Saturday, March 26, 2016

Kisah 'Dalam Kelambu' Seorang Isteri Wajib Baca!

Kisah 'Dalam Kelambu' Seorang Isteri Wajib Baca!

Pada satu hari ketika membasuh pinggan, saya menyedari bahawa sudah lapan hari kami tidak bersentuhan. Lapan hari itu adalah tempoh yang agak lama bagi kami.

Kisah 'Dalam Kelambu'
Gambar hiasan.

Tetapi yang merisaukan saya adalah saya tidak rasa menginginkannya atau merinduinya. Saya tidak merindui disentuh olehnya. Dan itulah adalah masalah yang terbesar.

Jadi, selepas menidurkan anak pada waktu malam, saya menjeling suami saya. Ya, saya memang sangat penat. Tetapi ketika mengeringkan pinggan mangkuk, saya terfikir kenapa dulu saya tidak begitu?

SEKS BERSAMA SUAMI

Saya mendapat inspirasi dan menyorot kembali mengapa saya perlukan seks dengan suami setiap malam.

1. Ingin selalu disentuh

Kebanyakan hari saya dipenuhi dengan bermain anak patung dengan anak, lap makanan bayi yang tertumpah pada baju, tukarkan lampin bayi dan berjalan di taman.

Ya, sayalah tukang masak, tukang bersih, guru dan membersihkan segala jenis kotoran yang menjijikkan.

Tetapi saya juga lebih dari sekadar itu, lebih dari sekadar memainkan peranan-peranan yang tersebut di atas. Saya seorang perempuan!

Dan ada potensi yang mendalam bahawa saya hebat dalam mencium juga. Ia adalah satu perkara yang indah dengan mencari diri sendiri melalui sentuhan orang lain.

Terdapat satu benda yang misteri dan tersembunyi apabila saya mencium lelaki yang saya cintai.

2. Ingin jadikan suami seorang 'lelaki'

Jika anda ingin suami anda untuk bertindak seperti seorang lelaki, anda perlulah memandangnya sebagai seorang lelaki.

Wanita memerlukan beberapa kriteria pada lelaki untuk menyayanginya. Tetapi lelaki jauh lebih mudah. Mereka perlu diberi makan, dihargai dan mereka perlukan seks. Itu sahaja.

Jadi, sekali sekala, masakkan untuknya atau pesan makanan diluar. Ucapkan terima kasih kerana membanting tulang bekerja berjam-jam di luar dan berikan pelukan mesra setiap kali dia pulang ke rumah.

Kemudian, berikannya layanan yang selayaknya.

3. Ingin masa berdua yang 'eksklusif'

Anda perlukan masa setiap hari untuk anda berdua. Masih ingat lelaki itu? Lelaki yang membuatkan jantung anda berdegup kencang?

Lelaki yang anda impikan, yang membuatkan anda mengejar bintang dan tidak mahu berpijak di bumi nyata?

Lelaki itu masih lagi menyayangi anda dan memerlukan anda. Setiap malam selepas anda tidurkan anak-anak adalah peluang untuk anda berjumpa dengannya.

4. Ingin hilangkan stres

Seks mengurangkan tekanan atau stress. Saya tahu perkara ini tidak memerlukan penerangan lanjut. Sebagai seorang ibu, stres adalah makanan ruji harian saya.

Jadi, saya ada pilihan;

A) Meronda pada waktu malam dan langgar mana-mana pagar rumah orang atau
B) Saya boleh bermanja dengan seorang lelaki yang saya kahwini.

Jadi saya pilih B.

5. Inginkan keseronokan dunia

Ia sangat menyeronokkan. Serius!

Kenapa anda perlu menolak benda yang baik dalam hidup anda? Kita bekerja keras membantu anak kita menyiapkan kerja rumah, algebra dan melakukan zumba di tempat awam.

Tetapi apabila meminta dia melakukan seks setiap malam, dia akan memandang pelik dan berkata, “Awak gila? Orgasma setiap malam? Awak fikir saya seperti perempuan Nymfoniac?”

Akhir kata

Adakah anda pernah terfikir bahawa kita perlukan seks kerana kita layak mendapatkannya?

Ya, anda layak mendapatkannya.

Ingat juga kepada satu perkara, sama ada suka atau tidak, percaya atau tidak,  suami akan 'makan luar' jika keinginannya yang satu ini sering ditolak.

Tapi jika kemahuannya ini anda penuhi setiap kali dia meminta, andalah segala-galanya! Malah, dia akan berusaha memetik bintang untuk anda sepenuh hatinya. Percayalah!

Jadi, malam ini, tidurkan anak anda, tinggalkan pinggan kotor di sinki dan biarkan dahulu lantai tidak bersapu. Semua itu boleh diselesaikan kemudian.

Ambil masa sejenak untuk mengingati bahawa anda adalah seorang perempuan yang anda impikan dan carilah lelaki yang anda impikan.

Ulang lagi, setiap hari.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, March 21, 2016

2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik! Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar bagi lelaki!

Suami makan hati

Walaupun sebenarnya banyak lagi faktor lain, tapi dua perkara inilah yang biasanya menjadi punca utama, retaknya hubungan bahagia yang telah terjalin sekian lama.

Pertama;

Sila teman suami waktu makan. TOLONG!

Kedua;

Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha (ganti balik!) seberapa segera yang boleh. TOLONG!

1. Awak pandai masak?

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pulak buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, "Saya dah siapkan semua makanan kat dapur, tapi selera makan saya pulak takde, jadi saya mahu berehat sekejap, abang makan sorang la ye?"

Apa kejadah?!

Lalu makanlah si suami seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA!

Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!

Menurut penulis artikel ini yang telah merujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, apa yang terjadi sehingga berlaku perceraian?

Terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah:

Kau selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan-puan sekalian, kewajipan isteri bukan sekadar memasak, anda boleh beli makanan di kedai dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami akan mudah bergaduh dengan anda, phone seks dengan wanita lain, wechat/whatsapp dengan orang lain lalu bercerai, Nauzubillah min zalik.

Masih ingat lagi tak? Perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, mula-mula kahwin suami pun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Ada satu kisah, seorang pakcik yang bininya huduh! Tak lawa langsung! Mulut laser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik ni bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal.

Selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?

Jawab Pakcik tu, "Isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya dia tiada selera, dia tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis."

2. Malas Nak Seks Ke?

Sekarang bab teman tidur pula. Menolak ajakan bersetubuh dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami.

Bahkan, terdapat hadis yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadis lagi, jika suami ajak bersetubuh walhal anda sudah diatas unta (kereta pada zaman ini) puan wajib tunaikan, tetap tak boleh tolak! Giler punya penangan!!

Jika suami ajak bersetubuh dan andai kata puan-puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti demam, pening kepala, atau lain-lain, jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu.

Kalau boleh, lafazkan dengan kata-kata seperti, "Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!"

Ya Allah, kau tau tak, betapa cair dan berbunganya hati lelaki bergelar suami bila dengar kata-kata begini dari mulut isteri.

Wow-wow

Insyaa-Allah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Sebenarnya tak perlu nak cerita panjang lebar bab ni, semua sudah faham tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Cukup sampai sini, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni.

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah ini baik baik;

Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik,
Jika selalu mengelak di ranjang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanaviral

Wednesday, March 09, 2016

Dedikasi Buat Semua Wanita Di Dunia

Dedikasi Buat Semua Wanita Di Dunia

Wanita adalah karakter yang paling unik seumpama garam. Adanya dia, tidak diingati, tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar. Setiap wanita itu cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki.

Selamat+Hari+Wanita

Apabila wanita akhirnya menjadi seorang isteri.

1. Wanita bekerja 24 jam sehari.
2. Wanitalah ibu.
3. Wanitalah isteri.
4. Wanita adalah anak perempuan.
5. Wanitalah menantu.
6. Wanitalah jam loceng.
7. Wanitalah tukang masak.
8. Wanitalah pembantu rumah.
9. Wanitalah guru.
10. Wanitalah pelayan.
11. Wanitalah nenek.
12. Wanitalah jururawat.
13. Wanitalah jurukamera.
14. Wanitalah pengawal.
15. Wanitalah kaunselor.
16. Wanitalah selimut.
17. Wanita tiada percutian.
18. Wanita tiada cuti sakit.
19. Wanita tiada cuti harian.
20. Wanita bekerja siang dan malam.
21. Wanita sentiasa 'on call'.

Hantarlah mesej ini kepada semua orang, agar mereka tahu betapa kita semua begitu menyayangi dan menghargai seorang yang bergelar wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, May 30, 2015

Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

Kenapa Bulu Kemaluan Wanita Perlu Dicukur?

Debat mengenai bulu kemaluan wanita seakan-akan tidak pernah ada penghabisannya. Ada segelintir wanita tidak peduli tumbuh lebatnya bulu kemaluan di Miss V mereka, namun ada memilih untuk membersihkannya.

Bulu Kemaluan

Adakah bulu kemaluan wanita perlu dihilangkan?

Zaman dahulu bulu kemaluan wanita memang sengaja dibiarkan tumbuh subur menutupi kulit daripada kotoran dan debu kerana teknologi fabrik pada jenis kain seluar dalam golongan Hawa tidaklah maju seperti era sekarang.

Seiring perubahan waktu, pakaian yang kita gunakan sehari-hari sudah lebih cukup untuk menutupi kulit daripada habuk dan debu. Ini memungkinkan kita untuk menghilangkan bulu pada tubuh termasuk bulu kemaluan wanita.

Menurut pakar kulit dan kelamin, Dr. Endi Novianto, konsultan sebuah klinik kecantikan ZAP, rambut pada Miss V yang terlalu lebat dapat menimbulkan masalah kebersihan dan kelembaban sekali gus menjejaskan kesihatan.

Jika tidak dirawat, bulu ari-ari berisiko jadi tempat berkembang parasit sumber penyakit. Dalam kes ini, cara hilangkan bulu kemaluan secara tetap adalah alternatif untuk menjaga kesihatan organ intim.

Selain faktor kebersihan, kajian saintis mendapati majoriti lelaki lebih sukai alat kelamin wanita tanpa bulu kemaluan kerana ia dilihat lebih seksi dan dapat menambah sensitiviti terhadap rangsangan kepada seks.

Untuk itu wanita wajar tahu cara menghilangkan bulu kemaluan wanita secara tepat. Menjaga kebersihan Miss V ada yang rutin mencukur, menggunting malah datang ke salon untuk melakukan rawatan cabut bulu ari-ari.

Berikut disenaraikan kaedah untuk menghilangkan bulu kemaluan sama ada secara paksa selain moden:

Mencukur

Jika memutuskan untuk menghilangkan bulu kemaluan, banyak hal yang harus diperhatikan terutama isu kesihatan.

Mencukur memang cara termurah, namun kurang efektif kerana rambut pada Miss V wanita akan kembali dengan cepat dan terasa gatal ketika ia mulai tumbuh.

Pastikan pisau cukur yang anda gunakan cukup bersih dan disteril dengan betul.

Menggunting

Tindakan ini cukup berbahaya dan memerlukan perhatian lebih. Bulu kemaluan wanita yang tidak begitu panjang dan kawasan Miss V yang cukup kecil tentunya menyulitkan wanita untuk menggunting bulu kemaluan sehingga licin.

Hal ini memungkinkan organ intim terluka akibat terkena mata gunting tersebut dan ini tidak begitu digalakkan oleh pakar perubatan.

Menghilangkan secara tetap

Mungkin ada pernah dengan istilah Brazilian Waxing. Cara menghilangkan bulu kemaluan wanita menerusi kaedah ini menggunakan prosedur mencabut bulu kemaluan secara paksa yang menimbulkan rasa teramat ngilu pada bagian Miss V sepanjang proses perawatannya.

Tentunya bukan cara seperti ini yang kebanyakan wanita inginkan bukan?

Kesimpulan

Setakat ini kaedah Brazilian Hair Removal Treatment adalah cara paling canggih menghilangkan bulu kemaluan wanita secara tetap menggunakan satu teknologi rawatan berasaskan penggunaan cahaya tertentu.

Kaedah unik ini menjanjikan bulu kemaluan wanita bakal ‘dihilangkan’ buat selama-lamanya menerusi prosedur sinaran khas selama beberapa saat malah bulu kemaluan tersebut akan gugur sehingga ke dalam akar.

Setelah melalui sirii rawatan susulan, sebahagian besar bulu ari-ari berkenaan lazimnya tidak akan tumbuh kembali lagi dan sisanya akan menjadi sangat halus sehingga amat sukar dilihat oleh mata kasar sendiri.

Tentunya bukan sembarangan tempat dapat menyediakan rawatan Brazilian Hair Removal Treatment dan klinik kecantikan pakar ZAP antara yang paling popular dalam menawarkan perkhidmatan ini di seluruh dunia.

Kos untuk kaedah ini juga agak tinggi dengan anggaran RM150 bagi setiap kali sesi rawatan, namun pada akhirnya terpulanglah kepada wanita sendiri untuk memilih cara sesuai menghapuskan bulu kemaluan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, March 23, 2015

10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

Bahasa tubuh wanita

Peringatan: Tips yang dikongsikan di sini adalah khusus untuk isteri kepada suaminya. Bagi anda yang belum berkahwin, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan tips ini kepada pasangan anda.

1. Memusing kepala dan menguak rambut

Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu.

Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir dan buka sedikit mulut

Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh

Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan.

Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi.

Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat

Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah.

Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali.

Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat

Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda.

Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda

Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik!

Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda

Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung.

Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol.

Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan

Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut.

Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat.

Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia

Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya.

Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati.

Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia

Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

*Tips yang akhir sekali tu tak payah la ikut yer~

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, March 19, 2015

Wanita Melihat Cermin Selama 2 Tahun Sepanjang Hayat!

Wanita Melihat Cermin Selama 2 Tahun Sepanjang Hayat!

Wanita sememangnya tidak boleh menyalahkan lelaki apabila mereka tidak suka mendengar, kerana kajian saintifik menunjukkan bahawa suara wanita mempunyai frekuensi yang jauh lebih tinggi daripada lelaki.

Wanita dan Cermin

Oleh itu, otak lelaki terpaksa bekerja lebih keras untuk menganalisis frekuensi bunyi dan maksud yang ingin disampaikan.

Jadi, terbongkarlah rahsia kenapa selama ini kenapa lelaki tidak suka mendengar perempuan membebel.

Frekunsinya tinggi sangat. Sakit telinga..hehe

Wanita dan cermin

Tahukah anda wanita menghabiskan masa selama 2 tahun sepanjang hayatnya untuk melihat cermin manakala lelaki hanya mengambil masa selama enam bulan.

Tapi kini, kian ramai lelaki melihat cermin lebih lama daripada wanita apabila mereka berpenampilan wanita.

Ini adalah situasi seorang wanita - masuk kereta, tengok cermin betulkan maskara. Sebelum keluar kereta, tengok lagi cermin untuk pastikan bibir nampak mekar dicalit gincu.

Jalan-jalan, jumpa cermin, berhenti lima minit betulkan tudung, baju atau mekap.

Sebelum masuk pejabat atau tempat kerja, pergi masuk tandas tengok cermin nak pastikan semua okey.

Cermin.. cermin.. cermin..

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, March 18, 2015

4 Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

4 Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

Pasti yang ramai tertanya-tanya makanan apakah yang boleh meningkatkan nafsu seks wanita bukan? Terdapat banyak jenis makanan yang mampu meningkatkan nafsu seks seperti coklat, pisang dan banyak lagi.

Makanan Yang Membantu Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

Ia bukan sahaja mampu meningkatkan nafsu seks wanita sahaja, malah ia juga bagus untuk kesihatan tubuh badan. Jadi jika diamalkan pasti anda akan sentiasa sihat dan cergas.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa jenis makanan yang mampu meningkatkan nafsu seks wanita dan juga menyihatkan tubuh badan.

1. Coklat

Percaya atau tidak coklat sebenarnya mampu meningkatkan nafsu seks dan memberi kesan sensual kepada wanita yang mengamalkannya.

Ini kerana coklat mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia pada bahagia otak yang membuatkan jiwa berasa tenang.

2. Pisang

Pisang embun adalah buah yang bukan sahaja sedap dimakan, tetapi menurut satu kajian menyatakan pisang embun mampu meningkatkan nafsu seks seorang wanita.

Ini kerana pisang embun mempunyai zat yang memberi tindak balas terhadap nafsu seks wanita.

3. Yogurt

Jangkitan yang berlaku pada kemaluan wanita adalah masalah yang sering dialami oleh wanita yang menghidap diabetes.

Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan pH serta pengurangan jangkitan ini.

Pengambilan yogurt juga dapat mencegah penyakit radang usus dan menguatkan sistem ketahanan tubuh dari sebarang penyakit.

4. Kopi

Tahukah anda bahawa dengan meminum kopi anda dapat melawan tekanan dan depresi. Ini kerana kopi dapat membantu menurunkan kesan depresi sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak minum kopi.

Lebih bagus jika anda minum kopi yang hangat pada waktu pagi kerana ia dapat memberikan ketenangan untuk memulakan hari anda.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, November 24, 2014

Rahsia Membahagiakan Hati Isteri!

Rahsia Membahagiakan Hati Isteri!

Seni hubungan suami isteri bukan datang dengan sendiri tetapi perlu dipelajari. Kalau dulu sebelum berkahwin ibu bapa akan mengajar anak perempuannya bagaimana cara menambat nafsu suami dengan betul tetapi zaman sudah berubah.

Membahagiakan Hati Isteri!

Pasangan muda sekarang tidak mahu mengorek rahsia rumahtangga bahagia dan belajar teknik mendidik anak cemerlang daripada orang tua seperti zaman dahulu.

Pasangan suami isteri sekarang terlalu fokus kepada ekonomi tidak kira siang atau malam. Yang lelaki sibuk bekerja tidak kira waktu dan kepada yang berniaga sibuk dengan pelaburan saham, pelaburan emas, mencari kontrak kerajaan dan sekarang pulak sibuk mencari duit sampingan secara online apabila kawan-kawan kata boleh buat berpuluh ribu ringgit secara online.

Yang isteri sibuk berbisnes menggunakan facebook jual tudung, alat solek, jubah dan sebagainya sehingga dapat income ratusan ribu ringgit.

Memang betul kalau tak ada duit susah hidup tetapi hidup suami isteri bukan segalanya duit.

Rahsia hubungan suami isteri

Suami pasti ada cara untuk memuas dan membahagiakan hati isteri begitu juga sebaliknya. Mungkin cara berikut dapat membuatkan suami atau isteri anda bahagia.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA:
  • Jaga makan minumnya.
  • Tidur dengannya.
  • Biarkan dia dengan ketenangan.
  • Jangan memeriksa telefonnya.
  • Jangan mengganggu pergerakannya.

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT ISTERI PUAS & GEMBIRA:

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi:
  • Rakan.
  • Teman.
  • Kekasih.
  • Saudara.
  • Bapa.
  • Induk.
  • Tukang masak.
  • Juruelektrik.
  • Tukang paip.
  • Mekanik.
  • Seorang tukang kayu.
  • Penghias.
  • Stylist.
  • Sexologist.
  • Pakar sakit puan.
  • Ahli psikologi.
  • Pembasmi perosak.
  • Psikiatri.
  • Penyembuh.
  • Pendengar yang baik.
  • Penganjur.
  • Bapa yang baik.
  • Sangat bersih.
  • Bersimpati.
  • Olahraga.
  • Pemanas.
  • Pemberi perhatian.
  • Gagah.
  • Pintar.
  • Lucu.
  • Kreatif.
  • Penggoda.
  • Kuat.
  • Pemahaman tinggi.
  • Toleransi tinggi.
  • Berhemat.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Mampu.
  • Berani.
  • Pembuat keputusan.
  • Berkata benar.
  • Boleh dipercayai.
  • Bersemangat.

TANPA lupa untuk:
  • Kerap memberi pujian.
  • Pergi membeli-belah dengannya.
  • Jujur.
  • Menjadi sangat kaya.
  • Tidak terlalu menekan.
  • Tidak melihat perempuan lain.

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:
  • Memberikan banyak perhatian kepadanya.
  • Memberikan banyak masa kepadanya terutama masa untuk dirinya sendiri.
  • Memberi beliau banyak ruang.
  • Tidak pernah bimbang tentang di mana dia pergi.

DAN YANG INI SANGAT PENTING:
  • Tidak pernah lupa hari lahirnya.
  • Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan.
  • Mesti alim.
  • Tolong buang sampah.
  • Cuci keretanya.
  • Bayar cukai jalan.
  • Bawa melancong.
  • Jangan LEBIH tidur.
  • Makan habis masakan dia.
  • Bila nak tidur cakap i luv u.
  • Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi.

Dan oh ya, anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau. Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.

Mana yang senang jaga, suami atau isteri?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, August 29, 2014

Isteri Solehah Punca Kebahagiaan Suami

Isteri Solehah Punca Kebahagiaan Suami

Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.

Isteri Solehah

Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah.

Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani, “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya.

Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”

Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

“Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”.

Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

“Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.”

Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri.

Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Isteri ‘Auf juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

“Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”

Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami.

Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka.

Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga.

Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.

Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

“Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.

“Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana.

"Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.”

Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya.

10 pesanan jadi isteri solehah;
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka. Insyaallah..

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, February 01, 2014

Ketahui 25 Ciri-ciri Wanita Pujaan Lelaki

Ketahui 25 Ciri-ciri Wanita Pujaan Lelaki

Benarlah kata-kata, sikap lelaki memang sukar diduga. Perangai mereka adakalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih yang mendalam terhadapnya demi meraih cintanya.

Wanita Pujaan Lelaki
Gambar hiasan.

Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuatkan dia tertawan.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.

1. Jadi pendengar setia

Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Bersolek terlalu tebal

Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek yang terlalu tebal.

3. Ingat hari penting

Mengetahui bila hari lahirnya antara resepi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

4. Hormat

Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

5. Terlalu kebudak-budakan

Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

6. Agresif

Lelaki menyukai sikap wanita yang agresif.

7. Terlalu seronok

Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya, berbual terlalu lama di telefon dalam perkenalan pertama.

8. Terlalu ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

9. Terlalu baik

Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu seorang yang terlalu baik dan sempurna.

10. Jangan perasan

Jangan terlalu perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita (walaupun benar).

11. Bersederhana

Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

12. Sifat keibuan

Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

13. Lemah-lembut

Sentiasa bercakap lemah-lembut dengan pasangan lelaki anda.

14. Sensitif

Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

15. Kenali dirinya

Kenali siapa dirinya yang sebenar sebeluma anda memulakan langkah untuk memikat.

16. Jaga kecantikan

Lelaki menyukai wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat yang tidak terurus langsung.

17. Kemas

Aset penting untuk anda memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

18. Kuno

Jangan bersikap terlalu kuno.

19. Sering bertanya khabar

Bertanya khabar sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu supaya tali ikatan percintaan dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

20. Jujur dalam tingkah-laku

Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan santun.

21. Beragama

Lelaki sukakan seorang yang wanita yang beriman dan berakhlak mulia.

22. Tidak mudah dipermainkan

Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

23. Jangan tunjuk lemah

Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada disamping lelaki yang anda minati.

24. Tunjuk matang

Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

25. Suka dimanja

Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik, sama ada diranjang, didapur mahupun direstoran!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, December 15, 2013

5 Tips Nampak Cantik Dimata Kekasih

5 Tips Nampak Cantik Dimata Kekasih

Istilah cantik itu luas dan subjektif tetapi apabila seseorang wanita itu hendak bertemu dan keluar dating bersama buah hatinya anda haruslah sentiasa kelihatan menarik dan paling cantik pada saat itu supaya matanya tidak akan mengalih melihat wanita lain.

Tips Nampak Cantik
Gambar hiasan.

Jadi di sini ada tips bagaimana untuk cantikkan diri anda sebelum bertemu kekasih hati anda supaya dia akan tersenyum lebar dan tertarik melihat personaliti dan gaya anda itu. Nak memikat teman lelaki haruslah bijak berfesyen.

1. Lentikkan bulu mata

Tips pertama untuk menarik perhatian teman lelaki anda cubalah melentikkan bulu mata kearna mengikut kajian sesetengah lelaki sukakan melihat wanita yang mempunyai bulu wanita yang lentik dan kata pujangga pun pernah menyebut cinta itu dari mata turun ke hati bukan.

Bulu mata yang lentik itu juga akan menambah keyakinan apabila bertentang mata dengan seseorang dan percaya apabila anda merenung wajah kekasih anda, pastinya teman lelaki anda terasa dup dap jantung dia.

2. Warna gincu tahan lama

Penggunaan gincu sangat dan harus dipakai tidak kira apa jua warna dan pilihan asalkan bibir anda tidak kelihatan kering dan pucat.

Apabila mulut anda sentiasa berkilat dan berseri pasti orang yang melihat akan terpikat melihat karisma dan pesona yang anda miliki kerana wanita yang bergincu itu kelihatan sangat menawan sebenarnya.

Tips untuk mengekalkan warna gincu yang dipakai, anda haruslah calitkan sedikit foundation sebelum memakai gincu.

3. "Eyeliner" tidak mudah luntur

Pemakaian Eyeliner sering membuatkan seseorang itu siap lambat kerana nak cepat dan sebagainya.

Untuk mengelakkan segala perkara yang tidak diingini berlaku sebaiknya anda gunakan pensil "eyeliner" untuk memudahkan anda untuk berfesyen kerana jika anda berhadapan dengan "candle light dinner" bersama teman lelaki anda tidaklah boleh membiarkan kekasih anda ternanti-nanti kehadiran anda.

4. Peranan pengilat bibir

Pengilat bibir mampu untuk memberikan kesan seksi dan feminin kepada si pemakai yang mana ianya berfungsi untuk melembapkan dan menambah kecantikan bibir wanita itu. Berbeza dengan gincu, pengilat bibir dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang kerana sifatnya yang kedap air.

5. Sediakan kertas minyak dan tisu

Ini antara salah satu tips penting yang harus diingat semasa hendak bertemu kekasih hati iaitu janganlah lupa untuk membawa tisu atau kertas minyak yang khas untuk muka anda.

Ianya boleh digunakan untuk menyerap minyak yang melekat di wajah dan sebolehnya janganlah menggunakkan bedak muka ketika kulit wajah sedang berminyak kerana ia boleh menyebabkan liang pori akan tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jerawat tumbuh di wajah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, December 03, 2013

Tips Bagi Wanita Mengenali Lelaki Buaya Darat

Tips Bagi Wanita Mengenali Lelaki Buaya Darat

Soalan klise kawan baik, “Eh apa cerita dengan lelaki tu? Kau dah ‘couple’ ke dengan dia?” Jawapannya mungkin lambat dengan senyuman sinis.

“Serius aku tak tahu. Dia memang baik dan aku pun dah mula suka kat dia, cuma tiba-tiba aku rasa macam lain dengan dia.”

Lelaki Buaya Darat
Gambar hiasan.

Sudah tentu si kawan pelik. “Kenapa pula? Bukan kau suka kat dia sampai nak teman aku makan pun tak boleh sebab asyik bercakap telefon dengan dia?”

Dalam nada malu dan sedikit rasa menyesal, menjawab persoalan ‘maut’ itu.

“Entahlah, aku sebenarnya rasa yang dia sudah ada kekasih lain ataupun dia memang jenis ‘playboy’. Tapi salah aku sebab ‘feeling’ lebih.”

Macam mana tu? Parah bunyinya. Dua minggu pertama, langsung tak pernah terfikir soal untuk mengenali sedalam-dalamnya.

Ketika itu sibuk melayan perasaan kerana setiap masa mulutnya tidak henti memuji, mengusik dan begitu ‘caring’ terhadap kamu.

Selepas makin hanyut dalam pujian dan kasih sayang yang ‘kononnya’, jiwa si gadis makin mudah menerima kehadirannya dan ketika itu semuanya ‘boleh’.

Persoalannya, adakah lelaki yang begitu mengambil berat itu jujur dan ikhlas atau dia hanya jenis kebiasaan lelaki yang suka mengambil berat terhadap perempuan, ‘womanizer’ dan ayat manis?

Justeru, jangan terlalu cepat menyambut kata cintanya kerana mungkin dia sengaja ingin menguji atau dia memang jenis yang suka ‘pasang banyak’.

Perlu diingat, faktanya, lelaki suka perempuan yang susah untuk ditangkap.

Kalau kamu mudah menerima cintanya, dia segera nampak kelemahan kamu dan meninggalkan persepsi yang kamu memang wanita yang ‘gatal’.

Apa kata kamu si gadis belajar beberapa rahsia dan strategi sebelum terus menerima lamarannya untuk menjadikan kamu kekasihnya.

Mudah diayat

Pertamanya, perhatikan gerak-geri si lelaki itu. Tidak perlu mengendap ataupun mengintip. Cukuplah sekadar kamu ‘pasang mata’ apabila bersamanya.

Perhatikan gerak-gerinya apabila berinteraksi dengan perempuan lain.

Adakah si dia jenis suka ‘mengurat’ dan bagaimana dia tangani situasi jika dia sendiri ‘diayat’ oleh perempuan lain. Ini memang berkesan dan strategi paling berharga kerana sikap dan personalitinya boleh dilihat dengan jelas.

Jika dia memberi reaksi positif atau begitu peramah melayan, itu bermakna dia memang berada di dalam ‘open relationship’ dan tidak terikat dengan mana-mana hubungan.

Dia memang lelaki yang bebas daripada mana-mana komitmen dan sememangnya menganggap kamu di sebelahnya pun sebagai kawan biasa.

Jangan marah atau menunjukkan sikap cemburu jika dia melayan terhadap usikan gadis lain kerana lelaki akan terus menganggap kamu jenis yang kuat cemburu dan ‘over acting’.

Baru keluar beberapa kali, sudah menunjukkan sikap marah kerana dia melayan gadis lain. Buat ‘cool’ dan tidak perlu melenting. Ini akan membuatkan lelaki itu terfikir yang kamu juga menganggapnya sebagai teman biasa.

Jika dia cuba elakkan diri ketika ada perempuan lain datang mengusiknya, itu bermakna dia sebenarnya sudah berpunya dan sudah meletakkan fokusnya untuk memiliki kamu. Dia cuba menghalang dan menjauhkan diri daripada ‘minat’ individu lain.

Keduanya, apa kata kamu mengendap dengan gaya moden. Tiada salahnya ‘stalk’ dulu media sosial milik dia sebelum menerima lamarannya. Penting untuk kamu ketahui siapakah dan apakah statusnya di sebalik pengetahuan kamu.

Dari situ juga kamu dapat mengenali rakan-rakan dan lihat sendiri bagaimana pergaulannya. Adakah dia jenis yang boleh dipercayai atau tidak.

Seperkara yang mungkin boleh dijadikan panduan adalah jika dia mempunyai bilangan kawan perempuan yang ramai, itu bermakna kamu perlu berhati-hati kerana dalam ramai itu pasti ada salah seorang yang dia pernah mencuba.

Jika sebaliknya, kamu boleh menarik nafas lega sedikit kerana besar kemungkinan kamu satu-satunya gadis yang bertuah memilikinya.

Ekor mata

Ketiga, lihat bahasa tubuhnya. Jika sepanjang bersama kamu matanya mudah tertarik dengan gadis lain yang asyik lalu-lalang di depan atau sebelahnya, itu menunjukkan yang dia seorang yang tidak berpuas hati dengan apa yang dia ada.

Kemungkinan besar juga dia sebenarnya memang sudah berpunya, cuma dia mahu mencari dan meneroka sesuatu yang terbaik. Maka tidak hairanlah me­ngapa dia keluar dan mula mendekati kamu. Betul tak?

Lelaki mudah tertarik dengan benda yang cantik dan menarik. Jika kamu lihat ‘ekor mata’ asyik mengikut pergerakan gadis lain, itu bermakna kamu bukanlah gadis terakhir dalam hidupnya. Jadi berhati-hatilah dengan lelaki seperti ini.

Keempat adalah nasihat klise yang ramai kawan kamu berikan iaitu jadilah kawannya dulu. Jangan terburu-buru dan terlalu gopoh untuk memulakan cinta. Minta dia sedikit masa untuk kamu lebih mengenali dirinya.

Menerima lamarannya untuk jadi pasangan bukanlah sesuatu yang ‘suka-suka’ sebaliknya kamu harus mengenali dengan lebih mendalam dengan siapa kamu selalu bersama. Percayalah, makin kamu rapat, makin kamu mengenali siapa dirinya yang sebenar.

Dari situ kamu bukan saja dapat mengenalinya de­ngan lebih rapat, malah kamu juga boleh melihat segala tindak-tanduknya adakah dia benar-benar ‘single’ atau sudahpun berpunya.

Gigit jari

Kelima, kenali kawan-kawannya. Kamu boleh menilai di manakah tahap status ‘bakal kekasih’ kamu daripada rakan-rakannya.

Jika kehadiran kamu disambut baik oleh rakan-rakannya dan dapat merasakan ada keserasian, itu menunjukkan kamu satu-satunya kekasihnya.

Tapi kalau rakan-rakannya memberi reaksi biasa atau sedikit pelik, itu perlu berhati-hati. Besar kemungkinan kamu bukanlah orang pertama yang pernah berjumpa dengan rakan-rakannya.

Peringatan, kalau seorang lelaki berani dan sanggup memperkenalkan kamu sebagai kekasihnya, itu bermakna kamu dialu-alukan untuk masuk ke dalam dunianya.

Terakhirnya yang mungkin sedikit peribadi namun memerlukan kamu untuk mengesan sejauh mana kejujurannya adalah dengan bersembang mengenai hubu­ngan lampau.

Perlu diingatkan, jangan cepat melenting atau menunjukkan reaksi kurang selesa.

Cuba tanya mengapa dan apa punca utama bekas kekasihnya meninggalkan dirinya. Dari situ kamu pasti dapat mengagak dia seorang yang macam mana dan adakah dia benar-benar masih ‘single’.

Lihat terus ke matanya kerana lelaki tidak dapat menipu bila seseorang memandang tepat ke matanya apabila dia sedang bercakap.

Jadi kamu boleh lihat kebenaran adakah orang itu benar-benar sudah menjadi bekas kekasih ataupun masih bergelar kekasih.

Baca dengan perlahan semula semua strategi ini dan analisis sendiri. Kamu perlu bertindak sebelum gigit jari pada akhir hubungan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, September 02, 2013

Wanita Usia 30an Lebih Yakin Dengan Tubuh Sendiri

Wanita Usia 30an Lebih Yakin Dengan Tubuh Sendiri

Bukan sedikit wanita beranggapan bahawa semakin bertambahnya umur, maka semakin bertambah pula berat badan. Tapi mengikut kajian yang dijalankan oleh Sanctuary Spa Active Reverse Body, di usia 34 tahun, wanita berasa lebih bahagia dengan tubuh mereka.

Wanita 30an
Gambar hiasan

Di usia tersebut, mereka boleh menerima gumpalan daging dan benjolan yang ada di tubuh. Kira-kira lapan juta wanita di Britain akhirnya boleh melihat diri mereka sendiri tanpa pakaian di depan cermin setiap hari.

Kira-kira 25% wanita akan melihat penampilan tubuh mereka di cermin sekali seminggu dan hanya 16% wanita tidak pernah melihat diri mereka di depan cermin tanpa sebarang pakaian.

Biasanya, di awal dan pertengahan usia 30 tahun, mereka mempunyai kepercayaan diri yang besar terhadap tubuh mereka, kata Nichola Joss, seorang ahli kecantikan.

Wanita di usia itu bekerja keras untuk mengekalkan bentuk tubuhnya. Biasanya apa yang mereka lakukan ialah menjaga pola makan dan merawat tubuh dengan kerap.

Ramai wanita di usia 34 tahun yang saya tahu telah mengalami hubungan cinta atau persahabatan peribadi yang erat dan ini yang memberikan mereka kepercayaan diri, luar dan dalam, tambah Joss.

Ketika ditanya bahagian badan kegemaran mereka, 30% daripada mereka yang ditinjau mendedahkan dengan bangga, payudara! Mereka menyatakan itulah bahagian tubuh yang paling mereka suka pamerkan.

Sementara 22% responden yang lain menjawab kaki dan 19% memilih bahu. Sedangkan 57% yang lain memilih perut adalah bahagian tubuh yang paling ingin mereka ubah.

Ketika musim panas, wanita di Britain dalam dilema ketika berpakaian di pantai.

65% wanita mengaku bahawa mereka tidak akan memakai bikini kerana takut memalukan diri mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, July 07, 2013

Tips Memahami Kata-kata Berselirat Seorang Wanita

Tips Memahami Kata-kata Berselirat Seorang Wanita

Sememangnya wanita amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka menyampaikan sesuatu secara terus-terang, mereka mahukan seorang lelaki yang lebih memahami. Tidak seperti lelaki yang bersikap terbuka.

Bebelan wanita

Jadi, setiap kata-kata mereka pasti ada rahsia yang tersembunyi. Apakah makna disebalik kata-kata wanita?

Fine!

Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine!? Kebiasaannya, wanita meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikanperdebatan yang sedang berlaku.

Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini, anda perlu untuk memberikan ruang untuk mereka bertenang.

Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.

5 minit

Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap, anda perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam.

Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita, terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang.

Takda apa-apa

Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan.

Lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya.

Suka hatilah! (nada sinis)

Apabila wanita menyatakan sukahatila, ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka.

Whatever!!

Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakna bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”

Takpe, saya ok..

Apabila wanita meluahkan kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya.

Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula.

Jangan risau, saya dah agak dah..

Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, July 05, 2013

Wanita Pun 'Gatal' Macam Lelaki

Wanita Pun 'Gatal' Macam Lelaki

Kesimpulannya yang jelas dan nyata, wanita sukar mengakui bahawa dirinya gatal. Meskipun sudah jelas, dia seorang yang gatal tetapi dia tetap marah apabila dikata begitu. Berbeza lelaki, kebanyakan lelaki hidung belang bangga apabila disamakan seperti buaya darat.

Wanita Gatal
Gambar hiasan

Meninjau alasan mereka setiap kali menolak, status gatal atau perasan itu terlalu keras untuk dilabelkan. Malah ia kedengaran seperti tiada maruah untuk seorang wanita sedangkan ia memang realiti.

Sebuah majalah wanita sendiri pernah melaporkan yang hari ini lebih 50 peratus hubungan ia bermula daripada wanita yang memberi reaksi positif, minta untuk didekati dan mengharap ada lanjutan daripada si lelaki.

Perangai lelaki lebih kurang sama, mereka tidak sekali menunjukkan rasa minat ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun mereka sememangnya minat dan suka berbanding wanita yang lebih mudah mengukir senyum jika tersentuh jiwanya.

Hakikatnya antara lelaki dengan wanita, memang tiada bezanya dalam soal ‘gatal’ ini. Kalau kita katakan lelaki miang itu sangat ramai, wanita gatal pun tidak kurang. Mereka ada di mana-mana contohnya di pejabat, di taman-taman perumahan, di institut pengajian, malah di mana saja.

Bezanya, lelaki tidak segan silu memperlihatkan sikap miang itu sedangkan wanita sedaya mungkin cuba menyembunyikannya bagi terlepas daripada gelaran ‘wanita berangan’ atau ‘syok sendiri’.

Kalau kita lihat dari perspektif lebih luas, lelaki yang gemar bergaul, banyak kenalan dan jenis periang adalah mereka yang lebih cenderung bersikap gatal atau mengurat. Tapi perlu diingat, tidak semua lelaki begitu berniat lebih sebaliknya mereka gemar mengusik saja bukannya ingin untuk ke fasa seterusnya.

Kebanyakan lelaki memang bersikap ‘test market’ walaupun sudah mempunyai teman wanita. Tapi sayangnya, wanita pula yang terlebih ‘feeling’ dan mudah sangat jatuh hati sedangkan ia hanya ‘crush’.

Siapa golongan wanita yang acap kali dilabel gatal?

Kebiasaannya gadis di sekolah menengah adalah golongan paling cepat memberikan reaksi jika diusik lelaki. Kiranya cinta monyet zaman persekolahan adalah fasa permulaan bagi kebanyakan gadis hari ini.

Tapi lebih kronik dan ada kalanya tidak boleh terlepas daripada gelaran sebegitu adalah setiausaha. Itulah stigma yang melekat pada masyarakat kita yang mana kerjaya ini sering kali dikaitkan dengan identiti wanita yang gatal.

Kasihan juga pada mereka yang kebetulan berkerjaya ini kerana tanggapan itu sudah sinonim dan sukar ditepis walaupun tidak semua bersikap begitu.

Andaian ini disebabkan kerjaya setiausaha selalunya memerlukan beberapa kriteria seperti cantik, bergaya dan bijak berkomunikasi terutamanya dengan majikan yang kebanyakannya lelaki yang sudah berkahwin.

Kerana itu juga mereka mudah dikaitkan menjalin hubungan atau menyimpan strategi untuk memancing selera majikan masing-masing ketika bekerja memandangkan lebih 80 peratus rutin tugasan mereka perlu bersama majikan itu.

Pada kebiasaannya, seorang setiausaha akan mengendalikan semua fungsi kesetiausahaan termasuk kerja-kerja memfailkan dokumen, menyemak surat-menyurat, mengendali panggilan telefon, mengatur mesyuarat serta menyambut tetamu ketuanya.

Oleh kerana sentiasa berurusan dengan pihak luar khususnya para pelanggan syarikat atau organisasi, seorang setiausaha perlu memiliki perwatakan menarik dan inilah salah satu elemen yang menyebabkan kebanyakan bos mudah terpikat kepada setiausahanya sendiri.

Jangan tipu, isteri kepada majikan pastinya akan terbit rasa cemburu atau paling tidak mencurigai keadaan itu kerana ada kalanya setiausaha perlu kerja lebih masa dan meluangkan masa dengan majikan mereka.

Isu mengenai cinta gelap antara setiausaha dengan bos lelaki ini masih menjadi persoalan dan pertikaian jika topik mengenai pejabat diutarakan.

Bagaimanapun setiausaha tidak semestinya seorang wanita. Lelaki juga boleh melaksanakan tugas ini malah ada kalanya lebih baik. Lihatlah setiausaha persatuan, setiausaha surau dan masjid, malah setiausaha negara adalah seorang lelaki.

Kalau dilihat mengapa stigma ini berlaku, ia berpunca daripada sikap sesetengah setiausaha itu sendiri. Tidak dinafikan, memang banyak kes membabitkan setiausaha wanita dengan majikan lelaki yang berlaku.

Bos lelaki itu sanggup curang dengan isteri dan anaknya malah lebih teruk ada yang ‘kantoi’ depan mata menjalin hubungan dengan setiausaha mereka sendiri.

Maklumlah setiausaha cantik dan bergaya, lebih faham masalah dan tekanan majikan mereka di pejabat membuatkan majikan lelaki lebih selesa dengan layanan mereka berbanding isteri yang mungkin tidak memahami.

Penyelesaiannya? Tiada yang konkrit untuk melenyapkan masalah ini kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri. Lebih baik jika majikan lelaki dibantu oleh setiausaha lelaki atau wanita yang sudah pun berkahwin dan mempunyai komitmen keluarga.

Kalau majikan wanita, ia lebih mudah kerana jarang sekali kita dengar kisah setiausaha lelaki menjalin hubungan dengan majikan wanita memandangkan wanita yang memegang status majikan akan lebih serius dan komited terhadap tugasnya.

‘Lady boss’ adalah gelaran untuk majikan wanita yang hampir kesemuanya tegas dan tidak akan melakukan benda remeh di pejabat, sebaliknya mereka bersikap fokus pada tanggungjawab.

Justeru kepada setiausaha wanita terutamanya yang muda, jagalah peribadi dan tingkah laku kerana setiap pergerakan anda diperhatikan. Apa saja dilakukan pastinya menjadi tanggapan dan mudah dinilai.

Itu kisah kerjaya yang acap kali dikaitkan dengan isu ini, tapi ada banyak lagi jenis wanita yang gatal dan cepat miang, cuma semuanya lebih mudah untuk dinilai sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, July 04, 2013

Stereotaip Pemandu Wanita Di Jalan Raya!

Stereotaip Pemandu Wanita Di Jalan Raya!

Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini. Apabila ditanya, beberapa jejaka menggambarkan pandangan sebenar mereka terhadap isu ‘lady driver’.

Pemandu Wanita

Resah dan gusar apabila melihat si gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu wanita.

Menyangkal apabila kaum lelaki dikatakan mudah untuk stereotaip, mereka berkongsi pendapat mengenai beberapa kelebihan dan kekurangan pemandu wanita daripada kaca mata sang jejaka.

Cekap dan tangkas

Dapat lakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa memang mengagumkan tetapi tidak ketika memandu. Tapi situasi dapat dilihat apabila menaiki kereta yang dipandu wanita.

Bercakap telefon atau menghantar SMS adalah situasi biasa, namun ada sebahagiannya mampu bersolek, rakam gambar sendiri malah betulkan rambut dan tudung ketika memandu. Lebih drastik apabila semuanya dilakukan serentak!

Tertib sepanjang masa

Gadis memang sinonim dengan sikap tertib. Tapi kalau sikap itu ditonjolkan pada waktu dan tempat tak sesuai, memang boleh bikin pemandu lain menyirap.

Contoh yang jelas ketika menukar lorong perlahan ke laluan laju. Sudahlah memandu 60 km/pj di lorong kanan, habis sangkut kenderaan lain di belakang sebab tak boleh nak memotong.

Lagi satu hal memang melecehkan. Bagus kalau memandu selalu beri isyarat sebelum keluar masuk simpang atau tukar laluan.

Bayangkan kalau setengah jam berkelip-kelip lampu isyarat tapi keretanya tetap di lorong sama, tak ada gunanya.

Kaki gagap

Sikit-sikit nak pijak brek! Itu antara situasi paling tidak disukai ketika sedang memandu apabila ‘terserempak’ dengan pemandu lain yang suka tekan brek kereta.

Dan si jejaka berpendapat, kebanyakan perlakuan ini dimonopoli pemandu wanita. Walaupun jarak kereta di hadapan boleh muat sebuah lori treler, tapi kaki asyik memijak brek.

Asasnya, jika tidak yakin dengan kelajuan kenderaan, kekal saja di lorong perlahan. Perlu pandai mengimbangkan kelajuan kenderaan dan fokus dengan jarak lebih-lebih lagi waktu kesesakan lalu lintas untuk mengelakkan kereta anda ‘dihentam’ pemandu lain.

Teragak-agak

Kebanyakan ‘lady driver’ cepat rasa takut dan tidak berkeyakinan. Mereka gagal membuat keputusan dengan tepat.

Jika ada yang berani, mereka berani dengan bodohnya sehingga anda rasa bimbang bahawa dia akan terbabit dengan kemalangan, contohnya seperti memandu melulu dan rasa diri seperti pemandu Formula 1.

Penulis masih tertanya-tanya, adakah faktor ini menjadi salah satu punca kerajaan Arab Saudi mengharamkan wanita memandu? Mungkin mereka tahu bahawa kebanyakan wanita akan memandu ikut rasa hati tanpa fikir panjang.

Banyak fikir

Melihat kepada cara pemanduan, perempuan didakwa suka memikirkan pelbagai perkara dan terlalu banyak pertimbangan sehingga menimbulkan tindakan terlalu berhati-hati dan jadikan mereka teragak-agak.

Sebagai contoh, kadang-kadang penglihatan dan fikiran membuatkan jarak sesebuah kereta jadi lebih dekat walaupun hakikatnya pada ketika itu, kenderaan dipandu masih sempat keluar simpang.

Oleh kerana pergerakan lelaki lebih pantas dan kelebihan dalam mengagak, kadang-kadang mereka menjadi terlalu yakin sehingga boleh dikatakan kebanyakan jejaka selalu memandu laju. Kesimpulannya, sikap teragak-agak dan terlalu yakin menimbulkan risiko.

Sebenarnya, tak kira pemandu itu lelaki atau ­perempuan, cara kita memandu memang berbeza. Masa penulis belajar memandu dulu, untuk mengelakkan ­gugup, saya suka berbual dengan guru memandu.

Jadi, ­tidak adil sekiranya hanya cara pemanduan ­perempuan asyik diperkatakan. Kedua-duanya punya sikap ­positif dan negatif yang sukar dihurai.

Apa yang penting, ­lebihkan sikap bersabar dan hormat menghormati ketika memandu untuk elakkan dapat ‘dosa kering’.

Tips memandu jarak jauh

Pilih kedudukan dan waktu yang anda selesa - Pemanduan waktu malam kurang meletihkan dan keadaan trafik juga kurang sibuk. Perlu fokus lebih tinggi dan rehat yang cukup di siang hari.

Pakai cermin mata hitam jika memandu pada waktu siang. Kesannya amat ketara dan anda akan jadi lebih tenang.

Pilih posisi selesa sebelum memandu.

Sediakan air yang mampu untuk memulihkan tenaga. Untuk lebih afdal, wuduk juga memulihkan kesegaran.

Selidik kondisi jalan. Selekoh curam, lopak, air bertakung, binatang liar dan sebagainya.

Pilih kelajuan yang tenang dan jarak sesuai dengan kenderaan di hadapan. Elakkan menekan brek terlalu kerap, terutama waktu hujan. 99.9% Kemalangan berlaku apabila brek ditekan.

Berkomunikasi dan bertolak ansur dengan pemandu lain.

Jangan malu untuk berhenti berehat dan tidur di mana-mana saja asalkan tidak menyusahkan pemandu lain.

Kalau kereta berhawa dingin, buka tingkap 10 saat setiap satu jam untuk menyegarkan udara di dalam kereta. Kadar oksigen yang kurang akan menyebabkan mengantuk dan hilang tumpuan serta stress.

Paling penting, jangan lupa baca doa sebelum perjalanan!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com