Tuesday, August 01, 2017

Renjer Orang Asli Senoi Praaq Penjejak Terbaik Dalam Hutan


Seorang pakar penjejak yang juga dikenali sebagai ‘Big Nose’ oleh VAT 69, Apot adalah antara perintis Senoi Praaq yang menentang Komunis di hutan belantara di Selangor,Pahang, Kelantan dan Perak.

Renjer Senoi Praaq

Bermula dengan hanya 20 orang rekrut, anggota Senoi Praaq bertambah dengan rekrutmen dari SEP (Surrendered Enemy Personnel).

“Jangan sia-siakan pengorbanan saya serta rakan-rakan yang telah lama bersara. Dulu kami terpaksa berlapar dalam hutan, makanan dicatu, tak cukup tidur, tinggalkan anak bini berbulan-bulan, nyawa pula dihujung peluru, semuanya semata-mata nak tengok rakyat Malaysia dapat hidup aman,” pesan Apot ketika diwawancara pada Februari 2011.

Sebuah pasukan yang unik dalam PDRM, Senoi Praaq terdiri daripada Orang Asli sahaja. Seorang Pegawai Pentadbir British, R.O.D. Noone telah mengilhamkan penubuhan Senoi Praaq yang mempunyai ilmu perhutanan yang tinggi. Dianggotai oleh suku Temiar, Semelai, Semuan dan Semai, pasukan ini ditubuhkan pada 1956.

Kebolehan Senoi Praaq bertempur dan menjejak musuh digeruni komunis.

Pada 1968, mereka diserap dalam PDRM dan kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am. Senoi Praaq sangat dihormati kerana sumbangan mereka yang begitu besar dalam menentang komunis. Mereka mendapat latihan awal daripada British pada awal penubuhan selama tiga bulan.

Dilatih dengan ilmu gerila, taktik serangan menggunakan konsep pantas dan kejutan oleh Special Air Service, Senoi Praaq terkenal dengan kemahiran bertempur mereka yang cepat dan cekap.

Sesuai dengan gelaran ‘The Silent Killer’ mereka memegang moto ‘kami tidak pernah membunuh sesiapa yang tidak berhak untuk mati’.

Selain menentang komunis, mereka juga pernah menyertai perang Vietnam, konfrontasi Indonesia – Malaya dan Operasi Tayang 2013 di Sabah.

Dengan nisbah 16:1, ketangkasan dan kemahiran anggota Senoi Praaq digeruni musuh. Dengan menumpaskan 16 orang musuh, hanya 1 sahaja kasualti yang mereka alami. Hutan belantara adalah medan perang mereka.

Apa yang lebih unik adalah, senjata tradisional seperti lembing dan sumpit menjadi kegemaran mereka.

Selain itu, unit ini juga menggunakan belantik iaitu sejenis perangkap yang diperbuat daripada buluh dan boleh menjadi senjata bunuh paling menyakitkan.

Jika diberi pilihan, musuh akan memilih untuk berundur daripada bertempur dengan unit elit ini.

Walaupun mendapat akses kepada bantuan luar yang lebih canggih, mereka lebih suka menggunakan kemahiran kendiri untuk bertempur dengan musu.

Seolah-olah bermain dengan haiwan buruan, taktik buru yang kasual digunakan sebagai salah satu cara untuk menakut-nakutkan musuh.

BACA INI JUGA: Bagaimana Komando Malaysia Dilatih!?

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon