Saturday, December 01, 2012

Ngilu! Lelaki Melekat Di Lantai Terpaku Tangan Sendiri


INFO Ngeri. Seorang lelaki ‘terpaku’ di lantai rumahnya selama empat jam apabila sebatang paku sepanjang 12.7 sentimeter menembusi tangannya secara tidak sengaja.

Ngilu! Lelaki Melekat Di Lantai Terpaku Tangan Sendiri

Alan Williams, 46, sedang membaiki sesuatu di rumahnya apabila dia terjatuh dari tangga dan pemicu alat pemaku automatik di tangannya terpelantik secara tiba-tiba dan memaku tangannya dilantai.

Nasib Williams menjadi semakin malang apabila ketika itu dia bersendirian di rumah dan tidak mampu bergerak untuk mendapatkan bantuan.

Keadaan Williams hanya berubah apabila pasangannya, Suzanne Amos, seorang jururawat, pulang kira-kira jam 11 malam dan mendapati dia menggigil dan dalam keadaan terkejut.

Suzanne kemudian menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.

Williams bernasib baik kerana paku itu menembusi tangan kirinya tanpa mencederakan sebarang otot atau saluran darah penting.

Sekumpulan anggota bomba kemudian terpaksa menanggalkan kepingan kayu di lantai rumah Williams untuk membolehkan dia dibawa ke hospital di Newcastle-under-Lyme, Staffordshire.

Di situ, doktor segera mencabut paku berkenaan dan merawat kecederaan pada tangan Williams.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Menukul Paku Guna Kepala!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon