Monday, October 01, 2018

10 Pekerjaan Terbaik Jika Anda Pemegang Visa Melancong Sambil Bekerja Di Australia Dan New Zealand


Anda merancang untuk memohon visa bekerja sambil melancong (Working Holiday Visa) di Australia atau New Zealand? Jika anda inginkan pengalaman kerja yang tidak dapat dilupakan, 10 pekerjaan berikut adalah dengan bayaran lumayan untuk pemegang Working Holiday Visa ditawarkan oleh kedua-dua negara.

Working Holiday Visa

Australia hanya menawarkan 100 visa bekerja sambil melancong manakala New Zealand pula menawarkan 1,150 visa bekerja sambil melancong setiap tahun. Dengan tempat yang terhad ini, anda perlu membuat perancangan yang teliti supaya tidak terlepas.

Jadi, bersedia dari sekarang dan peka dengan pengumuman di laman web mereka jika anda ingin memohon!

Senarai 10 pekerjaan ini (tidak mengikut sebarang turutan) adalah berdasarkan purata bayaran sejam dan juga skop pekerjaan.

10 Pekerjaan dengan Bayaran Terbaik untuk Pemegang Visa Bekerja Sambil Melancong

1. Khidmat Pelanggan dan Jualan
  • Australia: AU$20.14 sejam
  • New Zealand: NZ$19.85 sejam

Perniagaan-perniagaan di Australia sentiasa memerlukan pekerja-pekerja dalam bidang khidmat pelanggan dan jualan, dengan pemegang visa working holiday sentiasa dialu-alukan untuk memohon.

Menjadi pegawai tele-jualan atau pegawai khidmat pelanggan bermakna anda perlu membantu, berunding dan memberi khidmat kepada pelanggan melalui telefon.

Pekerjaan ini mungkin antara yang termudah untuk dilakukan, ditambah lagi dengan kadar bayaran yang diterima serta pekerjaan di pejabat, jika dibandingkan dengan memetik buah ataupun membersihkan rumah.

Tetapi, kebanyakan majikan hanya akan mengambil pekerja yang benar-benar fasih dalam bahasa Inggeris, dan memiliki pengalaman sahaja untuk jawatan tersebut.

Kontra

Dalam jangka panjang, anda mungkin akan bosan dengan rutin kerja yang sama setiap hari.

Selain itu, pekerjaan ini agak kurang fleksibel dari segi jadual bekerja yang mengikut waktu pejabat jadi, anda mungkin tidak bebas untuk melancong sepanjang tempoh visa.

2. Pentadbiran
  • Australia: AU$21.31 sejam
  • New Zealand: NZ$16.45 sejam

Mencari kerja sebagai eksekutif pentadbiran dan eksekutif operasi di Australia dan New Zealand mungkin agak sukar, tetapi berbaloi jika berjaya.

Syarat kelayakan asas yang diperlukan termasuklah memiliki pengalaman sekurang-kurangnya setahun di negara-negara tersebut. Dengan melepasi beberapa kelayakan, anda boleh bekerja sehingga ke tahun kedua.

Selain kadar bayaran yang tinggi, anda juga akan menikmati manfaat-manfaat lain yang ditawarkan, seperti perlindungan perubatan, elaun makanan, bonus percutian, dan banyak lagi, bergantung kepada polisi syarikat tersebut.

Sama seperti bidang jualan sebelun ini, anda akan bekerja di pejabat, yang menawarkan persekitaran yang agak selesa.

Walaupun kebarangkalian untuk diterima itu rendah, jangan berhenti dari cuba untuk memohon!

Anda juga boleh memilih untuk bekerja dengan kontrak sementara waktu, yang bayarannya sekitar RM50 sejam.

Kontra

Pemegang visa working holiday sukar untuk diterima bekerja dalam bidang ini sama ada di Australia dan New Zealand, kerana majikan perlu membayar lebih kepada anda berbanding pekerja tempatan.

3. Pembantu Penyelidikan

Jika anda gemar melibatkan diri dalam penyelidikan, merupakan pelajar sains, ataupun memiliki minat dalam bidang sains, pekerjaan sebagai pembantu penyelidikan sementara sesuai untuk anda.

Banyak universiti, organisasi bukan untung, dan agensi kerajaan yang melakukan penyelidikan berterusan untuk menambahbaik keadaan alam sekitar serta kualiti hidup.

Dengan jumlah penyelidikan tersebut, tidak hairanlah permintaan untuk pembantu penyelidikan amat tinggi bagi membantu melancarkan proses, dan ianya terbuka untuk pemegang visa working holiday juga!

Sebagai peringatan, sesetengah projek memerlukan anda bepergian ke pelbagai lokasi, termasuklah pedalaman.

Untungnya, kawasan-kawasan ini mungkin memiliki pemandangan yang indah dan unik, jadi ianya bagaikan serampang dua mata untuk anda.

Selain bayaran gaji, anda juga akan menerima penginapan dan elaun makanan percuma sebagai ganjaran tambahan.

Kontra: Anda akan diminta untuk melakukan tugas-tugas diluar skop pekerjaan, seperti membancuh kopi dan tugas-tugas remeh lain setiap hari untuk membantu tugasan pasukan. Waktu kerja juga tidak menentu, dengan waktu rehat yang sedikit apabila tiba waktu puncak.

4. Eksekutif Jualan
  • Australia: AU$19.32 sejam
  • New Zealand: NZ$15.71 sejam

Salah satu pekerjaan utama di bandar-bandar besar. Tugasan eksekutif jualan mudah untuk dipohon, sama ada kontrak sepenuh masa ataupun secara sambilan.

Malah, syarat kelayakannya juga tidak berapa sukar, hanya perlu fasih berbahasa Inggeris dan memiliki personaliti yang menarik.

Jika anda melawat Australia dan New Zealand sewakti musim percutian, seperti Krismas, ianya lebih mudah untuk diterima bekerja kerana kebanyakan pasar raya memerlukan pekerja tambahan.

Anda akan menerima latihan asas pada hari pertama bekerja. Untungnya, sesetengah syarikat akan menawarkan bonus insentif untuk menggalakkan jualan.

Kontra

Rutin pekerjaan bakal mejadi bosan dari semasa ke semasa. Anda juga perlu berhadapan dengan pelanggan yang berperangai buruk, serta aduan dari mereka. Jika anda tidak mampu menghadapi tekanan yang datang, pekerjaan ini bukan untuk anda.

5. Barista, Bartender atau Pelayan
  • Australia: AU$18.65 sejam
  • New Zealand: NZ$16.61 sejam

Jika anda gemar berinteraksi dengan orang lain, dan memiliki minat dengan industri F&B, anda boleh memohon pekerjaan seperti barista, bartender, atau pelayan di pub, kafe, restoran, atau bistro di Australia dan New Zealand.

Pekerjaan ini memiliki kadar berhenti kerja yang tinggi, jadi peniaga-peniaga F&B akan sentiasa menawarkan kerja kosong.

Jika anda bernasib baik, makanan akan ditanggung percuma oleh restoran-restoran tersebut, jadi anda boleh menjimatkan belanja makanan disana.

Kontra: Anda bakal menjadi terlalu sibuk, terutamanya di waktu puncak, dan sewaktu musim percutian.

Pelanggan-pelanggan di sana juga mempunyai selera yang berbeza, jadi anda perlu segera membiasakan diri terutamanya berhadapan dengan pelanggan yang cerewet dan kurang sabar.

Jika anda bekerja di bar pula, hati-hati dengan pelanggan yang mungkin bergaduh!

6. Penjagaan dan Pusat Asuhan Kanak-Kanak
  • Australia: AU$21.41 sejam
  • New Zealand: NZ$21.66 sejam

Selain pekerjaan-pekerjaan di atas, anda juga boleh memilih untuk menjadi pengasuh kanak-kanak apabila anda melancong ke Australia dan New Zealand.

Pekerjaan ini memerlukan kesabaran serta sifat penyayang yang tinggi dalam berdepan dengan anak-anak sewaktu majikan anda bekerja, terutamanya bagi mereka yang masih kecil.

Banyak laman web (contohnya disini) menawarkan platform untuk pelancong dan keluarga dan ibu bapa untuk berhubung antara satu sama lain bagi memastikan servis yang ditawar dan diinginkan oleh kedua-dua pihak adalah bersesuaian.

Selain kanak-kanak dan bayi, anda juga boleh memilih untuk menjaga warga emas oleh golongan bekerjaya yang memerlukan bantuan tambahan bagi menjaga ibu bapa mereka.

Pekerjaan ini juga merupakan salah satu cara untuk mempelajari budaya masyarakat setempat dengan mudah. Malah, anda juga mungkin ditawarkan untuk tinggal bersama-sama.

Kontra: Memandangkan bidang pekerjaan ini begitu sensitif, anda perlu mendapatkan sijil kelayakan, bukti rekod jenayah yang bersih, dan pengalaman sebelum boleh memohon.

7. Pembantu Penyediaan majlis
  • Australia: AU$26.05 sejam
  • New Zealand: NZ$24.69 sejam

Pekerjaan ini memerlukan anda untuk pergi ke pelbagai lokasi, dan ianya bukan satu situasi yang buruk memandangkan anda memang sedang melancong ke negara tersebut tetapi, anda perlu bersedia dari segi fizikal, kerana ianya melibatkan banyak kerja-kerja seperti menyediakan gerai, tugas-tugas lain, urusan logistik, pesanan makanan, dan lain-lain yang akan membantu menjayakan majlis tersebut.

Kontra

Ianya bakal menjadi satu kerja yang memenatkan, tetapi bayaran yang diberi adalah berbaloi dan kebanyakan syarikat pengurusan majlis akan turut memberi makanan serta tempat tinggal sepanjang majlis berlangsung.

8. Pemetik Buah
  • Australia: AU$17.29 sejam
  • New Zealand: NZ$14.75 sejam

Jika anda bakal berhijrah ke Australia, anda bakal selalu berjumpa dengan terma ‘regional work’.

Istilah ini merujuk kepada kerja-kerja di ladang, seperti memetik buah, menggembala kambing biri-biri, atau menanam tanaman.

Ramai pelancong yang memegang visa ‘working holiday’ dibenarkan untuk memanjangkan visa mereka ke tahun kedua sekiranya melakukan kerja-kerja ini selama 90 hari.

Lantas, pekerjaan ini menjadi antara kerja yang popular dalam kalangan pemegang visa ‘working holiday’ di Australia dan New Zealand.

Di sesetengah ladang, bayaran yang bakal anda terima bergantung kepada jumlah buah yang anda petik pada penghujung hari jadi, persiapkan fizikal anda jika anda inginkan kerja ini.

Kontra

Kerja ini memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi, selain berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu, dari panas terik hinggalah ke hujan rebut.

9. Penyambut Tetamu Hotel
  • Australia: AU$17.29 sejam
  • New Zealand: NZ$14.25 sejam

Pekerjaan ini mungkin menawarkan bayaran terendah di Australia dan New Zealand berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain tetapi, proses permohonannya amat mudah selaku pemegang visa ‘working holiday’.

Anda hanya perlu sediakan resume sebelum pergi ke hotel-hotel tersebut, hadiri temuduga terbuka mereka, dan jika anda lulus, anda akan diterima.

Anda akan menerima tip dari pelanggan bergantung kepada servis, malah sesetengah hotel juga menawarkan makanan serta penginapan percuma.

Jika inginkan bayaran yang lebih tinggi, cari hotel-hotel yang berprestij.

10. Kerja WWOOF (Working Weekends On Organic Farms)

Konsep kerja WWOOF sebenarnya ialah untuk bekerja dengan makanan serta tempat tinggal sebagai upah.

Tempoh bekerja biasanya 4 jam sehari, dengan 5 hari seminggu. Kerja-kerja WWOOF meliputi kerja kerja biasa diladang, seperti menanam tanaman, memotong kayu api, mengumpul madu, menyediakan aiskrim organik, dan menggembala kambing.

Anda juga akan boleh menikmati budaya masyarakat setempat dengan lebih mudah, kerana anda akan tinggal bersama-sama dengan keluarga peladang yang menjadi tuan rumah WWOOF tersebut.

Untuk memohon kerja WWOOF, anda perlu menjadi ahli organisasi ini terlebih dahulu. Bayaran yuran pendahuluan dikenakan, tetapi ianya berbaloi dengan semua pengalaman yang ditawarkan.

Kontra

Anda tidak akan dibayar untuk kerja yang anda lakukan. Kerja ini juga kebanyakannya merupakan kerja di luar dan memerlukan tenaga fizikal, jadi ianya tidak sesuai untuk semua orang.

Dengan mengetahui kerja-kerja yang sesuai untuk dicari, pastikan anda bersedia secukupnya untuk memohon visa dan juga pekerjaan di sana.

Kami harap anda akan menikmat percutian dan juga pengalaman bekerja di Australia dan New Zealand.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: comparehero

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon