Monday, August 07, 2017

Datuk Vida Temui Pengganti, Lamaran Rani Kulup Kena Tolak

Datuk Vida Temui Pengganti, Lamaran Rani Kulup Kena Tolak

Datuk Vida yang menolak lamaran Abdul Rani Kulup Abdullah berkata lelaki itu tiada ciri pilihannya kerana dia mahukan seseorang yang boleh memajukan perniagaan selain memiliki lelaki bermata kelabu, kaya, muda serta kacak.

Datuk Vida

"Seseorang yang boleh memajukan perniagaan saya ke arah trillion ringgit. Itu baru boleh," katanya.

Dalam pada itu, Dr Vida turut mengingatkan Abdul Rani supaya tidak mencari publisiti murahan.

Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah itu berkata, beliau berharap Datuk Vida membuka peluang untuknya.

"Ayah boleh menjadi suami yang baik," katanya.

Abdul Rani turut menyatakan kesudiannya menjadikan Siti Zabedah atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, sebagai isterinya.

Datuk Vida Dah Jumpa Calon Suami, Lelaki Eropah Persis David Beckham

Datuk Seri Vida turut mengakui sedang mengenali seorang jejaka Eropah berusia awal 30-an.

Vida mendedahkan dia sudah ‘dirisik’ oleh jejaka berkenaan sehingga sanggup datang dari jauh ke kediamannya di Ipoh, Perak.

Jelasnya lagi, pertemuan dengan jejaka itu diatur semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

"Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah.

"Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya," katanya.

Tambah Vida lagi, jejaka Eropah itu mempunyai segala kriteria calon suami yang idamannya.

"Dia ada segalanya, kacak, bermata kelabu, rambut blonde, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya boleh katakan dia ada iras-iras David Beckham," katanya.

Bagaimanapun, Vida, 46, berkata buat masa ini mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Saya enggan terburu-buru kerana masih trauma dengan perkahwinan saya yang tidak bertahan lama sebelum ini.

"Biarlah kami berkawan terlebih dahulu. Jika sudah tertulis itu jodoh saya, siapa saya untuk menolaknya," katanya.

Ketika ditanya mengenai negara kelahiran jejaka kacak itu, Vida bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Biarlah rahsia. Nanti bila dah sedia, saya beritahulah sayang-sayang semua," katanya.

Terdahulu, Vida sebelum ini telah menerima sekurang-kurangnya 50 resume daripada jejaka yang meluahkan hasrat untuk memperisterikannya.

Lebih menarik, resume itu bukan sahaja diterima dalam kalangan rakyat tempatan tetapi juga dari luar negara termasuk Finland dan Scotland.

BACA INI JUGA: 3 Tips Hebat Oleh Tiga Jutawan Selebriti Malaysia

sumber: sinarharian | astroawani

Wednesday, August 02, 2017

Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume'

Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume'

Selepas tiga kali gagal dalam melayari bahtera perkahwinan, 'jemputan' kini terbuka buat jejaka yang mahu mencuba nasib memikat hati usahawan selebriti ini.

Datuk Seri Vida

Datuk Seri Hamiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, mengatakan dia telah menerima lebih kurang 50 resume menerusi kiriman emailnya daripada ramai jejaka yang berhasrat untuk menjadikannya suri hati.

Wahhh. Nak jadi calon suami pun siap pakai resume. Dah macam nak apply kerja.

Apa yang lebih menarik, resume yang diterima itu bukan sahaja datang dalam kalangan rakyat tempatan malah tidak kurangnya dari luar negara termasuklah Scotland dan Finland.

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya memetik sebuah portal online.

Vida berkata, sesiapa yang ingin menjadi suaminya perlulah mempunyai anak mata berwarna kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang begitu ‘gila’ membeli belah.

“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Jejaka mata kelabu
Warna mata idaman Datuk Vida (Gambar hiasan).

Selain itu, Vida juga berkata lelaki tersebut perlu setia, jujur, amanah, beriman, penyayang dan apa yang paling penting boleh membahagiakan diri dan anak-anaknya.

Vida kini lebih berhati-hati dalam soal perkahwinan setelah mengalami tiga kali kegagalan dalam fasa tersebut. Disoal berkenaan pengganti, dia mengatakan belum mempunyai sesiapa lagi buat masa sekarang.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 dan berpisah pada 7 April yang lalu.

Ada sesiapa yang boleh penuhi karakter yang dinyatakan tadi? Bolehlah mencuba hantar resume juga.

Siapa tahu tuah beristerikan usahawan kosmetik! Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia nampak dimata!

BACA INI JUGA: Lagu 'I Am Me' Nyanyian Datuk Vida 'Berhantu'

sumber: mynewshub

Monday, July 17, 2017

Lagu 'I Am Me' Nyanyian Datuk Vida 'Berhantu'

Lagu 'I Am Me' Nyanyian Datuk Vida 'Berhantu'

Usaha Datuk Seri Vida (DSV), untuk tampil menyanyi ternyata tidak sia-sia, apabila bakat nyanyiannya berjaya menarik perhatian netizen.

'I Am Me' Datuk Vida

Mana tidaknya lagu nyanyiannya yang berjudul 'I Am Me' ternyata 'mencuit' hati netizen malah kini mula kecoh dikatakan lagunya 'berhantu'.

"Aku tak tau lah sejak dari hari dia keluarkan lagu ini aku dah terhafal, bantu aku," komentar Quraisya Aina Izzatti Alias berhubung lagu nyanyian DSV.

Sementara itu menurut, Eleina Rahim dia 'sudah ketagih dengan lagu itu'.

"Ketagih juga la lagu dia, sayang-sayang, comel pa," tulisnya.

Manakala Nadya Amanda pula mengatakan lagu 'I Am Me' boleh menghilangkan rasa tekanannya.

"Hilang 'stress' aku dengar lagu ni. Gembira, meriah dan bahagia betul Dato vida," katanya.

Dan menurut Ahmad Tarmizi Khairi, apa yang istimewa lagu ini adalah 'ada elemen bunyi kucing'.

"Yang buat bunyi 'meow' itu comel," tulisnya.

Sehingga kini, di platform Facebook, lirik video I Am Me sudah ditonton lebih sejuta pengunjung sejak dimuatnaik beberapa hari ini.

Dalam pada itu, memetik laporan media tempatan bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.

Katanya,memang tujuan utama untuk lagu itu menjadi viral sebab Datuk Seri seorang yang suka benda-benda yang menarik perhatian.

Sebelum ini, single sulung Vida sudah diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.

Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.

BACA INI JUGA: Dato' Seri Vida Tolak Permintaan Supaya Taja Belajar!



sumber: sinarharian

Thursday, June 08, 2017

Datuk Vida Terkilan Anak Dikata 'Buruk dan Hitam'

Datuk Vida Terkilan Anak Dikata 'Buruk dan Hitam'

Jahat betul mulut seorang pengikut laman sosial ni kerana menghina anak perempuan pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Vida dengan memanggilnya buruk dan hitam.

Datuk Vida

Sedap ya mengata anak orang di bulan Ramadhan yang mulia ini? Apalah dosa anak Datuk Seri Vida, Cik B sampai dihina begitu?

"Saya tak kisah anak Datuk main panas ke, kuat berjalan ke tapi Datuk sebagai pengasas produk Qu Puteh sepatutnya anak putih juga.

"Ke Datuk tak bagi anak Datuk pakai produk Qu Puteh?" tulis salah seorang di Instagram miliknya selepas Vida memuat naik gambar Cik B dan anak lelakinya, Kacak yang tertidur menunggu waktu sahur.

Datuk Vida
Comel. Vida memuat naik gambar Cik B ketika kecil.

Melihat kepada komen-komen menghina itu, hati ibu mana yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang sejak kecil?

Vida menerusi beberapa siri posting di Instagram memberitahu terkilan apabila ada yang menghina anaknya dan menjelaskan kulit Cik B hitam adalah disebabkan aktiviti lasak sering dilakukannya.

Bagi membuktikan perkara itu, Vida menerusi beberapa siri posting di Instagram telah memuat naik gambar Cik B ketika kecil yang jelas sangat comel dan berkulit putih.

"Jangan kutuk Cik B hitam, masa kecil saya lagi hitam daripadanya.

"Cik B nak enjoy masa chilhood dia, ikut dia redah jer. Main bola tengah panas dengan budak-budak jate (lelaki). Cik jenis brutal, mujur tak panjat pokok jer," tulisnya.

Dalam pada itu, Vida berkata, anaknya itu memang tidak berminat untuk berhias dan menganggap ia perkara biasa bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun.

"Walau apa pun orang cakap dekat Cik B, Mama tetap sayang Cik B, My only girl. Cik B ni bijak orangnya dan minat muzik dan suntingan video malah bisnes pun dia pandai.

"Malah dia sudah ada ejen dan stokis sendiri. Mana budak 12 tahun buat begitu?" tulisnya lagi.

Datuk Vida
Gelagat Cik B dan Kacak menunggu waktu bersahur.

Luahan Vida itu turut mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya yang menyifatkan penghinaan sesetengah orang terhadap anaknya sebagai tidak patut dilakukan.

Antara mesej yang ditinggalkan;

"@yusfaelviraKot biarlah kulit hitam pun, kulit hitam ada macam-macam suplemen boleh cerahkan kulit, hati hitam tida ubat.

@ienaslavenderIte Cik B tu suci hatinya macam anak-anak gadis lain, tiada cacat cela saya lihat semuanya comey lako.

@seaanemoneeee Problem is bila u meletakkan nilai cantik pada tahap keputihan kulit. Any colour is beautiful.

Macam-macam betul..

BACA INI JUGA: 3 Tips Hebat Oleh Tiga Jutawan Selebriti Malaysia

sumber: mstar

Thursday, October 13, 2016

Datuk Seri Vida Didakwa Gagal Bayar GST Sebanyak RM4.2 Juta!

Datuk Seri Vida Didakwa Gagal Bayar GST Sebanyak RM4.2 Juta!

Usahawan komestik dan pengasas produk kecantikan Vida Beuty, Datuk Seri Vida, didakwa 16 pertuduhan di bawah Akta GST 2014.

Datuk Seri Vida

Datuk Seri Vida dikatakan gagal membayar cukai yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 melibatkan RM4.2 juta.

Datuk Seri Vida tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Murtazadi Amran.

Datuk Seri Vida didapati melakukan kesalahan itu di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Pihak pendakwaan, meminta RM100,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan untuk jaminan serta dua penjamin warganegara dan pasport tertuduh juga ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara.

Peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim Murtazadi Amran merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya.

Prosiding kes diteruskan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. -Astroawani

Datuk Vida didakwa 32 pertuduhan, wang jaminan RM 1.7 juta

Datuk Vida

Datuk Seri Hasmiza Othman didakwa di Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Wanita berusia 45 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Dr Vida mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Murtazadi Amran.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta, sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM1.76 juta bagi semua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan, manakala tertuduh diwakili peguam, Khairilazwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.

Vida tiba di kompleks mahkamah Ipoh kira-kira 9 pagi, tetapi prosiding hanya bermula 12.15 tengah hari sebelum ditangguhkan kira-kira 2 petang.

Sebutan semula kes pada 15 November ini. -FMT

BACA INI JUGA: Salahkah Rakyat Mengeluh Isu 1MDB, TH Dan GST?