Sunday, November 10, 2019

Kisah Bank Of England Yang Pernah 'Dirompak' Pekerja Pembentung

Kisah Bank Of England Yang Pernah 'Dirompak' Pekerja Pembentung

Bank of England merupakan salah satu institusi kewangan tertua di dunia dan bertanggungjawab mengekalkan kestabilan kewangan di United Kingdom yang mana pada tahun 1734, bangunan baru Bank of England telah dibina di Threadneedle Street, London, dengan kawasan keseluruhannya seluas 3.4 ekar.

Rompak Bank of england
Bank of England.

Bangunan ikonik ini mempunyai lapan bilik bawah tanah yang tersembunyi dan dipenuhi dengan bongkah-bongkah emas dalam jumlah yang begitu banyak sekali.

Menurut The Spectator, bank itu dibina dengan keselamatan tinggi di mana dindingnya adalah 8 kaki tebal.

Bilik kebal di bank itu mempunyai kunci yang direka khas sepanjang lebih daripada satu kaki dan kini ia dilengkapi pula dengan teknologi pengecaman suara sebagai sistem keselamatan tambahan moden.

Menurut akhbar The Independent, Bank of England dikatakan menyimpan emas bernilai sebanyak £100 bilion (RM538 bilion) menjadikan Bank of England sebagai penyimpan emas kedua terbesar dunia selepas Rizab Persekutuan New York di Amerika Syarikat.

Nilai yang besar ini merangkumi 400,000 bongkah emas yang beratnya adalah lebih kurang 12kg setiap satu, dengan berat keseluruhan simpanan emas ini ialah 5,134 tan.

Kesemua bongkah emas itu perlu dibahagikan dengan betul ke seluruh lapan bilik kebal, agar beratnya tidak membuatkan bongkah emas itu tenggelam ke dalam tanah.

Bank itu amat berbangga kerana tidak pernah dirompak walaupun sekali selama 325 tahun sejarahnya beroperasi.

Walau bagaimanapun, dikhabarkan bahawa pertahanan dan kekebalan bank itu sebenarnya telahpun dipecahkan pada kurun ke-19 apabila seorang pekerja pembentungan berjaya memasuki bilik kebal emas utamanya.

Menurut laman web Bank of England, kejadian luar biasa ini adalah perkara yang amat memalukan para pengarah institusi kewangan terbesar dan amat dihormati semasa era Victoria.

Pada tahun 1836, pengarah Bank of England ketika itu telah menerima sepucuk surat tanpa nama pengirim, di mana penulis mendakwa dia mempunyai akses terus kepada emas yang disimpan dengan ketat di dalam bank itu.

Para pengarah ketika itu menganggap perkara ini adalah satu gurauan dan terus mengabaikannya begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu mereka menerima sepucuk lagi surat misteri tanpa nama pengirim.

Penulis surat itu dengan berani menawarkan untuk bertemu dengan para pengarah bank dalam masa satu jam di dalam mana-mana bilik kebal utama pilihan mereka.

Menurut laman web bank itu lagi, para pengarah agak terkejut tetapi menganggapnya mustahil bagi seseorang untuk memecah masuk ke bilik kebal tanpa diketahui mereka.

Mereka kemudian bersetuju dengan tawaran pertemuan itu dan pada satu petang, semua pengarah telah berkumpul di dalam salah sebuah bilik kebal utama seperti yang dipersetujui.

Para pengarah begitu terkejut apabila tiba waktu pertemuan yang ditetapkan, terdengar bunyi ketukan di bawah lantai bilik kebal dan seorang lelaki muncul tidak lama selepas itu.

Dia adalah seorang pekerja pembentungan yang sedang melakukan kerja membaik pulih tapak Bank of England yang terletak di Threadneedle Street itu.

Pekerja Pembentung
Gambar hiasan.

Semasa melakukan pemeriksaan rutinnya, dia secara tidak sengaja telah menemui satu longkang lama yang menghubungkan terus bahagian bawah bilik kebal utama Bank of England yang menyimpan jongkong emas itu.

Saluran longkang itu telah menyediakan titik akses yang ideal untuk memecah masuk bilik kebal utama dan ia merupakan pelanggaran keselamatan yang besar.

Para pengarah bank terkejut apabila mengetahui terdapat kelemahan besar dalam rekaan keselamatan yang mereka bina dengan teliti selama ini.

Setelah mengira stok emas mereka, pihak bank menyedari bahawa pekerja pembentungan itu tidak mengambil apa-apa dari bilik kebal itu walaupun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Sebagai penghargaan untuk kejujurannya, para pengarah bank telah memberikan hadiah £800 kepadanya (jumlah itu bersamaan dengan nilai £80,000 atau RM423,784 pada hari ini).

Hadiah itu sudah tentu mengubah kehidupan lelaki itu.

Kisah ini tetap menjadi khabar angin yang terkenal dan dipaparkan dalam laman web Bank of England kerana tiada rekod dalam arkib bank yang membuktikan cerita itu benar-benar sahih. Nama pekerja pembentungan yang jujur itu juga tidak dicatatkan.

Namun, terdapat laporan rasmi bahawa kerja-kerja pembaikan telah dijalankan oleh pihak berkuasa bandar di Threadneedle Street, berhampiran tapak Bank of England pada tahun 1836.

Kenyataan ini membuatkan kisah 'kekebalan' bank itu telah diceroboh kedengaran masuk akal.

Mungkin para pengarah bank ketika itu terlalu malu untuk menyimpan rekod rasmi mengenai kejadian itu.

Kisah ini menjadi peringatan kepada bank-bank lain di seluruh dunia bahawa dinding yang tebal tidak menjamin kekebalan sesebuah bilik kebal itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Monday, November 04, 2019

Apa Sebenarnya Skandal Watergate Yang Memusnahkan Karier Richard Nixon

Apa Sebenarnya Skandal Watergate Yang Memusnahkan Karier Richard Nixon

Dalam sejarah presiden Amerika, tidak sah jika kita tidak menyebut skandal-skandal yang menyelubungi sesetengah presidennya dan bagi yang pernah membesar pada tahun 80-an sudah pasti masak dengan skandal Iran-Contra yang melanda pentadbiran Ronald Reagan.

Skandal Watergate

Geng 90-an sudah pasti menyengih melihat kegelisahan Bill Clinton bila diasak soalan tentang hubungan sulitnya dengan Monica Lewinsky.

Tetapi, ada satu skandal yang hampir-hampir menyebabkan Richard Nixon, Presiden AS pada masa itu dipecat: Watergate.

Pada awal pagi 17 Jun 1972, sekumpulan pencuri memecah masuk ke kompleks bangunan Watergate dengan niat mencuri beberapa dokumen dan memperbetulkan alat pendengar pada talian telefon di pejabat Jawatankuasa Kebangsaan Parti Demokrat.

Tetapi, usaha mereka tidak berjaya dan semua mereka ditahan polis selepas kehadiran mereka disedari seorang pengawal keselamatan.

Mereka yang ditahan ialah tiga bekas anggota pergerakan anti-Castro dari Cuba Virgilio Gonzalez, Bernard Barker dan Eugenio Martinez. Dua lagi yang lain ialah bekas operatif CIA iaitu James McCord dan Frank Strugis.

Penangkapan lima individu ini menjadi permulaan kepada skandal Watergate namun, bagaimana kegilaan yang melanda pentadbiran Richard Nixon ini bermula?

‘Keghairahan untuk dipilih semula’

Semua ini bermula apabila Richard Nixon melancarkan kempen pemilihan semula sebagai presiden untuk penggal kedua pada tahun 1972.

Dengan Perang Vietnam masih berlangsung dan negara masih berpecah, maka bukanlah satu kejutan mengapa Nixon beria-ia mahu kembali ke Oval Office untuk penggal kedua.

Jadi, tidak hairanlah mengapa pasukan kempennya sanggup menggunakan kaedah haram termasuk mencuri dengar aktiviti parti Demokrat di pejabat mereka.

Sebulan sebelumnya, pasukan pencuri yang ditahan sebelum ini pernah memecah masuk ke Watergate untuk mencuri dokumen sulit dan memasang alat pendengar, masalahnya alat tersebut tidak berfungsi dan memaksa mereka kembali pada 17 Jun itu.

Pada awalnya, pihak berkuasa tidak tahu kumpulan pencuri ini ada kaitan dengan kumpulan kempen Nixon.

Tetapi kecurigaan mula timbul selepas mereka menemui salinan nombor telefon jawatankuasa pemilihan semula Rumah Putih kepunyaan salah seorang pencuri.

Pada Ogos tahun sama, dalam satu ucapannya kepada khalayak awam, Nixon bersumpah bahawa beliau dan pasukan kempennya tiada kaitan dengan pencuri-pencuri itu.

Di sebalik lebih banyak pendedahan termasuk dari mana wang yang digunakan pencuri-pencuri ini semasa ditahan, tidak menghalang beliau meraih kemenangan besar mengalahkan calon Demokrat George McGovern.

Konspirasi

Tetapi selepas dipilih, ia turut menandakan permulaan konspirasi untuk menjauhkan pihak berkuasa dari menyiasat Nixon.

Misalnya, wang yang dimiliki para pencuri lebih $2,000 semasa ditahan dan bila disiasat dari mana punca wang tersebut, ia datang dari jawatankuasa pemilihan semula Nixon membabitkan bendahari Hugh Sloan, pengarah kewangan Maurice Stans dan timbalan pengarah Jeb Magrunder.

Semasa disoal siasat pihak berkuasa, Sloan mendedahkan wang tersebut disalurkan kepada G. Gordon Liddy, individu yang bertanggungjawab mengatur pencuri-pencuri ini masuk ke kompleks Watergate.

Apabila pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengesyaki wujud konspirasi lebih besar di sebalik semua ini, Richard Nixon melalui ketua stafnya H.R Haldeman cuba menghalang siasatan ke atas asal-usul dana yang digunakan untuk aktiviti pecah masuk itu.

Beliau juga tidak teragak-agak mempergunakan pemangku pengarah biro L. Patrick Gray untuk memperlahankan siasatan mereka ke atas insiden berkenaan.

Keadaan ini nyata mengecewakan seorang pegawai tinggi biro bernama Mark Felt dan beliau secara senyap-senyap mula membocorkan maklumat kepada dua wartawan The Washington Post, Bob Woodward dan Carl Bernstein.

Selain Woodward dan Bernstein, Felt juga turut meninggalkan beberapa petunjuk untuk media mengikuti skandal berkenaan sehinggalah beliau meletak jawatan pada Jun 1973.

Pada tahun 1973, tekanan ke atas pentadbiran Nixon semakin bertambah apabila beberapa pembantunya bersedia bertemu dengan pihak pendakwaraya dan menyatakan kebenaran demi menyelamatkan kedudukan beliau di Rumah Putih.

Langkah ini dinyatakan peguam Rumah Putih John Dean semasa bertemu dengan Richard Nixon pada April 1973.

Tidak lama selepas itu, Haldeman dan seorang lagi pembantu bernama John Ehrlichman meletak jawatan bersama Peguam Negara Richard Kleiendiest sementara Dean pula dipecat dari Rumah Putih.

Selepas melantik Elliot Richardson sebagai pengganti Kleindiest, Richardson memilih Archibald Cox sebagai ketua pasukan siasatan Watergate.

Tahun tersebut turut menyaksikan Senat membentuk jawatankuasa siasatan mereka diketuai Sam Ervin (Demokrat – Carolina Utara).

Konspirasi Watergate yang berterusan telah menyusahkan keupayaan pihak berkuasa untuk menyiasat skandal berkenaan tetapi semua itu berubah ketika sesi pendengaran Senat pada 16 Julai 1973.

Apabila ditanya jawatankuasa sama ada Nixon mempunyai alat perakam yang dipasang di Oval Office, pembantu Rumah Putih bernama Alexander Butterfield mendedahkan sistem berkenaan benar-benar wujud.

Pengakuan itu sudah cukup untuk Cox dan Senat memfailkan sepina untuk mendapatkan akses kepada rakaman-rakaman itu tetapi ditolak Nixon atas alasan itu merupakan kelebihan eksekutif yang dinikmatinya sebagai presiden.

Apabila Cox enggan menggugurkan sepina yang difailkan, ini membawa kepada peristiwa yang dipanggil ‘Saturday Night Massacre’.

Pada 20 Oktober 1973, Richardson diarah Nixon untuk memecat Cox tetapi memilih meletak jawatan.

Beliau kemudian beralih kepada Timbalan Peguam Negara William Ruckleshaus untuk melakukan perkara sama tetapi Ruckleshaus turut memilih meletak jawatan.

Selepas mencari siapa yang boleh melakukan tugas itu, Nixon memilih Robert Bork.

Robert Bork yang dilantik sebagai pemangku Peguam Negara juga merasakan, walaupun arahan yang dikeluarkan presiden itu sah tetapi pada masa sama, beliau juga turut mempertimbang untuk meletak jawatan kerana tidak mahu dianggap sebagai pak turut demi menyelamatkan jawatannya.

Tetapi, pemecatan Cox tetap dilakukan pada akhirnya dan itu sebenarnya menyediakan batu asas kepada kejatuhan Nixon sendiri.

Apabila Ruckleshaus meletak jawatan, Rumah Putih mengeluarkan berita bahawa beliau sudah dipecat.

Tetapi, harapan untuk melihat berita tersebut bertahan, hancur berkecai apabila Washington Post mendedahkan satu surat dari Rumah Putih kepada Bork yang menyatakan Ruckleshaus sudah meletak jawatan.

Pada November tahun sama, seorang hakim persekutuan bernama Gerhard Gesell mengeluarkan penghakiman pemecatan Cox sebagai tidak sah kerana ketiadaan bukti konkrit yang membenarkan pentadbiran untuk memecatnya.

Berita ini mencetuskan kemarahan Kongres dan orang ramai serta dianggap satu bentuk salah guna kuasa oleh presiden.

Richard Nixon yang masih menganggap dirinya kebal, mengarahkan Bork memilih penyiasat baru untuk meneruskan siasatan Watergate dan pengganti Cox ialah seorang peguam bernama Leon Jaworski.

Pada tahun 1974, sidang juri mendakwa beberapa pembantu Nixon kerana disyaki cuba menghalang siasatan Watergate dan antara individu yang terpalit dengan dakwaan ini ialah Haldeman dan Ehrlichman.

Sidang juri turut secara rahsia menyatakan pembabitan Richard Nixon tetapi dipujuk pendakwa khas untuk tidak diteruskan atas alasan presiden hanya boleh didakwa selepas meninggalkan Oval Office.

Pada Julai tahun sama, Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat penghakiman semua rakaman yang didakwa merupakan hak eksekutif, dianggap batal dan Richard Nixon harus menyerahkan semua rakaman kepada pendakwaraya khas.

Smoking Gun

Satu rakaman yang dianggap pemusnah tempoh penggal kedua Richard Nixon digelar rakaman Smoking Gun.

Dalam rakaman tersebut, Nixon dan Haldeman berbincang bagaimana hendak menghentikan siasatan Watergate termasuk menggunakan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Vernon Walters untuk memaksa FBI menghentikan siasatan.

Walaupun beliau bertegas itu bukan satu bentuk halangan kepada siasatan yang dijalankan biro dan CIA mengesahkan ia tiada kaitan dengan isu keselamatan negara, itu sudah cukup untuk menjahanamkan reputasi Nixon.

Perletakan jawatan dan legasi

Pada malam 7 Ogos 1974, Nixon bertemu dengan tiga wakil Republikan iaitu dua wakil Senat Barry Goldwater dan Hugh Scott dengan John Jacob Rhodes dari pihak Kongres.

Mereka memberitahu sokongannya di Kongres sudah musnah dan mereka juga sudah bersedia mengundi berkenaan usul memecatnya.

Goldwater dan Scott turut mendedahkan sudah cukup undi bagi pihak Senat untuk mendakwanya dengan 15 anggota Senat saja yang memilih untuk tidak mendakwa.

Atas sebab itulah pada petang 8 Ogos, Richard Nixon memilih untuk meletak jawatan berkuatkuasa tengah hari 9 Ogos dalam satu ucapan yang disiarkan di seluruh negara.

Dengan Richard Nixon bersedia untuk meletak jawatan, Kongres memilih untuk menggugurkan prosiding pemecatan tetapi beliau masih boleh didakwa atas tuduhan jenayah.

Atas sebab itulah, penggantinya Gerald Ford memberi pengampunan penuh tanpa syarat kepada Nixon pada 8 September tahun sama.

Ramai berspekulasi tindakan Ford memakan diri apabila tewas kepada Jimmy Carter semasa pilihan raya presiden tahun 1976.

Ia turut memberi kesan besar kepada profesion guaman di US kerana kebanyakan yang terbabit dalam skandal berkenaan merupakan peguam.

Ini memaksa Persatuan Peguam Amerika (APA) melancarkan reformasi dengan membuat model peraturan baru dan pengenalan pelajaran etika dalam fakulti undang-undang untuk memastikan peguam-peguam sedar tanggungjawab etika mereka.

Richard Nixon cuba menggunakan platform temubualnya dengan wartawan British bernama David Frost untuk membersihkan legasinya itu pada tahun 1977.

Tetapi temubual itu hanya menambah lebih banyak kerosakan lebih-lebih lagi membabitkan Watergate dan beliau secara formal memohon maaf atas apa yang berlaku.

Dua wartawan Washington Post iaitu Woodward dan Bernstein kemudiannya menerbitkan buku All the President’s Men pada tahun 1974 sebelum diadaptasi dalam bentuk filem pada tahun 1976 yang menampilkan Robert Redford (Woodward) dan Dustin Hoffman (Bernstein).

Peranan Felt sebagai pemberi maklumat atau nama gelaran Deep Throat kepada dua wartawan ini hanya didedahkan kepada umum pada tahun 2005.

Kisah Felt ini dibukukan dalam buku biografi bertajuk Mark Felt: The Man Who Brought Down the White House, pada tahun 2006 hasil tulisan beliau dan penulis John O’Connor.

Buku itu juga diadaptasi dalam bentuk filem dengan tajuk sama pada tahun 2017 yang menampilkan Liam Neeson sebagai Felt.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Friday, October 18, 2019

Sejarah Kenapa New Zealand Enggan Bergabung Untuk Membentuk Sebuah Negara Dengan Australia

Sejarah Kenapa New Zealand Enggan Bergabung Untuk Membentuk Sebuah Negara Dengan Australia

Orang Kiwi (New Zealand) sangat menghargai kemerdekaan mereka, namun 120 tahun yang lalu, satu keputusan sahaja boleh menidakkan kemerdekaan tersebut, dengan menjadi salah satu negeri Australia.

Sejarah New Zealand

Orang Australia mendakwa bahawa New Zealand adalah sebahagian daripada mereka satu ketika dahulu dan sehingga tahun 1835, koloni New South Wales adalah kuasa yang memerintah New Zealand.

Namun, ia berakhir apabila sekumpulan ketua Māori menandatangani sebuah Deklarasi Kemerdekaan (He Wakaputanga o te Rangatiratanga o Nu Tireni).

Identiti New Zealand dipertingkatkan lagi dengan menandatangani Perjanjian Waitangi pada tahun 1840.

Dan walaupun terdapat perjuangan bersenjata yang berlarutan dan pertumpahan berdarah antara pihak Māori dan Empayar British selepas itu, penjajah Australia masih melihat New Zealand sebagai satu hadiah yang berpotensi.

Pada akhir abad ke-19, kesemua 6 jajahan Australia mengundi secara sebulat suara untuk membentuk negara persekutuan dan bertanya kepada New Zealand sama ada mereka ingin sertai.

Jadi, mengapa New Zealand enggan menyertai Persekutuan Australia?

Teori "King Dick"

Teori King Dick

Dr. Felicity Barnes, pensyarah kanan di New Zealand History di University of Auckland, berkata banyak sebab telah dibahaskan selama beberapa dekad yang lalu.

Ada yang berpendapat bahawa Perdana Menteri New Zealand ketika itu, Richard 'King Dick' Seddon, lebih suka menjadi pemimpin sebuah negara bebas berbanding hanya menjadi ketua negeri (jika menyertai Australia).

Jadi, kegagalan mendapatkan persetujuan Richard Seddon kerana kemungkinan beliau takut kehilangan kuasanya menyebabkan New Zealand tidak menyertai persekutuan tersebut.

Richard Seddon sememangnya tidak menunjukkan minat menyertai Australia sejak pertama kali ia dicadangkan, tetapi keegoan beliau bukan satu-satunya sebab ia tidak berlaku.

Terdapat kerisauan akan kehilangan pengaruh dengan menjadi 1 daripada 7 buah negeri yang mana lebih besar daripada Tasmania, tetapi sangat jelas kurang penting berbanding New South Wales atau Victoria.

Walau bagaimanapun, kebimbangan mereka bukan hanya berdasarkan perkara ini, tetapi juga memikirkan nasib New Zealand sendiri di masa depan.

Seorang ahli sejarah telah merujuknya sebagai "deklarasi kemerdekaan kedua" dan bimbang orang Māori mendapat layanan yang sama seperti orang asli Australia

Pembunuhan Beramai-ramai

Pembunuhan orang Maori

Walaupun New Zealand meneruskan perjuangan berdarah untuk mendapatkan kemerdekaan pada pertengahan abad 1800-an, darah juga mengalir di tanah jajahan Australia. 90% daripada keseluruhan penduduk orang asli telah dibunuh oleh keganasan atau penyakit.

Di Tasmania, orang asli diburu sehingga hampir pupus, dengan beberapa ahli sejarah menggambarkan pembunuhan tersebut sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Beratus-ratus peneroka dari Australia juga berperang melawan beberapa puak Māori semasa Perang New Zealand dan khususnya, semasa serangan Waikato pada tahun 1863.

Terdapat sejumlah besar warga Australia yang dilantik untuk berkhidmat sebagai peneroka tentera. Dengan ini, mereka ditugaskan selama 3 tahun dan kemudian menerima geran tanah sendiri.

Mereka terlibat dalam beberapa kejadian perbalahan dalam Perang Waikato, seperti serangan ke pusat perdagangan utama Māori di Waikato, yang dipenuhi wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Selain itu, New Zealand bimbang undang-undang perkauman ke atas orang Māori, melihatkan layanan terhadap orang asli oleh kerajaan Australia.

Australia dalam usaha mempengaruhi New Zealand untuk menyertai mereka, telah memberikan hak kepada orang Māori untuk mengundi pada tahun 1902.

Padahal, orang asli Australia tidak mendapat hak mengundi sepenuhnya dalam pilihan raya negara sehingga tahun 1962, 60 tahun kemudian.

Orang New Zealand dipercayai menganggap diri mereka adalah lebih baik dari segi hubungan kaum, berbanding orang Australia di Tasmania.

Namun, menjadi "lebih baik" tidak sama dengan menjadi "baik". Mereka juga menganggap Māori sebagai 'kelas' yang lebih baik daripada orang Australia asli.

Tetapi pemikiran perkauman ini lebih lemah berbanding rasa berterima kasih mereka kepada orang Māori.

New Zealand bimbang bergabung dengan Australia akan membawa bahaya lebih besar kepada rakyat mereka.

Pandangan tradisional bahawa orang New Zealand agak kurang bersifat perkauman berbanding orang Australia ditunjukkan dalam surat-surat dan buku harian para askar Kiwi, yang dilatih di Mesir, sebelum serangan terhadap Gallipoli dalam Perang Dunia I.

Mereka sering menyifatkan penduduk tempatan Mesir sebagai "niggers" atau "orang kulit hitam".

New Zealand mahukan empayar Pasifik Selatan yang dikendalikan Kiwi sendiri dan menjelang akhir abad ke-19, para pemimpin New Zealand mempunyai rancangan untuk membina empayar Pasifik Selatan mereka sendiri dan bergabung dengan Australia mungkin akan menjadi penghalang berbanding bantuan.

New Zealand menjadi anggota pertama Empayar Britain untuk mengambil alih jajahan Jerman dalam Perang Dunia I, ketika Samoa Jerman menyerah kepada pasukan pencerobohan Kiwi pada tahun 1914.

Selepas peperangan tersebut, New Zealand telah diberikan tanah Samoa Jerman yang didudukinya, sehingga negara pulau itu mendapat kemerdekaan pada tahun 1962.

Boleh dikatakan, satu-satunya tanah empayar Pasifik Selatan New Zealand yang masih kekal adalah adalah Kepulauan Cook.

Masalah ekonomi

Dari segi ekonomi pula, Australia menjadi semakin tidak penting pada ketika itu. Pengeksportan telah merosot secara dramatik sejak dekad terakhir abad ke-19, ketika Britain menjadi pasaran utama New Zealand.

Sesetengah petani New Zealand, terutamanya mereka yang menghasilkan oat yang dieksport ke Australia sebagai makanan haiwan berasa bimbang dengan situasi tersebut.

Tetapi pada tahun 1899, Britain adalah pasaran yang lebih penting bagi petani New Zealand berbanding Australia.

Jarak menjadi penghalang

Kepentingan Britain yang semakin meningkat juga menimbulkan keraguan terhadap salah satu faktor penghalang yang paling kerap dikemukakan terhadap penggabungan dengan Australia, iaitu jarak 1,930 kilometer di antara kedua-dua negara.

1,930 kilometer di antara Australia dan New Zealand dilihat sebagai '1,930 halangan' kepada penubuhan persekutuan itu.

Namun, beberapa ahli politik yang berpendapat bahawa jarak adalah penyebab penggabungan adalah mustahil, menyokong skema yang jauh lebih besar, iaitu persekutuan empayar.

Kesombongan budaya

Peneroka Kiwi dari luar bandar England dan Scotland menganggap taraf diri mereka jauh lebih tinggi daripada populasi banduan Australia.

Selain itu, pada masa lalu banduan Australia (banduan dari England di buang ke Australia dan membina penempatan baharu) dipercayai telah dianggap sebagai titik kotor di penempatan itu.

Ini menyebabkan sedikit kesombongan budaya, di mana warga New Zealand berasa bahawa mereka adalah lebih baik dan tinggi daripada Australia.

Orang New Zealand memilih untuk tidak mempertimbangkan kebarangkalian berlakunya pencemaran budaya.

New Zealand masih boleh menjadi sebahagian daripada Australia dan kemungkinan New Zealand untuk menyertai persekutuan Australia di kemudian hari dibenarkan dalam dokumen asal, yang ditulis dalam Seksyen 6 Akta Perlembagaan Australia pada tahun 1900.

Dalam Akta ini, New Zealand dianggap sebagai negeri dalam Komanwel Australia baru, walaupun tanpa persetujuan daripada kerajaan New Zealand.

Akan tetapi, kebanyakan daripada orang Kiwi tidak lagi menyebut tentang hal ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Friday, October 11, 2019

Etnik Uyghur: Asal-usul, Identiti Dan Sejarah

Etnik Uyghur: Asal-usul, Identiti Dan Sejarah

Isu dan persoalan berkaitan masyarakat Uyghur di China hampir setiap hari dikongsikan oleh pelbagai pihak dan media, berkenaan seksaan serta tekanan yang berlaku ke atas mereka. Ada juga yang berkata bahawa semua itu hanyalah mitos dan rekaan pihak barat, yang berusaha mahu memburukkan kerajaan China.

Etnik Uyghur

Artikel ini bukanlah untuk membincangkan berkenaan isu tersebut, tetapi untuk menjelaskan serba sedikit berkenaan asal-usul, salasilah dan identiti masyarakat Uyghur yang kini diberikan perhatian dunia.

Selepas membaca artikel ini, sekurang-kurangnya anda akan lebih jelas mengapa mereka boleh berada dalam situasi yang melanda mereka ketika ini.

Siapa masyarakat Uyghur?

Istilah 'Uyghur' membawa makna penyatuan atau kerjasama. Diambil daripada perkataan Turki dan cara menyebut perkataan 'Uyghur' adalah 'OY-Ghur'.

Sejarah orang Uyghur sebenarnya sangat panjang, dengan rekod pertama Uyghur dicatatkan buat kali pertama 17,000 tahun dahulu dengan kewujudan Empayar Uyghur di kawasan daerah Mu.

Masyarakat Uyghur melalui empat fasa besar dalam sejarah mereka dengan semua catatan boleh dibahagikan kepada zaman atau era tersebut;

Zaman pra empayar yang berlaku sekitar 300BC hingga tahun 630, zaman empayar yang berlangsung bermula tahun 630 hingga 840, zaman Idiqut atau Qocho yang bermakna 'zaman kekayaan agung' sekitar tahun 840 hingga 1200 dan yang terakhir adalah zaman Mongol bermula tahun 1209 hingga 1600.

Era kegemilangan orang Uyghur boleh dikatakan berakhir semasa penjajahan orang Mongol.

Selepas terkuburnya populariti Jalan Sutera (Silk Road) di China yang dijadikan laluan perdagangan utama ketika itu, masyarakat Uyghur mula hilang pengaruh terhadap ekonomi dan pemerintahan zaman tersebut.

Penjajahan oleh Dinasti Qing

Selepas kejatuhan tamadun awal mereka, orang Uyghur berjaya membentuk sebuah negara bernama Turkistan Timur, sebuah negara merdeka yang berkembang naik, namun kedatangan Dinasti Qing menjajah mereka seterusnya melumpuhkan negara tersebut. Ini berlaku pada tahun 1876.

Penentangan masyarakat setempat selama 8 tahun gagal menghalang kawasan mereka daripada diambil alih dan wilayah itu diisytiharkan secara rasmi sebagai sebahagian daripada wilayah Empayar Manchu pada 18 November 1884, dinamakan semula sebagai 'Xinjiang' yang bermakna 'Wilayah Baru' atau 'New Frontier.'

Kejayaan Parti Nasionalis China menjatuhkan Empayar Manchu pada tahun 1911 menyebabkan wilayah tersebut betukar tangan, jatuh ke tangan kerajaan China.

Selepas lebih 20 tahun, pemberontakan orang Uyghur dimulakan kembali pada tahun 1933 menerusi penubuhan Republik Islam Turkistan Timur, melalui revolusi yang berlaku dengan bantuan tentera Russia.

Pada tahun 1944, orang Uyghur sekali lagi berjaya merampas kembali wilayah asal mereka di kawasan Ghulja membawa kepada penubuhan kerajaan republik, bebas daripada kawalan kerajaan China.

Perjuangan memerdekakan Turkestan Timur

Kerajaan China tidak berdiam diri melihat saja pemberontakan yang berlaku. Mereka mengambil keputusan menceroboh dan menjajah Xinjiang - merampas semula kuasa daripada kerajaan campuran masyarakat Uyghur yang dibentuk sejak tahun 1946.

Walaupun diberikan autonomi oleh kerajaan China dalam memastikan pemberontakan lebih besar tidak berlaku, sehingga kini masyarakat yang mendiami Xinjiang tetap mahu menubuhkan negara mereka sendiri.

Impian mereka mahu menubuhkan kembali Turkistan Timur atau 'Uyghurstan,' meliputi seluruh kawasan Xinjiang dengan perancangan mahu menjadikan Urumqi sebagai ibu negara mereka.

Nama 'Xinjiang' yang digunakan sebagai nama wilayah tempat mereka tinggal juga dibantah, berikutan elemen budaya Cina yang ada pada nama tersebut tidak mencerminkan identiti sebenar masyarakat mereka.

Makna penuh perkataan Xinjiang yang sebenarnya bermaksud 'sebuah wilayah yang dipulangkan pada negara asalnya' - dikatakan menghina masyarakat asal wilayah tersebut.

Wilayah Xinjiang ketika ini merupakan wilayah yang diberikan autonomi terbesar di China menempatkan masyarakat berbilang kaum seperti orang Uyghur, Han, Kazakhs, Tibet, Kyrgyz, Mongol dan juga Rusia.

Budaya orang Uyghur

Dalam sejarahnya yang panjang, orang Uyghur telah melalui pelbagai perubahan khasnya daripada segi agama.

Pada awalnya mereka menganut kepercayaan seperti ajaran Shaman, Maniche, Kristian, Buddha dan akhirnya secara majoriti menerima ajaran dan cara hidup Islam.

Kerajaan Uyghur secara rasminya menamakan Islam sebagai agama rasmi sejak tahun 960 semasa pemerintahan Sultan Sutuq Bughra Khan.

Berikutan perubahan itu, masyarakat Uyghur mula mengamalkan sistem tulisan Arab bagi menulis bahasa mereka.

Bagaimanapun, perubahan menyeluruh masyarakat Uyghur memeluk Islam mengambil masa beratus tahun lamanya - dengan hanya pada tahun 1450 orang Uyghur secara majoritinya memeluk Islam.

Di bawah pemerintahan kerajaan China sekarang, dikatakan bantahan mula timbul berikutan kedatangan orang Han ke dalam wilayah itu, yang setakat ini mewakili 40 peratus jumlah penduduk Xinjiang.

Perkara itu dilihat seperti cuba melemahkan pengaruh penduduk asal ke atas tanah mereka sendiri.

Projek-projek pembinaan yang dilakukan juga mengubah sistem sosial masyarakat Uyghur, dengan orang-orang Han mendominasi ekonomi; memegang jawatan-jawatan penting dalam industri sehingga mengakibatkan orang Uyghur tidak mendapat tempat dalam mencorak wilayah mereka sendiri.

Aktviti agama Islam juga mula dikawal pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai autonomi. Pembinaan masjid dan sekolah agama perlu mendapat kebenaran khas kerajaan China.

Pada tahun 2014, kerajaan tempatan Xinjiang mengumumkan larangan kepada mana-mana penjawat awam Muslim daripada berpuasa semasa bulan Ramadan.

Tekanan demi tekanan yang dihadapi memaksa kumpulan pemisah yang dinamakan sebagai Gerakan Islam Turkistan Timur mengambil langkah lebih agresif menentang kerajaan China.

Kerajaan China pula nampaknya seakan-akan tidak lagi mampu bersabar dengan ancaman yang dibawa bangsa yang satu masa dahulu - berupaya menubuhkan sebuah empayar besar dan disegani dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, September 29, 2019

The Pirate Bay: Sejarah Laman Web 'Download Percuma' Paling Terkenal Di Dunia

The Pirate Bay: Sejarah Laman Web 'Download Percuma' Paling Terkenal Di Dunia

Sekiranya anda seorang penggemar filem atau drama bersiri yang suka memuat turun secara percuma di Internet, anda pasti pernah menggunakan kaedah memuat turun torrent. Salah satu pelayan torrent yang terkenal adalah The Pirate Bay.

Sejarah The Pirate Bay

Ditubuhkan pada tahun 2003 oleh sekumpulan penggodam dan aktivis, The Pirate Bay bertujuan untuk membawa perkongsian fail secara percuma kepada orang ramai.

Dalam 16 tahun yang berikutnya, laman web itu telah berubah daripada sebuah komuniti kecil hingga ke Hollywood dan melayani berjuta-juta pengguna.

Apa yang kita ketahui, laman web ini mula diwujudkan oleh sebuah organisasi yang telah dibubarkan iaitu Piratbyran yang membawa maksud kepada Biro Lanun dalam bahasa Sweden.

Kumpulan ini mula dibentuk oleh aktivis politik dan penggodam pada tahun yang sama, kebanyakan daripada mereka telah melancarkan beberapa projek web lain yang mencabat struktur politik, moral dan kuasa.

Salah satu matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadi pengimbang kepada propaganda yang disebarkan oleh kumpulan anti-cetak rompak tempatan iaitu Antpiratbyran.

Dengan BitTorrent ketika itu merupakan teknologi perkongsian fail terkini, mereka merasakan ia adalah masa sesuai untuk memulakan laman perkongsian fail mereka sendiri untuk mempromosikan perkongsian maklumat.

Gottfrid Svartholm aka Anakata

Gottfrid Svartholm aka Anakata
Gottfrid Svartholm.

The Pirate Bay pertama kalinya beroperasi secara dalam talian adalah di Mexico di mana Gottfrid Svartholm, aka Anakata, pemilik dan pengasas The Pirate Bay yang menjadikan pelayan (server) milik syarikat tempatnya bekerja pada masa itu sebagai host.

Selepas beberapa bulan beroperasi, laman web itu berpindah ke Sweden di mana ia dihoskan pada komputer riba Pentium III 1Ghz dengan RAM 256MB.

Komputer riba itu adalah milik Fredrik Neij aka TIAMO, pengasas bersama The Pirate Bay yang akan memastikan laman web itu sentiasa berada dalam talian.

Salah seorang lagi pengasas bersama The Pirate Bay ialah Peter Sunde aka Brokep, seorang ahli perniagaan dan politik Sweden. Dia juga merupakan jurucakap untuk laman web itu.

Idea asal Piratbyran adalah untuk membuat rangkaian perkongsian fail awam yang pertama di Sweden.

Akan tetapi, laman web itu telah berkembang menjadi ikon perkongsian fail global dalam beberapa tahun kemudian.

Walaupun pasukan The Pirate Bay berbangga dengan kejayaan mereka ini, tetapi ia tidaklah semudah yang disangka tanpa apa-apa akibat.

Pada mulanya, mereka sering membalas amaran yang diberikan oleh pemegang hak cipta dengan gurauan. Lama-kelamaan apabila amaran menjadi tindakan undang-undang, mereka mula merasakan bebannya.

Ketika itu Kerajaan Amerika Syarikat telah memberikan tekanan ke atas Sweden dengan mendesak negara itu agar melakukan sesuatu tentang laman web The Pirate Bay yang melanggar undang-undang hak cipta itu.

Pada masa yang sama, ketiga-tiga pengasas laman web The Pirate Bay menyedari bahawa mereka sedang diekori dan diawasi oleh penyiasat persendirian yang memburu mereka.

Ketegangan itu akhirnya mencapai kemuncak apabila infrastruktur laman web itu diserbu pihak berkuasa pada 31 Mei 2006.

Kurang daripada tiga tahun selepas dilancarkan, 65 pegawai polis telah menyerbu pusat data laman web itu di Stockholm, Sweden.

Para pegawai polis telah menerima arahan untuk menutup pusat pelayan The Pirate Bay.

Sebelum itu, Gottfrid sudah menjangkakan hal itu dan memberi amaran kepada Fredrik yang kemudian memutuskan untuk membuat back up kepada pelayan laman web mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Diserbu

Serbuan ke atas premis The Pirate Bay ternyata merupakan langkah penting bagi pasukan The Pirate Bay kerana mereka berjaya menghidupkan semula laman web tersebut dalam masa tiga hari.

Kemunculan semula laman web itu menjadikan pengasasnya wira kepada ramai pengguna internet yang memuat turun dan berkongsi fail secara percuma.

The Pirate Bay menjadi berita utama di kebanyakan negara dan di Stockholm, orang ramai mengibarkan bendera lanun di jalanan.

Kejadian itu juga secara tidak langsung memberi manfaat kepada Piratpartiet (Parti Lanun), sebuah parti politik yang baru sahaja beberapa bulan ditubuhkan di Sweden.

Walau bagaimanapun, para pengasas laman web itu tetap merasai bahananya. Serbuan yang dilakukan pihak polis itu membawa kepada siasatan jenayah dan mereka dibicarakan di mahkamah.

Pada 17 April 2009, mahkamah Sweden telah menetapkan bahawa ketiga-tiga pengasas The Pirate Bay didapati bersalah kerana melanggar undang-undang hak cipta.

Seorang lagi yang disabitkan kesalahan ialah Carl Lundstrom, di mana syarikatnya iaitu Rix Telecom telah menyediakan perkhidmatan dan peralatan untuk pengesan torrent laman web itu. Dia telah dipenjarakan empat bulan atas kesalahannya itu.

Gottfrid Svartholm yang merupakan "Bapa The Pirate Bay" telah dihukum penjara selama tiga setengah tahun tetapi telah melarikan diri ke luar negara dan diberkas di Cambodia pada tahun 2012. Dia kemudian dibawa pulang ke Sweden untuk menjalani hukumannya.

Manakala bagi Peter Sunde pula dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan. Dia juga melarikan diri sebelum ditahan pihak berkuasa. Sunde ditahan di sebuah ladang pada Mei 2014 dan menjalani hukumannya selepas itu.

Fredrik juga melarikan diri daripada menjalani hukuman 10 bulan penjara yang dijatuhkan ke atasnya. Dia telah ditahan di sempadan Thailand pada November 2014 semasa cuba menyeberang dari Laos.

Selama mereka semua melarikan diri daripada ditangkap, laman web The Pirate Bay terus beroperasi dalam talian dan keempat-empat mereka juga telah dikenakan denda sebanyak RM20 juta.

Perkara ini telah menyebabkan kebanyakan ahli Piratbyran memutuskan hubungan mereka dengan laman web itu.

Pada tahun yang sama juga, satu lagi pusat data laman web itu diserbu di Stockholm menyebabkan laman web itu hilang selama beberapa minggu.

Walaupun pelbagai dugaan dan halangan yang dihadapi, laman web itu telah bertahan sehingga ke hari ini.

Walaupun The Pirate Bay tidak berubah bentuk dari segi penampilannya, namun ia tidaklah segah seperti zaman kegemilangannya suatu masa dahulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, September 24, 2019

8 Fakta Menarik Tentang Kondom

8 Fakta Menarik Tentang Kondom

Kondom merupakan salah satu cara untuk mengawal kehamilan dan langkah pencegahan paling berkesan penyakit kelamin (STD) yang biasa ketika melakukan hubungan seksual terutamanya bagi mereka yang suka melakukan hubungan seks rambang.

Fakta Kondom
Gambar hiasan.

Selain digunakan untuk mengawal kelahiran dan mencegah penyakit, kami senaraikan 8 fakta menarik tentang kondom.

1. Bila kondom mula digunakan?

Kondom telah digunakan sejak 15,000 tahun yang lalu. Kondom paling tua telah dijumpai di Sweden dan ia diperbuat daripada usus babi.

2. Kondom tidak mencegah penyakit kelamin dan kehamilan 100%

Tahap peratusan bagi keberkesanan kondom dalam mencegah STD dan kehamilan hanya 97%, merupakan peratusan tertinggi di antara kaedah pencegah yang ada.

Kes ralat mungkin berpunca dari sebab seperti penggunaan yang salah dan kondom yang sudah luput.

Kondom berkesan untuk mencegah STD, penyakit HIV dan kehamilan jadi, penggunaan kondom penting ketika melakukan hubungan seksual untuk melindungi kesihatan diri dan pasangan.

Jika terdapat alahan selepas menggunakan kondom, haruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

3. Negara pengeluar kondom terbesar Di Dunia?

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kilang pengeluar kondom terbesar, yang membekalkan 25% pasaran dunia.

Sementara itu, Amerika Syarikat merupakan negara pengguna kondom terbesar di dunia.

4. Bagaimana kondom dihasilkan?

Secara umumnya, sejak tahun 1920, kondom dihasilkan daripada lateks dan mula dijual oleh London Rubber Company, lebih dikenali sebagai Durex, pada tahun 1932.

Walau bagaimanapun, sebelum penggunaan lateks, banyak bahan material berbeza seperti usus haiwan atau sutera digunakan. Kulit juga digunakan dalam penghasilan kondom di Jepun.

5. Berapa jenis Kondom Di Pasaran?

Terdapat beberapa jenis kondom:

Kondom biasa

Mempunyai saiz biasa dan boleh digunakan oleh setiap individu walau bagaimanapun, ia tidak boleh memberikan keselesaan yang sama seperti penggunaan kondom yang lebih besar atau kecil.

Kondom kecil

Direka untuk zakar yang lebih pendek atau kecil dan jenis ini memberikan rasa yang lebih baik serta mengurangkan risiko kondom dari tertanggal ketika digunakan.

Kondom besar

Merupakan kondom yang besar daripada biasa dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia juga direka untuk memberikan lebih keselesaan.

Kondom menyeronokkan

Yang ditambah warna, perisa dan bersinar dalam gelap, untuk menjadikan hubungan seksual lebih menarik.

Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh menyebabkan alahan kepada lelaki mahupun wanita.

Kondom nipis

Lebih nipis daripada kondom biasa untuk memberikan lebih sensitiviti kepada pengguna dan pasangan.

6. Adakah kondom hanya untuk lelaki?

Selain kondom untuk lelaki yang digunakan secara meluas, terdapat juga kondom untuk wanita. Ia adalah kantung dan mempunyai cincin fleksibel di setiap hujungnya.

Kondom untuk wanita digunakan dengan cara memasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan seksual.

Ketika hubungan seksual dilakukan, cincin terbuka pada bahagian luar faraj dan cincin pada bahagian hujung akan memegang kantung di dalam faraj.

Dengan menghalang sperma daripada memasuki faraj, ia sekali gus menolak kemungkinan kehamilan untuk berlaku.

7. Cara menyimpan kondom yang betul

Ramai lelaki menyimpan kondom di dalam dompet atau poket seluar dan ia mungkin menjejaskan kualiti kondom.

Kondom perlu disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Selain itu, tarikh luput kondom juga harus sentiasa diperiksa sebelum digunakan.

Kondom yang telah tamat tempoh tidak dapat mencegah kehamilan dengan berkesan.

8. Bagaimana cara menguji kondom?

Setiap individu yang ingin menggunakan kondom tidak seharusnya menunggu masa untuk melakukan hubungan seksual untuk menggunakan kondom.

Lelaki seharusnya menguji kondom dengan melancap. Alasannya adalah untuk memastikan ia adalah saiz yang sesuai.

Terlalu tebal atau terlalu besar boleh mendatangkan kesan negatif kepada lelaki.

Selain itu, sesetengah lelaki mungkin akan mengalami alahan dengan material kondom. Oleh itu, melakukan pemeriksaan dan ujian adalah amat penting.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Friday, September 20, 2019

6 Surah Palsu Yang Di Tambah Dalam Cetakan Al-Quran

6 Surah Palsu Yang Di Tambah Dalam Cetakan Al-Quran

Ramai rakyat Malaysia gemar membeli buku-buku rujukan Islam dari Indonesia berikutan penerbitan di sana yang nampak lebih rancak bagi memenuhi permintaan masyarakat Indonesia, selaku komuniti terbesar masyarakat Islam di dunia.

Surah Palsu
Gambar hiasan.

Bagaimanapun, berlaku satu penyebaran versi al-Quran yang dikatakan ada berlaku penambahan dengan wujudnya kemasukan 6 surah tambahan dalam versi al-Quran tersebut.

Menurut penyiasatan, terdapat hampir 12 surah palsu yang dicipta untuk ditambah dalam beberapa cetakan Al-Quran, namun ada 6 yang cukup terkenal dan dkenalpasti paling banyak disebar.

1. Al-Iman (Kepercayaan)

'Surah al-Iman' menceritakan berkenaan kisah pengikut Nabi Isa a.s. yang sedang belayar di atas lautan dengan ombak besar melanda mereka.

Dalam kepayahan, mereka ternampak kelibat Nabi Isa sedang berjalan air, yang membuatkan mereka mempersoalkan keadilan Tuhan.

Mendengar keluhan itu, Tuhan pun menegur mereka dan mengingatkan mereka tentang kekuasaan-Nya.

Berkat daripada itu, mereka pun diberikan kebolehan untuk berjalan di atas air yang membuatkan mereka terselamat dan mengucapkan syukur.

Isu 'surah' ini

Manusia biasa boleh berkomunikasi dengan Tuhan secara terus. Jika anda membaca surah ini, sukar untuk dikenalpasti sama ada mereka itu sedang memohon kepada Tuhan ataupun kepada anak Tuhan.

Yang paling jelas, pembohongan paling besar adalah apabila manusia biasa diberikan mukjizat.

2. Al-Muslimun

Surah Al-Muslimun ini berkisar kepada 'peringatan' yang diberikan kepada kaum Muslimin berikutan ketidak percayaan mereka kepada Allah dan Nabi Isa a.s., serta diperingatkan apa balasannya jika Muslimin tidak mempercayai kebenaran Nabi Isa a.s.

Kemudian, Tuhan dalam surah ini menegur Nabi Muhammad SAW kerana telah menyesatkan kaum Muslimin dengan meninggalkan amalan yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.

Pada peringkat akhir surah ini, Nabi Muhammad SAW dikatakan memohon maaf kepada Allah SWT atas kesilapannya menyesatkan orang Islam dan menyesal kerana berjaya dihasut godaan syaitan.

Isu 'surah' ini

Rasanya sudah jelas di mana pembohongan surah ini dilakukan. Rasulullah SAW adalah seorang yang terpelihara daripada dosa dan tidak mungkin berjaya diperdayakan syaitan, begitulah juga para Rasul yang lain.

3. Al-Tasajjud (Penjelmaan)

Kisah yang dipaparkan dalam 'surah' ini pula lebih kepada memperingatkan umat Islam berkenaan kekuasaan Allah SWT menjadikan apa saja yang dirasakan mustahil dilakukan.

'Surah' ini cuba mengajak umat Islam untuk menerima konsep Nabi Isa a.s. bukanlah seorang anak kepada Tuhan, tetapi sebenarnya telah pun menjadi sebahagian daripada Allah itu sendiri sejak mula lagi.

Kemudian Nabi Isa a.s. dikatakan dihantar kepada kalangan manusia untuk bercampur gaul dan hidup di kalangan manusia, lalu meninggal di kalangan manusia juga sebelum diangkat 3 hari selepas kematiannya.

Isi surah ini cuba memujuk umat Islam untuk menerima konsep Nabi Isa a.s. itu adalah anak Tuhan dan sesiapa yang tidak mempercayai konsep ini, bersedialah untuk berdepan kemurkaan Allah SWT.

Isu 'surah' ini

Konsep Nabi Isa a.s. sebagai anak Tuhan dan juga sebahagian daripada Tuhan merupakan satu kesalahan akidah yang jelas dalam Islam.

4. Al-Wasaya (Perintah)

Salah satu surah palsu paling pelik yang ada. Kandungannya berkisar kepada perintah-perintah yang dikatakan datang daripada Allah SWT yang bersifat sangat spesifik.

Dalam 'surah' ini diletakkan panduan untuk menguap dan larangan meletak gambar anjing di dinding, sebelum mula mengarut dengan larangan keras terhadap dosa besar memakai kasut dengan kaki kiri terlebih dahulu.

Selain itu, dalam surah ini juga terkandung suruhan orang Muslimin untuk menyerang dan membunuh sesiapa saja kaum yang dikatakan golongan munafik. Selain itu, bersumpah dengan nama Allah digalakkan.

Isu 'surah' ini

Banyak perintah yang disebut dalam 'surah' ini sebenarnya adalah perkara-perkara yang perlu dielakkan.

5. 'Surah' Al-Nurayn dan Al-Wilaya

Dua surah ini sudah lama wujud sejak kurun ke 17 lagi, dengan kedua-duanya dikatakan datang daripada seorang penulis tidak diketahui dari India.

Setakat yang diketahui, belum ada lagi mana-mana versi al-Quran yang mempunyai dua surah ini di dalamnya.

Dikatakan ditulis oleh pengikut fahaman Syiah yang mengagungkan khalifah ke empat selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW berikutan nama Ali bin Abi Talib disebut dalam kedua-dua surah ini.

Surah Al-Nurayn yang membawa maksud 'cahaya' menceritakan tentang dua cahaya yang akan melindungi orang Islam dan menjadi penunjuk kepada jalan yang benar.

Dalam 'surah' tersebut, nama Saidina Ali disebut sebagai seorang alim yang sentiasa berdoa setiap malam agar Allah mengampunkan dosa-dosa orang Muslim.

Kandungan dalam surah Al-Wilaya pula hampir serupa dengan kandungan surah Al-Nurayn dari segi temanya; beberapa peringatan terhadap hari Akhirat dan peringatan kepada mereka yang tidak mempercayai kandungan al-Quran.

Surah tersebut diakhiri dengan pujian kepada Allah dan juga Ali sebagai saksi yang golongan Muslim haruslah tunduk pada Allah SWT.

4 surah pertama yang kami kongsikan di atas dikatakan disebarkan dalam salah satu cetakan Qur'an di Indonesia, namun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah ini, sama ada benar-benar telah diedarkan atau tidak.

Surah Al-Nurayn dan surah Al-Wilaya pula telah pun diperdebatkan semenjak kemunculannya dan diakui adalah surah-surah palsu.

Tujuan kami berkongsikan isu ini hanyalah untuk kita bersama-sama mempunyai sedikit pengetahuan untuk mengenal pasti surah-surah palsu yang ada dan dikatakan kerap diletakkan di dalam sumber-sumber rujukan al-Quran dalam internet, yang amat mudah dipergunakan oleh sesiapa saja.

Beberapa pautan laman rujukan al-Quran yang ada dan pernah memaparkan surah-surah ini sudahpun tidak lagi beroperasi, tetapi adalah lebih baik kita mengetahui sendiri nama-nama 'surah' ini agar kita tidak leka dan terpedaya membacanya, tanpa sedar surah yang kita baca itu sebenarnya hasil ciptaan manusia belaka.

Selain enam ini, terdapat beberapa lagi surah palsu yang ada dinamakan Al-Hayat, Al-Afdal, Al-Mukataa, Al-Kitab, Al-Usfoor, An-Nabi dan Ad-Du'a, yang dikatakan berlegar-legar di internet.

Berhati-hatilah ketika membeli dari sumber rujukan dan tidak dikenali penerbitannya.

Sukar untuk dibendung dalam dunia yang bersifat tanpa sempadan, jadi kita perlulah lebih bijak dalam meneliti masalah ini.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, September 11, 2019

Janissari: Tentera Elit Yang Meruntuhkan Empayar Turki Uthmaniyyah

Janissari: Tentera Elit Yang Meruntuhkan Empayar Turki Uthmaniyyah

Dunia menjadi saksi betapa gemilang dan gahnya empayar Turki Uthamaniyyah suatu ketika dahulu, telah menguasai wilayah yang sungguh luas dan masih boleh ditatap sehingga ke hari ini, agar menjadi inspirasi buat umat Islam bahawa kita pernah menguasai seantero.

Tentera Elit Empayar Uthmaniyyah
Janissari.

Di sebalik pencapaian luar biasa empayar Islam itu, yang membuatkan kuasa-kuasa Eropah sentiasa kusut memikirkan bagaimana mahu menghalau bangsa Turki, berdirinya sebuah pasukan ketenteraan elit yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan dasar perluasan kuasa Uthamniyyah – itulah Kor Janissari.

Janissari ditubuhkan pada 1326 semasa pemerintahan Orhan Bey (pemerintah kedua).

Mereka merupakan pengawal peribadi pilihan sultan yang sangat setia, malah ketangkasan, kemahiran serta strategi perang mereka jauh lebih hebat dan unggul berbanding tentera biasa.

Pertempuran Kosovo (1389), Nikopolis (1396) dan Konstantinopel (1453) adalah antara kejayaan besar Kor Janissari.

Semangat mereka sememangnya luar biasa, sehingga apabila dilihat sahaja serban ikonik mereka di medan perang, pasti mendatangkan rasa gerun kepada musuh.

Kor Janissari memainkan peranan besar dalam setiap pertempuran yang mereka sertai namun, keelitan pasukan ini semakin lama semakin pudar.

Keberadaan Janissari dalam kerajaan mendatangkan pelbagai masalah yang membawa kepada kemorosotan, seterusnya mengakibatkan jatuhnya empayar yang banyak berjasa kepada agama itu.

Janissari tidak ubah seperti parasit yang mendatangkan banyak kerugian dan kemusnahan, yang semakin lama menjauh dari tujuan asal penubuhan mereka iaitu berjihad mempertahankan agama Islam.

Janissari mengakibatkan ketidakstabilan politik pada kerajaan Uthmaniyyah, terutamanya ketika Era Genangan.

Mereka terlibat secara lansung dalam menentukan siapa bakal sultan, pelaksanaan dasar negara serta tergamak membunuh sultan yang tidak mahu menurut kemahuan kepentingan mereka.

Mereka juga seringkali mogok tidak mahu melanjutkan peperangan yang membawa kekalahan besar kepada Uthmaniyyah.

Ini dapat dilihat melalui apa yang berlaku terhadap Sultan Osman II. Pada 1620, berlakunya perang antara Turki Uthamaniyyah dan Poland dan sultan telah merencana sebuah strategi licik yang mampu membawa kemenangan besar kepada kerajaan.

Namun, segala perancangan dan gerak perang sultan musnah dan menemui kegagalan, apabila Janissari melancarkan mogok dan tidak mahu berperang.

Osman II melihat pucuk pangkal kepada segala permasalahan yang ada datangnya dari Janissari.

Tambah lagi, setelah baginda melihat betapa berdisiplinnya tentera-tentera Eropah, baginda mahu menyisihkan Janissari yang membawa banyak masalah.

Baginda merencana untuk merekrut tentera-tentera baru dari Asia yang akan menggantikan Janissari namun, rancangan rahsia ini akhirnya sampai kepada pengetahuan pemimpin Janissari kerana wujudnya pengkianatan dalam kalangan pembesar-pembesar sultan.

Osman II telah ditangkap oleh tentera Janissari yang melakukan pemberontakan di istana sultan.

Baginda menerima pelbagai cemuhan, makian dan cercaan yang datangnya dari tentera baginda sendiri. Tidak cukup dengan itu, baginda diludah serta dipukul menggunakan terompah tentera.

Setelah baginda dikurung buat beberapa ketika, baginda dijatuhi hukuman bunuh oleh Janissari.

Osman II merupakan sultan pertama yang dibunuh oleh tenteranya sendiri, sungguh tragis dan memilukan bagaimana tergamaknya Janissari berbuat sedemikian.

Nasib yang sama juga menimpa Ibrahim I, baginda telah dihukum gantung oleh Janissari atas alasan baginda cuai dalam medan perang, yang membawa kekalahan besar kepada Uthmaniyyah.

Padahal, baginda terpaksa mengundurkan tentera kerana pada waktu itu terdapat pemberontakan di Istanbul yang didalangi sendiri oleh Janissari.

Janissari juga terlibat dalam peristiwa menurunkan sultan dari takhta kerajaaan secara paksa (king maker).

Mereka sesuka hati menurun dan menaikkan sultan, asalkan baginda sentiasa menurut kemahuan mereka.

Sultan yang tidak mahu menurut pasti akan menerima padah. Antara sultan yang menerima nasib sebegini ialah Ahmed III, Selim II dan Mustafa IV.

Bukan itu sahaja, Janissari juga pernah bertindak melakukan penindasan terhadap rakyat. Mereka melakukan pemerasan, rompakan serta bermacam-macam jenayah terhadap rakyat Uthmaniyyah sendiri.

Peristiwa in berlaku sewaktu pemerintahan Murad III dimana pada waktu itu kerajaan melalui tempoh aman tanpa perang kerana menangnya Murad III ke atas Syah Parsi.

Ternyata Janissari tidak begitu gembira dengan situasi aman yang dinikmati oleh rakyat. Bagi mereka jika tiada perang maka tiada harta rampasan, maka semakin rugilah mereka.

Sikap tamak serta pentingkan diri mereka ini telah membawa kekacauan yang besar di Mesir dan Tibriz.

Hal ini memaksa para pembesar untuk melancarkan perang bagi meredakan ketegangan dan menundukkan Janissari.

Akhirnya, Murad III terpaksa mengumumkan perang ke atas Hungary walaupun baginda tidak mempunyai casus belli yang kukuh bagi membenarkan ekspedisi ketenteraan tersebut.

Mengapa Janissari Berubah Menjadi Jahat?

Terdapat beberapa faktor signifikan yang menjadikan Janissari berani bertindak sedemikian rupa. Pertama ialah, keterlibatan mereka dalam lapisan politik tertinggi negara. Kepentingan Janissari semenjak penubuhannya semakin lama semakin meningkat.

Situasi ini telah mendorong sultan untuk melantik pemimpin-pemimpin Janissari sebagai orang penting kerajaan, menjadikan mereka pihak yang berpengaruh dalam urusan pemerintahan negara.

Semakin lama, mereka mula mencampuri urusan pemerintahan negara sehingga boleh menentukan siapa sultan yang akan menaiki takhta kerajaan.

Bukan sultan sahaja yang menjadi mangsa, malah para Perdana Menteri pun ada yang dibunuh kerana menongkah arus yang ditetapkan Janissari.

Kedua, disiplin tentera Janissari yang mula longgar. Pada awal penubuhannya, para Janissari tidak dibenarkan untuk berkahwin, setiap dari mereka harus tinggal di berek yang ditetapkan serta dilarang bercampur dengan orang luar.

Namun setelah larangan tersebut dihapuskan pada akhir kurun ke-16, maka Janissari sudah mula bercampur dengan masyarakat, melakukan kerja sampingan dan ada antara mereka yang tinggal di luar berek tentera.

Hal ini secara lansung telah mengurangkan tahap kompentensi tentera, malah mengalihkan fokus mereka yang sepatutnya mempertahankan empayar.

Kemahiran serta ketangkasan mereka semakin berkurangan dan ini dibuktikan dengan pelbagai siri kekalahan dalam perang melawan kuasa Eropah.

Ketiga, kewujudan elemen rasuah, salah guna kuasa dan sifat tamak mula menjalar dalam Kor Janissari.

Ini dibuktikan dengan pelbagai siri pemberontakan yang dicetuskan Janissari yang kebanyakannya berpunca dari tindakan sultan yang mahu memotong perbelanjaan ketenteraan bagi menyelamatkan perbendaharaan negara yang kritikal ketika itu. Mereka menolak perubahan yang dicanangkan oleh sultan.

Mereka menuduh sultan mahu meniru cara orang 'kafir' dalam reformasi ketenteraan. Janissari khuatir jika modenisasi dilaksanakan, survival mereka akan terancam dengan kehadiran sistem yang baru.

Sebab itulah Janissari selalu menggunakan kejayaan perang-perang terdahulu sebagai alasan bagi merelevankan kewujudan mereka.

Tujuan perang mereka bukan lagi mempertahankan agama dan kerajaan, tetapi lebih didorong oleh sifat materialistik, tiada lagi jihad suci sepertimana leluhur mereka dahulu.

Kemalangan Penuh Bermakna 1826 (The Auspicious Incident)

Sultan Mahmud II sedar bahawa Janissari perlu dihapuskan. Baginda tidak mahu menerima nasib yang sama seperti mana para pendahulunya.

Maka plot untuk menghapuskan riwayat Janissari telah dirancang dengan rapi. Mahmud II telah menubuhkan sebuah angkatan tentera rahsia yang bakal menentang Janissari.

Perancangan baginda dilakukan dengan sangat rapi sehingga memakan masa hampir dua dekad.

Maka tercetuslah pertempuran dahsyat antara Janissari dan Sipahi (sebuah lagi unit ketenteraan sultan yang sudah lama berdendam).

Dalam peristiwa ini, rakyat Istanbul juga turut serta dalam memerangi Janissari, memberi gambaran betapa bencinya marhaen terhadap Janissari yang semakin melampau-lampau.

Maka Mahmud II telah menembak peluru meriam ke arah berek tentera Janissari menyebabkan hampir 4000 tentera mati sekali gus. Saki-baki Janissari yang selamat semuanya dihukum bunuh.

Peristiwa ini disusuli dengan pemburaran serta merta Kor Janissari, menamatkan riwayat elit ketenteraan itu yang berusia 500 tahun lamanya.

Tempat mereka segera digantikan dengan unit ketenteraan yang baharu dikenali sebagai Tentera Kemenangan Muhammad.

Peristiwa ini menandakan bermulanya proses reformasi kerajaan Uthamniyyah dalam meniru cara Barat dalam aspek ketenteraan.

Hal ini sangat penting bagi memastikan Uthmaniyyah tidak ketinggalan terlalu jauh dalam memodenkan tentera mereka.

Namun, kebanyakan sejarawan berpendapat reformasi tersebut berlaku terlalu lewat sehingga kejatuhan Uthmaniyyah tidak dapat dielakkan lagi.

Begitulah kisah Janissari, sebuah elit yang bertukar parasit. Dulunya mereka amat digeruni musuh, disanjung masyarakat yang kagum akan keberanian mereka yang luar biasa.

Namun, pengakhiran mereka yang begitu tragik adalah disebabkan tangan-tangan mereka sendiri.

Sikap tamak, salah guna kuasa serta menolak perubahan kerana takut kehilangan jawatan, semuanya ini telah mengkhianati perjuangan jihad para Janissari sebelum mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Tuesday, September 10, 2019

Knights Templar: Tentera Elit Yang Musnah Kerana Kekayaan

Knights Templar: Tentera Elit Yang Musnah Kerana Kekayaan

Setelah pakatan Tentera Salib Eropah berjaya menawan Jerusalem dari pemerintahan umat Islam pada 1099, maka berbondong-bondong masyarakat Kristian di Eropah ingin melakukan 'haji' melawat Tanah Suci Jerusalem.

Tentera elit Knights Templar
Gambar hiasan.

Namun, rombongan haji yang menempuh perjalanan yang jauh itu telah menyebabkan mereka sering menjadi sasaran mudah para perompak dan penyamun di jalanan.

Habis harta benda yang mereka bawa dalam perjalanan dirampas, malah pada satu tahap mereka juga telah dibunuh oleh penjenayah keji itu.

Atas faktor itulah maka sebuah pasukan ketenteraan elit ditubuhkan bagi menjaga rombongan haji ke Jerusalem ini sepanjang perjalanan mereka – itulah Knights Templar.

Templar atau Knights Templar (nama rasminya Poor Fellow-Soldiers of Christ and the Temple of Solomon) telah ditubuhkan oleh seorang tentera berbangsa Perancis, Hugues de Payens pada 1118.

Pada awal-awal penubuhan pasukan ini, ia mendapat banyak kritikan dari pelbagai agamawan Kristian yang mendakwa pasukan ini bertindak ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Namun pada 1129, Knights Templar mendapat sokongan daripada Bernard of Clairvanx, seorang agamawan Perancis yang sangat berpengaruh.

Sepuluh tahun kemudian, ketua Gereja Katolik pada ketika itu, Pope Innocent II telah mengeluarkan satu perintah Papal Bull yang menyatakan sokongan gereja terhadap fungsi Knights Templar.

Dalam perintah itu dinyatakan pelbagai keistimewaan Knights Templar. Antaranya pengecualian pembayaran cukai, dibenarkan untuk membina markas di mana-mana kawasan monarki Kristian dan tidak tertakluk di bawah mana-mana kerajaan.

Sejak dari itu, kesetiaan Knights Templar hanya untuk Pope sahaja, tidak berpihak kepada mana-mana monarki di Eropah.

Reputasi Knights Templar

Penubuhan Knights Templar telah mengubah pandangan spektikal masyarakat Eropah terhadap tentera.

Sebelum kehadiran Knights Templar, masyarakat melihat tentera sebagai golongan samseng yang suka menindas rakyat serta sering kali melakukan peras ugut.

Namun situasi ini berubah dengan wujudnya Knights Templar yang dianggotai oleh alim-alim agama.

Ahli-ahli Knights Templar mempunyai peraturan-peraturan yang sama seperti biarawan atau paderi. Mereka tidak boleh berkahwin, tidak dibenarkan menyentuh perempuan hatta ibu sendiri, tidak minum arak serta pelbagai syarat ketat yang dikenakan.

Templars dihormati kerana ketaatan mereka kepada ajaran Kristian. Ahli Knights Templar juga dikehendaki mengangkat sumpah supaya menjalani kehidupan yang zuhud, miskin dan setia hanya kepada Pope.

Mereka juga dilarang memakai kasut yang mempunyai muncung dihadapan, sebagai simbolik kezuhudan mereka.

Atas sebab itu tentera Knights Templar dilihat sebagai benteng Kristian dan mereka juga sering dipanggil sebagai Tentera Jesus.

Knights Templar sangat mahir berperang serta merupakan pakar strategi yang hebat. Kesemua ahli Templar dilatih dengan tahap kemahiran yang tinggi.

Mereka juga terkenal kerana sifat keberanian yang luar biasa. Hal ini dapat dilihat melalui prinsip perang mereka, dimana Knights Templar diharamkan untuk berundur di medan perang kecuali bilangan mereka sangat sedikit jika dibandingkan dengan pihak musuh.

Antara kejayaan ulung mereka adalah berjaya menewaskan panglima agung umat Islam, Salahuddin Al Ayyubi dalam Pertempuran Montgisard.

Tentera Miskin Yang Sangat Kaya

Walaupun kebanyakan ahli Knights Templar merupakan ahli-ahli yang miskin dan juga telah bersumpah menjalani kehidupan miskin, namun secara kolektifnya mereka merupakan sebuah organisasi yang sangat kaya. Lebih kaya berbanding kerajaan monarki Eropah pada ketika itu.

Hal ini berikutan mereka dikecualikan daripada membayar cukai serta keuntungan urusan perbankan melalui misi keselamatan rombongan haji.

Knights Templar juga mendapat sumber kewangan daripada derma orang ramai yang menganggap ia sebagai kerja Tuhan.

Bukan itu sahaja, Alfonso I (Pemerintah Aragon) telah mengurniakan 1/3 daripada wilayahnya kepada Knights Templar.

Kayanya mereka sehingga mampu untuk membeli pulau Cyprus serta memberikan pinjaman kepada para raja.

Kejatuhan Knights Templar

Setelah Salahuddin (semoga Allah memberkatinya) berjaya membebaskan kembali Jerusalem pada 1187, itu menandakan permulaan bagi pengakhiran Knights Templar.

Kekalahan demi kekalahan yang dialami dalam siri Perang Salib menyebabkan Knights Templar terpaksa bertukar markas.

Kemuncaknya, Kejatuhan Acre pada 1291 pada Kesultanan Mamluk telah membersihkan Timur Tengah daripada jejak-jejak Knights Templar.

Pada 1303, Knights Templar yang telah diusir dari dunia Islam itu telah menubuhkan markas operasinya di Paris yang ketika itu diperintah oleh Raja Philip IV Si Adil.

Ketika itu, baginda raja mempunyai hutang yang sangat banyak dengan Knights Templar lebih-lebih lagi pembiyaan kewangan yang besar ketika perang Perancis dengan Inggeris.

Philip IV

Mengetahui bahawa baginda tersepit dalam hutang yang banyak, ditambah pula kantung kerajaan semakin menguncup akibat perang, maka Philip IV menyasarkan Knights Templar sebagai sasaran utama.

Keterdesakan Philip IV amat jelas apabila pada tahun-tahun sebelumnya iaitu pada 1292, baginda telah menangkap sekumpulan pedagang Itali yang kaya raya lalu merampas harta benda mereka. Baginda juga memaksa agar mereka semua membeli barang keluaran Perancis.

Philip IV sedar akan kekayaan luar biasa Knights Templar yang disimpan di markas yang terletak di ibu kota Paris. Maka baginda telah merancang satu plot untuk menjatuhkan organisasi ketenteraan tersebut.

Hubungan Knights Templar-Perancis pada masa itu sememangnya dingin sejak Templar enggan meminjamkan wang kepada kerajaan Perancis akibat tunggakan hutang yang begitu banyak.

Kematian Pope Boniface VIII dalam tahanan Raja Philip IV telah menandakan krisis yang kian meruncing antara raja dan gereja.

Boniface VIII sememangnya dikenali sebagai tokoh yang sangat kuat mempertahankan Knights Templar.

Kenyataan beliau banyak mengguris hati keluarga diraja Philip IV di mana akhirnya beliau mati dalam tahanan kerajaan.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan kematian Pope merupakan komplot terancang Philip IV bagi menaikkan Pope yang lebih berpihak kepadanya, iaitu Clement V (bekas Bishop Perancis).

Plot Penganiyaan Bermula

Rancangan untuk menghapuskan Knights Templar telah lama berjalan antara Raja Philip IV dan Pope Clement V.

Pada 1307, Clement V yang berada di Paris menghantar surat kepada Jacques de Molay (Grand Master Templar yang terakhir) agar menyuruh dia bermesyuarat dengannya perihal misi ketenteraan Knights Templar untuk melancarkan Perang Salib yang baru.

Tanpa syak wasangka, De Molay patuh dengan arahan tersebut dan terus bersiap ke Paris dengan rombongan yang terdiri daripada 60 Templar.

Sesampainya rombongan Knights Templar di Paris, kesemua mereka telah ditangkap dan disoal siasat.

Clement V telah melakukan pembohongan dengan menyatakan bahawa kehadiran De Molay adalah untuk membantu siasatan dakwaan Knights Templar telah menjadi sesat dan jauh tersimpang dari agama.

Bermula dari itulah penyeksaan dan segala macam bentuk kezaliman telah dikenakan ke atas Knights Templar atas titah Philip IV.

Baginda telah melakukan soal siasat diiringi dengan tekanan fizikal yang hebat ke atas Templar – antaranya langsung tidak diberi makan, kekurangan tidur, soal siasat tanpa henti dan satu bentuk mesin hukuman yang dipanggil strappado (menyebabkan bahu seseorang patah).

Knights Templar dituduh telah melakukan ritual-ritual menyembah syaitan. Mereka juga didakwa telah melakukan zina, meludah palang salib, meliwat sesama ahli dan mengungkapkan kata-kata kufur ke atas Jesus.

Oleh kerana tidak tahan dengan soal siasat yang penuh seksa, maka hampir semua Templar telah membuat pengakuan ke atas dakwaan tersebut, termasuklah Grand Master mereka sendiri, De Molay.

Dengan pengakuan kontroversi tersebut, maka Pope Clement V bersama-sama dengan Philip IV telah membubarkan Knights Templar secara rasmi pada 1312.

Awalnya, De Molay telah membuat pengakuan terhadap segala dakwaan yang telah dilemparkan ke atasnya namun, apabila tiba giliran Pope melalui delegasinya untuk melaksanakan perbicaraan mahkamah, De Molay menarik balik pengakuan dengan mengatakan dia telah dipaksa membuat pengakuan melalui seksaan yang sangat teruk.

Keadaan yang menyusul selepas itu menyaksikan wujudnya perkelahian dan kenyataan yang tidak konsisten dari ahli Templar.

Dalam situasi yang rumit sedemikian, Philip IV memberi kata akhir dengan menjatuhkan hukuman bakar hidup-hidup ke atas De Molay dan beberapa pemimpin kanan Knights Templar. Habis cerita!

Maka pada tanggal 18 Mac 1314, De Molay bersama pengikutnya telah dihukum mati dengan cara tersebut.

Di saat kematiannya, De Molay telah melakukan kutukan sumpahan ke atas Philip IV dan Pope Clement V di atas ketidakadilan mereka dalam memberikan hukuman. Dia juga menegaskan semua tuduhan adalah palsu.

Tidak sampai setahun dari peristiwa tersebut, kedua-dua watak yang menzalimi Knights Templar telah mati, seolah-olah sumpahan De Molay adalah benar belaka.

Maka berakhirlah riwayat Knights Templar di tangan seorang raja yang tamakkan harta.

Namun, terdapat spekulasi terbaharu yang timbul hasil daripada penemuan manuskrip bertajuk Chinon Parchment yang bertarikh Ogos 1308.

Manuskrip itu menyatakan De Molay sebenarnya sudah diberi pengampunan oleh pihak Gereja Katolik pada awalnya.

Namun, keputusan Philip IV yang melaksanakan hukuman bunuh ke atas De Molay dipercayai dilakukan di luar rangka perundangan.

Pope Clement V juga menerima pelbagai cemuhan dan kritikan dari agamawan seluruh Eropah yang percaya bahawa pembubaran Templar merupakan satu konspirasi terancang pihak diraja Perancis.

Yang pasti, Philip IV ingin merampas semua kekayaan luar biasa Knights Templar dengan cara menghapuskan organisasi mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wednesday, August 28, 2019

4 Sebab Kenapa Saintis Mahu Menerokai Planet Marikh

4 Sebab Kenapa Saintis Mahu Menerokai Planet Marikh

Daripada organisasi-organisasi besar seperti NASA (Amerika Syarikat) dan Roscosmos (Russia) sehinggalah kepada syarikat persendirian seperti SpaceX yang ditubuhkan oleh Elon Musk, semuanya memfokuskan kepada eksplorasi terhadap planet Marikh.

Menerokai Planet Marikh

Persoalannya, kenapa penerokaan ke planet merah ini penting buat organisasi-organisasi ini? Bukan sahaja teknologi dan pelbagai kajian dilakukan untuk misi ini, malah NASA juga dikhabarkan telah mempunyai calon yang sesuai sebagai angkasawan pertama untuk dihantar ke Marikh.

Manusia yang terpilih tersebut adalah Alyssa Carson, yang kini sedang menjalani pelbagai latihan insentif bagi merealisasikan perancangan NASA untuk menghantar manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2033.

Persoalannya, kenapa para saintis berlumba-lumba hendak menerokai planet Marikh?

1. Perasaan ingin tahu

Suatu kajian yang dibuat oleh saintis biasanya untuk menyelesaikan masalah atau berpunca daripada perasaan ingin tahu.

Pada tahun 1976, NASA telah melancarkan 2 misi ke planet Marikh iaitu Viking 1 pada 20 Julai 1976 dan Viking 2 pada 3 September 1976.

Kedua-dua misi ini adalah misi terawal yang berjaya melakukan pendaratan di planet Marikh dan robot telah berjaya menemui bukti kewujudan air di planet Marikh.

Walau bagaimanapun, persoalan sama ada terdapat hidupan di planet Marikh masih lagi belum dapat dirungkai.

2. Pencarian tempat tinggal baru buat manusia

Bagi Elon Musk, beliau merancang untuk mewujudkan penempatan manusia di planet Marikh bagi memastikan manusia tidak akan pupus sekiranya Perang Dunia Ketiga benar-benar berlaku.

Saintis juga percaya Bumi semakin nazak dengan pelbagai pencemaran dan perubahan iklim yang drastik, menjadikannya tidak selamat untuk diduduki.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksa saintis tidak memfokuskan kepada penyelesaian kepada pencemaran alam sekitar.

Malah, perpindahan manusia ke Marikh juga dilihat sebagai alternatif terakhir sekiranya Bumi hancur pada masa hadapan.

3. Mendorong penciptaan teknologi baru

Sekiranya anda tidak tahu, eksplorasi ke angkasa lepas sebenarnya banyak memberi manfaat kepada manusia.

Solusi dan teknologi baru yang dicipta bagi menyelesaikan sesuatu masalah telah memberi banyak kebaikan kepada manusia. Misalnya, penciptaan satelit.

Kini, satelit telah digunakan secara meluas dalam bidang komunikasi, penentuan masa dan kedudukan (GPS).

Selain itu, misi Apollo oleh NASA satu ketika dahulu juga membawa kepada penciptaan cip mikroelektronik yang kini banyak digunakan dalam kalkulator dan komputer.

Tanpa ciptaan cip mikroelektronik ini, kita berkemungkinan masih lagi menggunakan barang-barang elektronik bersaiz besar.

Dalam eksplorasi planet Marikh, kajian menggunakan robot mendapati terdapat kemungkinan hidupan disana.

Walaupun terdapat beberapa persamaan mengenai ciri rekabentuk dan geografi Marikh dan Bumi, terdapat juga beberapa perbezaan yang ketara antara keduanya.

Saintis mungkin boleh membuat kajian mengenai kewujudan hidupan dan evolusi kehidupan di Marikh, kemudian menggunakan dapatan daripada kajian tersebut kepada manusia di Bumi ini.

4. Mewujudkan kerjasama antarabangsa

Bagi NASA, eksplorasi ke Marikh bukan sahaja menguntungkan pihaknya, tetapi semua negara atau organisasi yang terlibat.

Pelbagai halangan dan kesukaran untuk terbang ke Marikh dan melakukan pelbagai kajian tentang kemungkinan mewujudkan koloni manusia di sana sebenarnya menggalakkan pelbagai organisasi dari seluruh dunia untuk bekerjasama.

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) merupakan antara contoh dalam bab ini. Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara terawal yang mencadangkan pembinaan ISS, kini banyak organisasi lain turut mempunyai modul mereka di ISS antaranya Russia dan European Space Agency (ESA).

Malah, angkasawan pertama Malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor juga pernah menjejakkan kaki ke ISS pada tahun 2007.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, August 25, 2019

Kekayaan Firaun Mesir Yang Tidak Dapat Dibayangkan

Kekayaan Firaun Mesir Yang Tidak Dapat Dibayangkan

Ramai tahu bahawa Mesir merupakan antara tamadun paling purba dalam sejarah, dengan pelbagai infrastruktur yang mengagumkan sepanjang mata memandang, sehinggalah kepada ilmu-ilmu hebat seperti perubatan, matematik dan juga astronomi.

Kekayaan Firaun Mesir

Namun, salah satu keagungan Mesir Purba yang jarang dibicarakan ialah kekayaan yang dimilikinya.

Kalau Mesir Purba tidak kaya, tidak akanlah makam-makam pemerintah Mesir Purba atau lebih dikenali sebagai Firaun ini menjadi mangsa rompakan para penjarah.

Bercakap mengenai makam firaun, mungkin dari sini kita boleh bermula bercerita tentang kekayaan firaun dalam sejarah.

Firaun Tutankhamen

Memperkenalkan kepada anda Firaun Tutankhamen yang terkenal dengan penemuan emas-emas yang tidak terbayang dek akal, dikebumikan bersama dengan jasadnya.

Firaun Tutankhamen bukanlah sesiapa pun dalam sejarah berbanding banyak lagi firaun, tetapi pada penemuan yang dijumpai berkaitan di makam beliau:
  • Firaun Tut dikebumikan bersama dengan tiga buah keranda.
  • Sebuah keranda kuarsit berwarna kuning yang diseliputi oleh emas.
  • Terdapat sebuah keranda yang diperbuat daripada emas yang menempatkan jasad Firaun Tut.
  • Pada jasadnya pula, terdapat sebuah topeng emas, manakala bahagian tubuhnya pula dihiasai permata bertakhta berlian dan barangan kemas yang lain.
  • Pada segala perabot yang ditempatkan dalam makamnya pula, ia dilapik oleh daun emas yang diperbuat umpama sebuah kertas.

Bayangkan kekayaan yang dimiliki oleh Firaun Tut sahaja, pada hari ini kekayaan yang ditanam di makam tersebut berjumlah lebih 680 juta dolar mencapai angka bilion ringgit.

Ramses II

Itu belum lagi kita bercakap bagaimana Ramses II, yang merupakan firaun teragung dalam sejarah Mesir Purba.

Ramses II pada zaman kemuncaknya dikatakan memiliki lebih 200 isteri dan dayang, memiliki sebuah kota yang dibina lalu dinamakan di atas namanya sendiri.

Pada zamannya, Mesir Purba tidak pernah melihat sebarang projek mega yang dibangunkan di serata Mesir.

Ketika Ramses II mati pada usia 92 tahun, seluruh Mesir Purba menjadi panik kerana menyangka bahawa dunia akan tamat kerana keagungan yang dimilikinya membuatkan Ramses II dipuja laksana TUHAN.

Kalau Firaun Tut dimakamkan bersama dengan segala perhiasan emas, Ramses II pula dimakamkan dan dimumiakan dengan pelbagai rempah menyelubungi tubuhnya.

Rongga hidungnya sahaja dipenuhi dengan rempah termahal abad silam, iaitu lada hitam.

Walaupun sebahagian besar hartanya telah hilang dirompak oleh penjarah makam, ia tetap meninggalkan seribu tanda tanya kepada kita.

Tentulah berganda-ganda kekayaan yang dimilikinya berbanding seorang raja lain yang tidak begitu terkenal seperti Firaun Tutankhamen.

Cleopatra

Atau mungkin juga kita boleh bercakap mengenai firaun wanita paling kaya dalam sejarah Mesir Purba iaitu Cleopatra.

Cleopatra disenaraikan oleh majalah Money Magazine’s ditempat ketujuh dalam sejarah, dengan kekayaannya dianggarkan bernilai 95 bilion, di mana jika digabungkan kekayaan milik Elon Musk dan juga pengasas Facebook hari ini, Mark Zuckerberg, masih lagi tidak mampu menandingi kekayaan miliknya.

Ini tidak menghairankan kerana ketika itu, Mesir adalah sebuah negara kaya raya yang mendapat manfaat dari kekayaan sumber bumi dan perdagangan komoditi seperti kaca, gandum, emas, minyak, papyrus dan banyak lagi.

Sebab itu jugalah yang membawa perhatian Julius Caesar daripada Rom untuk memberi perhatian kepada Mesir di bawah pemerintahan Cleopatra.

Amenhotep III

Tentu kita tidak akan terlepas daripada bercakap mengenai Amenhotep III yang sering didabik sebagai firaun terkaya dalam sejarah, sehingga kekayaannya seringkali membuatkan raja-raja kerajaan dan tamadun berdekatan cemburu.

Diceritakan bahawa, betapa kayanya Amenhotep III yang terkenal kerana mentadbir lombong emas di Nubia dalam penemuan sebuah surat Amenhotep III.

Surat Amarna yang isi kandungannya adalah dasar diplomasi Amenhotep III meminang puteri-puteri raja dari kerajaan yang berdekatan.

Dalam surat itu, dinyatakan raja-raja asing dari kerajaan asing tanpa segan silu merayu untuk memiliki emas yang dimiliki oleh Amenhotep III.

Amenhotep III menjawab dengan memberikan sedikit kekayaannya, tetapi sentiasa meninggalkan selebihnya membuatkan raja-raja lain semakin ingin merasai dan menikmati kekayaannya.

Kekayaannya membuatkan raja sekalipun, berasa cemburu dan menggemis tanpa segan, adalah bukti sebenar-benarnya sebuah kekayaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Monday, August 05, 2019

Perang Sparta-Athens, Sengketa Paling Lama Di Dunia Akhirnya Tamat Selepas 2500 Tahun

Perang Sparta-Athens, Sengketa Paling Lama Di Dunia Akhirnya Tamat Selepas 2500 Tahun

Tahukah anda bahawa terdapat satu perang saudara yang telah berlangsung dengan begitu lama selama 2500 tahun yang tidak pernah berakhir "secara rasmi" akhirnya tamat hanya pada tahun 1996?!

Perang Sparta-Athens

Perang Peloponnesia yang berlaku pada tahun 431 hingga 404 SM antara dua negeri Greek iaitu Athens dan Sparta, merupakan zaman yang sangat penting dalam sejarah dunia.

Peperangan Peloponnesia ini telah dilancarkan antara Liga Delian yang diketuai oleh Athens terhadap Liga Peloponnesia yang diketuai oleh Sparta.

Ahli sejarah telah membahagikan perang ini dalam tiga fasa iaitu:

Fasa Pertama - Perang Archidamia, di mana Sparta melancarkan serangan ke atas Attica sementara tentera laut Athens menyerang pantai Peloponnese. Ia berlangsung selama 10 tahun dan tamat pada 421 SM setelah perjanjian Peace of Nicias ditandatangani.

Fasa Kedua - Athens menghantar pasukan ekspedisi yang besar untuk menyerang Syracuse, Sicily pada tahun 415 SM. Serangan itu gagal dan berakhir pada 413 SM.

Fasa Ketiga - Dikenali sebagai Perang Decelean atau Perang Ionia. Pada waktu ini Sparta menerima sokongan daripada Empayar Achaemenid dalam pemberontakan yang berlaku di negara-negara jajahan Athens di Laut Aegean dan Ionia. Kekalahan armada Athens dalam Pertempuran Aegospotami telah mengakhiri peperangan ini.

Zaman Emas

Athens yang merupakan negara semi-demokratik telah meminjamkan begitu banyak idea-idea kepada Rom dan tamadun barat moden secara keseluruhan.

Manakala Sparta pula adalah negeri ketenteraan profesional yang tidak ada tolok bandingnya di medan perang pada masa itu, yang berperang untuk mengawal Greece dan Basin Mediterranean Timur.

Apabila peperangan besar ini tamat, "Zaman Emas" Athens juga telah berakhir, begitu juga dengan kawalan Sparta terhadap semenanjung Greek dan persekitarannya, juga berakhir tidak lama selepas itu.

Ketika Peperangan Peloponnesia sedang berlangsung, Athens telah dilanda oleh wabak disebabkan oleh pengepungan yang dilakukan oleh tentera Sparta.

Kota Athenia yang indah itu dicemari oleh penyakit, kebuluran dan kemarau yang teruk.

Penduduk Athens melompat kegembiraan apabila pemimpin kedua-dua negeri itu bersetuju untuk mengakhiri perang.

Bersetuju untuk berdamai

Thucydides yang terkenal kerana menulis mengenai Peperangan Peloponnesia memberitahu bahawa, duta Sparta telah memberikan syarat penyerahan kepada duta Athens.

Pada keesokan harinya, duta-duta Athens telah membentangkan syarat-syarat yang ditawarkan oleh Lacedaemonia (Sparta) untuk berdamai di hadapan Dewan Undangan.

Theramenes menjadi wakil bagi duta-duta itu menggesa agar pemerintahan Athens mematuhi tawaran Sparta dan meruntuhkan tembok mereka bagi mengakhiri kebuluran dan kematian akibat wabak.

Walaupun ada ahli Dewan Undangan tidak bersetuju dengan Theramenes, jumlah yang jauh lebih besar menyokongnya, nereka akhirnya bersetuju untuk berdamai namun, tiada perjanjian rasmi yang ditandatangani atau rekod mengenainya yang pernah dijumpai.

Golongan bangsawan Athens telah mengundi untuk mengakhiri perang yang berlangsung selama 27 tahun itu.

Akibat peperangan itu juga, kedua-dua negara telah hancur dan tidak pernah sama lagi seperti sebelumnya.

Zaman kemuncak tamadun manusia telah berakhir di Athens, manakala kekuatan ketenteraan Sparta yang berada dikemuncak tetapi tidak lama selepas itu mula menurun.

Manakala di kawasan pergunungan utara Greece, satu kuasa baru telah muncul. Kuasa baru yang dimaksudkan ini ialah Macedonia.

Di bawah raja-raja Archelaus, Amyntas III dan anaknya Philip II, Macedonia perlahan-lahan menjadi kerajaan paling berkuasa di Mediterania dan salah satu kerajaan paling berkuasa di dunia.

Di bawah pemerintahan anak kepada Philip iaitu Alexander III, Macedonia buat seketika telah menjadi empayar paling berkuasa di Eropah dan Timur tengah.

Perkara ini sedikit sebanyak dibantu oleh kekalahan Athens dan kuasa ketenteraan Sparta yang semakin lemah semasa Peperangan Peloponnesia.

Berakhirnya perang secara rasmi selepas selama 2500 tahun

Pada tahun 1996, kedua-dua Datuk Bandar Athens dan Sparta telah memutuskan bahawa peperangan yang telah berlaku selama 2,500 antara mereka harus berakhir.

Masyarakat Yunani di Greece dan masyarakat Yunani di Diaspora memberitahu bahawa, terdapat banyak perbezaan antara penduduk Athens dan Sparta sehingga hari ini.

Perkara seperti ini berlaku dan akan terus menjadi persaingan yang tidak jelas dalam membanding-bandingkan warisan sejarah mereka.

Namun akhirnya, Athens dan Sparta telah bersetuju untuk menamatkan perang paling lama di dunia ini secara rasmi.

Pada 12 Mac 1996, jurucakap Athens iaitu Vassilias Tayagas mengumumkan bahawa, "Tahun ini menandakan berakhirnya Perang Peloponnesia yang berlangsung selama 25 abad. Perjanjian damai yang simbolik ini adalah cara untuk kami memperingati bagaimana penghujung persengketaan ini."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi