Mar 2, 2016

Pasport Malaysia Ke 12 Paling Berpengaruh Di Dunia!

Pasport Malaysia di senarai diantara 15 negara yang mempunyai nilai pasport paling berkuasa di dunia untuk tahun 2016.

Pasport Malaysia

Senarai itu dikeluarkan oleh Henley & Partners menerusi hasil dapatan kajian mereka menggunakan metod Henley & Partners Visa Restrictions Index yang dikeluarkan pada 24 Februari lepas.

Menerusi indeks itu, firma Henley & Partners mendapati negara dari benua Eropah iaitu Jerman menduduki tangga pertama untuk nilai passport paling berpengaruh di mana pemegang passport negara ini memiliki visa akese percuma di 177 buah negara.

Selepas Jerman, Sweden berada di kedudukan nombor 2 dengan visa akses percuma ke 176 negara.

United Kingdom yang pernah berada di tangga teratas pada tahun 2013 dan 2015 telah jatuh ke tangga ke 3 bagi tahun ini, berkongsi bersama Finland, Perancis, Itali dan Sepanyol iaitu 175 buah negara.

Amerika Syarikat jatuh ke tempat ke 4 (daripada tempat ke 2 pada tahun lepas), berada bersama Belgium, Denmark dan Belanda yang mana visa akses percuma adalah sebanyak ke 174 buah negara.

Sementara dikedudukan kelima ialah Austria, Jepun, Singapura, yang mana pemegang passport ini memiliki visa akses percuma di 173 buah negara.

Dalam pada itu, dikedudukan keenam sebanyak tujuh negara berkongsi pada kedudukan ini iaitu Kanada Republik Ireland, Korea Selatan, Luxembourg, Norway, Portugal, Switzerland,yang mana visa akses percuma ke 172 negara.

Di tempat ketujuh pula ialah Greece dan New Zealand, dengan 171 visa akses percuma. Di tangga kelapan Australia, dengan 169 visa akses percuma, kesembilan Malta, dengan 168 visa akese percuma.

Di kedudukan kesepuluh Hungary, Czech Republic dan Iceland, dengan 167 visa akses percuma, kesebelas Slovakia, dengan 165 visa akses percuma dan Passport Malaysia berada di tangga ke 12 berkongsi dengan Liechtenstein dan Slovenia, dengan visa akses percuma ke 164 buah negara.

Indeks ini telah menyenaraikan 199 buah negara (daripada 218 negara) yang mampu memberikan kebebasan untuk perjalanan kepada warga mereka berdasarkan data yang dikeluarkan oleh International Air Transport Association (IATA).

Menurut indeks tersebut juga, IATA merupakan pemegang terbesar data bagi informasi melancong dunia (‘the world’s largest database of travel information’).

Poin yang diberikan adalah berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi dan dilawati bagi rakyat sesebuah negara berdasarkan peraturan visa yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2016, termasuk peraturan visa sementara.

Bagi negara dengan akses tanpa visa ke negara lain paling terhad, Afghanistan berada di kedudukan paling bawah iaitu di ranking ke 104, dengan akses ke 25 negara sahaja.

Pakistan berada di kedudukan ke-2 paling terhad dengan kebenaran masuk tanpa visa ke 29 negara dan Iraq berada di nombor 3 paling bawah, terhad kepada 30 negara sahaja.

Berikut merupakan senarai 15 negara teratas yang memiliki pasport paling berkuasa di dunia bagi tahun 2016:

Ranking, Negara, Visa-free access
  1. German, 177
  2. Sweden, 176
  3. Finland, Perancis, Itali, Spanyol, United Kingdom, 175
  4. Belgium, Denmark, Netherlands, United States, 174
  5. Austria, Jepun, Singapura, 173
  6. Canada, Republik Ireland, Korea Selatan, Luxembourg, Norway, Portugal, Switzerland, 172
  7. Greece, New Zealand, 171
  8. Australia, 169
  9. Malta, 168
  10. Hungary, Czech Republic, Iceland, 167
  11. Slovakia, 165
  12. Malaysia, Liechtenstein, Slovenia, 164
  13. Latvia, 163
  14. Estonia, Lithuania, 162
  15. Poland, 161

BACA INI JUGA: Di Sebalik Tabir Romantis Kota Venice

Sumber: Sinarharian.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Sbg rakyat malaysia yg ada pasport.. kenalah berjaga2 agar passport tak hilang...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon