Thursday, July 26, 2018

Pejabat MonSpace Diserbu Atas Dakwaan Skim Pelaburan Haram

Pejabat MonSpace Diserbu Atas Dakwaan Skim Pelaburan Haram

Pegawai penguatkuasa dari 3 agensi; KPDNKK, Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia melakukan serbuan di 16 premis yang dikaitkan dengan syarikat e-dagang Monspace Sdn. Bhd dan anak syarikatnya atas dakwaan menjalankan pelaburan secara haram atau skim “permainan wang”, lapor The Sun Daily.

MonSpace Diserbu Atas Dakwaan Skim Pelaburan Haram

Sumber mengatakan operasi besar-besaran itu dilakukan di Lembah Kelang bermula pada 11.30 pagi dan berakhir pada 5 petang.

Difahamkan, serbuan tersebut telah merampas berdozen dokumen, kereta, malah akaun-akaun bank syarikat berkenaan turut dibekukan.

Antara premis yang diserbu adalah ibu pejabat MonSpace di Bukit Jalil dan kediaman pengarah syarikat tersebut.

Kes tersebut disiasat di bawah undang-undang akta Penjualan Langsung dan Anti-Piramid.

Sementara itu, peguam MonSpace, Andy Yong menaikkan hantaran di facebook beliau mendakwa beliau dihalang oleh polis dan pegawai KPDNKK dari bercakap dengan pekerja klien beliau.

Menurut Andy Yong, pegawai-pegawai tersebut menuduh beliau menghalang penjawat awam dari melakukan tugas.

Beliau juga mendakwa dikasari oleh pegawai apabila beliau enggan memberikan kad pengenalan dan telefon bimbitnya.

“As a lawyer, I was prevented by the police (& KPDNKK officers) to speak to the employees of my client during a raid yesterday. I was also rebuked for taking photos (but subsequently medias allowed to do so). They accused me of obstructing the duties of their 40+ personnels. One of the officer asked for my IC & handphone. When I refused, he shouted & pushed me. He even threatened to hand-cuff me. Behaving like thugs!I could not retrieve the CCTV footage of the commotion as they unplugged the same.Imagine how would they intimidate an ordinary citizen who is vulnerable & ignorant on his rights and the law? High time for some of these enforcement officers to stop behaving like gangster esp PDRM!” – Andy Yong.

MonSpace telah melakukan perniagaan beberapa tahun berhadapan masalah apabila 19 warga China melakukan laporan polis terhadap syarikat tersebut pada Mei bulan lepas kerana mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit wang pelaburan.

2 minggu kemudian, lebih 70 warga China muncul di sini dan membuat dakwan yang sama.

MonSpace telah disenaraihitam dalam senarai “Bank Negara MonSpace Financial Consumer Alert".

Senarai tersebut mengandungi syarikat dan laman web yang tidak diberikuasa atau diluluskan di bawah undang-undang relevan dan regulasi yang ditadbirkan oleh Bank Negara Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ttkm

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Fesyen adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Ia sudah berada dalam kalangan masyarakat dunia sejak beratus malah mungkin beribu tahun dahulu namun, ia semakin berkembang pesat hanya sejak beberapa abad yang lalu.

Wanita, adalah golongan yang boleh dikatakan obses terhadap fesyen berbanding golongan lelaki.

Disebabkan itu, dikatakan antara salah satu sektor yang tak akan pupus di muka bumi ini malah semakin membangun adalah fesyen wanita.

Kami ingin berkongsi 5 jenama fesyen yang paling bernilai di dunia ketika ini.

1. Louis Vuitton

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Berada di tempat pertama tidak syak lagi jenama fesyen paling terkenal dan paling bernilai di dunia, Louis Vuitton.

Jenama yang berasal dari Paris, Perancis ini bernilai mencecah RM120.27 billion, dengan hasil jualan sebanyak RM43.2 billion di serata dunia.

Jenama yang bermula sejak tahun 1854 oleh pereka fesyen, Louis Vuitton menghasilkan dan mengeluarkan beg, aksesori, pakaian, kasut, barang kemas dan barang-barang mewah lain.

Mereka yang memiliki barangan berjenama Louis Vuitton mungkin dianggap sebagai boros namun dengan kualiti dan kelas tersendiri, ia sememanya berbaloi.

Ketika ini, Louis Vuitton antara jenama yang paling laris di dunia.

2. Gucci

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Pada tahun 1921, seorang pereka fesyen dan ahli perniagaan, Guccio Gucci telah menghasilkan jenama Gucci di Florence.

Kini, 97 tahun kemudian, jenama ini bernilai RM53 bilion, dengan RM19.26 bilion diperolehi daripada penjualan beg Gucci.

Gucci mempunyai 278 cawangan di seluruh dunia yang mana menjual pelbagai barangan ekslusif termasuklah aksesori, minyak wangi, beg dan kasut.

Gucci berada di tangga ke-38 dalam senarai "Jenama Paling Bernilai Di Dunia" oleh majalah Forbes.

3. Hermès

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Hermès yang terkenal dengan produk seperti beg yang berharga beratus-ratus ribu ringgit, dengan nilai jenama mencecah RM45.37 billion, perolehan tahunan oleh Hermès adalah sebanyak RM22.67 billion.

Jenama ini berasal dari Paris, Perancis ini telah diasaskan oleh Thierry Hermès pada tahun 1837 khusus dalam penghasilan barangan dari kulit termasuk beg, aksesori, minyak wangi, jam dan barang kemas.

Bukan calang-calang orang yang boleh memiliki barangan berjenama Hermes kerana ia tersangat mahal.

4. Prada

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Bagi Prada, tak perlu diperkenalkan lagi jenama ini. Terdapat beg berjenama ini yang lebih mahal daripada harga sebuah kereta.

Perolehan tahunan Prada mencecah RM15.84 billion dan jenama ini bernilai RM31.24 billion.

Jenama yang diasaskan oleh pengeluar kulit Itali oleh Mario Prada pada 1913 di Milan, Itali ini menghasilkan barangan kulit dan pakaian yang sangat ekslusif.

5. Chanel

5 Jenama Fesyen Paling Bernilai Di Dunia

Antara jenama paling terkenal di dunia, jenama Chanel bernilai RM29.1 billion dengan pendapatan tahunan mencecah RM23.54 billion.

Jenama ini diasaskan pada 1909 oleh Coco Chanel, seorang pereka fesyen, di Paris, Perancis, juga dikatakan adalah seorang perisik ketika perang dunia.

Jenama Chanel menjanjikan kualiti, kemewahan dan pertukangan yang sangat eksklusif, khas bagi wanita yang suka berfesyen.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, July 25, 2018

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Tidak semua paten yang difailkan bermanfaat. Ada paten yang hanya sekadar idea unik dan tidak mempunyai protataip.

Kali ini, kami ingin kongsikan 10 paten pelik yang pernah didaftarkan namun, tidak diketahui sama ada idea yang dipatenkan ini sudah direalisasikan ataupun belum.

1. Perisai Nuklear Mudah Alih

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Perisai ini akan melindungi anda jika perang nuklear dan menurut patennya, anda hanya perli menggali lubang dan membuka Perisai Nuklear Mudah Alih yang terletak di atas kepala dan anda akan terselamat dari sebarang radiasi berbahaya.

2. Pelindung Ciuman

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Menurut paten, salah satu kegunaannya boleh digunakan oleh ahli politik ketika mereka mencium bayi semasa kempen pilihan raya.

3. Mesin Mengira Nyawa

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Pernah bertanya-tanya berapa lama lagi anda akan hidup di dunia ini? Sekarang anda boleh memiliki peralatan yang boleh diletakkan di pergelangan tangan dan mengetahui baki hidup anda!

4. Tempat meletak kepala ketika membuang kecil

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Kebiasaannya, di tandas lelaki terdapat tempat khas untuk membuang air kecil sambil berdiri kemudian, terdapat butang yang perlu ditekan untuk mengeluarkan air dan membersihkan alat sulit.

Tetapi, percayakah anda terdapat satu paten yang difailkan untuk pembinaan tempat meletak kepala ketika membuang air kecil sambil berdiri.

Tiada yang unik mengenai ciptaan ini dan tidak dipastikan siapa yang akan benar-benar memasangnya pada tandas.

Kebiasaannya, proses membuang air kecil begitu singkat dan tidaklah memenatkan sehingga perlu dipasang peralatan sebegini.

5. Tatu yang boleh bergetar

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Suatu ketika dahulu, Nokia merupakan merupakan kuasa besar dalam pasaran telefon bimbit. Mereka berjaya menjual telefon bimbit pertama pada tahun 1982 dan pada ketika itu, mereka sudah menjangka telefon bimbit merupakan teknologi masa hadapan.

Menjelang 1998, Nokia sudah pun menjual 100 juta unit telefon bimbit.

Sekiranya anda tidak tahu, Nokia juga merupakan syarikat pertama yang menghasilkan kamera pada telefon bimbit pada tahun 2003.

Selain itu, pada tahun 2011 mereka telah mempatenkan tatu yang akan bergetar apabila terdapat notifikasi pada telefon bimbit.

Walaupun paten ini tidak pernah direalisasikan, konsep sebegini sebenarnya sudah wujud contohnya, penggunaan jam pintar untuk menerima notifikasi daripada telefon bimbit.

Dengan inovasi-inovasi baru telefon pintar daripada jenama seperti Samsung, Apple, Oppo dan sebagainya, nampaknya Nokia akan terus tenggelam bersama patennya ini.

6. Pad kentut deodoran

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Mungkin kedengaran lucu dan pelik, tetapi sebenarnya terdapat satu paten yang telah difailkan untuk penciptaan pad kentut yang mempunyai deodoran.

Apabila kentut, kita akan mengeluarkan bau yang kurang enak yang mungkin dihidu oleh orang sekeliling.

Oleh itu, ciptaan yang dipatenkan ini bertujuan untuk mengelakkan bau busuk tersebut daripada dibau oleh orang berdekatan.

Konsepnya mudah sahaja. Terdapat lapisan kain tambahan pada bahagian tengah yang berfungsi sebagai deodoran.

Deodoran ini terdiri daripada arang yang mempunyai kebolehan semulajadi untuk menyerap bau. Paten ini telah difailkan pada tahun 2000.

7. Penutup telinga anjing

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Paten ini telah difailkan oleh James D. Williams pada tahun 1979. Beliau mendapati bahawa anjing yang mempunyai bulu yang panjang berkemungkinan akan mengotorkan telinga ketika makan.

Menurut beliau, alat ini akan mempunyai 2 tiub yang akan menutup telinga anjing.

Kedua-dua tiub ini akan disambung dengan penahan untuk mengelakkannya daripada menutup muka anjing.

Walaupun ideanya seolah-olah seperti helmet basikal, beliau mengatakan ideanya ini unik dan mesti dipatenkan kerana ia hanya menutupi bahagian telinga sahaja, tidak seperti helmet.

8. Alat kesuburan anjing

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Anjing merupakan antara haiwan yang cepat membiak. Bagi pemilik yang tidak mampu memelihara banyak anjing, maka pilihan yang ada adalah memandulkan anjing tersebut.

Malangnya, terdapat pemilik tidak mahu memandulkan haiwan mereka dan sewenang-wenangnya membuang anjing di jalanan.

Maka, berkembang-biaklah anjing-anjing ini sebagai haiwan liar dan bagi mengatasi masalah ini, maka idea penciptaan tali pinggang ini telah dipatenkan pada tahun 2003.

Alat ini dipatenkan sebagai alat kawalan kesuburan bagi anjing yang dikhaskan bagi anjing yang tidak dimandulkan oleh pemiliknya.

Pada masa kini, sebenarnya sudah wujud beberapa produk yang berkonsepkan sebegini dijual di pasaran.

9. Sistem Ular Pemandu

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Ramai orang biasanya berjalan dengan anjing mereka, namun sesetengahnya mungkin akan bersiar-siar dengan dengan ular mereka suatu hari nanti!

10. Penggetar Otak

10 Hakcipta Paling Pelik Pernah Di Daftarkan

Mahu sesuatu yang akan membuatkan anda terjaga semasa pidato lama atau maraton filem panjang, hanya gigit pada hujung tongkat yang bergetar dan anda akan tersentuh dengan deria anda.

Alat ini akan memancarkan getaran ke otak yang akan membuatkan anda terjaga tanpa mengganggu jiran!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi | list25

Tuesday, July 24, 2018

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Sesetengah bandar dan negara sedang berusaha mempertahankan persekitaran mereka yang bersih dengan mengurangkan pelepasan karbon, menghalang pembuangan sampah merata-rata dan mengurangkan tahap pencemaran.

Walaupun bandar-bandar di Malaysia masih sangat jauh untuk berada dalam senarai bandar paling bersih di dunia, namun kita seharusnya tidak berputus asa menjadikan persekitaran lebih baik seterusnya meningkatkan kualiti hidup.

Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan pembaca 10 bandar paling bersih di dunia.

1. Hamburg, Germany

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Bandar kedua terbesar di Jerman selepas Berlin iaitu Hamburg, adalah yang paling bersih dan salah satu daripada bandar-bandar yang paling mesra alam di dunia.

Ia telah dipuji bertahun-tahun kerana usaha alam sekitarnya yang sangat baik, termasuklah menetapkan sasaran pemotongan pelepasan karbon dioksida sebanyak 80% menjelang tahun 2050.

Orang awam digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam dan dana yang tinggi telah disalurkan dalam membangunkan teknologi bersih.

Pihak berkuasa Hamburg juga mengeluarkan perincian rancangan untuk membangunkan "Rangkaian Hijau" yang bermaksud orang ramai tidak lagi perlu memandu kereta untuk mengelilingi bandar ini.

2. Chicago, Illinois, USA

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Chicago yang terletak di Illinois adalah bandar ketiga terbesar di Amerika Syarikat dan mempunyai penduduk lebih daripada 2.7 juta penduduk.

Ia kelihatan tidak mungkin untuk menjadi salah satu bandar paling bersih di dunia tetapi bandar ini menggunakan pendekatan inovatif untuk mengurangkan pencemaran dan membuang sampah.

Terdapat lebih daripada 185,000 meter persegi taman-taman di atas bumbung di seluruh bandar Chicago yang telah meningkatkan kualiti udara serta rangkaian pengangkutan awam yang sangat baik yang dapat membantu mengurangkan pencemaran.

3. Copenhagen, Denmark

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Copenhagen, ibu kota Denmark diiktiraf dan diterima secara meluas sebagai salah satu bandaraya paling mesra alam di dunia.

Pihak pentadbiran telah banyak melabur dalam rawatan kumbahan yang meningkatkan kualiti air serta mengurangkan pencemaran udara dan air.

Usaha ini sangat berkesan sehinggakan kawasan di sekitar pelabuhan di bandar ini boleh digunakan untuk aktiviti berenang tanpa rasa bimbang terhadap pencemaran air.

Hasil daripada komitment terhadap piawaian alam sekitar yang tinggi, Copenhagen telah dipuji kerana ekonomi hijaunya, menduduki tangga teratas bandar hijau buat kali kedua dalam Indeks Ekonomi Hijau Global 2014.

4. Honolulu, Hawaii, AS

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Denga populasi hampir mencecah 340,000 orang, Honolulu adalah bandar utama paling terpencil di dunia, kerana lokasi tanah besar terdekat adalah Point Arena Lighthouse di California, sejauh 3,800 kilometer.

Disebabkan Honolulu menjadi tarikan utama pelancong dari seluruh dunia, maka usaha untuk mengindah dan menyelenggara bandar ini terutamanya kawasan awam adalah menjadi keutamaan bagi kerajaan tempatan.

Dan mungkin disebabkan pulau ini, termasuklah keseluruhan Hawaii adalah sangat terpencil, ia menjadi antara salah satu lokasi paling hijau dan bersih di dunia.

5. Helsinki, Finland

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Helsiniki adalah salah satu daripada banyak bandar negara Nordik yang tersenarai dalam bandar paling bersih di dunia.

Peranan penduduk tempatan bandar ini yang tersangat komited dalam memelihara alam sekitar dan mencegah pembuangan sampah merata-rata serta memastikan jalan-jalan bersih telah menjadikannya antara salah satu bandar paling bersih di dunia.

Kerajaan juga mewujudkan sistem pemanasan yang kompleks dan cekap tenaga yang membantu mengurangkan penggunaan elektrik di bandar ini.

6. Reykjavik, Iceland


Terletak betul-betul bersebelahan Bulatan Artik, Iceland adalah antara salah satu negara paling bersih di dunia.

Jadi, tak hairanlah apabila ibu kota negara ini, Reykjavik, diiktiraf antara bandar paling bersih di dunia.

Reykjavik tidak mempunyai pembangunan bandar sehinggalah menjelang abad ke-19, jadi kawasan sekitar tidak tercemar seperti bandar-bandar pesat membangun yang lain.

Malah sehingga kini Reykjavik kekal sebagai antara bandar paling hijau dan bersih di dunia dengan hampir tidak ada pencemaran langsung.

Bandar ini bukan sahaja berada di kedudukan tinggi dalam kemampanan, pengitaran semula, penggunaan pengangkutan awam dan ruang hijau, tetapi juga mempunyai indeks pembangunan manusia yang tinggi, dengan penduduk yang sangat sedar tentang kepentingan kebersihan alam sekitar.

7. Vienna, Austria

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Ibu kota dan bandar paling besar di Austria, Vienna mempunyai populasi kira-kira 1.8 juta orang (lebih kurang penduduk Kuala Lumpur).

Walaupun agak ramai dan padat, namun bandar ini kerap berada dalam senarai bandar paling bersih di dunia.

Vienna telah melaburkan sejumlah dana yang besar ke dalam sistem pelupusan sisa untuk beberapa dekad yang lalu, yang sangat membuahkan hasil.

Tambahan pula, orang tempatan mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi dan membantu pihak berkuasa dalam mengekalkan kebersihan dan kekemasan bandar Vienna.

8. Geneva, Switzerland

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Geneva sangat terkenal sebagai salah satu bandar paling mewah, mahal dan paling selamat di dunia.

Namun, bandar ini menonjol dalam satu lagi bidang, iaitu usaha alam sekitar dan kebersihan.

Salah satu bandar paling bersih di dunia, Geneva adalah lokasi kepada The Geneva Environment Network, rangkaian organisasi global yang bertanggungjawab dalam perlindungan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Geneva juga mempunyai tahap pencemaran yang sangat rendah.

9. Curitiba, Brazil

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Walaupun Brazil jauh untuk dianggap sebagai negara yang bersih, namun terdapat satu pengecualian, iaitu bandar Curitiba.

Bandar ini telah mereka bentuk satu sistem yang unik dalam memastikan proses pengitaran semula berlaku yang menjadikannya antara bandar paling bersih di dunia.

Kerajaan tempatan mengalakkan penduduknya menjaga kebersihan bandar dengan mewujudkan satu sistem pertukaran, di mana setiap beg sampah yang disusun mengikut kategori masing-masing, boleh ditukar dengan kupon makanan atau pengangkutan awam.

Hasilnya, hampir 70% sampah di bandar ini telah dikitar semula.

Sebagai contoh, pengitaran semula kertas di bandar ini mampu menyelamatkan kira-kira 1,200 pokok sehari.

10. Singapura

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Satu-satunya bandar-negara pulau di dunia, Singapura, sangat terkenal dengan beberapa peraturan yang sangat ketat mengenai isu-isu alam sekitar dan kebersihan bandar.

Antaranya ialah denda yang tinggi bagi kesalahan buang sampah merata-rata dan mengharamkan gula-gula getah dan larangan memotong pokok di kawasan perlindungan.

Hampir 10% daripada tanah di Singapura diperuntukan untuk taman dan rizab alam semula jadi.

Bandar ini juga telah melancarkan beberapa kempen penanaman pokok untuk meningkatkan kualiti hidup.

Malah, walaupun Singapura antara bandar yang paling banyak dilawati di dunia, namun masih dapat mengekalkan standard kebersihan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Monday, July 23, 2018

Malaysia 'Baharu' atau 'Baru' Yang Mana Sebenarnya Betul?

Malaysia 'Baharu' atau 'Baru' Yang Mana Sebenarnya Betul?

Ada seorang kawan bertanya kepada saya, mana satu yang betul, Malaysia Baharu atau Malaysia Baru? Sangat ramai sebenarnya yang tidak dapat membezakan 2 frasa ini.

Malaysia 'Baharu' atau 'Baru' Yang Mana Sebenarnya Betul?

Bagi kebanyakan penutur bahasa Melayu, mereka merasakan bahawa kedua-dua frasa ini adalah sama cuma mempunyai ejaan yang berbeza.

Ada seorang kawan saya menganggap bahawa ‘baharu’ itu ejaan pada zaman sekarang manakala ‘baru’ itu ejaan pada zaman dahulu. Yang mana sebenarnya betul?

Perkara ini terjadi kerana ramainya penutur bahasa Melayu tidak dapat membezakan mana satu yang betul sama ada ‘baharu’ atau ‘baru’.

Dalam artikel ringkas ini, inginlah saya memberi sedikit pencerahan sebagai seorang yang mempelajari bidang bahasa Melayu secara mendalam.

Sebenarnya perkataan ‘baru’ dengan perkataan ‘baharu’ mempunyai maksud yang berbeza.

Perkataan ‘baharu’ itu merujuk kepada kata sifat (adjektif) manakala ‘baru’ itu merujuk kepada ‘masa’.

Dalam bahasa Inggeris, ‘baharu’ itu merujuk kepada ‘new’ manakala ‘baru’ itu merujuk kepada ‘just’.

Contoh ayat ‘baharu’ : Bapa saya membeli sebuah kereta baharu.
Contoh ayat ‘baru’ : Saya baru sahaja pulang dari kedai.

Bagi frasa ‘Malaysia Baharu’ atau ‘Malaysia Baru’ pula, istilah yang paling tepat sudah tentulah frasa ‘Malaysia Baharu’.

Penggunaan frasa ‘Malaysia Baharu’ itu menggambarkan keadaan negara Malaysia yang mempunyai sebuah kerajaan, dasar, corak dan sistem pemerintahan yang berbeza daripada yang sebelum ini.

Diharapkan agar artikel yang serba ringkas ini dapat memberi pencerahan kepada pembaca yang sering terkeliru antara perkataan ‘baru’ dan perkataan ‘baharu’.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt | sayapejuangbahasa

6 Banduan Yang Berjaya Melarikan Diri Dan Gagal Ditangkap

6 Banduan Yang Berjaya Melarikan Diri Dan Gagal Ditangkap

Melarikan diri daripada penjara yang dikawal ketat adalah bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi tidak mustahil kerana kakitangan penjara juga adalah manusia biasa yang kadang-kala terleka, menyebabkan banduan-banduan melihat kecuaian ini sebagai peluang meloloskan diri.

Kami ingin berkongsi dengan para pembaca 6 penjenayah yang berjaya meloloskan diri daripada penjara dan tidak berjaya ditangkap semula.

1. Assata Shakur

6 Banduan Yang Berjaya Melarikan Diri Dan Gagal Ditangkap

JoAnne Deborah Byron atau lebih dikenali sebagai Assata Shakur lahir di New York pada tahun 1947.

Dia adalah ahli kumpulan Black Panther Party dan Black Liberation Army pada tahun 1960an dan 70an yang bergolak.

Assata disyaki melakukan beberapa jenayah di antara tahun 1971 hingga 1973.

Selepas diburu oleh pihak berkuasa dari negeri ke negeri, memuncak sehingga berlakunya tembak-menembak yang mengakibatkan seorang pegawai tentera New Jersey terbunuh, akhirnya Assata ditangkap.

Untuk beberapa tahun kemudian dia keluar masuk mahkamah sehinggalah disabitkan kesalahan kerana membunuh pada tahun 1977 dan dipenjarakan.

2 tahun kemudian pada tahun 1979, Assata dibebaskan dari penjara oleh beberapa orang banduan yang lain yang menjadikan pengawal sebagai tebusan dan mendapatkan sebuah van untuk melarikan diri.

Selepas beberapa tahun melarikan diri daripada pihak polis, Assata terbang ke Cuba dan diberikan suaka politik pada tahun 1984.

Kini Assata masih di Cuba sebagai seorang wanita yang bebas.

Pada tahun 2005, FBI mengisytiharkan Assata sebagai pengganas domestik dan dia dimasukkan ke senarai pengganas paling dikehendaki pada tahun 2013.

2. Vassilis Paleokostas

6 Banduan Yang Berjaya Melarikan Diri Dan Gagal Ditangkap

Dikenali oleh orang Greece sebagai Robin Hood Yunani, Vassilis adalah seorang perompak bank.

Vassilis terkenal kerana memberikan barang rompakannya kepada orang awam.

Untuk jangka masa yag panjang, Vassilis tidak dapat ditangkap, namun pada tahun 2000, dia ditangkap kerana menculik.

Dalam satu insiden pada tahun 2006, dia berjaya meloloskan diri daripada penjara.

Vassilis diselamatkan daripada penjara apabila sebuah helikopter mendarat di halaman penjara, memperdaya kakitangan penjara bahawa pegawai pemeriksaan telah tiba.

Namun, Vassilis tidak lama bebas apabila ditangkap sekali lagi dan dipenjara.

Namun dia sekali lagi berjaya melarikan diri daripada penjara menggunakan teknik yang sama.

Dan sejak itu, dia kembali merompak bank dan berkongsi dengan orang ramai dan masih bebas.

3. Maze Prison Escape

6 Banduan Yang Berjaya Melarikan Diri Dan Gagal Ditangkap

Insiden meloloskan diri daripada penjara paling besar dalam sejarah British berlaku pada 5 September 1983.

Dalam insiden ini, banduan-banduan yang juga merupakan ahli kepada Tentera Republikan Ireland (IRA) dan penduduk H-Block 7 berjaya meloloskan diri.

38 orang ahli kumpulan IRA terlibat dalam insiden ini, yang mana menggunakan rancangan yang mudah, iaitu kekerasan.

Mereka menyerang dan menguasai pengawal dan merampas senjata.

Mereka kemudiannya masuk ke dalam trak beramai-ramai dan memandu keluar daripada kawasan penjara.

Daripada 38 orang, hampir separuh daripada mereka berjaya ditangkap semula manakala yang lain melarikan diri ke Amerika Syarikat, hidup sebagai pelarian.

Pada tahun 2000, kerajaan British memperluaskan "olive branch" dengan memberikan pengampunan secara rasmi kepada mereka yang masih dalam pelarian.

Penjara Maze yang terkenal ini kemudiannya ditutup pada lewat tahun 2000.

4. George Wright

6 Banduan Yang Berjaya Melarikan Diri Dan Gagal Ditangkap

Seawal usia 19 tahun, George Wright dan tiga yang lain telah melakukan serangan rompakan bersenjata di Ashbury Park, New Jersey.

Dalam satu rompakan, seorang veteran Perang Dunia Kedua telah dibunuh oleh kumpulan ini. George ditangkap pada tahun 1963 dan menerima hukuman penjara 15-30 tahun kerana membunuh.

Dia dihantar ke Leesburgh State Prison di New Jersey.

Selepas 7 tahun, George melihat terdapat jurang pada keselamatan dalam penjara, membuatkan dia dengan mudah berjalan ke pagar utama dan mencuri kereta warden penjara.

Ketika dalam pelarian dan semasa di Detroit, Michigan, George memutuskan untuk menyertai Black Liberation Army bersama rakan sejenayah yang lain, memudahkan dia merampas sebuah pesawat komersial.

Dengan berpakaian seperti seorang paderi, George mengeluarkan sepucuk pistol dan merampas pesawat tersebut.

Pesawat tersebut berhenti di Boston untuk mengisi minyak dan berlepas ke Algeria, di mana mereka dibenarkan untuk mendarat.

Selepas 31 tahun, FBI berjaya menjejaki George tinggal di Lisbon, Portugal.

Dia ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan, namun enggan mengekstradiri George balik ke Amerika Syarikat kerana dia sudah menjadi warga Portugal dan tidak melakukan apa-apa jenayah di Portugal.

Kini, George Wright bebas hidup di Portugal.

5. William Maxwell

6 Banduan Yang Berjaya Melarikan Diri Dan Gagal Ditangkap

Pada tahun 1715, William Maxwell, seorang bangsawan Katolik telah telibat dalam pemberontakan Jacobite di England.

Ini adalah pemberontakan yang tidak berjaya dan berlangsung dari 1688 hingga 1746 dalam usaha untuk kembali ke takhta kerajaan Inggeris yang telah digulingkan.

William telah dikurung di Menara London, kerana didapati bersalah atas kesalahan khianat dan dihukum bunuh.

Isterinya, Lady Nithsdale melawat William di London sebelum pelaksanaan pembunuhan yang dijadualkan pada tahun 1716.

Isterinya membawa bersama beberapa orang pekerja wanita dan berjaya menyeludup masuk satu set tambahan pakaian wanita.

William kemudiannya memakai pakaian tersebut dan keluar dari penjara dengan mudah bersama isterinya.

William kemudiannya melarikan diri dari England sambil menyamar sebagai pelayan duta Venesia dan memohon perlindungan di Rom.

6. Franz Von Werra

6 Banduan Yang Berjaya Melarikan Diri Dan Gagal Ditangkap

Franz Von Werra, dilahirkan di Switzerland dan merupakan seorang Nazi pada Perang Dunia Kedua, adalah juruterbang hebat pasukan udara Nazi.

Pada tahun 1940, pesawat yang dipandunya ditembak jatuh di England ketika serbuan pengeboman dan dia ditangkap.

Franz dibawa ke sebuah kem penjara di Kanada pada tahun 1941, tetapi berjaya meloloskan diri dan tidak berjaya ditangkap semula.

Ketika itu Franz merancang untuk melarikan diri ke Amerika Syarikat kerana pada masa itu AS merupakan negara neutral perang.

Selepas keluar dari Kanada, Franz kemudiannya memasuki Mexico dan Amerika Selatan di mana dia berjaya mendapatkan pengangkutan ke Sepanyol dan kembali ke Jerman.

Selepas pulang, Franz dinamakan sebagai wira perang dan dianugerahkan gelaran berprestij.

Dia juga ditugaskan untuk mempertingkatkan taktik penyoalan terhadap banduan kerana pengalamannya sebagai banduan.

Dia juga meneruskan beberapa pengeboman ke atas Rusia sehinggalah pada Oktober 1941, apabila ketika berada dalam penerbangan latihan, dia telah terbabas dan mendarat di Laut Utara, yang membunuhnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Sunday, July 22, 2018

Keunikan Dan Sejarah Kucing Siam

Keunikan Dan Sejarah Kucing Siam

Jika disebut kucing “Bulan Berlian” sudah tentu ramai yang tertanya-tanya apakah baka kucing yang dimaksudkan, namun jika disebut Kucing Siam (Siamese) sudah tentu ramai pencinta kucing dalam sekelip mata bermain di minda bagaimanakah rupanya kucing baka siam.

Keunikan Dan Sejarah Kucing Siam

Kucing “Bulan Berlian” dan Kucing Siam adalah satu baka kucing yang sama, cuma Kucing “Bulan Berlian” itu hanya terdapat di Negara Gajah Putih iaitu di Negara Thailand atau suatu ketika dahulu dipanggil Negara Siam.

Gelaran bagi Siam itu adalah kerana kucing Siam sebenarnya berasal dari Negara Siam.

Sejarah Baka Kucing Siam

Sebenarnya, suatu waktu dahulu, kucing siam hanya boleh didapati di Negara Thailand kerana di negara itulah ianya dipelihara.

Kucing siam merupakan antara kucing yang paling banyak mendominasi dunia kucing di Negara Thailand suatu waktu dahulu sehingga dikatakan hampir setiap rumah di Thailand memiliki purata 3 hingga 5 ekor baka kucing siam sebagai haiwan peliharaan mereka.

Tapi itu cerita dulu-dulu kerana sekarang kucing Siam merupakan salah satu baka kucing paling popular yang dipelihara oleh peminat kucing di seluruh dunia.

Terdapat satu cerita bagaimana kucing siam boleh mendominasi dunia kucing sekarang.

Menurut ceritanya, satu ketika dahulu Raja Thailand pada abad ke 17 telah menghadiahkan 2 pasang kucing siam kepada seorang duta berbangsa Inggeris sebagai tanda persahabatan.

Duta Inggeris itu telah membawa 2 pasang kucing siam pulang ke Eropah dan akhirnya ia menarik minat pencinta-pencinta kucing di Eropah lalu dibiakkan.

Bertitik tolak daripada itulah kucing Siam akhirnya mendominasi dunia kucing di seluruh dunia seperti yang kita lihat hari ini.

Mengenali Kucing Siam

Di dalam dunia kucing, kucing siam agak mudah untuk dikenali kerana warnanya. Semua jenis kucing siam memiliki pola bulu dan warna bulu yang sama.

Disamping itu, hampir 80% jenis kucing siam dianugerahkan dengan mata berwarna biru.

Seperti baka-baka lain, Kucing Siam juga mempunyai sub-jenis tersendiri iaitu:

1. Kucing Siam Tradisional

Keunikan Dan Sejarah Kucing Siam

Kucing Siam Tradisional juga dikenali dengan nama Applehead Siamese. Dipanggil Applehead Siamese kerana bentuk fizikal kepalanya seperti sebiji buah epal.

Ciri-ciri fizikal Kucing Siam Tradisional adalah badannya berbentuk bulat, tulangnya agak berat serta kepalanya berbentuk bulat.

Kucing Siam Tradisional inilah yang mempunyai susuk tubuh paling besar diantara jenis kucing siam yang lain.

2. Kucing Siam Klasik

Keunikan Dan Sejarah Kucing Siam

Kucing Siam Klasik juga dikenali dengan nama Siamese Old-Style atau Siamese Old Fashioned.

Digelar sebegitu rupa kerana kucing siam klasik memiliki saiz tubuh yang lebih kecil berbanding Kucing Siam Tradisional.

Dari segi fizikalnya, Kucing Siam Klasik memiliki ekor, kaki dan badan yang agak panjang.

Bentuk kepalanya pula seperti bentuk segitiga dan agak cengkung di bahagian hidung.

3. Kucing Siam Moden

Keunikan Dan Sejarah Kucing Siam

Kucing Siam Moden juga dikenali dengan nama Wedgehead Siamese merupakan kacukan daripada Kucing Siam Tradisional dan Kucing Siam Klasik.

Akibat daripada kacukan ini maka terbentuklah fizikal kepalanya yang berbentuk seperti baji.

Telinganya pula besar dan runcing serta mempunyai hidung yang panjang dan saiz badannya agak ramping.

Dikatakan bahawa kucing Siam Moden mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding jenis kucing siam lain iaitu antara 2 hingga 5 tahun sahaja.

4. Kucing Siam Ragdoll

Keunikan Dan Sejarah Kucing Siam

Kucing Siam Ragdoll adalah satu-satunya kucing baka Siam yang tidak asli kucing Siam.

Kucing Siam Ragdoll merupakan kacukan daripada Kucing Siam (Tradisional/Klasik) + Kucing Parsi + Kucing Anggora.

Dan kerana kacukan daripada ketiga-tiga baka kucing inilah menyebabkan Kucing Siam Ragdoll mempunyai saiz badan yang besar, tulang yang berat serta mempunyai bulu yang tebal (DMH) dan juga bulu panjang (DLH).

Kerana kucing siam Ragdoll adalah kucing kacukan daripada 3 baka kucing jugalah menyebabkan bentuk kepalanya bulat serta mempunyai ekor yang panjang dan gebu serta hidung yang pendek.

Keunikan Kucing Baka Siam

Agak mudah mengenali kucing baka Siam sebenarnya kerana perincian warna bulunya yang membezakannya dari kucing baka yang lain.

Kucing siam sewaktu kecil akan berwarna putih hampir keseluruhan badannya kecuali pada tempat-tempat yang tertentu seperti di bahagian muka, telinga, tangan dan kaki serta ekor.

Namun, apabila meningkat dewasa, tanda atau spot-spot ini akan semakin gelap atau kelam sehingga menyebabkan bulunya seperti mempunyai tona-tona warna yang berlainan.

Pola warna pada bulu seekor kucing Siam antaranya adalah red-point, seal-point, brown-point, blue-point, grey-point dan lilac-point.

Terdapat satu penemuan baru dalam dunia kucing siam apabila melalui penyelidikan pakar kucing di seluruh dunia mengatakan, keunikan kucing siam terletak pada spot-spot gelapnya dan dikatakan spot-spot kucing siam ini akan lebih gelap jika berada di kawasan beriklim panas.

Jadi, di dalam penemuan itu juga mengatakan bahawa kucing baka siam di Asia Tenggara merupakan antara kucing baka siam terbaik.

Jadi, sesiapa yang ada kucing Siam tetapi Made In Malaysia ini harus berbangga memilikinya.

Saiz Kucing Baka Siam

Dari segi saiz pula, kucing baka Siam jantan beratnya boleh mencapai antara 4 hingga 7 kg. Bagi kucing siam betina pula hanya sekitar 5 kg.

Namun, Kucing Siam Ragdoll pula agak berlainan daripada Kucing Siam (Tradisional/Klasik/Moden) kerana kacukan telah menyebabkan jantannya seberat antara 4 – 10 kg dan betina antara 4 – 8 kg.

Dari segi pertumbuhan ketinggian pula Kucing Siam Ragdoll boleh setinggi 60 cm manakala kucing siam yang lain hanya setinggi 50 cm.

Bila Tempoh Matang Kucing Baka Siam

Bagi peringkat kematangan pula dikatakan bahawa kucing Siam merupakan antara baka kucing yang agak lewat untuk matang.

Melalui penyelidikan dikatakan kucing baka Siam hanya akan mencapai tempoh matang apabila umurnya mencapai antara 8 hingga 10 bulan berbanding dengan baka kucing lain iaitu tempoh matangnya adalah 6 bulan.

Jangka hayat Kucing Baka Siam

Untuk jangkahayat pula bagi seekor kucing baka siam dikatakan boleh hidup sehingga maksima 17 tahun jika ianya mendapat makanan yang baik, berpremium tinggi serta persekitaran yang sihat dan mempunyai vaksinasi yang selayaknya untuk seekor kucing.

Dan sudah tentu jangkahayat ini juga memainkan peranan samada kucing siam indoor atau outdoor.

Keperibadian Kucing Baka Siam

Apa yang menjadikan kucing Siam paling popular dipelihara manusia adalah kerana keperibadiannya serta uniknya pertukaran warna bulunya apabila berada pada peringkat-peringkat umurnya.

Keperibadian kucing Siam yang menjadi dambaan pencinta kucing adalah kucing siam mempunyai keperibadian yang lemah lembut serta manja dan yang lebih mengusik jiwa.

Kucing siam merupakan baka kucing yang terlalu “attach” dengan tuannya serta berkeperibadian “mesra alam” iaitu amat ramah dengan sesiapa sahaja, boleh bermain dan beradaptasi dengan haiwan-haiwan lain tanpa ada masalah.

Kucing Siam juga jenis kucing yang cerdas serta mempunyai sifat ingin tahu (exploration) yang tinggi berbanding kucing baka lain.

Namun begitu mempunyai kucing Siam juga memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana kucing Siam antara baka kucing yang keras kepala dan degil.

Dan yang pasti kucing Siam adalah antara salah satu baka kucing yang boleh membalas atau memanggil tuannya dengan bahasa yang antara dia dan tuannya faham.

Semoga informasi ini membantu pencinta kucing untuk mengenali kucing baka Siam yang amat popular di dalam dunia kucing seantero dunia. Sharing is Caring!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: facebook

Cara Ibu Bapa Bagi Anak Makan Ubat Selama Ini Rupanya Salah

Cara Ibu Bapa Bagi Anak Makan Ubat Selama Ini Rupanya Salah

Sebelum anda meneruskan bacaan pada halaman ini, fikir sejenak bagaimana cara anda bagi anak makan ubat? Tanpa kita sedar, sebelum ini kita bagi ubat cara yang salah dan pada entri kali ini kami ingin terangkan cara betul bagi makan ubat pada anak terutamalah ubat cair.

Cara Ibu Bapa Bagi Anak Makan Ubat Selama Ini Rupanya Salah
Gambar hiasan.

Tampil berkongsi pengalamannya, seorang ibu memberitahu cara betul bagi makan ubat pada anak. Sebab itu, kadang-kadang anak ambil masa untuk sembuh.

Jom ikuti perkongsian dari seorang wanita yang bergelar ibu, Zida Elah, yang berkongsi pengalamannya tersalah bagi anak makan ubat melalui surat terbuka ini.

Cara betul bagi makan ubat pada anak – ramai ibu salah bagi!

Selama ini saya memang tak tahu. Saya dan suami bagi ubat pada anak seperti mana orang lain juga. Ambil picagari, selepas itu cucuk terus dalam botol ubat.

Kemudian tarik dan suap pada anak. Selang selepas itu, cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah.

Sehingga suatu hari anak bongsu kami demam, batuk dan selsema. Jadi kami bawa dia semula ke klinik swasta yang berdekatan dengan bandar Dungun ini.

Masuk dalam bilik doktor, saya mula bersuara dan menyatakan anak kami nombor dua ini senang sakit. Selalu saja demam. Tak macam abangnya.

Bila doktor periksa, katanya paru-paru Rifky basah. Memang semasa itu, nafasnya berbunyi sebab berkahak. Macam nak asma pun ada.

Kemudian doktor terangkan kenapa boleh jadi sebegitu.

Menurut doktor, sebab saya menyusukan anak sambil tidur. Bila anak sendawa dalam posisi baring, susu automatik masuk dalam paru-paru dia.

Benda ini memang susah nak elak, malah akan berulang-ulang berlaku hingga anak sudah besar dan pandai makan minum sendiri sambil bermain. Pendek kata selepas anak bercerai susu badan.

Saya dan suami hanya angguk kepala tanda faham dan rasa macam kurang ilmu masa itu.

Kemudian, doktor tanya lagi. Biasa bagi ubat pada anak macam mana? Suami saya masa itu buat muncung mulut menghala kepada saya kerana bab suap ubat memang kerja saya.

Saya pun jawab. Macam biasalah doktor, cucuk ubat lepas celup dan tarik. Daktor itu senyum dan jawab salah cara itu.

Macam ini caranya. Doktor terangkan pada kami satu persatu. Lagi sekali kami berdua ooooo macam ini rupanya.

Korang nak tahu caranya? Senang saja.

Anda perasan tak selama ini ubat cair ada penutup transparent pada atas penutup botol? Penutup itu ada gunanya bukan hiasan semata-mata.

Langkah-langkah dan cara betul bagi makan ubat pada anak Ini cara betul bagi makan ubat pada anak, doktor itu ajar saya.

Setiap kali nak ambil ubat anak, tuang ubat masuk dalam penutup transparent itu terlebih dahulu. Sikit-sikit atau mengikut nombor pada penutup. Selepas itu baru tarik picagari.

Jika ada ubat yang berlebihan dalam penutup tersebut, BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol dan jangan sesekali main celup picagari dalam botol ubat.

Jika ada tiga jenis ubat, pastikan anda sediakan tiga jenis picagari. Satu ubat, satu picagari. Baru ia tak bercampur. Kalau ingin pakai satu picagari saja, pastikan basuh bersih sebelum celup.

Contoh yang salah adalah celup dalam botol ubat pertama kemudian bagi pada anak. Selepas itu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup pula botol kedua. Ini adalah langkah kebersihan yang penting.

Jika anak sudah besar, boleh bagi terus dalam penutup transparent itu. Macam Rifky kecil lagi. Jadi dia mesti pakai picagari. Selepas pakai mesti basuh bersih-bersih.

Menurut doktor tersebut lagi, jika sudah mencelup ubat sebegitu rupa, ubat itu sudah tak ada fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat sudah hilang. Ibarat seperti bagi air gula saja pada anak.

Pesan doktor tersebut, ubat mana yang sudah dicelup nanti buang. Simpan ubat yang baru ini.

Ubat klinik saya ini kalau cara bagi anak makan ubat yang betul boleh tahan selama sembilan bulan dalam dalam peti sejuk. Kecuali antibiotik, tempoh singkat.

Memang terkejut masa itu bila dengar pendengar dari doktor tersebut padahal anak sudah dua. Tapi lebih baik tahu dari tak tahu langsung. Alhamdulillah dapat ilmu baru.

Malam itu juga misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang sudah berzaman itu, Tak ada manfaat rupanya, buat semak saja.

Tapi saya tak pasti pendapat orang lain mungkin berbeza. Ini ilmu yang kami dapat beberapa minggu yang lalu.

Jadi sekarang sudah tahu kan? Tunggu apa lagi, yang mana ubat sudah berpuluh kali celup buang sajalah ke tong sampah. Kesian pada anak nanti.

Perhatian: Point yang ingin ditekankan adalah:

1. Nak celup pakai picagari saja, lepas itu basuh bersih dan celup lagi. ITU BOLEH.

2. Nak tuang dalam penutup selepas itu bagi pada anak, tak payah pakai picagari. ITU PUN BOLEH.

3. Nak pakai satu ubat, satu picagari. ITU LAGILAH BOLEH.

Terpulang, asalkan ubat tak bercampur dengan benda asing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Saturday, July 21, 2018

Siapa Lebih Hebat, Cristiano Ronaldo Atau Lionel Messi?

Siapa Lebih Hebat, Cristiano Ronaldo Atau Lionel Messi?

Tiada pemain yang dapat terlepas daripada soalan cepu emas tentang siapakah bintang yang lebih hebat antara Cristiano Ronaldo and Lionel Messi, biarpun berada jauh merentasi Lautan Atlantik.

Siapa Lebih Hebat, Cristiano Ronaldo Atau Lionel Messi?

Wayne Rooney diajukan mengenai soalan debat 'lapuk' itu dalam satu temubual radio di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Legenda bola sepak Manchester United itu tampil dalam kemunculan pertama bersama DC United pada hujung minggu lalu selepas menyempurnakan perpindahannya daripada Everton.

Muncul dalam program 'podcast' Pardon My Take pada Isnin, Rooney tanpa teragak-agak menjawab bahawa Messi adalah lebih baik berbanding Ronaldo.

Jawapan itu ternyata mengejutkan hos radio tersebut kerana Rooney membalas dengan pantas.

"Yeah, saya rasa saya sudah katakan tentang hal ini.

"Tetapi, mereka mungkin dua pemain terbaik dalam sejarah untuk bermain bola sepak.

"Saya cuma fikir Messi, di mata saya, dialah yang terbaik," ujar Rooney.

Jawapan itu mungkin akan mengejutkan penyokong bola sepak memandangkan Rooney dan Ronaldo pernah main bersama untuk United selama lima musim.

Mereka berdua juga berjaya merangkul tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu Liga Juara-Juara.

Ini kata ibu Ronaldo selepas perpindahan ke Juventus

Siapa Lebih Hebat, Cristiano Ronaldo Atau Lionel Messi?

Ibu Cristiano Ronaldo akhirnya bersuara selepas perpindahan anaknya yang bernilai £99.3 juta (RM526.5 juta) ke Juventus setelah ada khabar angin yang mendakwa dia lebih senang sekiranya Ronaldo ke Manchester United.

Ronaldo pula mengakui bahawa masa depannya menjadi tanda tanya selepas memenangi Liga Juara-Juara pada perlawanan menentang Liverpool di Kiev.

Maria Dolores Aveiro cuba meyakinkan pemain berusia 33 tahun itu untuk kembali ke Old Trafford, kelab yang menjadikannya bintang antarabangsa selepas berhijrah dari Sporting CP pada 2003.

Bagaimanapun, kini dia menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa Juventus adalah destinasi terbaik untuk babak seterusnya buat penyandang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu.

"Ia satu penipuan, tentang saya mahu dia kembali ke Manchester United.

"Ia tidak benar. Saya gembira dengan pilihannya. Ia hari yang menggembirakan buat kami semua.

"Anak saya akan menjadikan Juve lebih hebat.

"Ini adalah cabaran baharu dalam hidupnya.

"Dia gembira di Real Madrid, tapi dia perlukan cabaran lain," kata Maria, memetik laporan Sport Bible.

Selepas tiada kelab lain yang mampu menandingi tawaran yang diberikan oleh Juventus, kelab itu berjaya mendapatkan Ronaldo dengan lancar.

Ronaldo menandatangani konrak selama empat tahun dan dilaporkan akan menerima bayaran €30 juta (RM142 juta) setahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar | mstar2


Penyelam Temui Bangkai Kapal Bawa Jongkong Emas Bernilai AS$133 Bilion

Penyelam Temui Bangkai Kapal Bawa Jongkong Emas Bernilai AS$133 Bilion

Sekumpulan penyelam menemui bangkai kapal perang Rusia, Dmitrii Donskoi yang tenggelam bersama 5,500 kotak jongkong emas dan syiling pada 1905 di perairan kepulauan Ulleungdo, Korea Selatan.

Penyelam Temui Bangkai Kapal Bawa Jongkong Emas Bernilai AS$133 Bilion

Keseluruhan harta karun yang dibawa dalam kapal berkenaan dianggarkan bernilai AS$133 bilion.

Bangkai kapal yang rosak teruk itu dikesan di kedalaman 434 meter, kira-kira 1.3 kilometer dari Ulleungdo pada Ahad pagi.

Syarikat berpangkalan di Korea, Kumpulan Shinil telah beberapa tahun cuba mengesan kedudukan kapal itu bersama pakar dari Korea Selatan, China, Britain dan Kanada.

Operasi kali ini akhirnya berjaya mengesahkan bangkai itu adalah kapal yang dibina di St Petersburg dengan beratnya mencecah 5,800 tan.

Dmitrii Donskoi yang beroperasi di Laut Mediteranian tenggelam selepas bertembung dengan kapal Jepun.

Dalam kejadian itu, antara 60 hingga 591 kru kapal itu terkorban, manakala 120 yang lain cedera, sebelum Kapten Lebedev mengarahkan ia berlabuh di Ulleungdo.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan mereka diserang Jepun dan sejumlah besar kru telah ditawan, manakala Lebedev pula maut akibat mengalami kecederaan teruk.

Susulan penemuan itu, syarikat berkenaan sedang merancang untuk mengapungkan kapal berkenaan pada Oktober atau November ini.

"Malahan pihak kami juga mencapai kata sepakat dengan kerajaan Rusia untuk berkongsi harta karun yang ditemui dalam kapal itu kelak," kata syarikat itu.

Selain itu, 10 peratus daripada nilai barangan yang ditemui akan digunakan untuk projek pelancongan di Ulleungdo termasuk membina muzium sempena kapal dan kru yang terkorban.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

7 Wasiat Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia

7 Wasiat Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia

Isu kedudukan Raja-Raja Melayu serta peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan isu sensitif di Malaysia dan mutakhir ini ianya menjadi topik perbualan hangat ramai pihak.

7 wasiat raja-raja melayu

Justeru wajar sekiranya diingatkan semula tujuh wasiat yang ditandatangani semua raja Melayu pada tanggal 5 Ogos 1957 untuk renungan bersama.

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

1. Kami namakan dan kami panggi dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan, dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dan luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU dan memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Memetik portal perbincangan ilmiah, The Patriots, ketujuh-tujuh wasiat Raja-Raja Melayu ini diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.

1. Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan menyebut Malaysia sebagai nama negara. Ianya dipesetujui setelah Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1953.

2. Tanah Simpanan Melayu termaktub didalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutan yang menyebut "Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri.

3. Rejimen Askar Melayu disertakan dibawah Seksyen 16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972.

4. Kedudukan Raja-Raja Melayu dimaksudkan didalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di pertuan Agong sebgai Kepala Utama Negara yang mengambil keutamaan megatasi segala orang dalam Persekutuan.

5. Islam sebagai Agama bagi Persekutuan pula termaktub pada Perkara 3 perlembagaan.

6. Perkara 152 memperuntukkan Bahasa kebagsaan di Malaysia adalah Bahasa Melayu dan dan pada masa sama tidak menafikan kedudukan dan hak Bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

Pindaan perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja Melayu. Bahasa Melayu juga perlu digunakan semasa majlis rasmi seperti di mahkamah.

7. Kedudukan istimewa orang Melayu terkandung dibawah perkara 153.

YDPA dipertanggungjawabkan untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiandigest