Thursday, August 31, 2017

Memahami Urut Zahir Dan Batin Suami Isteri

Memahami Urut Zahir Dan Batin Suami Isteri

Ramai dikalangan mereka yang telah mendirikan rumahtangga tidak memahami kesempurnaan urutan batin iaitu ransangan urutan diantara anggota jimak lelaki dan isteri unyuk memperolehi nafkah batin.

Urut Zahir Batin

Selain untuk memperolehi zuriat, jimak atau bersenggama diantara suami isteri adalah untuk membina kesihatan dan mencegah penyakit.

Oleh itu pasangan suami isteri akan terus bersenggama walau pun isteri telah mengandung. Pada pasangan yang subur untuk mengandungkan (bunting) isteri cukup hanya sekali bersenggama.

Pasangan suami isteri yang tidak puas dengan kesempurnaan urutan batin pasangan masing masing sering mencari perkhidmatan urutan batin dari pelacur wanita atau lelaki yang di sebut gigolo.

Kehebatan urutan batin pelacur profesional dengan ransangan urutan jilatan api asmara, belaian selembut sutera, gosokan yang mengilu rasa, cengkaman yang menusuk kalbu serta ayunan yang menggelora jiwa adalah sukar ditandingi urutan batin pasangan suami isteri yang amatur kerana tidak mempelajari dan memiliki pengetahuan seni urut batin.

Jika kesempurnaan urutan zahir yang pertama adalah meransang urat saraf, kedua mencuci darah daging, ketiga melega pernafasan dan keempat mengimbang tubuh badan, seperti mana yang wajib dilakukan dengan sempurna ketika mandi wajib.

Kesempurnaan urutan batin pula adalah, yang pertama mengawan, kedua bersetubuh, ketiga persenyawaan dan keempat bersatu diantara pasangan suami isteri ketika jimak.

Persoalannya, sejauh manakah kita telah menyempurnakan urutan zahir dan batin yang dituntut oleh agama untuk membina kesihatan dan mencegah segala penyakit zahir dan batin?

Maksud mengawan dari perkataan kawan, kawan adalah kerana benda, maka kawin pun kerana benda, oleh itu pengetahuan memilih pasangan yang baik benda atau barangnya sebelum dikahwini sangat penting untuk memperolehi kepuasan nafkah batin.

Sejauh manakah pasangan suami isteri telah bersedia menentukan kesempurnaan kekuatan 'senjata' masing-masing sebelum mendirikan rumahtangga untuk melakukan urutan batin (bersenggama).

Maksud bersetubuh pula bersatu tubuh, oleh itu pasangan yang 'cocok' perlu dipilih agar boleh disetubuhi atau secocok.

Kesempurnaan tenaga dan kesihatan tubuh badan juga perlu untuk persetubuhan yang sempurna.

Penyakit dan kesihatan pasangan akan berpindah kepada kita ketika bersetubuh. Bersetubuh memerlukan kekuatan urat saraf, kelancaran darah, kesegaran pernafasan dan kecergasan tenaga tubuh.

Persenyawaan hanya berlaku setelah pasangan suami isteri bersetubuh hingga separuh nyawa. Jika masing masing tinggal separuh nyawa barulah mereka boleh berkongsi satu nyawa.

Oleh itu, persenyawaan memerlukan nafas yang panjang agar tidak mudah mengalami kelemasan atau karam dalam gelombang lautan asmara.

Kesempurnaan jimak diantara suami isteri hanya mengalami kesempurnaan dan beroleh kesejahteraan setelah mereka bersatu benda, besatu tubuh dan bersatu nyawa.

Hanya pasangan yang berjaya bersatu benda, tubuh dan nyawa sahaja dapat mengecapi nikmat senggama atau jimak yang sempurna yang tidak terucap kerana tiada kata seindah bahasa untuk menyatakannya.

Pasangan suami isteri yang tidak berjaya bersatu ketika bersenggama cumalah sekadar beradu, kesannya mereka akan menggalami sakit tuan dan puan bermula dengan penyakit lemah tenaga batin, seperti masalah patah tandan bagi kaum lelaki dan keputihan atau 'kekeringan' yang dialami wanita.

Lebih malang lagi bila mereka menggunakan pelbagai ubat dan alat rangsangan seks untuk beradu.

Peraduan yang sedemikian bukan sahaja boleh meruntuhkan katil malah rumahtangga.

BACA INI JUGA:

sumber: sifuliterapi

Hujan Pelik Hanya Turun Pada Sebuah Rumah Di Jakarta

Hujan Pelik Hanya Turun Pada Sebuah Rumah Di Jakarta

Kejadian pelik hujan turun hanya pada sebuah rumah yang berlaku di Jakarta pada Sabtu (26 Ogos 2017) lalu adalah satu fenomena alam jarang berlaku di dunia.

Hujan Pelik

Kejadian hujan pelik yang berlaku di Jalan Tebet Barat Dalam 1 itu telah menarik perhatian penduduk setempat sehingga ada yang bermandi-manda serta menadah air hujan tersebut.

Memetik kenyataan dari Ketua Pusat Informasi Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG), Mulyono Prabowo, fenomena alam itu sememangnya sukar untuk terjadi.

Rakaman video kejadian tersebut tular di media sosial di Indonesia kerana kejadian berlaku ketika cuaca di kawasan tersebut panas dan kering malah rumah di sekelilingnya tidak ditimpa walau setitik hujan pun.

Mulyono berkata, ketinggian awan pada musim kemarau menjadikan hujan seperti di Tebet itu sangat sukar berlaku dan hasil kajian pihaknya mendapati ketinggian awan ketika itu sekitar 700 meter hingga 1 kilometer.

Pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Muzakir berkata, ketika kejadian berlaku semasa dia bermain catur dengan seorang jiran pada 6.30 petang.

Hujan Pelik

Mereka pada mulanya menyangka hujan turun di seluruh kawasan itu.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila terlihat kanak-kanak bermain hujan dan menjerit kegembiraan kerana hujan hanya berlaku di rumahnya.

Setelah melihat sekeliling, dia mendapati sememangnya hujan hanya turun di rumahnya dan berterusan hingga tengah malam.

Pelik kan?

BACA INI JUGA: Ritual Pelik Panggil Hujan, Kahwinkan Katak

sumber: gigitankerengga

Onani Boleh Menyebabkan Batang Zakar Patah

Onani Boleh Menyebabkan Batang Zakar Patah

“Salam doktor, saya berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah ketagihan untuk beronani walaupun saya sedang cuba untuk menghindarkannya.

Zakar Patah

Ketika ini amalan onani saya saya agak pelik iaitu ketika onani, saya akan membengkokkan zakar saya sedikit untuk menambah keseronokan.

Saya dapati selepas ejakulasi, saya akan merasa sakit pada zakar.

Jika saya tidak membengkokkan zakar ketika masturbasi, saya tidak akan berasa sakit selepas ejakulasi. Apa yang saya tahu, lelaki boleh melakukan banyak posisi dan gaya ketika melakukan masturbasi atau hubungan seks.

Saya risau tidak boleh memberi kepuasan kepada isteri pada masa depan kerana saya tidak boleh beraksi seperti membengkok di sana-sini.

Adakah kesakitan ini memudaratkan dan tindakan membengkokkan zakar boleh menyebabkan ia lembik? Mohon pencerahan doktor. Terima kasih”

JAWAPAN

Wa Alaikum Salam

Beronani adalah suatu amalan yang memudaratkan. Ini kerana ia tidak normal dan ia boleh menyebabkan rasa tidak puas ketika melakukan hubungan seksual bersama isteri.

Ini kerana rasa seronok akibat genggaman tangan tidak sama dengan rasa kontraksi otot-otot faraj.

Genggaman tangan lebih kasar dan merosakkan saraf-saraf di permukaan kulit zakar dan saraf di dalam batang zakar, dan tidak berlaku pada genggaman otot-otot faraj.

Membengkokkan zakar ketika onani akan menambahkan kerosakan saraf. Ia akan mencederakan pada batang zakar dengan lebih serius.

Ini kerana kerosakan yang berlaku bukan setakat kerosakan saraf di permukaan dan di dalam batang zakar, tetapi mencederakan saluran darah dalam batang zakar yang bertanggungjawab ketika zakar menegang.

Struktur dalam batang zakar biasanya ketika zakar menegang, darah akan memenuhi ruang dalam tisu corpora cavernosa iaitu dua struktur yang berbentuk tiub yang menjadi struktur utama dalam batang zakar.

Darah akan kekal dalam kedua-dua struktur ini untuk membolehkan batang zakar menjadi keras.

Dalam keadaan zakar yang tegang, enggaman yang kuat semasa beronani dengan membengkokkan batang zakar boleh menyebabkan saluran darah ini koyak dan darah akan mengalir keluar.

Batang zakar juga tidak akan menjadi tegang lagi dan keadaan ini dikenali sebagai ‘patah’ batang zakar atau Fracture Penis dan akan menyebabkan mati pucuk yang sangat sukar dirawat.

Wallahu a’lam

BACA INI JUGA:

sumber: drzubaidi

Tahukah Anda Maksud Logo NIKE?

Tahukah Anda Maksud Logo NIKE?

Tahukah anda asal-usul dan maksud logo atau jenama sukan terkenal NIKE yang dijadikan sebagai lambang, diambil daripada nama Dewi Greek yang bermaksud 'kemenangan' yang mewakili kejayaan pada zaman kuno Greek dalam mitos Yunani.

NIKE

Dewi Greek ini juga dikenali sebagai Wingede Goddess of Victory, anak perempuan Titan Pallas dan dewi Styx, kakak Kratos (kuasa), Bia (Pasukan) dan Zelus (semangat).

Swoosh di lambang Nike adalah merupakan lambang kepada sayap dewi tersebut.

Dr. Abdullah Al-Faqih juga telah memberikan fatwa bahawa haramnya memakai produk Nike, berdasarkan hadis, "Jika kamu meniru sesuatu kaum itu, maka kamu salah satu darinya."

NIKE

Petikan daripada forum Islamweb.com

Question

Is it permissble to wear clothing bearing the Nike motif, as I learned recently that Nike got their name from the greek goddess of Victory?

Answer

Praise be to Allah, the Lord of the Worlds; and blessings and peace be upon our Prophet Muhammad and upon all his Family and Companions.

Wearing a garment with the logo of Kufr is prohibited in Islam since Islam prohibits imitating non-Muslims.

The Prophet said, "Whoever imitates some people, he is one of them". In another narration he will be resurrected with them".

The above Hadith gives a severe threat to those people who imitate Kuffars in their style or manners of talking, acting, wearing, worshipping, or in their feasts or in any other matters which are not legislated for us and are not approved by us.

Note that the Prophet disavowed any connection with the Muslim who lives among Kuffars and does not distinguish himself from the Kuffars in his manners, deeds and practices, let alone a person who carries a logo of Kufr with him?

Imam Abu Dawood narrated in his Sunan that the Prophet said, "I am exempt from any Muslim who lives among polytheists".

When they asked the Prophet he said, "Fire of Muslims should not be seen with the fire of Mushrikeen".

The sign of "Nike", on the garments which many Muslims wear, is a sign of a goddess of victory, daughter of the giant Pulas, as the Greeks believed.

So, every Muslim is obliged to avoid a sign of Kufr and he should not take with him such a sign even though the sign is no longer used as the logo of Kufr.

How can one use a sign and name of a goddess of Greece? The evidence for this rule is the Prophet's question to the person who has vowed to slaughter a camel at "Buwanah" he said, "Did the place contain any idol worshipped in pre-Islamic times?" [Related from Abudawood].

If there was an idol in pre-Islamic times then slaughtering in that place would be forbidden even though the idol/idols had been removed.

Then how could it be permissible to use those things which used to indicate Kufr?

Allah knows best.

***

Jadi, adakah umat Islam ditegah daripada memakai pakaian dan perhiasan yang mengandungi lambang NIKE?

Bagaimana mungkin anda sanggup memakai tanda dan nama dewi Greece yang dianggap salah satu Tuhan mereka?

BACA INI JUGA:

sumber: tenteraislam

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Ogos)

Tarikh 31 Ogos merupakan hari ke 243 (hari ke 244 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 122 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari Kemerdekaan Malaysia

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Malaysia (1957), Trinidad dan Tobago (1962) dan Kyrgyzstan (1991).

Peristiwa

1056 - Maharani Byzantine Theodora jatuh gering, beberapa hari kemudian mangkat tiba-tiba, tanpa meninggalkan anakanda untuk mewarisi takhta, maka tamatnya dinasti Makedonia.

1142 - Dengan bantuan Hiawatha dan Deganawidah, puak-puak Iroquois menubuhkan Gabungan Haudenosaunee.

1422 - Henry VI menjadi Raja England pada usia sembilan bulan.

1803 - Lewis dan Clark memulakan ekspedisi mereka ke barat dengan meninggalkan bandar Pittsburgh, Pennsylvania pada pukul 11 pagi.

1864 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan pimpinan Jeneral William T. Sherman melancarkan serangan di Atlanta, Georgia.

1876 - Abdul Hamid II menjadi Sultan Empayar Uthmaniyyah apabila abangnya Murad V digulingkan.

1886 - Sebuah gempa bumi meragut 100 nyawa di Charleston, Carolina Selatan.

1888 - Mayat Mary Ann Nichols ditemui di London Victoria, kononnya mangsa pembunuh bersiri Jack the Ripper yang pertama.

1897 - Thomas Edison mempatenkan projektor wayang terulung bernama Kinetoscope.

1907 - Count Alexander Izvolsky dan Sir Arthur Nicolson menandatangani Konvensyen St. Petersburg yang melahirkan perikatan Pakatan Bertiga.

1914 - Ecuador menandatangani perjanjian hak cipta Buenos Aires.

1915 - Brazil menandatangani perjanjian hak cipta Buenos Aires.

1920 - Dipimpin pasukan berkudanya, Angkatan Tentera Poland mengalahkan Tentera Merah Bolshevik dalam Pertempuran Komarów.

1920 - Rancangan berita radio pertama disiarkan oleh stesen 8MK di Detroit, Michigan.

1939 - Jerman Nazi memperhebatkan serangan palsu terhadap stesen radio Peristiwa Gleiwitz, untuk mencari alasan menyerang Poland pada hari berikutnya, maka tercetusnya Perang Dunia II di Eropah.

1942 - Di Ternopil, Ukraine barat, pada 4.30 pagi, pihak SS Jerman menjalankan pengusiran Yahudi pertama dari ghetto Ternopil ke kem maut di Belzec, melibatkan seramai 5,000 orang Yahudi. Ketika Jerman menawan Ternopil, bandar tersebut diduduki kira-kira 18,000 orang Yahudi.

1943 - Kapal USS Harmon, kapal Tentera Laut Amerika Syarikat pertama yang dinamakan sempena orang berkulit hitam, ditauliahkan.

1945 - Parti Liberal Australia diasaskan oleh Robert Menzies.

1948 - Pelakon Robert Mitchum ditahan dalam serbuan dadah di Hollywood. Tidak lama kemudian dia didapati bersalah atas konspirasi jenayah memiliki ganja lalu dihukum penjara selama 60 hari.

1957 - Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama, manakala Ketua Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama.

1962 - Trinidad dan Tobago merdeka.

1965 - Pesawat Aero Spacelines Super Guppy terbang buat julung kalinya.

1968 - Garfield Sobers menjadi ahli kriket pertama yang melakukan enam six dalam satu over.

1978 - William dan Emily Harris, pengasas-pengasas Symbionese Liberation Army, mengaku bersalah kerana menculik pewaris syarikat akhbar Patricia Hearst pada tahun 1974.

1980 - Perjanjian Gdańsk ditandatangani.

1986 - Pesawat Aeroméxico Flight 498 terlanggar pesawat Piper PA-28 di atas Cerritos, California, mengorbankan 67 orang di udara dan 15 lagi di tanah.

1986 - Selepas berlanggar dengan sebuah kapal kargo, kapal samudera Kesatuan Soviet Admiral Nakhimov tenggelam ke dalam Laut Hitam dalam masa 7 minit, mengorbankan lebih 400 penumpang.

1991 - Kyrgyzstan mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.

1992 - Pascal Lissouba dilantik sebagai Presiden Republik Congo selepas satu pilihan raya parti berbilang sekaligus mengakhiri pemerintahan satu parti penyokong Marxisme.

1993 - Kapal HMS Mercury dihentikan setelah bertauliah selama 52 tahun.

1994 - Tentera Republik Ireland Sementara mengisytiharkan gencatan senjata.

1997 - Diana, Puteri Wales dan temannya Dodi Al-Fayed terbunuh dalam satu kemalangan kelajuan tinggi di terowong jalan Pont de l'Alma di Paris.

1998 - Korea Utara dilaporkan melancarkan satelit buatan pertamanya bernama Kwangmyongsong.

1999 - Letupan Pangsapuri Rusia pertama berlaku di Moscow, membunuh satu orang dan mencederakan 40 lagi.

2005 - Kejadian merempuh-rempuh di Jambatan Al-Aaimmah di Baghdad membunuh 1,199 orang.

2006 - Hasil seni lukis The Scream karya Edvard Munch yang dicuri pada 22 Ogos 2004, dijumpai semula dalam satu serbuan oleh polis Norway. Lukisan terbabit dikatakan lebih baik keadaannya berbanding dahulu.

2007 - Taliban membebaskan saki-baki tebusan Korea Selatan sebaik sahaja Korea Selatan bersetuju untuk mengundurkan 200 anggota tenteranya dalam masa setahun dan menggantung tugas mubaligh di Afghanistan.

2009 - Parti Demokratik Jepun pimpinan Yukio Hatoyama memenangi pilihan raya umum Jepun, mengakhiri pemerintahan berterusan hampir setengah abad oleh LDP.

Kelahiran

1807 - John Young, Baron Lisgar Pertama, Gabenor Jeneral Kanada Ke-2.

1907 - Ramon Magsaysay, Presiden Filipina ke-7.

Kematian

1867 - Charles Baudelaire, penyair Perancis.

1997 - Diana, Puteri Wales.

2002 - Wong Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang pertama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Ogos)

sumber: wikipedia

Wednesday, August 30, 2017

Tragedi Penghapusan Etnik Bosnia Kini Berulang Di Rakhine

Tragedi Penghapusan Etnik Bosnia Kini Berulang Di Rakhine

Dalam sejarah moden selepas Perang Dunia Kedua 1941-1945, kali pertama perkataan Penghapusan Etnik digunakan ialah dalam Tragedi Pembunuhan di Srebrenica, Bosnia.

Rakhine

Tragedi ini dianggap pembunuhan massa paling besar, satu daripada ratusan insiden pembunuhan dalam Perang Bosnia bermula 1 Mac 1992 hingga 14 Disember 1995.

Perang selama 3 tahun 8 bulan 2 minggu dan 1 hari itu mengorbankan lebih 100 ribu nyawa umat Islam di Balkan.

Puncanya, selepas perpecahan Yugoslavia berikutan jatuhnya Kerajaan Komunis Soviet, (Revolusi Bolshevik Rusia 1917-1987) Bosnia mengisytiharkan kemerdekaan, menjadikan ia negara majoriti Muslim.

Perkara ini membangkitkan krisis bersenjata apabila pemberontak Serb dan penganut Kristian Ortodoks yang disokong Kerajaan Serbia dan Rusia, bertindak membunuh orang Islam.

Dalam perang itu, tragedi pembunuhan paling tragik terhadap umat Islam di Sebrenica pada 11 hingga 13 Julai 1995, hanya dalam tempoh tiga hari, Tentera Serb membunuh lebih 8 ribu lelaki dan remaja Muslim.

Jenayah ngeri yang dikenang dunia sebagai paling dahsyat di Eropah, selepas tragedi Nazi dan Adolf Hitler membunuh 6 juta bangsa Yahudi di Jerman sepanjang empat tahun Perang Dunia Kedua.

Siapa Serb? Mereka penganut Kristian Ortodok yang mahukan negara Bosnia dijadikan negara bangsa Kristian Serb. Kemerdekaan Bosnia yang majoriti Muslim mencetuskan kemarahan kaum Serb.

Disokong Kerajaan Serbia, pemberontak Serb melancarkan perang penghapusan etnik Muslim Bosnia.

Penghapusan etnik di Bosnia diselamatkan Pakatan NATO yang memutuskan untuk menyerang Serbia setelah terdapat bukti jelas wujudnya jenayah perang terhadap umat Islam.

Serangan NATO pada 24 Mac 1999 mengakhiri Perang Bosnia dan lahirlah negara Islam Bosnia di Eropah pada yang diiktiraf merdeka sejak 1992.

Jadi, apa yang berlaku di Rakhine juga bukan isu baharu dalam era permusuhan agama pasca moden.

Rakhine

Pembunuhan demi pembunuhan pengganas Buddha yang disokong Junta Tentera Myanmar sejak 2012, sah satu jenayah penghapusan etnik.

Penyisihan Muslim Rohingya bukan sekadar isu Perlembagaan Myanmar yang menganggap 1.1 juta penduduk Islam itu sebagai pendatang Bangladesh, tetapi ia agenda Junta Tentera dan penganut Buddha Myanmar yang mahu menghapuskan Islam dari Wilayah Rakhine.

Junta Tentera Myanmar boleh menyatakan apa sahaja alasan mengenai matlamat operasi ketenteraan itu, tetapi dunia jangan lupa, Ia satu jenayah penghapusan etnik yang mengulangi tragedi Sebrenica.

Pemimpin negara Islam pula tidak perlu terpinga-pinga. Ini bukan isu baharu. Kita sudah melihat lebih 100 ribu nyawa umat Islam disembelih di Bosnia.

Atau kita memang sengaja mahu melupakannya? Mustahil mengharapkan NATO menyelesaikan isu Rohingya!

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Apa Sebenarnya Maksud Liberal?

Apa Sebenarnya Maksud Liberal?

Apa sebenarnya makna liberal? Adakah liberal itu ertinya sifat hedonis iaitu sifat suka buat apa saja sesuka hati? Inilah yang biasa difahami rakyat umum.

Liberal

Pemahaman rakyat umum tidak boleh dijadikan takrif kepada makna liberal. Kalau rakyat umum memahami Islam sebagai agama teroris, adakah ini juga dianggap benar?

Untuk memahami makna liberal, kita perlu memahami sejarah perkembangan falsafah di Barat. Kita perlu belajar falsafah dan sejarah supaya tidak nampak jahil dan tidak ilmiah.

Di sini, saya ingin ringkas dan mudahkan penjelasan makna liberal supaya ramai yang tidak salah gunakannya. Mungkin mudah untuk memahami makna liberal bila kita kaitkan dengan gerakan hak asasi kemanusiaan.

Kristian Dan Liberal

Gerakan hak asasi kemanusiaan adalah hasil pengalaman Barat dalam membebaskan diri daripada kepimpinan agamawan Katolik Kristian.

Bebas maknanya bebas daripada genggaman agamawan. Bahkan perkataan liberal sebenarnya bermakna bebas.

Semasa pemerintahan agamawan, rakyat disatukan oleh gereja atas nama hak Tuhan atas hak manusia.

Gereja melaksanakan hak Tuhan. Hak Tuhan mesti diutamakan atas hak manusia. Suara Agamawan yang mewakili suara Tuhan sentiasa veto suara dan hak rakyat.

Mindset liberal adalah hasil fobia yang mendalam terhadap suara agamawan katolik kerana baginya, suara agamawan tidak telus. Agamawan tidak perlu hujah rasional untuk menghukum.

Ketidaktelusan merupakan fobia utama liberalis. Bagaimana pengurusan fatwa agamawan mampu telus jika segala hukum dibuat atas alasan ia adalah suara Tuhan yang tidak boleh dipersoalkan?

Liberalis melihat bahawa agamawan tidak mengutamakan suara rakyat dalam berfatwa. Suara Tuhan adalah segala-galanya kerana Tuhan Maha Mengetahui. Agamawan Katolik adalah wakil suara Tuhan yang mutlak ini.

Bila Islamis berkempen politik agama, adakah ini bermakna taat buta kepada kepimpinan politik majlis syura ulama? Liberalis sangat fobia kepada budaya taat buta atau blind faith.

Kalau inilah maknanya, maka wacana Islamik ini sudah tentu dilihat menyamai mindset Katolik Kristian iaitu menganggap ulama sebagai wakil suara Tuhan, bukan suara rakyat.

Suara ulama akan sentiasa veto suara rakyat kerana ulama adalah wakil Tuhan. Kalau suara ulama itu dipertikaikan, ia seolah-olah mempertikaikan suara Tuhan.

Liberal Di Malaysia?

Sebagai perbandingan di Malaysia, Parti AMANAH adalah dianggap liberal kerana dipimpin oleh bukan ulama, manakala Pas adalah Islamik kerana dipimpin oleh ulama.

Ini adalah umpama berkata gereja adalah beragama kerana dipimpin oleh paderi tetapi restoran McD adalah liberal kerana dipimpin oleh ahli dunia, bukan alim ulama.

Seorang pendakwah Islam perlu memahami fobia mindset liberal. Islamis mempunyai fobia terhadap isu anjing dan babi. Liberalis mempunyai fobia terhadap isu hak asasi manusia.

Agamawan Katolik mengutamakan suara Tuhan atas suara rakyat. Bila agamawan berjuang melaksanakan fatwa mufti atau ulama, adakah ini suara rakyat atau suara Tuhan? Adakah fatwa boleh dipersoalkan oleh rakyat umum?

Undang-undang sivil boleh dipersoalkan oleh semua rakyat. Bahkan boleh diubah dengan keputusan majoriti Parlimen bila melanggar hak asasi manusia.

Adakah fatwa negara boleh diubah bila bercanggah dengan hak asasi kemanusiaan?

Parlimen adalah suara rakyat tetapi gereja adalah suara Tuhan. Adakah majlis syura yang membentuk fatwa itu wakil suara Tuhan?

Di mana letaknya ketelusan jika ulama berfungsi sebagai wakil Tuhan?

BACA INI JUGA: Apa Itu Pluralisme Dan Bahayanya Kepada Akidah Umat Islam

sumber: sinarharian

Tahukah Anda Siapa Pereka Pingat Sukan SEA 2017?

Tahukah Anda Siapa Pereka Pingat Sukan SEA 2017?

Bercerita tentang pingat dalam Sukan SEA, item yang sering menjadi buruan atlet Asia Tenggara dalam setiap temasya sukan itu sememangnya menyimpan rahsia tersendiri.

Sukan Sea

Namun, pernahkah anda terfikir siapakah yang mereka atau mencipta pingat untuk Sukan Sea KL2017 kali ini?

Faktanya, pingat-pingat itu dihasilkan menerusi kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dan pakar pembuatan barangan logam, Royal Selangor.

Jadi, Royal Selangor menjadi Rakan Pingat Rasmi untuk KL2017!

Kami kongsikan 9 info dan fakta menarik tentang pingat rasmi Sukan Sea KL2017.

1. Royal Selangor

Royal Selangor telah mereka bentuk pelbagai trofi dan pingat untuk pelbagai kejohanan besar antaranya F1 Malaysia, LPGA Malaysia, Sukan Komanwel 1998 dan Sukan Sea 2001.

2. Bahan

Pingat-pingat Sukan Sea 2017 direka menggunakan bahan timah dan kayu kempas.

3. Kualiti Terbaik

Rekaan pingat itu menjadi tanggungjawab sepenuh nya Royal Selangor demi memastikan kualiti terbaik.

4. Rekaan Melengkung

Pingat yang direka pula mempunyai permukaan melengkung yang disaluti badan kayu manakala bahagian tepi pingat diperbuat daripada pewter yang disadur emas atau tembaga mengikut warna pingat.

5. Baton Sukan SEA 2017

Royal Selangor juga mereka obor rasmi dan replika baton KL2017.

6. Obor Sukan SEA 2017

Obor

Obor berbentuk segitiga yang direka melambangkan kekuatan dan perpaduan.

7. Kualiti

Bahagian kayu pula diawet dengan minyak bagi mengekalkan warna asal dan menjaga kualiti kayu.

8. Spesifikasi

Setiap pingat mempunyai diameter 80mm x 11mm dengan berat setiap satunya 140 gram.

9. Pingat Peringatan

Peringatan

Menariknya, anda tidak perlu menjadi atlet untuk memiliki pingat KL2017 kerana Royal Selangor mengeluarkan pingat peringatan sebagai kenang-kenangan. Begitu juga replika obor.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Pemenang Sukan SEA 2017 Di Hadiahkan Anak Pokok?

sumber: astroawani