Nov 7, 2016

Projek ‘Uber 10 Sen’, Jom Bantu Golongan Miskin Di Malaysia

Projek ‘Uber 10 Sen’ merupakan satu usaha murni yang cukup membanggakan dan dalam masa yang sama turut mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia untuk turut sama-sama membantu aktiviti kebajikan ini.

Projek ‘Uber 10 Sen’

Segunung tahniah kita ucapkan kepada Encik Kuang Chee Heng dalam usaha membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan ‘Uber Kentang RM0.10’.

Menurutnya, projek Uber Kentang 10 Sen ini hanya ditawarkan kepada golongan miskin yang tidak berkemampuan membayar kos pengangkutan ke hospital.

***

Saya menangis. RM 10 sebulan

“Saya lihat bagaiman keadaan orang miskin yang ingin pergi hospital untuk mendapat rawatan. Yang cuci buah pinggang, yang cuci kaki, potong, yang sakit macam-macam.

Mereka tak berduit ke hospital. Temu janji di abaikan, di tinggalkan kerana tak ada duit ke hospital. Nak naik bas, tak ada direct bus. Nak naik LRT tak ada direct LRT. Teksi fare mahal.

Saya beritahu En Amin. Saya gajikan kamu RM1,400. Kamu bawa semua orang sakit ini ke hospital. Ikut keperluan. Minyak dan maintenance kereta kita beri. Ini membolehkan ramai yang miskin dapat pergi menerima rawatan.

Terima kasih kepada anda semua. Ini boleh tercetus kerana kamu semua support page ini. Kerana kamu semua ‘giler’.

Saya sekarang minta 200 orang dalam page ini untuk derma. RM10 sebulan, untuk kita bayar gaji dan duit maintenance kereta.

Jom, siapa yang nak bersedekah, sila call saya di 012 2732148. Bagi nama. Kita kongsi ramai-ramai dan jayakan program ini.

MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MISKIN. JOM GILER. Only 200 person yang di perlukan. ” – Kuang Chee Heng

***

Perkongsian Encik Kuang Chee Heng di Facebook ini mendapat lebih beribu perkongsian dalam masa satu hari sahaja.

Selain itu, Encik Kuang juga aktif dalam usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan yang lain seperti memberi sumbangan dalam bentuk bantuan makanan.

Projek ‘Uber 10 Sen’

Terkini Encik Kuang berjaya mendapatkan 2 biji lagi kereta untuk projek ‘Uber Kentang RM0.10’ yang dibelinya pada harga RM0.10 hasil sokongan rakyat Malaysia yang prihatin.

Sekali lagi Rakyat Malaysia bersatu padu dalam membantu golongan kurang bernasib baik. Syabas Malaysia, diharap aktiviti kebajikan seperti ini terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia selamanya.

BACA INI JUGA: Kenali The Third Force, Mereka Membantu Insan Yang Dalam Kesusahan!

Sumber: Thevocket

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon