Friday, October 03, 2014

Dato Terlajak Laris Bengang Dikata Pondan!

Dato Terlajak Laris Bengang Dikata Pondan!

Kesian dengan pengasas D’Herbs yang popular dengan trademark Terlajak Laris apabila tak semena-mena namanya dikaitkan dengan pergaduhan di antara aktres Rita Rudaini dengan seorang rakan kongsi perniagaannya.

Dato Terlajak Laris

Bengang namanya dikaitkan, Dato Aliff Syukri memuat naik komen Rita yang seakan-akan mengaibkan dirinya apabila perkataan pondan digunakan dalam kenyataan aktres yang penuh kontroversi itu.

Sebelum ini Rita membuat pengumuman bahawa perniagaan yang dijalankannya bersama rakan kongsinya, Siti Saleha telah dibubarkan selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman di antara satu sama lain.

Dan tak pasal-pasal Rita mendedahkan sikap buruk bekas rakan kongsinya itu yang pernah mengelarkan Dato Aliff sebagai pondan sebelum ini.

Dato Terlajak Laris [2]
Dato Terlajak Laris [3]
Dato Terlajak Laris [4]

Rasanya mungkin Rita tak berniat nak mengaibkan Dato Aliff.

Tapi memang benarlah kata orang, lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan atau menulis kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah orang lain di hadapan umum.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Kontraktor Jambatan Syurga Dan Neraka

Kontraktor Jambatan Syurga Dan Neraka

Al-kisah pada suatu hari, penghuni neraka mengadu kepada malaikat yang menjaga mereka.

Jambatan Syurga
Gambar hiasan.

"Kami sudah lama tinggal di sini (neraka). Teringin pula nak tahu apa rasanya tinggal di syurga."

Sama seperti penghuni neraka, penghuni syurga juga tertanya-tanya bagaimana kehidupan di neraka.

Jadi, untuk menjawab rasa ingin tahu kedua-dua belah pihak, malaikat pun mengarahkan mereka membina jambatan masing-masing untuk menghubungkan kedua-dua tempat.

Maka, bertungkus-lumuslah ahli syurga dan neraka membina jambatan bermula dari tempat mereka tinggal.

Nak dijadikan cerita, selepas tiga bulan, siaplah jambatan yang dibina oleh ahli neraka. Cuma menunggu jambatan dari arah syurga saja untuk disambungkan ke arah jambatan penghuni neraka.

Tapi yang menghairankan, jambatan ahli syurga tadi terlalu lambat hendak disiapkan. Tak ada progres langsung. Kura-kura jalan pun lagi laju.

Para malaikat yang berasa hairan pun pergi melawat ahli syurga. Pelik juga kenapa jambatan mereka lambat siap.

Nak kata tak cukup bahan binaan, semuanya telah diagihkan sama rata. Tapi kenapa mereka tak boleh siapkan jambatan itu secepat penghuni neraka?

Siasat punya siasat, barulah dapat jawapan kenapa jambatan ahli syurga lambat siap. Nak tahu sebabnya?

Sebab... semua kontraktor pembinaan yang handal-handal duduk dalam neraka. Dalam syurga pula hanya ramai orang-orang miskin dan beriman sahaja. Manalah diorang tahu apa-apa pasal pembinaan.

Jangan marah..kah kah

BACA INI JUGA: Golongan Yang Mulia Di Dunia Namun Hina Di Akhirat

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, October 02, 2014

Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!

Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!

Ada seorang budak lelaki. Hidupnya agak susah. Dia pernah dihantar ke sekolah namun hanya bertahan beberapa bulan.

Thomas Alva Edison

Menurut gurunya, budak itu seorang murid yang bodoh dan tidak mampu memahami apa yang diajar. Hanya ibunya yang mengajar budak lelaki itu membaca, menulis dan mengira dirumah.

Budak itu bukannya datang daripada keluarga yang senang. Sudahlah sekolah tidak kesampaian, pada usia 12 tahun, dia sudah mengerah keringat untuk bekerja.

Budak lelaki itu menjual surat khabar, gula-gula dan buah-buahan ditepi stesen kereta api.

Kesannya, telinga budak itu mengalami masalah. Dia jadi separuh pekak kerana bunyi kuat kereta api telah menjejaskan gegendang telinganya.

Menurut budak itu, dia tidak pernah mendengar burung-burung berkicauan sejak usianya 12 tahun.

Namun, budak itu tidak pernah berhenti berusaha. Hasil berjualan, dia membeli sebuah mesin cetak kecil. Sewaktu usianya 15 tahun, dia telah mencetak naskah surat khabarnya sendiri dan dijual di stesen kereta api tersebut.

Kemudian, dia mendapat kerja sebagai pengirim telegraf. Selama empat tahun bekerja, kesemua gajinya dilaburkan untuk membina sebuah makmal kecil dengan pelbagai peralatan elektrik.

Disitu, dia melakukan bukan puluhan, tapi ribuan eksperimen. Tidurnya hanya empat jam setiap hari.

Hasilnya, penemuannya seperti lampu mentol, gramofon dan filem untuk kamera menjadi pencetus kebangkitan industri elektrik dan rakaman yang memberi impak besar terhadap kehidupan manusia.

Siapa budak lelaki yang dikatakan bodoh oleh gurunya itu?

Dia... Thomas Alva Edison!

BACA INI JUGA: Himpunan Motivasi Diri

-SENTIASAPANAS.COM

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda!?

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda!?

Jika ada yang masih ingat, pada Januari 2013 seorang bapa menyebarkan di laman sosial/blog kes penderaan anaknya di sebuah taska di Putrajaya.

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda!

Bapa tersebut menceritakan bagaimana anaknya berusia 10 bulan dilempang pengasuh taska berkenaan tanpa belas kasihan.

Turut dikongsikan di sini adalah wajah pemilik taska terbabit.

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda! [2]

Malangnya, beberapa hari lalu, di taska sama nyawa seorang bayi yang baru berusia 3 bulan melayang.

Apa yang dikesalkan keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa hanya disedari ibunya sendiri ketika datang untuk mengambil si kecil jam 5.30 petang.

Bayangkan betapa luluhnya hati si ibu apabila melihat Nur Imna Khalisa bukan sahaja sudah kaku dan biru tidak bernyawa malah semut didapati menghurung bahagian leher dan dada bayi. Kening dan dagu bayi juga dikatakan lebam.

Ini menandakan bayi tersebut sudah meninggal dunia lebih dua jam tanpa disedari sesiapa pun sebelum ibunya sendiri perasan!

Pengasuh taska hanya menangis dan memberitahu mereka tidak menyedari kejadian ini apabila ditanya ibu bapa bayi malang tersebut, Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari.

Difahamkan mayat Nur Imna sudah selamat dikebumikan di Gopeng, Perak selepas selesai proses bedah siasat semalam.

Bagaimana pun keputusan bedah siasat masih dinantikan untuk memastikan punca kematian.

Di bawah, kami kongsikan status Facebook bapa saudara bayi ini:

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda! [3]

Jika benar bayi ini diabaikan hingga meninggal dunia dalam keadaan sebegini rupa, siapa tak marah kan?

Apa pun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga ibu bapa Nur Imna tabah menerima dugaan berat ini.

Bagi pihak berkenaan, tolonglah ambil berat setiap aduan diterima kerana kes kematian di pusat jagaan bukan sekali ini berlaku di Malaysia.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Video Cara-cara Hackers Godam Mesin ATM!?

Video Cara-cara Hackers Godam Mesin ATM!?

Tanpa memerlukan sebarang senjata untuk merompak, gejala godam ini sememangnya sangat licik kerana tanpa kita sedari segala maklumat dan info yang kita sangka selamat disimpan tiba-tiba boleh lenyap dengan sekelip mata.

Mesin ATM kena godam

Lebih-lebih lagi jika penggodam merupakan seorang ‘cracker’ iaitu seorang penggodam yang sememangnya diupah untuk melakukan kegiatan ini.

Terdapat pelbagai jenis godam yang digunakan oleh penggodam radikal seperti Phishing, Brute Forcing, Keylogging atau Trojans Horse.

Namun dalam kes godam yang berlaku baru-baru ini, mereka mungkin menggunakan virus yang dikenali Backdoor.Padpin, sejenis virus Trojan Horse yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas.



Melalui video yang kami kongsikan ini, penggodam tersebut menggunakan kad ATM yang telah diprogramkan dahulu dengan virus Backdoor.Padpin (Trojan Horse) dan seterusnya menggunakan perkhidmatan mesin ATM seperti biasa.

Penggodam terbabit mengeluarkan wang terlebih dahulu dan ia hanyalah helah bagi mendapatkan ‘akses’ untuk langkah yang seterusnya.

Semestinya kelemahan utama yang terdapat pada mesin ATM ialah sistem operasinya yang menggunakan Windows XP.

Umum mengentahui, kebanyakkan komputer pada masa kini tidak lagi menggunakan lagi sistem operasi ini kerana terdapat pelbagai kelemahan dengan sistem keselamatanya sehinggakan syarikat Microsoft sendiri mengumumkan tiada lagi proses pembaharuan kepada sistem operasi XP ini.

Sistem operasi mesin ATM, Windows XP
Sistem operasi mesin ATM, Windows XP.

Berbalik kepada video, selepas penggodam selesai sesi mengeluarkan wang, selang beberapa saat muncul di skrin ATM tersebut seakan pilihan yang tidak terdapat pada pengguna biasa.

Backdoor.Padpin adalah sejenis virus Trojan yang membolehkan pengimbasan keseluruhan komputer dengan matlamat untuk mencuri data di dalamnya.

Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan fungsi pad kekunci dan skrin sesentuh ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.

Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM.

Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula.

Penggodam kemudian memberi arahan menerusi skrin yang terdapat pada mesin ATM tersebut untuk mengubah segala data atau menetapkan pengeluaran wang dan secara tidak langsung dapat menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan.

Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang.

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, October 01, 2014

Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

Ramai mengang­gap untuk menjadi cerdik dan genius, seseorang perlu bergantung kepada tahap IQ dan kepintaran semata-mata.

IQ Tinggi

Ini tidak benar sama sekali kerana kajian Universiti California, Los Angeles, Amerika Syarikat membuktikan pemakanan sangat penting untuk kecerdasan minda.

Kajian itu mendapati, sel otak hanya berhubung dengan cekap apabila dibekalkan dengan tenaga mencukupi iaitu makanan.

Ada beberapa jenis makanan yang anda boleh ambil untuk perkembangan sel otak antaranya:

Ginkgo biloba

Ginkgo biloba

Ia adalah herba semula jadi bagi membantu merawat pesakit yang kehilangan ingatan akibat usia tua dan penyakit Alzheimer.

Herba ini menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke otak. Ia adalah antioksidan terbaik dan ramuan di dalam makanan tambahan.

Daun pegaga

Daun pegaga

Daun pegaga mengandungi triterpenoid glikosida yang kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi untuk menguatkan ingatan, melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan akibat tekanan.

Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed mendapati jika digunakan sebagai ulam-ulaman, ia membantu meningkatkan pengawalan saraf dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Ia juga membantu meningkatkan penumpuan fikiran dan daya ingatan.

Choline

Choline

Ia adalah nutrisi penting untuk keupayaan minda terutama kanak-kanak. Ia boleh diperoleh daripada telur, kekacang, sayur brokoli, soya dan yogurt.

Bahan aktif bernama phosphati-dylserine di dalam choline menggalakkan fungsi otak berkembang dengan baik serta mengurangkan risiko nyanyuk dalam kalangan orang dewasa.

Kaedah Agama

Kaedah Agama

Anda juga boleh mencuba kaedah diamalkan ulama silam untuk menguat-kan ingatan. Ulama seperti Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Bukhari mempunyai daya ingatan menakjubkan sehingga boleh menghafal 30 juzuk al-Quran dan puluhan ribu hadis muktabar.

Anda juga boleh mencuba amalan berikut:
  1. Amalkan doa daripada al-Quran seperti daripada Surah Taha ayat 25-28, Surah Al-Anbiya’ ayat 79, Surah Luqman dan Surah al-Isra’ ayat 70.
  2. Menjauhi dosa dan maksiat.
  3. Amalkan berpuasa sunat.
  4. Memperbanyak zikir, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil.
  5. Menghormati guru dan ilmu yang disampaikan.

BACA INI JUGA: Menjadi Genius Selepas Di Belasah Samseng!

sumber: hmetro

Tuesday, September 30, 2014

Wajah Penggodam Mesin ATM Didedahkan!

Wajah Penggodam Mesin ATM Didedahkan!

Di bawah adalah wajah individu-individu, warga asing Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di ambil dari CCTV di permis-permis kejadian.

ATM_Hackers [4]

Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.

ATM_Hackers
ATM_Hackers [2]
ATM_Hackers [3]

Setakat ini, kes penggodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam:

1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700

2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000

3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000

4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000

5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui

7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000

9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850

10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160

Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.

Sumber polis memberitahu bahawa pihak berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan siap-siaga sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari negara ini.

Sumber: Sarawakiana.net

Info Ngeri Dan Menakutkan

Info Ngeri Dan Menakutkan

Sangat ngeri sehingga meremang bulu roma, anda sangka sudah melihat perkara paling ngeri?

NGERI

Mungkin belum semuanya jika anda belum membaca artikel diruangan ngeri sentiasapanas.

Namun, pembaca yang mempunyai penyakit jantung tidak digalakkan untuk membaca artikel-artikel disini!

Selamat membaca buat semua dan jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda artikel ngeri disini..:)

INFO NGERI UPDATE: 16/MAC/2016

  1. Ngeri Muka Hilang Dimakan Virus Misteri
  2. Ngerinya Kepala Bayi Terputus Dan Tertinggal Dalam Perut Ketika Bersalin!
  3. Ngerinya Bila Ulat Bersarang Ditarik Dari Bibir Seorang Gadis!
  4. Video Ngeri Detik Peguam Mati Ditembak Di Argentina
  5. Video Ngeri Hidung Putus Dipancung Pedang!
  6. Ngerinya Peserta Gusti Lengan Patah Tangan Ketika Siaran Langsung!
  7. Ritual Kematian Paling Ngeri Diserata Dunia
  8. Gambar Ngeri Pipi Koyak Di Libas Parang Bukan Di Malaysia!
  9. Video Ngeri Wanita Patah Kaki Ketika Senaman!
  10. Ngeri! Video Lelaki Kena Tetak Di Klang
  11. NGERI! Telinga Dipenuhi Telur Lalat!
  12. Video Kisah Benar Gadis Tercantik Bertukar Hodoh
  13. NGERI! Kaki Reput Selepas Dipatuk Ular!
  14. Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah!
  15. NGERI! Video Amah Indonesia Mati Gantung Diri
  16. NGERI! Jahitan Pembedahan Terbuka Seperti Zip!
  17. Video Ngeri Kejadian Pembunuhan Di Turki
  18. NGERI! Video Pelajar Ditetak Dalam Pondok Pengawal
  19. Ngeri! Video Badan Hancur Angkara Mercun!
  20. NGERI! Amah Tercucuk Besi Pagar Tembus Punggung!
  21. Ngeri! Bayi Terkeluar Dari Perut Ibu Mengandung Yang Terkoyak!
  22. Ngeri! Pasangan Suami Isteri Maut Digilis Lori
  23. Ngeri! Lengan Koyak Tercucuk Besi Pagar!
  24. NGERI! Wanita Kongsi Video Gugur Bayi Di YouTube!
  25. NGERI! Kulit Mencair Tersilap Makan Ubat!
  26. Derita Kulit Tertanggal Apabila Disentuh
  27. NGERI! Video Remaja Mati Jatuh Flat Selepas Berjalan Dalam Tidur!
  28. Video Ngeri Peninju Terbaik UFC Patah Kaki Ketika Bertarung!
  29. Ketua Mafia Itali Di Makan Babi Hidup-hidup!
  30. Necropants, Seluar Dibuat Daripada Kulit Mayat
  31. Sungai Paling Ngeri Dan Menjijikkan Di Dunia!
  32. Video Ular Tedung Hitam Dalam Tandas!
  33. Ngeri! Video Lori Balak Kemalangan Menggilis Pejalan Kaki
  34. Video Aksi Ngeri Peluncur Berani Mati Jeb Corliss
  35. Ngeri! Isteri Anggota Polis Maut Digilis Lori
  36. Ngeri! Gambar Pencuri Dibakar Hidup-hidup!
  37. Ngeri! Mayat Dimakan Kucing Peliharaan
  38. Ngeri! Menjerit Kepanasan Sebelum Mati Terbakar!
  39. Ngeri! Buah Zakar Putus Digigit Anjing Ketika Tidur
  40. Ngeri! Ranting Sepanjang 38 Sentimeter Tertusuk Di Leher
  41. Ngeri! Video Tangan Putus Ditetak Gangster
  42. Ngeri! Video Nenek Tua Maut Dirempuh Troli Pasaraya Seberat 330 Pound!
  43. Ngeri! Ritual Bunuh Diri Seppuku Masyarakat Jepun Yang Mengerikan
  44. Ngeri! Kepala Isteri Tersepit Di Tiang Selepas Terlanggar Suami
  45. Ngeri! Masih Hidup Walaupun Wajahnya Sudah Hancur Akibat Jangkitan Kuman
  46. Ngeri! Masih Hidup Leher Hampir Putus Di Tetak Pencuri
  47. Ngeri! Hukuman Potong Kaki Terhadap Pencuri Di Kelantan
  48. Ngeri! Gambar Pesakit Kanser Akibat Merokok
  49. Gadis Hilang Punggung, Kaki Dan Tangan Gara-gara Suntik Silikon
  50. Ngeri! Video Kepala Jururawat Putus Tersangkut Di Pintu Lif
  51. Ngeri! Masih Hidup Selepas Wajah Hancur Di Baham Anjing Pitbull
  52. Ngeri! Lelaki Di Tikam Berpuluh Kali Di Khalayak Ramai
  53. Ngeri! Hampir Maut Panah Ikan Tertusuk Kepala Sendiri
  54. Ngeri! Atlet Patah Kaki Ketika Pertandingan 100 Meter
  55. Kanser Paling Besar Pernah Direkodkan Di Dunia
  56. Ngeri! Implan Payudara Tersembul Keluar
  57. Saman Bekas Majikan Selepas Kemaluan Hancur
  58. Ibu Jari Putus Diseret Lembu
  59. Ngeri! Kepala Lelaki Tertusuk Besi Tajam Sepanjang 35cm
  60. Mata Nyaris Buta Tercucuk Lidi Sosej Panggang
  61. Bayangkan Cacing Hidup Dan Bergerak-gerak Didalam Mata
  62. Ngeri! Kilang Curi Organ Mayat Untuk Di Jual
  63. Lelaki Bosan Pakai Anting-anting Gunting Telinga Sampai Putus
  64. Gambaran Hari Kiamat Artis Yang Mengerikan
  65. Badan Budak Hancur Di Seret Kereta Sejauh 10km!
  66. Gambar Pembunuhan Kartel Dadah Yang Sangat Ngeri
  67. Wajah Ngeri Akibat Terbakar
  68. Ngeri! Kek Di Reka Bertemakan Penyakit Kulit
  69. Ngeri! Budak Terjatuh Dari Tingkat Atas Pusat Beli Belah
  70. Ngeri! Muka Berlubang Kerana Penyakit Aneh
  71. Video Ngeri Implan Punggung Yang Gagal
  72. Ngeri! Budak Tertusuk Pemutar Skru Di Hidung
  73. Ngilu! Lelaki Melekat Di Lantai Terpaku Tangan Sendiri
  74. Gambar Yang Mampu Buat Anda Pengsan!
  75. Ngeri! Punggung Pencuri Tercucuk Besi Tajam
  76. Ngeri! 120 Pekerja Bangladesh Mati Rentung Sekaligus
  77. Ngeri! Apabila Pemain Bolasepak Patah Tulang!
  78. Kemalangan Ngeri! Anggota Badan Putus Dua
  79. Pelajar Kolej Maut Di Gilis Lori Tangki
  80. Dadah Yang Menyebabkan Daging dan Kulit Mereput
  81. Penggemar Seni Tubuh Ekstrem Sanggup Menahan Derita
  82. Ngeri! Cara 'Kejam' Masyarakat Tibet 'Menguburkan' Mayat
  83. Wajah Menggerunkan Selepas Pembedahan Plastik
  84. Bayangkan Ular Tedung Dalam Mangkuk Tandas!
  85. Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah Ketika Berak
  86. Ibu dan Anak Terperosok Bawah Bas
  87. Penyelam Mati Kehabisan Oksigen
  88. Lelaki Tua Disangka Sampah Mati Digelek!
  89. Ngeri! Tangan Hampir Putus Ditetak Peragut
  90. Mekanik Hancur Dikisar Kipas Pesawat