Monday, September 16, 2019

SBDJ Siri 109: Ilmu Suhaimi Keraba

SBDJ Siri 109: Ilmu Suhaimi Keraba

Saya dan Datuk terpaksa mengubah haluan jalan. Kami terus ke kawasan kebun getah. Keadaannya cukup bersih tidak sesemak dusun durian Mat Prai. Di celah-celah nirai getah itu di tanam dengan pokok koko yang tingginya baru separas lutut orang tua.

Toyol jadi-jadian

Melihat keadaan kebun getah tersebut, saya yakin pemiliknya adalah seorang yang cukup rajin.

"Bila tengok pokok-pokok getah ni, teringat pula aku dengan kebun getah kita," Datuk bersuara. Saya segera anggukkan kepala.

"Hati-hati Tamar, ular kapak bodoh suka duduk di bawah daun kering," Datuk mengingatkan saya yang melangkah tanpa mahu merenung ke arah permukaan bumi.

"Macam mana rupanya ular kapak bodoh tu tuk?"

"Warnanya macam daun getah kering, dia selalu duduk berlingkar di bawah timbunan daun getah, tersepak atau terpijak dia terus mematuk."

"Bisa patutkannya tuk?"

"Boleh membawa maut, kalau tak maut boleh jadi tokak," jelas Datuk sambil melihat pucuk-pucuk koko yang menghijau dan melintuk-liuk disentuh angin.

Kami terus melangkah sambil menikmati nyanyian burung-burung pagi di reranting getah.

"Aku sudah memberikan kamu petua berjalan di tempat-tempat semacam ini. Aku juga sudah memberikan doa bila berjumpa dengan binatang berbisa. Kenapa tidak kau amalkan," mendadak sahaja Datuk bersuara.

Saya tahu, dari nada suaranya itu ternyata ada rasa kesal bermain dalam diri Datuk.

"Kadang-kadang saya jadi lupa."

"Bukan lupa, kamu tak bertanggungjawab, tidak tahu memanfaatkan benda berharga yang diberikan kepada kamu," kali ini suara Datuk cukup tinggi.

Saya jeling wajahnya. Dari air mukanya ternyata dia sedang marah. Saya terus membisu.

"Jangan melangkah Tamar, diam di situ jangan bergerak, kalau bergerak mati," kata Datuk separuh menjerit.

Saya patuh dengan cakapnya. Badan saya menggeletar, seekor ular melintas di depan saya.

Bila ular tedung hilang dari pandangan barulah saya melangkah kembali.

Datuk berhenti dekat sebatang pokok getah di bucu nirai. Datuk membelek-belek kulit pohon getah itu dengan teliti.

"Nampaknya pokok-pokok getah ini masih muda, kulitnya lembut. Setahun dua lagi baru boleh ditoreh," Datuk memberikan komentar.

"Saya rasa pun macam tu juga. Umurnya tak jauh beza dengan pokok getah kita."

"Ya," Datuk mengangguk.

Kami meneruskan perjalanan dan saya berharap Datuk tidak akan melencong ke mana-mana. Saya mahu segera sampai ke pondok.

Sambil melangkah saya membayangkan yang Mat Prai sedang membuat kopi untuk kami.

Saya juga membayangkan yang isterinya menghantar nasi lemak atau kuih ke pondok untuk habuan perut saya.

Saya tersenyum sendirian, bila saya gambarkan dalam kepala yang kami bertiga sedang menikmati sarapan pagi dengan wajah yang tenang.

"Oooppp..."

Datuk melompat tinggi melepasi kepala saya. Bila berdiri tegak saya lihat tangan kanannya ada dahan getah. Datuk mencampakkan dahan itu ke pangkal pokok getah.

"Nasib baik aku terdengar bunyinya masa dahan itu masih ada di atas. Aku melompat menyambarnya, kalau aku lambat dah tentu dahan patah menimpa tengkuk kamu. Tengkuk kamu boleh patah Tamar."

Datuk melepaskan nafas tercungap-cungap, mukanya nampak merah padam.

"Terima kasih tuk."

"Aku tak mahu semuanya tu, Tamar. Apa yang aku mahu, kamu mesti pandai mendengar sesuatu dari setiap arah. Tidak kira sama ada sesuatu itu digerakkan angin, air dan manusia."

"Macam mana caranya tuk."

"Sekarang ini, kamu mempelajarinya dari aku secara tidak langsung."

"Sulit," saya mengeluh.

Memang sulit untuk mempelajari sesuatu tanpa diberitahu terlebih dulu. Lebih-lebih lagi, jika tidak ada persediaan yang secukupnya. Bagaimana mahu saya katakan perkara ini pada Datuk.

"Tidak sulit, kalau kamu mahu berusaha. Manfaatkan mata, hidung, telinga, otak dengan sebaik mungkin," cetus Datuk.

"Berapa lama saya mesti berbuat macam tu?"

"Selagi aku masih ada," Datuk tersenyum sambil meraba pangkal dagunya berkali-kali.

Entah macam mana, saya mula dapat mengesan langkah Datuk yang rancak beransur perlahan. Macam ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Saya amati, gerak mata Datuk sentiasa tertumpu ke arah dedaun yang bergerak mengikuti arah angin.

"Assalamualaikum."

Seorang lelaki muncul dari balik pohon getah. Bentuk tubuhnya tegap dengan rambut panjang hingga jatuh atas sayap bahunya. Dahinya dililit dengan kain merah selebar dua jari.

Ketika saya asyik merenung ke arah lelaki itu, lelaki itu enggan menyambutnya.

Datuk masih memperlihatkan sikap kemesraan. Dengan langkah yang teratur, lelaki itu menghampiri Datuk.

"Kamu berdua ni dari mana?"

Dalam nada suara yang sombong lelaki itu mengajukan pertanyaan.

Hati saya berdebar, ketika lelaki itu memusingkan tubuhnya ke kanan, saya terlihat ada benda menonjol dalam baju labuhnya yang dibuat mengikut fesyen baju orang Pakistan.

Mungkin benda menonjol itu golok atau parang? Mungkin pistol dan mungkin, benda tajam yang mengancam keselamatan kami.

"Kami sampai malam tadi. Kami bermalam di pondok Mat Prai," jelas Datuk.

"Kamu berdua, adik-beradiknya."

"Ya," angguk Datuk.

"Adik-beradik rapat atau jauh."

"Rapat," jawab Datuk dalam nada suara yang kurang senang.

"Berapa lama berada di sini?" soal lelaki itu lagi.

"Selama mana, kami sanggup."

"Hisss..."

Lelaki itu mula menatap wajah Datuk. Dia merasakan jawapan yang Datuk berikan adalah sindiran yang tajam.

Tindak balas yang dilakukan oleh lelaki itu pada Datuk ialah menjuihkan bibirnya sambil meludah ke kanan.

"Kurang ajar," bisik saya dalam hati.

"Kamu maki aku," lelaki itu segera menjegilkan biji matanya ke arah saya.

Serta merta saya gelengkan kepala.

"Eh, budak setengah masak, kau jangan nak menipu."

"Tipu?" saya pura-pura terkejut.

"Saya tak cakap apa-apa dengan awak," saya makin berani.

"Dengan aku, kamu jangan nak tipu. Apa yang ada dalam hati kamu dapat aku baca," lelaki itu semakin berani, mulutnya kian lancang mengutuk diri saya.

Dia buat tidak kisah dengan Datuk yang berdiri dekat saya.

HARAPAN

Saya terus merenung ke arah Datuk dengan harapan Datuk dapat melindungi dari saya, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

"Kalau nak tunjuk lagak ayam jantan, jangan masuk kampung orang ikut suka hati," lelaki itu menghalakan kata-kata itu ke arah Datuk.

Dia mula menendang apa sahaja yang ada dekatnya. Lagaknya memang mahu mencari gaduh.

Datuk tidak ambil peduli dengan sikap lelaki itu. Datuk tetap memperlihatkan sikap persahabatan.

"Kami tak mahu mencari musuh, biarlah kami pergi," Datuk menundukkan kepalanya dan terus melangkah.

Lelaki itu tidak puas hati dengan sikap Datuk.

"Ah...," terdengar suara lelaki itu meninggi.

Dia lari mengelilingi pokok getah dan berhenti di depan Datuk. Belum pun sempat Datuk mengucapkan sesuatu, lelaki tu mengeluarkan golok pendek dari dalam bajunya.

"Saya tak mahu gaduh," rayu Datuk sambil menyuruh saya mencari tempat berlindung.

Belum pun sempat saya mencari tempat yang selamat, lelaki itu terus menyerang Datuk bertalu-talu dengan goloknya.

Datuk lebih banyak mengelak dari melakukan serangan. Dia tidak melepaskan buah silat yang kemas dan tajam.

Ini berlainan dengan lelaki itu yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu membunuh Datuk.

"Sudahlah saudara, saya tak mahu bergaduh, kita tidak pernah bermusuh, kenapa mesti berkelahi," dalam keadaan termengah-mengah Datuk bersuara.

Semuanya tidak dipedulikan oleh lelaki itu. Dia terus menyerang dan melepaskan tetakan ke arah Datuk.

Dalam satu tetakan yang kencang, Datuk berjaya mengelak, mata golok terkena akar getah dan terus terlekat di situ.

Kesempatan itu Datuk gunakan untuk melarikan diri. Saya terus mengekori Datuk berlari dengan kencang.

Masa berlari itu saya gunakan telinga untuk mendengar sesuatu dari arah depan dan belakang.

Saya terdengar bunyi dengung yang panjang memburu langkah saya. Dengan cepat saya menoleh ke belakang, saya lihat seketul kayu betul-betul dekat batang leher saya.

"Appp..."

Serentak dengan suara itu saya rebahkan badan dan ketuk kayu itu hingga terkandas di pohon getah lalu patah dua.

Rupanya, lelaki itu menggunakan semua kekuatannya membaling ketul kayu itu ke arah saya.

Bila saya bangun, Datuk ketawa kecil. Ternyata Datuk lebih cekap dari saya, dia lebih awal dapat mengesan bunyi itu dan tahu apa yang mesti dilakukan.

Dia segera berlindung di balik pokok tempat kayu yang dibaling oleh lelaki itu terkandas.

"Lelaki itu tak memburu kita, kita tak perlu lari lagi," ujar Datuk.

"Siapa lelaki itu tuk?"

"Entah, agaknya orang gila. Usah pedulikan tentang dirinya."

"Boleh jadi orang gila, boleh jadi hantu," saya terus merungut panjang.

Datuk tidak memberikan sebarang pendapat terhadap komentar yang saya luahkan. Datuk terus berjalan dengan laju.

"Kenapa lambat?"

Dari kaki tangga pondok Mat Prai mengajukan pertanyaan. Dia menatang talam kecil. Manakala di atas pondok, isterinya duduk berjuntai kaki.

Dua orang anaknya membaling biji dan kulit durian ke mana sahaja, sesuka hati mereka.

"Seronok mandi embun," jawab Datuk.

Mat Prai ketawa lalu meletakkan talam kecil atas pelantar. Dia terus duduk bersila di situ.

"Mari minum," ajak Mat Prai, dia terus tuangkan air kopi ke dalam cawan.

"Sekarang dah dekat pukul lapan, sepatutnya kita minum pagi pukul tujuh lebih," sambung Mat Prai.

Datuk hanya tersenyum dan terus duduk di pelantar. Isteri Mat Prai turun dari pondok, membuka bungkusan kuih dan diletakkan dalam piring.

"Dah sejuk goreng pisang ni," rungutnya.

"Tak mengapa asalkan barang-barang tersebut boleh dimakan. Kita ini terjumlah orang-orang yang bernasib baik kerana dapat makan pagi," ujar Datuk dengan tenang.

"Ya," angguk Mat Prai. Dia terus menghirup air kopi.

"Kamu Tamar, ambillah. Apa main tengok-tengok aje," isteri Mat Prai ajukan pertanyaan.

Dia segera menghulurkan cawan kopi segera saya sambut.

"Cepatnya berhenti, kenapa tak makan pisang goreng," Mat Prai renung muka Datuk.

"Memang menjadi kebiasaan saya, sebelah pagi minum kopi saja," Datuk menolak piring goreng pisang yang dihulurkan oleh Mat Prai kepadanya.

"Ada pantang larang agaknya," soal isteri Mat Prai.

"Tak ada pantang larang, agaknya ini sudah menjadi kebiasaan saya," jelas Datuk dan segera bangun.

Datuk segera pergi menemui kedua-dua anak Mat Prai di belakang pondok.

Entah apa yang dicakapkan oleh Datuk kepada kedua kanak-kanak itu hingga mereka berhenti melemparkan biji dan kulit durian ke arah semak-semak dekat pondok.

Saya, Mat Prai dan isterinya terus memerhatikan gelagat Datuk melayani kedua kanak-kanak itu.

"Apa yang dibualkannya tu," isteri Mat Prai juihkan bibir ke arah Datuk.

"Entah," balas saya.

"Agaknya Datuk kamu ni memang sukakan kanak-kanak," tanya Mat Prai sambil mengeliat. Matanya tetap meraut wajah saya.

"Dia memang suka dengan budak-budak kecil, dia suka menasihati budak-budak sambil bercerita kisah binatang," jawab saya penuh jujur.

Mat Prai dan isterinya terus anggukkan kepala.

Bila isteri Mat Prai melihat Datuk memisahkan diri dengan anak-anaknya, dia segera tersenyum.

Dengan suara yang lantang dia menyebut nama kedua-dua anaknya. Bagaikan dikejar sesuatu kedua kanak-kanak itu menerpa ke arahnya.

"Kenapa emak?"

"Tak ada apa-apa, emak cuma nak tanya apa yang Datuk tu cerita pada kamu berdua."

"Macam-macam, Datuk tu pesan dalam dunia ni, kita mesti buat baik dengan manusia dan binatang."

"Bagus, kamu berdua mesti ingat pesannya, sudah, mari kita balik ke rumah," tambah perempuan dua anak yang tidak pernah membantah sebarang perintah dari suaminya.

"Sekarang juga mak?" tanya salah seorang dari anaknya.

"Ya, kamu ingat bila?" isteri Mat Prai jegilkan biji mata ke arah anak yang bertanya.

Si anak tidak berani bertanya lagi, apa lagi menentang mata si ibu. Mereka hanya menurut perintah sahaja.

"Semoga anak-anak kamu akan jadi manusia, Mat," ujar Datuk ketika melihat kedua-dua anak Mat Prai melangkah meninggalkan kawasan pondok durian.

Mereka berlari kecil di kiri dan kanan denai.

"Berilah didikan agama secukupnya dan jangan pula kau didik mereka membenci dunia," sambung Datuk.

"Ya, saya ingat pesan Ayah Alang tu."

"Sekadar ingat saja, tak memberi kesan tetapi, aku mahu kau melaksanakannya. Anak-anak harus dibentuk ketika rebung."

"Saya setuju dengan Ayah Alang dalam hal ini, saya mahu memimpin mereka supaya menjadi manusia berguna pada bangsa, agama dan tanah air," itu azam yang diluahkan oleh Mat Prai yang disambut dengan rasa bangga oleh Datuk.

Saya segera menegakkan ibu jari kanan bila Mat Prai segera beralih tempat duduk.

Dari pelantar ke atas bangku yang dibuat dari kayu bulat di bawah pokok rendang. Datuk juga turut berubah tempat tetapi, saya masih bertahan di pelantar. Membiarkan peluh-peluh yang meruap di dahi mengalir ke pipi.

Tidak lama Datuk duduk di kayu bulat kerana Mat Prai mengajak Datuk melihat buah durian yang dikumpulkannya.

"Ayah Alang dengan Tamar pergi mandi embun, saya pula kumpulkan wang, cuba tengok," suara Mat Prai lantang.

"Banyak juga jumlahnya," kata Datuk.

"Boleh tahan juga," jawab Mat Prai lemah.

"Kau nak jual pada peraih."

"Ya tapi bukan semua, enam tujuh biji saya nak buat nasi durian. Kita tunggu sampai peraih datang, kemudian kita ke rumah," Mat Prai mengemukakan permintaan dan Datuk tidak keberatan memenuhi permintaan itu.

"Tapi, bila kita balik, siapa pula nak kutip durian yang jatuh," secara mendadak Datuk mengajukan pertanyaan.

"Budak yang balik malam tadi ambil alih tugas saya," dalam senyum Mat Prai menjawab. Datuk anggukkan kepala.

BANDARAYA

Lebih kurang pukul sepuluh setengah pagi, peraih dari bandaraya George Town pun sampai ke pondok Mat Prai dengan sebuah lori kecil tanpa bumbung.

Peraih berbangsa Cina itu cukup fasih bercakap bahasa Malaysia loghat Pulau Pinang. Orangnya cukup peramah.

Setelah membeli durian Mat Prai dia segera pergi ke dusun durian orang lain pula.

Tepat pukul sebelas pagi, kami pun meninggalkan pondok durian Mat Prai.

Sebaik sahaja sampai dekat rumpun buluh kuning, kami terserempak dengan dua pemuda yang diupah oleh Mat Prai menjaga dusun duriannya.

Badan mereka basah dengan peluh. Masing-masing membawa buluh kuning yang panjangnya kira-kira enam kaki.

Bahagian hujung buluh dipecahkan. Kenapa mereka berbuat demikian, saya sendiri tidak tahu, ulu golok yang tersangkut di tali pinggang dari kulit kerbau nampak terbuai-buai.

"Apa macam malam tadi bang? tak ada apa-apa yang datang," tanya salah seorang dari mereka.

Mat Prai segera merenung ke arah Datuk. Kemudian dia bersuara.

"Susah nak cakap."

"Kenapa bang?" soal pemuda yang lagi satu.

"Hum," Mat Prai mengeluh.

"Dinding perigi kita dah hangus terbakar," tambah Mat Prai lagi.

Kedua-dua pemuda itu berpandangan sama sendiri.

"Siapa yang membakarnya bang?" desak kedua-dua pemuda serentak.

Mat Prai cuma tersenyum. Dia menyuruh saya dan Datuk meneruskan perjalanan.

Kedua-dua pemuda tadi meneruskan langkah ke pondok durian.

"Heeiii..."

Kami bertiga berhenti melangkah. Di depan kami terpacul seorang lelaki berbadan tegap memakai lilit kepala dari kain batik.

Memakai seluar hitam dan berkasut capal. Kain pelekat berkotak kecil terselempang dari atas bahu ke dada.

Dia menghunus keris panjang ke arah kami. Muka Mat Prai kelihatan pucat.

Saya alihkan pandangan ke arah Datuk, serentak dengan itu saya kenyitkan mata ke arahnya.

Datuk segera anggukkan kepala tanda faham dengan maksud hati saya, bahawa lelaki yang berdiri di depan tu adalah lelaki yang menyerang saya dan Datuk di kebun getah, beberapa jam tadi.

Apakah dia akan membunuh saya dan Datuk? timbul pertanyaan dalam hati.

"Adik beradik kamu?"

Dengan wajah yang garang lelaki itu jegilkan biji mata ke arah Mat Prai. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Mat Prai.

"Adik beradik kamu?" jerit lelaki itu.

"Ya," sahut Mat Prai.

"Beritahu dia jangan nak intip tempat duduk aku. Kalau dibuat lagi sekali, kedua-duanya aku bakar hidup-hidup," sambil bercakap lelaki itu menghalakan hujung keris ke arah saya dan Datuk.

Rambut panjangnya sengaja dijatuhkan ke atas kedua belah bahunya. Dua tiga kali dia mengacukan penumbuk kiri ke arah saya.

Apa yang boleh saya lakukan ialah tunduk berlagak macam orang bodoh.

"Eh, orang sekampung, beritahu adik-beradik kamu," untuk sekian kalinya lelaki itu mengherdik Mat Prai.

"Saya bagi pihak kaum keluarga saya minta maaf," ujar Mat Prai.

"Hum, ingat pesan aku, kalau dilanggar dusun dan tanah kamu jadi padang jarak," dengan nada suara yang meninggi lelaki itu mengeluarkan ancaman. Gerak-gerinya bagai pahlawan.

"Saya ingat," kata Mat Prai.

"Hum..."

Lelaki itu masukkan keris panjang ke sarung lalu diselitkan ke pinggang. Kemudian dia terus bertepuk tangan dengan sekuat hati.

Bunyi tepukannya itu macam bunyi petir. Lubang telinga saya terasa bengang.

"Haiii..."

Dia menjerit sekuat hati sambil membuka silat macam silat Kung Fu.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 109/284

BACA: SBDJ Siri 108: Nisan Bergerak
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Sejarah Batu Sumpah Keningau Sebagai Lambang Pembentukan Malaysia

Sejarah Batu Sumpah Keningau Sebagai Lambang Pembentukan Malaysia

Kecuali ayat yang ditulis dalam Bahasa Melayu menggunakan ejaan lama, "batu sumpah peringatan" di hadapan Pejabat Daerah Keningau kelihatan seperti batu biasa yang lain dan kebanyakan pelawat langsung tidak ambil peduli maksud perkataan yang tertera pada plak yang dipasang pada batu itu yang berbentuk tapak kaki besar.

Batu Sumpah Keningau

Namun, selepas sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan pada 16 September 2010 yang lalu di Sabah, batu bersejarah ini sedikit sebanyak akhirnya mendapat pengiktirafan.

BATU BERSEJARAH

Batu Sumpah Keningau itu pada mulanya ditempatkan di dalam kawasan pejabat daerah, tetapi kemudian dipindahkan ke tapak baharu di satu lokasi strategik berhampiran Muzium Warisan Keningau, pada 9 September 2018 lalu, dijenamakan semula sebagai khazanah negara supaya seluruh rakyat mengetahui kewujudan dan kepentingannya dalam sejarah pembentukan negara Malaysia.

Orang yang terlibat dengan batu sumpah peringatan ini ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Tan Sri Richard Lind.

Menurutnya, idea mengadakan Batu Sumpah Keningau itu timbul semasa usaha mengatasi bantahan awal ketua-ketua kaum pribumi terhadap langkah Sabah menyertai Persekutuan Malaysia.

Beberapa ketua masyarakat pribumi terkemuka, yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya (OKK), pada awalnya bimbang dengan idea Sabah menyertai Persekutuan, kerana khuatir yang mereka tidak faham dengan apa yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, jelas Richard, yang pada masa itu merupakan Pegawai Daerah Keningau.

Banyak rundingan dan perbincangan diadakan bagi mengatasi rasa khuatir dan keraguan mereka dan akhirnya, muncul idea untuk mengadakan batu sumpah peringatan itu sebagai menunjukkan penerimaan mereka terhadap Gagasan Malaysia.

BATU HIKMAH

OKK Keningau, Mohd Amir Arif
OKK Keningau, Mohd Amir Arif.

Usaha mencari batu untuk peringatan kemudiannya dimulakan dan perlu disiapkan sebelum ulang tahun pertama kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia.

Selepas memulakan usaha mencari batu yang sesuai, akhirnya beliau menemui sebuah batu di tengah-tengah Sungai Pegalan, berdekatan Kampung Senagang, sebuah perkampungan kecil yang terletak di tepi Jalan Keningau-Tenom.

Batu itu mempunyai kesemua ciri untuk digunakan sebagai batu sumpah bagaimanapun, mengeluarkannya dari sungai pegalan bukannya mudah kerana ia berada di tengah-tengah sungai yang agak deras airnya.

Bagaimanapun, dengan bantuan seorang kontraktor binaan tempatan, Nip Kui Chiang, batu itu berjaya dinaikkan dari sungai dan dipindahkan ke tapak yang dipersetujui oleh para pemimpin tempatan.

Beliau kemudian menempah sebuah plak daripada Thornycraft Shipyard di Singapura untuk dipasang pada batu itu.

Para pemimpin tempatan mahu Ketua Menteri Persekutuan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merasmikan batu itu tetapi tugas itu diwakilkan kepada Menteri Buruh Persekutuan Tan Sri V. Manickavasagam ketika itu.

16 September 1964

Pada 16 Sept 1964, bersempena ulang tahun pertama Hari Malaysia, ramai yang datang ke perkarangan Pejabat Daerah untuk menyaksikan majlis bersejarah merasmikan batu sumpah itu.

Antara yang hadir pada masa itu ialah Ketua Menteri Tun Fuad Stephens, presiden Pasok Momogun, parti pembangkang utama pada masa itu, Datuk G.S.Sundang, Setiausaha Persekutuan ketika itu Yeap Kee Aik, OKK Sedomon Gunsanad, OKK Angian Andulag, para pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan, ketua masyarakat pribumi, ketua kampung serta wakil dari pelbagai kumpulan etnik.

Batu sumpah peringatan ini dengan berat lebih dua tan, merupakan batu simbolik yang mempamerkan syarat-syarat yang dipersetujui penduduk pribumi Negara Sabah untuk menerima gagasan Malaysia.

Syarat yang tertera pada plak itu (dalam bahasa Melayu) menyatakan tiga rukun; Kebebasan beragama di Sabah; kerajaan negeri Sabah mempunyai kuasa berhubung hal ehwal tanah di negeri ini; dan budaya serta tradisi penduduk pribumi di negeri ini dilindungi dan dipulihara oleh kerajaan.

Di sebaliknya, penduduk di pedalaman menjanjikan kesetiaan mereka kepada kerajaan Malaysia.

UPACARA MONINGOLIG

Upacara Moningolig Batu Sumpah

Pada tahun-tahun awal, satu upacara korban yang dipanggil 'moningolig' diadakan di situ bersempena sambutan Hari Malaysia, yang dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk ahli politik, petugas kerajaan, pelajar serta pemimpin masyarakat yang mewakili pelbagai kaum etnik.

Upacara ini juga merupakan penghargaan kepada para pemimpin zaman sebelum kemerdekaan untuk mengingatkan generasi muda akan peranan Sabah dalam mewujudkan Persekutuan Malaysia.

Semasa acara korban julung kali apabila batu itu dirasmikan, satu perkara ganjil berlaku, seekor ayam jantan putih 'tidak mahu mati' walaupun selepas disembelih.

Ayam jantan itu YANG telah mati telah dibawa pulang, namun tiba-tiba hidup semula dan ayam jantan itu terselamat.

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Ada yang berpendapat Malaysia tidak akan wujud jika tiada Batu Sumpah Keningau kerana sebelum negara baharu dibentuk, rakyat di pedalaman Sabah menentang cadangan penubuhannya yang turut membabitkan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

Hanya pada tahun 1962 selepas perundingan antara pemimpin tempatan di daerah ini dengan pemimpin dari Tanah Melayu diwakili timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, barulah rakyat di pedalaman setuju dengan cadangan itu.

Namun persetujuan itu ada syaratnya dan sebagai tanda penerimaan kerajaan Pusat dan rakyat Sabah terhadap syarat berkenaan, satu batu sumpah dibina mengikut kepercayaan sistem adat anak negeri Sabah di daerah ini.

Mengikut sejarah, Tun Abdul Razak berjumpa pemimpin berpengaruh di pedalaman, OKK Sodoman Gunsanad di Bingkor, pada tahun 1962 bagi menyelesaikan isu penentangan rakyat pedalaman terhadap pembentukan Malaysia.

Pertemuan itu membawa kepada persetujuan mengandungi tiga perkara utama diatas, yang akhirnya membawa kepada janji rakyat di pedalaman Sabah untuk bersumpah taat setia kepada kerajaan Malaysia.

Peristiwa itu berlaku selepas pungutan suara Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 yang mendapati satu pertiga daripada responden ditemui menentang gagasan Malaysia.

Satu pertiga yang menentang itu adalah dari kawasan pedalaman, kerana OKK Sodomon berpendapat rakyat Sabah perlu diberi peluang mentadbir sendiri negeri mereka selepas British berundur sebelum menyertai Malaysia.

Namun, selepas perundingan dengan Tun Abdul Razak, beliau menerima cadangan supaya Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung serentak untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

MA63

Batu Sumpah Keningau turut berkait rapat dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan sentiasa menjadi isu hangat sejak lama dahulu.

Batu Sumpah Keningau didirikan pada 31 Ogos 1964 setahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia sebagai dasar kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan intipati 20 Perkara yang merujuk hak istimewa penduduk peribumi Sabah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia

Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia

Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia disambut pada bulan September setiap tahun, bagi meraikan penubuhan awal pasukan tentera pada tahun 1933, yang merupakan pasukan tentera peneraju negara, yang mana pada tahun tersebut juga telah dijadikan sebagai tahun tertubuhnya Angkatan Tentera Malaysia.

Angkatan Tentera Malaysia

Susur-galur Angkatan Tentera Malaysia boleh diimbau dari penubuhan rasmi Tentera Darat. Pada mulanya, ia disambut bersempana pembentukan Malaysia pada 16 September 1961, menyaksikan kerajaan telah merombak pembentukan ketiga-tiga cabang perkhidmatan di bawah Angkatan Tentera Persekutuan yang kini tertakluk di bawah Akta Angkatan tentera (1972).

Kerajaan juga telah mempersetujui iaitu Hari Angkatan Tentera disambut pada hari dan tarikh yang sama setiap tahun sempena penubuhan Malaysia.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

ATM ialah pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional dengan kata lain ialah pasukan tentera profesional negara Malaysia.

ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu; Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera.

Komander
  • Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
  • Panglima Angkatan Tentera Malaysia: Jeneral.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) berpangkat Jeneral, Laksamana atau Jeneral TUDM.

Mereka adalah ketua profesional ATM yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, yang memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP).

Kekuatan ATM
  • Tentera Malaysia: 110,000 (aktif) + 296,500 (simpanan) = 406,500 askar.
  • Kelengkapan Perang Malaysia: 74 kereta kebal, 55 jet perang, 8 kapal perang, 2 kapal selam.

SEJARAH ATM

1. Tentera Darat Malaysia

Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933.

Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938.

Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.

Kedua-dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun.

Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera.

Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion.

Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952.

Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi.

Unit TDM

Unit Tentera Darat berbeza daripada unit-unit yang lain apabila menampilkan pasukan tentera darat yang dibahagikan kepada 17 rejimen dan kor. Setiap rejimen dan kor tersebut diklasifikasikan mengikut fungsi dan kepakaran.

Pasukan tentera darat dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu kelompok tempur, kelompok bantuan tempur dan kelompok bantuan perkhidmatan.

Tugas-tugas mereka bukan sahaja difokuskan dalam bidang peperangan semata-mata, tetapi kemahiran dalam bidang bidang perubatan, pendidikan, kejuruteraan, keagamaan, muzik dan sebagainya turut diberi perhatian.

TDM merupakan unit dengan aset terbesar negara pada ketika ini.

Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.

2. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura.

Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya.

Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941.

Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur.

Anggota-anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat, malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947.

Apabila Darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949.

Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952.

Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958.

Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan, Tentera Laut Diraja Malaya.

Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

3. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Titik mula Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936.

Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1950, pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya (RAF Malaya).

Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur.

Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.

PEMODENAN ATM

Angkatan Tentera Malaysia mengalami evolusi yang berterusan daripada sekadar pasukan tambahan di dalam Tentera British kepada pasukan yang menentang insurgensi seterusnya dibentuk menjadi sebuah angkatan konvensional.

Pun begitu, pemodenan ATM pula kadangkala dihadang oleh faktor ekonomi dan faktor sumber manusia.

Krisis kewangan yang melanda telah menyebabkan beberapa program masih belum melepasi fasa cadangan.

Antaranya, perolehan kumpulan kedua frigat TLDM, skuadron kedua pesawat tempur pelbagai fungsi TUDM, pesawat amaran awal dan rondaan maritim dan juga helikopter utiliti tambahan.

Krisis tenaga manusia pula walaupun belum kritikal, mempunyai kesan yang besar di dalam unit-unit tertentu, terutama yang memerlukan anggota yang memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi.

Kekecewaan ini pernah disuarakan oleh bekas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ilyas Din, berikutan kesukaran mendapatkan anggota yang menepati kriteria bagi mengikuti kursus latihan kapal selam.

Tambahan pula, kerjaya tentera dilihat kurang popular berbanding profesyen lain bagi golongan muda yang berpelajaran.

Kekurangan minat dikalangan generasi muda terutamanya dari kaum bukan Melayu menyebabkan ATM mengalami sedikit kesukaran merekrut anggota, barangkali didorong kesedaran yang kurang di pihak orang awam dan pemimpin politik terhadap kepentingan ATM.

Beberapa kontroversi di dalam perolehan ATM seperti kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi Su-30 MKM dan helikopter Eurocopter, suatu ketika dahulu tidak membantu memberikan persepsi yang baik kepada umum.

ANCAMAN TERBESAR

Kalau nak diikutkan sekarang ini, kita mungkin terlepas pandang akan satu ancaman yang terbesar kepada Kementerian Pertahanan, iaitu musuh dalam selimut.

Musuh tersebut adalah korupsi! Tahun 2017 lepas, badan anti-korupsi antarabangsa Transparency International telah mengeluarkan laporan komprehensif yang mengelaskan Malaysia sebagai 'D' dalam tahap korupsi badan pertahanan.

Ini pun sudah ada sedikit peningkatanan sebab tahun sebelumnya, Malaysia mendapat markah 'D-'.

Jika dibandingkan dengan Singapura, mereka dapat 'B'.

Mengikut Transparency International lagi, dua kontraktor pertahanan terbesar Malaysia iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Sapura Group mendapat markah 2.94% dan 13.24%, yang bermakna, kedua-dua syarikat pertahanan yang disokong kerajaan ini adalah sangat korup.

Jadi, kalau hendak memperbaiki sistem pertahanan kita, mungkin kita perlu memerangi korupsi dalam tanah air sendiri terlebih dahulu.

MEMPERTAHANKAN DIRI

Pembentukan pasukan keselamatan dalam sesebuah negara khususnya negara yang dikuasai umat Islam adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya." (Surah al-Anfal, ayat 60)

Selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia.

BACA INI JUGA:


sumber: wikipedia

Sunday, September 15, 2019

6 Jenis Kucing Yang Sesuai Dengan Personaliti Anda

6 Jenis Kucing Yang Sesuai Dengan Personaliti Anda

Jika anda merancang untuk membela kucing tetapi tidak tahu bagaimana cara memilih kucing yang sesuai, di sini terdapat beberapa personaliti kucing yang mungkin berpadanan dengan apa yang anda inginkan.

Kucing (atau kucing-kucing) yang sesuai untuk anda akan membawa keceriaan, kemesraan dan tenaga positif pada seisi rumah anda.

Sebelum kita teruskan, anda harus ingat bahawa personaliti kucing tidak hanya bergantung pada jenis baka.

Seperti juga manusia, faktor-faktor lain seperti genetik, latar belakang peribadi, tahap keyakinan dan kepandaian akan mempengaruhi kelakuan seseekor kucing di rumah anda.

Terdapat banyak kucing liar dan tidak bertuan yang menjadi manja serta suka bermain sebaik sahaja dibiasakan berinteraksi dengan manusia, dan sebaik sahaja dimandulkan.

Kita disarankan membela kucing yang berada di pusat perlindungan haiwan dan bukan membelanjakan wang untuk membelinya.

1. Personaliti: Peramah

American Shorthair

Cadangan baka: Maine Coon, American Shorthair, Burma, Bombay

Banyak kucing yang memiliki sifat ramah dan setia — mereka boleh bergaul dengan sesiapa sahaja; muda atau tua, dan bertoleransi dengan haiwan peliharaan lain samada anjing, ikan emas mahupun kucing lain.

Kucing dengan personaliti ramah biasanya berperwatakan lembut dan sesuai untuk semua jenis rumah.

Namun jika anda berkongsi tinggal di rumah sewa , mungkin akan ada rungutan-rungutan dari rakan serumah. Maka lebih eloklah jika anda tinggal di pangsapuri studio jika ingin memelihara kucing.

2. Personaliti: Lincah

Bengal Cat

Cadangan baka: Abyssinian, Bengal, Egyptian Mau, Siam

Jika anda memilih baka kucing yang lincah, ini bermakna anda bersedia untuk menjaga seekor kucing yang berkelakuan seperti anjing.

Kucing yang lincah sukakan rangsangan — mereka berlari, memanjat, melompat, berjalan-jalan dengan tali cawak dan belajar membuat aksi apabila disuruh.

Kanak-kanak dan orang dewasa menggemari kucing yang seperti ini kerana boleh diajak bermain dan sama-sama mempelajari aksi baru.

Sesetengah baka seperti Bengal lebih sesuai menjadi haiwan peliharaan tunggal.

Cuma ingat, fikir betul-betul sebelum mengambil kucing yang aktif seperti ini!

3. Personaliti: Lembut

Birman Cat

Cadangan baka: Parsi, Birman, Chartreux, Manx

Walaupun kucing yang sudah biasa dengan manusia menjadi ramah atau aktif, ada juga yang masih berperwatakan lembut.

Kucing begini akan melarikan diri apabila suasana menjadi bising. Mereka tidak sesuai untuk isi rumah yang bingit dengan teriakan kanak-kanak dan jeritan orang dewasa.

Kucing bersifat lembut akan rapat dengan manusia yang menjaga mereka dengan hormat dan cermat, membalas budi dengan menyelit dan berkepit dengan anda di atas sofa untuk tidur.

4. Personaliti: Tenang

Selkirk Rex Cat

Cadangan baka: Russian Blue, British Shorthair, Selkirk Rex, Li Hua

Jika kucing berperwatakan lembut mudah terganggu dengan kekecohan, kucing yang tenang pula akan melihat kekecohan itu dari jauh.

Kali pertama anda membawa pulang kucing jenis ini ke rumah, usah harapkan apa-apa selain renungan kosong yang bermaksud, "Hei, saya belum kenal kamu, relakslah dulu okey?"

Setelah ia biasa dengan rumah anda, ia akan menjadi manja dan lembut. Jika anda berparti dengan rakan-rakan di rumah, ia mungkin mahu turut serta.

Jangan terkejut jika anda rasa sentiasa diekori, kerana ada seekor kucing yang ingin tahu setiap perkara yang anda lakukan di rumah.

5. Personaliti: Pemalu

Exotic Shorthair Cat

Cadangan baka: Exotic Shorthair, Himalaya, Parsi, Korat

Kucing yang pemalu sesuai untuk rumah tanpa kanak-kanak atau bunyi bising. Pasangan warga emas, penghuni tunggal dan pasangan yang tidak bercadang untuk memiliki anak amat cocok untuk kucing jenis ini.

Sebaik sahaja kucing pemalu menyedari yang ia dijaga rapi secara eksklusif, ia akan menjadi mesra dan bermanja dengan anda, tidur di atas riba atau mahu didakap.

Baka kucing seperti kucing Korat pula akan 'menyuarakan' pujian buat anda apabila berpuas hati.

6. Personaliti: Nakal

Scottish Fold Cat

Cadangan baka: Singapura, Bali, Scottish Fold, Cornish Rex

Kucing nakal bersifat ingin tahu dan peramah. Mereka juga bersifat penyayang dan mudah mesra dengan tuan mereka.

Mereka mahukan perhatian apabila anda tidak mengendahkan mereka; melompat ke riba anda ketika anda sedang bekerja, menonton TV atau tidur.

Apabila anda membersihkan kotak pasir atau mengelap lantai, mereka sentiasa mahu membantu (baca: menyibuk).

Jika anda tidak mahu kerap menukar tisu tandas dan kusyen sofa, pastikan mereka tak dapat bermain dengan barang-barang tersebut atau latih kucing anda untuk tidak menyentuhnya — tetapi ini memerlukan kesabaran dan kepintaran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iP

Hope Diamond, Misteri Sumpahan Dan Nasib Malang Pemiliknya

Hope Diamond, Misteri Sumpahan Dan Nasib Malang Pemiliknya

The Hope Diamond merupakan berlian paling terkenal dalam sejarah dunia, namun terdapat kisah misteri disebalik batu permata ini kerana dikatakan sesiapa yang memegang atau memakainya akan ditimpa nasib malang.

Berlian Hope Diamond
Hope Diamond.

Berlian Hope Diamond sangat bernilai, berharga USD$350 juta, namun mendatangkan musibah termasuklah pengalaman kehilangan wang berjuta-juta dolar, bankrap, kegagalan dalam perniagaan, kemalangan ngeri, tragedi dan kematian.

Malah, pemilik Hope Diamond juga akan mewariskan badi sumpahan kepada keturunannya.

Sebelum digelar 'The Hope Diamond' ianya digelar blue diamond dan mula dikenali dalam sejarah barat pada abad ke-17.

Kebanyakan yang memilikinya pastilah terdiri daripada orang-orang kaya, individu hebat dan berpengaruh, namun mereka semua telah mengalami tragedi buruk dan nasib malang yang kononnya disebabkan oleh berlian Hope Diamond ini.

Apa sebenarnya yang berlaku sehinggakan tiada siapa yang berani memegang berlian ini kerana takut terkena sumpahan?

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

5 Keywords Headline Paling Power Untuk Menjual Produk Anda

5 Keywords Headline Paling Power Untuk Menjual Produk Anda

Adakah anda seorang jurujual online yang menggunakan platform blog dan media sosial untuk menjual produk? Tahukah anda 5 keywords paling power untuk menarik perhatian pembeli yang berpotensi membeli jualan anda?

Keywords Headline Paling Power

Jom kami kongsikan disini rahsia mudah menulis tajuk yang sangat hebat tetapi amat simple.

1. BAGAIMANA

Keywords ini selalu digunakan diawal headline dengan tujuan untuk mewujudkan rasa ingin tahu pembaca akan apa yang ditulis selepas itu.

Perkataan BAGAIMANA itu sendiri menarik perhatian dan rasa ingin tahu apa yang ditawarkan.

Sebagai contoh;

BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA MAHIR MENJAHIT BAJU KURUNG KURANG DARI 1 BULAN?

Lagi contoh;

BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA MELANCONG KE TURKI 10 HARI 8 MALAM DENGAN BUDGET BAWAH RM2,000?

2. INI

Dengan menggunakan keywords INI, headline anda akan nampak lebih SPESIFIK.

Keywords ini secara tidak langsung akan membuatkan prospek anda akan rasa ingin tahu apa yang anda cuba nak sampaikan.

“AINA TUNIC” INI DIREKA KHAS UTK WANITA MUSLIMAH YANG MEMENTINGKAN GAYA ELEGAN DAN NAMPAK FEMININE.

Contoh lain;

INILAH TRIP TRAVEL KE PHUKET PALING RARE DAN EXCLUSIVE YANG PERNAH ANDA RASAI SEPANJANG HIDUP ANDA.

Selpas anda membaca headline diatas, pastinya anda tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang offer tersebut.

3. SIAPA LAGI

Biasanya keywords ini digunakan untuk mengajak prospek menyertai prospek yang sudah join sebelum ini.

Dengan keywords ini akan membuatkan prospek tertanya-tanya apa produk, servis yang ditawarkan.

Keywords ini akan mewujudkan elemen kredibiliti. Kalau anda baca, menunjukkan produk ini telah ramai yang menggunakan, mencuba atau yang memiliki.

Cuba tengok contoh kat bawah;

SIAPA LAGI NAK KAMI BANTU UNTUK TINGKATKAN SALES BISNES ONLINE 3 KALI GANDA DARIPADA SEKARANG?

Lagi;

SIAPA LAGI NAK SERTAI TRIP UMRAH YANG HOTEL PALING DEKAT DENGAN MASJID, PALING EXCLUSIVE DAN PALING DIPERCAYAI DENGAN HARGA BAWAH RM5k?

4. MENGAPA

Kebanyakan ramai orang mahukan sebab atau alasan untuk “mengerakkan” mereka melakukan sesuatu perkara.

Keywords ini juga mewujudkan persoalan dan rasa ingin tahu prospek dengan mesej yang anda nak smpailkan.

Contohnya;

9 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT JADIKAN K-GENIUS SEBAGAI PENEMAN “WAJIB” ANAK KECIL ANDA.

Nak lagi;

MENGAPA PERLU CARI YANG LAIN KALAU GHANI STUDIO BOLEH BERIKAN REKAAN DESIGN YANG BERKUALITI, PROFESIONAL LAGI UNIK DENGAN KOS BAJET?

5. KERANA

Selalunya manusia ini bertindak bila ada sebab atau alasan untuk lakukannya.

Manusia tak bertindak tanpa ada sebab.

Keywords ini sangat sesuai dan efektif digunakan pada headline lagi-lagi pada headline testimoni.

Contohnya;

“KERANA ANAK, SAYA DAPATKAN JUGA K-GENIUS INI.”

KERANA TAK PANDAI NAK MENJAHITLAH, ANDA PATUT HADIRI KELAS INI!

Dah dapat 5 powerful keywords tu? Boleh la praktis dulu. Semoga berjaya.

BACA INI JUGA:

sumber: sifufbads

Resepi Minuman Yang Boleh Meninggikan Badan Anak

Resepi Minuman Yang Boleh Meninggikan Badan Anak

Setiap orang tua pastinya menginginkan anak-anak mereka membesar dengan sihat, kuat dan memiliki tinggi dan berat badan yang ideal namun, memiliki tinggi yang cukup sering dikaitkan dengan sifat genetik atau faktor keturunan.

Meninggikan Badan Anak

Jika tubuh orang tuanya tinggi, maka kemungkinan anak-anak mereka juga akan tumbuh menjadi tinggi.

Namun, jika orang tuanya tidak terlalu tinggi, belum tentu anak-anak mereka tidak akan tumbuh lebih tinggi dari orang tuanya dan ia bukanlah perkara yang mustahil untuk dicapai.

Ibu bapa hanya perlu memastikan untuk melakukan langkah yang diperlukan semasa anak masih kecil, sebelum mereka mencapai had tumbesaran.

Ubahlah pola makan tertentu dan berikan mereka suplemen yang dapat membantu mereka membesar lebih tinggi.

Resepi Anak Tinggi

Berikut adalah minuman semulajadi yang boleh menambah tinggi badan anak anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 cawan susu panas.
  • 1 biji telur rebus.
  • 1 sudu madu.

Cara membuat:
  • Masukkan susu panas dan telur rebus ke dalam blender. Kisar sehingga halus dan tuangkan ke dalam cawan.
  • Tambahkan satu sudu madu ke dalam campuran dan gaul hingga sebati.

Berikan anak anda minuman ini setiap pagi ketika sarapan untuk hasil maksimum.

Campuran susu, telur rebus dan madu kaya dengan protein dan vitamin yang dapat membantu pertumbuhan yang lebih baik.

Kalsium dalam susu akan menguatkan tulang anak, telur kaya protein yang sangat penting untuk tulang dan sendi yang sihat.

Madu pula berfungsi untuk menjaga usus dan membantu penyerapan zat ke dalam badan anak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: suara

9 Rahsia Menggoda Nafsu Wanita

9 Rahsia Menggoda Nafsu Wanita

Pastinya, semua pasangan suami isteri sudah tahu foreplay adalah perkara paling wajib dibuat untuk menaikkan nafsu wanita sebelum berasmara tapi, ada juga lelaki yang tak tahu macam mana nak buat wanita turn on.

Menggoda Nafsu Wanita
Gambar hiasan.

Untuk menjadi suami yang hebat lagi dicintai dan digilai oleh isteri, lelaki haruslah bijak mengemudi nafsu sendiri, malah menaikkan nafsu isteri, barulah berasmara umpama win-win situation yang kalian tak sabar nak buat.

Bukannya susah pun nak goda isteri, cukuplah kalau anda buat 9 perkara wajib ini sebelum berasmara. Pasti isteri tersenyum sampai ke telinga.

Kami bongkarkan 9 cara yang semua suami WAJIB BUAT pada isteri sebelum berasmara dan mencapai klimaks. Anda pasti akan berterima kasih pada kami nanti!

1. Meditasi

Eh, jangan gelak! Tahukah anda meditasi sebenarnya boleh membantu anda membuatkan pasangan lebih turn on sebelum berasmara?

Menurut Emily Fletcher, seorang guru meditasi – jika anda beri fokus pada pernafasan ketika meditasi, anda akan lebih kurang tertekan, semakin dekat dengan pasangan dan boleh melakukan seks yang mind blowing!

Jadi sebelum terus beraksi itu, apa kata tarik nafas dan bermeditasi sejenak?

2. Cuddle manja-manja

Siapa yang tak suka bermanja-manja atau cuddle? Biasanya, cuddling adalah langkah yang dibuat selepas berasmara tapi, sebenarnya ada bagus juga jika anda cuddle dulu dengan isteri sebelum itu.

Lagipun, siapa yang nak tolak jika pasangan ingin bermanja-manja? Sesi bermanja akan merapatkan lagi hubungan antara anda dan pasangan kerana ia merembeskan hormon oxytocin atau “hormon cinta”.

3. Sexting

Siapa kata kalau anda sudah berkahwin dan duduk sebumbung dengan pasangan, kalian tak perlu buat sexting lagi

Sebenarnya, sexting membuatkan pasangan “mendambakan” anda dengan lebih kerap.

Jadi, selalu-selalulah hantar kiriman mesej berunsur seks pada pasangan untuk menggoda mereka. Contohnya mungkin selepas mereka ke tempat kerja.

Pasti mereka akan terbayang-bayang godaan anda itu dan tak sabar nak anda balik rumah untuk terus beraksi.

4. Main dengan puting

Jangan sesekali lupa tentang puting, okay! Puting adalah salah satu anggota badan manusia yang paling mudah mencetuskan klimaks atau orgasme.

Jadi, rangsang puting pasangan sebelum kalian memulakan aksi agar melalui satu sesi asmara yang tiada tandingan dan tak akan dilupakan!

5. Pandang satu sama lain

Ramai pasangan yang tidak suka memandang satu sama lain ketika melakukan seks. Mereka menganggap merenung mata adalah satu perkara yang aneh. Tapi kenapa pula?

Sebenarnya, menurut kajian dari Aberdeen University di Scotland, merenung dan memandang antara satu sama lain akan membuatkan pasangan rasa lebih dihargai, meningkatkan godaan, menaikkan nafsu wanita dan membuatkan pasangan lebih tertarik.

Jadi, suami janganlah skip langkah ini. Buat jangan tak buat, ya!

6. Pakai minyak pelincir (lubricant)

Kalau bukan dalam pencubaan untuk hamil, kalian patut cuba menggunakan lubricant. Yang seronoknya, ada pelbagai jenis lubricant di pasaran sekarang.

Suami boleh cuba lubricant yang ada perisa (yummy!) agar si isteri lebih seronok ingin memberikan oral seks.

Lepas itu cuba pula lubricant yang ada sensasi sejuk untuk meningkatkan sensitiviti vagina isteri. Pasti lain dari yang lain sesi asmara anda nanti!

7. Aromaterapi

Tahukah anda bau aromaterapi mampu membuatkan anda lebih turn on? Kalau anda tak tahu sebelum ini, sudah tiba masanya untuk anda ke supermarket sekarang untuk beli lilin aromaterapi!

8. Tengok monyet

Alamak, ini satu lagi benda pelik tapi wajib suami buat kalau mahu isteri anda itu cepat terangsang dan turn on.

Menurut pakar psikologi Meredith Chivers, menonton filem monyet seperti Planet of The Apes mampu membuatkan wanita lebih “ada mood” untuk bersama suami. Pelik, tapi boleh cuba kan?

9. Kenyit mata

Menurut Dr. David Givens, pengarah di Center for Nonverbal Studies, mengenyit mata (wink) adalah salah satu cara paling mudah untuk menggoda wanita sebelum berasmara.

Jadi, sebelum anda menggoda isteri, apa kata cuba kenyit mata padanya. Pasti dia akan teruja dan tak sabar nak bersama anda! Hihi.

Ada tak antara 9 benda ini dibuat oleh suami anda? Kalau tiada, bolehlah anda minta mereka lakukan nanti. Barulah sama-sama bahagia malam nanti.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Friday, September 13, 2019

Glossophobia: Fobia Paling Popular Dan Menakutkan Di Seluruh Dunia

Glossophobia: Fobia Paling Popular Dan Menakutkan Di Seluruh Dunia

Dalam kajian saintifik, glossphobia akan dikategorikan sebagai salah satu masalah sosial yang mungkin akan dihadapi oleh anda. Bagaimanapun, janganlah ingat anda mempunyai penyakit pula. Apabila sesuatu bentuk fobia seperti 'glossphobia' dikategorikan sebagai salah satu masalah sosial individu, ini tidak menunjukkan mempunyai fobia tersebut sebagai sesuatu yang buruk.

Glossophobia fobia paling menakutkan
Gambar hiasan.

Apa yang cuba disampaikan adalah, mempunyai glossphobia bukan merupakan sesuatu yang baik atau ideal - jadi kita sepatutnya mencari jalan mengatasinya kerana yang jelas, kita boleh mengatasi glossphobia.

Takut berdiri di khalayak ramai

Ramai di antara kita takut berdiri untuk berucap di khalayak ramai, kerana merasakan apabila diletakkan dalam keadaan sedemikian rupa, kita akan bertindak memperbodohkan diri sendiri.

Mental kita juga akan turut sama melemahkan diri dengan bermacam lagi andaian ketakutan lain seperti takut terlupa skrip, takut lidah kelu, takut dimalukan, takut dikritik kembali, takut dipersoalkan dan bermacam lagi ketakutan yang akan muncul setiap kali kita perlu berucap di khalayak ramai.

Apabila kita mula memahami bahawa ketakutan yang menyerang kita sebenarnya boleh dikawal, ini akan membantu kita mengatasi glossphobia dengan lebih efektif.

Tahukah anda, berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kebolehan untuk berucap di khalayak ramai boleh meningkatkan kadar kenaikan gaji anda sebanyak 10%.

Mereka yang mempunyai kebolehan berucap ini juga didapati mempunyai peratusan kenaikan pangkat melebihi 15% berbanding mereka yang malu berucap di depan orang.

Adakah itu insentif yang cukup untuk membuatkan anda mula memberanikan diri anda? Cukup.

Bagaimana nak jadi orator yang bagus?

Tidak ada jalan mudah untuk jadi orator yang bagus di depan khalayak, melainkan dengan latihan demi latihan yang akan membentuk kekuatan diri.

Langkah paling awal yang perlu dilakukan adalah memastikan bahawa teks atau skrip ucapan anda sudah disediakan terlebih awal dalam merangka apa yang perlu anda ucapkan.

Buat permulaan, lakukan latihan. Ini kerana sudah dibuktikan mana-mana speaker yang tidak langsung berlatih, jelas kelihatan kurang bersedia sementara mereka yang berlatih akan kelihatan mampu berucap secara semula jadi.

Rajinkan diri anda melihat bagaimana speaker atau orator yang anda gemari berucap.

Sekiranya persediaan kita tidak cukup, penonton akan nampak setiap kelemahan kita, kerana dalam setiap situasi di mana seseorang itu gagal mengawal keadaan, semakin lama dia berucap semakin meningkat tinggi kadar ketakutan atau kebimbangannya.

Apa yang memburukkan lagi keadaan, majoriti mereka yang mengalami fobia ini akan meneruskan rasa takut itu selepas ucapannya selesai, kerana dalam kepala mereka akan membincangkan secara sendiri tahap penilaian ucapannya.

Tips meningkatkan keyakinan berucap

Ketakutan atau fobia itu akan sentiasa ada. Perkara sekecil membentangkan idea dalam kumpulan Whatsapp pun sebenarnya boleh menimbulkan rasa bimbang pada kita bukan? Apatah lagi berucap di khalayak ramai.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dalam membantu membuka keyakinan orang ramai untuk berucap di depan orang lain, kita perlu membuang pemahaman lama yang kita anggap betul.

Sekiranya anda rasa menenangkan diri akan membantu, ini tidak benar. Keadaan psikologi terbaik yang dapat membantu anda berucap lebih baik adalah apabila anda membuatkan diri anda rasa bersemangat.

Biasakan diri anda berlatih bukan sendirian, tetapi di hadapan orang. Tak perlu ramai, seorang pun memadai kerana kehadiran orang lain akan memberikan suasana yang berbeza.

Pernahkah anda melihat bagaimana pelawak 'stand-up' memulakan persembahan mereka? Kebanyakannya akan memulakan ucapan dengan bercerita tentang sesuatu yang berkait dengan mereka.

Tak kiralah pengalaman lalu atau apa yang dilalui mereka setengah jam sebelum itu. Cerita itu sebenarnya digunakan bagi menyediakan penonton untuk lebih fokus kepada apa yang anda ingin sampaikan.

Selain daripada cerita, anda juga boleh mulakan ucapan anda dengan soalan atau nak lebih mencabar, teka-teki.

Apabila anda mengalihkan perhatian penonton kepada satu perkara atau topik lain, anda sebenarnya sedang membuatkan penonton berhenti 'mengadili' atau 'menilai' anda.

Penulis harap tulisan ringkas ini dapat membantu sekiranya anda pun salah seorang yang menghadapi masalah glossphobia ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi