Friday, September 27, 2013

Ngeri! Isteri Anggota Polis Maut Digilis Lori


Info Ngeri. Isteri seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul maut selepas digilis sebuah lori simen di Jalan Sentul berhampiran Pusat Komersial Sentul Boulevard di sini.

Siti Rohani Mohamad, 30

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Siti Rohani Mohamad, 30, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel denganlori simen tersebut.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menjemput anaknya di sebuah sekolah berdekatan lokasi kejadian.

Rusli berkata, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang berasal dari Kerdau, Temerloh Pahang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, suami wanita tersebut, Koperal Azli Sham, 32, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) IPD Sentul ketika ditemui di HKL berkata beliau menghubungiisterinya tengah hari tadi meminta menjemput anak mereka dari sekolah.

“Kira-kira 20 minit kemudian, ada orang awam buat panggilan dan beritahu isteri saya kemalangan..Saya bergegas ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, saya lihat isteri terperosok bawah tayar lori,” katanya sedih.

Sumber: Bernama

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon