Tuesday, August 01, 2017

Serina Redzuawan Sah Cerai Talak Satu


Dua tahun tinggal berasingan, pelakon Serina Redzuawan, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O'luanaigh kira-kira pukul 10.49 pagi, Selasa.

Serina Redzuawan Bercerai

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 40, melafazkan cerai dihadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Ditemani seorang rakan dan peguam, Raihan Mustafa Kamal, Gavin yang juga ahli korporat kelihatan tenang ketika melafazkan talak terhadap Serina selepas hakim berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak.

Pada prosiding sama, Gavin turut menarik balik permohonan nusyuz (kembali taat) terhadap Serina yang difailkan sebelum ini.

Serina selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan bercerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 6 Disember 2016.

Serina diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong.

Gavin ketika ditemui sejurus prosiding menyifatkan keputusan bercerai adalah jalan terbaik dan fokus mereka kini untuk membesarkan dua dua cahaya mereka iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 6 dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 5 tahun.

"Tiada siap yang mahukan perceraian namun ia sudah terjadi dan fokus kami adalah untuk membesarkan kedua-dua anak kami," katanya.

Manakala Serina pula memberitahu berasa lega namun sedih dengan perceraian itu dan seperti bekas suaminya dia ingin memberi fokus kepada anak-anak mereka.

"Kami tidak bergaduh dan paling penting kes perceraian kami selesai dengan baik.

"Bagaimanapun paling penting kebajikan anak-anak dan walaupun bercerai kami sama-sama akan jaga mereka dengan baik," ujarnya.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua kanak-kanak itu diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama dengan Serina dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.

Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010.

BACA INI JUGA: Kisah Perceraian Dan Kontroversi Selebriti Malaysia 2016

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon