Thursday, February 01, 2018

5 Pelakon Berbangsa Cina Paling Popular Dalam Drama Melayu


Rantaian drama melayu terkini bukan sahaja menampilkan mereka yang sememangya kaum melayu, sebaliknya mereka yang berbangsa cina turut diberi peluang menjadi teraju sesebuah drama.

Bukan sekadar pelakon pembantu malah ada diantara mereka yang menjadi pelakon utama sehingga berjaya menaikkan rating drama.

Kami senaraikan 5 pelakon berbangsa cina yang paling popular dalam drama terkini.

1. Elizabeth Tan

5 Pelakon Berbangsa Cina Paling Popular Dalam Drama Melayu

Bermula dengan karier nya sebagai seorang penyanyi sehinggalah menjadi pelakon siapa sangka Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy mempunyai bakat dalam berlakon.

Lebih gemar digelar sebagai seorang pelakon berbanding penyanyi, Lizzy diberi peluang memegang watak utama bergandingan bersama Datuk Aaron Aziz menerusi drama My Darling Inspektor Daniel

2. Alvin Chong

5 Pelakon Berbangsa Cina Paling Popular Dalam Drama Melayu

Antara yang paling popular, namanya antara yang menjadi penghias slot drama seperti Dia Semanis Honey, Suri Hati Mr Pilot dan Awak Suka Saya Tak?

Sebagai fakta, Alvin juga adalah seorang penyanyi dan turut mempunyai beberapa single lagu melayu.

3. Sean Lee

5 Pelakon Berbangsa Cina Paling Popular Dalam Drama Melayu

Pendatang baru dalam industi, Sean Lee Jia Ern atau lebih dikenali sebagai Sean Lee mula dikenali menerusi drama Keluarga Pontimau.

Terdahulu, Sean sudah meraih populariti di YouTube sebelum disunting menjadi pelakon.

Antara dramanya adalah Coffee Prince yang turut bergandingan bersama Janna Nick dan Fattah Amin.

4. Keith Foo

5 Pelakon Berbangsa Cina Paling Popular Dalam Drama Melayu

Sebelum menempah nama di Malaysia, Keith Foo antara pelakon yang popular di Indonesia sebelum pulang ke Malaysia.

Popularitinya semakin melonjak apabila drama yang dilakon bersama Fathia Latiff, Ariana Rose menjadi trending.

5. Angeline Tan

5 Pelakon Berbangsa Cina Paling Popular Dalam Drama Melayu

Siapa yang tidak kenal dengan Angeline Tan, pelakon popular sejak 80-an lagi. Masih lagi aktif berlakon dan kelihatan awet muda, Angeline merupakan salah seorang pelakon veteran yang cukup disegani.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: P. Ramlee Satu-satunya Penerima Anugerah Pertama Pelakon Serba Boleh Di Dunia!

sumber: infoje

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon