Thursday, February 16, 2017

Jumlah Penjawat Awam Malaysia 500,000 Bukannya 1.6 Juta!


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa supaya Perdana Menteri, Najib Razak, mengabaikan gesaan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia.

Datuk Azih Muda

Menurut Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda, terdapat hanya 500,000 penjawat awam di negara ini dan bukannya 1.6 juta seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Semakan terhadap Perkara 132 Perlembagaan Persektuan di mana menyatakan, semua perkhidmatan termasuk angkatan tentera, polis dan perguruan dan kesihatan termasuk majlis tempatan diklasifikasikan sebagai perkhidmatan awam.

Namun begitu, di negara maju, penjawat awam tidak termasuk polis, tentera, guru dan mereka di sektor kesihahtan.

Kalau dianalisis, sebenarnya jumlah itu 500,000 sahaja jika tidak termasuk empat cabang itu.

Menurut beliau lagi, kini terdapat 450,000 kakitangan di Kementerian Pendidikan, 270,000 di Kementerian Kesihatan dan 300,000 lagi berkhidmat dengan pasukan polis dan angkatan tentera.

Cuepacs tak setuju kurangkan jumlah penjawat awam

Cuepacs mengambil pendirian sebulat suara menolak cadangan itu yang dianggap tidak munasabah dan tidak prihatin terhadap nasib kakitangan bawahan seperti golongan B40 dan M40.

Beliau berkata, zaman kini berbeza dengan sebelumnya seiring pertambahan penduduk dan pelancong luar yang sekaligus menjadikan tugas kakitangan awam kian bertambah.

Situasi semakin membebankan apabila ada jabatan yang kekurangan kakitangan seperti sektor pendidikan dan kesihatan.

Bayangkan, seorang guru terpaksa mengajar lebih 40 pelajar dalam satu masa, manakala seorang doktor terpaksa merawat ramai pesakit di klinik daerah.

Apa yang menghairankan, kenapa cadangan ini timbul pada tempoh 'idah' ketika nak dekat Pilihan Raya Umum (PRU).

Cuepacs berharap cadangan ini bukannya bibit-bibit mahu menswastakan jabatan tertentu kerana dasar penswastaan sebelum ini yang merugikan.

Sebelum ini, bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan kepada kerajaan supaya mengecilkan saiz perkhidmatan awam selagi mampu berbuat demikian.

Katanya, langkah itu perlu supaya Malaysia tidak terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece lapor malaysiakini.

p/s: Kerajaan sepatutnya bertindak tegas membendung rasuah yang begitu parah sekarang. Cantas semua pengamal rasuah selagi boleh!

BACA INI JUGA: 11 Hakikat Sebenar Kerja Penjawat Awam Yang Kurang Diketahui Umum

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon