk dan servis anda sahaja.

Dapatkan ebook-ebook ini dengan segera kemudian, hadam dan terus buat. Jangan tunggu lama-lama.

Jika tidak bertindak sekarang, anda mungkin telah terlepas peluang terbaik untuk mencipta kejayaan besar perniagaan anda.

KLIK DI SINI atau BANNER untuk muat turun ebook ini.

BACA INI JUGA: Senarai Affiliate Terbaik Dan Lumayan Di Malaysia 2017

sumber: niagafb

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon