Oct 3, 2014

Dato Terlajak Laris Bengang Dikata Pondan!

Kesian dengan pengasas D’Herbs yang popular dengan trademark Terlajak Laris apabila tak semena-mena namanya dikaitkan dengan pergaduhan di antara aktres Rita Rudaini dengan seorang rakan kongsi perniagaannya.

Dato Terlajak Laris

Bengang namanya dikaitkan, Dato Aliff Syukri memuat naik komen Rita yang seakan-akan mengaibkan dirinya apabila perkataan pondan digunakan dalam kenyataan aktres yang penuh kontroversi itu.

Sebelum ini Rita membuat pengumuman bahawa perniagaan yang dijalankannya bersama rakan kongsinya, Siti Saleha telah dibubarkan selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman di antara satu sama lain.

Dan tak pasal-pasal Rita mendedahkan sikap buruk bekas rakan kongsinya itu yang pernah mengelarkan Dato Aliff sebagai pondan sebelum ini.

Dato Terlajak Laris [2]
Dato Terlajak Laris [3]
Dato Terlajak Laris [4]

Rasanya mungkin Rita tak berniat nak mengaibkan Dato Aliff.

Tapi memang benarlah kata orang, lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan atau menulis kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah orang lain di hadapan umum.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Mcm2 org ni.. kesian dia tak pasal2 dilabel pondan pulak

Apa tak meradang Dato terlajak laris..

This comment has been removed by the author.

Buat apa kaya sikit, klau hari-hari kena kutuk pondanlah, penipulah, gaylah. Kena rompak balik-balik lagi. Lepas tuh kena ugut bunuh lg tu. Haha

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon