Saturday, February 24, 2018

Sejarah Persengketaan Jenama Adidas dan Puma

Selain Nike, jenama Adidas dan Puma adalah 2 jenama barangan sukan yang sangat popular di seluruh dunia, memonopoli beberapa kategori sukan antaranya bola sepak dan lumba lari melalui tajaan atlit-atlit profesional seperti Usain Bolt (pemegang rekod 100 meter dunia) dan Paul Pogba (pemain bola sepak Perancis).

Sejarah Persengketaan Jenama Adidas dan Puma

Namun tahukah anda, terdapat sejarah menarik mengenai asal-usul jenama Adidas dan Puma!

Adik-beradik Dassler Pengasas Adidas

Sekiranya anda tidak tahu, jenama Adidas diasaskan oleh Adi Dassler manakala jenama Puma pula diasaskan oleh Rudolf Dassler.

Pada tahun 1920, Adi dan abangnya Rudolf telah bekerjasama menubuhkan sebuah syarikat membuat kasut di sebuah pekan kecil di Jerman yang dipanggil Herzogenaurach.

Syarikat mereka dikenali sebagai Gebrüder Dassler Schuhfabrik (Syarikat Kasut Adik Beradik Dassler).

Adolf Dassler mempelajari kemahiran membuat kasut daripada bapanya yang bekerja di sebuah kilang membuat kasut.

Gabungan kedua-dua adik beradik ini adalah sesuatu yang menarik memandangkan Adi merupakan seorang pembuat kasut yang bagus sementara abangnya Rudolf pula seorang jurujual yang cekap.

Perniagaan mereka melonjak naik setelah atlit tajaan mereka Jesse Owens berjaya memenangi 4 pingat emas pada Sukan Olimpik 1936.

Perang Dunia ke 2

Sejarah Persengketaan Jenama Adidas dan Puma

Ketika Adolf Hitler meluaskan penguasaannya ketika Perang Dunia ke 2 sekitar tahun 1933, kedua-dua adik beradik Dassler ini menyertai pasukan askar Nazi.

Ketika Perang Dunia ke 2 inilah terjadinya beberapa salah faham antara kedua beradik ini yang menyebabkan keduanya mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Pada tahun 1948, kedua-duanya telah mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat yang mereka tubuhkan. Aset syarikat dan pekerja-pekerja yang dimiliki syarikat dibahagi sama rata antara keduanya.

Sejarah Penubuhan Jenama Adidas dan Puma

Setelah membawa haluan masing-masing, Adi telah menubuhkan syarikat Adidas, hasil kombinasi namanya "ADI DASsler".

Rudolf turut mengambil pendekatan serupa dengan menamakan syarikatnya "Rudo" (sempena namanya Rudolf Dassler) sebelum ditukar kepada Puma.

Kedua-duanya membina kilang kasut berhampiran sungai Aurach, bertentangan antara satu sama lain.

Ketika itu, sebahagian besar penduduk di bandar Herzogenaurach bekerja di kedua-dua syarikat ini.

Sejarah Persengketaan Jenama Adidas dan Puma

Kedudukan kedua-dua kilang ini yang dipisahkan oleh Sungai Aurach, ditambah pula persengketaan antara Adi dan Rudolf dikatakan telah menyebabkan pekerja daripada kedua-dua syarikat ini tidak sebulu dan saling memusuhi antara satu sama lain.

Antara perkara pelik yang berlaku adalah pekerja daripada syarikat Adidas adalah dilarang untuk bergaul dan mengahwini seseorang yang bekerja di syarikat Puma dan begitulah sebaliknya.

Malah, layanan terhadap seseorang itu juga akan berbeza mengikut jenama kasut yang mereka pakai.

Kedua-dua syarikat ini juga mempunyai kelebihan masing-masing. Puma yang diketuai oleh Rudolf lebih bijak menjual produk.

Adidas pula lebih mahir menghasilkan kasut daripada segi teknikal dan mempunyai hubungan baik dengan ramai atlit, seterusnya memudahkan mereka menghasilkan kasut yang berkualiti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Nike Perkenal Koleksi Khas Sempena Persaraan Ronaldinho

sumber: iluminasi

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon