Saturday, November 24, 2012

Ngeri! Apabila Pemain Bolasepak Patah Tulang!


Bola sepak atau kaki disepak? Begitulah yang berkisar didalam fikiran apabila kita melihat gambar-gambar kecederaan para pemain bolasepak dibawah.

Yang menakjubkan pula, ada pemain yang mengalami kecederaan serius sehingga kita merasakan mereka akan bersara terus dari dunia bolasepak namun berbekalkan azam yang kuat (terbayang-bayang gaji yang mahal), mereka kembali beraksi untuk pasukan masing-masing.

Namun, bagi pemain yang kurang bernasib baik, ada yang terpaksa melupakan terus dunia bolasepak buat selamanya.

Djibril Cisse


Imej di atas menunjukkan Djibril Cisse patah kaki kanan setelah dirempuh secara kasar oleh pemain pertahanan Shandong Luneng. Ianya belaku semasa perlawanan persahabatan di Saint Etienne, Perancis pada tahun 2006.

Edgar Andrade


Insiden ini berlaku semasa perlawanan antara pasukan Cruz Azul dan Tecos UAG pada tahun Jun 2007.

Pemain Mexico, Edgar Andrade mengalami patah tulang yang begitu teruk dan kaki kanannya seolah berpusing semasa perebutan bola dengan pasukan lawan.

Setelah beberapa bulan, beliau sembuh dari kecederaan dan kembali beraksi.

Luc Nilis


Hanya selepas 4 minit perlawanan, pemain penyerang Belgium, Luc Nilis mengalami patah tulang berganda di lutut kanan semasa bertembung dengan penjaga gol Ipswich Town, Richard Wright pada tahun 2000. Oleh kerana kecederaan itu, Luc Nilis terpaksa bersara dari arena bola sepak.

Inigo Diaz De Cerio


Pada 2008, pemain Sepanyol Inigo Diaz De Cerio mengalami kecederaan yang serius semasa bertembung dengan penjaga gol SD Elbar, Zigor.

Beliau mengalami patah tulang pada tibia dan fibula kaki sebelah kanan. Selepas membuat pembedahan, beliau sembuh seperti sediakala dan kembali ke padang selepas setahun.

Luciano Almeida


Pemain Brazil, Luciano Almeida mengalami beberapa kecederaan semasa perlawanan antara Botafogo dan Flamengo pada tahun 2007. Beliau terpaksa direhatkan selama 5 bulan untuk sembuh sepenuhnya.

Henrik Larsson


Henrik Larrson terpaksa berehat selama 8 bulan kerana patah kaki kiri pada 1999. Kecederaan ni menyebabkan beliau diramal sukar kembali ke kancah bola sepak.

Namun, beliau pulih sepenuhnya dan kembali beraksi untuk Eurocup pada tahun 2000.

Ewald Lienen


Kecederaan teruk yang dialami pemain tengah pasukan Jerman, Ewald Lienen pada kaki kanannya disebabkan sliding tackle oleh pemain pertahanan Werder Bremen semasa perlawanan pada tahun 1981.

Jacob Olesen


Penyerang Jacob Olesen menderita beberapa kecederaan dan perubahan kedudukan tulang di kaki kirinya pada perlawanan October 2006. Beliau terpaksa berehat panjang selama 6 bulan.

Francesco Totti


Pada 19 Februari 2006, semasa bermain untuk Italian Championship menentang Empoli FC, Fancesso Totti mengalami kecederaan kaki yang serius, patah tulang di fibula kaki kiri, dan putus beberapa ligamen. Dia menjalani pembedahan pada malam perlawanan tersebut.

Kieron Dyer


Kieron Dyer, mengalami patah kaki kanan di Bristol Rovers pada 29 ogos 2007.

David Busst


Semasa perlawanan di Old Trafford pada April 1996, pemain pertahanan 'the Coventry', David Busst bertembung dengan pemain Machester United, Denis Irwin.

Akibatnya, Busst mengalami patah kaki kiri sehingga tulang ketingnya menembusi kulit. Kecederaanya begitu teruk sehingga beliau dijangka tidak boleh bermain bola secara professional lagi.

Penjaga gol Machested United ketika itu, Peter Schmeichel, yang menyaksikan pertembungan itu terpaksa menjalani kaunseling sejurus perlawan berakhir.

Eduardo Da Silva


Perlawanan yang berlangsung pada bulan februari 2008, semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu rempuhan kasar dari pemain pertahanan Brmingham City, Martin Taylor yang serta-merta dibuang padang.

Da Silva patah fibula kiri dan buku lali cedera teruk. Setahun kemudian, beliau menyarung semula jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya.

BACA INI JUGA: Ngerinya Peserta Gusti Lengan Patah Tangan Ketika Siaran Langsung!

Sumber: Aces15.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon