Saturday, December 29, 2018

10 Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2018

10 Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2018

Rasanya ramai nak tahu siapa 100 Lelaki Paling Seksi di dunia yang telah disenaraikan oleh starmometer.com berdasarkan 7 juta undian di seluruh dunia, mengangkat ahli kumpulan muzik band BTS dari Korea Selatan, Jeon Jungkook, sebagai Lelaki Paling Seksi tahun ini.

Berikut adalah senarai 10 lelaki paling seksi 2018.

1. JUNG KOK, KOREA

JUNG KOK, KOREA

Jung Kok merupakan ahli kumpulan K-pop yang kian mendominasi dunia, iaitu BTS.

2. KRIST PERAWAT, THAILAND

KristKRIST PERAWAT, THAILAND

Krist atau nama penuhnya Perawat Sangpotirat merupakan aktor, penyanyi dan model dari Thailand dan baru saja berumur 23 tahun.

3. ALDEN RICHARDS, FILIPINA

ALDEN RICHARDS, FILIPINA

Alden adalah seorang pelakon, hos dan model yang semakin meningkat naik di Filipina.

4. KAI (EXO) KOREA

KAI (EXO) KOREA

Siapa yang dapat menidakkan kuasa populariti kumpulan K-pop yang semakin mendominasi dunia muzik global. Dan KAI dari kumpulan EXO turut tersenarai dek personalitinya.

5. PIETRO BOSELLI, ITALY

PIETRO BOSELLI, ITALY

Dirinya pernah tular suatu ketika dahulu dan diberi gelaran guru matemarik paling kacak di dunia!

Selepas itu, populariti Pietro kian melonjak malah dilamar oleh agensi modeling malah memperaga variasi jenama dan pereka.

6. CHRIS PINE, USA

CHRIS PINE, USA

Berusia 36 tahun, pelakon tampan ini masih lagi mengekalkan keseksiannya walaupun ramai bintang baru bersilih ganti.

7. ANSEL ELGORT, USA

ANSEL ELGORT, USA

Populariti Ansel tidak dapat dinafikan sejak muncul dalam filem The Fault in Our Stars serta Baby Driver, apatah lagi dirinya berbakat bukan saja berlakon tetapi turut boleh menyanyi dengan baik.

8. HARRY STYLES, USA

HARRY STYLES, USA

Walau sudah bergerak solo selepas perpecahan dari kumpulan One Dirrection, Harry Styles masih lagi digilai ramai!

9. COLE SPROUSE, USA

COLE SPROUSE, USA

Walau pun masih muda, dan memiliki kembar iaitu Dylan Sprouse, Cole tersenarai buat pertama kali. Ini berikutan watak popular yang dibawanya dalam siri misteri hit iaitu Riverdale menjulang namanya.

10. PARK SEO-JUN, KOREA

PARK

Seorang pelakon lelaki dari Korea Selatan yang terkemuka dengan rangkaian filem serta naskah popular seperti Heal Me dan She Was Pretty.

Jom kita lihat senarai penuh 100 Lelaki Paling Seksi di dunia 2018.

1. Jungkook, KOREA

2. Krist Perawat, THAILAND

3. Alden Richards, PHILIPPINES

4. Kai, KOREA

5. Pietro Boselli, ITALY

6. Chris Pine, USA

7. Ansel Elgort, USA

8. Harry Styles, ENGLAND

9. Cole Sprouse, USA

10. Park Seo-Jun, KOREA

11. Sehun, KOREA

12. Yang Yang, CHINA

13. Choi Min-Ho, KOREA

14. Jackson Wang, HONG KONG

15. Lay, CHINA

16. Dylan Wang, CHINA

17. Nadech Kugimiya, THAILAND

18. Chris Hemsworth, AUSTRALIA

19. Channing Tatum, USA

20. Cristiano Ronaldo, PORTUGAL

21. Shawn Mendes, CANADA

22. Jamie Dornan, NORTHERN IRELAND

23. Marlon Texeira, BRAZIL

24. Henry Cavill, ENGLAND

25. Jason Momoa, USA

26. Tom Hardy, USA

27. Zac Efron, USA

28. Ji Chang Wook, KOREA

29. Ryan Reynolds, USA

30. Joe Taslim, INDONESIA

31. Chris Evans, USA

32. Charlie Puth, USA

33. AJ Kapa, NEW ZEALAND

34. William Levy, CUBA

35. Robert Pattinson, ENGLAND

36. Ryan Gosling, CANADA

37. Kris Wu, CHINA

38. Chris Pratt, USA

39. Idris Elba, ENGLAND

40. Lee Min Ho, KOREA

41. Zayn Malik, ENGLAND

42. James Reid, PHILIPPINES

43. Enrique Iglesias, SPAIN

44. Giulio Berruti, ITALY

45. David Grandy, ENGLAND

46. Sean O’pry, USA

47. Tom Holland, ENGLAND

48. Justin Bieber, CANADA

49. Chadwick Boseman, USA

50. Nick Bateman, CANADA

51. Noah Centineo, USA

52. Deniz Can Aktas, TURKEY

53. Daniel Radcliffe, ENGLAND

54. Hu Yitian, CHINA

55. Shahid Kapoor, INDIA

56. Nick Jonas, USA

57. Kit Harrington, ENGLAND

58. Nam Joo Hyuk, KOREA

59. Darren Chen, TAIWAN

60. Cha Eun Woo, KOREA

61. Jensen Ackles, USA

62. Douglas Booth, ENGLAND

63. Adam Levine, USA

64. Song Joong-Ki, KOREA

65. Chase Crawford, USA

66. Piolo Pascual, PHILIPPINES

67. David Beckham, ENGLAND

68. Choi Siwon, KOREA

69. Liam Hemsworth, AUSTRALIA

70. Gong Yoo, KOREA

71. Jericho Rosales, PHILIPPINES

72. Jared Padalecki, USA

73. Daniel Matsunaga, BRAZIL

74. Park Bo-Gum, KOREA

75. Mario Maurer, THAILAND

76. Fattah Amin, MALAYSIA

77. Paul Iskandar, LEBANON

78. Max Nattapol, THAILAND

79. Jung Hae-In, KOREA

80. Francisco Escobar, COLOMBIA

81. Niall Horan, IRELAND

82. Thanit Itthipat, THAILAND

83. Hideo Muraoka, BRAZIL

84. Xavier Serrano, SPAIN

85. Seung Hwan Lee, KOREA

86. Cameron Dallas, USA

87. Antonin Beranek Muz Roku, CZECH REPUBLIC

88. Aakash Shresta, NEPAL

89. Pedro Mendes, SWITZERLAND

90. Alex Hogh Andersen, DENMARK

91. Rohit Khandelwal, INDIA

92. Maxi Iglesias, SPAIN

93. Stephen James, ENGLAND

94. Bruno Gagliasso, BRAZIL

95. Antoine Griezmann, FRANCE

96. Mario Casas, SPAIN

97. Park Hyung-Sik, KOREA

98. Imran Abbas, PAKISTAN

99. Alexey Vorobyov, RUSSIA

100. Ross Butler, USA

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Tuesday, October 23, 2018

Neelofa Orang Ketiga Di Dunia Menginap Di The Muraka, Berharga RM200k Satu Malam!

Neelofa Orang Ketiga Di Dunia Menginap Di The Muraka, Berharga RM200k Satu Malam!

Bertuahnya Neelofa apabila bukan hanya fesyen, apa sahaja yang dilakukannya menjadi perhatian umum dan baru-baru ini, tular foto penginapan mewah pengacara bergelar jutawan itu bercuti di kepulauan Maldives.

Neelofa The Muraka

Bukan biasa-biasa percutian itu memandangkan harga hotel mewah bawah air tempat Neelofa menginap sebenarnya mencecah harga RM200,000 semalaman (tidak termasuk cukai)! Wow!

"I feel very, very, very lucky to be the third person in the world to experience this! This is definitely one for the books," kata Neelofa.

Istimewanya, menurut carian di laman rasmi lokasi penginapan mewah The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island itu, villa bawah air itu merupakan yang pertama dibina di dunia.

The Muraka diberitakan akan mula dibuka kepada pengunjung bermula November 2018 ini dan Neelofa menjadi individu ketiga dunia yang diberikan kesempatan menginap di situ.

Neelofa The Muraka

The Muraka membawa erti batu karang dalam bahasa Dhivehi dibina di bawah 16.4 kaki dari paras laut.

Tetamu akan berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di dasar laut dan dikelilingi oleh hidupan akuatik.

Selain kamar tidur, ruang dasar laut The Muraka turut dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik air.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Saturday, October 13, 2018

Raysha Rizrose Kongsi Gambar Kereta Mewah, Tapi Lain Yang Peminat Komen

Raysha Rizrose Kongsi Gambar Kereta Mewah, Tapi Lain Yang Peminat Komen

Baru-baru ini, Raysha Rizrose ada memuat naik gambarnya di Instagram yang memaparkan juara Dewi Remaja 2015 itu sedang memandu uji sebuah kereta Mercedes Benz di sebuah pameran kenderaan.

Raysha Rizrose Kongsi Gambar Kereta Mewah, Tapi Lain Yang Peminat Komen

Foto tersebut telah mendapat lebih 77,000 tanda suka setakat ini selain turut dihujani komen pelbagai daripada netizen yang hanya fokus kepada susuk tubuh pelakon berkenaan termasuklah yang berbaur nakal.

Dalam pada itu, masih terdapat juga segelintir pihak yang tampil mempertahankan Raysha dengan menyifatkan banyak pihak yang cemburu dengan tubuhnya yang lansing itu.

Raysha Rizrose Kongsi Gambar Kereta Mewah, Tapi Lain Yang Peminat Komen

Dalam perkembangan lain, adik tiri kepada pelakon Nelydia dan Uqasha Senrose itu turut mengakui dia tidak mahu terlalu memikirkan soal kahwin bersama kekasihnya, pelumba motorsports negara, Nabil Jeffri meski sudah pun mengikat cinta lebih enam tahun.

BACA INI JUGA:

sumber: mediahiburan

Friday, September 14, 2018

Pelawak Acappan Meninggal Dunia

Pelawak Acappan Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak terkenal, Acappan meninggal dunia pada Jumaat akibat kegagalan buah pinggang.

Acappan meninggal dunia

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, mengesahkan berita berkenaan.

"Kami terima laporan mengenai kematian beliau sekitar jam lima pagi Jumaat.

"Anaknya, Yhuveneshwary memberitahu, Acappan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama," katanya ketika dihubungi.

Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an dan dicungkil bakat menerusi rancangan terbitan RTM.

Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

"Aku pernah jadi jahat dulu sebelum jadi pelawak"

Sabri Yunus - Acappan

Itulah ungkapan tegas yang pernah diucapkan pelakon Sabri Yunus kepada mendiang Acappan dalam satu insiden hinggakan rakan pelawaknya yang berbangsa India itu terdiam seketika.

Meskipun pada awalnya ia memang diucapkan dalam keadaan marah sebagai respons kepada kata-kata sensitif daripada Acappan, namun situasi 'terdiam' itu tidak lama.

Sabri kemudiannya kembali mendapatkan Acappan, lantas berkata, "Aku pun boleh berlakon serius tau..." lantas kedua-duanya saling ketawa. Perasaan janggal dan 'tegang' itu serta-merta hilang.

Itu merupakan antara kisah yang tidak dapat dilupakan Sabri apabila ditanya tentang pengalaman beliau bersama Acappan ketika mereka berlakon bersama pada satu ketika dahulu.

Bagi Sabri atau lebih dikenali sebagai Pok Ya menerusi lakonannya dalam telefilem Pok Ya Congcodei, beliau sangat menghormati mendiang dan menyatakan bahawa mendiang merupakan seorang pelawak yang mampu mencipta satu fenomena pada ketika itu selain beberapa pelawak kaum India yang lain.

Tambahnya, beliau sudah lama tidak bekerja dengan mendiang kerana mendiang sudah lama meninggalkan industri seni dan beliau juga memaklumkan bahawa mengetahui mendiang sakit cuma tidak percaya bahawa mendiang akan meninggalkan kita kerana komplikasi buah pinggang.

Semoga bertabah buat keluarga mendiang.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani | astroawani2

Monday, August 27, 2018

Fathia Latiff Akui Merokok, Penat Hidup Hipokrit

Fathia Latiff Akui Merokok, Penat Hidup Hipokrit

Setelah agak lama mendiamkan diri, pelakon Fathia Latiff kembali menjadi buah mulut netizen apabila secara terbuka menghisap rokok ketika bersiaran langsung menerusi Instagram bersama rakan baiknya Zarina Anjoulie.

Fathia Latiff Merokok

Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang beranggapan kerana tidak sesuai dengan dirinya sebagai wanita bertudung.

Fathia menerusi Berita Harian mengatakan dia merasa terbeban hidup sebagai selebriti dan terpaksa berpura-pura dengan status dipegangnya itu.

Nak kutuk, caci, silakan!

Menurutnya, status selebriti dan dikenali ramai seolah mengongkong kemahuan dan kehendak dirinya bertinfak bebas tidak seperti orang lain.

Pun begitu, dia sedar peminat mahu dirinya berubah ke arah lebih baik namun dia juga manusia biasa, katanya lagi.

"Saya terbeban membawa status selebriti, malah nama Fathia Latiff itu seperti menyekat kehendak dan kemahuan diri. Saya tahu, orang luar mahu saya berubah menjadi baik, tetapi mereka lupa saya juga manusia biasa.

"Saya pernah cuba berubah, tetapi perasaan saya tidak tenteram apabila terpaksa bersikap hipokrit. Saya tidak mampu hidup berpura-pura. Penat rasanya hidup dalam penipuan.

"Hari ini, saya tidak mahu mempedulikan lagi cemuhan netizen. Selama mana mereka mahu mengutuk dan mencaci saya, silakan!"

Keluarga nasihat berhenti merokok

Tambah Fathia lagi, keluarganya sudah sedia maklum mengenai dirinya yang merokok dan selalu memberi nasihat kepadanya untuk menghentikan tabiat itu.

Namun, dia masih belum mampu berbuat demikian dan sedang berusaha menanganinya.

"Saya tidak malu mengakui, saya seorang perokok. Keluarga juga tahu saya merokok, malah sering menasihatkan saya supaya membuang tabiat buruk itu.

"Buat masa ini, saya masih belum mampu meninggalkan tabiat itu sepenuhnya, tetapi sedang berusaha mengurangkannya. Biarlah saya berhenti secara perlahan-lahan.

"Sebelum ini, apabila saya cuba berselindung, saya menjadi semakin memberontak. Saya tidak kisah jika ada yang anggap saya bukan gadis baik, asalkan saya tahu batasan hidup," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Thursday, August 02, 2018

Payu Dara Bekas Bintang Porno, Mia Khalifa Pecah Terkena Bola Hoki Ais

Payu Dara Bekas Bintang Porno, Mia Khalifa Pecah Terkena Bola Hoki Ais

Bekas bintang filem dewasa, Mia Khalifa menceritakan detik cemas apabila payu dara yang ‘diimplan’ dikatakan pecah akibat hentaman bola hoki ais beberapa bulan lalu.

Payu Dara Bekas Bintang Porno, Mia Khalifa Pecah Terkena Bola Hoki Ais

Mia yang ketika itu menghadiri perlawanan pasukan kegemarannya, Washington Capitals difahamkan duduk di tepi gelanggang ketika insiden tersebut berlaku.

“Saya sedang duduk di belakang kaca semasa perlawanan berlangsung apabila ia (bola hoki ais) terbang ke arah saya.

“Semua berlaku dengan pantas hinggakan saya tidak sempat berbuat apa-apa.

"Saya segera memegang dada dan tidak mahu melepaskannya.

“Saya merasakan jika saya melepaskannya darah akan memenuhi kawasan itu,” katanya kepada Daily Star.

Payu Dara Bekas Bintang Porno, Mia Khalifa Pecah Terkena Bola Hoki Ais

Tambahnya lagi, kemalangan tersebut menyebabkan salah satu implan payudaranya turut pecah dan dia akan melakukan pembedahan tahun hadapan.

Mia yang sudah meninggalkan industri filem porno, kini menjadi hos bersama dalam podcast Sportball Rooster bersama bekas personaliti radio ESPN, Tyler Coe.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mediahiburan

Thursday, July 05, 2018

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Usia bukan penghalang untuk mereka melangkah ke gerbang perkahwinan dan usia juga bukan pengukur kebahagiaan dan kemampuan memikul tanggungjawab.

Lima bintang popular ini membuktikan cinta yang disulam dengan keikhlasan menerima pasangan seadanya, tunjang kemanisan rumahtangga.

1. Aeril Zafril dan Wawa Zainal (25 Februari 2012)

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Pasangan pelakon ini berkahwin ketika nama mereka berada di puncak. Aeril telah melamar Wawa, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, yang ketika itu berusia 20 tahun.

Aeril Zafrel, atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berumur 24 tahun ketika bergelar suami, ternyata bukan penghalang buat Aeril menjadi suami dan ayah terbaik buat sepasangan anak mereka, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiya.

2. Diana Danielle dan Farid Kamil (3 November 2012)

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Pelakon dan model kacukan Diana Danielle berkahwin dengan pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil, pada usia 21 tahun.

Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora, sebagai pelengkap hidup.

3. Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden (31 Ogos 2014)

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Pelakon remaja Eina Azman memilih untuk berkahwin pada usia muda iaitu 19 tahun apabila memilih Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Pasangan ini telah dikurniakan pasangan bayi kembar bernama Karl Kareef dan Arianne Aubrey pada 19 Februari 2016 yang lalu.

4. Fiffy Natasya dan Muslim Azman (29 September 2014)

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, mengambil keputusan berkahwin dengan Muslim Azman, 27, pada usia 21 tahun.

Fiffy memulakan kerjaya seninya sejak usia sembilan tahun, pernah menganggotai kumpulan nyanyian Wardah, selain muncul dengan beberapa single berkonsep J-Pop termasuk lagu “Kawaii” dan “Cinta Playboy”.

5. Erin Malek dan Darriz Fauzy (10 Oktober 2014)

5 Artis Malaysia Yang Berkahwin Pada Usia Muda

Bermula perkenalan menerusi laman sosial Instagram, pelakon Erin Malek, 20, atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, sah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang pada 10 Oktober 2014.

Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Mohamed Faliq pada 1 Oktober 2015 yang lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: himpunanmedia

Wednesday, June 06, 2018

Kate Spade, Pereka Fesyen Terkenal Mati Bunuh Diri

Kate Spade, Pereka Fesyen Terkenal Mati Bunuh Diri

Bercakap tentang jenama Kate Spade, siapa yang tidak kenal dengan jenama fesyen antarabangsa ini namun begitu, pereka fesyen terkenal itu akhirnya ditemui meninggal dunia di rumahnya pada pagi selasa (6/6/2018).

Kate Spade, Pereka Fesyen Terkenal Mati Bunuh Diri

Berikutan berita kematian Kate Spade yang tidak dijangka, mari kita melihat kembali detik-detik kegemilangan jenama popular itu, termasuk selebriti yang memeriahkan warna-warni kempen yang tidak boleh kita lupakan.

1993: Bekas editor majalah Mademoiselle, Kate Brosnahan melancarkan rangkaian begnya sendiri iaiti Kate Spade New York bersama suaminya Andy Spade.

1998: Membuka butik buat kali pertama di New York City, Los Angeles dan Jepun. Pada tahun 2018 ini juga Kate menerima Anugerah CFDA untuk Pereka Aksesori Terbaik.

1999: Menambah koleksi kasut.

2000: Dalam episod Sex and the City, Charlotte bergurau bahawa tamponnya tidak akan sesuai dengan dompet jenama Kate Spade miliknya.

2006: Kate Spade New York dijual kepada Liz Claiborne. Kempen Spring/Summer 2006 mempunyai beg raffia yang comel dan totes terang yang sempurna untuk dipakai setiap hari. Kate menjadi juri khas Project Runway’s musim ketiga.

2007: Kate dan Andy Spade melangkah keluar dari syarikat itu untuk memberi tumpuan kepada keluarga mereka. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Frances Beatrix Spade pada tahun 2005.

2011: Pelakon Bryce Dallas Howard menjadi wajah baru Kate Spade dalam kempen yang berwarna-warni, menampilkan jenama aksesori tersendiri dan barang-barang elegan.

2014: Taylor Swift terlihat membawa beg tangan Bow Terrace Top Handle ketika dia keluar dari bandar New York. Penyanyi itu kelihatan berseri, memakai top corak polka dot dengan skirt yang sedondon.

Kate Spade, Pereka Fesyen Terkenal Mati Bunuh Diri

2015: Memperkenalkan barang keperluan rumah serta perabot dalam jenamanya.

2015: Kate dan Andy Spade melancarkan Frances Valentine, koleksi baru kasut mewah dan beg. Kate Middleton tampil dengan koleksi dress Kate Spade berwarna merah jambu dengan corak berbunga untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia pada bulan Oktober di London.

2018: Pelancaran semula ikonik OG Sam untuk ulang tahun ke-25 Kate Spade. Bintang dari This Is Us, Chrissy Metz memakai gaun kobalt biru Kate Spade di Screen Actors Guild Awards.

Bunuh Diri

Mendiang Kate meninggal dunia pada usia 55 tahun dan difahamkan, pereka fesyen yang berasal dari Amerika Syarikat itu ditemui mati oleh pembantu rumah di kediamannya di Park Avenue, New York sekitar jam 10.00 pagi.

Dia dipercayai meninggal membunuh diri setelah mayatnya ditemui tergantung di rumahnya.

Sempat Meninggalkan Nota

Dalam perkembangan lain, Kate Spade dikatakan sempat meninggalkan sekeping nota sebelum bertindak menggantung diri.

Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada pihak yang boleh menjelaskan dengan lebih terperinci apakah isi kandungan nota yang ditinggalkan Kate Spade, sekiranya ia benar-benar wujud.

Kematian itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi adiknya, kerana menurutnya Kate sejak tiga hingga empat tahun yang lalu dikatakan mengalami tekanan jiwa sehingga terpaksa menenangkan dirinya dengan mengambil alkohol.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hangat

Friday, May 25, 2018

Cantiknya Fazura Pakai Tudung Di Bulan Ramadhan

Cantiknya Fazura Pakai Tudung Di Bulan Ramadhan

Terserlah keayuan Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin apabila memakai tudung sepanjang bulan Ramadhan ini.

Fazura bertudung

Apa yang lebih menarik, bukan netizen sahaja yang teruja dengan penampilan Fazura kali ini, suaminya Fattah Amin pun siap mengusik tak nak bagi isterinya keluar rumah.

Fazura bertudung

Kalau dilihat di laman Instagram Fazura, rata-rata peminat doakan yang baik-baik, malah ada yang berharap moga Fazura terus istiqamah memakai tudung walau pun selepas bulan Ramadan nanti.

Doa Daripada Fazura

"Assalamualaikum wb. Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda.

Saya juga berdoa semoga Ramadhan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih-sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. In sha' Allah. Lots of LOVE, always.”

***

Alhamdulillah. Tumpang bahagia tengok kebahagiaan pasangan ini, untung Fattah Amin.

Seeloknya perkara yang positif inilah yang artis patut tonjolkan, ada perubahan di bulan yang mulia.

Pendek kata kalau sebelum Ramadhan kita tak solat, kita perbaiki diri menjaga solat.

Jika kita tak menutup aurat, kita perbaiki diri dengan menjaga aurat dan maruah kita.

Andai selama ini tak pernah sentuh al-Quran, kita menjadi akrab dengan al-Quran.

Istiqomah sepanjang Ramadhan hinggalah saat bertemu kembali Ramadhan seterusnya.

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud, “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak dapat dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga sahaja." – Riwayat Ahmad

Sesungguhnya rugilah orang yang berpuasa (fardu Ramadhan) namun tidak mendapat apa-apa kebaikan (pahala) dari puasanya itu.

Inilah puasa yang sia-sia kerana ia tiada nilai di sisi Allah swt.

Fazura bertudung

Apa pun, kita doakan moga Fazura terus bahagia di samping suami tersayang.

Dan untuk pembaca setia, semoga puasa Ramadhan kita akan terpelihara nilainya dan mendapat puasa yang mabrur hendaknya.

Amin Ya Rabbal ’alamin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mw

Tuesday, May 22, 2018

Fara Hezel Kesal Tayang Dada Seksi!

Fara Hezel Kesal Tayang Dada Seksi!

Gara-gara memuat naik foto mengaburkan bahagian dada, penyanyi Fara Hezel dikecam netizen yang mempertikaikan tindakan itu dan memintanya untuk bertudung.

Fara Hezel Kesal Tayang Dada Seksi!

Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri, 22, berkata dia tiada niat untuk berbuat demikian dan tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai permintaan netizen.

Penyanyi lagu Setiaku Pasti ini juga memberitahu dia memuat naik foto tersebut bagi mempromosikan solekan sahaja.

"Saya bukanlah sengaja nak memuat naik foto seperti itu. Niat saya hanya untuk mempromosikan solekan sahaja.

"Bahagian itu saya tutup sebab tak nampak terlalu seksi, tapi tak sangka pula boleh cetus kontroversi dan kecaman netizen.

"Soal nak pakai tudung itu, saya tak nak komen sangat takut jadi salah faham tapi In Sha' Allah satu hari nanti," kata Fara.

Foto yang dimuat naik Fara mendapat kecaman netizen bagaimanapun, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini telah memadam foto tersebut beberapa jam selepas memuat naik di laman Instagram.

Tambah Fara, dia minta maaf kerana memuat naik foto tersebut di bulan Ramadhan dan selepas ini akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu.

"Saya faham, foto itu tidak sesuai dimuat naik pada bulan Ramadhan.

"Saya minta maaf dan akui kesilapan.

"Saya juga manusia biasa yang tidak sempurna. Kesalahan itu memang bukan disengajakan dan saya pun sudah memadamnya.

"Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan fikir dahulu sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial," ujarnya.

Fara Hezel Kesal Tayang Dada Seksi!

Hubungan Fara dan Erry tidak lebih daripada seorang kawan.

Dalam pada itu, Fara memberitahu hubungannya dengan penyanyi Erry Putra kini hanya sekadar kawan sahaja.

Mereka mengambil keputusan untuk berkawan terlebih dahulu sebelum memikirkan soal cinta.

"Saya dah Erry sekarang ini hanya berkawan sahaja. Kami mahu memberi tumpuan kepada karier terlebih dahulu.

"Sebab itu, kami buat keputusan untuk jadi kawan dan soal cinta itu ketepikan dahulu," katanya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Ku Pasrah ini mengakui sedang bercinta dengan Erry.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!

Pelakon aksi popular antarabangsa, Jet Li atau nama sebenar Li Lianjie, kini bertarung melawan penyakit hipotiroidisme dan masalah tulang belakang yang semakin serius.

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!

Ikon Hollywood dikenali melalui filem Lethal Weapon V dan Expendables 2 itu dilaporkan mengidap penyakit itu sejak lima tahun lalu.

"Beberapa tahun lalu, saya tidak mampu melakukan aktiviti fizikal mencabar disebabkan keadaan di alami ini.

"Doktor sudah memberi amaran pada 2013 bahawa saya mungkin berakhir di kerusi roda jika kekal melakukan aksi lasak fizikal dalam filem," katanya.

Sekeping foto terbaru menunjukkan Jet Li melawat sebuah kuil di Tibet dan terpaksa dibantu untuk bergerak yang tular di Internet.

Hal itu menyebabkan peminat seluruh dunia terkejut dan tidak menyangka tahap kesihatannya semakin merosot.

Mereka turut berkongsi pelbagai petua kesihatan dan rawatan dipercayai mampu mengubat penyakit dialami Li.

"Saya hanya manusia biasa, bukan Wong Fei-hung atau Huo Yuanjia.

"Saya sama seperti kamu," kata Li.

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!

Tahun 2017 lalu, pelakon filem Once Upon A Time In China ini pernah bercakap secara terbuka di sebuah majlis rasmi mengenai penyakit dihidapi selepas tidak lama muncul di khalayak ramai.

Dia mendedahkan mengidap penyakit tiroid pada 2010 dan sudah mengambil pelbagai ubat untuk rawatan namun tidak menunjukkan perubahan lebih baik.

Hipertiroidisme boleh menyebabkan metabolisme tubuh dan kadar degupan jantung pesakit berubah dan selalunya dirawat dengan pengambilan ubat.

Selain itu, penyakit tulang belakang yang dialami akibat kecederaan lampau ketika melakukan aksi lasak sejak lewat 1970-an sehingga awal tahun 2000 menyebabkan dia tidak mampu berdiri lama.

UPDATE! (25/5/2018)

Jet Li Kongsi Gambar Terbaru, Nafi Tidak Sihat

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!

Buat pertama kali selepas lama menyepi dari radar dunia hiburan, Jet Li memuat naik imej terbarunya di media sosial dan tidak seperti disangka ramai orang, bintang filem aksi itu dilihat berada dalam keadaan sihat.

Ia sekali gus bercanggah dengan imej mengenainya yang tular baru-baru ini.

Melalui gambar sebelum ini, Jet Li dilaporkan sedang uzur dan bergelut melawan penyakit hipertiroidisme serta masalah tulang belakang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang bimbang terhadap tahap kesihatan ini.

"Saya dalam keadaan sihat, malah saya juga teruja untuk berkongsi projek terbaru yang saya usahakan.

"Buat masa sekarang, terima kasih kerana sokongan anda,” katanya pada hantaran di Facebook.

Terdahulu, kesihatan Jet Li dilaporkan merudum hingga membuatkan pergerakannya terbatas.

Imej keadaan itu muncul selepas pelakon Lethal Weapon V dan Kiss Of The Dragon berkenaan melawat sebuah kuil di Chengdu dan bukan seperti dilaporkan di Tibet baru-baru ini.

Kebanyakan peminat China meluahkan perasaan terkejut selain bimbang apabila melihat Jet Li, 55, dalam keadaan lemah selain berita mengejutkan mengenai masalah kesihatannya dipaparkan secara meluas dalam berita antarabangsa termasuk AS.

Bahkan ada peminat yang tidak percaya dengan imej yang menjadi tular kerana aktor kelahiran Beijing itu kelihatan sudah tidak setangkas dulu berbanding aksi-aksi lasak dilakonkannya selama empat dekad sebelum ini.

Jet Li bagaimanapun kekal berdiam diri mengenai imej tular terbabit sebelum memuat naik hantaran terbaru di media sosialnya.

Dalam imej dikongsikan itu, Jet Li memuat naik tiga gambar termasuk satu bersama seorang sami.

Jet Li Bertarung Nyawa Melawan Penyakit Tiroid!

Semakan mendapati, hantaran Facebook itu hampir mencecah 60,000 tanda suka dan lebih 3,000 perkongsian.

Selain Facebook, Jet Li turut menggunakan aplikasi media sosial berpengaruh di China, Weibo untuk berterima kasih ke atas peminat yang bimbang dengan imej dirinya yang kelihatan seperti “80 tahun.”

Sementara itu, pengurus Steven Chasman berkata, imej tular itu memberi gambaran buruk ke atas Jet Li.

“Jet Li mengidap hipertiroidisme selama hampir 10 tahun.

"Bagaimanapun, penyakit itu tidak mengancam nyawa dan dia menanganinya dengan baik," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro | malaysiakini



Tuesday, May 15, 2018

Ziana Ziana Dedah Rahsia 20 Tahun Hidup Dalam 'Neraka' Bersama Armin

Ziana Ziana Dedah Rahsia 20 Tahun Hidup Dalam 'Neraka' Bersama Armin

Penyanyi terkenal Ziana Zain mendedahkan kehidupannya dengan suami, Armin Zaharin selama ini ibarat hidup dalam neraka masakan tidak, pelantun lagu Putus Terpaksa itu mendakwa, seawal empat bulan perkahwinan, dia sudah terpaksa menanggung penderaan mental bersendirian.

Ziana Ziana Dedah Rahsia 20 Tahun Hidup Dalam 'Neraka' Bersama Armin

"Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga," katanya.

Menurutnya, setiap kali selesai bekerja, dia seolah-olah trauma untuk pulang ke rumah.

"Melihat pagar pun saya dah meraung.

"Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak-anak, rumahku nerakaku," katanya sambil menangis.

Menurut Ziana Ziana, dia tidak menyangka penderaan mental dihadapinya itu meleret sehingga perkahwinan mereka berusia 20 tahun.

"Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima," katanya.

Ziana juga mendakwa suaminya melemparkan kata-kata kurang sopan di mana sahaja termasuk di tempat awam dan di hadapan keluarga.

"Anak-anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik," katanya.

Ziana berkata, di usia 50 tahun dia sudah tidak mampu lagi menahan penderitaan itu.

"20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia.

"Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak-anak.

"Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga," katanya.

Menurutnya, anak-anaknya turut menghidapi stress akibat daripada perilaku Armin.

"Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun," katanya.

Tambahnya, anak-anak juga mempersoalkan tindakan Armin.

"Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa.

"Mereka beritahu saya, Ma don't died," katanya menangis.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana berkata, sepanjang kehidupan bersama, dia sentiasa mencukupkan keperluan keluarga tanpa pernah mengungkit.

"Saya anggap ini rezeki, namun apabila dia buat saya macam ini, saya tidak akan tunggu lagi," katanya.

Menurutnya, sejak tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun lalu, Armin tidak mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

"Semuanya saya. Dia duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah sahaja," katanya.

Tambah Ziana, dia tidak percaya dirinya mampu bersabar sehingga kemuncaknya.

"Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya," katanya.

Kata Ziana, ibu dan bapa saudara Armin juga seolah-olah tidak percaya dengan tahap kesabarannya.

"Kalau mak saudara cakap, Kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie?

"Jadi maksudnya apa?" katanya kepada media selepas sebutan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Monday, May 07, 2018

Uqasha Senrose Ditahan Bersama 53 Pil Dadah

Uqasha Senrose Ditahan Bersama 53 Pil Dadah

Pelakon Uqasha Senrose ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Uqasha Senrose Ditahan Bersama 53 Pil Dadah

Uqasha ditahan bersama 53 biji pil eramin 5 bernilai RM660 dalam beg tangan jenama Chanel milik pelakon wanita itu.

Kemalangan pada pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika Uqasha memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover seorang diri telah melanggar kenderaan Honda BRV dipandu seorang lelaki.

Selepas kemalangan itu, Uqasha Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, dibawa ke balai polis TTDI untuk siasatan.

“Semasa pemeriksaan ke atas pelakon itu, polis menemui enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemua mempunyai 53 biji dadah disyaki jenis eramin 5.

Dadah tersebut ditemui dalam beg berjenama mewah selebriti itu,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita bersama 53 pil dadah jenis eramin 5 bernilai RM600.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.

“Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” kata beliau.

Katanya, kes berkaitan penemuan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Uqasha ketika dihubungi tidak memberi sebarang maklum balas berhubung laporan polis yang mendakwa dirinya memandu dalam keadaan khayal dan berjanji untuk menghubungi semula.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo


Saturday, April 28, 2018

Pelakon Smallville Goda Artis Jadi Hamba Seks

Pelakon Smallville Goda Artis Jadi Hamba Seks

Pelakon drama siri Smallville, Allison Mack ditahan pihak berkuasa atas dakwaan merekrut wanita sebagai hamba seks untuk NXIVM, suatu pergerakan dianggap kultus dan pernah didakwa cuba ‘memancing’ dua selebriti ternama Hollywood sebagai anggota kumpulan tersebut.

Pelakon Smallville Goda Artis Jadi Hamba Seks

Allison didakwa dalam komunikasinya di Twitter menyatakan minat terhadap Emma lalu menulis pesanan ringkas kepada selebriti berkenaan pada Januari 2016.

Penjelasan berkenaan diberikan kepada Emma kerana dia seorang sosok yang terkenal dengan melakukan kerja-kerja aktivis wanita dan gender berhaluan kanan.

“Saya menyertai pembangunan unik manusia dan gerakan wanita.

"Saya berminat untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai hal ini.

"Saya juga boleh katakan perkara ini kerana saya juga seorang aktres,” katanya.

Walaupun Emma tidak memberi sebarang respon, Allison cuba menghubunginya sekali lagi pada Mac tahun sama dan sekali lagi, tiada sebarang balasan daripada Emma.

Pelakon Smallville Goda Artis Jadi Hamba Seks

Selain Emma, Allison turut meluahkan hasrat yang sama terhadap penyanyi Kelly Clarkson, juga menerusi Twitter.

“Saya dengar khabar bahawa anda ialah seorang peminat Smallville. Saya juga peminat kamu! Saya gembira jika dapat menghubungi kamu,” katanya.

Sama seperti Emma, Kelly juga tidak memberi maklum balas terhadap kenyataan diberikan di Twitter itu.

Terdahulu, selepas mengaku tidak bersalah mempunyai kaitan dengan ketua NXIVM Keith Raniere, Allison dibebaskan atas ikat jamin AS$5 juta (RM19 juta) sementara menantikan perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan manusia, konspirasi pemerdagangan manusia dan konspirasi buruh paksa.

Rahsia gelap NXIVM

Pelakon Smallville Goda Artis Jadi Hamba Seks

NXIVM mendakwa mereka menjalankan aktiviti sebagai kumpulan bimbingan wanita tetapi sebenarnya terdapat rahsia gelap di sebalik organisasi terbabit.

Kultus berpangkalan di Albany itu menyaksikan wanita dipaksa melakukan hubungan seks dengan pengasasnya yang kini dituduh atas kesalahan melakukan pemerdagangan wanita.

Raniere ditahan pada Mac 2018 lalu di Mexico dan kini direman dalam tahanan persekutuan di New York.

Dia turut didakwa merogol kanak-kanak seawal usia 12 tahun, memenjarakan wanita kerana mempunyai perasaan terhadap orang lain dan memaksa seorang daripada pengikutnya untuk merempuh pokok dan minum air lumpur.

Sekurang-kurang 80 wanita yang didakwa terperangkap menjadi mangsa organisasi itu dieksploitasi secara seksual, dibasuh otak (brainwashed) bahkan tubuh mereka dicacah (branded) dengan nama Raniere, kata pendakwa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Tuesday, April 24, 2018

Natalie Portman Enggan Terima Anugerah Genesis Di Israel

Natalie Portman Enggan Terima Anugerah Genesis Di Israel

Pelakon terkenal, Hollywood Natalie Portman membuat kejutan apabila enggan hadiri satu acara penganugerahan berprestij di Israel dan meraih hadiah bernilai AS$1 juta (RM3.8 juta).

Natalie Portman Enggan Terima Anugerah Genesis Di Israel

Beliau beri alasan tidak mahu terlibat dengan beberapa insiden menyedihkan di negara haram Yahudi itu, menurut pihak penganjur, sekali gus turut mengumumkan majlis penyampaian hadiah tersebut semalam terpaksa dibatalkan.

Israel mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa sejak beberapa minggu lalu ekoran kekejaman digunakan askar rejim itu semasa bertempur dengan rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu kecil di sempadan Gaza.

Setakat ini, kira-kira 31 warga Palestin berjaya dibunuh dan ratusan yang lain cedera.

Pemerintah Israel namun bertegas bahawa pihaknya terpaksa melakukan demikian konon demi melindungi sempadan daripada diceroboh.

Menerusi kenyataan dalam lamannya, yayasan yang menyampaikan Hadiah Genesis dipetik sebagai mengatakan, “Insiden di Israel baru-baru ini amat membimbangkan dan menyedihkan beliau sendiri hingga berasa tidak selesa.

“Justeru beliau agak keberatan untuk mengambil bahagian dalam sebarang acara awam yang diadakan di Israel.”

Yayasan tersebut bagaimanapun tidak pula memberikan perincian di sebalik keputusan mengejut oleh Portman itu.

Pegawai seranta Portman di Los Angeles, Amerika Syarikat juga tidak dapat memberikan sebarang respons kepada e-mel daripada pihak media tempatan yang begitu teruja meminta maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya berasa amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa Portman terpengaruh dengan penyokong gerakan global BDS (Boikot, Divestasi dan Sekatan) yang dilancarkan sejak 2005,” kata Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev.

Sejak 2014, Hadiah Genesis sudah diberikan kepada individu cemerlang dalam bidang profesional mereka yang menjadi inspirasi kepada orang lain menerusi dedikasi mereka kepada masyarakat Yahudi dan nilai Yahudi.

Portman dilahirkan di Baitulmaqdis pada 1981, memiliki dwikerakyatan AS dan Israel.

Graduan Universiti Harvard ini yang sudah berkahwin dan ada dua anak aktif dalam bidang perfileman sejak 1992.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Artis Wanita Yahudi Paling Popular Hollywood

sumber: mynewshub

Monday, April 09, 2018

'Despacito' Video YouTube Pertama Cecah Tontonan 5 Bilion!

'Despacito' Video YouTube Pertama Cecah Tontonan 5 Bilion!

Despacito kini menjadi video dengan tontonan paling tinggi di Youtube apabila versi asal lagu ini nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee jadi video pertama mendapat tontonan melebihi 5 bilion.

'Despacito' Video YouTube Pertama Cecah Tontonan 5 Bilion!

Sebagai perbandingan, lagu popular sebelum ini seperti Gangnam Style (PSY), Shape Of You (Ed Sheeran) dan See You Again (Charlie Puth) hanya setakat 3 bilion tontonan sahaja.

Jumlah tontonan video ini juga tidak termasuk versi Justin Bieber yang hanya mendapat tontonan sekitar 600 juta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahu Maksud Lagu Despacito? Cumbuan Dan Seks Bebas!

sumber: thevocket