Friday, February 17, 2017

Maksud Burung Ungu, Trash Dove Di Facebook

Maksud Burung Ungu, Trash Dove Di Facebook

Bagi anda yang masih lagi belum tahu apa sebenarnya burung berwarna ungu atau purple yang sedang menghentak kepalanya ke lantai diruangan komen, itulah set stiker yang bernama Trash Dove.

trash-dove-thailand

Trash Dove dicipta oleh seorang pelukis dari Florida bernama Syd Weiler pada September 2016 dan kemudian dijadikan set stiker pada iPhone Januari tahun ini.

Yang menjadi persoalan ramai pengguna Facebook adalah, apa sebenarnya mesej yang mahu disampaikan oleh burung ungu itu yang dikatakan adalah seekor burung merpati.

Mari kita ketahui beberapa perkara yang diketahui tentang burung ungu ini yang mungkin boleh merungkai sedikit persoalan yang bersarang di kepala semua orang.

Apa itu Trash Dove, burung ungu

Menurut penjelasan di laman web knowyourmeme.com, burung tersebut dikenali sebagai Floppy Trash Doves dan ia merupakan sebahagian daripada koleksi Facebook stickers.

Ia memaparkan burung Merpati itu dalam 24 situasi dan gaya, termasuk gaya mengangguk yang menjadi pilihan ramai.

Siapa pencipta Trash Dove, burung ungu

Sticker ini direka oleh Syd Weiler, seorang artis dan pereka grafik dari Florida, Amerika Syarikat. Ia mula dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari lalu dan mula viral di Thailand.

Maksud 'Mengangguk'

Ditanya mengapa burung itu menganggukkan kepala dengan gaya ala penyanyi heavy metal, Weiler memberitahu, gaya tersebut boleh melambangkan banyak situasi dan perasaan, antaranya gembira, teruja atau sedang berseronok.

Weiler juga tidak menolak anggukan burung itu juga melambangkan emotionally disturbed atau bahasa mudahnya, gila.

'Trash Dove Meme'


Lagak pelik burung itu, seperti biasa, mendapat perhatian netizen, sekaligus mencetuskan banyak reaksi yang menggelikan hati.

Semoga menjawab persoalan.

BACA INI JUGA: Juan Pablo Culasso, Lelaki Luarbiasa Yang Mampu Bezakan 3,000 Suara Burung!

Sumber: aa

Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik

Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah SAW, “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik.” (Hadis Riwayat Ibnu Ady)

Fasik

Nabi SAW menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq.

Sebenarnya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia.

Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula.

Bagi insan jahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin beribadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah SWT.

Syaitan tidak mahu orang jahil rajin mengaji kerana bila dia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah SWT yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula dengan orang alim yang sudah banyak ilmu, syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga dia meninggalkan kefardhuannya.

Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari kiamat nanti. Maka itulah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala sebegini sudah dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: 5 Fasa Umat Akhir Zaman, Bersabarlah Wahai Umat Islam

-SENTIASAPANAS.COM

4 Perkara Penting Sebelum Menyewa Rumah, Rahsia Berjimat Yang Anda Tidak Tahu!

4 Perkara Penting Sebelum Menyewa Rumah, Rahsia Berjimat Yang Anda Tidak Tahu!

Sesiapa sahaja yang tahu nilai dalam menyewa sesebuah hartanah juga faham akan kekurangannya kerana dari satu sudut, menyewa membolehkan anda meminimumkan kos.

Menyewa+rumah

Anda tidak perlu wang pendahuluan yang banyak untuk tinggal di rumah sewa. Apapun, hanya kerana anda teleh menemui tempat tinggal anda, tidak bermakna anda juga menemui suasana kediaman yang baik.

Perhatikan tips dan panduan penting ini dan perkara-perkara yang perlu diperhatikan sebelum menyewa rumah, bagi memastikan situasi kediaman anda berada dalam keadaan baik serta berbaloi untuk disewa.

Persekitaran Terdekat

Walaupun anda tidak kisah dengan persekitaran dari segi pemandangan dan keselesaan, anda perlu memastikan keadaan persekitaran rumah sewa yang anda bakal duduki.

Adakah perniagaan, taman, kedai atau perumahan lain di sekitar anda?

Walaupun rumah sewa anda punya perkara di atas, adakah itu yang anda mahukan?

Ini semua bergantung kepada kehendak anda bagaimanapun, anda tentunya tidak mahukan pangsapuri yang berdekatan dengan lapangan terbang dan bersebelahan pula dengan rel kereta api atau pangsapuri yang terletak berdekatan dengan sesuatu yang lebih teruk.

Rumah sepatutnya bukan sahaja menyediakan perlindungan kepada anda dan harta benda daripada cuaca atau anasir luar, bahkan sepatutnya menyediakan ruang untuk anda bertenang dan berehat.

Kenapa anda perlu tingal di kawasan yang memberi tekanan?

Jadi, anda boleh nampak betapa mudahnya untuk mengganggu ketenangan anda dengan berada berdekatan kawasan yang sesak atau bising (tidak selamat), seharusnya anda lebih berwaspada dengan pilihan yang ada untuk house for rent in KL dengan PropertyGuru Malaysia, anda juga boleh melihat sendiri perbandingan sewa rumah dan pilihan terbaik untuk jangka masa panjang.

Kuncinya adalah untuk memastikan anda dapat mencapai kehendak anda dalam mencari tempat tingal yang tenang dan damai.

Penyelenggaraan Umum

Penyelenggaraan sesebuah hartanah adalah perkara yang selalu diambil sambil lewa oleh kebanyakan penyewa kerana rata-ratanya beranggapan yang hartanah itu bukan milik mereka dan mereka tidak kisah dengan masalah yang kecil.

Bagaimanapun, jika anda fikirkan tentang kemungkinan pemilik hartanah yang malas, tidak profesional dan tidak mampu menjalankan tanggungjawab, masalah-masalah kecil ini mungkin boleh dijadikan petanda untuk anda.

Kewujudan masalah-masalah kecil ini boleh digunakan untuk mengetahui bagaimana seseorang pemilik hartanah itu menjaga dan menyelenggara hartanah mereka.

Perkara lain yang perlu anda ingat adalah, jika anda terlihat sebarang masalah kecil di sesebuah hartanah, ia mungkin boleh dijadikan petunjuk untuk masalah yang mungkin ada di sebalik dinding hartanah tersebut.

Fikirkan, jika pemilik hartanah itu tiada masa untuk menguruskan masalah yang wujud dan yang nampak di mata kasar, adakah mereka punya masa untuk meninjau masalah dalaman hartanah milik mereka?

Jiran

Jika difikirkan tentang masalah yang boleh dihadapi dengan jiran anda, seperti yang ditunjukkan di HGTV, anda pasti tahu betapa memeritkan jika mendapat jiran yang kepala angin.

Jika anda perlu berurusan dengan jiran, maka tanggungjawab itu jatuh kepada pemilik hartanah anda dalam memastikan mereka mematuhi perjanjian sewaan.

Namun, walaupun perjanjian sewaan itu boleh melindungi anda, anda mungkin akan menyewa di kawasan yang dipenuhi dengan mereka yang tidak mempunyai keserasian dengan anda.

Manusia (khususnya yang di alaf baru berdasarkan petikan artikel dari Yahoo! bisnes) tidak mahu berurusan dengan jiran tetangga yang menyusahkan.

Dan walaupun ada pemilik hartanah yang mengambil langkah untuk mengelakkan perkara ini, ia masih lagi satu masalah di banyak kawasan.

Bagaimana jika anda ada jiran yang suka membuat bising? Bagaimana pula dengan jiran yang pengotor? Bagaimana jika mereka berbau?

Walaupun bakal jiran anda mungkin nampak seperti orang baik dan berada, adalah perlu untuk anda bersiar-siar bagi meninjau apa yang berlaku di sebalik tabir.

Anda tidak perlulah sampai ke tahap menjadi mata-mata, tetapi lebih baik jika anda tahu masalah yang bakal anda hadapi sebelum anda menandatangani perjanjian sewaan.

Jarak ke Lokasi

Apabila berbicara tentang rumah pilihan perkara yang selalu diutamakan oleh bakal penyewa adalah kos.

Bagaimanapun, bukan setakat kos fizikal yang mampu anda bayar sahaja yang anda perlu fikirkan, anda juga perlu memikirkan tentang kos yang bersangkut dengan masa yang perlu anda habiskan.

Ramai di antara kita yang agak sensitif dengan perkara yang perlu dikorbankan untuk tinggal di kawasan pilihan, tapi komoditi paling bernilai yang perlu dikorbankan sudah tentunya masa.

Anda akan mengambil lebih banyak masa untuk bergerak ke satu-satu lokasi jika tinggal di tempat yang terlalu jauh.

Jika anda fikirkan semula kos pengangkutan, anda mungkin akan sedar yang rumah sewa yang anda sangkakan pilihan yang tepat mungkin sebenarnya pilihan yang lebih buruk jika dibandingkan dengan rumah sewa yang agak mahal tetapi lebih dekat dengan lokasi tumpuan anda.

Jangan hanya fikirkan tentang kos minyak petrol dan juga kesan haus dan lusuh yang akan menimpa kereta anda (ia semua berkait), tapi fikirkan juga jika anda perlu berulang-alik ke tempat kerja anda sejauh 10 KM sehari untuk perjalanan sehala, anda perlu meredah perjalanan sejauh 100 KM seminggu atau lebih 5000 KM setahun.

Ditambah lagi dengan tekanan yang akan anda hadapi kerana anda perlu memandu, inilah masalah yang berpotensi mengganggu anda.

Bagaimanapun, jika anda tambahkan sejam setengah masa perjalanan sehala, anda akan dapat sekurang-kurangnya lima jam seminggu dan ini bermakna anda akan menghabiskan 250 jam setahun hanya untuk berulang alik ke tempat kerja.

Walaupun sesebuah rumah sewa itu mungkin kelihatan agak mahal, anda perlu fikirkan apa kelebihan rumah sewa dari segi kos dan keselesaan untuk tingal di situ.

Semasa anada sedang mencari rumah sewa, anda mungkin rambang mata dengan pilihan rumah yang ada.

Bagaimanapun, jangan hanya melihat pada luaran sahaja, sebaliknya selidik dan fahami betul-betul situasi anda sebelum memasuki perjanjian sewaan.

BACA INI JUGA: 7 Sebab Kenapa Pelaburan Hartanah Sangat Menguntungkan!

Fatwa Keharusan, Hukum Pelaburan ASN Dan ASB

Fatwa Keharusan, Hukum Pelaburan ASN Dan ASB

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa telah membincangkan mengenai pelaburan dalam ASN, ASB dan seumpamanya dan memutuskan seperti dibawah.

ASB

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudaratan yang lebih besar, hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam.

Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudaratan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.

Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik.

Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan bumiputera Islam juga akan turut terjejas.

Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengetepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.

Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima (5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam.

Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan.

Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat daripada aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambil kira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.

Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi.

Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan dimana 70 peratus pelaburan menepati syariah, hanya 30 peratus sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak menepati syariah.

Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram.

Menurut sebahagian besar fuqaha iaitu, Hanafi, Maliki, Syafi'e dan Hambali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas.

Ini kerana fuqaha muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudaratan yang lebih besar perlu dielakkan.

(Fatwa ini telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008). -JAKIM

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, February 16, 2017

Sejarah Perang Dan Konflik Sampit Antara Dayak Dan Madura

Sejarah Perang Dan Konflik Sampit Antara Dayak Dan Madura

Tragedi Perang Sampit yang berlaku pada tahun 2003 sudah lama berlalu, namun bagi masyarakat Kalimantan, Indonesia, insiden konflik berdarah ini seperti belum benar-benar hilang.

Sampit

Bagi mereka yang menyaksikan sendiri tragedi mengerikan itu, tanggal 18 Februari 2001, adalah tarikh yang tidak akan dilupakan dalam sejarah penduduk Kalimantan.

Tarikh keramat itu merupakan detik dimana tercetusnya konflik diantara warga pendatang, Madura dan penduduk asli, Dayak.

Perang ini dinamakan sebagai tragedi Sampit, merujuk kepada nama sebuah bandar di Kalimantan.

Ketika Perang Sampit tercetus, Sampit merupakan sebuah bandar yang sebelumnya aman dan tenteram, telah bertukar menjadi kacau-bilau.

Pada masa itu, tiada lagi istilah selamat melainkan pemandangan ngeri dan menakutkan.

Mayat-mayat tanpa kepala bergelimpangan, rumah dibakar, tiada bekalan elektrik dan suara jeritan kedengaran disetiap sudut tanpa henti.

Bermula di Sampit, konflik kemudiannya merebak sehingga ke seluruh wilayah Kalimantan.

Perang Sampit gagal menemui jalan perdamaian menyebabkan konflik berterusan sepanjang tahun itu.

Akibatnya, ramai yang terkorban dengan lebih 500 kematian dan kira-kira 100,000 orang Madura kehilangan tempat tinggal.

Ramai warga Madura ditemui mati tanpa kepala dipenggal oleh suku Dayak.

Punca Peperangan Antara Dayak Dan Madura

Banyak versi cerita tentang bagaimana tragedi Sampit berlaku dengan ada yang mengatakan warga Madura yang telah memulakan pergaduhan.

Manakala versi lain pula menyatakan bahawa suku Dayak ialah punca segala-galanya.

Daripada pelbagai pendapat itu, tragedi Sampit sebenarnya bermula dengan masalah-masalah yang boleh diselesaikan melalui rundingan.

Malangnya, kerana tiada penyelesaian dilakukan, masalah yang nampak kecil berlaku secara berulang-ulang dan berlarutan telah membawa kepada konflik besar.

Dikatakan ini adalah kronologi kes-kes yang dikatakan pencetus kepada persengketaan besar itu;

1. Pada tahun 1972, seorang gadis Dayak telah digoda dan diperkosa oleh seorang warga Madura.

2. Seorang warga Madura telah dibunuh oleh seseorang dari suku Dayak pada tahun 1982.

3. Setahun kemudian, seorang daripada etnik Dayak telah dikeroyok oleh 30 orang Madura sebelum dibunuh.

4. Sekitar tahun 1996, seorang gadis Dayak dirogol lagi oleh warga Madura sebelum dibunuh dengan kejam, tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman ringan.

5. Pada tahun 1997, seorang kanak-kanak lelaki suku Dayak telah dibunuh oleh warga Madura. Yang sadisnya, terdapat lebih 30 kesan tikaman, manakala pembunuhnya berjaya melarikan diri.

6. Tahun 1998, empat orang warga Madura sekali lagi membantai suku Dayak sehingga mati tetapi pesalahnya tidak berjaya ditangkap.

7. Kes pembantaian berlaku lagi dimana dua orang Dayak dikeroyok oleh beberapa orang Madura pada tahun 1999. Puncanya, disebabkan masalah perebutan tanah. Kedua-duanya mati tetapi pembunuhnya berjaya melarikan diri.

8. Tahun yang sama, terjadi satu lagi konflik antara suku Dayak dan Madura gara-gara mengambil emas dari penambang Dayak. Akibatnya, ramai yang terkorban tanpa sebarang penyelesaian.

9. Pada tahun tersebut juga, orang Dayak telah menikam sepasang suami isteri warga Madura menyebabkan pasangan itu cedera parah.

10. Susulan kejadian itu, pada tahun 2000, warga Madura bangkit membalas dendam.

11. Dilaporkan, satu keluarga suku Dayak mati dibantai, pembunuh lari dan kes tidak berjaya diselesaikan.

12. Kejadian serupa berlaku lagi pada tahun yang sama dimana warga Madura membantai satu keluarga suku Dayak, tetapi pesalah tidak menerima sebarang hukuman.

13. Kemudian, seorang lagi suku Dayak mati dibelasah dan seperti biasa pesalah tidak dihukum.

Perang Sampit Tercetus

Rentetan peristiwa yang berpanjangan itu tanpa sebarang penyelesaian, akhirnya Perang Sampit tercetus.

Sebelum kejadian tercetus, konflik dikatakan bermula daripada pergaduhan pelajar sekolah melibatkan anak suku Dayak dan Madura.

Masalah kemudiannya merebak selepas ibu bapa turut serta dalam pergaduhan sehingga akhirnya memicu konflik antara keluarga menjadi peperangan diantara etnik.

Warga Madura Punca Masalah

Tragedi Sampit sememangnya telah merugikan banyak pihak. Daripada kes-kes sebelum itu, setiap perselisihan diakhiri dengan perdamaian, tetapi setiap kali itu jugalah warga Madura melanggarnya.

Penduduk Madura pertama kali tiba di Kalimantan pada tahun 1930 dibawah program transmigrasi yang dicanang oleh penjajah Belanda dan diteruskan oleh pemimpin Indonesia.

Penempatan pendatang Madura di pedalaman Kalimantan dikatakan telah menyebabkan ekologi hutan terganggu.

Hutan bagi masyarakat Dayak merupakan tempat tinggal dan nyawa bagi mereka.

Bagaimanapun, pendatang Madura telah banyak membuat masalah dengan melakukan penebangan hutan secara berleluasa dan mengambil tanah milik Dayak.

Tindakan pendatang Madura yang tidak menghormati penduduk asal dikatakan sebagai punca utama permulaan konflik Perang Sampit.

Ironinya, selepas peristiwa hitam itu berakhir, Sampit mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan industri.

Kini, Sampit menjadi sebuah bandar yang aman dan selamat serta penduduknya hidup dalam keadaan harmoni.

BACA INI JUGA: 5 Tajuk Berita Akhbar Paling Menggemparkan Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Nokia 3310 Bakal Kembali Dengan Versi Lebih Moden

Nokia 3310 Bakal Kembali Dengan Versi Lebih Moden

Selepas 17 tahun dilancarkan, siapa sangka Nokia bakal melancarkan semula model ikonik paling popular suatu ketika dahulu iaitu Nokia 3310.

Nokia 3310

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan pertama kali sebuah model dilancarkan semula setelah hampir 2 dekad mula dijual di pasaran.

Bagi mantan pengguna Nokia 3310 atau yang pernah menggunakan model ini, setidaknya bermain game Snake II, pastinya anda tahu betapa lasaknya telefon Nokia 3310.

Tidak hairanlah telefon Nokia 3310 ini mempunyai pelbagai gelaran sesuai dengan sifatnya yang tidak rapuh seperti smartphone model terkini.

Dikatakan Nokia 3310 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ini bakal hadir dengan versi yang sedikit moden.

Spesifikasi baharu Nokia 3310 dan apa yang bakal dikemaskini masih menjadi rahsia sebelum mula dilancarkan kepada umum.

Memandangkan Nokia 3310 sememangnya mempunyai ‘peminat’ yang tersendiri, Nokia merancang untuk mengeluarkan model ini dengan harga yang sedikit mahal berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.

Harga Nokia 3310 yang diumumkan adalah sekitar €59 (~RM279.09).

Sememangnya harga yang masih mampu milik buat mereka yang ingin mengembalikan nostalgia menggunakan Nokia 3310.

Sama-sama kita nantikan bagaimana Nokia bakal bawakan semula model 3310 yang dikatakan versi lebih moden yang bakal diumumkan hujung Februari 2017.

BACA INI JUGA: Nokia 6, Smartphone Pertama Android Nokia!

Sumber: thevocket

Jumlah Penjawat Awam Malaysia 500,000 Bukannya 1.6 Juta!

Jumlah Penjawat Awam Malaysia 500,000 Bukannya 1.6 Juta!

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa supaya Perdana Menteri, Najib Razak, mengabaikan gesaan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia.

Datuk Azih Muda

Menurut Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda, terdapat hanya 500,000 penjawat awam di negara ini dan bukannya 1.6 juta seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Semakan terhadap Perkara 132 Perlembagaan Persektuan di mana menyatakan, semua perkhidmatan termasuk angkatan tentera, polis dan perguruan dan kesihatan termasuk majlis tempatan diklasifikasikan sebagai perkhidmatan awam.

Namun begitu, di negara maju, penjawat awam tidak termasuk polis, tentera, guru dan mereka di sektor kesihahtan.

Kalau dianalisis, sebenarnya jumlah itu 500,000 sahaja jika tidak termasuk empat cabang itu.

Menurut beliau lagi, kini terdapat 450,000 kakitangan di Kementerian Pendidikan, 270,000 di Kementerian Kesihatan dan 300,000 lagi berkhidmat dengan pasukan polis dan angkatan tentera.

Cuepacs tak setuju kurangkan jumlah penjawat awam

Cuepacs mengambil pendirian sebulat suara menolak cadangan itu yang dianggap tidak munasabah dan tidak prihatin terhadap nasib kakitangan bawahan seperti golongan B40 dan M40.

Beliau berkata, zaman kini berbeza dengan sebelumnya seiring pertambahan penduduk dan pelancong luar yang sekaligus menjadikan tugas kakitangan awam kian bertambah.

Situasi semakin membebankan apabila ada jabatan yang kekurangan kakitangan seperti sektor pendidikan dan kesihatan.

Bayangkan, seorang guru terpaksa mengajar lebih 40 pelajar dalam satu masa, manakala seorang doktor terpaksa merawat ramai pesakit di klinik daerah.

Apa yang menghairankan, kenapa cadangan ini timbul pada tempoh 'idah' ketika nak dekat Pilihan Raya Umum (PRU).

Cuepacs berharap cadangan ini bukannya bibit-bibit mahu menswastakan jabatan tertentu kerana dasar penswastaan sebelum ini yang merugikan.

Sebelum ini, bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan kepada kerajaan supaya mengecilkan saiz perkhidmatan awam selagi mampu berbuat demikian.

Katanya, langkah itu perlu supaya Malaysia tidak terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece lapor malaysiakini.

p/s: Kerajaan sepatutnya bertindak tegas membendung rasuah yang begitu parah sekarang. Cantas semua pengamal rasuah selagi boleh!

BACA INI JUGA: 11 Hakikat Sebenar Kerja Penjawat Awam Yang Kurang Diketahui Umum

-SENTIASAPANAS.COM

Grab Umum Tambang Percuma Dibawah RM7

Grab Umum Tambang Percuma Dibawah RM7

Baru sahaja Uber mengumumkan mereka promosi dimana perjalanan bawah 4 kilometer hanya akan dikenakan cas dengan harga 99 sen, pesaing Uber iaitu Grab pula mengumumkan kempen ‘Zero Fare, Zero Problems!’.

Grab vs Uber

Melalui promosi kempen ‘Zero Fare, Zero Problems!’ ini, Grab menawarkan tambang percuma untuk perjalanan dibawah RM7 khas buat pengguna.

Memang ‘gila’ betul promosi daripada Grab ni.

Bukan itu saja, pengguna Grab turut berpeluang menggunakan promosi ini sebanyak 30 kali sepanjang tarikh promosi yang bermula 14 Februari sehingga 28 Februari 2017.

Untuk mendapatkan promosi daripada Grab, anda hanya perlu memasukkan kod promosi ‘ZEROFARE’ dan pastikan destinasi yang hendak dituju bawah daripada harga RM7.

Sememangnya, langkah penjimatan terbaik buat anda yang mahu ke destinasi pada jarak dekat.

BACA INI JUGA: Projek ‘Uber 10 Sen’, Jom Bantu Golongan Miskin Di Malaysia

Sumber: thevocket

Siapa Kim Jong-Nam Dan Kenapa Perisik Korea Utara Membunuhnya?

Siapa Kim Jong-Nam Dan Kenapa Perisik Korea Utara Membunuhnya?

Kim Jong-Nam, dilahirkan pada 10 Mei 1971, merupakan anak sulung kepada bekas pemimpin tertinggi Korea Utara, mendiang Kim Jong-ll dan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, dipercayai mati diracun perisik Korea Utara di KLIA 2.

Kim Jong-Nam

Namun, tidak ramai yang mengetahui identiti Kim Jong-Nam sebelum berita kematiannya mendapat liputan meluas dunia, sehingga mencetuskan soalan, siapa sebenarnya Kim Jong-Nam?

Kim Jong-Nam adalah abang tiri kepada pemimpin Korea Utara ketika ini, Kim Jong-un, adalah hasil hubungan sulit Kim Jong Il dengan aktres Korea Utara, Song Hye Rim.

Kim Jong-Nam dilahirkan di ibu negara Korea Utara, Pyongyang, pada 10 Mei 1971 dan sebenarnya merupakan anak lelaki sulung Kim Jong-Il.

Sebelum adiknya menjadi pemimpin, Kim Jong-Nam dinamakan sebagai bakal pewaris takhta dinasti Komunis Korea Utara, namun dunianya berubah 180 darjah apabila hidup dalam buangan sebelum kematian ayahnya, Kim Jong-Il pada 2011.

Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menyembunyikan diri serta mengelak pergerakannya dihidu adik tirinya, yang masih lagi takut sekiranya dia akan kembali menuntut hak untuk berkuasa.

Kedua adik beradik ini memiliki raut wajah bulat dan air muka yang hampir sama, gaya jalan dan ekspresi yang sama, namun kedua-duanya dikatakan tidak pernah bersua muka.

Kim Jong

Memetik laporan CNN pada Januari 2012, wartawan akhbar Tokyo Shimbun, Yoji Gomi yang merupakan penulis biografi kisah Kim Jong Nam berjudul "My Father, Kim Jong Il, and Me," berkata, Kim Jong Nam merupakan seseorang yang berfikiran terbuka lebih-lebih lagi mengenai perubahan ekonomi serta berpengetahuan tinggi mengenai hal dunia.

Selepas temubual dibuat dalam lebih 150 e-mel, Yoji Gomi menyifatkan Kim Jong Nam lantang menentang dasar yang dibuat bapanya terutama dasar kepimpinan ketenteraan.

Kim Jong-nam juga sebelum ini pernah dilaporkan secara meluas mengenai percubaannya memasuki Jepun menggunakan pasport palsu kerana ingin melawat Taman Tema Disneyland di Tokyo pada Mei 2001.

Insiden itu telah membawa satu perubahan besar kepada hubungan Kim Jong Nam dan bapanya.

Sejak itu, Kim Jong Nam dibuang ke China dan Kim Jong Un diangkat sebagai pewaris kedudukan Kim Jong Il pada tahun 2003.

Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama Yoji Gomi, Kim Jong Nam dikatakan menafikan sekeras-kerasnya bahawa tindakannya itu telah menyebabkan bapanya menggugurkan namanya sebagai pengganti kepemimpinan Korea Utara.

Kim Jong Nam mendakwa bahawa namanya digugurkan sebagai calon pewaris kerana beliau cenderung melakukan reformasi lantaran menerima pendidikan di Switzerland.

Sejak itu, hubungan beliau dan bapanya semakin renggang kerana Kim Jong Nam dilihat telah membawa pemikiran Kapitalisme.

Dalam satu e-mel kepada Yoji Gomi, Kim Jong Nam berkata, "Selepas saya kembali ke Korea Utara selepas belajar di Switzerland, hubungan saya dengan bapa semakin jauh kerana saya berkeras mahukan pembaharuan dan pasaran terbuka, namun ia menimbulkan syak wasangka.

"Bapa berasa sangat sunyi selepas menghantar saya belajar di luar negara. Apabila dia merasakan bahawa saya akan menjadi kapitalis selepas tinggal di luar negara selama bertahun-tahun, pendidikan luar negara untuk adik-adik saya telah dipendekkan.”

Kim Jong-Nam

Jawatan bakal penyambung legasi itu kemudian diturunkan kepada Kim Jong-Un, adik tirinya, selepas kematian mengejut bapanya pada 2011.

Kim Jong-Un dikatakan melihat Kim Jong-Nam sebagai ancaman terhadap hak kekuasaannya.

Apatah lagi Kim Jong-Nam yang bermulut ‘celupar’ itu juga dengan beraninya pernah mempersoalkan kewibawaan Kim Jong-Un untuk memimpin Korea Utara di dalam buku “My Father, Kim Jong-il, and Me”.

Katanya, dia yakin bahawa rejim pimpinan Kim Jong-Un akan tumbang dalam masa singkat kerana adiknya itu terlalu muda dan langsung tidak memiliki pengalaman luas dalam bidang pentadbiran.

Dalam temubual lain pula, Kim Jong-Nam pernah berkata bahawa dia menolak keras pelaksanaan sistem warisan kuasa mengikut keturunan yang diamalkan oleh rejim Korea Utara.

Kim Jong-Nam meninggalkan Macau akhir 2012 selepas gusar keselamatannya kerana seorang perisik Korea Utara yang ditangkap di Korea Selatan mengakui telah diarahkan membunuh Kim Jong-Nam pada Julai 2010.

Malah, terdapat beberapa percubaan untuk membunuh Kim Jong-Nam selepas kematian ayahnya.

Lelaki berusia 46 tahun itu kemudian membahagikan masanya antara Singapura dan Macau sebelum dikesan di Malaysia pada Januari 2014.

Dia terpaksa berpindah randah secara rahsia selepas adik tirinya mengarahkan bapa saudara mereka, Jang Song-Thaek, dihukum bunuh pada akhir 2013 lalu.

BACA INI JUGA: Osama Bin Laden Ditembak Sampai Hancur!

Sumber: mynewshub