Friday, January 10, 2020

Isu Hiasan Raya Cina Sekolah Puchong, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?


Dikala asap panas kontroversi tulisan Jawi, kini timbul satu lagi isu yang berisiko melaga-lagakan rakyat Malaysia, iaitu perhiasan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Puchong, Selangor, yang memaksa menteri turun padang.

Hiasan Raya Cina Sekolah Puchong

Kalangan yang mengikuti perkembangan sosiopolitik di Malaysia pasti maklum akan kenyataan daripada beberapa menteri berhubung isu ini.

Tetapi, apakah sebenarnya yang berlaku dan kenapa ia menjadi masalah?

Berikut adalah apa yang diketahui setakat ini.

Apa isunya secara ringkas?

SMK Pusat Bandar Puchong 1 dituduh bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dengan memasang perhiasan sempena sambutan Tahun Baru Cina tak lama lagi di kawasan sekolah.

Siapa yang kata ia melanggar perlembagaan?

Aduan itu dibangkitkan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang juga naib presiden parti Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), sebuah parti yang diterajui Ibrahim Ali.

Di media sosial, dia mendakwa menerima aduan daripada ibu bapa, yang merasakan perhiasan itu satu percubaan untuk menyebarkan kepercayaan agama lain terhadap murid Islam.

Katanya, hiasan itu melanggar Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan (berkenaan Islam sebagai agama persekutuan).

Bagaimana rupa perhiasan tersebut?

Antaranya hiasan bunga dan tanglung di pintu, bersama tulisan "Selamat Tahun Baru Cina" dan karakter tulisan Cina yang bermaksud "musim bunga".

Apa tindakan Mohd Khairul dalam isu itu?

Peguam itu mendakwa dia telah menulis surat kepada pengetua sekolah, Rohani Mohd Noor, yang kemudian setuju untuk menurunkan perhiasan tersebut.

Dalam satu emel yang dimuat naik Mohd Khairul di media sosial, didakwa daripada Rohani, pengetua itu mendakwa dia tidak dirujuk terlebih dahulu tentang perhiasan tersebut.

Adakah sekolah itu kini berdepan masalah?

Difahamkan bahawa, pengetua itu telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan berhubung perkara tersebut.

Kakitangan sekolah yang lain tidak dibenarkan bercakap kepada pihak media.

Benarkan perhiasan itu melanggar perlembagaan?

Peruntukan yang dirujuk Mohd Khairul adalah tentang penyebaran agama lain kepada penganut Islam, bagaiamanapun, Tahun Baru Cina bukan perayaan agama, tetapi perayaan kebudayaan.

Di Twitter, Peguam Nizam Bashir membidas tindakan Mohd Khairul yang menggesa pihak sekolah menurunkan perhiasan itu atas alasan ia bertentangan dengan perlembagaan.

Menurutnya, “percubaan untuk mencairkan (dilute) tradisi Tahun Baru Cina melanggar hak individu terhadap kebebasan hidup dan kebebasan individu” yang dilindungi Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Apa kata para pemimpin mengenainya?

Kebanyakan menteri dan timbalan menteri mengecam tindakan untuk menghalang sekolah berkenaan menaikkan perhiasan tersebut, dan mereka membangkitkan Tahun Baru Cina sebagai satu perayaan kebudayaan.

Berikut merupakan maklum balas mereka:

Teo Nie Ching (timbalan menteri pendidikan): "Tidak akan kurang sifat Melayu atau Indianya bila kaum bukan Cina meraikan sambutan Tahun Baru Cina atas semangat muhibah.

"Malah pengenalan tiga (3) muka surat tulisan jawi tidak akan menjadikan murid-murid bukan Islam untuk menukar agama.

"Tulisan jawi adalah khazanah bahasa kebangsaan manakala sambutan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan budaya.

"Kedua-duanya berbeza namun berkongsi satu jalan cerita; warna bangsa yang berbilang.

"Malaysia ini tanahair kita. Marilah kita saling menghormati dan tidak menjadikan perbezaan sebagai punca untuk bersengketa.

Saifuddin Abdullah (menteri luar):

"Antara kekuatan Malaysia ialah rakyatnya yang pelbagai kaum, budaya dan agama, yang hidup aman dan harmoni. Ini perlu diperkukuh atas landasan hidup bersama dalam budaya damai.

Sambutan Tahun Baru Cina bukan bab agama. Ia telah lama disambut seluruh rakyat. Tradisi ini perlu diteruskan.

Syed Saddiq Abdul Rahman (menteri belia dan sukan):

"Sekolah kebangsaan milik semua bangsa dan agama. Perayaan Tahun Baru Cina diraikan bersama kerana Malaysia negara milik semua. Bila tiba perayaan tahun baru cina, pandai pula tuntut cuti.

Ramkarpal Singh (Anggota Parlimen Bukit Gelugor): "Ancaman oleh Putra ini memang sesuatu yang tidak wajar, dan tak pernah berlaku sebelum ini.

"Mengikut logik Putra yang bercelaru, semua perhiasan Tahun Baru Cina di seluruh negara sepatutnya diturunkan kerana kononnya melanggar perlembagaan.

"Ini tak boleh difahami dan betul-betul tak logik."

Steven Sim (timbalan menteri belia dan sukan): "Tradisi Cina terutama dalam Konfucianisme dan agama Buddha mengajar tentang 中庸 atau dalam terjemahan ringkas Bahasa Melayu, kesederhanaan (jalan pertengahan).

"Budaya Melayu juga mengajak kepada kesederhanaan. Dalam masyarakat majmuk kita, kesederhanaan amat penting untuk membolehkan Rakyat pelbagai kaum dan agama hidup bersama secara harmoni.

"Hari ini, puak pelampau kaum menyebarkan ketakutan dan pemikiran tidak waras di kalangan Rakyat Malaysia. Cukup-cukuplah.

"Dah sampai masanya kerajaan mengambil pendirian lebih tegas ke atas pelampau dari semua kaum."

Kenapa kontroversi ini penting?

Ia timbul di tengah-tengah kontroversi pengenalan tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Malaysia, termasuk di sekolah vernakular, yang telah menimbulkan ketegangan dalam hubungan antara kaum.

7 MENTERI

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi hiasan tahun baru Cina itu "mengisyhtiharkan kemenangan".

"Saya sudah menang sebab saya satu surat, tujuh menteri turun.

" I (saya) punya satu surat turun tanglung, tujuh menteri turun untuk naikkan balik itu tanglung.

"I dah menang," katanya yang juga naib presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan pemimpin lantang Ibrahim Ali.

Khairul berkata demikian selepas memberi isyarat jari 'V' kepada petugas media di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Ditanya maksud isyarat itu, beliau "victory" (kejayaan).

Pihak polis merakamkan kenyataanya di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya.

SKMM selepas itu turut merakamkan kenyataannya. Bagaimanapun, siasatan SKMM berkaitan isu lain, bukan berkaitan isu sekolah itu.

Difahamkan siasatan SKMM berkaitan tulisan Azam di Internet yang mempersoalkan saiz kubur Cina yang menurutnya besar dan "membazir tanah".

Beliau sebelum ini menulis surat bantahan kepada pengetua SMK Pusat Bandar Puchong 1.

Di tengah-tengah kontroversi, tujuh menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, turun padang bagi menyatakan sokongan kepada usaha memupuk perpaduan sekolah yang mempunyai murid pelbagai kaum itu.

AGENDA RASIS?

Isunya bukan sekadar tanglung atau kaligrafinya, tetapi sebenarnya agenda siapa yang lebih tersirat dan dominasi siapa yang semakin ketara.

Tanglung dan kaligrafi Cina hanyalah satu kesinambungan dari rentetan aksi-aksi gerombolan rasis cauvinis ekstrim, yang angkuh dan mendabik dada sambil mencabar dan mencemuh.

Seakan-akan mereka adalah "The Untouchables" yang semakin galak dan haloba dengan "kemenangan demi kemenangan" yang dikecapi, di saat bangsa dan umat sedang berbalah dan berpecah.

Penolakan terhadap tulisan jawi adalah satu penentangan terhadap apa yang disifatkan sebagai satu percubaan untuk mencairkan identiti mereka, tetapi fobia terhadap Islam digunakan sebagai satu alasan dangkal untuk menutup keangkuhan dan kesombongan mereka.

Hakikat bahawa tujuh orang pak mak Menteri terpaksa turun padang untuk melakukan kerja-kerja kakitangan am sekolah, sudah membuktikan bahawa ahli-ahli politik pun boleh dipergunakan dan diperalatkan, ataupun mereka sendiri yang datang secara sukarela untuk membiarkan diri diperbodohkan di hadapan masyarakat.

Begitu hebat sekali tahap penguasaan dan kewenangan agenda rasis cauvinis ekstrimis ke atas ahli-ahli politik. Satu persembahan hipokrit tanpa tolok banding!

Adapun orang-orang lain yang mendakwa diri mereka sebagai wakil rakyat Melayu yang muslim, lebih suka bersantai dan memilih untuk tidak memperlihatkan kejantanan mereka, yang sudah pun menghampiri makam kedayusan.

Inilah natijahnya bila si jahil melantik si dungu untuk beraksi di hadapan makhluk lain, yang sudah bersedia dan merancang sejak lama.

Apa sahaja isu baru yang bakal muncul pada masa hadapan, tidak akan berganjak jauh dari satu fenomena baru pula – iaitu "pertempuran" untuk mendominasi dan menguasai minda rakyat serta menentukan bagaimana mereka harus berfikir dan bertindak.

Isu ini tidak akan selesai atau tamat melainkan salah satu pihak meletak senjata dan mengibarkan bendera putih.

Tanglung hanyalah satu representasi kepada fahaman-fahaman Liberal, Rasis, Cauvinis, Sekularis, Ekstrimis, Evangelis dan Sosialis, yang masing-masing bertunjang kepada falsafah penolakan terhadap agama atau campurtangan agama.

Umat Kristian sudahpun dikalahkan dalam pertempuran azali ini.

Kini, adalah giliran umat Islam sebagai benteng bagi setiap manusia yang masih memiliki kejujuran dan fitrah yang sejahtera.

Pastikan kedudukan kita dari awal sebab kita akan dipertanggungjawabkan terhadap pilihan kita.

Jadi bagaimana sekarang?

Jika tidak dikendalikan dengan baik, isu ini mampu menegangkan lagi hubungan antara kaum Melayu dan Cina secara umumnya.

Bagaimanapun, tewas bukan lagi satu opsyen untuk umat dan bangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon