Khamis, Mei 29, 2014

Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!


Loading...

Masih ramai pelabur ASB yang tak tahu perkara yang akan saya tulis di bawah. Jadi saya berpendapat elok jika dapat saya kongsikan bersama masyarakat bumiputera kita.

ASB

Ramai di antara kita mempunyai pelaburan saham ASB, tak kiralah sama ada secara pelaburan terus mahupun secara pinjaman atau lebih popular ASB Loan. Walau macam mana sekalipun method pelaburan ASB yang anda lakukan, ada satu perkara yang anda perlu ketahui iaitu..

Simpanan dan pelaburan anda di ASB akan dibekukan selepas kematian anda. Ya! Segala simpanan dan pelaburan anda di ASB dibekukan sejurus anda meninggal dunia (Akta Probate 1959).
Untuk makluman anda juga, tiada penamaan pada simpanan dan pelaburan anda di ASB kecuali jika anda telah melaksanakan pengisytiharan amanah (produk baru ASB).

Dan saya percaya rata-rata pelabur ASB tidak membuat pengisytiharan amanah kerana sebab berikut:
  1. Caj pengurusan yang dikenakan ASNB untuk pengisytiharan amanah
  2. Pelabur sendiri tak pernah tahu & tak mahu ambil tahu hal ini
  3. Pelabur rasa belum nak mati lagi untuk penamaan dan tak pernah rancang masa akan datang

Lihat screenshot laman web ASB dibawah kalau masih tak percaya. Saya petik ambil bahagian yang penting sahaja, nak penuh boleh teruskan di laman ASB.

ASB-Linta-Darat

Bagi saya, tiada guna kalau ketika hidup kita bersusah payah, ikat perut untuk menyimpan duit kalau akhirnya lepas meninggal kesemua duit tersebut DIBEKUKAN macam tu aja.

Nak jadi pelabur, jadilah pelabur yang cerdik. Untuk apa anda sumbangkan simpanan anda ke dalam kumpulan wang tak dituntut sedangkan ahli keluarga yang masih hidup terpaksa catu makan minum selepas anda meninggal dunia kerana kedaifan anda mengurus simpanan dan pelaburan anda ketika hidup. Nak letak penama pun berkira-kira, akhirnya duit tu tak kemana.

Bila saja berlaku kematian pada pemilik akaun ASB, dengan serta merta pelaburan ASB akan dibekukan, duit dalam ASB bukan terus dapat pada anak, pada pasangan mahupun ibu bapa yang masih hidup.

Tak kira la dalam ASB tu ada RM 100,000 mahupun RM10 sekali pun.

Beku tetap beku. That's the rule.

Bila duit dah beku, keluarga atau waris yang menuntut perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka bagi membolehkan pengeluaran duit ASB si mati dilakukan.

Prosedur-Rumit-ASB

Jika selama ini berpendapat bahawa keluarga anda terima semua simpanan anda setelah anda dapat title 'arwah', anda SILAP BESAR!

Sebaliknya keluarga anda menderita. Kenapa? Duit anda dahlah dibekukan. Bagi yang buat pelaburan secara ASB loan lagi la naya. Mana tak nayanya, anda ingat bank hapuskan hutang loan ASB macam tu saja kalau meninggal dunia?

Siapa nak tanggung hutang tu? Siapa lagi kalau bukan waris anda. Sebab tu ada bank yang bijak, dia kenakan caj insuran secara monthly basis ke dalam pembiayaan ASB loan anda supaya bila anda meninggal dunia, hutang tu dapat ditebus melalui insuran. Bank adalah organisasi yang tak akan buat bisnes yang tak memberi keuntungan pada mereka, ingat tu!

Apabila harta simpanan sudah dibekukan, waris anda perlu mendapatkan Surat Tadbir Pusaka, kena kumpul waris-waris yang masih hidup yang lain untuk pengagihan baki pelaburan.

Kebiasaannya proses ini memakan masa berbulan lamanya, malah ada yang memakan masa bertahun-tahun namun masih tak selesai tuntutan harta si mati bergantung kepada kes.

Dan disini, pengurus surat tadbir pusaka akan caj 4% untuk uruskan harta yang nak diagihkan. Kalau 4% daripada RM100,000, dah berjumlah RM4,000 (boleh buat upah haji 2x).

Andai kata ada pertelingkahan dalam urusan agihan, maka makin panjang masa akan diambil untuk duit pelaburan yang telah dibekukan sampai kepada keluarga kita terutama sekali anak, pasangan dan ibu bapa.

Prosedur-Rumit-ASB [2]

Maka tak hairan la kenapa sehingga kini masih terdapat RM40 bilion harta umat Islam yang telah meninggal dunia dibekukan.

Kenapa boleh timbul pertelingkahan?

Kerana pembahagian adalah berdasarkan faraid. Termasuk pelaburan ASB si mati.

Jika anda sebagai isteri yang baru kematian suami, dengan andaian jumlah pelaburan arwah suami RM100,000, anda hanya layak terima 1 bahagian sahaja (rujuk kalkulator faraid dan tertakluk kepada bilangan ahli keluarga waris yang masih hidup yang layak menerima harta faraid).

Prosedur-Rumit-ASB [3]

Setelah ditolak agihan mengikut faraid, si balu mungkin menerima beberapa ribu ringgit dari jumlah RM100,000. Jadi jika ada menyimpan dengan jumlah besar dalam ASB, tercapaikah hasrat anda untuk anda agihkan duit tersebut terus ke anak, pasangan atau ibu bapa anda dengan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mereka?

Saya tidak mempertikaikan pembahagian harta secara faraid, jauh sekali untuk menolak hukum faraid. Tetapi di sini saya ingin memberi tahu kepada semua pelabur ASB bahawa terdapat alternatif agihan simpanan ASB selepas meninggal dunia iaitu melalui pengisytiharan amanah dan konsep hibah (hadiah).

Jadi, anda sebagai pelabur ASB boleh terus menamakan keluarga anda untuk menerima jumlah hibah jika anda meninggal dunia nanti tanpa perlu agihan faraid. Cara ini lebih baik untuk anda pastikan waris anda yang mana perlu menerima duit yang telah anda laburkan dan mengelakkan berlakunya perselisihan keluarga setelah anda meninggal dunia nanti.

Pemegang amanah asnb

Maklumat lanjut kunjungi mana-mana cawangan ASB terdekat anda untuk maklumat lanjut.

Namun, jika anda ragu-ragu tentang ke mana arah simpanan ASB anda setelah meninggal dunia, sila berhubung terus dengan pejabat ASB dan pilihlah HIBAH amanah untuk kesenangan keluarga anda nanti.

Perbandingan Simpanan ASB dan Takaful

Jangan bekukan harta anda setelah kematian anda nanti. Kesian anak-anak, pasangan dan ibu bapa.

BACA INI JUGA: 5 Sebab Kenapa Kita Perlu Menyimpan Emas Bermula Sekarang!

Sumber: tengoktvonline

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

13 comments

Rugi simpan dlm ASB
1) Dividen HARAM - wajid d sedekahkan
2) Meninggal Simpanan kene BEKU
Jom pakat ramai2 kluarkan & masukkan ke Tabung Haji je. Da tentu bersih & dkluarkan zakat lagi. Setuju??

Betul tu. Walaupun keuntungan tak selumayan ASB tapi hati lebih tenang..

suami kwn sy baru je meninggal dunia. baru je habis edah. rm300,000 . asb serahkan pengurusan pada amanah raya, amanah raya setelkan semua hutang si mati dan buat pembahagian harta secara faraid. sblm habis edah semua dah setel x ada pulak kens beku

Permasalahannya, adakah simati telah mengisi borang Amanah raya selepas membuka akaun ASB/ASN?

Zaman bila ni..ni bkn tun teja lg.salah langsg.jgn kelirukan org lain kalau nk lakukan product.sila pergi ke bank yg mnawarkan product ni.tanya diorg.terima kasih.

Kenapa tak agihkan saja simpanan di asb tu sedikit ke takaful sebab kalau dh dibekukan kesian kat waris tak dpt ape tp kalau ade takaful sekurang2nya dia akan dpt harta keluarga berjumlah sehingga 100k boleh jugak utk teruskan hidup dia ngn ank2. Ramai org tak sedar kepentingan takaful ni. Sy pun sebagai advisor takaful akui ramai yg masih tak sedar bagaimana takaful membantu. Jadi anda boleh berubah skrg sblm terlambat dan hubungi saya utk sebarang pertanyaan. Advisor etiqa takaful, 01125142664

Saya kurang bersetuju dgn bab zakat dikeluarkan tu. Saya pernah email kpd pihak LTH utk memohon zakat yg dibayar bagi pihak saya tp dimaklumkan zakat yg LTH bayar bukanlah zakat wang simpanan tp adalah zakat perniagaan.

Sbb itu LTH tidak dpt mengeluarkan resit utk saya claim rebate dari LHDN kerana zakat yg dibayar bukan zakat wang simpanan yg mana individu boleh claim balik rebate bila submit income tax.

Dan pada bulan ini, Tabung Haji pula yang membuat hal dengan melaburkan duit para jemaah Haji ke dalam 1MDB.

Alangkah menyakitkan hati, kan?

Kekadang, perangai manusia sukar difahami.

Tipu la tok aku meninggal elok je anak keluarkan asb bawa surat mati yg disah kan... kerja nk ambik duit org dgn mudah je

Tipu la tok aku meninggal elok je anak keluarkan asb bawa surat mati yg disah kan... kerja nk ambik duit org dgn mudah je

At the end, promote produk rupernyeee..cehhhh

DUIT DIVIDENT ITU WAJIB DI KELUARKAN ZAKATNYA 2.5%. KALAU KAT TABONG HAJI. ZAKATNYA SUDAH DI LANGSAIKAN OLEH TH. SHARAT DINIATKAN BERKONGSI BUSINESS DGN TH BUKAN DUIT SIMPANAN. MUNGKIN INI LEBAH BERSEH.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon