Tuesday, August 01, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Ogos)


Tarikh 1 Ogos merupakan hari ke 213 (hari ke 214 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 152 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Jambatan Sungai Mississippi
Jambatan Sungai Mississippi.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Emansipasi di Trinidad dan Tobago, Hari Kebangsaan di Switzerland dan Imbolc di Hemisfera Selatan.

Peristiwa

30 SM – Octavian (kemudian dikenali sebagai Augustus) memasuki Alexandria, Mesir, meletakkan ia di bawah pemerintahan Republik Rom.

69 – Pemberontakkan Batavi: Orang Batavi di Pedalaman Germania (Netherlands) memberontak ke atas kepimpinan Gaius Julius Civilis.

527 – Justinian I menjadi pemerintah tunggal Empayar Byzantine.

607 – Ono no Imoko dilantik sebagai duta ke istana Sui di China (Tradisional tarikh Jepun: 3 Julai, 607).

902 – Taormina, kubu terakhir Byzantine di Sicily, ditawan oleh tentera Aghlabids, menamatkan penaklukan Muslim di Sicily.

1203 – Isaac II Angelos, memulihkan semula Maharaja Rom Timur, mengistiharkan anak lelaki beliau Alexios IV Angelos sebagai maharaja bersama selepas ditekan oleh tentera dari Perang Salib Keempat.

1291 – Konfederasi Swiss Tua dibentuk dengan selepas Piagam Persekutuan ditandatangani.

1469 – Louis XI dari Perancis menemui chivalric order kemudian dikenali sebagai Order of Saint Michael di Amboise.

1498 – Christopher Columbus menjadi orang Eropah pertama yang melawat tanah yang kini dikenali sebagai Venezuela.

1620 – Kapal Speedwell meninggalkan Delfshaven untuk membawa penziarah ke Amerika melalui England.

1664 – Tentera Uthmaniyyah dikalahkan dalam pertempuran Saint Gotthard oleh sepasukan tentera Austria yang dipimpin oleh Raimondo Montecuccoli, mengakibatkan Perdamaian Vasvár.

1714 – George, Elector dari Hanover, menjadi Raja George I dari Great Britain, menandakan permulaan era George dalam sejarah Britain.

1715 – Akta Rusuhan dikuatkuasakan di England.

1759 – Perang Tujuh Tahun: Pertempuran Minden, sebuah persekutuan tentera Anglo-Jerman menang ke atas Perancis. Di Britain, kejadian ini merupakan satu daripada beberapa peristiwa yang menghasilkan Annus Mirabilis 1759 dan dirayakan sebagai Hari Minden oleh beberapa rejimen Tentera Darat Britain.

1774 - Joseph Priestley menemui gas oksigen, mentahkikkan penemuan unsur kimia ini oleh Carl Wilhelm Scheele sebelumnya.

1798 - Perang Revolusi Perancis: Pertempuran Sungai Nil bermula di antara angkatan laut Perancis pimpinan Laksamana Madya François-Paul Brueys d'Aigalliers dan armada British pimpinan Laksamana Muda Horatio Nelson.

1927 - Perang Saudara China: Tentera Komunis merampas kawalan bandar Nanchang daripada Kuomintang.

1944 - Perang Dunia Kedua: Armia Krajowa memulakan Pemberontakan Warsaw menentang pendudukan Jerman Nazi di Poland.

1981 - Saluran televisyen kabel MTV, saluran video khusus pertama untuk muzik, muncul dengan video muzik lagu Video Killed the Radio Star oleh The Buggles.

2007 - Jambatan Sungai Mississippi I-35W yang merentangi Sungai Mississippi di Minneapolis, Minnesota runtuh ketika waktu sibuk, mengorbankan 13 nyawa.

2013 - Spesies primat baharu, lemur kerdil Lavasoa, ditemui di Madagascar.

Kelahiran

1949 - Kurmanbek Bakiyev, Presiden Kyrgyzstan ke-3.

1995 - Rika Alfiany, ahli Teenebelle.

Kematian

1944 - Manuel L. Quezon, Presiden Filipina ke-2.

2009 - Corazon Aquino, Presiden Filipina ke-11.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Julai)

sumber: wikipedia

1 comment

  1. Banyak kan sejarah setiap hari yg kita semua tak berapa tahu lagi.. thanks sharing SP

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon