Saturday, June 15, 2013

Ngeri! Masih Hidup Leher Hampir Putus Di Tetak Pencuri


Info Ngeri. Parah dan masih hidup! Seorang lelaki, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sipitang, Sabah, nyaris maut ditetak pencuri.


Menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk, Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.

Masa kejadian, keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa Bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan.

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1 ribu.


Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.

Kedaan mangsa sekarang menurut doktor dalam keadaan stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota KInabalu untuk rawatan lanjut.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon