Friday, January 17, 2020

Donald Trump Pengganas No 1 Di Dunia

Donald Trump Pengganas No 1 Di Dunia

Kegilaan apakah yang dialami oleh seorang manusia bernama Donald Trump? Mencintai peperangan, menipu dalam percakapan dan fakta serta bertindak tanpa batas undang-undang dan peraturan. Seperti kata peribahasa, 'ikut hati mati, ikut nafsu lesu', lalu inilah kerosakan yang sedang dialami oleh Amerika Syarikat (AS) dan tempiasnya kepada dunia seluruhnya.

Donald Trump terorist

Donald Trump, dihina dan dikeji bukan sahaja lawan malah kawannya sendiri dari Parti Republikan, kerana bukannya berusaha membawa Amerika hebat semula sebagaimana tema kempen pilihan raya yang dibawanya pada 2017, tetapi kini seperti membawa Amerika kepada kemusnahan.

Sayang seribu kali sayang, lebih 380 juta rakyat Amerika sedang ditipu dan diperdaya oleh Donald Trump, pengganas nombor satu dunia.

Mengapa Donald Trump dianggap pengganas?

Pertama kerana tindakan membunuh Mejar Jeneral Qassim Soleimani, panglima perang dan strategik Iran.

Pembunuhan yang dilancarkan dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa memikirkan akibatnya kepada Iran, dunia, kemanusiaan mahupun rakyat AS sendiri.

Membunuh panglima tentera sebuah negara bermakna ‘perang’. Hanya yang gila sahaja akan membunuh utusan negara atau individu penting bagi sesebuah negara.

Fikirkanlah, jika yang dibunuh itu adalah setiausaha negara Amerika, Mike Pompeo atau jeneral tentera Mark A. Miley, pastinya Iran atau mana-mana negara yang melakukan pembunuhan tersebut akan lunyai dibom AS dan sekutunya.

Apa yang lebih kelakar ialah apabila Trump dalam ciapannya kepada dunia mengatakan bahawa pembunuhan itu adalah untuk melahirkan kestabilan di rantau Asia Barat.

Cubalah buka mata semua, mana ada satu pun negara yang diserang AS berada dalam keadaan aman dan maju jaya.

Afghanistan jadi seperti padang jarak padang terkukur. Iraq dan Syria terus bergolak dan huru-hara.

Hanya vietnam yang sedikit baik itupun setelah puluhan tahun maka, jika alasan Donald Trump ialah untuk membawa kestabilan di Asia Barat, ia hanya kata-kata teroris yang cuba menutup kerosakan yang dilakukannya.

Perlu diingat, sesuatu perbuatan dianggap tindakan keganasan apabila mempunyai motif politik, menggunakan keganasan dan serangan ke atas sasaran awam.

Jelas dalam insiden serangan ke atas Qassim Soleimani, ia dilakukan dengan motif politik Donald Trump untuk mengancam Iran dan mengalihkan tumpuan rakyat AS dan masyarakat umum daripada kes pemecatannya yang sedang dibawa ke perhimpunan dewan Senat AS.

Kedua, Trump mengarahkan satu tindakan pembunuhan dengan menggunakan dron melalui justifikasi oleh beliau sendiri.

Ketiga, walaupun Trump mengarahkan pembunuhan seorang komander tentera, ia dilakukan ketika Qassim Soleimani berpakaian biasa dan di lapangan terbang.

Ia satu keadaan yang boleh dianggap menyerang masyarakat awam dan di tempat terbuka. Ia jelas menyalahi Protokol 1 Konvensyen Geneva (Artikel 52) yang melarang serangan ke atas nyawa dan aset awam.

Ini berlawanan dengan tindakan Iran yang dilihat lebih mematuhi konvensyen Geneva berkaitan peperangan. Justifikasi yang diberi Iran ialah itu tindakan mempertahankan diri.

Iran menyerang kem tentera di Irbil dan Al-Asad, kedua-dua kem ini adalah dimiliki dan dihuni secara total oleh tentera AS. Mengikut justifikasi ini, tindakan Iran dilihat lebih beretika.

Malah, Iran juga melalui kementerian luarnya menghantar surat makluman kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan mempertahankan negaranya daripada ancaman AS.

Berbeza dengan Donald Trump yang bukan sahaja tidak memaklumkan kepada PBB, malah kongres AS juga tidak diberitahu terlebih dahulu.

Melihat sejarah, Hitler, Genghis Khan mahupun Daesh mempunyai kecenderungan yang sama, iaitu memusuhi kebudayaan dan memusnahkan kebudayaan negara atau kawasan yang dicerobohinya.

Tempat kebudayaan termasuk dalam 52 sasaran ke atas Iran yang diumumkan Donald Trump.

Kalau semua sasaran adalah aset tentera masih boleh diterima, tetapi ini adalah pusat kebudayaan. Undang-undang mana yang membenarkan serangan sedemikian rupa?

Tetapi apa yang pasti, ia adalah perbuatan terroris sepertimana yang dilakukan Daesh terhadap patung Bamiyan, Hitler memusnahkan rumah-rumah ibadat dan Gengkhis khan yang membakar buku-buku.

Teroris besar bernama Donald Trump ini pastinya akan melahirkan lebih banyak teroris sepertinya.

Dasar-dasar luar yang gila dan terang-terangan menyebelahi Israel akan menyuburkan kebencian di kalangan umat Islam terhadap AS.

Serangan pembunuhan Qassim akan melahirkan lebih ramai ‘pejuang jihad’ yang sedia melakukan ‘syahid’ untuk membalas dendam.

Malah di Iraq, sentimen benci terhadap keberadaan tentera AS sedang meluap-luap dan telah dipersilakan keluar dari Iraq sendiri. Ini merupakan malu besar kepada sebuah negara kuasa besar ‘Uncle Sam’ ini.

Sekatan yang maha hebat akan dikenakan AS ke atas Iran. Ini adalah satu kekejaman dan bakal melahirkan penderitaan.

Akan lahirlah lebih ramai kumpulan yang bencikan AS dan berusaha mencapai motif politik dan mengembangkan ideologi ganas ini.

Ia bukan sahaja berlaku di Iran dan Iraq, malah mungkin berlaku di AS sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Apa Itu Coronavirus (SARS), Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Coronavirus (SARS), Punca, Simptom Dan Rawatannya

Coronavirus adalah sebahagian daripada keluarga virus yang boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia daripada selesema biasa (pneumonia) sehinggalah kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Coronavirus SARS

Sebahagian daripada virus berkenaan menyebabkan jangkitan tidak serius manakala ada juga yang boleh menyebabkan jangkitan teruk seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Oleh itu, jika anda berada di tempat yang disyaki ada penularan gejala pneumonia, atau ada amaran perjalanan di sesuatu lokasi, langkah-langkah pencegahan termasuklah mengelak bersentuhan dengan haiwan, mengunjungi pasar haiwan atau memakan produk haiwan.

SARS

Severe acute respiratory syndrome (SARS atau kadang-kala severe Asian respiratory syndrome) adalah sejenis pneumonia. Ia pertama kali dikesan di Wilayah Guangdong, Republik Rakyat China pada November 2002.

SARS diketahui disebabkan oleh SARS Coronavirus (SARS-CoV), sejenis Coronavirus yang jarang ditemui.

Sementara itu, Jepun mengesahkan kes pertama akibat jangkitan daripada wabak Coronavirus, pada Januari 2020. Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Kanagawa, disahkan positif terhadap virus itu.

Mangsa dikatakan pernah melawat Wuhan, China, tempat penularan gejala pneumonia yang dipercayai disebabkan Coronavirus baharu yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengumumkan bahawa virus baharu itu boleh merebak dan mengingatkan hospital di seluruh dunia untuk berjaga-jaga.

Sebahagian daripada virus Coronavirus menyebabkan jangkitan tidak serius manakala ada juga yang boleh menyebabkan jangkitan teruk seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

SARS dipercayai disebabkan oleh virus dari keluarga korona berdasarkan pengecaman DNA virus dari contoh bahan pesakit SARS.

Adakah SARS Berbahaya?

Dalam kebanyakan kes, jangkitan Coronavirus adalah ringan namun, dalam keadaan tertentu seperti di kalangan warga tua dan pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit kronik serta kurang daya tahan (immuno compromised), komplikasi boleh berlaku umpamanya pada sistem pernafasan dan buah pinggang.

Rencana yang diterbitkan dalam The Lancet mengenal pasti Coronavirus sebagai kemungkinannya agen punca SARS.

Apakah itu "Severe Acute Respiratory Syndrome" (SARS)?

SARS adalah sejenis penyakit pernafasan akut teruk yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru (atypical pneumonia).

Apakah tanda dan gejala SARS?

Tanda dan gejala SARS adalah demam panas secara mendadak (lebih 38 °C atau lebih 100.4 °F) dalam tempoh 10 hari setelah mengunjungi kawasan atau negara yang mempunyai jangkitan SARS dan satu atau lebih masalah pernafasan seperti batuk, sesak atau sukar bernafas.

Tanda dan gejala SARS yang lain adalah sakit tekak, sakit otot dan sakit kepala.

Apakah punca SARS?

Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui, namun ahli sains telah mengesan sejenis "coronavirus" baru yang tidak dikenali dalam tubuh pesakit SARS.

Walaupun "coronavirus" disyaki menjadi punca utama penyakit SARS, kajian ke atas virus-virus lain yang mungkin menjadi penyebab SARS masih terus dijalankan.

Bolehkah ia berjangkit dan bagaimana ia merebak?

Ya, SARS adalah sejenis penyakit berjangkit yang berbahaya, merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut.

Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan individu yang berdekatan akan menyedutnya.

Penyakit ini berkemungkinan boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair dari pesakit SARS mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti telefon dan tombol pintu).

Berapa lamakah seseorang itu akan jatuh sakit setelah dijangkiti SARS?

Tempoh pengeraman/inkubasi (incubation period) adalah di antara 2-7 hari, namun ada juga laporan yang menyatakan tempoh pengeraman selama 10 hari.

Siapakah yang berisiko dijangkiti SARS?

Individu-individu yang berisiko adalah mereka yang baru kembali dari kawasan atau negara yang mempunyai jangkitan SARS.

Kes SARS yang dilaporkan di kebanyakan negara adalah terutamanya di kalangan anggota kesihatan yang tidak mengamalkan langkah-langkah kawalan jangkitan dan mereka yang berhubung rapat secara langsung dengan pesakit SARS (seperti tinggal serumah dengan pesakit SARS).

Negara-negara manakah yang mempunyai jangkitan SARS?

Sejak Februari 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan berlakunya sejenis wabak radang paru-paru yang teruk dan mengkategorikan negara China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Kanada, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom (London) sebagai "kawasan yang mempunyai jangkitan".

("Kawasan yang mempunyai jangkitan" bermaksud kawasan atau negara yang mempunyai rangkaian jangkitan di kalangan penduduk tempatan sebagaimana dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Awam Kebangsaan).

Adakah Malaysia mempunyai kes SARS?

Ya. Kes pertama SARS di Malaysia melibatkan kematian yang dilaporkan pada 5 April 2003. Kes ini dilaporkan mendapat jangkitan dari negara China.

Bagaimana SARS didiagnosa?

Buat masa sekarang, tiada sebarang ujian yang khusus untuk mendiagnosa jangkitan SARS.

SARS didiagnosa melalui tanda dan gejala yang wujud, rekod kunjungan ke tempat-tempat yang berisiko tinggi atau berhubung rapat dengan pesakit SARS.

Bolehkah SARS dirawat?

Setakat ini masih belum ada rawatan yang khusus tetapi dengan rawatan sokongan dari hospital, ramai pesakit boleh sembuh.

Adakah vaksin untuk mencegah SARS?

Tiada vaksin untuk mencegah SARS.

Apa yang perlu saya lakukan untuk melindungi diri dan orang lain?

Patuhi langkah-langkah pencegahan berikut:
  • Jangan mengunjungi negara atau kawasan yang mempunyai jangkitan SARS.
  • Elakkan diri dari berhubung rapat dengan pesakit SARS. Sekiranya anda perlu berhubung dengan pesakit, anda dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik dan menggunakan penutup hidung dan mulut (protective mask) yang sesuai.
  • Jauhi kawasan yang sesak.
  • Elakkan berada di kawasan berdebu.
  • Jarakkan diri daripada orang yang mengalami demam, batuk atau bersin.
  • Amalkan kebersihan diri yang sempurna sepanjang masa iaitu: Tutup mulut anda dengan tisu apabila anda batuk atau bersin dan basuh tangan dengan air dan sabun terutama sekali apabila anda menyentuh mata, mulut dan hidung.
  • Kerap membasuh tangan dengan air bersih mengikut cara yang betul, iaitu mengikut 7 langkah membasuh tangan atau menggunakan bahan pembersih (hand sanitizer).

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda mensyaki diri anda dijangkiti SARS?

Individu-individu yang mempunyai tanda dan gejala SARS (seperti demam melebihi 38 °C atau melebihi 100.4 °F dan mengalami satu atau lebih masalah pernafasan seperti batuk-batuk dan kesukaran bernafas) dalam tempoh 10 hari selepas mengunjungi negara atau kawasan jangkitan SARS, perlu segera ke hospital atau klinik kerajaan berdekatan untuk rawatan yang selanjutnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Doa Qunut Nazilah Untuk Muslim Uyghur

Doa Qunut Nazilah Untuk Muslim Uyghur

Kerajaan Komunis China telah menahan berjuta umat Islam Uyghur dan dunia sememangnya mengetahui kekejaman kerajaan China terhadap etnik Uighur dan penduduk Islam lain di rantau Xinjing.

Doa Qunut Nazilah Untuk Uyghur

Komunis China juga menyuntik ubat pencegahan kehamilan ke atas para wanita Islam Uighur semata-mata untuk menghapuskan identiti dan keturunan umat Islam Uyghur, tindakan yang sangat bertentangan dengan asas hak manusia.

Marilah semua umat Islam mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah khas buat umat Islam etnik Uyghur agar diberikan kekuatan dan bantuan pertolongan dari Allah SWT.

Marilah bersama-sama kita membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat fardu memohon agar saudara kita di sana diberikan kekuatan dalam menghadapi kezaliman.

Semoga Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam dan membalas kekejaman pihak musuh.

BACA: Doa Qunut Nazilah Untuk Umat Islam Yang Ditindas

Komunis Terus Tindas Uighur

Bayangkan, perisik kerajaan China dikerahkan untuk tidur dan tinggal bersama dengan keluarga etnik minoriti Islam Uighur yang menghuni Wilayah Xinjiang terletak barat laut China.

Tekanan dan penindasan rejim komunis China terhadap etnik Islam Uighur benar-benar meruncing dan menyeksakan.

Anggota perisik China ini dihantar untuk menghuni setiap rumah etnik Uighur di Xinjiang malah tidur bersama seluruh ahli keluarga, demikian gambaran dasar tekanan asimilasi sistematik yang dilaksanakan oleh China terhadap etnik Uighur.

Kisah perit ini dikongsikan oleh imam etnik Uighur yang kini bermastautin di Australia, Abdul Salam Alim yang menceritakan penderitaan dan tekanan yang dihadapi kaum keluarga dan populasi jutaan lain bangsanya di Xinjiang.

Hal demikian, Islam seluruh dunia harus buka mata dan bangkit melawan kekejaman China yang bertindak sewenang-wenangnya menindas dan memberi layanan buruk terhadap etnik minoriti Islam Uighur yang menghuni Wilayah Xinjiang.

Bukan sahaja hak mereka sebagai rakyat negara China dinafikan, lebih kejam hak asasi sebagai manusia dan Muslim juga dipinggirkan, China seolah- olah cuba melenyapkan kehidupan dan kewujudan etnik Uighur dari tanah air yang dikuasai rejim Komunis itu.

Mengimbas sejarah, Xinjiang sebelum ini dikenali sebagai Turkistan Timur ia dibuka ketika zaman Bani Umayyah sejak tahun 96 Hijrah, asalnya wilayah ini milik Islam sebelum dijajah Komunis China.

Menurut Abdul Salam, wilayah Xinjiang yang bersempadan dengan Pakistan dan Afganistan itu sudah 70 tahun dicengkam dan disiat oleh kekejaman kerajaan China dengan menggunakan pelbagai tipu helah agar dunia dan negara Islam luar tidak sedar ‘bangkai’ yang cuba disembunyikan itu daripada pengetahuan umum.

“Ajaran Islam, cara hidup Islam termasuk makanan dan minuman yang bertanda halal juga dilarang.

"Kami etnik Uighur tidak lagi dibenarkan mengucapkan Assalamualaikum, malah setiap kali solat, selepas tahiyat akhir ketika memberi salam, ia digantikan dengan ayat; semoga Presiden China, Xi Jinping panjang umur.

"Tidak boleh menyebut ALLAH, tidak boleh mengamalkan agama Islam. Semuanya didoktrin bertuhankan kerajaan China.

"Kami juga dipaksa minum arak dikhalayak ramai pada bulan puasa.

"Masjid dikunci, kami tidak dibenarkan berpuasa. Ketika bulan Ramadan jika buka lampu pada waktu sahur, seluruh keluarga akan ditangkap. Malah ketika siang, mesti mengaku tidak berpuasa agar tidak ditangkap.

Ketika sambutan Tahun Baharu Cina, etnik Islam Uighur akan ‘dihadiahkan’ daging babi untuk tujuan perayaan, jika menolak akan dituduh sebagai pelampau (ekstremis), kongsi Abdul Salam.

Tambah beliau, Islam Uighur dilarang sama sekali menyimpan al-Quran, sejadah, ayat-ayat suci atau gambar Kaabah di rumah atau mana-mana premis kerana jika diketahui, ia akan dibakar.

Lebih dahsyat lagi, bukan penguasa China yang membakar sebaliknya mereka mengarahkan Islam Uighur sendiri membakarnya.

"Kami juga tidak dibenarkan untuk mempunyai atau menyimpan sebarang senjata tajam mahupun pisau. Jika mengusahakan jualan daging atau makanan lain yang perlu menggunakan pisau, ia diikat di meja atau ditempat berniaga, tidak boleh di bawa pulang, katanya.

Bercerita mengenai tipu helah kerajaan China, beliau berkata, China ‘membenarkan’ lawatan delegasi luar untuk berkunjung ke Wilayah Xinjiang namun, lawatan itu disusun dan diatur agar yang terlihat hanya sisi murni kerajaan komunis itu.

Sehari sebelum kunjungan delegasi luar ke Wilayah Xinjiang, kerajaan republik Komunis China akan membuka masjid-masjid yang dikunci selama ini.

Kemudian, ditugaskan seorang imam upahan yang akan menceritakan ideologi-ideologi kerajaan China dan dasar kerajaan yang baik-baik sahaja kepada pelawat, misalnya etnik Uighur bebas mengamalkan agama Islam.

Namun, selepas pelawat pulang, kami akan ditekan seperti biasa.

Kunjungan delegasi luar juga hanya dibenarkan melawat di kawasan dan tempat tertentu sahaja bukan boleh melancong sesuka hati, hanya tempat yang dibawa sahaja. Inilah tipu daya China, untuk mengelabui mata dunia, jelasnya.

Ditanya mengenai kebebasan etnik Islam Uighur untuk pergi ke wilayah-wilayah lain di China, Abdul Salam berkata, meskipun Uighur memiliki kad pengenalan China dan mata wang negara itu namun, mereka tetap dilayan dengan teruk.

"Sekiranya kami (Uighur) berkunjung ke Shanghai atau Beijing misalnya, meskipun kami ada kad pengenalan yang mengesahkan kami rakyat China dan membawa wang, kami tidak sesekali dibenarkan untuk menaiki kenderaan awam malah tidak boleh melanggan hotel.

"China cuba sedaya upaya untuk menindas kami. Mereka mahu kami jadi Cina seperti mereka.

"Namun, ia gagal kerana Uighur ini beragama Islam, bahasa dan budaya kami nyata berbeza dengan mereka," katanya.

Selain itu, Abdul Salam berkata, antara tekanan dan desakan lain yang dilakukan kerajaan China ialah memaksa perempuan etnik Uighur untuk menikahi lelaki bukan Islam daripada etnik Han dengan tujuan anak yang lahir daripada perkahwinan itu tidak lagi Islam.

Perempuan Islam di Xinjiang ditegah sama sekali memakai hijab ataupun memakai baju labuh.

Jika ditemui pihak berkuasa China, baju mereka akan dipotong sehingga paras pinggang supaya kelihatan seperti wanita China lain.

Bukan itu saja, kanak-kanak Islam Uighur dipisahkan daripada ibu bapa dan dipaksa bersekolah dalam aliran China.

Bahkan diajar ideologi, bahasa dan pakaian seperti China, ini ialah cara kerajaan untuk melenyapkan kewujudan Uighur, katanya.

Selamatkan Uighur

Semoga Allah sentiasa memberi kesejahteraan kepada mereka dan menetapkan akidah mereka sentiasa dalam akidah Islam.

Yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat memohon hajat. Amiin.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, January 16, 2020

Apa Itu Pas Sementara Sabah (PSS)?

Apa Itu Pas Sementara Sabah (PSS)?

PSS atau Pas Sementara Sabah adalah dokumen terbaru Jabatan Imigresen yang akan dikeluarkan kepada pendatang asing, bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.

Pas Sementara Sabah

Pemberian PSS diputuskan susulan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing pada 6 September, 2019 dan diumumkan kemudian oleh Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin pada hari yang sama.

Pemegang IMM13 ialah pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada 1970-an. Ia terjadi ketika meningkatnya keganasan puak pemisah di rantau Mindanao yang menyaksikan ramai pelarian daripada rejim Marcos.

Pendatang ekonomi, sebaliknya diberikan Kad Burung-Burung pada tahun 1980-an dan kad Sijil Banci diberikan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan pada 1990-an.

IMM13 dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, manakala kad Burung-Burung oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan sijil banci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada masa ini, terdapat 51,645 pemegang IMM13; 47,518 pemegang Sijil Banci dan 39,892 pemegang kad Burung-Burung.

Di bawah PSS, kerajaan akan membatalkan dokumen-dokumen ini sebaik sahaja PSS dikeluarkan bagi menyusun proses birokrasi bertindih dan membolehkan dokumentasi pendatang yang lebih baik di Sabah.

PSS adalah inisiatif kerajaan untuk menangani masalah pemalsuan dokumen di Sabah.

PSS dikeluarkan dalam bentuk kad dengan ciri keselamatan biometrik, termasuk cap jari dan gambar pemegangnya, ciri-ciri yang tidak ada pada ketiga-tiga dokumen IMM13, Sijil Banci dan kad Burung-Burung.

PSS boleh diperbaharui setiap tiga tahun sekali dengan bayaran sebanyak RM120.

Adakah PSS akan melayakkan seseorang menjadi warga negara?

Tidak, ia tidak akan membolehkan pendatang atau rakyat asing memperolehi taraf kerakyatan. Ini jelas ditegaskan pada kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

"Kerajaan ingin menegaskan bahawa PSS bukan untuk memberikan kewarganegaraan.

"Kerajaan juga menegaskan bahawa status pemegang PSS adalah kekal sebagai warga asing dan bukan satu jaminan untuk diberikan Permit Masuk, Taraf Pemastautin Sementara, Pemastautin Tetap atau Kewarganegaraan," kata kenyataan itu.

Mengapa PSS menjadi perhatian di Sabah?

PSS dianggap oleh sebahagian rakyat Sabah, sebagai cara untuk membolehkan pendatang mendapat kerakyatan.

Kerisauan ahli politik tempatan adalah, ketakutan berulangnya Projek IC yang terkenal pada tahun 1990-an yang telah menimbulkan rasa marah rakyat Sabah, terutama masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM).

Di bawah 'projek IC' banyak pendatang tanpa izin beragama Islam dikatakan diberi kewarganegaraan untuk mengubah keseimbangan penduduk di Sabah bagi memihak kepada masyarakat bumiputera Islam.

Walaupun penduduk Sabah yang berjumlah 648,693 pada tahun 1970 dan meningkat secara beransur-ansur kepada 1.01 juta pada tahun 1980, demografi negeri itu meningkat secara mendadak kepada 2.6 juta pada menjelang tahun 2000.

Bagaimanapun, penduduk Sabah berubah dengan kumpulan terbesar, KDM merosot daripada 37 peratus pada tahun 1960-an menjadi 23 peratus pada tahun 2006.

Seorang aktivis dan bekas ahli politik Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong mendakwa pada 2012, terdapat 700,000 warga negara daripada projek IC dan 200,000 daripada mereka adalah pengundi.

Tun Mahathir dan timbalannya Anwar Ibrahim ketika itu dituduh sebagai dalang di sebalik projek IC ini.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang asing di Sabah dalam laporannya menegaskan bahawa tiada pihak kerajaan atau parti politik terlibat dalam pengeluaran kerakyatan kepada migran yang tidak layak di negeri itu.

Ia menangkis dakwaan yang tersebar luas bahawa agensi persekutuan dan pemimpin Umno mengeluarkan kerakyatan demi mendapatkan undi bagi menewaskan lawan mereka dalam rancangan yang digelar 'Projek IC'.

Sebaliknya, laporan RCI itu mengenalpasti sindiket melibatkan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang didakwa mengeluarkan kerakyatan secara haram untuk bayaran jutaan ringgit.

Bagaimana maklum balas ahli politik tempatan terhadap PSS?

Parti pembangkang yang berdasarkan KadazanDusun Murut di Sabah, seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (Anak Negeri) membantah pelaksanaan PSS.

Mereka mendakwa PSS tidak selaras dengan kehendak Akta Imigresen bahawa orang asing mesti mengemukakan pasport apabila memasuki Malaysia.

NGO tempatan, Pertubuhan Penambahbaikan Pendidikan Orang Awam Sabah (Pipa) dan Solidariti Rakyat Sabah (Sorak) pula berkata, pihaknya akan mengadakan bantahan terhadap PSS di bandar Membakut di Kimanis sebelum pengundian pada PRK Kimanis.

Shafie Apdal turut menolak tuduhan mengatakan PSS adalah idea baik yang berasal daripada Joseph Pairin Kitingan sendiri.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman berkata, PSS yang dikeluarkan tidak akan melebihi bilangan pemegang berdaftar IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci berjumlah 136,055 orang di negeri ini.

Naib Presiden Warisan Peter Anthony yang juga Presiden KDM Malaysia berkata, masyarakat Kadazandusun Murut memahami kewajaran disebalik pengeluaran PSS dan tidak semudahnya dimanipulasi.

Bantahan Rakyat Sabah

Isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang kerajaan Pakatan Harapan jadikan sebagai dasar kononnya untuk membantu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pastinya menjadi duri dalam daging dan mampu meruntuhkan kerajaan Warisan di Sabah.

Untuk makluman pembaca, sama seperti Projek IC sebelum ini yang sememangnya diakui wujud dan benar-benar berlaku, PSS juga dianggap satu lagi projek rahsia kerajaan untuk memberikan kerakyatan secara tidak sah kepada pendatang asing.

Rakyat Sabah menolak sepenuhnya perlaksanaan PSS pada Jun 2020 ini kerana bimbang ianya akan menyebabkan kebanjiran warga asing terutamanya dari Filipina ke Sabah.

Di samping itu, rakyat Sabah juga bimbang, warga asing akan menjadikan PSS sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan taraf Permastautin Tetap (PR) ataupun taraf sebagai warganegara Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Wednesday, January 15, 2020

Legenda Cleopatra: Firaun Wanita Paling Berkuasa Dalam Sejarah Mesir Purba

Legenda Cleopatra: Firaun Wanita Paling Berkuasa Dalam Sejarah Mesir Purba

Cleopatra, Cleopatra Ptolemy VII, Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator, lahir pada Januari 69 SM – 12 Ogos 30 SM, dikenali sebagai wanita paling berbahaya dalam sejarah, penggoda yang telah berjaya memikat lelaki paling berkuasa di dunia ketika itu.

Legenda Cleopatra
Cleopatra VII.

Cleopatra adalah firaun terakhir yang memerintah Mesir di fasa Dinasti Ptolemaic, yang mempunyai darah keturunan dari Ptolemy I Soter, jeneral tentera berdarah Yunani Macedonia yang sentiasa menjadi peneman Alexander the Great ketika perluasan empayar, kemudian mengasaskan Dinasti Ptolemaic sebagai pemula kepada Zaman Hellenistik selepas kemangkatan Alexander.

40 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, Cleopatra telah menggugat kekuasaan Empayar Rom yang sedang berkuasa, berbanding kuasa lain di dunia ketika itu.

KEHIDUPAN AWAL KE PERLANTIKAN MENJADI FIRAUN

Cleopatra VII adalah puteri kedua dari enam adik beradik hasil perkahwinan ayahandanya, Firaun Ptolemy XII dan ibunya yang masih kabur identitinya.

Berkemungkinan besar ibu Cleopatra adalah Cleopatra VI Tryphaena, juga dikenali sebagai Cleopatra V Tryphaena.

Semasa remaja, Cleopatra mempelajari seni dan falsafah Yunani di institusi Musaeum dan Perpustakaan Alexandria.

Firaun berketurunan Ptolemy diberi takhta oleh organisasi paderi bernama High Priest of Ptah yang mana tradisi kenaikan takhta mempunyai campuran budaya antara Mesir dan Yunani Macedonia.

Dinasti Ptolemy menubuhkan sistem beraja Hellenistik dan menggunakan bahasa Yunani dalam urusan kerajaan.

Walaupun para firaun Ptolemy memerintah Mesir, mereka tidak ingin mempelajari bahasa Mesir Purba yang sekian lama menjadi simbolik ketamadunan orang Piramid ini.

Berlainan dengan Cleopatra di zaman remaja, dia mempelajari bahasa Mesir Purba, menjadikannya sebagai firaun Ptolemy pertama mempelajari lebih satu bahasa.

Cleopatra juga mahir berbahasa Ethiopia, Hebrew, Arab, dialek Syriac, Media, Parthia dan Latin.

Pada tahun 58 SM, Cleopatra pernah menemani ayahandanya ketika pengusiran ke Rom setelah berlaku pemberontakan yang membenarkan Berenice VI, kakak sulung Cleopatra menaiki tahkta.

Pada 55 SM, firaun Ptolemy XII dapat mengembalikan takhtanya dengan bantuan tentera dari Rom yang diketuai oleh jeneral Aulus Gabinius dengan menggulingkan pemerintahan anak sulungnya.

Pada 51 SM, Cleopatra dilantik menjadi firaun selepas kemangkatan ayahandanya.

Di fasa awal pemerintahannya, Cleopatra mengalami banyak dugaan yang menimpa seperti kebuluran akibat kemarau berpanjangan dan hasil pertanian yang tidak berhasil akibat ketidak-kawalan terhadap paras air Sungai Nil.

Cleopatra juga terpaksa menghadapi kerenah askar Gabiniani, iaitu sebilangan askar Rom yang diperintah oleh jeneral Gabinius, bertugas menjaga ayahanda Cleopatra atas sebab perlindungan setelah firaun Ptolemy XII mendapat takhtanya dari tangan pengkhianat.

Dan lagi, Cleopatra harus melangsaikan hutang ayahnya kepada Rom sebanyak 17.5 juta drachmas.

PERANG SIVIL

Pada 29 Ogos 51 SM, Cleopatra menjadi pemerintah tunggal mengikut rekod penulisan bersama bukti bahawa dia tidak mengiktiraf adik lelakinya, Ptolemy XIII sebagai pemangku serta menolak perkahwinan sesama mereka.

Perkahwinan sesama adik-beradik adalah tradisi yang diamalkan sejak pemerintahan Firaun Ptolemy II, di mana baginda berkahwin dengan kakaknya, Arsinoe II.

Ptolemy yang tidak berpuas hati dengan tindakan Cleopatra itu membina pengaruhnya dengan mengajak Potheinos, seorang sida, penasihat dan pengurus harta; komander perang iaitu Achillas, dan gurunya Theodotus of Chios bersatu menentang Cleopatra.

Pada 49 SM, Ptolemy XIII memulakan perlantikan dirinya sebagai pemerintah dan berperang dengan Cleopatra di kota Alexandria.

Di akhir peperangan, Cleopatra terpaksa berundur ke Thebes atas kekalahannya menentang adik sendiri.

Pada musim luruh 48 SM, Cleopatra pergi ke Syria, salah satu jajahan Rom bersama adik perempuannya, Arsinoe IV bagi mengumpul kekuatan tentera untuk menumbangkan Ptolemy XIII sekali lagi.

Namun, kempen peperangan ke Alexandria terhenti kerana terpaksa berhadapan dengan askar Gabiniani dan askar adiknya, memaksa Cleopatra membina kubu di timur delta Sungai Nil.

Di Greece, empayar Rom juga mengalami perang sivil terbesar iaitu Perang Sivil Caesar dan Perang Pharsalus, melibatkan tentera kedua-dua jeneral perang berpengaruh, Julius Caesar dan Pompey pada 9 Ogos 48 SM.

Tentera Pompey mengalami kekalahan teruk dan terpaksa berundur ke kota Tyre yang terletak di Lubnan.

Kemudian, Pompey memilih Mesir untuk memulihkan kekuatan tenteranya. Sebab? Dia mempunyai hubungan erat dengan kerabat diraja Ptolemy.

Penasihat Ptolemy XIII yang mengetahui misi Pompey itu, menyatakan rasa tidak selesa dengan kehadiran Pompey dan bala tenteranya.

Maka, misi membunuh Pompey dilaksanakan dengan rancangan jeneral Theodotus.

Pada mulanya, surat jemputan dihantar kepada Pompey untuk berlabuh di perlabuhan berdekatan kota Pelousion, seterusnya menyerang gerombolan Pompey dan memancung kepalanya.

Dengan kepala Pompey yang dipancung, Ptolemy XIII dapat menunjukkan kuasanya dengan menyerahkan kepala tersebut kepada Caesar.

Tindakan Ptolemy XIII mengundang kemarahan Caesar dan memaksa Ptolemy dan Cleopatra untuk berdamai di hadapan Caesar di istana kerajaan dinasti Ptolemy.

CLEOPATRA BERSAMA JULIUS CAESAR

Cleopatra cuba menghantar utusan sebagai wakilnya dalam pertemuan damai itu namun apabila mendengar khabar bahawa Caesar lebih selesa berurusan dengan kerabat diraja wanita, Cleopatra datang bersemuka dengannya sendirian.

Menurut sejarahwan Rom bernama Cassius Dio melalui penulisan rekodnya, Cleopatra tidak memaklumkan kehadiran dalam pertemuan itu, sebaliknya menyeludup masuk ke istana dengan memasuki gulungan tilam, bertemu Caesar berdua-duaan dengan memakai pakaian menjolok mata dan menggoda dengan kebijaksanaannya.

Ptolemy XIII menyedari tindakan kotor Cleopatra dan mula menghasut penduduk Alexandira untuk memberontak.

Caesar mengesan tindakan gila Ptolemy itu dan telah menangkapnya, sebelum menenangkan orang ramai dengan kepetahan pidatonya.

Pada akhir pertemuan ini, Cleopatra menang dengan kelayakannya sebagai pemerintah Mesir melalui wasiat ayahandanya.

Ptolemy XIII tidak berpuas hati dan meminta pertolongan adiknya yang memerintah kerajaan Cyprus, Arsinoe IV membawa pasukan tentera seramai 20,000 orang untuk menawan Alexandria.

Caesar dan Cleopatra yang tidak dapat melawan Ptolemy XIII terperangkap dalam istana seperti banduan sehinggalah 47 SM.

Antara bulan Januari dan Mac 47 SM, bantuan ketenteraan Rom tiba ke Alexandria kemudian memaksa Ptolemy XIII dan Arsinoe IV berundur ke Sungai Nile.

Ptolemy XIII lemas dalam percubaan melarikan diri menggunakan bot manakala Arsinoe IV ditangkap kemudian dibawa ke ibu kota Rom, kemudian mendapat hukuman buangan ke kuil Artemis yang bertempat di Ephesus.

Walaupun Caesar berjaya menghapuskan kebangkitan pemberontakan Ptolemy XIII, namun status Caesar sebagai ahli konsul telah tamat pada akhir 47 SM.

Pegawainya iaitu Antony berjaya membantu Caesar mendapat lantikan sebagai Dictator, nama bagi ahli majistret republik Rom dan mendapat kuasa bagi menyelesaikan konflik di Mesir.

Bagi memastikan Cleopatra tidak keterlaluan dalam memerintah seperti apa yang kakaknya lakukan, Caesar melantik adik lelaki Cleopatra iaitu Ptolemy XIV sebagai pemerintah kedua melalui perkahwinan sesama adik-beradik.

Perkahwinan ini hanya sebagai langkah politik dan tiada hubungan cinta antara Cleopatra dan adiknya.

Yang benar ialah, Caesar dan Cleopatra menjalin hubungan cinta secara sulit.

Pernah Caesar mengikuti rombongan Cleopatra berlayar di Sungai Nil bagi melihat monumen-monumen Mesir Purba kerana Caesar ingin mengetahui lebih lanjut tentang sungai ini.

Tetapi sejarahwan sepakat bahawa, rombongan ini hanyalah pertemuan romantik Caesar dan Cleopatra, tidak lebih dari itu.

Hasil dari hubungan sulit mereka berdua, lahirlah anak lelaki bernama Caesarion atau ‘Firaun Caesar’ pada 23 Jun 47 SM.

Caesar tidak ingin anak hasil dari ratu Mesir diketahui sesiapa terutamanya isteri ketiganya iaitu Calpurnia namun berlainan dengan Cleopatra, berkali-kali mengumumkan kelahiran Ceasarion di khalayak ramai.

Lebih memeranjatkan, Cleopatra bersama Ptolemy XIV, membawa Caesarion pergi melawat di Rom bagi bertemu dengan Caesar.

Selepas lawatan itu, Caesar dibunuh pada 15 Mac 44 SM dalam satu konspirasi yang dirancang ahli senat yang khuatir kekuasaan Caesar bakal melahirkan pemerintahan diktator.

Beberapa bulan kemudian, Ptolemy XIV mati diracun oleh Cleopatra dan mengangkat Caesarion yang berumur 3 tahun menggantikan tempat adiknya.

CLEOPATRA DAN PERANG SAUDARA LIBERATORS

Akibat dari pembunuhan Caesar, perang saudara berlaku pada 42 SM bagi membela kemangkatan Caesar oleh persekutuan Second Triumvirate menentang para pembunuh Caesar.

Kedua-dua pihak iaitu Gaius Cassius Longinus, salah seorang pembunuh Caesar dan Publius Cornelius Dollabella, wakil konsul di Syria dan pegawai setia Caesar, menulis surat memohon bantuan tentera daripada Cleopatra.

Sudah semestinya Cleopatra berpihak kepada pembela Caesar, maka Cleopatra secara sopan menolak permintaan Cassius dengan alasan kerajaan sendiri juga mengalami konflik dalaman padahal dia secara senyap menghantar 4 gerombolan tentera legion yang Caesar tinggalkan kepada Cornelius.

Di akhir peperangan, pada 42 SM, pembela Caesar memenangi peperangan dalam Perang Kota Philippi dan membawa kepada pembunuhan Cassius dan seorang lagi pembunuh Caesar, Marcus Junius Brutus.

Pada musim panas 41 SM, setelah Second Triumvirate menguasai seluruh empayar Rom, salah seorang ahli persekutuan iaitu Marcus Antonius atau Antony, menubuhkan ibu pejabat Tarsos di Anatolia dan mengajak Cleopatra untuk bertemu dengannya melalui surat.

Pada mulanya Cleopatra menolak ajakan Antony namun setelah dipujuk oleh utusan Antony iaitu Quintus Dellius, baginda pergi ke Tarsos dengan kapal mewahnya.

Pertemuan ini memberi peluang kepada Cleopatra untuk menerangkan salah sangka bahawa baginda memihak kepada para pembunuh Caesar, setelah berkali-kali bantuannya lambat tiba berjuang bersama tentera pembela.

Namun yang sebenarnya, Antony telah lama berkenan dengan Cleopatra dan ingin memulakan hubungan cinta mereka walaupun dia sendiri mempunyai isteri ketiga bernama Fulvia yang turut berjuang dalam politik Rom.

CLEOPATRA BERSAMA ANTONY

Pada November 41 SM, Antony tiba di Alexandria atas jemputan Cleopatra. Dia menaiki kapal mewah Cleopatra dan mendapat sambutan baik dari penduduk Mesir kerana kehadirannya sama seperti Caesar, tidak membawa rombongan tentera Rom.

Cleopatra menerima cinta Antony bukan kerana cinta semata. Antony seperti Caesar, ahli politik yang berpengaruh.

Dia adalah calon terbaik bagi Cleopatra untuk melahirkan pewaris yang kuat seperti mana hubungan sulitnya dengan Caesar.

Sepanjang bersama Antony, dia dapat merampas mana-mana tanah bekas jajahan dinasti Plotemy seperti Cilicia dan Cyprus (masa itu milik Rom) dan mengembalikannya kepada Cleopatra menggunakan kuasanya sebagai ahli sekutu Triumvirate.

Pada musim bunga 40 SM, Antony harus meninggalkan Mesir bagi berhadapan dengan konflik dalaman di jajahan Syria.

Cleopatra membantu Antony dengan memberikan 200 buah kapal bagi memudahkan ekspedisi ke Syria.

3 tahun mereka berdua berpisah namun Cleopatra tidak terputus hubungan dengan kekasihnya itu.

Pada akhir 40 SM, Cleopatra melahirkan pasangan kembar berlainan jantina, bernama Alexander Helios dan Cleopatra Selene II.

Cleopatra menamakan anaknya Helios (bermaksud matahari) dan Selene (bermaksud bulan) dari nama dewa-dewi Yunani kerana mengharapkan, inilah petunjuk bahawa pada masa akan datang, Antony berupaya menakluk empayar Parthia seperti Alexander The Great lakukan dulu.

Setelah Fulvia meninggal dunia, Antony dipaksa membuktikan kesetiaannya kepada Octavian dengan mengahwini adik perempuan Octavian.

Pada 37 SM, Antony bertemu Cleopatra dan memohon untuk menampung perbelanjaan kempen peperangan Antony menentang Kerajaan Parthia.

Sebagai balasan, dia bersetuju menyerahkan kawasan timur Mesir termasuklah Cyprus, Crete, Cyrenaica (Libya), Jericho dan sebahagian besar Syria dan Lubnan.

Cleopatra bersetuju dan mereka tinggal bersama lagi sebagai kekasih, sehinggalah Cleopatra melahirkan anak lelaki kedua bernama Ptolemy Philadelphos pada 36 SM.

Walaupun memperoleh bantuan Cleopatra bagi melancarkan perang, Antony kalah teruk di tangan Parthia.

Antony memutuskan penceraian dengan adik perempuan Octavian dan kembali ke Mesir untuk bertemu Cleopatra.

Pada tahun 34 SM, ketika Rom mengadakan sambutan "Donations of Alexandria", Antony mengumumkan bahawa Caesarion adalah anak Caesar dan layak memerintah Rom berbanding Octavian yang cuma berstatus anak angkat.

Perkara ini mengundang kepada perang propaganda antara Antony dan Octavian, di mana bagi pihak Octavian, Antony telah dipengaruhi oleh Cleopatra demi menjadikan Mesir sebagai ibu kota Rom.

Pada akhir tahun 32 SM, Senat melucutkan semua jawatan Antony dan Octavian mengisytiharkan peperangan kepada Cleopatra.

DI AKHIR KEHIDUPAN CLEOPATRA

Pada 2 September 31 SM, bala tentera Octavian telah mengalahkan gabungan tentera pimpinan Antony dan Cleopatra dalam Perang Actium.

Kapal perang Cleopatra meninggalkan perang tersebut dan kembali ke Mesir bersama Antony dengan beberapa buah kapal lain.

Ketika Alexandira diserang oleh tentera Octavian pada 30 SM, Cleopatra terpaksa memalsukan kematiannya dan membawa berita ini kepada Antony.

Setelah mendengar khabar tersebut, Antony membunuh diri dalam kekalahan dan tewas dalam mengekalkan kekuasaan Cleopatra.

Octavian memberi peluang kepada Cleopatra untuk tunduk kepada Rom namun dia berkeras dan mengurung dirinya di bilik tidur bersama dua orang pembantunya.

Dalam pengurungan, Cleopatra mendengar berita bahawa dia dan keluarganya akan dibawa ke Rom, lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Dikatakan, melalui Plutarch, Cleopatra membenarkan dirinya digigit oleh sejenis ular berbisa Asp yang berkait dengan simbol keabadian.

Mungkin atas dasar mengekalkan keabadian diri selamanya, dia berbuat sedemikian.

Octavian begitu marah namun dia harus menunaikan permintaan terakhir Cleopatra iaitu kuburnya ditanam bersebelahan dengan Antony.

Caesarion pula berhijrah ke Utara Mesir dan memerintah selama 18 hari, kemudian terpaksa menerima hukuman mati pada 29 Ogos 30 SM di Alexandira kerana berhadapan dengan tuduhan palsu tentang pelantikan dirinya sebagai raja yang dipersetujui oleh Octavian.

Dengan ketiadaan pewaris keturunan Ptolemy, Octavian mengistiharkan Mesir berada dalam jajahan Rom.

Maka, Octavian menjadi Maharaja Rom pertama dengan gelaran Augustus. Cleopatra cuma berumur 39 tahun ketika kemangkatannya dan telah memerintah Mesir selama 22 tahun.

Cleopatra boleh dikatakan sebagai wanita besi walaupun bersikap Machiavellianism kerana baginda mampu mempertahankan kemerdekaan Mesir selagi mana dia bergelar Firaun dan mempunyai tanggungjawab kepada rakyatnya, walaupun terpaksa menggoda dua tokoh politik terkenal.

Baginda juga mampu mempertahankan sebuah tradisi Mesir Purba bernama ma’at – keseimbangan dan keharmonian – selagi mana tradisi tersebut masih dipraktikan.

Walaupun Cleopatra bukan berdarah Mesir, namun dia adalah simbolik kewanitaan yang mempunyai sumbangan terbesar dalam sejarah tamadun Mesir Purba.

Kini, legasi Cleopatra diabadikan dalam dunia dokumentasi sejarah Mesir Purba seperti National Geographic dan Ancient History.

Tidak ketinggalan dunia perfileman juga menyiarkan kehidupan Cleopatra dalam politik 'godaan' dalam filem Cleopatra (1963) arahan Joseph L. Mankiewicz.

Di Jepun, syarikat Design Works yang mencipta mobile game Fate/Grand Order – video permainan mengenai Perang Holy Grail, peperangan antara ahli sihir bersama penemannya berupa roh tokoh sejarah bernama Servant – menerapkan watak Cleopatra sebagai Servant dengan kelasnya sebagai Assassin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

G25: Kumpulan Liberal Pencetus Fitnah

G25: Kumpulan Liberal Pencetus Fitnah

Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25, yang terus menerus menyerang institusi agama dan mengelirukan masyarakat berkenaan kefahaman Islam dengan pandangan yang sesat amatlah berbahaya pada konteks akidah umat Islam.

G25 Liberal

Dalam wacana yang dilakukan, G25 terus mempertikaikan mengenai hukuman berkaitan murtad dengan alasan ia merupakan urusan peribadi seseorang dengan Tuhannya.

G25 turut menafikan hukuman duniawi ke atas kesalahan tersebut dengan berhujahkan bahawa hukuman ke atas murtad tidak terdapat ketetapan di dalam al-Quran.

Pemikiran songsang malah sesat ini amat bahaya kepada akidah umat Islam kerana kedangkalan dalam memahami syariat Islam malah wujud pengaruh 'anti hadis' kerana G25 tidak merujuk sumber hadis dalam hukuman ke atas kesalahan murtad.

G25 JAHIL

Kenyataan G25 bahawa urusan murtad adalah urusan seorang individu dengan Tuhannya sahaja menunjukkan kelompangan ilmu G25 mengenai hukum Islam.

Kenyataan G25 melalui Pengerusi Jawatankuasanya, Asiah bt Abu Samah, berkenaan murtad, mengatakan tidak ada hukuman duniawi yang diperuntukkan dalam al-Quran, jelas menunjukkan kefahaman yang jauh menyimpang dari fakta sebenar.

Kenyataan dangkal ini bukanlah baru memandangkan sebelum ini mereka telah mengeluarkan siri kenyataan jahil seperti mengatakan bahawa al-Quran tidak relevan dan kitab suci berkenaan sebenarnya turun di Mesopotamia dalam program anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) dan kumpulan G25 pada tahun 2017. ( https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/257696/irf-g25-mahu-sebar-dakyah-liberal-sesat )

Kumpulan G25 juga pernah mengeluarkan kenyataan Paedophiles akan melanda Kelantan jika hudud dijalankan di negeri berkenaan menerusi kenyataan dari jurucakap kumpulan itu, Datuk Noor Farida Ariffin pada tahun 2015. ( http://english.astroawani.com/malaysia-news/paedophiles-will-flock-kelantan-if-hudud-enforced-20793 )

Dalam pada itu, mereka juga mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak mahu bertoleransi dalam isu Syiah di Malaysia.

( https://www.g25malaysia.org/single-post/2019/10/28/Academic-Persecution-of-Syiahs-shows-Msia-becoming-an-intolerant-Muslim-nation )

Selain itu, kumpulan G25 mempertikaikan penubuhan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dan JAKIM tidak mengikut Perlembagaan. ( https://www.malaysiakini.com/news/506732 )

Penubuhan MKI pada tahun 1968,yang mana ketika itu YAB PM diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi, manakala unit JPM sebagai urus setianya.

Pertanggungjawaban ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa eksekutif Persekutuan yang dijelaskan dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

Pada tahun 1984, BAHEIS (Bahagian Hal Ehwal Agama Islam) telah diwujudkan di bawah JPM yang kemudian distruktur dan dinaiktaraf menjadi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 1997.

Kesimpulannya, penubuhan adalah selaras dengan Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Yang Dipertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan yang memanifestasikan bahawa pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menguruskan institusi berkaitan hal ehwal Islam.

Murtad adalah pengkhianatan terhadap agama, dengan itu Islam meletakkan hukumannya yang tersendiri sama seperti negara-negara berdaulat yang menetapkan hukuman yang keras kepada pengkhianat negara.

"Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya fitnah, seperti potongan malam yang gelap; seseorang menjadi Mukmin pada pagi hari tetapi kafir pada petang harinya, ia menjadi Mukmin pada petang harinya tetapi kafir pada pagi harinya; ia menjual agamanya demi meraih dunia." (Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: harakahdaily

Permohonan Bantuan Sekolah INSPIRASIKU YaPEIM 2020 Secara Online

Permohonan Bantuan Sekolah INSPIRASIKU YaPEIM 2020 Secara Online

Melalui Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU, pihak YAPEIM mensasarkan bantuan kepada seramai 40,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang layak dan kurang berkemampuan, serta pelajar IPT daripada keluarga B40 untuk dibantu.

Dana Inspirasiku YAPEIM

Jumlah bantuan sehingga RM500 untuk sekolah rendah, RM500 untuk sekolah menengah Dan sehingga RM1,000 untuk institut pengajian tinggi.

Borang serta salinan dokumen lengkap bolehlah diserahkan kepada:
  • Ibu Pejabat YAPEIM.
  • Poslaju/ekspress ke Ibu Pejabat YAPEIM.
  • Cawangan Ar Rahnu YAPEIM berhampiran.
  • Pejabat YAPEIM Negeri.

Sebarang Pertanyaan Lanjut sila Hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan YaPEIM di Talian 03-27172717.

Apa itu Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU?

Dalam usaha menyantuni kumpulan B40, satu lagi inisiatif diperkenalkan iaitu Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasku) daripada YAPEIM, yang telah dilancarkan pada 6 November 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dr Wan Azizah.

Objektif Bantuan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasku)

Membantu ketua keluarga yang berpendapatan rendah atau golongan B40 dalam menyelesaikan yuran sekolah anak-anak dan pelajar.

Meringankan bebanan keluarga dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukkan ke IPT.

Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit.

Kadar Bantuan;
  • Pelajar Sekolah – Sehingga RM500.
  • Pelajar IPT – Sehingga RM1000.

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku);
  • Permohonan mestilah melalui ibubapa dan bukan pelajar itu sendiri.
  • Permohonan akan dibuka sehingga 31 Januari 2020.
  • Permohonan dibuka selagi Tabung Inspirasiku masih mempunyai dana.
  • Bantuan akan diberi mengikut kelayakan tertakluk kepada kecukupan dana yang dikumpul.

Cara Memohon;

Download terlebih dahulu borang Bantuan Persekolah YAPEIM di pautan disediakan di bawah. Borang-borang ini juga boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahnu YAPEIM seluruh Malaysia.

Senarai Semak Dana Inspirasiku;

Jika anda tidak mendapat akses untuk muat turun borang, anda boleh dapatkan borang di facebook rasmi di YaPEIM (Official) (klik sini).

Setiap borang mesti disertakan senarai semak. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada pegawai A (Pegawai Kerajaan)/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut:
  • Serahan tangan ke ibu pejabat YaPEIM.
  • Pos laju/ekspress ke ibu pejabat YaPEIM.
  • Emel ke alamat inspirasiku@yapeim.my
  • Cawangan Ar Rahnu YaPEIM berdekatan.
  • Pejabat YaPEIM Negeri.

Alamat Ibu Pejabat YaPEIM;

(Bahagian Sosioekonomi & Amal Jariah YaPEIM,
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur).

Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di http://inspirasiku.yapeim.my

Syarat Am Permohonan
  • Permohonan mesti atas nama ibu/bapa/penjaga.
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.

Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku);

1. Setiap keluarga layak memohon untuk setiap anak yang bersekolah rendah, menengah dan IPT.

2. Borang berasingan perlu diisi untuk pelajar sekolah dan IPT. Sila lengkapkan kedua-dua helai borang yang disediakan berserta lampirkan kesemua 10 dokumen yang diminta bersama-sama setiap borang yang diisi.

3. Pastikan semua borang disahkan sebelum dihantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM yang berhampiran.

4. HANYA BORANG YANG LENGKAP AKAN DI PROSES.

5. Borang akan diproses dalam tempoh 30 hari, pemohon boleh membuat semakan status permohonan di laman web YAPEIM.

6. Bantuan akan diagihkan secara tunai di cawangan Ar-Rahnu YAPEIM seluruh negara.

7. Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia Golongan B40 tanpa mengira agama@bangsa.

8. Borang permohonan boleh didapati dimana-mana cawangan Ar-Rahnu YAPEIM, Pejabat YAPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YAPEIM seluruh negara. Atau di laman web YAPEIM.

9. Borang fotostat juga diterima.

Maklumat Lanjut Berkaitan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku); Hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan YaPEIM di Talian 03-27172717.

Tarikh tutup permohonan 31 Januari 2020.

Anda juga boleh melayari laman web rasmi YAPEIM atau ikuti perkembangan terkini di Facebook Rasmi YAPEIM di pautan di atas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pendidikan4all

Friday, January 10, 2020

Isu Hiasan Raya Cina Sekolah Puchong, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Isu Hiasan Raya Cina Sekolah Puchong, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Dikala asap panas kontroversi tulisan Jawi, kini timbul satu lagi isu yang berisiko melaga-lagakan rakyat Malaysia, iaitu perhiasan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Puchong, Selangor, yang memaksa menteri turun padang.

Hiasan Raya Cina Sekolah Puchong

Kalangan yang mengikuti perkembangan sosiopolitik di Malaysia pasti maklum akan kenyataan daripada beberapa menteri berhubung isu ini.

Tetapi, apakah sebenarnya yang berlaku dan kenapa ia menjadi masalah?

Berikut adalah apa yang diketahui setakat ini.

Apa isunya secara ringkas?

SMK Pusat Bandar Puchong 1 dituduh bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dengan memasang perhiasan sempena sambutan Tahun Baru Cina tak lama lagi di kawasan sekolah.

Siapa yang kata ia melanggar perlembagaan?

Aduan itu dibangkitkan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang juga naib presiden parti Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), sebuah parti yang diterajui Ibrahim Ali.

Di media sosial, dia mendakwa menerima aduan daripada ibu bapa, yang merasakan perhiasan itu satu percubaan untuk menyebarkan kepercayaan agama lain terhadap murid Islam.

Katanya, hiasan itu melanggar Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan (berkenaan Islam sebagai agama persekutuan).

Bagaimana rupa perhiasan tersebut?

Antaranya hiasan bunga dan tanglung di pintu, bersama tulisan "Selamat Tahun Baru Cina" dan karakter tulisan Cina yang bermaksud "musim bunga".

Apa tindakan Mohd Khairul dalam isu itu?

Peguam itu mendakwa dia telah menulis surat kepada pengetua sekolah, Rohani Mohd Noor, yang kemudian setuju untuk menurunkan perhiasan tersebut.

Dalam satu emel yang dimuat naik Mohd Khairul di media sosial, didakwa daripada Rohani, pengetua itu mendakwa dia tidak dirujuk terlebih dahulu tentang perhiasan tersebut.

Adakah sekolah itu kini berdepan masalah?

Difahamkan bahawa, pengetua itu telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan berhubung perkara tersebut.

Kakitangan sekolah yang lain tidak dibenarkan bercakap kepada pihak media.

Benarkan perhiasan itu melanggar perlembagaan?

Peruntukan yang dirujuk Mohd Khairul adalah tentang penyebaran agama lain kepada penganut Islam, bagaiamanapun, Tahun Baru Cina bukan perayaan agama, tetapi perayaan kebudayaan.

Di Twitter, Peguam Nizam Bashir membidas tindakan Mohd Khairul yang menggesa pihak sekolah menurunkan perhiasan itu atas alasan ia bertentangan dengan perlembagaan.

Menurutnya, “percubaan untuk mencairkan (dilute) tradisi Tahun Baru Cina melanggar hak individu terhadap kebebasan hidup dan kebebasan individu” yang dilindungi Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Apa kata para pemimpin mengenainya?

Kebanyakan menteri dan timbalan menteri mengecam tindakan untuk menghalang sekolah berkenaan menaikkan perhiasan tersebut, dan mereka membangkitkan Tahun Baru Cina sebagai satu perayaan kebudayaan.

Berikut merupakan maklum balas mereka:

Teo Nie Ching (timbalan menteri pendidikan): "Tidak akan kurang sifat Melayu atau Indianya bila kaum bukan Cina meraikan sambutan Tahun Baru Cina atas semangat muhibah.

"Malah pengenalan tiga (3) muka surat tulisan jawi tidak akan menjadikan murid-murid bukan Islam untuk menukar agama.

"Tulisan jawi adalah khazanah bahasa kebangsaan manakala sambutan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan budaya.

"Kedua-duanya berbeza namun berkongsi satu jalan cerita; warna bangsa yang berbilang.

"Malaysia ini tanahair kita. Marilah kita saling menghormati dan tidak menjadikan perbezaan sebagai punca untuk bersengketa.

Saifuddin Abdullah (menteri luar):

"Antara kekuatan Malaysia ialah rakyatnya yang pelbagai kaum, budaya dan agama, yang hidup aman dan harmoni. Ini perlu diperkukuh atas landasan hidup bersama dalam budaya damai.

Sambutan Tahun Baru Cina bukan bab agama. Ia telah lama disambut seluruh rakyat. Tradisi ini perlu diteruskan.

Syed Saddiq Abdul Rahman (menteri belia dan sukan):

"Sekolah kebangsaan milik semua bangsa dan agama. Perayaan Tahun Baru Cina diraikan bersama kerana Malaysia negara milik semua. Bila tiba perayaan tahun baru cina, pandai pula tuntut cuti.

Ramkarpal Singh (Anggota Parlimen Bukit Gelugor): "Ancaman oleh Putra ini memang sesuatu yang tidak wajar, dan tak pernah berlaku sebelum ini.

"Mengikut logik Putra yang bercelaru, semua perhiasan Tahun Baru Cina di seluruh negara sepatutnya diturunkan kerana kononnya melanggar perlembagaan.

"Ini tak boleh difahami dan betul-betul tak logik."

Steven Sim (timbalan menteri belia dan sukan): "Tradisi Cina terutama dalam Konfucianisme dan agama Buddha mengajar tentang 中庸 atau dalam terjemahan ringkas Bahasa Melayu, kesederhanaan (jalan pertengahan).

"Budaya Melayu juga mengajak kepada kesederhanaan. Dalam masyarakat majmuk kita, kesederhanaan amat penting untuk membolehkan Rakyat pelbagai kaum dan agama hidup bersama secara harmoni.

"Hari ini, puak pelampau kaum menyebarkan ketakutan dan pemikiran tidak waras di kalangan Rakyat Malaysia. Cukup-cukuplah.

"Dah sampai masanya kerajaan mengambil pendirian lebih tegas ke atas pelampau dari semua kaum."

Kenapa kontroversi ini penting?

Ia timbul di tengah-tengah kontroversi pengenalan tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Malaysia, termasuk di sekolah vernakular, yang telah menimbulkan ketegangan dalam hubungan antara kaum.

7 MENTERI

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi hiasan tahun baru Cina itu "mengisyhtiharkan kemenangan".

"Saya sudah menang sebab saya satu surat, tujuh menteri turun.

" I (saya) punya satu surat turun tanglung, tujuh menteri turun untuk naikkan balik itu tanglung.

"I dah menang," katanya yang juga naib presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan pemimpin lantang Ibrahim Ali.

Khairul berkata demikian selepas memberi isyarat jari 'V' kepada petugas media di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Ditanya maksud isyarat itu, beliau "victory" (kejayaan).

Pihak polis merakamkan kenyataanya di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya.

SKMM selepas itu turut merakamkan kenyataannya. Bagaimanapun, siasatan SKMM berkaitan isu lain, bukan berkaitan isu sekolah itu.

Difahamkan siasatan SKMM berkaitan tulisan Azam di Internet yang mempersoalkan saiz kubur Cina yang menurutnya besar dan "membazir tanah".

Beliau sebelum ini menulis surat bantahan kepada pengetua SMK Pusat Bandar Puchong 1.

Di tengah-tengah kontroversi, tujuh menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, turun padang bagi menyatakan sokongan kepada usaha memupuk perpaduan sekolah yang mempunyai murid pelbagai kaum itu.

AGENDA RASIS?

Isunya bukan sekadar tanglung atau kaligrafinya, tetapi sebenarnya agenda siapa yang lebih tersirat dan dominasi siapa yang semakin ketara.

Tanglung dan kaligrafi Cina hanyalah satu kesinambungan dari rentetan aksi-aksi gerombolan rasis cauvinis ekstrim, yang angkuh dan mendabik dada sambil mencabar dan mencemuh.

Seakan-akan mereka adalah "The Untouchables" yang semakin galak dan haloba dengan "kemenangan demi kemenangan" yang dikecapi, di saat bangsa dan umat sedang berbalah dan berpecah.

Penolakan terhadap tulisan jawi adalah satu penentangan terhadap apa yang disifatkan sebagai satu percubaan untuk mencairkan identiti mereka, tetapi fobia terhadap Islam digunakan sebagai satu alasan dangkal untuk menutup keangkuhan dan kesombongan mereka.

Hakikat bahawa tujuh orang pak mak Menteri terpaksa turun padang untuk melakukan kerja-kerja kakitangan am sekolah, sudah membuktikan bahawa ahli-ahli politik pun boleh dipergunakan dan diperalatkan, ataupun mereka sendiri yang datang secara sukarela untuk membiarkan diri diperbodohkan di hadapan masyarakat.

Begitu hebat sekali tahap penguasaan dan kewenangan agenda rasis cauvinis ekstrimis ke atas ahli-ahli politik. Satu persembahan hipokrit tanpa tolok banding!

Adapun orang-orang lain yang mendakwa diri mereka sebagai wakil rakyat Melayu yang muslim, lebih suka bersantai dan memilih untuk tidak memperlihatkan kejantanan mereka, yang sudah pun menghampiri makam kedayusan.

Inilah natijahnya bila si jahil melantik si dungu untuk beraksi di hadapan makhluk lain, yang sudah bersedia dan merancang sejak lama.

Apa sahaja isu baru yang bakal muncul pada masa hadapan, tidak akan berganjak jauh dari satu fenomena baru pula – iaitu "pertempuran" untuk mendominasi dan menguasai minda rakyat serta menentukan bagaimana mereka harus berfikir dan bertindak.

Isu ini tidak akan selesai atau tamat melainkan salah satu pihak meletak senjata dan mengibarkan bendera putih.

Tanglung hanyalah satu representasi kepada fahaman-fahaman Liberal, Rasis, Cauvinis, Sekularis, Ekstrimis, Evangelis dan Sosialis, yang masing-masing bertunjang kepada falsafah penolakan terhadap agama atau campurtangan agama.

Umat Kristian sudahpun dikalahkan dalam pertempuran azali ini.

Kini, adalah giliran umat Islam sebagai benteng bagi setiap manusia yang masih memiliki kejujuran dan fitrah yang sejahtera.

Pastikan kedudukan kita dari awal sebab kita akan dipertanggungjawabkan terhadap pilihan kita.

Jadi bagaimana sekarang?

Jika tidak dikendalikan dengan baik, isu ini mampu menegangkan lagi hubungan antara kaum Melayu dan Cina secara umumnya.

Bagaimanapun, tewas bukan lagi satu opsyen untuk umat dan bangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

New Zealand Buka Permohonan Visa Kerja Sambil Melancong Pada 23 Januari 2020

New Zealand Buka Permohonan Visa Kerja Sambil Melancong Pada 23 Januari 2020

Untuk pengetahuan pembaca, New Zealand bakal membuka permohonan untuk working holiday visa kepada rakyat Malaysia bermula pada 23 Januari 2020 pada jam 10 pagi waktu New Zealand dan 5 pagi waktu Malaysia.

Visa kerja NZ

Dengan adanya visa ini, anda dibenarkan untuk bekerja atau belajar sepanjang anda travel di New Zealand.

Difahamkan bahawa pemohon yang ingin memohon visa travel sambil bekerja tersebut perlulah bekerja selama 6 bulan atau ke atas di sana.

Walau bagaimanapun, pemohon haruslah mempunyai simpanan awal sekurang-kurangnya NZ$2,250 (RM6,100) sebagai persediaan untuk membayar tempat tinggal dan lain-lain.

Akan tetapi, terdapat beberapa kriteria yang perlu anda ikuti untuk memenuhi syarat permohonan visa tersebut.

Antaranya adalah, anda perlu berumur di antara 18 hingga 30 tahun dan tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap di sana.

Bagi yang sudah berkeluarga, anda tidak boleh bawa anak dan pasangan. Jika mahu membawa pasangan, mereka perlu buat visa berasingan.

Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran NZ$208 (~RM860) menggunakan kad kredit atau kad debit.

Adalah diingatkan bahawa hanya 1,150 visa ini akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia.

Jika anda berminat untuk memohon visa ini dan ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Semoga berjaya!

PENGALAMAN BEKERJA DI NEW ZEALAND

Berikut sedikit perkongsian daripada Muhammad Anwar bin Ibrahim yang pernah bekerja selama 9 bulan di New Zealand di bawah program working holiday visa (WHV).

“Working Holiday Visa New Zealand untuk warga Malaysia hanyalah selama 6 bulan. Dan boleh sambung lagi 3 bulan dengan beberapa syarat.

"Selepas cukup 9 bulan, tiada lagi tempoh extend untuk WHV melainkan visa pelancong yang hanya sah untuk tujuan melancong saja, bukan untuk bekerja." – Anwar.

Menurut pelajar lulusan UTP ini, dia terus ke New Zealand sebaik saja selepas habis peperiksaan akhir.

Apatah lagi tiket penerbangan ke New Zealand telah dibeli setahun lebih awal, iaitu sewaktu AirAsia mengumumkan route penerbangan ke Auckland.

"Perancangan asal saya hanyalah travel saja, sebab NZ memang dah masuk dalam ‘wishlist’ saya. Tapi dalam 1 ke 2 bulan sebelum ke NZ saya dapat info dari kawan berkenaan WHV NZ dan dari sini saya ambil keputusan untuk cuba memohon."

Pekerjaan yang dilakukan sepanjang di New Zealand

Sepanjang 9 bulan di negawa Kiwi ini, Anwar berpeluang bekerja di kedua-dua pulau utama iaitu di North Island dan South Island.

Sepanjang di North Island, Anwar bekerja di ladang memetik epal, blueberries, dan juga di kilang memproses epal di Hastings.

Apabila dia ke South Island pula, Anwar berpeluang bekerja sebagai pembantu ladang lembu susu di sebuah ladang menternak lembu di Ashburton, South Island.

Skop kerja di ladang ini termasuk memerah susu, menghalau lembu, bawa traktor dll kerja berkaitan.

Bagaimana dengan penginapan?

Bagi tempat tinggal, menurut Anwar ia bergantung kepada jenis kerja, lokasi ladang dan juga musim.

Ada majikan yang menyediakan tempat tinggal di ladang dan mengenakan sewa yang lebih murah. Ini sekali gus membantu dari segi menjimatkan kos pengangkutan.

Tapi jika tinggal di bandar, harga sewaan adalah antara 60-150 NZD seminggu bergantung kepada tempat dan musim.

Bagi Anwar sendiri, sepanjang di New Zealand dia banyak tinggal di rumah sewa di bandar, kecuali sepanjang bekerja di ladang menternak lembu di mana rumah sewa disediakan oleh majikan.

Tinggal seorang diri di ladang

Bagi Anwar, ada 2 pengalaman menarik yang dirasakan banyak memberi pengajaran sepanjang bekerja di New Zealand.

Menjadi dairy farm assistant memerlukan Anwar tinggal di sebuah rumah ladang seorang diri.

Lokasi rumah pula jauh dari bandar, iaitu 45 minit memandu kereta.

Keadaan ini menyebabkan Anwar bukan hanya perlu pandai menguruskan masa, tapi juga perlu belajar dan beradaptasi dengan keadaan semasa.

"Sepanjang di sini saya kena uruskan semuanya sendiri. Uruskan masa, jam berapa kena bangun, bila nak masak, bila perlu keluar ke bandar, bila masa boleh travel.

"Contonya, jam 4 ke 5 pagi dah bangun. Saya mula kerja seawal jam 4.30 pagi bergantung kepada shift. Tengah hari saya balik rumah utuk rehat dan makan. Kemudian sambung balik kerja sehingga jam 5-7 petang.

"Petang, balik masak dan sediakan apa yang perlu untuk hari kerja esok. Ini contoh rutin hari bekerja. Dan bila waktu cuti, inilah waktu yang paling di tunggu.

"Saya akan hargai betul-betul waktu ini, gunakan sepenuhnya untuk travel walapun kadang-kadang off day 1 hari saja. Tak lupa juga off day adalah hari untuk saya beli barang untuk memasak." – Anwar

Kerja di kilang epal

Semasa bekerja di kilang memproses epal, lain pula pengalaman Anwar.

Bekerja di tempat yang juga menawarkan pekerjaan yag sama kepada backpackers lain memberi peluang kepada dia untuk berkenalan dengan pengembara dari serata dunia.

"Walaupun kerja bosan (pusing-pusing nampak epal sahaja selama 10 jam), tetapi saya dapat berborak dengan traveller dari merata dunia di waktu smoko (smoko adalah terma untuk waktu rehat yang singkat selama 15 minit).

"Di waktu ini kami berkongsi pengalaman dan cerita. Ada yang datang dari Amerika Selatan, Eropah dan dari negara kepulauan."

Malah, Anwar juga pernah berkenalan dengan traveller dari negara yang dia sendiri tak pernah dengar sebelum ini.

Di hari cuti pula, berbagai aktiviti dirancang bersama. Antaranya meneroka kawasan sekitar, BBQ party, hiking, main golf dan ada masa hanya sekadar lepak bersama dan belajar memasak.

Tips memohon working holiday visa New Zealand

Anwar turut berkongsi 5 tips berikut untuk anda yang nak mohon WHV NZ;

1. Buat kajian lengkap ke mana patut pergi dan bila patut pergi.

Sebab tak semua kerja ada di setiap waktu. Ada kerja bergantung kepada musim tertentu.

Yang perlu anda tahu, di mana kerja itu dan di waktu bila. Cara ini membantu untuk lebih mudah anda rancang di waktu mana yang sesuai untuk pergi.

Jadi, bila sampai di sana boleh walk-in sahaja. InsyaAllah banyak kerja di sana untuk pemegang WHV.

2.Guna duit simpanan sebagai modal

Di NZ, paling penting adalah kenderaan, contohnya kereta. Bila ada kereta mudah untuk bergerak ke tempat kerja, dan juga untuk cari kerja.

Selain itu, kereta juga boleh digunakan sebagai rumah sementara. Ini adalah perkara biasa bagi pengembara di sana tidur di dalam kereta.

Cuma anda kena pastikan ia di tempat yang dibenarkan untuk parking dan bermalam.

3. Cari partner. Jika boleh sebelum sampai di New Zealand

Anda boleh jimat banyak dari segi kos perkongsian beli kereta, tempat tinggal, kos beli barang dapur dan sebagainya. Lag-lagi lagi kalau nak travel, amat jimat.

4. Siap kan 2 ke3 laptop atau 2 ke 3 browser untuk memohon WHV NZ

Pastikan passport sedia atau diperbaharui. Jangan gelabah waktu isi borang. Pastikan isi betul-betul.

Minta tolongjuga pada kawan-kawan untuk cuba mohon bagi pihak kita kalau mereka free.

5. Pastikan kad debit ada duit untuk buat pembayaran

Perlu diingat, anda hanya boleh mohon sekali saja seumur hidup, sebelum umur 30.

"NEVER THINK TWICE, JUST GO FOR IT. AND YOU WILL APPRECIATE IT LATER."

Perubahan positif kepada diri

Bagi Anwar sepanjang di New Zealand banyak perkara baru yang telah dipelajari. Paling utama dia dapat belajar memasak dan buat roti serta kek.

"Sebelum ni tak pernah nak memasak. Bila di sini rajin tu datang sendiri dan semua benda nak dicuba. Belajar sendiri is the best way walaupun kadang-kadang tak sedap pun."

Tambah Anwar lagi, hidup merantau di tempat orang juga mengajar dia untuk belajar berdikari, uruskan masa dengan lebih baik, bagaimana untuk survive dan hiburkan diri bila harus tinggal seorang diri di ladang.

Anwar juga semakin menghargai erti persahabatan.

"Sebab bila travel solo, apatah lagi bila kena tinggal sorang diri di ladang, saya jadi suka bila dapat jumpa orang baru, walaupun tak kenal.

"Lagi-lagi bila jumpa orang dari Malaysia, dari tak kenal terus jadi rapat hinggakan perbezaan umur bukan satu masalah."

Bekerja dan menetap selama 9 bulan di New Zealand turut membuat Anwar melihat satu-satu perkara dari sudut berbeza.

"Jika sebelum ni saya hanya travel touch & go kerana masa yang terhad, kali ni saya ada peluang untuk terokai satu-satu tempat dengan lebih lama.

"Sekali gus bagi peluang kepada saya untuk belajar tentang budaya dan ambil tahu kenapa ada perkara di lakukan berbeza oleh penduduk setempat.

"Banyal persoalan turut terjawab bila saya ada masa untuk explore."

Perancangan masa depan

Nampaknya Anwar seperti sudah suka dengan New Zealand, malah pemuda ini merancang untuk kembali ke New Zealand dan meneroka peluang di sana.

"Saya merancang nak buat special tour di NZ, khas untuk mereka yang ingin merasa hiking dan explore tempat yang kurang popular tetapi memilik pemandangan yang sangat cantik.

"Saya ingin jadikan travel sebagai kerjaya dengan berkongsi berpengalaman dan tips-tips travel.

"Sebab tak semua orang berpeluang untuk travel dan tak semua orang ada masa atau duit untuk travel."

Harapnya, dengan perkongsian pengalaman ini, ia dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada pembaca dan there’s a lot of way to travel.

Ada soalan tentang Working Holiday Visa NZ? Anda boleh DM di Instagram M Anwar Ibrahim.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2