Sunday, December 15, 2013

Merungkai Dusta 20 Tahun Insiden Black Hawk Down!


Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan dan sumbangan tentera pengaman Malaysia yang terbabit dalam misi menyelamatkan anggota tentera kuasa besar dunia itu di Mogadishu, Somalia pada 3 Okt 1993.

Lie

Penghargaan dan ucapan terima kasih itu diutarakan oleh Pemangku Penolong Setiausaha Negara bagi Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly, 14 Disember 2012, setelah lebih 20 tahun kejadian itu berlaku.

Katanya, tentera pengaman Malaysia yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia ketika itu telah membuktikan keberanian dan kehebatan mereka dalam menjalankan tugas.

“Dalam operasi keamanan global, kami sentiasa mengagumi peranan pasukan pengaman Malaysia, dan kami juga mendapat manfaat daripada keberanian dan keperwiraan anggota pasukan pengaman Malaysia.

“Dan seorang anggota pengaman Malaysia terkorban dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika di Mogadishu, 20 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pengiktirafan ‘Full Training Capability’ dan pelancaran pelan induk Pusat Latihan Pengaman Malaysia. Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Lie

Dalam kejadian 20 tahun lalu, sekumpulan askar AS terperangkap di kawasan musuh iaitu tentera militan Somalia selepas dua helikopter Black Hawk mereka ditembak jatuh di bandar Mogadishu.

Pasukan pengaman Malaysia bersama pasukan pengaman Pakistan dan AS yang menyertai operasi UNOSOM II di bawah PBB kemudian ditugaskan menyelamatkan kumpulan askar terbabit.

Operasi menyelamat tersebut akhirnya berjaya bagaimanapun seorang tentera pengaman Malaysia terbunuh sementara lapan lagi mengalami kecederaan.

Biar pun sudah 20 tahun berlalu, tiada penghargaan rasmi diberikan oleh pihak AS terhadap pasukan pengaman Malaysia yang telah menyelamatkan tentera mereka dan langsung ‘dilupakan’ dalam sebarang babak dalam filem ‘Black Hawk Down’ arahan pengarah Ridley Scott pada 2001 yang kononnya memaparkan kisah benar kejadian itu.

Kelly berkata, pasukan pengaman Malaysia kini sudah menerajui di peringkat rantau ini dan global dan dengan kewujudan Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini membuktikan Malaysia mempunyai pasukan pengaman yang terbaik.

“Saya fikir semua rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang telah dicapai pasukan pertahanan Malaysia,” katanya.

Dokumentari Kisah sebenar Black Hawk Down

Lie

Pada 3 Oktober 1993, lebih 100 anggota tentera Malaysia bertarung nyawa untuk menyelamatkan sekumpulan renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Mogadishu, Somalia.

Insiden itu dirakamkan dalam filem Hollywood, Black Hawk Down. Filem itu bagaimanapun tidak memberikan gambaran yang tepat tentang sumbangan tentera Malaysia dan apa yang sebenarnya berlaku di negara bergolak itu 20 tahun lalu.

Dalam satu wawancara dengan Astro AWANI, Major Jeneral (B), Datuk Md. Rozi Baharom yang terlibat dalam operasi berkenaan mengenang kembali hari bersejarah itu.

"Gambaran yang salah itu akan dibetulkan dalam sebuah dokumentari yang akan menceritakan kebenaran di sebalik peristiwa itu," katanya.

Misi menyelamat yang dijalankan bersama Renjer Amerika Syarikat dan komando Delta Forces mengakibatkan banyak nyawa terkorban termasuk Korporal Mat Aznan Awang manakala sembilan lagi tentera Malaysia cedera.

Biarpun begitu, keberanian pasukan Batalion ke-19 Askar Melayu Diraja itu hampir tidak dipedulikan dan diremehkan dalam filem itu seolah-olah tentera Malaysia tidak memainkan peranan penting atau bukan sebahagian daripada misi tersebut.

Peranan tentera Malaysia semasa insiden itu yang menyaksikan militia Somalia menembak jatuh dua pesawat helikopter UH-60 Black Hawk langsung tidak ditonjolkan dalam filem Black Hawk Down yang terbit pada 2001. Hal itu mengecewakan hati tentera Malaysia.

Md Rozi ketika itu merupakan Timbalan Komander bagi Batalion Malaysia yang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa Bersatu di Somalia. Umurnya 42 tahun ketika beliau sama-sama mengepalai pasukan tentera Malaysia mengharungi jalan raya di Mogadishu memburu pemberontak Somali, Jeneral Mohamed Farra Aidid dan konco-konconya.

Menurut Md. Rozi, pasukannya yang lengkap dengan kereta perisai anggota dan senjata bergadai nyawa membantu misi tentera Amerika untuk mengeluarkan 70 renjer negara itu yang terperangkap.

Oleh kerana gambaran yang tidak adil dalam filem tersebut, Md. Rozi menulis sebuah buku tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Beliau juga kemudiannya bertemu dengan pengarah dokumentari, Ahmad Yazid Ahmad Puad untuk menerbitkan sebuah dokumentari bagi menceritakan kisah yang tidak diketahui oleh dunia itu.

Ahmad Yazid berkata, beliau berminat dengan kisah tersebut dan setuju untuk menerbitkan dokumentari berkenaan.

“Saya menghasilkan dokumentari ini untuk tayangan di pawagam. Ia akan jadi filem dokumentari pertama yang akan ditayangkan di pawagam di negara ini.

“Saya juga berjaya mendapatkan produser filem dan televisyen Britain, John Smithson untuk jadi produser eksekutif.

“Kalau semuanya berjalan lancar, dokumentari itu akan masuk panggung akhir tahun depan," kata Ahmad Yazid.

Smithson beberapa tahun lalu terlibat dalam menerbitkan filem Hollywood, 127 Hours, yang diarahkan oleh Danny Boyle.

BACA INI JUGA:

Sumber: aa

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon