Tuesday, May 22, 2018

Fara Hezel Kesal Tayang Dada Seksi!


Gara-gara memuat naik foto mengaburkan bahagian dada, penyanyi Fara Hezel dikecam netizen yang mempertikaikan tindakan itu dan memintanya untuk bertudung.

Fara Hezel Kesal Tayang Dada Seksi!

Fara atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri, 22, berkata dia tiada niat untuk berbuat demikian dan tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai permintaan netizen.

Penyanyi lagu Setiaku Pasti ini juga memberitahu dia memuat naik foto tersebut bagi mempromosikan solekan sahaja.

"Saya bukanlah sengaja nak memuat naik foto seperti itu. Niat saya hanya untuk mempromosikan solekan sahaja.

"Bahagian itu saya tutup sebab tak nampak terlalu seksi, tapi tak sangka pula boleh cetus kontroversi dan kecaman netizen.

"Soal nak pakai tudung itu, saya tak nak komen sangat takut jadi salah faham tapi In Sha' Allah satu hari nanti," kata Fara.

Foto yang dimuat naik Fara mendapat kecaman netizen bagaimanapun, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini telah memadam foto tersebut beberapa jam selepas memuat naik di laman Instagram.

Tambah Fara, dia minta maaf kerana memuat naik foto tersebut di bulan Ramadhan dan selepas ini akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu.

"Saya faham, foto itu tidak sesuai dimuat naik pada bulan Ramadhan.

"Saya minta maaf dan akui kesilapan.

"Saya juga manusia biasa yang tidak sempurna. Kesalahan itu memang bukan disengajakan dan saya pun sudah memadamnya.

"Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan fikir dahulu sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial," ujarnya.

Fara Hezel Kesal Tayang Dada Seksi!

Hubungan Fara dan Erry tidak lebih daripada seorang kawan.

Dalam pada itu, Fara memberitahu hubungannya dengan penyanyi Erry Putra kini hanya sekadar kawan sahaja.

Mereka mengambil keputusan untuk berkawan terlebih dahulu sebelum memikirkan soal cinta.

"Saya dah Erry sekarang ini hanya berkawan sahaja. Kami mahu memberi tumpuan kepada karier terlebih dahulu.

"Sebab itu, kami buat keputusan untuk jadi kawan dan soal cinta itu ketepikan dahulu," katanya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Ku Pasrah ini mengakui sedang bercinta dengan Erry.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

2 comments

  1. Buat Fara dan Aiman tino, restoran korang kat kuala kubu baru tu. tolonglah sedia duit kecik, kali ke berapa aku makan, korang tak pernah ade tukar! kalau tak boleh sediakan duit pecah, baik tak payah berniaga. Orang Cina bagilah Rm50 ke RM100, dia tetap ada duit kecil untuk dikembalikan. Aku Makan RM39.00 bayar duit RM50.00, takkan RM11.00 tak de kat poket korang pun. Lain laa aku makan RM1.30 bagi RM50, itu aku boleh terima. Adooiii, lain kali aku malas singgahla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la bisnes orang melayu ni. nak tolong susah, tak tolong kesian. :-s

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon