Thursday, October 13, 2016

Datuk Seri Vida Didakwa Gagal Bayar GST Sebanyak RM4.2 Juta!


Usahawan komestik dan pengasas produk kecantikan Vida Beuty, Datuk Seri Vida, didakwa 16 pertuduhan di bawah Akta GST 2014.

Datuk Seri Vida

Datuk Seri Vida dikatakan gagal membayar cukai yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 melibatkan RM4.2 juta.

Datuk Seri Vida tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Murtazadi Amran.

Datuk Seri Vida didapati melakukan kesalahan itu di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Pihak pendakwaan, meminta RM100,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan untuk jaminan serta dua penjamin warganegara dan pasport tertuduh juga ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara.

Peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim Murtazadi Amran merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya.

Prosiding kes diteruskan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. -Astroawani

Datuk Vida didakwa 32 pertuduhan, wang jaminan RM 1.7 juta

Datuk Vida

Datuk Seri Hasmiza Othman didakwa di Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Wanita berusia 45 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Dr Vida mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Murtazadi Amran.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta, sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM1.76 juta bagi semua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan, manakala tertuduh diwakili peguam, Khairilazwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.

Vida tiba di kompleks mahkamah Ipoh kira-kira 9 pagi, tetapi prosiding hanya bermula 12.15 tengah hari sebelum ditangguhkan kira-kira 2 petang.

Sebutan semula kes pada 15 November ini. -FMT

BACA INI JUGA: Salahkah Rakyat Mengeluh Isu 1MDB, TH Dan GST?

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon