Thursday, February 16, 2017

Nokia 3310 Bakal Kembali Dengan Versi Lebih Moden


Selepas 17 tahun dilancarkan, siapa sangka Nokia bakal melancarkan semula model ikonik paling popular suatu ketika dahulu iaitu Nokia 3310.

Nokia 3310

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan pertama kali sebuah model dilancarkan semula setelah hampir 2 dekad mula dijual di pasaran.

Bagi mantan pengguna Nokia 3310 atau yang pernah menggunakan model ini, setidaknya bermain game Snake II, pastinya anda tahu betapa lasaknya telefon Nokia 3310.

Tidak hairanlah telefon Nokia 3310 ini mempunyai pelbagai gelaran sesuai dengan sifatnya yang tidak rapuh seperti smartphone model terkini.

Dikatakan Nokia 3310 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ini bakal hadir dengan versi yang sedikit moden.

Spesifikasi baharu Nokia 3310 dan apa yang bakal dikemaskini masih menjadi rahsia sebelum mula dilancarkan kepada umum.

Memandangkan Nokia 3310 sememangnya mempunyai ‘peminat’ yang tersendiri, Nokia merancang untuk mengeluarkan model ini dengan harga yang sedikit mahal berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.

Harga Nokia 3310 yang diumumkan adalah sekitar €59 (~RM279.09).

Sememangnya harga yang masih mampu milik buat mereka yang ingin mengembalikan nostalgia menggunakan Nokia 3310.

Sama-sama kita nantikan bagaimana Nokia bakal bawakan semula model 3310 yang dikatakan versi lebih moden yang bakal diumumkan hujung Februari 2017.

BACA INI JUGA: Nokia 6, Smartphone Pertama Android Nokia!

Sumber: thevocket

1 comment

  1. TERSOHOR DULU.. MASA ORG PAKAI KITA XBOLEH PAKAI LAGI..JELES BTUL..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon