Saturday, July 21, 2018

7 Wasiat Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia


Isu kedudukan Raja-Raja Melayu serta peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan isu sensitif di Malaysia dan mutakhir ini ianya menjadi topik perbualan hangat ramai pihak.

7 wasiat raja-raja melayu

Justeru wajar sekiranya diingatkan semula tujuh wasiat yang ditandatangani semua raja Melayu pada tanggal 5 Ogos 1957 untuk renungan bersama.

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

1. Kami namakan dan kami panggi dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan, dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung-ganang tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dan luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU dan memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Memetik portal perbincangan ilmiah, The Patriots, ketujuh-tujuh wasiat Raja-Raja Melayu ini diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.

1. Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan menyebut Malaysia sebagai nama negara. Ianya dipesetujui setelah Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1953.

2. Tanah Simpanan Melayu termaktub didalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutan yang menyebut "Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri.

3. Rejimen Askar Melayu disertakan dibawah Seksyen 16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972.

4. Kedudukan Raja-Raja Melayu dimaksudkan didalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di pertuan Agong sebgai Kepala Utama Negara yang mengambil keutamaan megatasi segala orang dalam Persekutuan.

5. Islam sebagai Agama bagi Persekutuan pula termaktub pada Perkara 3 perlembagaan.

6. Perkara 152 memperuntukkan Bahasa kebagsaan di Malaysia adalah Bahasa Melayu dan dan pada masa sama tidak menafikan kedudukan dan hak Bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

Pindaan perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja Melayu. Bahasa Melayu juga perlu digunakan semasa majlis rasmi seperti di mahkamah.

7. Kedudukan istimewa orang Melayu terkandung dibawah perkara 153.

YDPA dipertanggungjawabkan untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiandigest

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon