Wednesday, August 26, 2015

Ngerinya Kepala Bayi Terputus Dan Tertinggal Dalam Perut Ketika Bersalin!


Sangat cuai dan amat menakutkan. Itu yang berlaku kepada seorang ibu apabila dia meninggal dunia selepas kepala bayi yang dilahirkannya terputus dan tertinggal di dalam perutnya akibat kecuaian doktor di sebuah hospital kerajaan di Shahjahanpur, Uttar Pradesh.

Geeta Devi, 32

Wanita itu, Geeta Devi, 32, dimasukkan ke hospital terbabit pada Sabtu lalu selepas mengadu mahu bersalin namun meninggal dunia pada awal pagi Ahad setelah doktor yang bertugas telah menarik badan bayi itu hingga terputus.

Lebih teruk dalam kes kecuaian perubatan ini, Geeta dibiarkan dan dihantar ke hospital lain ketika kepala bayinya masih berada dalam perut wanita itu.

Hanya di hospital di Bareilly, barulah doktor berjaya mengeluarkan kepala bayi terbabit tetapi mereka gagal menyelamatkan nyawanya.

Menurut suaminya, Hemant, kejadian itu merupakan kecuaian doktor terbabit.

“Sebenarnya jururawat yang mengeluarkan kepala bayi saya tetapi isteri saya gagal diselamatkan,’’ katanya.

Dalam pada itu pegawai polis, K G Yadav berkata, hospital terbabit tidak dilengkapi dengan peralatan untuk menghadapi kelahiran yang rumit itu.

“Doktor juga tidak berupaya menangani situasi tragik ini dan ia merupakan kecuaian mereka di mana kepala bayi itu terputus,’’ katanya.

Polis kini sedang mengesan doktor yang mengendalikan kes berkenaan ketika Geeta bersalin. –Mynewshub

BACA INI JUGA: Video Pendaratan 'Mengerikan' Pesawat Dilanda Angin Kencang

1 comment

  1. Sedihnya kisah ni..Kecuaian yg memang tak boleh dimaafkan ..Dua nyawa terkorban

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon