Tuesday, July 24, 2018

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia


Sesetengah bandar dan negara sedang berusaha mempertahankan persekitaran mereka yang bersih dengan mengurangkan pelepasan karbon, menghalang pembuangan sampah merata-rata dan mengurangkan tahap pencemaran.

Walaupun bandar-bandar di Malaysia masih sangat jauh untuk berada dalam senarai bandar paling bersih di dunia, namun kita seharusnya tidak berputus asa menjadikan persekitaran lebih baik seterusnya meningkatkan kualiti hidup.

Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan pembaca 10 bandar paling bersih di dunia.

1. Hamburg, Germany

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Bandar kedua terbesar di Jerman selepas Berlin iaitu Hamburg, adalah yang paling bersih dan salah satu daripada bandar-bandar yang paling mesra alam di dunia.

Ia telah dipuji bertahun-tahun kerana usaha alam sekitarnya yang sangat baik, termasuklah menetapkan sasaran pemotongan pelepasan karbon dioksida sebanyak 80% menjelang tahun 2050.

Orang awam digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam dan dana yang tinggi telah disalurkan dalam membangunkan teknologi bersih.

Pihak berkuasa Hamburg juga mengeluarkan perincian rancangan untuk membangunkan "Rangkaian Hijau" yang bermaksud orang ramai tidak lagi perlu memandu kereta untuk mengelilingi bandar ini.

2. Chicago, Illinois, USA

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Chicago yang terletak di Illinois adalah bandar ketiga terbesar di Amerika Syarikat dan mempunyai penduduk lebih daripada 2.7 juta penduduk.

Ia kelihatan tidak mungkin untuk menjadi salah satu bandar paling bersih di dunia tetapi bandar ini menggunakan pendekatan inovatif untuk mengurangkan pencemaran dan membuang sampah.

Terdapat lebih daripada 185,000 meter persegi taman-taman di atas bumbung di seluruh bandar Chicago yang telah meningkatkan kualiti udara serta rangkaian pengangkutan awam yang sangat baik yang dapat membantu mengurangkan pencemaran.

3. Copenhagen, Denmark

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Copenhagen, ibu kota Denmark diiktiraf dan diterima secara meluas sebagai salah satu bandaraya paling mesra alam di dunia.

Pihak pentadbiran telah banyak melabur dalam rawatan kumbahan yang meningkatkan kualiti air serta mengurangkan pencemaran udara dan air.

Usaha ini sangat berkesan sehinggakan kawasan di sekitar pelabuhan di bandar ini boleh digunakan untuk aktiviti berenang tanpa rasa bimbang terhadap pencemaran air.

Hasil daripada komitment terhadap piawaian alam sekitar yang tinggi, Copenhagen telah dipuji kerana ekonomi hijaunya, menduduki tangga teratas bandar hijau buat kali kedua dalam Indeks Ekonomi Hijau Global 2014.

4. Honolulu, Hawaii, AS

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Denga populasi hampir mencecah 340,000 orang, Honolulu adalah bandar utama paling terpencil di dunia, kerana lokasi tanah besar terdekat adalah Point Arena Lighthouse di California, sejauh 3,800 kilometer.

Disebabkan Honolulu menjadi tarikan utama pelancong dari seluruh dunia, maka usaha untuk mengindah dan menyelenggara bandar ini terutamanya kawasan awam adalah menjadi keutamaan bagi kerajaan tempatan.

Dan mungkin disebabkan pulau ini, termasuklah keseluruhan Hawaii adalah sangat terpencil, ia menjadi antara salah satu lokasi paling hijau dan bersih di dunia.

5. Helsinki, Finland

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Helsiniki adalah salah satu daripada banyak bandar negara Nordik yang tersenarai dalam bandar paling bersih di dunia.

Peranan penduduk tempatan bandar ini yang tersangat komited dalam memelihara alam sekitar dan mencegah pembuangan sampah merata-rata serta memastikan jalan-jalan bersih telah menjadikannya antara salah satu bandar paling bersih di dunia.

Kerajaan juga mewujudkan sistem pemanasan yang kompleks dan cekap tenaga yang membantu mengurangkan penggunaan elektrik di bandar ini.

6. Reykjavik, Iceland


Terletak betul-betul bersebelahan Bulatan Artik, Iceland adalah antara salah satu negara paling bersih di dunia.

Jadi, tak hairanlah apabila ibu kota negara ini, Reykjavik, diiktiraf antara bandar paling bersih di dunia.

Reykjavik tidak mempunyai pembangunan bandar sehinggalah menjelang abad ke-19, jadi kawasan sekitar tidak tercemar seperti bandar-bandar pesat membangun yang lain.

Malah sehingga kini Reykjavik kekal sebagai antara bandar paling hijau dan bersih di dunia dengan hampir tidak ada pencemaran langsung.

Bandar ini bukan sahaja berada di kedudukan tinggi dalam kemampanan, pengitaran semula, penggunaan pengangkutan awam dan ruang hijau, tetapi juga mempunyai indeks pembangunan manusia yang tinggi, dengan penduduk yang sangat sedar tentang kepentingan kebersihan alam sekitar.

7. Vienna, Austria

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Ibu kota dan bandar paling besar di Austria, Vienna mempunyai populasi kira-kira 1.8 juta orang (lebih kurang penduduk Kuala Lumpur).

Walaupun agak ramai dan padat, namun bandar ini kerap berada dalam senarai bandar paling bersih di dunia.

Vienna telah melaburkan sejumlah dana yang besar ke dalam sistem pelupusan sisa untuk beberapa dekad yang lalu, yang sangat membuahkan hasil.

Tambahan pula, orang tempatan mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi dan membantu pihak berkuasa dalam mengekalkan kebersihan dan kekemasan bandar Vienna.

8. Geneva, Switzerland

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Geneva sangat terkenal sebagai salah satu bandar paling mewah, mahal dan paling selamat di dunia.

Namun, bandar ini menonjol dalam satu lagi bidang, iaitu usaha alam sekitar dan kebersihan.

Salah satu bandar paling bersih di dunia, Geneva adalah lokasi kepada The Geneva Environment Network, rangkaian organisasi global yang bertanggungjawab dalam perlindungan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Geneva juga mempunyai tahap pencemaran yang sangat rendah.

9. Curitiba, Brazil

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Walaupun Brazil jauh untuk dianggap sebagai negara yang bersih, namun terdapat satu pengecualian, iaitu bandar Curitiba.

Bandar ini telah mereka bentuk satu sistem yang unik dalam memastikan proses pengitaran semula berlaku yang menjadikannya antara bandar paling bersih di dunia.

Kerajaan tempatan mengalakkan penduduknya menjaga kebersihan bandar dengan mewujudkan satu sistem pertukaran, di mana setiap beg sampah yang disusun mengikut kategori masing-masing, boleh ditukar dengan kupon makanan atau pengangkutan awam.

Hasilnya, hampir 70% sampah di bandar ini telah dikitar semula.

Sebagai contoh, pengitaran semula kertas di bandar ini mampu menyelamatkan kira-kira 1,200 pokok sehari.

10. Singapura

10 Bandar Paling Bersih Di Dunia

Satu-satunya bandar-negara pulau di dunia, Singapura, sangat terkenal dengan beberapa peraturan yang sangat ketat mengenai isu-isu alam sekitar dan kebersihan bandar.

Antaranya ialah denda yang tinggi bagi kesalahan buang sampah merata-rata dan mengharamkan gula-gula getah dan larangan memotong pokok di kawasan perlindungan.

Hampir 10% daripada tanah di Singapura diperuntukan untuk taman dan rizab alam semula jadi.

Bandar ini juga telah melancarkan beberapa kempen penanaman pokok untuk meningkatkan kualiti hidup.

Malah, walaupun Singapura antara bandar yang paling banyak dilawati di dunia, namun masih dapat mengekalkan standard kebersihan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon