Sunday, December 24, 2017

Digelar 'Beat The Boss' Telefon Terkecil Direka Khusus Untuk Banduan!


Ketika Samsung dan Apple sedang berlumba-lumba ke arah peranti telefon yang bersaiz besar, ada syarikat lain yang cuba berusaha membuat telefon yang bersaiz sekecil-kecilnya.

Digelar 'Beat The Boss' Telefon Terkecil Direka Khusus Untuk Banduan!

Sebagai contoh, telefon Zanco Fly, yang dinamakan sebagai telefon terkecil di dunia yang dipercayai mensasarkan golongan banduan di dalam penjara.

Dengan panjang 71.8 mm dan lebar 23.5 mm, telefon kecil berharga $40 (RM156) itu cukup kecil untuk diseludup masuk ke dalam penjara.

Dan antara cara popular untuk menyeludup dan menyorok telefon itu adalah dengan meletakkannya di dalam punggung.

Telefon ini tidak boleh dibeli dari kedai-kedai elektronik tapi ia dijual secara meluas secara online di Amazon dan eBay.

Ia dipercayai disasarkan untuk banduan dan mendakwa ianya diperbuat 100% dari plastik dengan tagline 'beat the Boss', yang bermakna ia tidak boleh dikesan oleh sistem pengesan B.O.S.S.

Seorang 'pembeli' menulis, "Sangat kecil dan senang/kurang sakit untuk disembunyikan."

Odditycentral melaporkan, salah seorang reseller telefon tersebut berkata telefon Zonco Fly popular kerana peranti itu mudah dimasukkan di dalam penjara.

Laporan itu juga menyebut, difahamkan syarikat yang membuat telefon tersebut memperoleh keuntungan sebanyak $100 juta setahun.

Peranti yang lebih kecil daripada gincu itu mendapat sambutan hangat di kalangan banduan kerana mudah disembunyi dan diseludup ke dalam penjara.

Peranti itu juga dicipta tanpa logam menyebabkan tidak boleh dikesan alat imbasan keselamatan BOSS yang digunakan di penjara-penjara di Britain.

Telefon itu boleh dibeli pada harga serendah £25 (RM136), namun oleh kerana sambutan tinggi menyebabkan harga tersebut meningkat mencecah £500 (RM2,700) di dalam penjara.

Jelas bahawa telefon mini ini diiklankan dan dijual untuk tujuan diseludup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Smartphone Paling Mahal Di Dunia

sumber: siakapkeli kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon