Friday, September 13, 2019

SBDJ Siri 108: Nisan Bergerak

SBDJ Siri 108: Nisan Bergerak

Dalam keadaan yang teragak-agak itu, mata saya terpaku ke arah benda bulat yang bergolek-golek ke arah saya. Sebelum benda itu terkena kepala lutut, segera saya tahan dengan telapak tangan. Benda itu tidak bergerak, sebaliknya tegak dengan sendiri sambil mengeluarkan cahaya yang putih. Pandangan saya jadi berpinar-pinar.

Toyol jadi-jadian

Tamar, aku dah dapat lampu picit," jerit Mat Prai lalu menyuluh ke arah saya. Cahaya dari lampu picit itu terkena pada benda bulat yang tegak di depan saya.

"Tamar batu nisan orang lelaki di depan kamu," pekik Mat Prai.

Saya menarik nafas gementar kerana batu nisan yang bulat itu bergerak dan berpusing. Tanah di depannya kelihatan merkah.

Batu nisan yang terpacak di depan saya terus hilang. Serentak dengan itu terdengar bunyi tapak kaki orang melangkah, datang dari sebelah kanan.

Berpandukan pada cahaya lampu picit Mat Prai, saya terus menggolekkan badan ke arahnya, melanggar apa sahaja yang ada di tanah. Saya dapat menyatukan diri dengan Mat Prai.

"Kau tengok tu," Mat Prai menghalakan muncung lampu picit ke kanan.

Saya terlihat kaki yang bahagian atasnya berbentuk macam kaki gajah. Penuh dengan bulu tebal, tumit kakinya berbentuk agak tajam seperti taji ayam jantan, jari kakinya berjumlah tiga.

Ibu jarinya bulat dan mempunyai lekuk macam lok keris, manakala dua lagi jarinya kelihatan seperti bercantum dan mengeluarkan cairan yang berwarna putih.

Saya mula terhidu bau daun sirih yang baru dipatahkan dari dahannya. Secara mendadak lampu picit Mat Prai tidak menyala.

Kedua belah bahu saya dan Mat Prai seperti ditekan dengan sebatang kayu membuat kami tidak dapat bergerak. Kalau bergerak seluruh sendi terasa sakit.

Kami tiada pilihan, selain dari mengarahkan biji mata kami ke arah kaki besar yang berbulu.

Kaki itu bergerak ke arah longgokan durian di kaki tangga pondok. Puas saya mencari sebelah lagi kaki yang berbulu.

"Puas aku cari sebelah lagi kakinya. Agaknya, memang makhluk ni berkaki satu," bisik Mat Prai.

"Agaknya," saya segera anggukkan kepala.

"Makhluk apa ni?" rungut Mat Prai lagi.

Sebaik sahaja Mat Prai selesai merungut, seluruh kawasan sekitar kami terang macam keadaan terang bulan.

Beberapa ekor kelawar berterbangan di atas kepala kami bersama dengan suara lolongan anjing dan jeritan burung hantu.

BULU

Kaki besar yang berbulu berhenti bergerak. Tempatnya digantikan oleh seekor tupai yang bulunya keperang-perangan.

Besarnya lebih kurang sama besar dengan kambing dara. Mata tupai aneh itu merenung ke arah kami dengan tajam.

Giginya yang tajam dan putih itu dipamerkan ke arah kami, misainya bergerak-gerak. Ekornya digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan.

"Triitttttt..." suara dari tupai aneh itu memekakkan anak telinga kami.

Dalam tempoh beberapa saat sahaja beratus-ratus ekor tupai berwarna hitam terjun dari ranting pokok sekitar kawasan pondok. Semuanya menuju ke arah longgokan durian.

Mulut saya dan Mat Prai ternganga. Memang tidak masuk akal dan sukar dipercayai malah akan jadi bahan ketawa kalau disampaikan kepada sesiapa sahaja yang berada di dunia.

Mereka pasti tidak percaya bila diberitahu, ada tupai hitam menjelma waktu malam untuk makan durian yang dilonggokkan.

Tupai-tupai itu hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk melenyapkan jumlah durian lebih dari seratus biji.

Semua yang saya lihat membuat badan saya berpeluh dalam lolongan anjing dan nyanyian burung hantu yang memanjang.

"Panggil datuk kamu, aku bimbang kalau tupai-tupai itu menyerang kita," Mat Prai menyuarakan kebimbangannya.

"Nanti dulu," kata saya.

Sebab utama saya tidak mahu memanggil datuk kerana saya tidak dapat bersuara dengan lantang. Tekak saya terasa sakit dan pedih.

Selain dari itu, saya jadi terhibur melihat kumpulan tupai yang sudah kekenyangan itu membawa biji-biji durian ke tempat lapang. Biji durian itu dilonggokkan di situ.

Bila kerja itu sudah selesai, kulit-kulit durian pula diusung lalu dilonggokkan dekat biji durian.

Tupai yang berbadan besar tetap melihat gerak-geri anak buahnya sambil berbunyi, seolah-olah mengeluarkan perintah.

Tupai besar itu berdiri dengan ekornya dicacakkan ke tanah. Sekali pandang tupai tersebut kelihatan seperti duduk mencangkung dengan kaki depannya memeluk tubuh.

Anak buahnya meletakkan tujuh ulas isi durian yang cantik di depannya. Bila dia memakan durian tersebut, anak buahnya duduk kaku, seolah-olah memberikan penghormatan padanya.

Bila tupai besar itu selesai makan, biji durian yang diluahkannya segera diambil oleh anak buahnya dan terus ditanam.

Kemudian, salah seekor dari anak buahnya membawa beberapa helai daun sirih hutan yang sudah dicalitkan dengan kapur sirih. Tupai besar itu segera menjilat daun sirih hutan beberapa kali.

Daun sirih yang sudah dijilatnya itu diletakkan di hujung kaki kanannya, sebaik sahaja hujung kaki kanan terkena daun sirih, semua anak buahnya bertempiaran lari lalu mencari dedahan berdekatan. Apa yang saya dengar ialah bunyi suara tupai.

Bila suara tupai tidak kedengaran lagi, saya dan Mat Prai terpandang kaki besar yang berbulu bergerak (dalam keadaan melompat-lompat) akhirnya terus hilang.

Saya dan Mat Prai cuba bangun tetapi ternyata kami tidak terdaya bergerak. Pangkal pinggang terasa sakit, sendi-sendi terasa bisa yang amat sangat.

Saya dapati pelita yang padam dalam pondok menyala kembali. Kulit durian dan biji durian yang berlonggok terus hilang.

Apa yang ada ialah beberapa helai daun sirih yang sudah dicalit dengan kapur berserakan di kawasan pondok.

Dengan sedaya upaya, saya cuba bangun. Usaha saya tidak berhasil. Bila saya berjaya berdiri tegak, tempurung lutut saya terasa lembik dan urat-urat di kaki bagaikan terputus.

Saya mengalami rasa sakit yang amat sangat. Saya terus jatuh menggelepar di sisi Mat Prai.

Apa yang terdaya kami lakukan adalah meniarap di bumi sambil bergerak ke kiri dan ke kanan.

Gerakan tubuh kami tidak ubah macam gerakan ular di atas jalan raya, dengan lain perkataan kami seperti berenang atas daratan.

Saya terus bertempik menyeru nama datuk dengan sekuat hati. Suara saya itu menenggelamkan suara cengkerik dan lolongan anjing.

Selesai sahaja saya bersuara, badan saya terus lemah. Tidak bermaya untuk menegakkan kepala.

Saya letakkan kepala atas tanah. Sayup-sayup saya terdengar bunyi telapak kaki orang berlari ke arah saya.

"Astaghafilrullah, apa dah jadi dengan kamu berdua ni," saya membuka mata melihat datuk berdiri di hujung kepala saya. Mat Prai sudah tidak bergerak langsung.

"Kenapa tak panggil aku di telaga," tambah datuk lagi sambil duduk mencangkung lalu memeriksa setiap urat nadi saya dan urat nadi Mat Prai.

"Aku tak nampak apa-apa yang datang, semuanya macam biasa. Pelik juga, kenapa aku tak dapat mengesan apa yang terjadi di sini," datuk merungut sendirian.

Dia terus mengambil lampu suluh di tangan Mat Prai yang masih menyala.

BALDI

Tanpa membuang masa datuk terus menuju ke perigi kembali. Datang kepada kami semula dengan membawa satu baldi air.

Datuk letakkan baldi yang berisi air di tengah, di antara saya dengan Mat Prai, dia mengambil beberapa helai daun yang hijau.

Dimasukkan ke perut baldi. Datuk mencari ranting kayu lalu air dalam baldi dikacau.

Datuk berhenti mengacau air dalam baldi.

Dalam keadaan yang tidak bermaya itu, saya lihat kelopak bibir datuk bergerak, dia mula mengelilingi kami beberapa kali. Datuk duduk mencangkung menghadapi saya kembali.

"Tamar," katanya.

Saya pun membesarkan kelopak mata dan cuba bersuara tetapi, suara saya tidak mahu keluar. Datuk tetap bersikap tenang.

"Buka mulut kamu Tamar," saya terus membuka mulut, dengan telapak tangan kiri datuk membawa air dari baldi ke mulut saya.

"Telan air ni senafas, Tamar."

Saya buat apa yang datuk suruh. Rasa pedih dan perit di tekak segera hilang.

Kedua belah kaki dan tangan saya dapat digerakkan semula. Tidak terasa sesuatu menekan di belakang. Saya segera menelentang dan melihat langit.

"Tamar," seru datuk lemah.

"Ada apa tuk."

"Hulurkan tangan kamu," saya pun menghulurkan tangan kanan kepadanya.

Tanpa diduga datuk terus menyentap tangan dengan sekuat hati. Kemudian datuk melepaskan tangan saya dengan tiga kali urut dimulai dari pangkal ketiak membawa ke hujung jari.

"Kau duduk diam di sini," datuk mengeluarkan perintah.

Saya akur dengan perintah itu. Datuk segera mendekati Mat Prai. Apa yang telah dilakukan pada saya, itu jugalah yang dilakukan oleh datuk pada Mat Prai.

Usaha datuk berhasil, saya dan Mat Prai dapat duduk.

"Duduk diam-diam, jangan banyak bercakap," suara datuk meninggi di tengah malam yang dingin.

Lolongan anjing masih kedengaran tetapi, suara burung hantu mula berkurangan. Desiran angin malam tetap berlalu dengan lembutnya.

Saya dan Mat Prai mengalami rasa kedinginan. Datuk segera menghidupkan api untuk membuat unggun.

Kulit durian yang kering dicampakkan ke dalam unggun api. Kata datuk, asap dari kulit durian yang kering dapat menghalau nyamuk.

Saya terdengar bunyi buah durian jatuh. Mat Prai berhasrat mahu mengutipnya tetapi, datuk tidak mengizinkan.

Kata datuk biar hari sudah cerah baru buah-buah itu dikutip dan dikumpulkan.

"Kalau buah durian tu, memang hak kamu, takkan buah tu lari ke mana-mana," demikian datuk memberikan alasan bila Mat Prai minta keizinan darinya.

"Ingat, sebagai manusia yang beragama Islam, jangan sekali-kali kita hilang pedoman kerana harta," sambung datuk lagi.

Dan Mat Prai terus mematikan hasrat untuk mengutip buah durian.

Walaupun demikian, setiap kali dia terdengar bunyi buah durian gugur, Mat Prai tetap nampak resah dan gelisah.

"Sekarang apa yang dah jadi hingga menyebabkan kamu berdua berenang atas bumi," datuk mengajukan pertanyaan.

Biji matanya silih berganti menatap wajah saya dan Mat Prai. Saya tidak berani untuk mengingati peristiwa yang terjadi, saya membuat keputusan untuk menutup mulut.

"Cakap kenapa membisu?" sergah datuk sambil menjegilkan matanya ke arah saya.

Cepat saya menundukkan kepala merenung bumi.

"Ceritakan pada aku Mat Prai," datuk mendekatkan batang hidungnya dengan batang hidung Mat Prai.

Kelihatan hidung mereka seperti berlaga dan mata datuk tetap merenung anak mata Mat Prai.

Saya menarik nafas kelegaan kerana saya sudah arif dengan perangai datuk.

Bila dia berbuat demikian secara tidak langsung datuk cuba menguasai perasaan dan hati Mat Prai melalui pernafasan.

"Ceritakan pada Datuk Alang, Mat," nada suara datuk cukup lembut.

Cuping telinga kanan Mat Prai dihembusnya. Saya lihat Mat Prai menganggukkan kepala dua tiga kali.

PETAH

Kemudian dengan petah Mat Prai mengungkapkan peristiwa yang terjadi pada datuk.

Selesai sahaja Mat Prai bercerita, datuk segera membakar andang daun kelapa. Seluruh kawasan pondok disuluh dan diteliti. Datuk terus duduk di tangga pondok.

Baru dia sedar durian yang berlonggok sudah tiada. Dia melihat daun sirih hutan yang tercalit dengan kapur bertabur di mana-mana.

"Pelik, aku tak dengar apa yang terjadi, sedangkan jarak pondok dengan perigi tidaklah jauh sangat," datuk mengedutkan dahi sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali.

"Bukankah masa aku mandi tadi, kamu datang bercakap dengan aku, Mat, kamu bercerita tentang masalah keluarga kamu pada aku," datuk terus bangun.

"Masa Datuk Alang mandi, kami di sini, kami tengah berdepan dengan makhluk ganjil, Datuk Alang tanya si Tamar ni."

"Ya tok, kami berdua tak ke mana-mana."

"Jadi syaitan mana yang menyerupai kamu tadi Mat Prai, aku sudah terpedaya," datuk terus hentakkan kaki ke bumi.

Dengan andang daun kelapa di tangan datuk terus berlari ke perigi. Dinding perigi yang dibuat dari daun rumbia terus dibakar datuk.

Api terus marak menerangi kawasan sekitar pondok durian. Asap berkepul menguasai ruang udara yang dibalut kedinginan malam. Badan datuk berpeluh kena bahang api.

GUGUR

Berpuluh-puluh ekor kelawar berterbangan di atas bumbung pondok. Angin yang bertiup menjatuhkan dedahan dan reranting kering ke bumi. Sesekali terdengar bunyi buah durian gugur.

"Banyaknya kelawar," rungut saya perlahan.

"Biarkan, itu bukan urusan kita," sahut Mat Prai.

Saya merasa pelik. Dari mana kumpulan kelawar itu datang. Suara lolongan anjing kian gamat datang dari arah Pekan Kongsi. Rasa cemas dan takut masih belum reda dari perasaan saya.

"Tak apa, orang tua tu dah datang," Mat Prai luruskan telunjuk menghala ke arah datuk yang datang ke arah kami kembali.

Di tangannya, ada sepotong kayu yang masih berapi. Datuk renung ke arah kelawar yang berlegar-legar di bumbung pondok. Datuk balingkan kayu yang masih berapi itu ke arah kumpulan kelawar.

Aneh, kumpulan kelawar yang berlegar-legar atas bumbung segera berpecah dan terbang menuju ke arah kaki bukit yang berdekatan.

Bukit yang terpegun kaku di malam yang dingin itu kelihatan amat menggerunkan.

Sesekali seperti ada cahaya api di puncak bukit tersebut. Datuk segera mendekati kami.

"Kau orang dengar salakan anjing tu?" tanya datuk.

"Dengar," Mat Prai dan saya menjawab serentak.

"Kamu tahu, anjing-anjing itu menyalak syaitan yang berkeliaran di udara."

"Kenapa syaitan itu berkeliaran tuk?" saya menyoal.

"Nanti lain kali, aku cakapkan dengan kamu, Tamar."

"Hum," saya merasa kecewa dengan kata-kata yang datuk luahkan itu.

Datuk pijak tangga pondok yang bulat. Dia terus duduk dekat Mat Prai.

"Macam mana Datuk Alang?"

"Apa yang macam mana tu, Mat?"

Datuk tatap biji mata Mat Prai yang terkebil-kebil. Dia tidak mahu mengemukakan sebarang pertanyaan lagi.

Memang dia tidak menduga datuk akan mengungkapkan kata-kata demikian.

"Aku tak mahu banyak soal, tak mahu banyak tanya, kita tidur sekarang," suara datuk meninggi dan terus merebahkan badannya.

Tidak sampai lima minit, datuk terus terlelap. Saya dan Mat Prai segera mengikuti jejak langkah datuk.

Antara terlelap dengan tidak, saya terdengar datuk batuk berkali-kali. Kemudian dia bangun. Buat beberapa minit saya berhasil mencelikkan mata.

"Kamu tidur, jangan banyak fikir, Tamar."

"Tuk nak ke mana?"

"Aku nak ke perigi."

Datuk terus menuju ke perigi yang dindingnya sudah menjadi abu. Saya kira datuk mengambil air sembahyang.

Ramalan saya memang tepat, sekembalinya datuk dari perigi dia terus membaca al-Quran.

KEJUT

Malam yang dingin, membuat tidur terasa enak. Saya terus membengkokkan badan. Rasa takut dan bimbang langsung tidak terbayang dalam kepala saya.

"Bangun dah subuh ni," terasa badan saya digoyang berkali-kali.

"Pergi ambil air sembahyang. Orang yang tak sembahyang Subuh, tidurnya diapit syaitan," lanjut datuk lagi.

Saya tidak ada pilihan, sama ada mahu atau tidak, saya terpaksa bangun dan pergi ke perigi untuk mengambil wuduk. Mat Prai lebih dulu bersedia dari saya.

"Dah ambil wuduk?" tanya saya pada Mat Prai.

"Sudah, kau pergi cepat," Mat Prai mendesak.

"Pergilah, tak ada apa yang nak ganggu kamu," datuk terus renung wajah saya.

Dia bagaikan mengerti dengan apa yang ada dalam hati saya. Dalam keadaan takut campur berani, saya menuju ke perigi.

Saya tidak pasti apakah air sembahyang yang saya ambil itu mengikut peraturan atau sebaliknya. Saya berlari ke pondok kembali.

Dan Subuh itu, datuk mengimamkan sembahyang Subuh kami. Selesai berwirid dan membaca doa, datuk memberikan kuliah Subuh yang pendek tetapi amat mengesankan.

Datuk memperkatakan tentang diri manusia yang binasa kerana terlalu cinta pada harta benda dan kekayaan hingga lupa pada tugas seorang hamba terhadap Allah yang mencipta mereka.

"Nampaknya usaha kita tak berjayalah, Datuk Alang?" Mat Prai mengajukan pertanyaan setelah datuk menamatkan kuliah Subuh di pondok durian.

Datuk tersenyum sambil memandang keluar, melihat hari yang mula beransur cerah.

"Masih ada masa untuk berusaha," jawab datuk.

"Hum..." Mat Prai menarik nafas panjang.

Ada rasa kecewa terpamer di wajahnya. Kicau burung menyambut kehadiran matahari pagi mula terdengar. Jalur sinar matahari mula jatuh pada dedaun yang masih ada kesan air embun.

"Aku nak berjalan di seluruh kawasan ni, aku nak mandi embun dan nak buat senaman. Kau ikut aku Tamar."

"Saya macam mana Datuk Alang?" tanya Mat Prai.

"Kau pergi tengok buah durian yang jatuh," Datuk mengeluarkan arahan pada Mat Prai.

Tanpa banyak soal jawab, Mat Prai mematuhi arahan itu.

TINGGI

Matahari kian meninggi, embun di hujung daun yang disentuh cahaya matahari nampak bersinar-sinar, bagaikan ketul berlian di tengah padang.

Datuk terus mandi embun dan melakukan senaman yang gerak-gerinya memperlihatkan unsur silat 'Burung Rajawali'.

Saya cuba mengikutinya. Bila pergerakan itu dilakukan dengan pantas oleh datuk, saya tidak dapat mengikutinya. Saya jadi penonton sahaja.

"Tamar," jerit datuk.

Serentak dengan itu saya melihat seketul kayu yang panjangnya kira-kira dua kaki menuju ke arah saya.

"Tangkap atau elakkan," terdengar lagi suara datuk.

"Oooppp," saya melompat lalu menyambar kayu tersebut.

Terasa badan saya seperti dibawa oleh kayu itu ke kiri, mendekati pokok langsat. Saya tercungap-cungap. Datuk segera mendekati saya sambil ketawa.

"Kamu masih ingat dengan gerak langkah yang aku ajar," datuk terus menepuk bahu saya berkali-kali.

Dengan wajah manis dia mengajak saya mengelilingi dusun durian milik Mat Prai. Terpesona saya melihat buah durian yang bergantungan lebat di dahan.

Beberapa ekor tupai melompat dari ranting ke ranting dengan bebas. Matahari terus memancar.

"Sungai, jernih airnya," jerit saya bila berdiri di tebing sebatang anak sungai.

Anak-anak ikan berenang bebas di celah-celah batu di tengah sungai. Tanpa membuang masa saya menuruni tebing dan terus membasuh muka. Terasa sejuknya meresap ke tulang pipi.

"Sudahlah jangan lama-lama di situ, aku nak sampai cepat ke pondok," tempik datuk dari atas tebing.

Saya segera berlari ke arahnya. Kami meneruskan perjalanan dan terpaksa melintasi kaki bukit yang ditujui oleh kumpulan kelawar malam tadi.

Memang terdapat hutan tebal di situ dengan pokok-pokok besar yang digayuti oleh akar-akar hutan sebesar lengan kanak-kanak yang berusia tujuh hingga sepuluh tahun. Monyet-monyet liar bergayutan di situ.

"Hati-hati Tamar," datuk mengingatkan. Saya segera anggukkan kepala.

"Hutan macam ni, jadi sarang binatang buas," lanjut datuk lagi.

Saya anggukkan kepala lagi. Matahari yang memancar agak terik membuat badan saya berpeluh.

TANGAN

Secara mengejut datuk menarik tangan kanan saya ke perdu buluh hutan. Saya jadi cemas dan takut.

"Kenapa tuk?"

"Dalam rimbunan pokok kecil tu, aku macam ternampak pintu gua. Cuba kau pastikan," kata datuk sambil jari telunjuknya mengarah kepada pokok-pokok kecil yang merimbun dan tingginya lebih dari tujuh kaki.

Memang sukar untuk memastikannya. Tetapi, tiupan angin yang menggerakkan reranting dan dedaun lebat itu memberi peluang pada saya untuk merenungnya dengan teliti.

"Apa yang kau nampak, Tamar?"

"Saya nampak macam pintu gua tua."

"Pelik juga ya, selalunya gua pada gunung, bukit yang aku tahu tak ada gua. Tanah bukit tu ditebuk."

"Agaknya, terowong tinggal tuk,” kata saya tenang, tanpa merasa sebarang kecurigaan.

Datuk menggigit bibir sambil menelan air liur. Dia sedang memikirkan sesuatu.

"Boleh jadi juga terowong. Mungkin terowong tu ditebuk oleh askar Jepun masa perang dulu atau ditebuk oleh orang-orang komunis untuk tempat mereka berlindung," itu pendapat datuk.

"Mari kita periksa tuk."

"Jangan terburu-buru," nada suara datuk meninggi.

Dia renung kiri dan kanan. Kemudian dia mengesat peluh di dahi dengan belakang tangannya.

"Lain kali saja kita tengok, Tamar," satu keputusan yang amat mengejutkan dari datuk.

"Mari kita ke pondok Mat Prai," sambungnya lalu menarik tangan saya.

Macam selalu saya tidak akan membantah dengan apa yang datuk katakan.

Kami segera bergerak arah ke utara, menjauhkan diri dari kawasan kaki bukit.

Datuk tidak menyatakan apa-apa kepada saya kenapa dia berbuat demikian.

Berjalan dalam kebun durian yang tidak begitu bersih keadaannya memang menyulitkan. Saya sering terlanggar tunggul dan akar.

"Ikut sana senang tuk."

Datuk berhenti melangkah. Dia dongakkan muka ke langit melihat awan yang bersih. Kesempatan itu saya gunakan untuk duduk di atas tunggul buruk bagi menghilangkan penat.

"Maksud kamu, kita berjalan dalam kebun getah?" soal datuk.

"Ya, tuk."

"Kalau begitu, marilah."

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 108/284

BACA: SBDJSiri 107: Makhluk Aneh Di Dusun Durian
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Peminat Bubble Tea Ada Masalah Keyakinan Diri, Kata Pakar Jepun

Peminat Bubble Tea Ada Masalah Keyakinan Diri, Kata Pakar Jepun

Kehadiran air minuman berasaskan bubble tea telah mencetuskan fenomena yang besar di Malaysia. Satu persatu jenama muncul dengan pelbagai citarasa yang berbeza-beza dan unik, malah orang ramai sanggup beratur panjang demi mendapat air bubble tea kegemaran mereka.

Bubble Tea Tinggi Gula

Namun, di sebalik ketaksuban ini tahukah anda individu yang obses dengan minuman manis ini mempunyai kaitannya dengan tahap keyakinan diri mereka?

Perkara ini telah didedahkan oleh wakil pengarah daripada syarikat perundingan di Jepun, Moeko Ohno.

Menurut Moeko, yang memetik laporan portal Mothership.sg, individu yang membeli bubble tea serta minuman manis mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat rendah berbanding mereka yang tidak.

Ini kerana mereka yang perlu mengambil kira pandangan rakan sebaya untuk tidak kelihatan seperti ketinggalan. Pandangan rakan sebaya amat penting bagi mereka.

Dalam bahasa ringkasnya, jika semua orang mahukan bubble tea, mereka juga perlu membeli minuman itu.

Tinggi Gula

Mengikut kajian yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah pengambilan gula yang dicadangkan kepada setiap individu adalah maksimum lima hingga 10 sudu teh gula setiap hari.

Tetapi sedarkah anda, kandungan gula di dalam minuman bubble tea yang kini menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat sebenarnya sudah melebihi daripada saranan yang ditetapkan?

Di Malaysia sahaja, dianggarkan terdapat lebih 50 jenama yang menawarkan pelbagai jenis minuman bubble tea. Ya benar, ia sedap, tetapi bagaimana pula dari segi aspek kesihatan?

Jadi adakah anda bersetuju dengan pendapat pakar ini? Tepuk dada tanya selera!

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Konflik Yaman, Perang Antara Sunni Dan Syiah Yang Tiada Kesudahan

Konflik Yaman, Perang Antara Sunni Dan Syiah Yang Tiada Kesudahan

Konflik Yaman yang menemukan perang saudara dan perang proksi melibatkan aktor dalaman dan kuasa-kuasa luar telah berlangsung bertahun lamanya tanpa kelihatan tanda-tanda akan selesai dalam masa terdekat, malah telah menunjukkan kemunculan perkembangan-perkembangan baharu.

Perang Yaman

Dalam naratif utama yang dikemukakan pihak berkepentingan terutama Arab Saudi, isu yang difokuskan ialah kemaraan Iran dan Syiah, yang dijadikan sebab utama pakatan negara-negara diketuai Riyadh memasuki Yaman dan memulakan kempen ketenteraan.

Naratif kemaraan Iran, yang akhirnya mendorong perang, paling utama dikemukakan oleh Israel dan Arab Saudi, yang paling jelas diperhatikan melalui ucapan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Kongres Amerika Syarikat pada 3 Mac, 2015 dan serangan ke atas Yaman dimulakan tidak lama selepas itu, pada 26 Mac.

Ancaman Iran ini menjadi hampir keseluruhan cerita tentang konflik Yaman ini, sehingga hampir semua berita utama yang mencetuskan kegemparan di dunia Islam terutamanya mengaitkan Iran dan Syiah, dengan pembingkaiannya melibatkan ancaman Syiah yang berleluasa hingga mengancam Makkah.

Walau bagaimanapun, berita terutama dari media Barat kini turut menumpukan pada kebertanggungjawaban Arab Saudi dalam perang ini, yang telah mengorbankan ribuan nyawa dan menjadi punca satu krisis kemanusiaan yang dahsyat di Yaman.

Hakikatnya, konflik Yaman ini ialah sebahagian percaturan geopolitik Riyadh dalam persaingannya dengan Iran, yang mendorong naratif ancaman Iran dan Syiah dijadikan isu utamanya, seperti halnya konflik di Syria yang isu mazhab dimunculkan sebagai isu dasar dan penentu.

Perhatian pada naratif yang diolah pihak berkepentingan itu mengabaikan beberapa perkara utama dalam konflik ini - terutama perkara-perkara kompleks yang membentuk politik dalaman Yaman - melibatkan aktor-aktor penting yang kekal berperanan kritikal mencorakkan persaingan dan berusaha mencapai matlamat tersendiri.

Naratif Sunni-Syiah menenggelamkan hampir sepenuhnya peranan penting Ali Abdullah Saleh - seorang Syiah Zaidiyah - keluarga berpengaruh al-Ahmar dan gerakan al-Islah yang berpengaruh dan penting dalam politik dalaman Yaman dan melebihi pengaruh Houthi yang lebih mendapat perhatian.

Ali Abdullah Saleh ialah salah satu punca konflik terkini tercetus di Yaman, melalui hubungan baiknya dengan pihak tentera negara itu yang masih setia dengan beliau hasil pemerintahan panjang selama 33 tahun sejak sebelum penyatuan Yaman Utara dan Selatan pada tahun 1990.

Ali Abdullah Saleh mengekalkan kuasanya selama ini antaranya melalui hubungan baiknya dengan tokoh-tokoh utama keluarga al-Ahmar - terutama Syaikh Abdullah Husayn al-Ahmar semasa hayatnya - yang menubuhkan pakatan Islah dan kekal menjadi pemain berpengaruh dalam gabungan puak utama Hashid dan dalam politik Yaman.

Selepas disingkir pada 2011, bekas presiden ini menjalin kerjasama dengan Emiriyah Arab Bersatu - selain Arab Saudi - dan kumpulan Houthi yang diperanginya sepanjang memerintah Yaman, dalam usaha untuk merampas kembali kuasa dan mematahkan kemaraan Islah yang dikuasai Ikhwanul Muslimin daripada menguasai politik Yaman.

Islah yang menggabungkan Ikhwan, Salafi dan puak-puak berpengaruh secara tradisinya ialah sekutu Saudi dan juga Saleh, yang berdepan pengaruh sosialis sejurus penyatuan dan juga bagi menangani tentangan politik lain terhadap pemerintah.

Islah pada 2011 bertindak meninggalkan Saleh dan berpihak kepada penentang dan akhirnya dengan kerjasama Qatar dan kuasa lain, bekerjasama dalam menamatkan pemerintahan Saleh, yang diganti oleh Abdrabuh Mansur Hadi.

Saleh juga dilemahkan apabila ketua tenteranya, Ali Mohsen al-Ahmar yang sangat berpengaruh berpaling tadah terhadapnya.

Hubungan terjejas Saleh dengan al-Ahmar menjadi penyumbang utama kepada kelemahan beliau.

Mohsen kini memegang jawatan naib presiden, dilantik untuk mengukuhkan pemerintah Yaman yang teruk diancam oleh pakatan Saleh dan Houthi.

Usaha Saleh untuk kembali kemudian membawa pada kemaraan Houthi ke Sanaa pada hujung September 2014, menjelaskan kompleksiti kesetiaan politik di Yaman, melibatkan Houthi, Islah dikuasai Ikhwan dan paling utama Saleh.

Hadi disingkir pakatan Saleh dan Houthi tetapi tindakan diketuai Saudi telah mengembalikan beliau, di kedudukan yang lemah dan terhad, pada masa persaingan sengit terus berlangsung dan kuasa-kuasa asing semakin berpengaruh.

Kemaraan Houthi yang berpakat dengan Saleh pada mulanya memenuhi beberapa kepentingan Saudi, Emiriyah dan juga Iran walaupun hanya pada tahap yang minima, tetapi kemudian Houthi telah membawa haluan yang berbeza dan bertentangan kepentingan kuasa-kuasa Arab serantau.

Kenyataan mengejutkan Saleh yang pernah mengajak untuk memerangi Houthi dan menunjukkan kesediaan berunding dengan Arab Saudi menandakan pengaruh beliau yang masih kuat dan berpotensi menyaksikan satu lagi perubahan dalam politik dalaman Yaman.

Pertempuran antara pemberontak dengan pasukan Saleh juga telah tercetus, menandakan satu lagi perubahan kesetiaan politik dalam politik kompleks Yaman.

Kenyataan Saleh telah pun mendapat sokongan Saudi, yang menyambut gesaan untuk memerangi Houthi, walaupun berbeza haluan sebelum ini dan Riyadh memasuki Yaman dengan satu matlamat meletakkan kembali pemerintahan Hadi yang disokongnya.

Yaman juga selain menjadi medan Saudi menunjukkan kuasanya dalam menghadapi Iran, melalui pakatan ketenteraan yang terlibat dalam kempen ketenteraan, juga menjadi medan penting perluasan kuasa jangka panjang Emiriyah.

Sekitar masa yang sama seruan Saleh untuk memerangi Houthi disambut oleh Riyadh, timbul cerita mendakwa Emiriyah kini mendesak Saudi untuk meninggalkan Hadi dan berpihak pada Saleh.

Hadi dan Emiriyah bertembung dalam banyak hal kebelakangan ini dan presiden Yaman itu juga membuat satu kenyataan mengejutkan apabila mendakwa Emiriyah "menjajah" negaranya.

Satu isu yang mencetuskan pertembungan ialah penguasaan Emiriyah di wilayah selatan Yaman, yang membentuk Yaman Selatan sebelum penyatuan.

Abu Dhabi didakwa mahu memisahkan Yaman Selatan, ekoran tindakannya sejak menguasai bahagian selatan sejak Jun 2015 dan kelihatan semakin mendominasi sejak kebelakangan ini hingga turut berbeza pandangan dengan Riyadh.

Walaupun dakwaan mahu memisahkan Yaman Selatan itu mungkin berlebihan, hakikatnya Emiriyah sudah pun menguasai bahagian selatan negara itu, melalui ketenteraan dan juga pelbagai bantuan kewangan dan pembangunan.

Pada masa dunia tertumpu pada peranan Arab Saudi hingga mencetuskan kritikan hebat pelbagai pihak seluruh dunia, Emiriyah perlahan-lahan menguasai selatan Yaman dan kekal berhubungan baik dengan pakatan politik yang menguasai selatan.

Emiriyah telah mengumumkan berakhirnya penglibatannya dalam operasi ketenteraan utama dan menumpukan pada bantuan kemanusiaan.

Kini, kos politik terutama melibatkan serangan mengorbankan orang awam ditanggung hampir sepenuhnya oleh Riyadh, walaupun Emiriyah sebenarnya masih terlibat dalam memerangi Houthi - pada masa sama Abu Dhabi meluaskan penguasaan dan disanjung penduduk selatan.

Usaha dilakukan Emiriyah menunjukkan matlamat jangka panjang yang akan mengukuhkan lagi kuasa dan pengaruhnya di seluruh rantau sekitar.

Satu usaha yang dilaporkan dilaksanakan ialah pembangunan melibatkan bandar-bandar dan pelabuhan sepanjang pesisir dari Laut Merah ke Laut Arab, termasuk Mokha, Aden, dan Mukalla.

Penguasaan kawasan ini menjadi faktor usaha Emiriyah untuk menguasai bandar pelabuhan Hodeidah dan peranannya di wilayah Taiz, yang terletak di laut Merah.

Emiriyah juga kini menguasai Pulau Perim dekat Bab al-Mandab dan dilaporkan membina infrastruktur tentera udara di lokasi strategik itu.

Emiriyah turut menumpukan bantuan pada Kepulauan Socotra yang strategik di Laut Arab, menjadikannya lokasi penempatan ketenteraan.

Dilaporkan selepas dilanda taufan pada November 2015, Emiriyah, melalui Persatuan Bulan Sabit Merah negaranya, menyalurkan lebih AS$1 bilion untuk pemulihan pulau-pulau itu.

Perkembangan ini menunjukkan satu gambaran kepentingan geopolitik Emiriyah melibatkan penguasaan laluan dari Laut Merah, melalui Bab al-Mandab, hingga ke perairan dan pelabuhan di Laut Arab yang terletak dalam wilayah selatan.

Selari dengan perluasan kehadiran Emiriyah di Tanduk Afrika meliputi Eritrea dan Somaliland, kehadiran di Yaman bermakna Abu Dhabi memperolehi kedudukan selesa di kedua-dua belah Tanduk Afrika dan Yaman yang di tengah-tengahnya terletak laluan penting bab al-Mandab.

Konflik di Yaman telah berlangsung selama beberapa tahun, mengorbankan nyawa orang awam dan meletakkan negara itu dalam krisis kemanusiaan yang akan memberi kesan jangka panjang, pada masa kuasa-kuasa asing giat mempergunakannya sebagai medan perluasan kuasa.

Pada masa sama, selepas Syria, Yaman menjadi satu lagi perang dalam dunia Islam yang dijadikan pembakar sentimen persengketaan mazhab dalam kalangan umat Islam, menenggelamkan agenda sebenar pihak-pihak berkepentingan.

Kanak-kanak Maut Setiap 10 Minit

Perang di Yaman menyaksikan keadaan yang paling dahsyat dan tragis ketika ini.

Sudah ribuan nyawa melayang, rakyatnya kurus kering kerana tidak mendapat makanan yang cukup, kediaman hancur malah dilaporkan setiap 10 minit kanak-kanak Yaman meninggal dunia berpunca daripada jangkitan penyakit kolera.

Menurut Ketua Koordinasi dan Hubungan Antarabangsa NGO Bonyan Development Foundation Abdul Karim Al-Matari, menjelaskan apa yang boleh beliau gambarkan di sana adalah Yaman 'bukan sebuah negara lagi dek kerana kehancuran dan kemusnahan yang terjadi berpunca daripada perang.

Peperangan yang berlaku ini telah hampir memusnahkan Yaman, gerak perang berlaku secara menyeluruh, rakyat awam, kanak-kanak, orang tua, sekolah, hospital, masjid, lapangan terbang dan kemudahan asas telah menjadi sasaran.

Pada hakikatnya serangan ini dilakukan mengikut telunjuk daripada Amerika-Israel dan peperangan ini telah mengorbankan hampir 40,000 rakyat Yaman daripada pelbagai lapisan kanak-kanak sehingga orang tua.

Peperangan yang berlaku ke atas Yaman ini bukan hanya bersifat serangan roket, bom dan sebagainya bahkan juga melibatkan sekatan ekonomi terhadap negara ini.

Perbatasan Yaman dikawal, pelabuhan ada yang ditutup dan ada yang dihancurkan, lapangan terbang ada yang ditutup dan juga dihancurkan.

Yang tinggal hanyalah sisa hasil bumi, selain daya sumber manusia yang masih bersemangat mempertahankan tanah air.

22 juta rakyat Yaman juga sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang maha dahsyat iaitu melibatkan tiga aspek.

Pertama, mereka kekurangan bahan makanan, ubat-ubatan dan tempat tinggal dan 8 juta terancam dengan kebuluran.

Justeru katanya, sebagai NGO yang sudah dua tahun menjadi tulang belakang kepada rakyat Yaman, Abdul Karim sangat berharap agar perang di negaranya berakhir.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Malaysia, di mana tindakan kerajaan yang menarik tentera di sana amat kami hargai.

Kami juga sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia, terima kasih, katanya.

Sementara itu menurut Presiden Pertubuhan kebajikan Rakyat Sejagat (Sejagat) Syed Sheikh Alattas Syed Hassan berkata, besar harapannya agar rakyat Malaysia terus menghulurkan bantuan kepada rakyat Yaman agar mereka terus dapat meneruskan kehidupan.

Katanya, keperluan makanan, tempat berteduh, ubat-ubatan amat-amat diperlukan ketika ini.

Mereka dalam keadaan yang amat memerlukan bantuan kita, supaya rakyat Malaysia turut membantu meringankan beban mereka.

Kepada mereka yang berniat untuk menyalurkan bantuan anda boleh hulurkan sumbangan menerusi no akuan NGO Sejagat: MAYBANK 564810009147.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Bertemu Allah Dengan Gelaran Pencuri

Bertemu Allah Dengan Gelaran Pencuri

Tanpa disedari, hutang yang tidak diurus dengan baik sebenarnya boleh menganggu kebaikan amal ibadah dan masa depan seseorang di akhirat, malah Nabi Muhammad SAW pernah enggan mensolatkan jenazah seorang sahabat hanya kerana hutangnya masih belum dilangsaikan. Begitulah seriusnya mati dalam keadaan hutang tidak terlangsai.

Bergelar Pencuri
Gambar hiasan.

Asal hukum berhutang adalah harus dalam Islam, berdasarkan firman Allah SWT yang ertinya, “Wahai orang yang beriman, apabila kamu berbelian secara hutang yang ditentukan pembayaran (atau penghantaran) pada suatu tarikh tertentu, hendaklah kamu menulisnya…” (al-Baqarah: 282).

Bersumber daripada ayat itu jelas menunjukkan Allah mengiktiraf penjualan barangan secara hutang, dan termasuk juga pembelian secara berhutang. Dengan syarat ia ditulis (direkodkan) bagi mengelakkan kelupaan atau penipuan.

Keberhutangan itu boleh terhasil daripada transaksi pembelian bertangguh dan juga melalui pinjaman wang secara tunai.

Perlu untuk kepentingan ramai

Majoriti ulama Islam bersetuju bahawa menulis dokumen hutang itu tidaklah sampai ke tahap wajib, namun sunat sahaja.

Pun begitu, pada zaman kita - yang banyak berlaku penipuan dan kelupaan secara sengaja - dokumen bertulis yang ditandatangani kedua pihak adalah bukti paling baik khususnya melibatkan jumlah yang besar.

Hukum melunasi hutang pinjaman daripada sesebuah institusi adalah sama wajibnya dengan pinjaman yang dibuat kepada individu, sama ada ia badan swasta mahupun awam atau kerajaan.

Contohnya seperti daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), bank, koperasi dan lain-lain.

Apatah lagi sekiranya institut tersebut juga memerlukan wang tersebut untuk membayar hutangnya kepada institusi lain, atau memerlukannya bagi kepentingan ramai.

Tatkala itu kewajiban melunaskan hutang menjadi semakin besar dek kerana kepentingan awam yang tersekat kerana keculasan peminjam menjelaskan hutangnya.

Tambahan daripada itu, kemaslahatan awam perlu sentiasa didahulukan berbanding kepentingan peribadi.

Demikian juga tersebut dalam kaedah fikah yang ertinya, Didahulukan kepentingan awam daripada kepentingan khusus (yang lebih kecil).

Justeru, bagi orang beriman mereka wajib untuk sentiasa peka dengan kedudukan hutang yang ada.

Andai mereka tiada perancangan rapi dan usaha untuk menyelesaikannya, hutang tersebut boleh menjatuhkan seseorang kepada kehinaan, tidak tenang, kerisauan berpanjangan dan banyak lagi masalah kerohanian.

Nabi Muhammad bersabda bermaksud, "Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)." (Riwayat Muslim, 6/38)

Tersebut dalam satu lagi hadis ertinya, "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di waktu malam dan menyebabkan kehinaan di siang hari." (Riwayat al-Baihaqi)

Mengabaikan hutang juga boleh membawa keburukan berganda, apabila:

a. Berniat sejak dari awal untuk tidak membayar

Terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali hak pemberi pinjaman.

Sebagaimana sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” (Riwayat al-Bukhari, 2/83)

b. Melengahkan bayaran sewaktu ada kemampuan

Mempunyai kemampuan membayar sama ada secara sekali gus atau sedikit demi sedikit, namun sengaja tidak mahu membayar dan melengahkannya.

Tindakan ini dikutuk oleh Nabi SAW dalam hadis sahih, "Penangguhan dengan sengaja oleh penghutang adalah suatu kezaliman." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, bagi mereka yang masih berhutang dan sudah sampai tempoh pembayarannya, segeralah memulakan bayaran.

Sekiranya tidak mempunyai kemampuan penuh untuk melunaskannya sekali gus, bersegeralah melakukan perbincangan dengan pemiutang bagi mengenla pasti kaedah bayaran yang termampu dalam tempoh tertentu.

Fahamilah sabda nabi ini pula, "Mana-mana lelaki yang berhutang dan dia sudah pasti tidak melunasinya, maka ia akan bertemu Allah SWT sebagai seorang pencuri." (Riwayat Ibn Majah)

Berhutang mudah, bayar malas

Sehubungan itu, bagi membolehkan seseorang membayar hutang tertunggaknya, ada beberapa perkara yang boleh dinasihatkan dalam hal ini iaitu:

a. Perlu menambahkan ilmu pengurusan wang peribadi dan aliran tunai, iaitu mengawal serta peka terhadap jumlah pendapatan masuk dan perbelanjaan keluar.

Kelemahan aspek ini menyebabkan seseorang itu berbelanja sesuka hati, tanpa prihatin tentang kemampuan kewangan diri.

Akhirnya hutang yang sudah sampai waktu untuk dibayar, akan tertunggak.

Keadaan itu akan kelak lebih merumitkan apabila hutang tertunggak berganda-ganda setiap bulan.

b. Wajib menahan nafsu dan menyedari kemampuan diri

Terlalu melayan nafsu berbelanja dan terikut-ikut ‘trend’ orang sekeliling mesti disekat.

Seseorang itu mesti belajar berasa puas dengan apa yang ada dan mengekang amalan membandingkan apa yang dipunyai dengan orang lain.

Nabi mengajar kita agar membandingkan diri dengan orang yang kekurangan untuk urusan keduniaan.

Tindakan itu perlu dibuat agar nafsu berbelanja dapat dikawal serta lebih mudah bersyukur dengan apa yang diperolehi.

c. Malas, cepat putus asa serta hangat-hangat tahi ayam semasa berusaha mendapatkan pendapatan turut menjadi punca kepada hutang tidak berbayar.

Ini menjadikan seseorang mudah berhutang tetapi malas membayar, selain mahu cepat mendapat untung.

Akhirnya mereka gagal serta sebahagiannya ditipu. Hutang yang telah dibuat langsung tidak mampu dibayar.

d. Tingkatkan amal soleh sehingga wujud kepekaan terhadap ancaman hukuman di akhirat.

Kelemahan sensitiviti terhadap hukum halal dan haram dalam kerjaya dan pendapatan serta pelaburan menjadikan harta yang diperoleh kurang - atau tiada - berkat.

Tanpa keberkatan ia akan membawa kepada kehidupan yang sempit material dan rohani.

Ada sebahagian orang mungkin tidak sempit wangnya, tetapi sempit jiwa dan dicabut ketenangan daripada hidupnya.

Ada doa yang sangat sesuai diamalkan oleh semua, khususnya sewaktu mereka tenggelam dalam hutang dan sangat sukar - atau tidak mampu - untuk membayarnya, "Ya Allah, cukupkanlah keperluanku berupa yang Engkau halalkan daripada mengambil yang Engkau haramkan, dan kayakan hatiku dengan kurnia-Mu daripada (mengharapkan) orang selain Engkau." (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad).

Dibaca doa ini ketika tidak mampu melangsaikan hutang walaupun hutang sebesar gunung, Insya-Allah akan dibantu Allah.

Juga yang tidak kurang pentingnya, dibaca ia agar Allah membantu kita supaya tidak teruja mencari jalan keluar melalui sumber yang haram.

Pun begitu, sekadar berdoa tanpa usaha tidak akan membuahkan apa-apa. Orang yang berhutang perlu terus berusaha dan bersusah-payah untuk maju.

Perkara berikut boleh dijadikan panduan:

1. Membayar hutang secara berdisplin sejurus mendapat pendapatan, sebelum belanja lain dilakukan.

2. Mengehadkan pembelian secara berhutang. Ketika membeli makanan asasi, bayarlah secara tunai. Hadkan berhutang dalam pembelian barangan mahal dan gunakan ke atas barangan yang perlu sahaja.

3. Hindarkan diri sejauh-jauhnya daripada berhutang dengan ah long dan perbankan konvensional kerana kiraan bunga faedahnya adalah bersifat berganda (compounding) yang sangat membebankan setiap kali gagal membayar pada waktunya.

4. Jangan membuat hutang baru selagi beberapa hutang lama terhadap item yang sama belum selesai.

5. Jangan membuat hutang baru sejurus dapat kenaikan gaji atau pangkat atau bonus, sebaliknya selesaikan sebahagian hutang yang tidak berstruktur terlebih dahulu.

6. Hutang berstruktur dengan pihak bank boleh dibayar berdasarkan jumlah yang telah ditetapkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Thursday, September 12, 2019

Maksud Mimpi Melihat Kanak-kanak

Maksud Mimpi Melihat Kanak-kanak

Masyarakat kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada sesuatu sama ada ia perkara baik atau buruk dan pada umumnya, setiap tingkah laku, perubahan tabiat atau kebiasaan harian yang menjejaskan ketenangan boleh mendorong berlakunya mimpi ketika tidur.

Mimpi Melihat Kanak-kanak
Gambar hiasan.

Jadi, kali ini jika anda pernah bermimpi melihat kanak-kanak di dalam tidur, apakah maksud mimpi tersebut?

1. Jika seorang lelaki bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak, bererti hilang maruahnya. Namun, mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya.

2. Jika bermimpi melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.

3. Jika bermimpi melihat seolah-olah belajar Quran atau adab, bererti dia terlepas dari dosa.

4. Jika bermimpi melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai, bererti akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak kesusahannya.

5. Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata; “Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit.” Maka Ibnu Sirin berkata; “Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orang dengan kayu.”

6. Jika bermimpi melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur, bererti mendapat keringanan dan kemudahan setelah menghadapi kesusahan.

7. Jika bermimpi membeli hamba abdi, bererti mendapat kesusahan dan sesiapa yang bermimpi membeli hamba sahaya, akan mendapat kebaikan.

8. Jika bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh, bererti itu merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu besar kemungkinan berlaku pada ibu anak itu.

9. Jika bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satu kebaikan akan datang kepadanya.

10. Jika bermimpi mempunyai anak kecil, kemudian dia melihat seolah-olah sudah dewasa, bererti menunjukkan akan kematiannya.

11. Jika bermimpi melihat kanak-kanak seolah-olah sudah dewasa, menunjukkan kepada kekuatan dan pertolongan.

12. Jika seorang wanita yang sedang hamil bermimpi seakan-akan lahirnya anak lelaki, dia akan melahirkan anak perempuan. Ada juga yang bemimpi mendapat anak perempuan tetapi dia mendapat anak lelaki. Bahkan ada juga yang tepat seperti yang dilihatnya dalam mimpinya itu.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sejarah Dan Asal-usul Skuter

Sejarah Dan Asal-usul Skuter

Sebuah skuter merupakan sejenis motosikal yang secara tradisionalnya mempunyai ciri-ciri seperti kerangka "boleh langkah" (step-through), roda yang saiznya tidak melebihi 16 inci, serta enjin yang terletak di bahagian belakang bawah penunggang.

Asal-usul Skuter

Walau bagaimanapun, terdapat juga reka bentuk skuter yang lebih moden yang turut menerapkan ciri-ciri bagi klasifikasi motosikal lain ke dalamnya, misalnya Yamaha Nouvo yang menyerupai sebuah motosikal kapcai.

Ciri-ciri

Enjin yang digunakan pada sesebuah skuter boleh jadi 2 lejang atau 4 lejang serta merangkumi saiz dari sekecil 50 cc sehinggalah sebesar lebih 500 cc seperti Yamaha T-Max, Honda Silver Wing dan Gilera GP800.

Sistem transmisi yang digunakan pada skuter moden lazimnya adalah jenis transmisi automatik CVT, tetapi model-model skuter lama seperti Vespa serta beberapa model retro menggunakan transmisi manual berjujukan dengan penukar gear di bahagian kiri hendal yang boleh dipulas.

Jika dahulunya sistem kerangka skuter diperbuah daripada keluli ditekan, tetapi kini badan skuter diperbuat daripada plastik yang dipasang pada kerangka tiub keluli.

Boleh dikatakan hampir kesemua motosikal skuter moden menggunakan penghidup elektrik, tetapi skuter yang lebih kecil turut mempunyai penghidup tendang yang biasanya hanya digunakan ketika kecemasan seperti semasa bateri menjadi lemah.

Beberapa model skuter yang lebih besar turut mempunyai ciri-ciri lebih mewah seperti sistem penggera, pemanas genggam hendal, radio serta sistem brek cegah kunci.

Sebagai usaha mengurangkan pencemaran udara, kini sudah terdapat model skuter yang menggunakan gas LPG di pasaran.

Skuter elektrik jalanan berkuasa tinggi mungkin akan dikeluarkan pada masa hadapan memandangkan beberapa motosikal elektrik kecil seperti Vectrix, e-max dan eGO (jangan terkeliru dengan Yamaha Ego ) yang sudah dikeluarkan.

Sejarah

Skuter 1894 Hildebrand & Wolfmüller
Skuter terawal, 1894 Hildebrand & Wolfmüller.

Susur-galur yang menyerupai skuter mula dibangunkan pada rekaan motosikal sekitar 1900an.

Pada tahun 1894, Hildebrand & Wolfmüller mengeluarkan kenderaan beroda dua pertama yang berjaya, dengan kerangka boleh langkah.

Tangki bahan api diletakkan di bahagian tiub bawah, manakala enjin dua silinder selarinya diletakkan di bahagian bawah kerangka.

Skuter ini menggunakan enjin sekujan udara dengan radiator di bahagian atas fender belakang.

Ia menjadi kenderaan beroda dua pertama yang dikelaurkan secara besar-bsearan kepada orang awam, serta menjadi antara skuter pertama yang bergantung kepada kuasa enjin daripada injak kaki dengan kelajuan maksimumnya adalah 40 km/j.

Roda belakangnya digerakkan oleh omboh sebagaimana lokomotif kereta api.

Hanya beberapa ratus sahaja bilangan yang dikeluarkan dan harga yang mahal serta kesukaran teknikal menjadikan usaha sama tersebut satu kegagalan kewangan bagi kedua-dua Wolfmüller dan penyokong kewangannya, Hildebrand.

1919 Autoped Ever Ready

1919 Autoped Ever Ready
1919 Autoped Ever Ready.

Salsbury Motor Glide pula merupakan motosikal kecil yang dibina pada tahun 1936 di bahagian belakang kedai tukang paip dan pemanasan di Oakland,

California, oleh E. Foster Salsbury serta penciptanya inventor Austin Elmore.

Ia mempunyai badan bertutup serta transmisi automatik dan begitu berjaya sehinggakan pada tahun 1938 Salsbury memberikan lesen kepada beberapa pengeluar Eropah lain termasuklah Piaggio.

Motor Glide merupakan skuter era Zaman Meleset, yang menjadi piawaian kepada model seterusnya.

Salsbury menghasilkan skuter automatik pertama dengan sistem transmisi boleh laras berterusan (CVT).

Selepas Perang Dunia Kedua

Fuji Rabbit scooter
Fuji Rabbit.

Selepas Perang Dunia Kedua, kebanyakan pembuat kapal terbang semasa zaman perang mula membina skuter dan ini mencetus ledakan industri motosikal Jepun.

Mitsubishi Silver Pigeon adalah sebuah skuter yang dibina dengan sebahagian besarnya daripada roda kapal terbang perang serta bahagian terbuang pesawat perang.

Ia berkongsi populariti dengan Fuji Rabbit keluaran Fuji Heavy Industries dari tahun 1946 sehingga 1968, merupakan skuter Jepun pertama yang mampu melepasi kelajuan 97 km/j.

Model seterusnya adalah antara yang tercanggih pada zaman tersebut, menampilkan penghidup elektrik, transmisi automatik serta sistem gantungan pneumatik.

Sambil ekonomi Jepun berkembang, permintaan terhadap skuter merosot dan Fuji beralih kepada industri kereta pada tahun 1958.

Walaupun tidak banyak diketahui di luar Jepun, Fuji Rabbit menjadi simbol nostalgia dalam budaya pop Jepun.

Vespa

Skuter 98 cc D' Ascanio
Skuter 98 cc D' Ascanio.

Di negara Itali pasca Perang Dunia Kedua, Piaggio Vespa membentuk piawaian bagi skuter di seluruh dunia selama 35 tahun. Dipatenkan pada April 1946, ia menggunakan reka bentuk serta bahan kapal terbang.

Skuter 98 cc D' Ascanio mempunyai pelbagai reka bentuk konsep radikal, termasuklah struktur penampung tegasan yang cantik.

Penukar gear ditempatkan di genggam hendal kiri untuk penunggangan yang lebih mudah. Enjin ditempatkan berhampiran roda belakang, tanpa memerlukan tali sawat pacuan.

Fork hadapan digantikan dengan lengan ayun yang serupa dengan roda kapal terbang bagi penukaran tayar yang lebih mudah.

Roda yang lebih kecil serta jarak roda yang lebih pendek membolehkan skuter ini dikendalikan di lorong sempit serta semasa kesesakan jalan raya.

Dengan menggabungkan unsur-unsur terbaik dalam reka bentuk automotif, aeronautik dan motosikal, dengan pantas Vespa menjadi ikon reka bentuk dan ekonomi.

Nama tersebut dilaporkan hasil daripada percakapan presiden Piaggio semasa melihat prototaipnya, lalu berkata 'Sembra una vespa' yang bermaksud, 'Ia kelihatan seperti seekor tebuan.'

1952 Lambretta 125 D

1952 Lambretta 125 D
1952 Lambretta 125 D.

Berbulan-bulan kemudian selepas pelancaran Vespa, pada tahun 1947, Innocenti memperkenalkan Lambretta yang menjadi pesaing utama.

Skuter tersebut direka bentuk oleh Innocenti, Pengarah Amnya Giuseppe Lauro dan jurutera Pierluigi Torre, yang mula dikeluarkan pada tahun 1947 semasa Pertunjukan Motor Paris.

Lambretta 'A' dikeluarkan pada 23 Disember 1947 serta terjual sebanyak 9,000 unit setahun yang jimat bahan api, dengan kadar penggunaan petrol 68-76 km/liter.

Kelajuan maksimumnya ialah 72 km/j, menggunakan enjin 123 cc sejukan udara. Nama Lambretta diambil sempena kawasan kejiranan di Milan di mana kilang Lambretta terletak.

1983 Honda Beat

Honda Ruckus
Honda Ruckus.

Pada tahun 1980an versi terbaru skuter mula dikeluarkan dan menjadi popular terutamanya di Jepun dan negara Asia Timur Jauh.

Gaya skuter sebegini mula menampilkan gaya motosikal berprestasi tinggi pada masa tersebut, malah ia berterusan sehingga kini.

Dengan pelancaran Honda Ruckus, satu trend baharu ke arah skuter "dirt-bike" hanyalah sekadar permulaan sahaja.

Pada tahun 1988, Honda memperkenalkan reka bentuk skuter kembara yang besar iaitu Honda Helix 250 cc (juga dipanggil Spazio, Fusion atau CN250).

Walaupun ia berat untuk dikendalikan pada kelajuan rendah, ia direkabentuk untuk penunggangan jarak jauh yang selesa.

Kini, hampir kesemua pengeluar skuter utama menghasilkan model sedemikian, dipanggil skuter "maksi", "GT" atau "kembara".

Skuter terbesar di dunia ialah Gilera GP 800, skuter dengan enjin 840 cc yang mampu memecut 100 km/j dalam masa 5.7 saat.

Skuter maksi

Honda Helix 250 cc
Honda Helix 250cc.

Satu lagi trend terkini adalah ke arah skuter yang lebih besar, dipanggil skuter maksi, dengan saiz enjin antara 250cc sehingga saiz terbesar buat masa sekarang iaitu 839cc (Gilera GP 800), serta menggunakan kerangka yang lebih besar daripada skuter bersaiz biasa.

Trend ini bermula pada tahun 1985 semasa Honda memperkenalkan CH250 Elite/Spacy.

Beberapa tahun kemudian, Suzuki melancarkan Burgman 650, Honda (600 cc), Piaggio, Yamaha, Aprilia, Kymco (700 cc) serta pengeluar lain turut mengeluarkan skuter besar dengan sesaran enjin di antara 400cc hingga 850cc.

Skuter maksi yang lebih canggih dan lebih mahal berbeza daripada skuter tradisional dari segi susunan enjin yang terletak pada kerangka dan bukannya pada lengan ayun.

Susunan sebegini mampu menambah baik pengendaliannya, dengan membenarkan pusat graviti dialihkan ke hadapan serta dengan memberikan kurang tekanan pada penyerap hentak belakang.

Sistem pacuan akhir diperlukan bagi menghubungkan sistem klac dengan roda belakang.

Trend ke arah skuter besar dan lebih berkuasa dengan transmisi automatik sepenuhnya ini dipadankan dengan trend baru dalam reka bentuk motosikal dengan bayangan motosikal bertransmisi automatik dengan ruang barangan di dalam.

Contohnya, motosikal Aprilia NA 850 dengan transmisi automatik yang menyediakan ruangan barangan di dalamnya yang mampu memuatkan sebiji topi keledar bermuka penuh.

Skuter elektrik

Peugeot Scoot'Elec
Peugeot Scoot'Elec.

Pada tahun 1996, Peugeot melancarkan Scoot'Elec, motosikal moped elektrik pertama. Ia digerakkan oleh motor DC 2.8 kW yang mendapat kuasanya dari sebiji bateri 18V, 100Ah yang terdiri daripada 3 "monobloc" nikel - kadmium Saft.

Kebanyakan bahagian badan serta gantungan menggunakan bahagian daripada skuter permulaan Peogeot, Zenith.

Namun demikian, kerangkanya sedikit berbeza, dibina di sekeliling "buai kembar", serta memegang bateri bi bahagian bawah dan di antara kaki penunggang, tersembunyi di belakang kaki.

Di bawah tempat duduk merupakan alat kawalan elektronik, pengecas serta kabel pengecas dengan plag piawai. Pengecas pantas (1,400 Watt) menggunakan bekalan arus ulang-alik 230V.

Masa mengecas dari kosong sehingga 95% penuh adalah 2 jam, manakala masa mengecas sepenuhnya adalah 3 jam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Ayam Kampung MARDI: Potensi Pendapatan Lumayan

Ayam Kampung MARDI: Potensi Pendapatan Lumayan

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebelum ini telah memperkenalkan baka ayam kampung MARDI yang lebih baik daripada ayam kampung asli dari segi pertumbuhan, kadar peneluran dan keseragaman warna bulu.

Ayam Kampung MARDI

Dagingnya pula teruji rendah lemak dan lebih pejal daripada ayam kampung kacukan yang biasa dijual di pasaran.

Pemeliharaan baka ayam kampung MARDI ini memerlukan kaedah pemeliharaan dan pemakanan yang ringkas dan mudah berbanding ayam pedaging.

Malah, kadar tumbesaran Ayam Kampung MARDI boleh mencecah berat 1.5 kilogram (kg) dalam tempoh 12 minggu.

Berat ayam kampung MARDI yang diternak secara teratur dengan pemberian makanan komersial yang seimbang mampu mencapai 1.5 kilogram (kg) bagi jantan dan 1.3 kg bagi ayam betina pada umur 12 minggu dan telurnya menetas selepas 21 hari.

Baka Ayam MARDI

Usaha menambakbaik baka ayam kampung telah dimulakan seawal tahun 2000 di Ibupejabat MARDI, Serdang, Selangor.

Ayam kampung jantan telah dikahwinkan dengan ayam Sasso betina yang dibawa masuk dari Perancis untuk menghasilkan ayam kampung terpilih MARDI.

Ayam kampung terpilih itu mempunyai ciri-ciri seperti ayam kampung, tetapi dengan prestasi pertumbuhan mirip kepada ayam pedaging menyebabkan ia kurang diterima ramai sebagai ayam kampung.

Kemudian, pembiakbakaan ayam kampung dari selatan dan utara kemudiannya menghasilkan Ayam Kampung MARDI yang ada sekarang.

Namun, Ayam Kampung MARDI yang dihasilkan dari kedua-dua baka itu pada mulanya menampakkan ketidakseragaman dari aspek warna bulu.

Menerusi 'line breading' didapati ada ayam berwarna merah dan pudar. Jadi pemilihan dilakukan ketika pengeluaran anak ayam.

Pada peringkat pertama (F1), 'line breading' ayam yang 'dikahwinkan' dari utara dan selatan menghasilkan 1,000 ekor anak ayam, yang dipilih dari 600 hingga 700 ekor ayam kampung yang mempunyai ciri ditetapkan seperti warna balung, bulu dan panjang kaki.

Semua baka anak ayam itu kemudian dikahwinkan semula sebelum ke peringkat generasi keempat (F4) yang mempunyai 95 peratus keseragaman Ayam Kampung MARDI.

Berbanding baka kacukan seperti 'Sasso' dari Perancis, baka Ayam Kampung MARDI yang kini sudah melalui peringkat generasi kelima (F5) adalah lebih baik termasuk dagingnya lebih pejal.

Kadar pertumbuhannya juga sekata, sama dengan pertumbuhan ayam asli.

Malah, Ayam Kampung MARDI mempunyai kadar pertumbuhan purata 1.5 kilogram dalam tempoh 12 minggu, juga mempunyai kadar bertelur 65 peratus lebih baik berbanding ayam kampung asli.

Seekor Ayam Kampung MARDI mampu mengeluarkan sehingga 200 biji telur setahun.

Cara Penternakan

Walaupun baka dipertingkatkan, Ayam Kampung MARDI masih mengekalkan sifat asal ayam kampung asli iaitu mengais dan mengeram.

Kelebihan ayam MARDI ialah, ia boleh diternak dalam skala yang besar atau dilepas bebas di ladang sawit, getah dan kebun buah-buahan.

Kaedah penternakan dan kandangnya mudah serta ringkas berbanding dengan ayam pedaging malah, ayam Kampung MARDI tidak mempunyai skop pengurusan tinggi kerana penternakannya sama dengan ayam kampung biasa.

Kajian dijalankan terhadap ayam Kampung MARDI ini mendapati, ia menggunakan makanan komersial sedia ada, tidak memerlukan ubi kayu dan rumbia.

Ayam Kampung MARDI juga boleh diternak dalam reban intensif terbuka dengan nisbah 1:10 jantan kepada betina, sekali gus memberikan pulangan lumayan kepada penternak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Apa Itu 'Y-Suku' Dan Kenapa Yamaha Y15zr Digelar Dengan Nama Pelik Ini?

Apa Itu 'Y-Suku' Dan Kenapa Yamaha Y15zr Digelar Dengan Nama Pelik Ini?

Yamaha Y15zr, moto kapcai paling laju setakat ini atau gelarannya 'Y Suku' merupakan jentera 2 roda paling panas di pasaran Malaysia sebab kalau nak park pun kena hati-hati, takut nanti hilang dicuri walaupun dah lock depan belakang atas bawah.

Ysuku Yamaha Y15zr

Y-Suku dikuasakan oleh enjin 4 lejang 150cc SOHC sama seperti model FZ150i yang dilengkapi injap penyejukan cecair (liquid cooled).

Tapi, kenapa wujudnya nama panggilan pelik ini?

Berdasarkan sumber orang disekeliling yang tunggang Y15zr, nama Y Suku diambil dari pecahan Matematik darjah 1.

Jom ingat balik apa yang kita pernah belajar:
  • 1/2 setengah
  • 1/3 satu pertiga
  • 1/4 suku
  • 2/3 dua pertiga
  • 3/4 tiga suku

Seterusnya, 1 jam ada 60 minit. Jadi Y15 bersamaan dengan 15.

15 dari 60 ialah 1/4. Maka 1/4 adalah suku. Inilah jawapan untuk persoalan ramai kenapa Y15zr dipanggil Y Suku.

Model Pertama

Y15zr jadi pilihan kaki modi kerana alat ganti aftermarket banyak ditawarkan di pasaran tempatan dan juga luar Malaysia.

Terdiri dari coverset, bahagian luaran lain seperti rim sukan, meter hinggalah ke bahagian enjin.

Dan hanya golongan bangsawan saja yang mampu modified Y Suku kerana harga barang boleh membuatkan poket anda bocor.

Lain negara lain nama modelnya. Yamaha Exciter 150 di Thailand dan Vietnam, Yamaha Jupiter MX/MX King 150 di Indonesia serta Yamaha Sniper 150 MXi di Filipina.

Model Kedua

Sebagai tambahan, sebelum ni Yamaha 125ZR dipanggil tupai. Mana datangnya pula nama tupai ni?

Asalnya dari nombor dua lima. Dalam english disebut two five. Maka apabila di Melayukan, jadilah tu-pai. -HAHA-

FAKTA MENARIK Ysuku

Versi pertama, Ysuku V1

Versi pertama motosikal kapcai keluaran Yamaha ini dilancarkan untuk pasaran Malaysia sekitar tahun 2015.

Ada banyak edisi

Hadir dalam pelbagai jenis edisi, antaranya pada sekitar September 2015, Yamaha Y15ZR Edisi GP dilancarkan.

Manakala Yamaha Y15ZR V2 pula mula memasuki pasaran pada bulan Mac 2019.

Ada 4 warna menarik

Versi kedua ini hadir dalam empat pilihan warna seperti Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey.

Untuk peminat Ultraman

Yamaha Y15ZR Edisi Ultraman dilancarkan pada Jun 2019 pada harga RM12,688.

Ada edisi terhad Movistar modified

Untuk nampak lain dari yang lain, edisi terhad ini tidak ada banyak beza dari segi enjin. Ia cuma dipakaikan dengan coverset baharu. Ada yang keluar tahun 2017 dan 2018.

Masih kategori kapcai

Merupakan motosikal kapcai kategori 150cc.

Gaya moden

Yamaha Y15ZR banyak menggunakan gaya moden dan mewarisi konsep rekaan model sports mereka yang lebih besar seperti R25 dan R1.

Tempat duduk rata

Yamaha Ysuku mempunyai tempat duduk yang lebih rata, tidak seperti kapcai biasa.

Maka penunggang tidak perlu menahan kaki untuk mengelakkan dari menggelungsur ke hadapan.

Tempat duduk lebih selesa

Duduk di atas Y15ZR menjanjikan keselesaan bagi kedua-dua penunggang dan penumpang.

Ada 5 gear

Menawarkan transmisi 5-kelajuan dan enjin satu silinder 150cc SOHC (Single Over Head Cam).

Alternatif kepada Yamaha Ysuku

Bercerita mengenai motosikal kapcai ini, pastinya ia mempunyai saingan dalam kelompoknya yang tersendiri.

Yamaha Y15ZR ini mempunyai saingan hebat dari tiga jenama motosikal besar yang lain.

Antara motosikal yang dikatakan seteru bagi Ysuku ini adalah seperti motosikal Honda RS150R, Benelli RFS150i dan SYM VF3i, di mana semua motosikal kapcai ini berkapasiti 150cc kecuali SYM dengan enjin bersaiz 183cc.

Kenapa patut beli Ysuku?

Bagi yang masih lagi tercari-cari motor kapcai, anda harus tahu bahawa Ysuku menawarkan kuasa maksimum untuk sebuah jentera kecil.

Motosikal Ysuku mempunyai gaya yang tersendiri, di mana ia banyak menampilkan aspek rekaan gaya bersama sentuhan moden untuk menarik pembelinya.

Apa menarik dengan Ysuku V2?

Untuk versi kedua, Ysuku mendapat sentuhan yang berbeza khususnya pada bahagian lampu hadapan, yang menggunakan rekaan baru dan nyalaan LED.

Pada bahagian meternya pula, ia kini tampil dengan paparan LCD, yang membolehkan penunggang membaca maklumat tunggangan dengan lebih mudah dan jelas.

Bagi aspek mekanikal pula, Y15ZR V2, masih dengan SOHC penyejukan cecair 150 cc berkuasa 15.4 PS dan tork 13.8 Nm yang ditampilkan dengan transmisi 5-kelajuan.

Berapa harga motor Ysuku?

Bagi Ysuku V2 ini, yang boleh dimiliki pada harga RM8,168, tidak termasuk cukai jalan dan yuran pendaftaran, pastinya merupakan sesuatu yang masih mampu untuk dimiliki oleh mana-mana individu yang sedang mencari motosikal untuk kegunaan harian.

Ysuku sesuai untuk keluarga atau tidak?

Sebagai motosikal yang berkuasa 150cc, seperti yang dinyatakan di atas, ia sebuah motosikal yang sesuai untuk kegunaan harian.

Oleh kerana itu ia pastinya sesuai untuk kegunaan mereka yang berkeluarga, yang perlu menghantar dan mengambil anak dari sekolah, untuk kegunaan pergi kerja dan bersantai bersama keluarga.

Dengan tangki bersaiz 4.2 liter, ia bukan sahaja menjanjikan penjimatan daripada aspek penggunaan bahan api, tetapi ia juga pastinya amat ideal untuk digunakan dalam bandar yang seperti kita ketahui, tidak pernah dapat lari daripada kesesakan lalu lintas.

Keistimewaan Ysuku V2 ini, ia dilengkapi dengan ciri Answer Lock Key.

Seringkali kita sering meletakkan motosikal di ruangan parkir yang sesak dengan motosikal lain dan ada masa kita terlupa di mana kita meletakkannya.

Jadi, dengan ciri yang ditawarkan ini, anda hanya tekan sahaja butang dan alat penggeranya akan berbunyi.

Anda boleh mengetahui lokasi motosikal Ysuku dengan lebih cepat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, September 11, 2019

Perjanjian Jin Saka

Perjanjian Jin Saka

Suatu hari pada penghujung tahun 2005, saya diminta oleh abang saya iaitu Ustaz Amir Hamzah yang bekerja di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bintulu untuk menyampaikan sebuah ceramah agama berkenaan dengan tajuk Isra' Mikraj.

Perjanjian Jin Saka
Gambar hiasan.

Beliau meminta saya untuk menggantikan seorang ustaz yang tidak dapat hadir untuk memenuhi undangan ceramah tersebut kerana kebetulan pada masa yang sama juga ustaz tersebut juga mempunyai program ceramah Isra' Mikraj di Masjid Daerah Bintulu.

Ceramah tersebut dijadualkan pada hari sabtu iaitu selepas solat maghrib dan kebetulan pada hari sabtu tersebut saya tidak mempunyai sebarang aktiviti.

Saya tiada masalah untuk menerima jemputan tersebut kerana pada awal-awal saya terjun ke dunia rawatan Islam ini, pihak JAIS Bintulu banyak membantu saya dalam urusan-urusan memperkenalkan rawatan Islam Ruqyah Syar'iyyah kepada masyarakat Bintulu pada penghujung tahun 2004 dahulu melalui Ustaz Rafaee.

Saya dimaklumkan oleh Ustaz Amir bahawa ceramah tersebut akan diadakan di sebuah surau di sebuah kawasan ladang kelapa sawit.

Lebih kurang dalam tiga jam perjalanan dari rumah ibu saya. Kawasan ladang tersebut terletak di jalan Bintulu-Miri yang lama.

Seingat saya perjalanan tersebut akan melalui jalan Bintulu-Miri. Kemudian masuk ke sebuah simpang menggunakan jalan yang berbatu-batu serta selekoh yang tajam dan dikelilingi oleh ratusan pokok kelapa sawit.

Tepat pada hari yang dijanjikan iaitu pada hari sabtu, lebih kurang dalam pukul 2.00 petang saya telah dijemput oleh sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna hitam. Penuh berlumpur dan banyak kesan calar.

Bunyi enjinnya juga agak kasar. Saya perhatikan dengan senyuman apabila kereta tersebut berhenti betu-betul di hadapan rumah ibu saya.

"Assalamualaikum. Ni Ustaz Malik ke?" kata seorang lelaki dalam lingkungan 50an.

Turun dari kereta tersebut dan memberi salam serta menghulurkan tangan kepada saya. Saya sambut salam tersebut.

"Waalaikumsalam. Ya. Saya Malik. Ustaz Malik boleh dan Cikgu Malik pun boleh."

Saya ketawa kecil sambil tersenyum dan memandang dengan tepat ke arah lelaki tadi.

"Saya Tuan Johari. Penyelia ladang tempat ustaz nak bagi ceramah nanti."

Kebiasaannya ladang-ladang kelapa sawit di Sarawak ini pengurus dan penyelianya kebanyakannya adalah dari Semenanjung Malaysia.

Ada yang membawa bersama keluarga mereka ke Sarawak dan ada pula yang meninggalkan keluarga mereka di kampung halaman dan sekali sekala balik ke Semenanjung untuk melepas rindu.

Tuan Johari ketika itu kelihatan segak dengan berseluar jeans dan berkemeja putih serta berkasut hitam. Sedangkan saya berbaju melayu hitam dan berselipar jepun serta berkopiah putih.

Sebenarnya saya tidak selesa kalau menggunakan baju melayu atau jubah. Bersongkok atau berkopiah. Rimas.

Berbeza dengan abang saya iaitu Ustaz Amir yang sentiasa kemas dan menjaga penampilan.

"Jom ustaz. Kita gerak sekarang. Insyaallah kalau dalam perjalanan tidak banyak lori mungkin kita akan sampai dalam pukul 5.00 petang. Bolehlah kita solat asar dan berborak-borak dulu sementara menunggu waktu maghrib masuk."

"Ok Tuan Johari. Saya tiada masalah. Ikut keselesaan tuan haji saja."

Perjalanan itu saya mulakan dengan menbaca doa musafir iaitu;

"Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Maha suci Tuhan yang menundukkan kenderaan ini untuk kami sedang kami sebelumnya tidak mampu mengawalnya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami."

Sepanjang berjalanan tersebut saya dan Tuan Johari banyak bercerita tentang hal agama, ilmu perubatan Islam, politik, hiburan hinggakan berkenaan dengan naik turun harga minyak sawit.

Dalam perjalanan ini juga kami dihiburkan dengan lagu-lagu love song dari cd yang dimainkan oleh Tuan Johari semasa di awal perjalanan tadi.

Setelah asyik melayan beberapa buah lagu Tuan Johari akhirnya memulakan perbualan;

"Ustaz, sebenarnya ada sesuatu yang saya nak mintak tolong dari ustaz. Itupun kalau ustaz sudi nak tolong saya."

"Ada nak mintak tolong apa tuan?" tanya saya sambil memandang Tuan Johari.

Tuan Johari terus memandang dan merenung ke depan. Untuk seketika Tuan Johari diam membisu. Agak lama juga.

Saya perhatikan Tuan Johari sedang memikirkan sesuatu yang seolah-olah sedang membelenggu jiwanya.

Kemudian Tuan Johari memandang kembali ke wajah saya seketika dan mengusap-usap janggutnya yang mulai memutih.

"Ustaz percaya tidak dengan jin, hantu, syaitan dan semua-semua ini?"

"Saya percaya tuan bahkan di dalam Islam kita wajib percaya akan wujudnya syaitan dan iblis laknatullah ini."

Kemudian saya bacakan Surah An Naas.

"Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia." (An Naas: 1-6)

Kemudian saya terangkan serba sedikit tentang Surah An Naas ini kepada Tuan Johari.

"Saya faham ustaz. Terima kasih."

Sambil Tuan Johari mengangguk-angguk tanda faham.

Lori yang bertentangan arah terus bergerak laju tanpa memperdulikan kenderaan yang lebih kecil di sebelah tepi.

Debu-debu kering juga yang berterbangan menganggu pemandangan kereta kami dan ada kalanya Tuan Johari memperlahankan kenderaannya kerana pandangan tidak jelas ketika itu.

"Ustaz. Boleh tak kalau saya nak mintak tolong. Itupun kalau ustaz berkelapangan."

"Nak mintak tolong apa tuan?"

"Macam ni ustaz. Rumah tempat saya tinggal di ladang ni terletak di atas bukit. Berjauhan dengan rumah-rumah asrama pekerja kami. Saya tinggal bersama isteri dan anak bongsu kami. Namanya Suraya."

Kemudian Tuan Johari menambah;

"Sebenarnya kami mempunyai tiga orang anak. Suraya tinggal bersama kami dan yang dua orang lagi abangnya menetap di rumah kami Johor Bahru. Yang sulung lelaki namanya Saiful Adli. Sudah berkeluarga. Bekerja sebagai pegawai di sebuah institusi kewangan dan seorang lagi bernama Syazwan dan masih menuntut di universiti."

Tuan Johari meneruskan kata-katanya sambil sesekali memperbetulkan kedudukan spek mata hitamnya.

"Ustaz boleh tak tolong-tengok-tengokkan anak saya ustaz. Perangainya agak berlainan. Saya sudah membawa pergi ke hospital bahkan kami pernah hantar anak kami ke hospital pakar di Semenanjung tapi masih juga tak sembuh-sembuh.

"Saya dah lama berputus asa ustaz. Tetapi apabila teringat Ustaz Amir bagitau yang ustaz pandai mengubat, lalu saya mula terbuka hati berusaha untuk mengubati penyakit anak saya semula.'

"Berapa lama sudah anak Tuan Johari sakit?"

"Lama juga ustaz. Lebih kurang dalam 5 hingga 6 tahun. Masa tu anak saya sedang menunggu keputusan ujian UPSR. Pada awalnya kami membawanya balik ke rumah mak mertua saya untuk bercuti. Kebetulan mak mertua saya sedang sakit tenat lalu kami datang untuk berziarah dan bermalam di sana. Ketika itu mak mertua saya dah sakit lebih kurang dalam tiga tahun. Suraya ni dah 17 tahun umurnya sekarang."

"Lepas tu tuan? Apa yang terjadi?"

"Kalau siang mak mertua saya terbaring saja di atas katil. Yang peliknya selepas azan maghrib mak mertua saya akan menjadi sihat. Makan, minum, mandi, kadang-kadang mengemas rumah, memasak dan sebagainya.

"Tetapi selepas azan isyak berkumandang, mak mertua saya akan baring balik di atas katil. Mukanya mendongak ke atas. Mata sekali sekala saja berkelip. Memandang sekeliling.

"Kadang-kadang dia tersenyum, kadang-kadang ketawa dan kadang-kadang merintih. Seram bunyinya ustaz."

"Pelik jugak kes mak mertua Tuan Johari ni."

"Setahu saya mak mertua saya pernah diganggu jin saka peliharaan keluarga mereka secara turun-temurun. Mak mertua saya adalah pemilik keturunan saka yang keempat. Entah siapa keturunan kelima saka ini.

"Kalau Suraya tadi tidak mungkin ustaz sebab dia keturunan yang keenam. Takkan saka ni nak melangkah dari keturunan ke empat terus keenam."

"Mungkin betul tuan. Kita harap penyakit Suraya ni bukan disebabkan saka. Tetapi kalau betul-betul saka, dari segi adabnya Suraya akan mengalami masalah sepanjang hidupnya. Melainkan Allah menghulurkan perlindungan kepadanya," jelas saya.

"Saya masih teringat lagi. Masa kat kampung mak mertua saya, Suraya sedang bermain-main di tangga rumah ketika remang-remang senja. Saya panggil Suraya tadi utuk naik ke atas.

"Suraya lepas tu datang dan duduk di sebelah saya. Mak Mertua saya yang sakit tiba-tiba keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu sambil memandang saya dengan senyuman tajam."

"Saya agak risau pada masa tu. Kemudian mak mertua saya tiba-tiba sahaja memanggil Suraya untuk duduk sebelahnya.

"Suraya menganguk-anggukkan kepala lalu melompat duduk di riba mak mertua saya. Saya lihat mak mertua saya seperti membisikkan sesuatu ke telinga Suraya. Suraya cuma untuk mendengar dengan teliti. Selepas itu Suraya terus tertidur."

"Saya kehairanan kenapa Suraya yang sedang aktif bermain tadi tiba-tiba boleh terus saja tertidur layu dalam dakapan ibu mertua saya. Sedangkan dia baru lepas bermain dan berlari di halaman rumah.

"Biasanya kita perlu masa yang agak sedikit lama untuk boleh melelapkan mata. Tetapi tidak bagi Suraya. Selepas mendengar bisikan neneknya Suraya terus tertidur."

Kemudian kami terdiam. Saya tidak memberi sabarang jawapan. Cuma meneliti permasalahan ini kalau-kalau ada unsur-unsur gangguan jin.

Setelah dua jam perjalanan kami telah sampai ke simpang ladang tersebut. Dari simpang jalan utama masuk ke kawasan ladang tersebut pula akan mengambil masa selama lebih kurang satu jam lagi perjalanan.

Mata saya mula mengantuk. Bila-bila masa sahaja saya boleh melelapkan mata. Tuan Johari saya biarkan saja melayan fikirannya.

Perjalanan mula rasa tidak selesa akibat tayar kereta yang dinaiki saya melanggar batu-batu yang agar besar.

Tuan Johari sesekali memperlahankan keretanya dan kadang-kadang menyapa pekerja-pekerja yang ada di sekitar kawasan ladang.

Mata saya semakin layu. Pendengaran saya semakin samar dan akhirnya saya tertidur tanpa memperdulikan apa yang berlaku disekeliling.

Ketika sedang tidur saya telah bermimpi. Keadaan ketika itu sangat gelap. Saya berada di suatu tempat yang sangat asing bagi saya. Saya berada di hadapan sebuah pokok yang sangat besar dan rendang.

Pokok tersebut kelihatan sangat tua. Di sekitar pokok tersebut dikelilingi oleh puluhan kubur-kubur lama berdasarkan kayu nisannya.

Agak pudar, ada yang telah reput, ada yang telah hancur berkecai dan ada yang seperti dikorek oleh sesuatu.

Saya amati di sekeliling saya. Ketika itu saya berada di dunia yang sangat-sangat asing.

Saya perhatikan di sebelah kiri pokok besar tersebut ada sebuah kolam kecil. Ukuran bulatan sebesar setengah gelanggang sepak takraw.

Saya cuba mendekati kolam tersebut dan cuba untuk masuk ke dalamnya.

Kedalaman kolam tersebut cuma sebatas paras betis sahaja. Warnanya agak kemerah-merahan dan berbau hanyir.

Tekak saya merasa loya dan ingin muntah tapi saya sedaya upaya untuk menutup mulut.

Tiba-tiba kepala saya merasa pening dan saya berusaha cuba untuk beredar dari kolam berkenaan.

Dengan tidak semena-mena saya rasakan yang kaki kanan saya tersekat. Seperti ditarik dan ditahan oleh sesuatu.

Saya memandang ke bawah dan saya terkejut kerana sepasang tangan yang berbulu dan berkuku panjang mengenggam pergelangan buku lali kanan saya.

Saya seakan-akan tidak berdaya. Badan terasa semakin lemah. Kemudian saya rasa seperti ada lembaga yang tiba-tiba muncul dari arah sebelah belakang.

Saya tidak berani untuk menoleh. Dalam hati saya hanya berserah kepada Allah sahaja.

Saya mula terdengar seperti bunyi beberapa orang bercakap-cakap dari arah belakang dengan bahasa yang kadang-kadang jelas kadang-kadang samar-samar. Sesekali mereka menyebut juga nama saya. Jelas kedengaran suara perempuan tua.

"Malik..hihihihihihi..."

"Budak inilah ke yang datang nak ganggu tuan aku. Hehehe..."

"Mungkin dia belum kenal aku siapa. Hihihi..."

Bulu roma saya meremang. Bunyi ketawa itu kedengaran semakin dekat dan semakin jelas. Semakin dekat dan semakin jelas.

Saya cuba untuk membaca beberapa ayat Al Quran tetapi tidak berjaya. Mulut seolah-olah terkunci.

Saya dapat rasakan makhluk itu melangkah perlahan-lahan menuju ke arah saya.

Terasa seperti hembusan nafas lembaga tersebut menyentuh di belakang kulit telinga saya yang sejuk kerana dinginnya suasana ketika itu.

Saya berusaha untuk menguatkan hati, mengawal ketakutan dan menguatkan semangat untuk menoleh ke arah belakang bagi memastikan siapa dan apakah lembaga yang tiba-tiba muncul tersebut.

Dalam keadaan menggenggam penumbuk, saya cuba untuk menguatkan tekad, dalam hitungan ketiga saya akan berusaha untuk menoleh ke belakang, menumbuk dan menendang apa sahaja yang ada di hadapan saya.

"Satu..."

"Dua..."

"Dua suku..."

"Dua setengah..."

"TIGA..."

Sepantas kilat saya memusingkan badan ke arah sebelah kanan dan cuba untuk menumbuk lembaga tersebut.

Ternyata usaha saya sia-sia sahaja kerana tumbukan padu saya cuma menyentuh angin sahaja. Saya perhatikan tiada siapapun yang berada di situ.

Dan ketika saya berpaling arah ke sebelah kiri, tiba-tiba saya terkejut kerana di hadapan saya, wajah saya betul-betul sedang bertemu dengan wajah seorang perempuan tua yang hodoh yang tiba-tiba muncul.

"Allahu Akhar."

Laungan kalimah Allah keluar secara spontan dari mulut saya. Wajahnya penuh dengan lendir-lendir yang berwarna kehijauan.

Sepasang bebola matanya sebesar genggaman tangan lelaki dewasa.

Merenung tepat ke arah muka saya sambil lidahnya yang berlubang-lubang itu terjelir keluar lalu menyentuh wajah saya. Rasa geli dan lemas ketika itu.

Pakaian yang digunakan oleh perempuan itu seperti pakaian dayang-dayang istana dalam filem bangsawan lama. Cuma jelas kelihatan koyak, kotor, busuk dan penuh dengan ulat-ulat bangkai.

Sebelah tangan kirinya saya lihat sedang memegang sebuah tali yang biasanya digunakan oleh petani untuk menambat lembu. Tetapi berwarna hitam dan berkilat.

Pada hujung tali tersebut kelihatan seorang perempuan muda yang diikat pada lehernya dan sedang duduk.

Lidahnya terjelir keluar juga. Terungap-cungap sepeti ikan yang berada di atas darat.

Tangan dan kakinya juga terikat sama. Memandang terus ke atas dan seperti orang yang sedang berkhayal.

Apa yang dapat saya gambarkan adalah perempuan tua itu seolah-olah membawa dan mengherat perempuan muda itu ke mana-mana sahaja dia pergi.

Seperti seseorang yang sedang membawa anjingnya berjalan-jalan sambil leher anjingnya diikat dengan tali agar tidak terlepas dan lari.

Saya kuatkan semangat. Meminta pertolongan kepada Allah sambil membaca ta’awwudz.

"A'udzubillahi minasy syaitaanir rojim."

Dan saya mulakan dengan membaca beberapa ayat-ayat ruqyah.

"Afa hasibtum annama khalaqnaakum 'abasa wa antum ilaina la turja'un. Fata'alallaahul malikul haqqu. La ilaha illahu 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul 'arsyil kariiim."

Maksudnya; "Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?)" (Surah Al Mu'minun: 115)

Saya mengumpul seluruh sisa kekuatan yang ada pada diri saya dan cuba untuk menendang perempuan tua yang betul-betul berada di hadapan saya tadi.

Saya tutupkan mata dan melakukan sebuah tendangan.

"Gedengang..."

Saya berharap tendangan saya itu betul-betul hinggap ke arah dada perempuan tua itu.

Tiba-tiba;

"Ustaz... ustaz.."

"Ustaz kena rasuk ke? Jangan dulu ustaz. Nanti-nantilah ustaz kena rasuk..."

"Nanti tak ada pulak orang yang bagi ceramah ustaz."

Saya membuka mata. Ternyata saya sedang bermimpi.

"Astaghfirullahal'azhim."

Dada saya masih lagi berdegup kencang. Saya mengusap-usap mata saya dengan agak kasar, menampar-nampar pipi dan menarik-narik janggut saya supaya rasa mengantuk tadi hilang.

Saya melihat Tuan Johari agak bimbing melihat saya. Dia menawarkan saya sebotol air. Saya buka tudung botol tersebut dan terus meneguk dengan perlahan-lahan.

"Ustaz, air itu bukan untuk diminum. Tapi untuk ustaz cuci kaki."

"Kenapa pulak nak cuci kaki?"

"Supaya kalau ustaz tidur lagi ustaz tak mengigau dah."

Saya merenung Tuan Johari sambil tersenyum manakala Tuan Johari pula tersengih-sengih.

"Boleh tahan jugak gurauan orang tua ni," ujar saya di dalam hati.

Saya tidak tahu apakah logiknya Tuan Johari berkata demikian. Mungkin itu salah satu kepercayaan dia atau mungkin sebagai sebuah gurauan kasar.

Saya perhatikan 'dashboard' kereta Tuan Johari terbuka. Barang di dalamnya berserakan dan terjatuh ke bawah lantai kereta.

"Ustaz yang tendang tadi. Ustaz mengigau agaknya."

Saya kutip kembali surat-surat dan apa saja yang ada di lantai dan memasukkan kembali ke dalam 'dashboard'.

Kemudian kami berborak-borak untuk mengilangkan rasa bosan. Tidak lama kemudian kami sampai juga di kawasan ladang tersebut.

Mula-mula kami lalu di kawasan asrama tempat tinggal pekerja. Ada lebih kurang empat blok kesemuanya.

Ada yang sedang bermain bola tampar dan ada yang duduk-duduk sahaja. Kaum ibu-ibu pula sibuk berkongsi cerita sesama sendiri kelihatan anak-anak kecil berkeliaran dan berlari bersama kawan-kawan.

Kemudian kami tinggalkan mereka dan menuju ke pejabat Tuan Johari.

Pejabat Tuan Johari agak ringkas. Cuma yang ada di atas meja adalah sebuah computer, beberapa dokumen dan terselit di tepi meja Tuan Johari adalah gambar beliau dengan isteri dan ketiga-anak-anak mereka.

Saya amati gambar tersebut. Muncul sebuah pertanyaan dalam diri saya.

"Ni gambar Tuan Johari sekeluarga ke?"

"Haah.. Ni gambar tahun lepas. Kat airport Bintulu. Masa kedua-dua anak lelaki saya di Johor datang bercuti ke sini."

"Yang perempuan yang berkerusi roda ni anak bongsu Tuan Johari ke? Yang sakit tu?"

"Ya ustaz. Anak yang cantik. Tapi sekarang ntahlah."

Sesalan mula wujud pada wajah Tuan Johari.

"Tuan. Anak tuan yang inilah yang saya lihat di dalam mimpi saya tadi semasa kita dalam perjalanan ke sini."

"Ye ke ustaz? Macamana rupa anak saya ustaz?"

"Biasa-biasa je tuan."

"Takdelah tuan. Saya bergurau sahaja."

Saya cuma mampu untuk merahsiakan apa yang saya alami tadi. Suraya yang saya lihat di dalam mimpi tadi sedang terikat lehernya dan ditarik serta dipimpin oleh lembaga perempuan tua yang mengerikan.

Lama juga saya terfikir apakah maksud semua ini. Saya berdoa kepada Allah supaya memudahkan urusan Tuan Johari sekeluarga dan semoga Allah memberi ilham serta petunjuk kepada kami mengenai gangguan pada Suraya.

Selepas itu kami pergi ke surau untuk solat asar berjemaah kerana jam sudah menunjukkan pada pukul 5.00 petang.

Tuan Johari kemudiaanya mengajak saya untuk pergi ke rumahnya. Saya menolak dengan cara baik.

Biarlah Tuan Johari berehat sebentar di rumah dan kemudian bersiap-siap untuk pergi ke surau untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah agama.

Sementara itu, selepas solat asar saya habiskan masa untuk membaca zikir Al Ma'tsurat.

Semasa di Madrasah Al Quran Kampung Baru Bintulu dulu kami diwajibkan untuk menghafal zikir-zikir ini.

Alhamdulillah zikir ini telah menjadi lafaz harian kami pada waktu pagi dan petang.

Tidak beberapa kemudian surau mula didatangi dan dipenuhi dengan para jemaah untuk sama-sama mendirikan solat maghrib.

Ketika azan dikumandangkan saya lihat Tuan Johari dan beberapa orang pegawai telah datang.

Berdasarkan pakaian mereka mungkin mereka ini adalah di antara bos-bos besar dan penyelia di ladang ini.

Saya menolak secara baik untuk menjadi imam solat maghrib ketika diminta oleh para makmum untuk menjadi imam.

Kelihatan seorang lelaki muda, berjubah putih dan berserban mengambil tempat di hadapan dan kami memulakan solat magrib bersama-sama.

Imam itu saya lihat adalah sangat-sangat tawaddu'. Sangat-sangat merendah diri dan dihormati oleh jemaah surau. Mungkin dialah imam surau ini.

Selepas menunaikan solat maghrib, kami berwirid bersama-sama. Kemudian saya dijemput oleh Tuan Johari untuk menyampaikan kuliah maghrib sempena Peristiwa Isra' Mijraj.

Kuliah saya sekitar lebih kurang satu jam sahaja dan selepas itu kami solat isya berjemaah.

Sebelum pergi ke rumah Tuan Johari saya dijemput untuk makan malam bersama-sama ahli jemaah surau.

Mereka menghidangkan kepada kami nasi briyani ayam kari dan beberapa lauk-pauk yang lain.

Saya makan sekadarnya sahaja kerana sudah menjadi kebiasaan bagi kami, sebelum memulakan rawatan kami lebih suka untuk tidak berada di dalam keadaan terlalu kenyang. Nanti timbul pula rasa tidak selesa semasa merawat pesakit.

Selepas selesai semuanya, Tuan Johari mengajak saya untuk pergi ke rumahnya. Jam telah menunjukkan pada pukul 9.00 malam.

Saya diberitahu oeh Tuan Johari bahawa kami akan ditemani oleh dua orang lagi pekerjanya bagi membantu apa-apa saja yang saya perlukan nanti.

Perjalanan ke rumah Tuan Johari cuma mengambil beberapa minit sahaja. Sekitar 400 meter.

Cuma keadaan jalan yang gelap, berlubang dan berbatu bersaiz besar menyukarkan kereta Tuan Johari untuk bergerak pantas.

Saya duduk di bahagian hadapan. Saya memandang ke arah luar. Sunyi dan gelap.

Saya cuma diam sahaja ketika Tuan Johari bual-bual bersama pekerjanya. Ketika itu saya mula membaca ayat-ayat Al Quran dan doa pelindung diri dan berserah segalanya kepada Allah.

Dari jauh kelihatan rumah Tuan Johari. Di sekitar situ ada dua buah lagi rumah dengan saiz yang sama.

Tuan Johari memberitahu saya bahawa dua buah rumah itu adalah milik kawannya yang menjadi pengurus di ladang tersebut. Kami berhenti betul-betul di luar pagar.

Sementara menunggu pekerjanya membuka pagar, Tuan Johari sekali lagi meminta saya untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh anaknya.

"Insyaallah tuan. Kita usaha dan serah kepada Allah. Saya tidak berani untuk memberi jaminan yang anak tuan boleh sembuh. Semua kesembuhan adalah milik Allah."

"Iya ustaz. Saya paham. Kita usaha mana-mana yang boleh dulu."

"Baik tuan."

Kereta yang kami naiki mula masuk ke perkarangan rumah. Di hadapan kami tersergam rumah yang besar. Tetapi suram dan sepi.

Saya turun dari kereta dan memandang ke arah rumah tersebut. Tiba-tiba pintu dibuka oleh seseorang.

Saya tidak pasti siapa tetapi keadaannya samar-samar. Sekali imbas sama seperti perempuan tua yang saya jumpa di dalam mimpi.

Setelah mematikan kereta, Tuan Johari keluar dan mengajak kami berjalan ke arah pintu rumah sambil Tuan Johari mengeluarkan kunci rumah dari poket seluarnya. Ternyata pintu rumah Tuan Johari tadi sedang tertutup.

Saya terdiam. Saya tidak tahu adakah Tuan Johari dan dua orang pekerja tadi perasan atau tidak yang pintu telah dibuka oleh seseorang.

"Ada siapa-siapa lagi yang tinggal di dalam tuan?"

"Takde ustaz. Cuma kami tiga beranak sahaja," jawab Tuan Johari menjemput kami masuk sambil membuka pintu.

"Assalamualaikum," saya memberi salam.

Kami melangkah masuk ke dalam. Tuan Johari menjemput kami untuk duduk di ruang tamu dan kemudian beliau meminta izin untuk naik ke tingkat atas.

Sementara itu saya dan kedua orang pekerja Tuan Johari berborak-borak kosong sementara menunggu Tuan Johari turun semula ke bawah.

Setelah beberapa minit Tuan Johari turun semula ke tingkat bawah dan mempelawa kami untuk naik.

"Jom naik ustaz."

"Baik tuan. Jom."

Kemudian saya mempelawa dua orang pekerja Tuan Johari untuk naik sama. Kami naik ke tingkat atas dengan melangkah secara perlahan-lahan.

Sesampainya di tingkat atas kami terus masuk ke bilik Suraya, anak Tuan Johari. Biliknya agak besar.

Katil Suraya kedudukannya di tepi tingkap. Almari baju pula bersandar dan membelakangi katil Suraya.

Suraya terbaring di katil sambil tangan dan kakinya seperti terikat dan cuma memandang ke atas.

"Astaghfirullahal'azim..." saya beristighfar berkali-kali.

Susuk tubuh badan Suraya sama seperti yang saya lihat di dalam mimpi semasa di dalam perjalanan ke ladang petang tadi.

Seperti berada di dalam sebuah kurungan. Sedangkan secara realitinya Suraya cuma berbaring dan kedua tangan dan kakinya dalam keadaan rapat.

Tetapi di dalam mimpi saya Suraya sedang duduk dan tangannya pula terikat.

"Adakah ini Suraya yang muncul di dalam mimpi saya tadi? Adakah mimpi tadi merupakan petunjuk dari Allah?" cetus hati saya dan meninggalkan jutaan persoalan untuk dirungkai.

Suraya yang terbaring di katil sambil ditemani oleh ibunya, Puan Farah.

Saya meminta izin untuk berdiri di sebelah katil Suraya. Semasa saya mendekti katil Suraya, tiba-tiba Suraya tersenyum memandang dan menjeling ke arah saya.

Kemudian saya mulakan dengan membaca beberapa potong dari ayat-ayat Al Quran.

Saya mulakan dengan membaca; "A'udzu billaahi minasy syaitaanir rajim."

Lalu saya membaca; "Bismillahirrahmaanir rahim."

Kemudian saya membaca Surah Al fatihah, lima ayat pertama Surah Al Baqarah dan dua ayat terakhir dari Surah Al Baqarah.

Saya bacakan sambil memerhati pergerakan Suraya. Suraya menatap dengan tajam ke arah saya.

Saya jarakkan sedikit kedudukan dengan mengundur ke belakang sedikit sebagai langkah persediaan.

Kemudian saya membaca ayat Al Quran A n Nisa': 76; "Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah."

Selepas membaca ayat tersebut Suraya kemudiannya menjerit dan tiba-tiba berdiri di atas katil.

Badannya bongkok seperti orang tua. Menjerit dengan suara yang garau. Kemudian melompat ke atas almari.

"Hahahaha... hihihihihi... Manusia bodoh. Jangan kamu cuba pisahkan aku dari Suraya."

"Ya ma'syaral jin (Wahai golongan jin). Siapa kau wahai musuh Allah..?

"Aku adalah penjaga keturunan Suraya ini. Sudah beberapa keturunan aku hidup bersama mereka. Mereka telah menganggap aku sebagai sebahagian dari keluarga mereka dan pelindung keluarga mereka."

"Kau silap wahai syaitan. Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik pelindung."

"Hahahaha.. Kalau Allah sebaik-baik pelindung, kenapa mereka ini memelihara Aku. Kenapa setiap tahun mereka memberi Aku makan? Kenapa mereka menunaikan permintaan Aku? Hehehe.. Dan kenapa mereka sanggup serahkan Suraya dan jadikan Suraya sebagai pertukaran?"

Saya terkejut lalu terdiam sebentar. Saya lihat wajah Tuan Johari kelihatan penuh kehairanan.

Begitu juga Puan Farah dan dua orang pekerja mereka. Jelas wujud perasaan takut, terkejut dan risau pada wajah mereka.

"Baik kau turun sekarang wahai syaitan. Sebelum aku naik kat almari tu."

"Kau tahu tak manusia bodoh. Di atas almari inilah tempat aku tinggal selama ini. Setiap hari aku perhatikan Suraya dan dari sinilah aku akan menjaga Suraya seperti mana perjanjian aku bersama moyangnya dahulu. Aku berjalan di sekitar biliknya."

"Aku juga berada di bilik ibu bapanya dan aku terbang di sekitar rumah ini. Mereka tidak tahu. Mereka tidak nampak aku. Aku perhatikan sahaja apabila mereka tidur dan berbual-bual. Kadang-kadang kami makan bersama. Aku makan makanan yang mereka tidak bacakan nama Allah padanya."

"Kadang-kadang aku wujudkan perselisihan pada keluarga ini. Agar mereka memusuhi dan mensyaki segala sesuatu yang tidak ada. Agar mereka saling mendengki dan jauh dari Allah. Kan itu tugas aku dari dahulu? Hahahaha..."

Untuk sementara saya cuba mengagak yang gangguan ini adalah dari saka atau bahasa mudahnya jin keturunan.

Penilaian saya bukan berdasarkan apa yang dikatakan oleh jin tersebut tetapi berdasarkan pada kesimpulan keseluruhan dari tanda-tanda gangguan yang wujud pada keluarga Tuan Johari ini.

Jin Saka ini wujud apabila pada suatu ketika dulu, moyang kita bekerjasama dengan jin untuk menjaga rumah, harta, kebun, keluarga dan sebagainya.

Kemudian saka itu diturunkan dari moyang kita kepada datuk atau nenek kita. Kemudia kepada ibu atau bapa kita, seterusnya turun kepada kita dan akhirnya diwarisi oleh generasi-generasi sesudah kita.

Saka ini sebenarnya ada perjanjian-perjanjian tertentu yang kita tidak tahu kerana itu antara syaitan dan moyang kita terdahulu.

Kebiasaannya keluarga tersebut ada menyimpan barang-barang lama seperti keris, tombak, pasu, azimat, bungkusan tertentu dan sebagainya sebagai tanda-tanda perjanjian tadi.

Tidak pernah sedikitpun yang jin saka ini akan melindung kita bahkan keluarga yang memiliki saka ini akan mengalami masalah yang tidak pernah akan putus-putus selamanya.

Dalam kes-kes tertentu saka ini akan meminta balasan yang tidak diketahui permintaannya oleh keluarga mangsa sebagai konon-kononnya telah menjaga keluarga tadi.

Kami terus memerhati pergerakan Suraya tadi.

"Oklah. Kalau kau tak nak turun sekarang, aku akan baca lagi ayat-ayat Al Quran."

Kemudian saya teruskan dengan membaca Surah Kursi dan Surah An Nisa: ayat 56; "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)." (Al Baqarah / Surah Kursi: 225)

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (An Nisa: 56)

Syaitan yang berada di dalam badan Suraya tadi menjerit. Jeritannya terasa menusuk ke lubang telinga.

Kami menutup telingan kerana bunyi jeritan itu saya agak boleh sahaja memecahkan gegendang telinga kami.

Kemudian saya kuatkan bacaan Al Quran dengan tanpa memperdulikan Suraya menjerit-jerit kesakitan. Sekejap menangis, sekejap ketawa sambil menunjuk-nunjuk ke arah saya.

"Ukhruj Ya "aduwallah. Keluarlah wahai musuh Allah. Ukhruj ya syaitan. Keluarlah wahai syaitan."

Dengan tidak semena-mena Suraya terus melompat dari atas almari ke arah katil di hadapannya.

"Gedengang."

Kami semua terkejut dan terpaku. Kedua-dua orang pekerja Tuan Johari tadi menjerit dan memegang bantal sambil menutup kepala mereka. Menjerit dan lari ke tingkat bawah.

Saya pun tidak faham kenapa mereka berkelakuan seperti itu. Mungkin takut. Dan saya pun tidak tahu dari mana mereka dapat bantal tersebut.

Bunyi jeritan mereka hingga keluar rumah. Saya rasa mereka berdua lari balik ke asrama pekerja.

Asalkan jangan lari dan masuk ke dalam kebun-kebun sawit pada malam yang suram dan menyeramkan ini sudahlah.

Kedua-dua kaki katil di sebelah hadapan telah patah akibat dari lompatan Suraya tadi.

Suraya berdiri sambil menari-nari. Kami bergerak mundur sedikit ke arah belakang.

Suraya kemudiannya melompat dari katil dan berjalan menuju ke arah Puan Farah sambil tersenyum dan tunduk.

"Sudah lama aku tidak bersua dengan kamu. Aku sudah lama kelaparan. Kenapa kau tidak lagi memberi makan kepada aku wahai Farah. Kan engkau ini adalah ibu kepada tuan aku. Berilah aku makan. Nanti Suraya aku akan jaga. Sampai dia mati. Hihihihi..."

Saya dan Tuan Johari tergamam. Masih tidak mengerti dan samar-samar. Kenapa jin yang merasuk Suraya berkata seperti itu.

Selepas itu Suraya berpaling kepada Tuan Johari dan berlari menuju ke arah Tuan Johari sambil tangannya lurus ke hadapan.

Mungkin kerana terkejut Tuan Johari jatuh tersandung ke belakang ketika cuba untuk mengelak dari serangan Suraya.

Ketika Tuan Johari jatuh terlentang, Suraya lantas melompat ke atas badan Tuan Johari lalu mencekik Tuan Johari sambil membenamkan kukunya yang tajam ke leher Tuan Johari.

"Ya Allah. Aduh. Sakitnya..." jerit Tuan Johari.

Di dalam keadaan kelam kabut seperti itu saya segera menerpa ke arah Suraya dari arah belakang dan cuba untuk menariknya.

Suraya sedikitpun tidak bergerak. Kemudian Suraya secara perlahan-lahan berpaling ke belakang dan merenung tajam ke arah saya sambil tersenyum.

"Kau nak mati jugak ke bodoh?"

Saya buat-buat tak tahu. Kemudian saya merenung tingkap bilik.

"Kalau apa-apa berlaku aku akan lari dan terjun dari tingkap dulu," bisik saya di dalam hati.

Tuan Johari masih lagi menahan kesakitan dan cuba untuk menarik genggaman tangan Suraya.

Dalam keadaan tegang seperti itu saya cuba untuk tenangkan diri. Ketika itu saya berserah kepada Allah.

Saya bacakan sebuah ayat Al Quran; "(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang-orang yang berdosa (dalam neraka), makanan ini pula panas, seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya." (Surah Ad Dukhan: 43-46)

Dengan tidak semena-mena Suraya menjerit-jerit dan suaranya memenuhi segenap ruang-ruang bilik.

Saya bacakan ayat-ayat tadi berulang-ulang kali sehingga dengan izin Allah saya lihat Suraya mula menjadi lemah, terhoyong-hayang dan akhirnya pengsan.

Tuan Johari bingkas bangun lalu memeluk Suraya. Darah masih lagi keluar dari celah-celah leher Tuan Johari sehingga baju Tuan Johari mula kelihatan beberapa tompok-tompok kemerahan akibat dari kesan darah tersebut.

Saya minta Tuan Johari baringkan Suraya di hadapan kami.

Ibu Suraya, Puan Farah masih berdiri agak sedikit jauh dari kami. Menangis sambil mengelapkan air matanya.

Saya minta Puan Farah untuk datang ke arah kami untuk memperbetulkan baju Suraya.

Tangan dan kaki Suraya saya lihat tidak seperti sebelum ini. Tidak lagi seperti seorang yang sedang diikat kaki dan tangannya. Suraya berbaring lemah.

Selepas itu saya perhatikan Suraya mula membuka matanya.

"Ayah.. Mama.. Suraya haus.."

Puan Farah mengeluarkan sebotol air minuman dari dalam beg. Tak tau pulak saya ada air di dalam beg Puan Farah.

Mungkin sesetengah orang suka untuk membawa air botol di dalam beg mereka.

Puan Farah kemudiannya membuka tudung air botol tersebut dan menuangkan sedikit-demi sedikit air ke dalam mulut Suraya.

Suraya minum dengan perlahan. Kemudian saya mengajar Suraya untuk beristighar.

"Suraya ikut ustaz baca ok? Astaghfirullaahal 'Adziim.."

Suraya mengangguk dan mengikuti bacaan saya secara perlahan-lahan.

"Astaghfirullaahal 'Adziim.. "Astaghfirullaahal 'Adziim.. "Astaghfirullaahal 'Adziim.."

Suraya kemudian diam dan memandang ayah dan ibunya.

"Suraya kenapa Ayah.. Mama..?

"Suraya sakit," jawab Tuan Johari.

"Suraya di mana sekarang?"

"Di rumah kita nak."

"Suraya dan tak tahan lagi Mama.."

Ibu Suraya saya lihat kembali menitiskan air mata. Cuma sekarang lebih sayu.

"Bertahanlah nak. Insyaallah nanti Ayah usahakan untuk bantu Suraya ok?" sahut Tuan Johari.

Tiba-tiba Suraya diam dan memandang ke atas. Bebola matanya kembali tajam dan tersenyum memandang kami.

Saya minta ke pada Tuan Johari dan Puan Farah untuk menahan kedua belah tangan Suraya sebagai langkah berjaga-jaga.

Tiba-tiba Suraya kembali mengilai.

"Hihihihihi... Kenapa kamu seksa aku wahai manusia. Aku tiada urusan dengan kamu."

"Kenapa kau ganggu Suraya. Kenapa kau tak lepaskan sahaja dia?" tanya saya.

"Hahahaha.. Aku sakit. Aku terseksa apabila engkau bacakan ayat Al Quran. Tapi aku telah terikat dengan perjanjian ini. Aku sanggup mati di dalam badan Suraya."

"Kau boleh keluar dari badan Suraya dan pergi ke mana-mana. Tapi kenapa kau datang lagi syaitan?"

"Sudah aku katakan tadi. Aku telah terikat dengan perjanjian. Aku tidak dapt keluar hinggalah perjanjian ini terbatal dan aku akan terlepas dari semua ini dan selepas itu aku tiada lagi urusan dengan keluarga ini."

"Perjanjian yang bagaimana?" tanya saya.

"Kamu tidak perasan ke yang ibu Suraya dari tadi cuma berdiam diri? Kenapa tidak bertanya saja kepada dia. Dialah punca semua ini. Dialah yang memberi makan kepada aku selama ini. Tengoklah di belakang rumah kamu. Di bawah pohon besar di belakang ada banyak makanan yang disediakan untuk dijamukan kepada aku. Hahahaha.."

"Selagi permintaan aku dimakbulkan maka selagi itulah Suraya akan menjadi hamba aku selamanya. Hahahahaha.."

Suraya yang terbaring lesu ketika itu mula menggenggam tangannya. Tiba-tiba kaki dan tangannya seperti terikat semula.

Sama seperti ketika kali pertama saya melihat Suraya. Saya terkenang kembali mimpi saya. Dialah Suraya yang saya lihat di dalam mimpi saya tadi.

Dan perempun tua hodoh tersebut mungkin jin saka peliharaan keluarga Puan Farah.

Akhirnya Suraya memandang ke atas dan terus tersenyum. Kembali semula kepada keadaan asal. Seolah-olah diikat oeh sesuatu. Selepas itu Suraya terus mendiamkan diri.

Saya dan Tuan Johari lantas memandang ibu Suraya. Saya menjadi serba salah.

Kemudian saya matikan perasaan bersalah itu lalu saya bertanya kepada Puan Farah.

"Puan, puan ada apa-apa tak nak diberitahu tak?"

Puan Farah serba salah. Diam dan seperti sedang menyembunyikan sesuatu dari kami.

"Sayang, bagitau kat Abang apa semuanya yang dah berlaku. Demi kebaikan anak kita Suraya."

"Abang. Sebelum tu saya nak minta maaf. Ada benda yang saya tak bagitau abang sebelum ni. Sebenarnya saya yang mintak kepada mak supaya serahkan saka ini kepada Suraya."

"Dulu mak pernah bagitau nak serahkan sakanya kepada saya sebagai pewaris saka keluarga yang kelima. Tetapi saya menolak kerana saya tindak sanggup untuk terseksa. Saya mintak mak serahkan kepada Suraya ketika itu."

"Astaghfirullahal 'azhim. Kenapa sayang buat begitu. Kenapa tak bincang dengan abang. Tengok. Apa dah jadi pada Suraya sekarang. Apa dah jadi pada keluarga kita?"

Tuan Johari mula meninggikan suaranya kepada Puan Farah.

Puan Farah cuma mampu menangis. Saya tidak faham kenapa Puan Farah sanggup menyerahkan Suraya sebagai gantinya.

Sedangkan banyak lagi ikhtiar untuk mengelakkan masalah ini dengan pergi mendapatkan rawatan Islam bagi memutuskan perjanjiaan saka ini.

"Mak setuju untuk menukarkan Suraya sebagai waris yang seterusnya. Sebagai ganti mak meminta saya untuk menyediakan ayam hitam yang disembelih tanpa menyebut nama Allah dan pulut kuning sebagai tanda saya merestui pertukaran ini dan kemudian menyerahkan Suraya sebagai pertukaran perjanjian saka keluarga kami.

"Setiap enam bulan saya akan sediakan semua permintaan ini dan saya letakkan di pohon besar belakang rumah kita.”

Tuan Johari cuma mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Air mata Tuan Johari saya lihat berjatuhan ke lantai.

Mungkin tidak menyangka akan perbuatan isterinya sendiri yang akhirnya mengundang padah yang lebih besar.

"Bila sayang mintak mak serahkan saka ni?"

"Lebih kurang lima enam tahun dulu. Kita balik bercuti ke rumah mak. Abang ada duduk di ruang tamu ketika itu. Mak yang sakit ketika itu tiba-tiba keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu sambil memandang abang dengan senyuman tajam."

"Tiba-tiba mak memanggil Suraya untuk duduk sebelahnya. Suraya datang lalu melompat duduk di riba mak.

"Ketika itulah mak membisikkan jampi dan perjanjian ke telinga Suraya untuk menjadi pewaris saka keluarga yang seterusnya.

"Suraya mendengar dengan teliti dan selepas itu Suraya terus tertidur. Ketika itulah saka itu mula tinggal dalam badan Suraya."

"Saya berada di dapur ketika itu bang. Sebelum itu saya di dalam bilik mak untuk memberi mak makan. Mak sangat lemah.

"Ketika itu mak meminta saya untuk mewarisi saka daripadanya. Saya menolak kerana saya tidak sanggup. Saya minta mak serahkan kepada Suraya.

"Tiba-tiba mak dengan matanya yang hampir terbeliak, tersenyum dan bingkas bangun dari katil seperti orang sihat.

"Mak lalu keluar bilik dan pergi mendapatkan Suraya. Kemudian mak serahkan saka ini kepada Suraya. Semua ini saya perhatikan dari dapur."

Tuan Johari saya lihat seperti sedang menahan marah. Lama juga Tuan Johari diam. Saya cuma memerhati sahaja. Bertindak sekiranya perlu sahaja.

Suasana ketika itu agak hening, sunyi dan menyeramkan. Di luar hujan mula turun perlahan-lahan. Angin bertiup sedikit kencang.

Dahan-dahan pokok saling bersentuhan dan menghasilkan bunyi yang menyeramkan.

Terdengar juga seperti suara-suara orang berbisik dan ketawa. Diringi dengan alunan bunyi seolah-olah ada majlis kenduri.

Hingar bingar tetapi agak jauh bunyinya. Semua itu tidak menganggu tumpuan saya.

Akhirnya saya bersuara.

"Puan Farah. Sanggup tak kalau puan putuskan perjanjian ini? Sanggupkah puan jangan lagi memberi makan kepada syaitan yang menganggu keluarga puan selama ini. Sanggup tak puan bertaubat kepada Allah atau semua perbuatan syirik puan selama ni?

"Kalau puan sanggup Insyaallah saya akan bantu Suraya dan keluarga puan untuk memutuskan perjanjian saka ini dan menghilangkan gangguan ini selamanya Insyaallah."

Puan Farah terdiam. Memandang ke arah Suraya dan kemudian menundukkan kepalanya ke bawah.

"Ustaz.."

"Ustaz baliklah. Saya tidak sanggup untuk memutuskan perjanjian ini. Sudah lama saka ini hidup dan tinggal bersama kami. Biarlah Suraya seperti ini selama-lamanya. Bukan mudah untuk memutuskan perjanjian ini.

"Saya akan jaga dia selagi saya masih hidup. Yang penting tugas menjaga saka ini bukan diturunkan kepada saya."

"Astaghfirullahal 'azhim..Farah.."

Tiba-tiba Tuan Johari bingkas bangun lalu menampar wajah isterinya. Saya terkejut dan cuma terpaku melihat apa yang berlaku di depan mata saya. Puan Farah jatuh terlentang betul-betul di sebelah Suraya.

Saya bergegas bangun. Cuba untuk menghalang Tuan Johari sekiranya Tuan Johari ingin bertindak lebih daripada itu.

Dada Tuan Johari seperti ombak. Mungkin kesabarannya selama ini telah sampai ke penghujungnya. Kemudian saya cuba untuk memenangkan Tuan Johari.

"Istighfar tuan. Jangan bertindak melulu. Allah ada. Sabar tuan. Nanti kita selesaikan masalah ini."

Tuan Johari kemudian memandang saya dan menangis.

"Allahu rabbi.. ustaz. Kenapa boleh jadi begini. Kenapa saya perlu hadapi semua ini. Apa dosa saya ustaz.."

Puan Farah masih berada di sisi Suraya. Juga menangis tersedu-sedu. Ketika itu saya memandang Suraya dengan penuh rasa kasihan.

Kenapa di dalam usia mudanya ini dia terpaksa menerima bebanan yang tidak sepatutnya dia tanggung.

Terpaksa melalui jalan yang sukar akibat kebodohan dan kejahilan orang lain.

Suasana suram bertukar sedih dan sayu. Bunyi cengkerik mula kedengaran. Hujan mula berhenti.

Bunyi esak tangisan Puan Farah masih kedengaran tetapi perlahan. Memeluk Suraya yang kembali kaku.

"Ustaz. Saya hantar ustaz balik. Insyaallah nanti saya selesaikan masalah ini."

"Baiklah Tuan. Saya ikut saja apa kata tuan."

Tuan Johari mula melangkah menuju pintu bilik. Saya mengikutinya dari belakang. Saya berhenti sebentar di hadapan Puan Farah.

"Puan, saya balik dulu. Semoga Allah kurniakan kesembuhan kepada Suraya dan melindungi keluarga puan."

Puan Farah terus menangis teresak-esak. Langsung tidak memperdulikan saya. Saya perhati wajah Suraya.

Suraya dari tadi memandang ke atas tiba-tiba memandang saya sambil tersenyum.

Ituah kali terakhir saya melihat wajah Suraya. Hingga sekarang saya tidak pernah berjumpa dengan Suraya lagi.

Sebelum menaiki kereta, Tuan Johari terlebih dahulu mengunci pintu rumahnya. Kami mula menaiki kereta dan singgah ke asrama pekerjanya.

Tuan Johari memanggil dua orang pekerjanya yang kebetulan duduk sambil bermain gitar di luar asrama.

Tuan Johari meminta mereka berdua menemani perjalanan untuk menghantar saya balik ke rumah.

Tiada lagi kelibat dua orang pekerja Tuan Johari yang lari meninggalkan kami semasa di rumah tadi.

Bantal-bantal pun tidak kelihatan sepanjang jalan dari rumah ke asrama. Di mana mereka ketika itu saya pun tidak tahu.

Selepas itu kereta kami pun bergerak sambil membelah kegelapan malam.

Sepanjang perjalanan Tuan Johari cuma diam. Sesekali ada juga Tuan Johari bercerita kepada saya.

"Ustaz. Insyaallah dalam masa terdekat ini saya akan balik ke semenanjung. Mungkin balik terus ustaz. Berhenti kerja dan mencari pekerjaan lain.

"Bintulu ini tempat saya mencari rezeki ustaz. Saya sangat suka tinggal di sini. Ramai kawan-kawan baru.

"Tetapi ustaz, lepas ini saya perlu untuk membawa balik keluarga saya dan berikhtiar untuk membawa Suraya berubat. Saya perlukan sokongan dari keluarga saya. Ketika ini saya sangat-sangat kesunyian."

"Saya faham tuan. Nanti di semenanjung tuan carilah perawat-perawat Islam yang benar-benar boleh membantu tuan. Tuan pergilah ke Darus Syifa ke Darus Salam ke. Insyaallah ada banyak tuan. Tapi carilah yang benar- benar menggunakan ayat-ayat Al Quran."

"Terima kasih atas pertolongan ustaz sepanjang hari ini. Saya sangat-sangat menghargai bantuan ustaz.

"Kalau bukan kerana ustaz mungkin punca dari semua permasalahan keluarga saya selama ini masih belum terjawab lagi.

"Kalau saya belum balik tentu saya akan meneruskan rawatan Suraya ini bersama ustaz. Tapi sekarang saya dah ambil keputusan untuk balik ke Semenanjung."

"Tak apa tuan. Saya faham. Apa-apapun kita berserah saja kepada Allah. Allah sebaik-baik Perancang dan Allahlah sebaik-baik tempat untuk mengadu."

Kenderaan yang kami naiki terus meredah kabus malam. Perjalanan dan pengalaman pada malam itu sangat bermakna buat saya.

Untuk menyelesaikan kes saka ini tidak semudah mengeluarkan gangguan jin histeria yang biasa.

Banyak yang perlu untuk dilakukan dan dipelajari berkenaan sejarah keluarga saka ini.

Kami sampai ke rumah ibu saya dalam lingkungan 3.00 pagi. Ibu masih belum tidur lagi kerana masih menunggu saya balik ke rumah.

Saya sempat bercerita kepada ibu berkenaan dengan apa yang saya alami. Kami berborak hingga ke subuh.

Ketika solat subuh saya menjadi imam dan ibu menjadi makmun.

Selepas membaca zikir ma' tsurat saya tertidur. Mungkin kerana terlalu mengantuk.

Wajah Suraya saya masih ingat lagi hingga kini.

Pernah suatu ketika pada tahun 2015, Tuan Johari menelefon saya dari Semenanjung. Hampir terlupa saya kepada Tuan Johari ini.

Kalau Tuan Johari tidak menyebut nama anaknya Suraya mungkin saya masih tidak cam akan Tuan Johari.

Kebetulan waktu itu Tuan Johari datang ke Bintulu atas urusan kerja. Cuma bermalam semalam sahaja di Everly Hotel.

Malam tersebut Tuan Johari bermurah hati belanja saya makan di Restoran Alliya Maju Cafe.

Tempat saya dan kawan-kawan dari Pusat Rawatan Ruqyah Syar'iyyah Bintulu berkumpul makan selepas merawat pesakit.

Menurut Tuan Johari, Suraya telah sembuh. Walaupun belum sepenuhnya.

Tuan Johari telah membawa Suraya berubat di salah satu cawangan Darus Syifa. Rawatannya memakan masa juga. Lebih kurang dalam 3 tahun. Sekarang Suraya sudah bernikah dan mempunyai dua orang anak.

Ketika ini Suraya telah mengikuti suaminya tinggal di London dan mereka mempunyai perusahaan perniagaan makanan.

Tentang Puan Farah tidak pula Tuan Johari cerita. Saya pun tidak mahu untuk bertanya melainkan kalau Tuan Johari yang bercerita sendiri.

Sebelum balik ke hotel Tuan Johari menitiskan air mata sambil menggenggam tangan saya sambil mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya kepada keluarganya suatu ketika dahulu.

Tuan Johari kemudiannya menaiki teksi dan melambaikan tangan ke arah saya.

Tanpa saya sedari air mata jantan saya jatuh juga.

Kerana mengenangkan pengorbanan seorang ayah kepada anaknya dan juga perjuangan dan siksaan yang dialami oleh sorang anak gadis kecil yang mungkin tidak akan dapat difahami oleh orang-orang yang tidak pernah mengalaminya.

Semoga Allah terus-menerus memelihara keluarga saya dan keluarga serta Tuan Johari dan kita semua. Amiin.

Alhamdulillah Ya Allah atas pengalaman ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: cikguemmet