Tuesday, July 18, 2017

Kehebatan Tumbukan 1 inci Yang Mampu Membunuh!

Beberapa tahun lalu, seorang sami bernama Shi, telah menggemparkan dunia selepas mempamerkan kekuatan tumbukan satu inci yang mampu membunuh sesiapa yang ditumbuk.

Shi

Kemampuan dan kekuatan luar biasa tumbukan 1 inci ini pernah didedahkan dalam rancangan Stan Lee Superhumans, sebuah dokumentari televisyen pada 2 Ogos 2010.

Dalam rancangan itu, pengacara rancangan ini, Daniel Browning Smith telah terbang dari New York untuk bertemu dengan Shi, generasi ke 34 Shaolin Warrior Monk dan meminta Shi menunjukkan kemampuannya.

Antara aksi ngeri yang dilakukan adalah dengan melakukan pukul menggunakan batang kayu yang keras dibahagian perut, belakang badan dan tangan.

Menakjubkan, kayu yang keras patah dua selepas dipukul ke badannya tanpa sebarang kesakitan. Daniel yang melihat terlopong kagum!

Tumbukan 1 inci

Shi

Aksi sebenar baru sahaja bermula. Kali ini, Shi akan melakukan tumbukan satu inci yang akan dilakukan pada jarak dekat.

Kali ini, kekuatan Shi akan diuji secara saintifik menggunakan patung replika yang disambungkan kepada komputer.

Tumbukan dilepaskan pada jarak satu (1) inci, patung jelas dilihat melentur kebelakang.

Daripada catatan yang ditunjukkan melalui komputer, impak kekuatan tumbukannya mampu membunuh seorang manusia.

Kekuatan tumbukannya lebih kuat berbanding kesan hentaman kereta pada kelajuan 48 kilometer sejam!

Persoalannya, adakah manusia akan mati dengan hanya satu tumbukan? Jawapannya, YA.

Tubuh manusia sebenarnya jauh lebih rapuh dari yang disangka, terutamanya jika pukulan pada jantung.

Lagenda tumbukan 1 inci

Bruce Lee

Tumbukan satu inci adalah satu teknik bela diri paling popular sepanjang zaman.

Stail Kung Fu ini pertama kali ditunjukkan oleh Bruce Lee dalam pertandingan Long Beach International Karate Championship pada tahun 1964.

Sejak itu, gaya bela diri ini terus dipelajari sehingga kini.

BACA INI JUGA: Video Lelaki Maut Dengan Satu Tumbukan!



-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon