Tuesday, August 18, 2015

12 Hotel Dengan Kolam Renang Paling Unik Di Dunia


Selalunya jika anda merancang percutian ke mana negara sekalipun, sudah pasti hotel yang selesa dan tenang menjadi pilihan utama.

Selain faktor itu, jangan lupa untuk turut menimbangkan hotel yang menawarkan kolam renang dengan pemandangan menakjubkan.

Dipetik dari MailOnline Travel, berikut ialah 12 hotel yang memiliki reka bentuk kolam renang hotel yang paling unik dan menarik di dunia.

LeCrans Hotel & Spa
Crans-Montana, Switzerland

LECRANS Hotel & Spa Crans-Montana

Berendam dalam kolam renang di pergunungan Alps yang membeku pasti bukan menjadi aktiviti pilihan utama.

Namun, hotel ini menawarkan kolam air panas supaya pengunjung boleh berenang sambil menikmati pemandangan gunung bersalji.

Hotel Hanging Gardens
Bali, Indonesia

Hotel Hanging Gardens

Lupakan restoran dan bar mewah kerana ia bukan lagi keutamaan jika anda berkunjung ke hotel ini. Hanging Gardens mempunyai kolam renang yang dibina menghadap hutan hijau yang menakjubkan.

Hotel The Library, Koh Samui
Thailand

HOTEL The Library, Koh Samui

Kolam renang di hotel ini terkenal kerana airnya yang kelihatan berwarna merah. Warna merah itu bagaimanapun bukan berpunca daripada air tetapi jubinnya.

Hotel Marina Bay Sands
Singapura

HOTEL Marina Bay Sands

Kolam infiniti adalah tarikan utama di hotel mewah ini. Dibina pada tingkat 57, ia menawarkan pemandangan menakjubkan bandar raya moden di Asia ini.

Kolam ini diberi nama infiniti kerana terletak di teres terbuka dan mempunyai penghadang yang tidak kelihatan, membuatkan air seolah-olah jatuh ke bawah.

Hotel Ladera Resort
St Lucia

Hotel Ladera Resort

Dengan pemandangan indah Pergunungan Piton dan Laut Caribean, hotel ini antara destinasi popular untuk pasangan berbulan madu.

Setiap bilik mempunyai kolam renang peribadi dengan tempat makan terbuka bagi membolehkan pengunjung menikmati pemandangan menakjubkan.

Hotel Blue Lagoon
Iceland

Hotel Blue Lagoon, Iceland

Hotel Blue Lagoon dibina berhampiran kolam air panas semula jadi yang terletak di atas rabung Mid Atlantic. Walaupun kolam ini terbuka kepada semua tetapi ada laluan yang menghubungkan ke hotel ini.

The Oberoi Udaivilas, Udaipur
India

THE Oberoi Udaivilas

Baru dianugerahkan gelaran ‘hotel terbaik di dunia’, resort mewah yang luas di barat India ini pasti akan memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung.

Ia juga mempunyai kolam renang yang mengelilingi bangunan hotel umpama istana ini.

Hotel Holiday Inn, Shanghai
China

HOTEL Holiday Inn

Kolam renang di hotel ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang takutkan ketinggian. Terletak di tingkat 24, kolam renang ini hanya berlantaikan kaca.

Namun, pengunjung tidak perlu risau kerana sebahagian besar kolam ini berada dalam bangunan.

Phoenix Seagaia Resort
Jepun

PHOENIX Seagaia Resort

Hotel ini memiliki pantai buatan manusia yang dikenali sebagai Ocean Dome. Ia lengkap dengan ombak, pasir, pokok kelapa dan gunung berapi tiruan.

Ocean Dome juga memiliki bumbung yang boleh dibuka dan ditutup bagi melindungi pengunjung dari cuaca di luar.

Resort San Alfonso del Mar
Chile

RESORT San Alfonso del Mar

Diiktiraf sebagai hotel yang memiliki kolam renang terpanjang di dunia. Kolam dengan panjang hampir 1 kilometer memberi kebebasan kepada pengunjung berenang tanpa bertembung dengan orang lain.

Mengadap pantai, kolam ini juga mempunyai pemandangan menakjubkan.

Hotel Sanctuary Swala, Tangarire
Tanzania

HOTEL Sanctuary Swala

Jika anda mahukan suasana semula jadi Afrika, Hotel Sanctuary Swala adalah jawapannya. Hotel mewah ini mempunyai kolam renang dengan pemandangan hutan di Afrika.

Walaupun terletak di kawasan terbuka dan terdedah kepada haiwan liar, namun ia dijaga rapi oleh pekerja hotel. Jadi pengunjung tidak perlu meragui kebersihannya.

Pelican Hill Resort
California, Amerika Syarikat.

Pelican Hill Resort

Kolam di hotel ini yang diberi nama Coliseum memegang gelaran kolam bulat terbesar di dunia dengan diameter 41.4 meter.

Resort ini dibina untuk memberi pengalaman seperti berada di Itali dengan reka bentuk yang bertemakan empayar Rom.

BACA INI JUGA: 10 Hotel Paling Mewah Di Dunia

Sumber: hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon