Friday, May 23, 2014

Ngeri! Bayi Terkeluar Dari Perut Ibu Mengandung Yang Terkoyak!


Texas. Seorang bayi berjaya diselamatkan meskipun sebahagian badannya terjojol daripada perut ibunya yang luka akibat kemalangan selepas wanita itu tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya bersama kekasih serta anak perempuan mereka yang berusia dua tahun.

Bayi

Bayi yang diberikan nama Emma Lyn Anahi Ortega itu, diselamatkan oleh Iria Wolnick yang kebetulan melalui jalan tersebut untuk menghadiri upacara pengebumian.

Menurut Iria, ketika dia berhenti di tempat kemalangan itu dia mendapati Niser Saldana-Quilantan, teman lelakinya Edward Ortega dan anak perempuan mereka, Adrallis Ortega telah tercampak dari kenderaan tersebut.

Iria kemudiannya mendengar suara Niser mengerang dan bertanya sama ada bayi dalam kandungannya selamat.

“Dia asyik bertanya kepada saya mengenai keadaan bayinya dan apabila saya melihat perutnya, saya mendapati kepala dan tangan bayi itu sudah separuh keluar melalui luka di perutnya,’’ kata Iria.

Iria yang tidak mempunyai pengalaman menyambut bayi, kemudiannya memberanikan diri dan menarik bayi berkenaan daripada perut ibunya.

Ketika itu juga seorang pemandu trak singgah di tempat kejadian dan menolong memotong tali pusat bayi itu.

Niser bagaimanapun meninggal dunia akibat kecederaan parah manakala teman lelaki dan anak perempuannya, terselamat.

Bayi Diselamatkan Jatuh Dari Tingkat 2

Bayi-Jatuh

Zhongshan. Ia merupakan detik-detik paling mencemas dan boleh menyebabkan jantung terhenti seketika. Itu yang dilalui Li ketika dia dan beberapa orang yang lain cuba menyambut seorang bayi yang tergelincir daripada tingkat dua sebuah bangunan apartmen.

Meskipun ketika itu hujan, namun Li bernasib baik kerana dapat menyambut kanak-kanak berusia setahun itu.

CCTV berjaya merakamkan aksi mencemaskan itu ketika kanak-kanak tersebut dilihat di tingkap dua semasa ribut melanda bandar berkenaan.

Dia memanjat tingkat tersebut untuk mencari ibunya.

Beberapa orang yang berada di situ turut meletakkan sofa dan kotak di jalan berkenaan dalam usaha membantu sekiranya bayi itu terjatuh.

“Saya tidak berfikir panjang pada masa itu. Saya cuma takut kerana bimbang dia terjatuh,’’ katanya.

Kanak-kanak itu akhirnya ditemukan semula dengan wanita tersebut.

BACA INI JUGA: Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung!

Sumber: Mynewshub/Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon