Wednesday, August 02, 2017

Anak Lembu Pelik Seiras Wajah Lagenda Rock KISS

Anak Lembu Pelik Seiras Wajah Lagenda Rock KISS

Seorang peladang dari Texas dikejutkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang didakwa menyerupai wajah seorang penyanyi rock lagenda terkenal, Gene Simmons dari kumpulan KISS.

Lembu iras wajah penyanyi rock

Seorang peladang, Heather Leonard Taccetta yang bekerja di sebuah restoran bernama Cowboy Steak House di Kerville, Texas, dikejutkan dengan raut wajah, lidah panjang anak lembu yang dilahirkan pada 28 Julai itu serupa dengan solekan yang dikenakan oleh penyanyi utama kumpulan KISS, Gene Simmons.

Taccetta yang terkejut dengan kejadian itu lantas menghantar gambar anak lembu itu ke Lembaga Pelancongan Tempatan, Pelancongan Hill Country lalu diperagakan gambar tersebut di laman perkongsian Facebook Pelancongan Hill Country.

Corak hitam putih wajah anak lembu itu sangat menyamai solekan Simmons serta jeliran lidah panjang berwarna merah jambu menyerupai aksi Simmons yang sering dillihat oleh peminat setia kumpulan KISS.

Anak lembu itu diberi gelaran “Wonder of Nature” yang bermaksud keajaiban alam semula jadi dan kini dijadikan maskot oleh restoran Steakhouse.

Penyanyi rock lagenda itu terkenal bukan sahaja kerana suaranya yang unik tetapi terkenal dengan jeliran lidah panjangnya dan symbol tangan berbentuk “tanduk syaitan”.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Kegilaan Terbaharu Subang Di Lesung Pipit

Kegilaan Terbaharu Subang Di Lesung Pipit

Sebelum ini viral di Thailand trend tindik pipi untuk menampakkan lesung pipit lebih cantik. Apa saja sanggup dilakukan untuk nampak cantik walaupun hakikatnya menyakit dan memudaratkan diri sendiri.

Subang Lesung Pipit

Kalau dulu budak-budak punk dah mulakan trend tindik satu muka, sekarang masanya untuk para gadis mengikuti trend ini.

Gila! Sanggup rasa sakit semata-mata nak nampak cantik dan puaskan diri sendiri. Mungkin bagi mereka ianya satu trend yang patut diikuti?

Prosedur ini kelihatan sangat ‘mudah’. Mereka hanya perlu melubangkan pipi dan memasukkan bebola besi kecil itu melalui dalam mulut. Hasilnya, mereka akan kelihatan lebih ‘sweet’.

Seorang gadis Siam bernama Cindy Liang telah berkongsi video di akaun Facebook miliknya tentang saat ‘manisnya’ mendapatkan perkhidmatan tindik yang semakin menjadi kegilaan gadis di sana.

Bagi gadis Siam di sana, tindik pipi merupakan ‘aksesori’ tambahan yang sering digayakan.

Mereka yang memerlukan perkhidmatan ini cuma perlu melalui beberapa proses berikut:
  1. Berkumur dengan menggunaan pencuci mulut bagi menyingkirkan kuman.
  2. Pipi gebu mereka akan dibius bagi mengurangkan rasa sakit ketika bertindik.
  3. Bermulalah aktiviti menindik.
  4. Tempoh selama lapan bulan diperlukan bagi lubang itu sembuh sepenuhnya.
  5. Mereka perlu berpantang beberapa makanan selama proses ini dijalankan dan kesihatan mulut perlu dititik beratkan.

Jadi, ada yang berani tak nak tindik pipi? Ada juga orang Malaysia yang dah mengikuti trend ni.

Tengok sikit, sweet la sangat.

BACA INI JUGA: 5 Kelebihan Dan Fakta Menarik Lesung Pipit

sumber: mynewshub

Patung Seram Anabelle Hantui Tren Stesen MRT, RapidKL

Patung Seram Anabelle Hantui Tren Stesen MRT, RapidKL

Pihak Rapid KL yang mengendalikan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) memberi ‘amaran’ terhadap penggunanya menerusi laman Facebook.

Patung Seram Anabelle MRT

Memuat naik dua foto patung seram Anabelle yang sedang berada di dalam tren serta stesen MRT, Rapid KL menyeru agar orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam tersebut menjadi pengguna yang berhemah.

“Dear valued customers, lately we've been receiving surprise visits from Annabelle. Mind your manners while you're on our trains or She will haunt you FOREVER. #annabelleisnear #citizenwithmannerswanted #forabetterfuture,” tulis laman Facebook Rapid KL.

Rata-rata netizen gembira dengan sikap pengendali laman Facebook Rapid KL yang menyampaikan mesej penting mengenai perkhidmatan awam tersebut dalam cara santai dan menghiburkan hati.

“Thahirah Jamaludin: Whoever is handling the Rapid KL social media platform, he / she deserves a raise.”

“Ima Sofieya: I think I really fall in love with you admin. Laki ka perempuan masalahnya ni?”

“Danise Liew: I decide to like this page due to the funny admin, salary increment for admin please Rapid KL.”

“Nor Fauziah: Admin, kita tak naik lagi MRT, tapi all your FB postings make me tak sabar nak naik MRT.”

“Azura Ali: Caya lar Rapid KL! Ayat power, lepas tu rajin melayan komen. Cer kalau page corporate lain, jangankan nak reply complain, komen apetah lagikkk. Good job! Hati akak mudah terhibur. Korang yang balik lewat malam tu, jangan buat-buat tekejuttt bila jumpa Annabella plak naaa.”

Entri tersebut mendapat perhatian netizen semenjak dimuat naik di Facebook.

BACA INI JUGA: 10 Gaya Tidak Bertamadun Rakyat Malaysia Apabila Menaiki Pengangkutan Awam

sumber: astroawani

Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume'

Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume'

Selepas tiga kali gagal dalam melayari bahtera perkahwinan, 'jemputan' kini terbuka buat jejaka yang mahu mencuba nasib memikat hati usahawan selebriti ini.

Datuk Seri Vida

Datuk Seri Hamiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, mengatakan dia telah menerima lebih kurang 50 resume menerusi kiriman emailnya daripada ramai jejaka yang berhasrat untuk menjadikannya suri hati.

Wahhh. Nak jadi calon suami pun siap pakai resume. Dah macam nak apply kerja.

Apa yang lebih menarik, resume yang diterima itu bukan sahaja datang dalam kalangan rakyat tempatan malah tidak kurangnya dari luar negara termasuklah Scotland dan Finland.

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya memetik sebuah portal online.

Vida berkata, sesiapa yang ingin menjadi suaminya perlulah mempunyai anak mata berwarna kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang begitu ‘gila’ membeli belah.

“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Jejaka mata kelabu
Warna mata idaman Datuk Vida (Gambar hiasan).

Selain itu, Vida juga berkata lelaki tersebut perlu setia, jujur, amanah, beriman, penyayang dan apa yang paling penting boleh membahagiakan diri dan anak-anaknya.

Vida kini lebih berhati-hati dalam soal perkahwinan setelah mengalami tiga kali kegagalan dalam fasa tersebut. Disoal berkenaan pengganti, dia mengatakan belum mempunyai sesiapa lagi buat masa sekarang.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 dan berpisah pada 7 April yang lalu.

Ada sesiapa yang boleh penuhi karakter yang dinyatakan tadi? Bolehlah mencuba hantar resume juga.

Siapa tahu tuah beristerikan usahawan kosmetik! Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia nampak dimata!

BACA INI JUGA: Lagu 'I Am Me' Nyanyian Datuk Vida 'Berhantu'

sumber: mynewshub

Tun Mahathir Bongkar Rahsia Zahid Hamidi

Tun Mahathir Bongkar Rahsia Zahid Hamidi

Tun Mahathir Mohamad menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai keturunannya.

Tun Mahathir

Menurut bekas perdana menteri itu, yang didedahkan oleh Ahmad Zahid itu berbeza daripada fakta sebenar.

“Saya terkejut dengan kenyataan Ahmad Zahid itu. Tak pernah ada sesiapa sentuh perkara ini, yang beri asal usul saya berbeza daripada yang diketahui umum.

“Ini adalah satu kenyataan yang cukup baik untuk kita tunjuk betapa Ahmad Zahid ini kaki pembohong kerana dia tak boleh tunjuk kad pengenalan yang dia kata warna biru itu,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook Bersatu.

Ahmad Zahid, pada penutup Umno Bahagian Kelana Jaya berkata, kad pengenalan asal Mahathir menunjukkan namanya ialah Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, dokumen yang diberikan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepadanya itu membuktikan Mahathir hanya menggunakan orang Melayu.

Mahathir mendakwa, Ahmad Zahid mengkritik beliau setelah gagal meraih sokongan beliau untuk menjatuhkan Najib.

Zahid Mahu Jadi Perdana Menteri?

“Ahmad Zahid mesti ingat, apabila jadi timbalan perdana menteri, dia datang jumpa saya cuba nak dapat simpati.

"Saya kata kepadanya, kalau pun Najib letak jawatan, Ahmad Zahid kena tunggu siapa Umno nak gantikan Najib.

“Belum tentu Ahmad Zahid boleh ganti Najib. Bila tak boleh dapat, dia carilah jalan bohong macam ini. Saya malu ada orang macam ini dalam Kabinet Malaysia,” katanya.

Mahathir mencabar Ahmad Zahid menunjukkan bukti kad pengenalan birunya seperti didakwanya.

“Saya masih ingat kad yang pertama saya terima, ketika itu saya di universiti. Tapi kalau dia boleh tunjuk, saya nak tengoklah,” katanya.

‘Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’

Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun.

Menurutnya, ini berikutan susur galur keturunan Mahathir berasal dari India.

“Itulah sebabnya orang itu (Mahathir) kata Melayu mudah lupa, dia lupa dia dah 22 tahun. Saya tak sentuh peribadi.

“Tetapi ini IC (kad pengenalan) biru dia dulu, nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Ini dihantar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Patutlah dia kata kita mudah lupa, anak laki-laki Iskandar Kutty.

“Orang itulah yang perjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan orang Melayu,” katanya ketika berucap di majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya,.

Sedutan video kenyataan Ahmad Zahid itu tular di media sosial.

Ketika Ahmad Zahid menyentuh isu keturunan Mahathir perwakilan diam.

Ada dalam kalangan mereka bertepuk beberapa minit selepas Ahmad Zahid berkata, Mahathir seolah-olah melupakan Umno setelah mendapat kepentingan daripada parti itu.

Sementara itu. dua laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana menyalahgunakan kuasa di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Laporan dibuat Koordinator Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff.

Khairuddin dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Zahid dan Ketua Pengarah JPN tidak menghormati undang-undang seperti yang tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Sementara Zulhazmi pula berkata, tindakan Ahmad Zahid mendedahkan butiran peribadi Mahathir dalam satu program adalah tidak wajar dan berbahaya.

Dari Mana Wang Sebanyak RM230 Juta?

Sementara itu, dalam tulisan terbaru Tun Mahathir diblog beliau, chedet, turut menyentuh kisah lama pemilikan wang beratus juta Zahid Hamidi yang dipersoalkan sumbernya.

***

Kita boleh tahu kaum seseorang di Malaysia dengan nama mereka.

Bagi orang keturunan India yang beragama Hindu, masalah yang timbul ialah ramai mereka mempunyai nama yang sama. Di zaman British pekerja keturunan India dengan nama yang sama diberi nombor. Demikian “Maniam 1”, “Maniam 2” dan seterusnya.

Apabila Malaysia merdeka cara nombor ini dianggap menghina. Dengan itu nama bapa ditambah dan perkataan anak lelaki (a/l) atau anak perempuan (a/p) mengganti perkataan “bin” dan “binti” yang diguna dalam nama Melayu.

Orang India Muslim tidak perlu guna “a/l” atau “a/p” kerana nama mereka biasanya mempunyai dua perkataan dan jarang sama antara mereka.

Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”.

Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid.

Sebenarnya kad lama tidak pernah saya serah balik kepada pendaftar apabila kad baru dikeluar.

Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.

Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.

Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak.

BACA INI JUGA: Sejarah Politik Zahid Hamidi Yang Ramai Tak Tahu!

sumber: sh1 | sh2

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Ogos)

Tanggal 2 Ogos merupakan hari ke 214 (hari ke 215 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 151 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Tower Subway 1870
Tower Subway.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Republik di Republik Macedonia.

Peristiwa

216 SM - Perang Punic Kedua: Angkatan bersenjata Carthage pimpinan Hannibal menewaskan angkatan tentera Rom yang lebih besar di Pertempuran Cannae.

1870 - Landasan kereta api tiub bawah tanah yang pertama di dunia, Tower Subway, dibuka di bawah Sungai Thames, London.

1903 - Pertubuhan Revolusi Macedonia Dalaman melancarkan Pemberontakan Ilinden terhadap Empayar Uthmaniyyah.

1914 - Perang Dunia Pertama: Jerman menceroboh Luxembourg.

1932 - Di Institut Teknologi California, Carl David Anderson membuktikan kewujudan antijirim apabila beliau menemui positron.

1934 - Gleichschaltung: Canselor Jerman Adolf Hitler menjadi Führer (pemimpin) Jerman Nazi.

1990 - Iraq menceroboh Kuwait, kesudahannya mencetuskan Perang Teluk tujuh bulan kemudian.

2010 - Kebakaran sebuah bangunan di Nigel, Johannesburg, Afrika Selatan mengorbankan 22 orang.

Kelahiran

1923 - Shimon Peres, Perdana Menteri Israel ke-9.

Kematian

1922 - Alexander Graham Bell, seorang saintis.

1923 - Warren G. Harding, Presiden Amerika Syarikat ke-29.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Ogos)

sumber: wikipedia

Tuesday, August 01, 2017

Renjer Orang Asli Senoi Praaq Penjejak Terbaik Dalam Hutan

Renjer Orang Asli Senoi Praaq Penjejak Terbaik Dalam Hutan

Seorang pakar penjejak yang juga dikenali sebagai ‘Big Nose’ oleh VAT 69, Apot adalah antara perintis Senoi Praaq yang menentang Komunis di hutan belantara di Selangor,Pahang, Kelantan dan Perak.

Renjer Senoi Praaq

Bermula dengan hanya 20 orang rekrut, anggota Senoi Praaq bertambah dengan rekrutmen dari SEP (Surrendered Enemy Personnel).

“Jangan sia-siakan pengorbanan saya serta rakan-rakan yang telah lama bersara. Dulu kami terpaksa berlapar dalam hutan, makanan dicatu, tak cukup tidur, tinggalkan anak bini berbulan-bulan, nyawa pula dihujung peluru, semuanya semata-mata nak tengok rakyat Malaysia dapat hidup aman,” pesan Apot ketika diwawancara pada Februari 2011.

Sebuah pasukan yang unik dalam PDRM, Senoi Praaq terdiri daripada Orang Asli sahaja. Seorang Pegawai Pentadbir British, R.O.D. Noone telah mengilhamkan penubuhan Senoi Praaq yang mempunyai ilmu perhutanan yang tinggi. Dianggotai oleh suku Temiar, Semelai, Semuan dan Semai, pasukan ini ditubuhkan pada 1956.

Kebolehan Senoi Praaq bertempur dan menjejak musuh digeruni komunis.

Pada 1968, mereka diserap dalam PDRM dan kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am. Senoi Praaq sangat dihormati kerana sumbangan mereka yang begitu besar dalam menentang komunis. Mereka mendapat latihan awal daripada British pada awal penubuhan selama tiga bulan.

Dilatih dengan ilmu gerila, taktik serangan menggunakan konsep pantas dan kejutan oleh Special Air Service, Senoi Praaq terkenal dengan kemahiran bertempur mereka yang cepat dan cekap.

Sesuai dengan gelaran ‘The Silent Killer’ mereka memegang moto ‘kami tidak pernah membunuh sesiapa yang tidak berhak untuk mati’.

Selain menentang komunis, mereka juga pernah menyertai perang Vietnam, konfrontasi Indonesia – Malaya dan Operasi Tayang 2013 di Sabah.

Dengan nisbah 16:1, ketangkasan dan kemahiran anggota Senoi Praaq digeruni musuh. Dengan menumpaskan 16 orang musuh, hanya 1 sahaja kasualti yang mereka alami. Hutan belantara adalah medan perang mereka.

Apa yang lebih unik adalah, senjata tradisional seperti lembing dan sumpit menjadi kegemaran mereka.

Selain itu, unit ini juga menggunakan belantik iaitu sejenis perangkap yang diperbuat daripada buluh dan boleh menjadi senjata bunuh paling menyakitkan.

Jika diberi pilihan, musuh akan memilih untuk berundur daripada bertempur dengan unit elit ini.

Walaupun mendapat akses kepada bantuan luar yang lebih canggih, mereka lebih suka menggunakan kemahiran kendiri untuk bertempur dengan musu.

Seolah-olah bermain dengan haiwan buruan, taktik buru yang kasual digunakan sebagai salah satu cara untuk menakut-nakutkan musuh.

BACA INI JUGA: Bagaimana Komando Malaysia Dilatih!?

sumber: mynewshub

Serina Redzuawan Sah Cerai Talak Satu

Serina Redzuawan Sah Cerai Talak Satu

Dua tahun tinggal berasingan, pelakon Serina Redzuawan, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O'luanaigh kira-kira pukul 10.49 pagi, Selasa.

Serina Redzuawan Bercerai

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 40, melafazkan cerai dihadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Ditemani seorang rakan dan peguam, Raihan Mustafa Kamal, Gavin yang juga ahli korporat kelihatan tenang ketika melafazkan talak terhadap Serina selepas hakim berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak.

Pada prosiding sama, Gavin turut menarik balik permohonan nusyuz (kembali taat) terhadap Serina yang difailkan sebelum ini.

Serina selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan bercerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 6 Disember 2016.

Serina diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong.

Gavin ketika ditemui sejurus prosiding menyifatkan keputusan bercerai adalah jalan terbaik dan fokus mereka kini untuk membesarkan dua dua cahaya mereka iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 6 dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 5 tahun.

"Tiada siap yang mahukan perceraian namun ia sudah terjadi dan fokus kami adalah untuk membesarkan kedua-dua anak kami," katanya.

Manakala Serina pula memberitahu berasa lega namun sedih dengan perceraian itu dan seperti bekas suaminya dia ingin memberi fokus kepada anak-anak mereka.

"Kami tidak bergaduh dan paling penting kes perceraian kami selesai dengan baik.

"Bagaimanapun paling penting kebajikan anak-anak dan walaupun bercerai kami sama-sama akan jaga mereka dengan baik," ujarnya.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua kanak-kanak itu diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama dengan Serina dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.

Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010.

BACA INI JUGA: Kisah Perceraian Dan Kontroversi Selebriti Malaysia 2016

sumber: mstar

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Julai 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Julai 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera diucapkan buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger terbaik yang amat dikasihi sekalian..

Jalur Gemilang

Dengan cuaca panas yang melanda negara sekarang ini, diharapkan anda semua dapat menjaga kesihatan dengan meminum sky juice sebanyak-banyaknya.

Dan saya hendak berkongsi dengan pembaca semua satu topik yang ditanyakan kepada saya beberapa hari yang lalu oleh seorang responden yang kebetulan menjalankan bisnes dari mulut ke mulut dan Whatsapp. Macam cara nak buat blog sendiri?

Kalau anda berminat untuk membuat blog sendiri sebenarnya agak mudah. Tapi biasalah sebagai orang baru, kenalah belajar asasnya terlebih dahulu.

Berkecimpung dalam dunia blog memerlukan sedikit masa dan pengalaman. Tapi lama-kelamaan nanti pandai la tu.

Untuk panduan asas membuat blog sendiri kami ada post artikelnya di sini, panduan belajar buat blog cara paling mudah.

Ada yang kata, memiliki produk yang hebat macamana pun kalau tiada blog atau laman web tidak akan ke mana hasil jualannya.

Mungkin betul untuk sesetengah produk, namun tidak dinafikan blog amat penting untuk menjual produk dan memudahkan promosi.

Contohnya? Ye la. Siapa la yang larat sangat nak scroll page Facebook dan Whatsapp yang penuh dengan promosi produk. Kalau dengan blog jauh lebih mudah.

Yang berminat tu, cubalah. Tak susah pun sebenarnya. Yang penting rajin belajar dan bertanya. Senarai link blogger dibawah tu pun anda boleh minta tunjuk ajar.

Hari Kemerdekaan 2017

Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.

Untuk tahun ini ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Jangan lupa kibarkan bendera Jalur Gemilang ye.

***

Akhir kalam, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca. Jangan lupa follow kami ya.

Buat rakan-rakan blogger terbaik yang selalu datang berkomentar, datanglah selalu.

Terima kasih, jumpa lagi.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA JULAI 2017

1. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

2. Klinik New Life - Kliniknewlife.com

3. Mein The Swim - Meintheswim.blogspot.com

4. Lokman Amirul - LokmanAmirul.com

5. Hanafi Abdullah - Mrhanafi.com

6. Liyoskin Ciamis - Liyoskin Ciamis


BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Siti Nurhaliza Hamil?

Siti Nurhaliza Hamil?

Sebuah pusat perubatan dan pihak makmal yang menjalankan ujian terhadap sample darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor.

Hamil

Pihak berkenaan dikatakan tekejut apabila berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi Siti Nurhaliza.

MStar Online difahamkan, satu sample darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya oleh sebuah hospital.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain yang mempunyai nama serupa.

Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.

Hamil

Dalam pada itu suami kepada Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dalam satu kenyataan meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.

Katanya, selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta semua pihak berdoa untuk tujuan itu.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran pada kandungannya yang ketika itu baru berusia dua bulan.

BACA INI JUGA: Siti Nurhaliza Wanita Ketiga Terkaya Di Malaysia

sumber: mstar

Faraid, Cara Pembahagian Harta Dalam Islam Sebagai Pilihan Terakhir

Faraid, Cara Pembahagian Harta Dalam Islam Sebagai Pilihan Terakhir

Artikel ini adalah perkongsian kepada anda agar tahu macam mana hendak mengira bahagian faraid ahli waris anda dengan cara yang paling mudah.

Faraid

Cara pengiraan yang tak perlu nak pening-pening kepala nak faham. InsyaAllah dengan kaedah ni ianya dapat membantu anda.

Untuk itu, jom kita sama-sama belajar cara pengiraan mudah ini.

Kita bawakan satu contoh sebuah keluarga yang dikira ‘standard’ di mana dalam sebuah keluarga diketuai oleh si suami, seorang Isteri dan lima orang anak yang terdiri daripada 2 kelaki dan 3 perempuan dan juga seorang ibu dan bapa si suami.

Telah ditakdirkan si suami tadi telahpun meninggal dunia dan insan-insan di atas merupakan ahli waris si arwah.

Dengan mengandaikan bahawa perkara-perkara seperti kos pengurusan jenazah, hutang piutang, harta sepencarian dan wasiat tak lebih 1/3 arwah telah diselesaikan terdapat lebihan harta berjumlah RM3 juta untuk diagihkan kepada ahli waris tadi mengikut kaedah faraid.

Setelah merujuk kepada surah an-nisa ayat 11-12, maka kadar pembahagian harta pusaka bagi waris-waris arwah mengikut faraid adalah seperti berikut:-
  1. Bahagian si ayah adalah sebanyak 1/6
  2. Bahagian si ibu adalah sebanyak 1/6
  3. Bahagian si isteri adalah sebanayk 1/8
  4. Anak-anak mendapat lebihan daripada baki harta di mana anak lelaki akan menerima dua bahagian dan anak perempuan akan menerima satu bahagian.

Berdasarkan ketetapan dalam surah an-Nisa’ di atas, setiap seorang ahli waris akan menerima bahagian masing-masing dengan jumlah yang berbeza.

Dan jumlah bahagian masing-masing adalah seperti berikut:-
  1. Si ayah mewarisi sebanyak RM500,000
  2. Si ibu mewarisi sebanyak RM500,000
  3. Si isteri mewarisi sebanyak RM375,000
  4. Anak lelaki mewarisi sebanyak RM464,285 setiap seorang
  5. Anak perempuan mewarisi sebanyak RM232,146 setiap seorang

Itulah jumlah harta pusaka arwah yang diterima oleh waris-warisnya mengikut agihan secara faraid berdasarkan kepada kadar di atas.

Bagaimana admin mendapatkan nilaian bahagian ahli waris ni?

Jom kami tunjukan cara pengiraannya.

KAEDAH 1: Tentukan dahulu nilai yang diterima oleh Ayah, Ibu dan Isteri arwah.

Untuk menentukan nilai yang akan diterima oleh ketiga-tiga ahli waris ini maka admin gunakan kaedah pecahan.

Kita dah tahu bahawa bahagian Ayah dan Ibu arwah adalah 1/6 dan bahagian untuk isteri arwah pula adalah 1/8.

Untuk mengetahui berapakah keseluruhan bahagian yang ada, maka kita mesti cari pembawah yang sama bagi pecahan-pecahan tersebut.

Maka kaedahnya adalah seperti berikut:-

Faraid

Menerusi kaedah di atas kita dah tahu bahawa keseluruhan bahagian harta peninggalan si arwah adalah 24 bahagian kesemuanya.

4 bahagian masing-masing adalah untuk ayah dan ibu manakala si isteri mendapat 3 bahagian. Daripada 24 bahagian tadi hanya 11 bahagian telahpun diagihkan. Manakala 13 bahagian lagi adalah untuk anak-anak si arwah.

Langkah seterusnya untuk mengetahui berapakah nilai RM yang diperolehi oleh setiap daripada mereka (ayah, ibu dan Isteri si arwah) maka kita perlu bahagikan RM3 juta tadi kepada 24 bahagian untuk kita ketahui berapakah jumlah bagi setiap bahagian

Maka satu bahagian adalah bernilai RM125,000.

Faraid

KAEDAH 2: Tentukan nilai yang diterima oleh anak-anak

Seperti mana yang admin dah bagitau awal-awal tadi bahawa anak-anak si arwah akan menerima lebihan harta setelah datuk, nenek dan ibunya mendapat bahagian masing-masing.

Memandangkan arwah mempunyai 2 orang anak lelaki maka pembahagian harta pusakanya akan terhenti setakat ini sahaja kerana mereka adalah penghalang (stopper) bagi waris-waris yang lain daripada menerima harta pusaka arwah .

Jadi setiap daripada anak lelaki arwah akan menerima dua bahagian manakala setiap anak-anak perempuannya akan menerima satu bahagian.

Maka cara pengiraan adalah seperti berikut:-

Faraid

Tadi anda dah tahu bahawa nilai bagi lebihan harta pusaka arwah yang masih belum diagihkan adalah sebanyak RM1,625,000 (RM3,000,000 – RM1,375,000).

Oleh itu, untuk mengetahui berapakah nilai bagi tiap-tiap satu bahagian daripada nilai baki aset maka RM1,625,000 perlu dibahagi dengan 7 bahagian dan anda akan dapati bahawa setiap bahagian bernilai RM232,142.86.

Dengan ini anda ketahui bahawa anak lelaki akan mewarisi baki harta pusaka arwah sebanyak RM464,285 (RM232,142 x 2 bahagian) setiap seorang dan anak-anak perempuanya pula mewarisi RM232,142.86 tiap-tiap seorang.

Jadi, itu saja caranya. Mudah kan!

Begitulah cara paling mudah pengiraan faraid secara manual dilakukan. Namun perlu diingat, apa yang di kongsikan di sini hanyalah salah satu keadaan sebuah keluarga yang biasa. Situasi ini boleh berubah mengikut kepada ahli waris si arwah.

Bagi kes si mati yang tidak ada anak lelaki, atau selain daripada situasi di atas maka kadar pembahagiannya berubah tetapi masih tertakluk pada kadar yang dinyatakan dalam ayat 11 dan 12 dalam surah an-Nisaa’ tadi.

Satu perkara yang perlu ditekankan di sini ialah faraid adalah cara agihan harta pusaka, adalah pilihan terakhir dalam sistem agihan harta pusaka Islam sekiranya cara pembahagian berasaskan persetujuan semua ahli waris yang dilakukan sebelumnya gagal.

Dan apa yang PALING PENTING ialah pembahagian harta pusaka ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada perlantikan pentadbir harta pusaka.

Tanpa pentadbir harta pusaka maka tiadalah pengagihan harta pusaka dapat dibuat kepada waris. Melantik pentadbir setelah berlakunya kematian pemilik harta pusaka berkemungkinan mudah ataupun sebaliknya.

Untuk mengelakan sebarang permasalahan, perlantikan pentadbir harta pusaka sewaktu anda masih hidup adalah jalan penyelesaiannya dan ianya hanya boleh dilakukan menerusi penulisan surat wasiat sahaja.

Semoga perkongsian kali ini akan memberikan sedikit pencerahan kepada anda tentang ilmu faraid yang amat berguna dalam membuat perancangan agihan harta pusaka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Daftarkan Nama Anak Sebagai Pemilik Tanah atau Rumah Sebagai Persediaan

sumber: bijakpusaka