Sabtu, Februari 03, 2018

Frank Willian Abagnale Pencuri Paling Licik Dalam Sejarah Dunia!

Frank Willian Abagnale merupakan seorang penjenayah paling terkenal dan licik dalam sejarah dunia hanya pada usia 16 sehingga 21 tahun. Pada usia mudanya dihabiskan dengan kegiatan penipuan, pemalsuan cek, menyamar sebagai peguam, pensyarah, doktor dan juruterbang.

Frank Willian Abagnale Pencuri Paling Licik Dalam Sejarah Dunia!

Frank pada masa kecilnya bersama tiga orang adik-beradik yang lain tinggal dengan ibu bapa mereka di Bronxville, New York.

Apabila ayahnya, Frank Abagnale Sr dan ibunya, Paulette, bercerai ketika dia berusia 16 tahun, kehidupannya berubah menjadi seorang penipu.

Mangsa pertama Frank ialah ayahnya sendiri yang kaya-raya serta arif dalam politik dan perniagaan.

Pengaruh ayahnya sangat besar sehinggakan dia sentiasa teringin untuk menjadi kaya seperti ayahnya.

Kemudian, pada suatu hari, Frank merancang satu penipuan. Kad kredit yang diberikan ayahnya untuk mengisi minyak telah disalahgunakan untuk berjoli.

Dia menggunakan kad kredit dengan memalsukan resit pembayaran untuk berpesta dan membeli barangan aksesori kereta, kemudian dijual semula bagi mendapatkan wang tunai yang menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit kepada ayahnya.

Penipuan Cek

Selepas penipuan pertama berjaya, Frank menipu pula pihak bank dengan memalsukan cek dengan cara membuka akaun baru di bank lain menggunakan identiti palsu yang direkanya sendiri.

Salah satu cara penipuannya yang paling terkenal ialah dengan menghasilkan nombor cek palsu yang sama seperti nombor cek asli keluaran bank.

Salinan cek itu kemudian didepositkan ke dalam beberapa jenis akaun sebelum mengeluarkan wang daripada akaun tersebut.

Apabila penipuannya disedari oleh bank, Frank beralih pula kepada bidang penyamaran.

Penyamar Paling Licik

Frank Willian Abagnale Pencuri Paling Licik Dalam Sejarah Dunia!

Penyamaran pertama Frank adalah sebagai juruterbang Pan American World Airways dengan memalsukan lesen juruterbang dan mendapatkan pakaian seragam dengan cara menipu syarikat, kononnya dia kehilangan pakaian seragam.

Dalam 'kerjaya' sebagai juruterbang, Frank telah terbang lebih daripada 250 kali ke 26 buah negara dengan menempuh jarak sejauh 1,609,344 kilometer.

Penyamaran sebagai juruterbang berjaya dilakukan selama bertahun-tahun, dengan menikmati segala kelebihan sebagai seorang pilot seperti penginapan hotel dan makanan percuma.

Pernah sekali, Frank ditawarkan oleh juruterbang sebenar untuk menerbangkan sebuah pesawat pada ketinggian 9,100 meter dari aras laut, namun dia berjaya mengaktifkan mod auto pilot kerana tidak tahu cara pemanduan sebenar.

Dalam penyamaran seterusnya, Frank menggunakan identiti sebagai Frank Adams, untuk bekerja selama satu semester di Brigham Young University sebagai pensyarah sosiologi.

Frank kemudian memperlahankan kegiatan jenayahnya dengan berpindah ke Georgia selepas hampir diberkas polis.

Di Georgia, Frank menyamar sebagai doktor kanak-kanak menggunakan identiti sebagai Frank Connor.

Baginya, tugas itu mudah kerana dia hanya mengarahkan doktor pelatih mengendalikan kes.

Suatu hari, pembohongannya hampit terbongkar apabila dia tidak memahami istilah 'blue baby' atau penyakit bayi biru yang diberitahu oleh jururawat hingga menyebabkan hampir meragut nyawa bayi tersebut.

Selepas berhenti menyamar menjadi doktor, Frank memilih untuk menyamar sebagai peguam dengan modus operandinya, sijil kelayakan dari Harvard University, ketika dia berusia hanya 19 tahun.

Dia diterima masuk bekerja dipejabat Louisiana Attorney General selepas lulus ujian.

Genap lapan bulan 'bekerja' sebagai peguam, Frank melarikan diri selepas identitinya dicurigai.

Bagaimana Frank Ditangkap?

Frank Willian Abagnale Pencuri Paling Licik Dalam Sejarah Dunia!

Segala pembohongan Frank akhirnya terbongkar dan pada tahun 1969 ketika berumur 21 tahun, dia ditangkap oleh polis sewaktu berada di Montpellier, Perancis setelah dilaporkan oleh bekas kekasihnya, seorang pramugari.

Selepas menjalani hukuman, Frank di ekstradisi ke Sweden untuk dibicarakan atas dakwaan pemalsuan cek.

Frank sekali lagi didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan di Malmo, Sweden.

Dia kemudiannya dihantar pulang ke Amerika Syarikat dan dihukum penjara selama 12 bulan, bagaimanapun Frank berjaya melarikan diri.

Frank meloloskan diri daripada pesawat yang sedang bergerak dilandasan ketika perjalanan balik ke Amerika Syarikat kemudian berlari ke tepi landasan sebelum memotong pagar dan bergerak ke Grand Central Terminal.

Frank kemudian mengeluarkan wangnya dari peti simpanan berjumlah puluhan ribu lalu cuba melarikan diri ke Brazil, namun berjaya digagalkan oleh polis Kanada.

Pada tahun 1974, hukuman penjara Frank dikurangkan dengan syarat membantu kerajaan dalam membanteras jenayah pemalsuan cek tanpa sebarang gaji.

Setelas bebas, Frank meneruskan kehidupan dan mencuba pelbagai pekerjaan termasuk sebagai penjual sayur, namun sukar mencari kerja kerana dia tidak memiliki surat berkelakuan baik.

Bekerjasama Dengan FBI

Frank kemudian memohon pekerjaan di bank dengan menunjukkan segala kepakaran dan pengalamannya untuk memalsukan cek.

Sejak itu, bermulalah kerjaya Frank sebagai perunding keselamatan kewangan sebelum menubuhkan syarikat perunding keselamatannya sendiri, Abagnale & Associates.

Frank menawarkan khidmat nasihat kepada pelbagai badan organisasi termasuk FBI mengenai masalah penipuan dan cara mencegahnya.

Catch Me If You Can

Frank Willian Abagnale Pencuri Paling Licik Dalam Sejarah Dunia!

Frank kini menetap di Charlestown, South California bersama isterinya, Kelly dan tiga orang anak, Scott, Chris dan Sean. Mereka berkahwin setahun selepas Frank mendapat pengesahan sebagai penduduk rasmi AS.

Salah seorang anak Frank dikatakan bekerja sebagai anggota FBI.

Kisah hidup Frank pernah ditulis dalam sebuah biografi dengan menggunakan namanya sendiri.

Kemudian, kisahnya turut diabadikan di dalam sebuah filem hebat yang dilakonkan oleh Leonardo Dicaprio berjudul 'Catch Me If You Can'.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Seorang Janda Dan Sebiji Terung

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon