Selasa, Oktober 02, 2012

Petua Lelaki Elakkan Terpancut Awal


Loading...

Salah satu perkara yang cukup ditakuti oleh laki-laki ketika diranjang adalah mengalami terpancut awal. Tapi keadaan ini boleh dielakkan dengan melakukan beberapa perkara berikut ini.

Elakkan Terpancut Awal

Terpancut awal adalah suatu keadaan yang mana ejakulasi berlaku terlalu awal biasanya sebelum, pada ketika atau segera setelah penetrasi (kemasukan zakar ke dalam vagina).

Keadaan ini boleh menimbulkan masalah kepada hubungan pasangan suami isteri kerana boleh menimbulkan rasa tidak puas atau kesal dari perempuan. Perkara ini muncul kerana ejakulasi berlaku sebelum wanita mencapai orgasme.

Gangguan ini boleh semakin kuat jika disertai dengan adanya perasaan cemas atau stres misalnya takut pasangan hamil, cemas akan penampilan atau ada tekanan yang dirasakannya.

Selain akibat faktor psikologi, ada juga faktor fizikal yang terlibat dalam gangguan ini seperti keradangan kelenjar prostat atau kelainan sistem saraf.

Jika puncanya ini maka diperlukan bantuan doktor untuk menangani keadaan yang mendasarinya.

Pakar mengatakan ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan berlakunya terpancut awal, seperti dipetik dari timesofindia, Khamis (13/9/2012) iaitu:

1. Cuba untuk lebih sedar dengan tubuh sendiri dan bagaimana meresponsnya selama berkaitan seks. Keadaan ini boleh mempertahankan ghairah seks mulai dari terangsang sampai ejakulasi.

2. Cubalah ambil nafas dalam-dalam, hal ini boleh membantu mengganggu respons atau mengurangkan stres yang dialami sehingga boleh lebih santai atau rileks.

3. Saat berhubungan seks hidupkan seluruh tubuh dan jangan hanya tertumpu pada organ genital saja, gunakan belaian dan sentuhan manis untuk memanjangkan rangsangan.

4. Lakukan foreplay yang cukup dan tidak terburu-buru melakukan penetrasi.

BACA INI JUGA: 7 Tips Isteri Inzal Hingga Menggeletar

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon